Jul 18, 2013

Kisah Laki bini- Tahukah korang?

( Pada suatu hari di Bulan Puasa, Oh ye.., di Malaysia)

Kepada semua laki bini, tahukah korang akan apa yang berlaku pada malam pertama di bulan Ramadhan?

Jawab laki bini: “Malam pertama ramadhan, kami pergi supermarket beli stok sebulan untuk sahur dan berbuka, kami juga pergi membeli baju raya untuk anak anak kerana ada jualan murah, dan kami juga menempah baju melayu dan baju kurung, kemudian kami pergi makan besar besaran, maklumlah esok sudah mahu puasa”.

Apapun jawapan laki bini tersebut, ketahuilah, sesungguhnya, syurga telah diharumkan dan dihiasi yang mana apabila tiba malam pertama dari bulan Ramadhan, sejenis angin akan bertiup dari bawah Arasy yang dinamakan ‘Muthirah’. Lalu bergeseranlah daun-daun pokok syurga dan juga gagang pintu-pintu syurga, maka kedengaranlah satu bunyian yang begitu merdu yang tidak pernah didengari bunyian yang lebih merdu dari itu sebelumnya.

Kemudian muncullah bidadari-bidadari bermata jeli sehingga mereka semua berhenti di anjung syurga dan bertanya:

“ Wahai Ridhwan penjaga syurga! Malam apakah ini?”

Maka malaikat Ridhwan penjaga syurga akan menjawab kepada para bidadari-bidadari itu dengan berkata,

“Malam ini adalah malam pertama dari bulan ramadhan. Hari ini pintu-pintu syurga dibuka bagi orang yang berpuasa dikalangan umat Muhammad s.a.w.”

Kemudian,  Allah berfirman,

“ Wahai Ridhwan ! Bukakanlah pintu-pintu syurga dan wahai Malik penjaga neraka tutuplah pintu-pintu neraka bagi mereka yang berpuasa daripada kalangan umat Nabi Muhammad! Dan Wahai Jibrail! Turunlah ke bumi dan tangkaplah syaitan yang sangat-sangat degil lalu ikatlah mereka dengan rantai kemudian lontarkanlah mereka ke dalam laut supaya mereka tidak dapat merosakkkan puasa umat Muhammad kekasihKu.”

Tapi sayangnya, laki bini tidak tahu…

****
Habis babak malam pertama, Kepada semua laki bini sekalian, tahukah korang akan apa yang berlaku pada setiap kali waktu berbuka?

Jawab laki bini: “Setiap kali waktu berbuka, kami akan hidangkan berbagai makanan dan beraneka kuih yang dibeli di Bazar ramdhan, sebaik azan, kami makan banyak, minum air banyak, dan tambah makanan dan makan sehingga kenyang tetapi makanan masih belum habis lalu kami buang ke dalam tong sampah dan kami berehat kekenyangan hingga tertidur sampai terluput waktu maghrib.”

Apapun jawapan laki bini tersebut, ketahuilah, bahawa setiap hari pada waktu berbuka puasa dari bulan Ramadhan Allah akan membebaskan sejuta manusia yang kesemuanya telah ditentukan untuk masuk neraka.

Tapi sayangnya, laki bini tidak tahu…

*****
Habis babak waktu berbuka, Kepada semua laki bini sekalian, tahukah korang akan apa yang berlaku pada setiap malam di bulan Ramadhan?

Jawab laki bini: “Setiap malam, selepas azan margrib kami makan bersungguh sungguh, kemudan kami rehat, sudah mendekati isyak, kami solat magrib dirumah, kemudian baru ke surau bertarawih 8 rakaat, pulang jam 9.30 malam, sambung makan dan main mercun bersama anak anak, layan astro sampai tertidur, bangun sahur, makan lagi dan tidur balik. Subuhpun terlajak.”

Apapun jawapan laki bini tersebut, ketahuilah, bahawa pada setiap malam dari Ramadhan, Allah akan memerintahkan seorang penyeru supaya dia menyeru tiga kali bagi pihak Allah,

Seruan pertama:

“Adakah sesiapa yang ingin memohon sesuatu supaya Aku mengurniakannya?”
Seruan kedua:

“Adakah sesiapa yang ingin bertaubat supaya Aku menerima taubatnya?”
Seruan ketiga

“Adakah sesiapa yang ingin memohon keampunan supaya Aku mengampuninya?”

Tapi sayangnya, laki bini tidak tahu…

*****

Habis babak sepanjang malam, kepada semua laki bini sekalian, tahukah korang akan apa yang berlaku pada malam (lailatul) qadar?

