Apr 28, 2015
Hukum Zikir sambil menari?
(Tanya sama abang keretamayat)
Soalan pembaca:
Hamka.. sorry kacau kau yang sebok.. huhu..aku jarang² buat
komen terbuka selain dari page kau.. jadi aku mintak nasihat kau je lah. hari
ni aku buat komen kat satu post orang yang kata sesat(video viral) berzikir
sambil menari tu.
kau dah tengok ke blm? huhu.. komen aku berbunyi:
pasal tariqat tu mmg jakim fatwakan haram.. tak sapa
bantah.. tapi betul ke dalam video tu mereka yang mengamalkan tariqat tu.. inilah
persoalannya.. saya bukan sesiapa.. seorang
suri rumah sahaja..
semalam saya tengok astro oasis.. dokumentari pasal satu
pesantren.. sekolah tahfiz.. budak²nya MasyaAllah..baik² belaka.
masa mereka bersenam mereka menyebut subhanallah..
alhamdulillah.. Allahu akbar.. sambil tangan gerakkan keatas, ke bawah,
kedepan, ke belakang.
setiap gerakan anggota meregangkan badan, mereka x bilang
12345678..8 lagi macam kita selalu bersenam. mereka gantikan dengan berzikir..
masa lapang waktu nak menghiburkan hati pun mereka tunjuk
bakat menari macam breakdance tu.
memang berbakat menari maklumlah orang muda belasan tahun.2,
3 orang menari.. yang lain tukang tengok sambil berzikir ramai²..
kalau penari tu buat aksi tapi tak jadi.. mereka pakat
ketawa ramai².. itulah cara mereka hiburkan hati, kata cikgunya.
menari tak ada lagu dari radio.. jadi mereka berselawat...
saya tak nampak salah dimana².. menari tu minat sesetengah anak muda.. itu kan
fitrah..macam kita jugak.. sesetengah minat memancing.. sesetengah minat
memasak.. sesetengah minat menjahit... sambil tu boleh kan kalau nak berzikir..
bab cium kaki tu pulak.. saya tak nampak semua org cium
kaki.. cuma sorang dua..saya rasa sorang dua tu bertindak atas kejahilan saja..
bukan dari ajaran tok guru atau paksaan tok guru. tak kan tok guru nak
tendang-tendang orang tu pulak.. kesian org tu.
saya pernah dengar ceramah dari ustaz harun din.. soalan
menari sambil berzikir ada orang yang utarakan. kata ustaz, semua asalkan tidak ditegah oleh
al-quran dan hadis, hukumnya adalah harus. kata ustaz lagi.. tak ada sapa² baik
alim ulama ke.. atau sapa²lah pun yang jumpa hadis atau ayat quran yang menegah
perbuatan menari.. hmmm menegah berzikir lagi lah tak ada.. jadi hukumnya harus
saja-lah. huhuhu..
saya tak pandai ..ampun dan maaf saya pinta.. andai saya
tersalah kata.
Lepas tu ada orang reply: kalau x tahu dan tak nak ambik
tahu tak payah lah komen.. tu lah sebabnya aku x boleh tulis blog.. aku takut
kena hentam.. jiwa aku tak kental.. hihi pada pendapat kau. .ok ke komen aku
tu.. ke aku mmg salah komen.
aku rasa nak padam komen aku. kau rasa patut tak padam?
*****
Hamka Kereta Mayat said:
Salam.
Islam itu adil dan perlu terlihat adil, nak haramkan sesuatu
biar adil, nak halalkan sesuatu pun biar adil, urutan adil ni rujuk pada al
quran, sunnah, ijmak ulamak, qias dan lain lain.
Salah satu keadilan dalam islam, berbeza pendapat adalah
rahmat selagi tak menjejaskan akidah dan tauhid. (sila rujuk perbezaan dalam 4
mazhab untuk lebih detail)
Pada pendapat aku yang bukan ustaz ini, jika kita menari
sambil berzikir dan hati rasa tenang, jangan tunjuk kat orang dan jangan ajar
kat orang, simpan pada diri sendiri, atau buat secara tertutup, sebab takde
ajaran terang terang macam pelaku tu dalam Al quran dan hadith.
