Jul 10, 2013

Malam pertama..., Tahukah korang?

(Syaitan yang membisik telah dirantai, Selamat datang Ramadhan)

Apabila tiba malam pertama dari bulan Ramadhan, sejenis angin akan bertiup dari bawah Arasy yang dinamakan ‘Muthirah’. Lalu bergeseranlah daun-daun pokok syurga dan juga gagang pintu-pintu syurga, maka kedengaranlah satu bunyian yang begitu merdu yang tidak pernah didengari bunyian yang lebih merdu dari itu sebelumnya. Kemudian muncullah bidadari-bidadari bermata jeli sehingga mereka semua berhenti di anjung syurga dan bertanya:

“ Wahai Ridhwan penjaga syurga! Malam apakah ini?”

Maka malaikat Ridhwan penjaga syurga akan menjawab kepada para bidadari-bidadari itu dengan berkata,

“Malam ini adalah malam pertama dari bulan ramadhan. Hari ini pintu-pintu syurga dibuka bagi orang yang berpuasa dikalangan umat Muhammad s.a.w.”

Demikianlah angin Muthirah bertiup lembut dari bawah arasy yang melantunkan bunyian yang sungguh merdu..

****

Namun di bumi, sebelum bukan Ramadhan lagi, telah terdengar bisikan suara lembut dan merdu yang membisik siang dan malam yang menandakan sudah hampir masuknya bulan Ramadhan...

Bisikan itu berbunyi:

“Yusuf... Taiyoob..”

Woha!
Adakah ini rupa sebenar Yusuf Taiyoob? aku pun tak tahu...
Ps: Selamat berpuasa kepada semua pembaca blog dan FB keretamayat, terima kasih atas doa dari jauh kalian selama ini! semoga kita semua bila mati masuk shurga, jumpa di sana, tingkat 8! Amin..

31 comments:

kueh bakar said...

jika tiada rupa - guna suara. ahaks. marketing itu pelbagai cara...

Unknown said...

Ahlan wasahlan ya Ramadhan Kareem. Semoga kita mencari makna ikhlas pada Ramadhan kali ini.

Unknown said...

Hihi...kelakarlh... tetiba diselitkn yusuf taiyob...

Salam ramadhan..

Carlos Santiago said...

hahaha... so awesome last words.

selamat berpuasa HAMKA.

ikhlas dari
bankami.net

namzaMN said...

top 10. sejak bila jadi agen marketing yusof tayob ni. pe pun semoga ramadhan bermakna buat kita semua

MUQARRABINZ said...

Marhaban Ya Ramadhan...

Salam semanis kurma Yuta. Beli la cap Yuta yang original.

Ikhlas daripada Parti pengedar-pengedar kurma Yusuf Taiyoob SeMalaysia.

hamka said...

kueh bakar

marketing itu pelbagai cara..., itu yang ko letak nick name kueh bakar, ye dop? Promote ek? He he

--------------
Lynn si pipi merah

Susah nak jumpa perempuan pipi merah di bulan puasa, hihihi..


------------
alif ismail

harap pihak yusuf taiyob belanja kurma sekotak dua, eh, jangan harap pada mahluk.., adohai.

------------
Carlos Santiago

selamat berpuasa kembali

---------
namzaMN

belum lagi jadi agen marketing yusof tayob, sedang promote angin muthirah...

--------------
MUQARRABINZ

Kau ni -pengedar kurma Yusuf Taiyoob SeMalaysia ke? Jika begitu jemputlah iklan produk korang lkat side bar keretamayat- Woha!

nazrul ali said...

Selamat berpuasa kepada semua:-)

kartunster.blogspot.com

hamka said...

cantik lukisan lu bro, ada gaya Baba chuah, : )

nazrul ali said...

baba chuah?hehehe..

tu kartunis lejen..mana boleh celen..
baru nak menapak tergedek2 je kartunster ni:-)

kalau nak request lukis kartun nanti bolehlah kontek aku hokeh:-)

hamka said...

maksuh kau percuma, ok, take note, hihi

Anonymous said...

dulu saya pernah kena casting untuk iklan radio Yusuf Taiyoob tapi saya tak dapat peranan tu.

Sebab saya tak bisik, saya jerit YUSUUUUUF TAYOOOOOB! kuat-kuat. Terus fail

Rizuan said...

Selamat Berpuasa... dari saya..

rrizuan.com

suka dengan kartunster.blogspot.com. Aku ni ada gak bakat nak melukis tapi ntahlah. Idea tu kurang..

Shahada Fauzi said...

yusuf...taiyobb..


hahaha..aduhai..


selamat berpuasa encik Hamka dan semua pembaca blog ni..^_^

Prince of Noob said...

salam ramadhan ustaz hamka...

ikhlas dari
Buasir Otak

Makwe Kintan said...

Selamat Berpuasa Hamka & pembaca. Moga dirahmati Allah sentiasa... Bila sebut bidadari bermata jeli.. teringat mimpi saya 8 tahun dlu..
Saya dibawa oleh 2 cahaya kiri & kanan ke suatu tempat yg penuh dgn kabus.. ada ramai lelaki berjubah & berserban, wanita bertelekung putih..semuanya berdiri kaku..sedang perjalanan dgn 2 cahaya itu, dibawa saya menaiki tangga yang besar..sehingga bertemu dgn pintu gerbang yang besar..tidak trtutup rapat pintu tu.. keluarlah sedikit cahaya silau di celah2 pintu tu.. ada seorang wanita yang berdiri kaku ditepi pintu gerbang tu.. memakai telekung putih.. wajahnya cantik kulit putih bibir merah.. bila saya nak tolak pintu gerbang saya nak masuk ke dalam.. wanita tadi buka matanya. matanya bersinar warna jeli biru.. & dia menahan saya lalu berkata pada saya "Hanya orang yang beriman kpd Allah & Rasullullah boleh masuk kedalam"...terus terjaga dari tidur & kedengaran azan subuh... saya xkn lupa mimpi ni sampai bila2..(n___n)

Unknown said...

yusuff taiyob....hahahha

hamka said...

