Mar 17, 2015

Anti vax- keretamayat minta maaf?

(Minta maaf kerana memanggil anti vax dengan panggilan "bodoh" hanya kerana berbeza pendapat, maafkan saya)

Salam, saya manusia biasa yang menulis blog sebagai nota agama kepada diri sendiri, tapi saya buka ruangan komen dan email untuk korang tegur jika ada mana mana yang salah.

Alhamdulillah, entry lepas, beberapa ustaz dan orang awam menegur  secara pm tepi dan juga email, bahawa saya tak patut letak nama Iman syafee dalam perdebatan isu 'dunia'. jika bab agama yang jelas salah, ok!

Terima kasih bro. Satu teguran yang baik, saya akan edit balik entry lepas dengan membuang nama alim ulamak tersebut dalam entry saya.  Maafkan saya.

Di sini juga saya mintak maaf sebab menulis dengan kasar (perkataan bodoh) dalam entry yang lepas berkenaan vaksin meyebabkan maklumat yang tepat tidak sampai.

Tidak patut saya mengeluarkan kata kata sedemikian hanya kerana berbeza pendapat, maafkan saya wahai pembaca keretamayat sekalian.

Tapi memang dah lama saya menulis dengan kasar begini sebab pesan pada diri sendiri, terutama bab politik, konspirasi, wahabi dan syiah. Tak sangka pula bila bab vaksin, ianya menjadi sangat sensitive melebihi isu politik, konspirasi, wahabi dan syiah. Adohai.



Namun, dari komen anti vax dan doktor perubatan dalam ruangan komen, banyak yang saya belajar, terutama komen dari saudara @latif Saad. Suka saya di sini copy paste pesanan beliau yang penuh sopan sehingga anti vaxseperti @Nurul ain, @ammar rawi, @Habibullah habib bersetuju dengan beliau.

Saya mengaku, jika nak menegur, kena guna kaedah yang sopan dan lembut seperti saudara Latif Saad. Barulah anti vax akan terima. Maafkan saya.

Terima kasih













Copy paste:@Latif Saad

Saya just nak berkongsi tentang vaccine. Sebab menjadi tanggung jawab pihak KKM memberitahu terhadap orang awam. Sudah menjadi tanggungjawab KKM untuk memastikan komuniti Malaysia ini jauh daripada penyakit merbahaya. Salah satu program yang dijalankan adalah vaccine. Ianya bertujuan untuk melindungi bukan setakat anak anda tapi komuniti keseluruhan(mengelakkan daripaada outbreak berlaku). Kita tidak mahu penyakit berbahaya seperti polio, TB, Hepetatis dan sebagainya menular. Program ini mampu melindungi orang yang tidak boleh divaccine ataupun kanak-kanak yang ibubapanya memilih untuk tidak divaccine.

Tetapi jikalau ada berlaku adverse effect of vaccine. Kanak2/ibubapa yang mengikuti prgram ini boleh membuat claimed untuk mendptkan ganti rugi terhadap perkara yang terjadi.

Anda boleh merujuk kpd link yg sy berikan.

http://www.moh.gov.my/.../Garispanduan_Farmakovigilans....

Pada bahagian akhir article tersebut ada menceritakan tentang bagaimana hendak membuat laporan tersebut dan apakah adverse effect yang boleh berlaku. Jesteru menyenangkan untuk membuat claimed

Adanya pun penyakit Autism tidak termasuk di dalam perkara yg boleh di 'claimed' kerana tidak lagi mampu dibuktikan keterkaitan antara vaccine dan autism.

Dan seharusnye perlu diketahui adverse event hanya berlaku dalam jumlah yang terlampau kecil. (Mengikut sumber NVIC hanya 0.00007% sahaja yang mempunyai adverse event)(sumber ini boleh menjadi tanda aras)

Oleh itu saya ingin mempromosikan agar anda semua memvaccinekan anak-anak kalian. Jikalau ada adverse effect yang berlaku. Sila buat laporan pada pihak yg berkenaan.

Sekian terima kasih.

Ps: Kata Buznama, orang yang teguh beriman adalah apabila orang tegur kesalahan dia, dan terbukti beliau salah, maka dia akui dan membaiki kesalahan, semoga saya dan kita semua termasuk di kalangan orang yang teguh beriman amin.

Ps: gambar tu hanya selective print screen, untuk bacaan detal, boleh rujuk komen di pos yang asal. Klik sini dan sini.

14 comments:

Timba Konkrit said...

one word..
alhamdulillah..
kearah kesatuan Ummah insyaAllah

Asfan Ash said...

Astaga sumpah tak bijak antivaxx ni. Dia ingat doktor tu sokong otak diorang yang dah digantikan dengan otak udang tu agaknya

Anonymous said...

Ada satu nama yg sgt familiar mem bash org sana sini sini..die kasar ngn org blh plk..tp xblh terima pendapat org..apa punya org daa..

Ni semua geng2 yg anti vac,anti gynae..semua di antinya baiklah dok dlm hutan mcm tu..sbb they can survive..lps ni komen aku plk kena bash.

Anonymous said...

Critanya hampa pro ka anti ka sama2 bangang.. benda cmni pon boley bgaduh.. dah hang xmau cucuk dok diam2la.. hang nak cucuk cucukla.. bash sana bash sini.. hampa sama ja perangai..

Anonymous said...

Saya mempunyai seorang anak autis, anak sulung lelaki beumur 5tahun.saya juga dihimpit masalah ini untuk anak ke 2 yang berusia 6bulan. Saya tidak membuat research sepenuhnya tentang vaccine ini. Tapi saya percaya Allah mrngaturkan segalanya. Sebab ada juga anak yang tidak diberikan vaccine autis jg. Memang ada yang berkata kpd saya "biar anak dicucuk seperti ayam, diam n redha ja" tetapi saya tahu Allah itu ada dan memilih kami mempunyai seorang anak syurga.