Bila disebar
boleh mendatangkan fitnah, sama jugak jika kita ni jenis tengok mayat hancur
rasa insaf dan tenang, jangan share gambar ngeri kat orang lain dengan tujuan
nak mereka rasa sama macam kita sebab manusia ni tak sama, so ajaran yang agak
pelik pelik, bila tunjuk dan ajar, itu yang jadi masalah, wallahu'lam.
Ps: Suka bila sesetengah ustaz, bila nak letak hokum, tak
terburu buru kafirkan orang atau murtadkan orang, mereka letak hokum harus
setelah sandar kepada dalil yang make sense. Semalam ustaz ceramah cakap,
berjogging sambal berzikir pun boleh, apa salahnya menari sambal berzikir? Good
point, Di harap ustaz yang sama bila nak letak hokum haram hari konvo, haram
hari guru, haram hari bapa, dan lain lain hari, patut tak terburu buru jugak
letak hokum, kerana ada dalil yang make sense. Sila Take note.
Ps2: Tak suka bila ada sesetengah ustaz, cepat cepat
kafirkan dan murtadkan orang sesama islam, mereka tak tahu ke dulu, Nabi dan
para Sahabat Nabi , bila berdakwah, orang kafir akan masuk Islam dan
mengamalkan akhak mulia seperti yang dicontohkan Rasulullah S.AW. Zaman
sekarang, bila Ustaz ala ala Wahabi ‘berdakwah’, orang kafir tak masuk Islam
pun, orang Islam pula yang dikafirkan mereka. Nauzubillah.
Apr 23, 2015
Semusim Di Neraka?
(Sneak
peek Semusim Di Neraka. Prakata oleh Ahmad Kamal Abu Bakar (AKAB), Blogger
terkenal dalam dunia Blogosfera. Penulis buku Pendek Mabuk Gila.
Terima
kasih AKAB!)
Semusim Di Neraka Oleh Hamka Keretamayat, akan terbit pada hujung April 2015 |
Aku
sibuk. Banyak kerja. Bukan suka-suka, tapi terpaksa. Nak hidup. Aku kerja
keras, tapi tak cukup. Aku buat lagi dua, tiga kerja lain. Okey, bolehlah
sikit-sikit. Waktu aku taip benda ni, aku sepatutnya siapkan kerja aku, tapi
aku dah janji dan beri komitmen untuk tulis prakata. Penting untuk aku tunaikan
janji. Lagipun aku tau perasaan bila orang janji nak tulis tapi tak
tulis-tulis.
Aku
hampir lupa sebenarnya. Lapan, sembilan tahun lepas aku ada tulis blog. Judul
blog aku Semusim Di Neraka. Biasa je, aku tulis pasal hidup aku dan hidup
kawan-kawan sekeliling aku. Pengalaman aku, konflik hidup aku, suka duka aku.
Dengan kata lain, Syurga dan Neraka aku. Kiasan. Metafora. Simbolisme. Dalam
Semusim Di Neraka pulak kadang-kadang aku selitkan entri di bawah judul Semusim
Di Syurga. Syurga aku. Tapi orang tengok aku, atau dengar cerita tentang aku,
mereka lebih suka kaitkan aku dengan Neraka. Maka, tersemat nama samaran
Neraka. Aku tak kisah, Syurga Neraka bukan urusan kita. Panggil apa pun, aku
tetap aku. Mak aku tetap panggil aku Kamal.
Hamka
Kereta Mayat ni salah seorang pembaca blog aku. Banyak kali jugaklah dia emel
aku. Tak ingat berapa kali je aku balas (ha ha). Walaupun aku agak sibuk bina
kehidupan sejak tiga, empat tahun kebelakangan ni, aku ambik tau jugak hal
ehwal “kawan-kawan” lama. Ramai yang dah popular dengan seni dan kehidupan
masing-masing. Ada yang dah jadi penyanyi, penyair, pelakon. Ramai juga yang
mula menulis dengan serius, ramai yang keluarkan buku. Ada masa, aku jenguk
kedai buku, baca sikit-sikit. Jarang aku beli sebab selalu dapat free. Terima
kasih.