Jawab laki bini: “Sudah dekat raya, kami laki bini keluar ke pasar membeli bahan bahan membuat kuih, dan pulang ke rumah membuat kuih sampai sahur. Tidak sempat untuk bertarawih lagi, tapi masih sempat temani anak bermain bunga api.”

Apapun jawapan laki bini tersebut, ketahuilah, sesungguhnya apabila tiba Lailatulqadar Allah akan memerintahkan malaikat Jibrail a.s supaya turun bersama satu kumpulan besar malaikat. Bersama mereka terdapat bendera hijau. Malaikat jibrail akan memacakkan bendera itu di atas Kaabah. Malaikat Jibrail a.s mempunyai seratus sayap,dua daripada sayap tersebut tidak pernah dibuka kecuali pada malam lailatul qadar itu sahaja. 

Lalu beliau membuka kedua-dua sayapnya sehingga menutupi timur dan barat. Kemudian pada malam tersebut Jibrail a.s akan mendorong para malaikat lain supaya mereka pergi memberi salam kepada setiap orang yang sedang berdiri dan duduk, bersolah atau berzikir.

Kemudian, para malaikat itu akan berjabat tangan dengan mereka dan akan meng-aminkan doa-doa mereka sehingga terbit fajar. Apabila terbit fajar Jibrail a.s akan menyeru segala malaikat,

“ Sekarang pulanglah.!”

Para malaikat itu pun akan bertanya,

“ Wahai Jibrail apakah yang Allah telah lakukan terhadap keperluan-keperluan orang beriman di kalangan umat Muhammad?”

Beliau akan menjawab,

“ Allah telah memerhatikan mereka pada malam ini lalu telah mengampunkan mereka semua kecuali empat jenis manusia.”

Kepada Laki bini, tahukan korang akan siapakah mereka empat jenis manusia yang tidak mendapat keampunan Allah pada malam lailatul qadar?

Sesungguhnya empat jenis manusia yang tidak mendapat keampunan Allah pada malam lailatul qadar adalah:
1. Peminum arak yang berterusan, 

2. Seseorang yang menderhakai kedua-dua ibu bapanya,

3. Seseorang yang memutuskan silaturrahim

4. Sesorang yang berhasad dengki

Tapi sayangnya, laki bini tidak tahu…

****

Habis babak malam seribu bulan, Kepada semua laki bini sekalian, tahukah korang akan apa yang berlaku pada penghujung ramadhan?

Jawab laki bini: “kami akan cuba pakai baju baru, buat kuih lagi, cat rumah, gantung langsir dan membeli itu ini kerana raya setahun sekali. Malam raya kami akan hias rumah kami dengan pelita macam raya india, main mercun macam raya cina, dan gantung lampu kelip kelip macam raya krismas, di waktu malam raya, akan ada Filem melayu yang baru masuk pawagam di tayangkan di TV, dan sambil makan serta mendengar lagu raya, kami bergembira.”

Apapun jawapan laki bini tersebut, ketahuilah, bahawa di penghujung Ramadhan Allah akan membebaskan sejuta manusia yang kesemuanya telah ditentukan untuk masuk neraka. Kemudian apabila tiba malam hari raya aidil-fitri maka pada malam itu disebut sebagai Lailatul Jaizah iaitu malam pengurniaan hadiah bagi mereka yang masih sibuk beribadat.

Tapi sayangnya, laki bini tidak tahu…

****
Habis babak malam raya, Kepada semua laki bini sekalian, tahukah korang akan apa yang berlaku pada pagi hari raya?

Jawab laki bini: “Kami sudah insaf wahai Hamka pemandu keretamayat, jawapan korang membuatkan kami malu kepada diri sendiri, tolonglah ceritakan kepada kami laki bini akan peristiwa yang berlaku di pagi hari raya.. isk.”

Macam macam hal kisah laki bini ni, adohai...

Sesungguhnya, Pada pagi hari raya Aidilfitri, Allah menghantar para malaikat ke setiap tempat. Lalu mereka turun ke bumi dan berdiri di muka-muka jalan dan lorong. Mereka akan menyeru dengan suara yang boleh didengari oleh semua makluk Allah selain jin dan manusia.
Mereka berkata,

“ Wahai umat Muhammad! Keluarlah kepada Tuhan yang Maha pemurah yang mengurniakan dengan banyaknya dan yang mengampuni dosa-dosa besar.”

Kemudian, Apabila orang islam tiba ditempat sembahyang raya, Allah akan bertanya kepada para malaikat,

“Apakah balasan bagi seorang pekerja yang telah menyempurnakan kerjanya?”

Para malaikat akan berkata,

” Wahai Tuhan dan Pemilik kami, balasannya ialah disempurnakan ganjarannya.”