Rizuan

Selamat bersahur

----------
Shahada Fauzi

selamat bertarawikh

-----------
Prince of Noob

Selamat bermoreh..

----------
Makwe Kintan

Selamat Woha sampai ke shurga!

----------
Amyruul Luqman

Selamat memasak untuk bersahur

(rasa macam senang pulak jawab koman malam ni)

anti syiah said...

mekar..mu wak etek isu mesir, syiah dll..tekankan lagi isu syiah ni..makin parok doh lening..

adila_alim said...

Hahaha saborjelah, salam ramadhan yang kedua dari selatan

detective nie said...

"antara tanda tanda kecil masuknya bulan ramadhan adalah bermulalah iklan iklan Kurma Yusu Taiyoob di mana mana"

mat said...

salam


tiap kali online, keretamayat.blogspot.com dan militaryofmalaysia.net akan menjadi keutamaan

teruskan menulis sebagai nota buat diri sendiri dan juga buat orang lain. sesungguhnya kefahaman agama itu dari Allah kepada hamba2Nya yang terplilih.

selamat berpuasa di bulan ramadhan

Anonymous said...

agree huhu....

Azri said...

salam hamka.
apa kata kau lari topik sikit..
kau cuba terangkan isu pasal pelaburan ASB..boleh?

hamka said...

aku belum buat kajian detail.

tengok vodeo ustaz azhar idrus, beliau pilih tengah tengah, yang mana jika yakin ambik, jika ragu ragu tinggal...

ada jugak info yang kata ASB dikendalikan oleh PNB. PNB perananya supaya orang islam ada aset besar dalam negara islam, jika tak aset besar boleh jadi milik orang kapir, lalu di kira darurat untuk jaga kebajikan ummat islam,

mereka pun ada panel syariah untuk pantau kedaruratan ni. Boleh selidik kedua dua belah pihak.

bagi aku, aku follow macam ustaz azhar cakap, jika korang was was, tak payah, jika korang yakin, follow jer...

Ada masa dan peluang serta rajin luar biasa, aku kaji.

Adohai..

hamka said...

http://www.youtube.com/watch?v=6u6IxR5QeS0

hamka said...

Hukum Pelaburan Dalam Skim ASB, ASN dan Pelaburan-Pelaburan Lain Seumpamanya
2008/80/1 Muamalat/Ekonomi
Tarikh Keputusan: 27 Dec, 2009
Keputusan:

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 27 Disember 2009 telah membincangkan hukum pelaburan dalam skim ASB, ASN dan pelaburan-pelaburan lain seumpamanya. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan bahawa hukum pelaburan dalam skim ASB, ASN dan pelaburan-pelaburan lain seumpamanya adalah diharuskan.
Keterangan/Hujah:

Keputusan ini di buat berdasarkan hujah-hujah berikut:

Harus melabur dalam skim ASB, ASN dan seumpamanya kerana kedudukan ekonomi orang melayu islam di Negara ini yang disifatkan berada ditahap darurat. Darurat yang dimaksudkan di sini ialah dilihat dari aspek ekonomi ummat secara keseluruhan bukan dari sudut individu.

Pelaburan skim-skim ini dalam sektor yang halal lebih banyak daripada yang haram. Hukum berurusan dengan orang yang mempunyai harta yang halal lebih banyak daripada yang haram adalah harus. Rasulullah S.A.W dan para sahabat berurusan dengan orang Musyrikin yang mereka maklum tidak meninggalkan perkara yang haram sama sekali. Sementara bermuamalat dengan orang yang memiliki harta haram lebih banyak dari yang halal adalah makruh selama tidak diketahui atau tidak ditentukan Ain yang haram tersebut.

Azri said...

tapi kalau yang buat loan bank konvensional semata2 nak join asb.dah terang2 kan loan konvensional tu makan riba'..ermmmm poning den.hahahahahhaha

hamka said...

kalau macam tu tak boleh lah, adohai...

detective nie said...

adakah kita mendapat dosa jika kita membeli makanan yang dicuri oleh orang lain sedangkan pada masa itu kita perlukan makanan tersebut.

adakah kita mendapat dosa jika kita meminjam daripda kawan kita 100 dan berjanji akan membayar 120 kepada kawan kita dalam tempoh2 tertentu.

adakah kita berdosa jika kita melaburkan duit dalam perniagaan yang halal pihak lain dan mengambil keuntungan secara bulanan dan tahunan sedangkan kita tidak membantu dalam perniagaan tersebut. hanya bagi modal.

adakah kita berdosa jika kita mendermakan barang yang kita jumpa ditengah jalan kerana tidak tahu siapa permiliknya.

adakah kita berdosa jika kita meminjam daripada along?

adakah kita berdosa jika kita meminjam dari along dan tidak membayar mengikut perjanjian.

adakah kita berdosa jika kita memberikan wang yang syubhah asal usulnya kepada orang fakir

adakah kita berdosa jika kita menjual kuih kepada pencuri yang yang menggunakan hasil curinya membeli kuih kita.

sekian soalan yang selalu memusykilkan kita.

hamka said...

jika was was, simpanlah kat tabung haji. jika tak was was, simpanlah kat ASB.

jika was was lagi, simpan jerlah kat akhirat dengan cara menderma..

wallhu'lam.