Masa
Semusim Di Syurga keluar, aku tunggu jugaklah mana tau dapat free copy. Tak
dapat. Tak mengapa. Aku tak tau pun apa yang Hamka Kereta Mayat ni tulis. Kalau
ikutkan blog dia dulu, aku boleh agak. Dia ni lebih kurang sama macam aku –
banyak guna kiasan dan komedi. Tengok nama pun boleh agak. Penulisan macam ni
jarang sekali keluar dalam dunia mainstream. Belum lagi. Tapi terima kasih kepada penggerak-penggerak
muda, semua orang boleh beli dan baca karya sebegini. Bolehlah imbangi dunia
dan suasana Suamiku Penulis Buku Semusim Di Syurga/Neraka. Yelah, bukan semua
orang boleh ada suami.
Entah
kenapa bos Terfaktab tiba-tiba hubungi aku, aku pelik jugak. Jarang ada
penerbit buku berani kacau aku kecuali budak-budak Neon Terbit. Dia cerita
pelan-pelan. “Okey ke kalau Hamka Kereta Mayat keluarkan buku dengan judul
Semusim Di Neraka?” dia tanya.
“Hah?”
aku tersedak. Sejak bila aku jadi pemilik Neraka? “I don’t own the title bro,” aku jawab.
“Sila, sila.”
Dia tarik
nafas lega.
Lepas tu
aku sedar. Mungkin dia dan Hamka Kereta Mayat tak mahu orang ingat Semusim Di
Neraka ni buku aku. Buku yang sepatutnya dah lama aku keluarkan tapi dek sebab
aku malas, tak keluar lagi sampai sekarang. Maka, aku terima dan faham
kebimbangan mereka. Aku bagi green light. Eloklah Hamka Kereta Mayat
riuh-rendahkan scene buku-buku kecil yang tengah besar sekarang ni. Orang nak
berkarya, kita galakkan. Bukannya menghalang. Hitler jadi cilaka sebab kena
tendang dari art school. Jadikan pengajaran.
“Bukan
apa bro,” tambah si penerbit lagi, “takut nanti orang ingat kami tiru kau.”
Aku
gelak. Kuat aku gelak. Sampai nyaris jatuh dari kerusi.
“Aku pun
tiru Arthur Rimbaud, bro.”
Kami
sama-sama gelak. Lepas tu, pelan-pelan dia tanya lagi. “Kau tulis prakata okey
tak?”
Okey,
boleh. Sebab Hamka Kereta Mayat ni kawan lama. Dan sebab kadang-kadang, aku
kena berlatih balik tulis benda-benda yang aku tak boleh tulis dalam alam
pekerjaan.
Terima
kasih Terfaktab. Terima kasih Hamka Kereta Mayat. Lama jugak aku tak tulis
macam ni.
Selamat
berjuang.
Ahmad
Kamal Abu Bakar
Kuala
Lumpur
April
2015.
SDN bakal di jual di sini, jumpa buku di sana! Woha! |
Apr 13, 2015
Hukum Hudud Di Sabah?
(HUDUPHOBIA dan SECANGKIR HORMON TESTOSTERON, di
tulis oleh orang Sabah, Saudara Rem Dambul)
Copy Paste:
Gambar iringan entri ini merupakan contoh klasik satu
kenyataan ‘huduphobia’ yang terlebih renjatan hormon testosteron. Isu saya
BUKAN soal setuju atau tidak undang-undang ini dilaksanakan. We live in a free
world; so each one to his own. Tapi ini tentang emosi-emosi hiperbola di
sebalik ketidaksetujuan itu.