Anonymous said...

sistem dajal dimana mana, sapa nak ikut syurga dajal silakan...

~fam~ said...

Alhamdulillah. Moga bertambah teguh iman bro!

Tak sangka topik ni sangat hangat dan panas. Tapi tak sepanas isu-isu lain yang berkaitan akidah.

Sekurangnya, orang kita ni sangat ambil berat tentang kesihatan. kan?

Anonymous said...

Yusod al qadrawi pernah buat maca Hamka, inilah contoh ulamak yang kuat, boleh ubah pendapat bila ada fakta yang jelas.

mengupas kenapa beliau ubah fatwa dari menyokong syiah kepada menentang, jawab yusof:

"Pada satu ketika saya pernah mempertahankan gerakan Hizbollah kerana keberanian mereka berhadapan dengan Israel. Pendapat saya pada masa itu bertentangan dengan pandangan ulama-ulama tersebut. Mereka menentang Hizbollah.

"Namun setelah saya melihat apa yang dilakukan oleh Hizbollah terhadap saudara-saudara kita di Syria barulah saya sedar yang ulama-ulama di Arab Saudi lebih matang dan mempunyai pengetahuan cukup luas tentang Hizbollah dan Iran," ujarnya.



Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130802/dn_02/Yusuf-al-Qardawi-isytihar-Syiah-musuh-Islam#ixzz3UeXbf9Yq
© Utusan Melayu (M) Bhd

Anonymous said...



bila masa dia tukar pendapat...

dia tetap bercinta dengan vaksin gak, aku tak kisah pon nak cucuk cucuk lah...nak kempen pon kempen lah...jangan pertikaikan pendapat orang...tu jer kan..mudah mcm alif bata pon..

yang perkataan dan perbuatan 'bodoh membodoh tu memang lah kena tarik balik, pasal tak kena dengan tempatnya lain lah kalau kata orang meninggalkan solat atau tak pakai tudung bodoh, tu kena pada tempatnya...

nak kata orang tolak vaksin bodoh tu cukup mengenalah, pasal sekurang kurangnya diaorang besandarkan hukum yang asal ... mcm hukum cukai...hukum asal haram...hukum ketemporari jadi harus...lagi selamat pakai yang asal...


nasihat aku satu jer perbanyakan lah baca hadis akhir zaman.. nanti korang akan faham...akupercaya korang takkaji lagi kan...sungguh tengok gaya memang tak kaji lagi

sains teknologi ni tak lama jer hayat dia lagi, tak yah lah takbur k..


Anonymous said...

Assalamu'alaikum. Pandai membaca ke tak ni ?

Kat mana diorang setuju dengan doktor tu ?

Yang diorang setuju ialah cara doktor menerangkan dengan TELUS berbanding cara penerangan Pemilik Blog ni yang membodohkan golongan pro-choice.

Pro-choice bukanlah antivax, sedarkanlah sel2 otak anda yang tak berhubung tu.

Anti-vax ==> Menentang vaccine secara habis2an dan akan membodohkan sesiapa sahaja yang guna vaksin

Pro-choice ==> Menyebarkan maklumat tentang AEFI, ingredients vaccine dan lain2 berkaitan vaccine kepada umum YANG SEPATUTNYA dibuat oleh doktor2 dan badan2 kesihatan di malaysia supaya pengguna boleh membuat keputusan sendiri. Boleh refer sendiri mereka menyokong tindakan doktor yang menyeru orang ramai untuk vaksin dengan menyatakan risiko2 yang terbabit

Ada satu lagi golongan terpinggir seperti Pemilik Blog ni iaitu ;

Anti-pro-choice ==> Membodohkan sebarang usaha untuk mendidik dan menyebar kebenaran kepada khalayak ramai semata-mata pendapat pro-choice tak sama dengan pendapat mereka.

Anonymous said...

makcik dah baca blog ini sejak 2006, bila tiba bab vaksin, makcik terkejut dan doa semoga hamka berubah kerana makcik kenal melalui tulisan beliau, hamka seorang yang baik, kelakar, cuma mungkin sedikit emosi kerana orang ini berbagai ragam.

makcik doa supaya hamka tarik balik perkataan bodoh dan akhirnya Allah makbulkan doa makcik.

terima kasih hamka, syukur pada Allah.

makcik akan terus membaca nota peribadi anda kerana banyak buat makcik menangis dan ketawa.

paling makcik menangis, bila hamka minta maaf secara lelaki.

teruskan menulis, jarang penulis macam anda ada, dan sempat berkongsi udara yang sama.

syukur.

(pembaca setia-dulu guna nama salah satu watak naruto sewatu komen)

sweet_saya said...

tahu tak kenapa lebih sensitif? sebab bila melibatkan anak2 memang sgt sensitif.. semua ibu bapa nak yg terbaik utk anak.. aku bukan anti vax tp aku hormat pandangan mereka... cuma berharap setiap tindakan kita adalah yg terbaik...

Arrman said...

aku xnak dan xkan smash sapa2..tp aku ada sorang anak yg x amik vaksin.. beza dgn anak lain sngat ketara.. cerdik.. jarang sngat sakit.. taat. and imun die sngat kuat.. so kalau korang jd aku lah an.. korang nak yakin yg mana?

Arrman said...

aku xnak dan xkan smash sapa2..tp aku ada sorang anak yg x amik vaksin.. beza dgn anak lain sngat ketara.. cerdik.. jarang sngat sakit.. taat. and imun die sngat kuat.. so kalau korang jd aku lah an.. korang nak yakin yg mana?