Saya bermukim di Arab Saudi dengan status residen selama dua
tahun (Feb 2012 – Mac 2014). Negara ini mengamalkan hukum hudud sepenuhnya
tanpa sebarang alternatif perundangan sivil. Ini berkuatkuasa di seluruh
wilayah, dari Turaif di utara, sampai ke Gizan di selatan; dari Riyadh di timur
sampai ke Jeddah di barat. Saya tinggal di Jeddah.
Tempat pancung di bandar ini
terletak di halaman sebuah masjid di tebing Laut Merah. Tidak jauh dari
apartment saya di Al-Jameah. Adakah hukuman pancung dijalankan setiap bulan?
TIDAK. Adakah saya temui penduduk tanpa tangan dalam setiap seribu orang yang
saya jumpa? TIDAK.
Hukum hudud bukan sekadar cerita pancung dan potong tangan.
Sama seperti semua perundangan lain; hudud juga ada sistem dan tatacara
tersendiri yang rinci. Bukan beroperasi secara rambang suka-hati-Mak-Bedah
dengan slogan aku-ketagih-gian-mau-potong-tangan-pencuri. Adakah hukum hudud merencat psikologi penduduk Arab Saudi,
terutama expatriate yang non-Muslim? Ntah. Saya tiada statistik pasal ini.
Tapi
yang saya tau, ada 1.2 juta Pinoy Katolik di sana dan jumlahnya makin bertambah
setiap tahun, dengan kadar pertambahan janjang geometri (baca: mereka
berduyun-duyun hijrah ke sana secara sukarela!).
Saya juga tau bahawa kadar
jenayah seksual terhadap wanita jauh lebih rendah di Saudi Arabia berbanding di
Malaysia. Walaupun secara naturalnya, nafsu berahi lelaki-lelaki Arab
berkali-kali ganda lebih tinggi.
Adakah saya sokong hudud dilaksanakan di Malaysia? Soalan
ini tidak relevan saya jawab. Sebab saya sedang mengupas isu persepsi yang
memanipulasi mental sebahagian rakyat pejuang hak asasi dan demokrasi
(kebebasan bersuara) di Malaysia. Saya bukan mau bercerita tentang apa yang
saya inginkan secara peribadi.
Tapi beginilah. Kita semua tahu PAS adalah parti yang
memperjuangkan Islam. Perlaksanaan hudud adalah salah satu manifestonya.
Sekalipun selepas bergabung dengan DAP dan PKR untuk membentuk Pakatan Rakyat
sebagai sebuah ‘gagasan janji-mulut’ (sebab PR tidak berdaftar rasmi menjadi
perikatan politik sebagaimana BN); PAS tidak pernah menggugurkan secara
eksplisit manifesto hududnya.
Sejak tahun 1990, PAS telah diangkat oleh rakyat Kelantan
(menerusi proses pilihanraya yang demokratik) sebagai kerajaan negeri ini.
Selama 24 tahun BERTURUT-TURUT parti ini diberi kuasa governance dengan
sokongan melebihi dua pertiga oleh penduduk yang bernaung di bawahnya.
Maksudnya, PAS memiliki mandat demokrasi yang sah untuk melaksanakan
janji-janji politiknya. People vote PAS for what it is. Jadi, kenapa
marah-marah dengan pilihan rakyat majoriti Kelantan?
Kamu, para pejuang hak asasi dan pendokong kebebasan
manusiawi (kononnya): kenapa pula sentap lebih-lebih bila sebuah kerajaan mau
tunaikan hak asasinya sebagai parti politik dengan cara melaksanakan manifesto
yang telah dimandatkan oleh rakyat secara demokratik?
Janganlah kontradiksi
dengan nilai pegangan sendiri. Setiap entiti ada hak asasinya sendiri, termasuk
parti politik.
Paling saya tidak faham, bila golongan huduphobia itu datang
daripada penyokong-penyokong tegar PR sendiri. Sokong PR dalam pilihanraya
bermakna kamu secara langsung telah memberi PAS moral politik dalam
perjuangannya. Yang kemudian membantu dengan signifikan usaha-usaha parti ini
untuk meraih undi.
Tapi bila parti ini menang dan melaksanakan tanggungjawabnya
sebagai sebuah parti Islam – kamu melalak-lalak macam tapir yang baru disambar
petir. Logik apakah itu? Saya sedang bertekak tentang isu ini dengan seorang
kawan semalam. Mungkin sebab kekurangan hujah, dia pun mengherdik saya dengan
cabaran: Jadi, kalau hudud dilaksanakan di Sabah – kamu akan sokonglah?
Saya paling benci soalan hipotetikal begini. Sebab berhujah
secara andaian hanya sesuai untuk orang yang malas menggali fakta semasa; dan
lemau menerapkan pemikiran mantik berdasarkan apa yang berlaku secara realiti.
Tapi alang-alang dia gigih sangat menyoal begitu, saya pun balas dengan senario
hipotetikal juga. “Kalau anak perempuan kamu berumur 12 tahun dirogol oleh
seorang lelaki di depan kawan-kawannya, kemudian mangsa ditinggal sendirian di
tengah kebun getah selama satu malam bersendirian: puas hatikah kamu kalau
lelaki itu cuma dihukum penjara 7 tahun?”
Banyak kali di laman sosial saya ternampak status dan komen
yang brutal bila ada perkongsian insiden-insiden jenayah yang ekstrim, terutama
melibatkan seksual dan pembunuhan. Ayat yang selalu keluar akan bernada lebihkurang begini:
“Sial betul! Penjenayah itu patut ditembak sampai mati!”
Sungguhpun cuma reaksi
spontan yang sekadar ‘basah-basah mulut’: itu sebenarnya bukti tentang fitrah
asasi kita apabila mahu memberi keadilan sesama manusia. Tapi yang kelakar dan hipoktrit, orang-orang yang selalu
memberi reaksi brutal begitu: bila sampai kepada isu hudud, boleh pula
berceramah bertele-tele tentang nilai kemanusiaan. Sambil menyempitkan
perspektif hudud hanya kepada isu pancung, rejam dan potong tangan.
Hei, bukan
kau sendiri pernah bertempik mencemuh undang-undang yang cuma memberi hukuman
penjara kepada perogol kanak-kanak?
Kembali kepada soalan andaian tadi: saya setuju atau tidak
hudud dibuat di Sabah?
Beginilah. (Hypothetically speaking) Kalau ada satu parti
politik yang menjadikan hudud sebagai manifesto pilihanraya, kemudian rakyat
Sabah memberi mandat kepada parti tersebut dengan undi melebihi 2/3 selama 24
tahun berturut-turut: masih relevankah suara saya seorang?
Sama ada saya setuju
atau tidak, yang pasti kerajaan itu ada hak politik dan mandat pemerintahan
untuk melaksanakan hudud.
Sebagai seorang yang berpendidikan serta tahu memuliakan
tamadun, saya tiada pilihan lain kecuali menghormati hak demokrasi rakyat
majoriti.
Saya tidak mahu jadi tapir disambar petir. Kamu mau?
“Now, everyone can blog: http://remdambul.blogspot.com/2015/03/huduphobia-dan-secangkir-hormon.html
Yey!”
(End Copy Paste)
Ps: Hujah yang sangat bagus, aku tambah sikit, orang kelantan releks jer nak hudud, orang negeri lain pulak yang melentingtak nak hudud, adohai...
Apr 7, 2015
Taufik dan Hidayat? apa tu?
Salam Bro mayat,
Selalu dengar ustaz cakap, kita akan masuk shurga bila kita
mendapat taufik dan Hidayat dari Allah.
Siapa itu Taufik? Siapa itu Hidayat?
Mohon pencerahan.
Hamka Keretamayat said:
Salam.
Taufik Hidayat merupakan pemain badminton perseorangan
Indonesia dan memiliki ketinggian 176 cm. Beliau merupakan juara dunia 2005 dan
juara Olimpik bagi acara perseorangan lelaki. Beliau juga merangkul kejuaraan
Terbuka Indonesia enam kali.
Hidayat beraksi di Sukan Olimpik 2004, menewaskan Hidetaka
Yamada dari Japan dan Wong Choong Hann dari Malaysia pada dua pusingan awal.
Pada pusingan suku akhir, Hidayat menentang Peter Gade dari Denmark 15-12,
15-12. Hidayat layak ke separuh akhir, yang mana beliau menentang Boonsak
Ponsana dari Thailand 15-9, 15-2. Bermain pada perlawanan penentuan pingat
emas, beliau menumpaskan Shon Seung Mo dari Korea Selatan 15-8, 15-7 untuk
memenangi pingat emas. Pada Ogos 2005, beliau menumpaskan pemain nombor satu
dunia Lin Dan dari China, 15-3, 15-7 dalam pertemuan perlawanan akhir
perseorangan lelaki Kejohanan Dunia IBF 2005.
(Ehem! Ehem!)
(Baca semula soalan)
Ops, maaf, salah jawapan tadi. Lalai ketika mendengar
soalan, maka sesat juga dalam menjawab.
Jadi, memang benar kita akan masuk shurga bila kita mendapat
taufik dan Hidayat dari Allah.
Siapa itu Taufik? Siapa itu Hidayat?
Taufik ini boleh kita faham sebagai sebuah
"kesedaran" yang Allah datangkan pada setiap manusia.
Manakala Hidayat pulak akan datang bila manusia buat usaha
atas kesedaran.
Allah akan bagi "kesedaran" dengan bermacam-macam
cara, melalui blog boleh, TV boleh, tengok langit boleh, sakit, FB sharing,
mesej whatsapp, Bini lari, dengar ceramah ugama, dengar lagu, Kemalangan,Muflis,
baca blog keretamayat, baca buku semusim di syurga, dengar bayan orang tabligh,
atau tengok mayat bergelimpangan di jalan raya, dan lain lain.
Tapi korang hanya dapat kesedaran belum dapat hidayat lagi.
Jadi untuk dapat hidayat korang kenalah lapangkan masa buat pengorbanan untuk
usaha atas kesedaran korang, Faham?
Contoh:
Hari ni ramai orang sedar penting sembahyang berjemaah tapi
tak dapat datang masjid kerana tak buat usaha atas kesedaran.
Ramai perempuan sedar tutup aurat penting tapi tak dapat
tutup aurat kerana tak dapat hidayat sebab tak buat usha atas kesedaran tu.
Orang yang tak buat usaha atas kesedaran, macam orang bangun
pagi, mula mula dia sedar (dapat taufik), tapi tak buat usaha untuk
bangkit(tiada hidayat), maka lama lama dia akan tidur balik, dan jika
diteruskan tidur akan mamposlah sebab malas nak bangun. Hampeh!
So, Orang yang dah dapat kesedaran (taufik), tapi tak buat
usaha atas kesedaran (usaha hidayat),
Lama-lama Allah akan tarik kesedaran tu sehingga dia jadi
tak sedar yang dia tu berada dalam kesalahan atau kesesatan.
Maka dia akan kata:
"aku gi sembahyang masjid buat apa? Aku bukan nak
pahala27 kali ganda, aku nak Allah, solat kat rumah pun boleh..."
atau
"zaman bila tutup2 ni, rimaslah I”
atau yang lebih
teruk, terus murtad.
Maka jadilah percakapan mereka tu percakapan orang orang
yang sesat kerana sudah tidak mendapat taufik dan hidayat dari Allah.
Ketahuilah, taufik dan hidayah adalah tetamu Allah. Kalau
kita layan dia dengan baik maka dia akan suka datang berulang-ulang kali bertandang
ke rumah (read: hati) kita.
Wallahu’lam.
Ps: Semoga korang yang baca blog aku mendapat taufik dari
Nya, dan jangan lupa untuk buat usaha atas hidayat dengan jalan mujahadah cara
Nabi Muhammad SAW. Pesan pada diri sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)