Lalu Allah berfirman,

“ Sesungguhnya Aku jadikan kamu sebagai saksi, wahai malaikatku, sesungguhnya Aku jadikan keredaan dan keampunanKu sebagai pahala puasa bulan Ramadhan dan ibadat malam mereka.”

Kemudian Allah akan berfirman kepada kita semua manusia!

"Wahai hamba-hambaKu! Pohonlah daripadaKu. 

Demi kemuliaan dan keagunganKu, kamu tidak memohon sesuatu daripadaKu pada hari ini iaitu dalam perhimpunan kamu untuk kepentingan akhirat melainkan Aku pasti akan menunaikannya dan begitu juga untuk kepentingan dunia yang kamu mohon nescaya Aku akan mengurniakan yang baik bagimu. 

Demi kemuliaanKu, Aku akan tutup keaiban-keaibanmu selama mana sengkau mengingatiKu. 

Demi kemulian dan keagunganKu, tidaklah aku menghina kamu dan tidak juga memalukan kamu di kalangan orang yang orang-orang kapir.

Bersurailah dalam keadaan kamu di ampunkan dan telah Ku tukarkan segala keburukkan kamu kepada kebaikkan. 

Sesungguhnya kamu telah meredakan daku dan Aku juga telah reda dengan kamu.”

Maka gembiralah para malaikat dan bersuka rialah mereka dengan segala yang di kurniakan Allah kepada umat ini apabila mereka telah selesai berpuasa pada bulan Ramadhan.

Akrian, gembira dan menangislah jua laki bini yang insaf dengan nikmat Allah lalu berubahlah mereka menjadi insan yang bertakwa hendaknya, amin...


Ps:Pinjam lawak ustaz: Errr, Ini bukan laki bini kat sini, ini laki bini kat tempat lain- woha! (sambil tangan atas bahu dan mata ke atas, kelakarlah sangat.., adohai)

18 comments:

mama maman aka yana said...

mmg ramai yg alpa..huhu

Anonymous said...

di penghujung ramadan, ramai yg pikir nak rayaaaa je. Padahal, di penghujung ramadhan terdapat malam yang datang sekali dalam setahun, menyamai seribu bulan...

Azri said...

lailatul jaizah i like !

Irfa said...

malu ;(

Nerzhul said...

huhuhu gua insaf..

nazrul ali said...

thanks bero atas perkongsian kat atas..banyak juga ilmu yang di refresh semula dan ilmu yang tak tau..

lailatul jaizah..

aku pun malu jugak ni:---

Anonymous said...

Assalam

2 thumbs up bro!
A Masterpiece...as usual.

Khalid

hamka said...

semoga kita dapat amal apa yang kita tahu dan sampaikan, adohai...

Anonymous said...

salam hamka,insyaAllah..amin.
bab derhaka pada kedua ibu bapa itu yg selalu menegakkan bulu roma..
dlm rumah tangga kadang2 bg pehak suami hatinya berbelah bagi nak jagakan semua hati keluarga sekeliling..mak dan ayah kadang2 secara x sengaja mcm menguji apa yg kita tau(tapi belum tentu dapat amal).kadang2 keperluan mereka x cukup,mereka xda duit,mereka x mintak pun,tapi kita bleh rasa bila mereka susah tgh xda duit,kita pun xberapa nak ada duit juga,tapi adalah ciput2..dah mula berlaga perasaan antara "patut" dan x "patut",last2 x bagi juga sebab takut2 anak bini kita lak x cukup makan pakai.."alahhh adik beradik lain kan ada"..kadang2 bila aku dah geram layan "patut" dan x "patut" tu aku keringkan je hati lantak la kalo memang Allah kate x cukup x cukupla untuk anak bini aku..kadang2 bab membantu keperluan ibu dan ayah je dah buat kita rasa malu nak tengok cermin bila mengenangkan apa yg kita tau tapi kita masih x dapat amal(apa yg kita tau x semesti kita dapat amal),ada juga hamba Allah yg mcm x berapa nak tau tapi dapat mengamalnya dengan baik..mintak2 kita semua tergolong dalam org2 yg d ampuni Allah insyaAllah..
(yg kita tau Allah itu kuasa,tapi kadang2 kita x dapat nak amal, dan buat mcm Allah tu miskin lak x leh nak cukupkan makan pakai kita anak bini bila bantu keperluan ibu dan ayah..semoga hari2 mendatang hubungan kita laki bini dgn Allah semakin baik dari hari2 sebelumnya insyaAllah..)

Anonymous said...

alhamdulillah, terima kasih atas sedikit ilmu yg amat bermanafaat ini ....

Anonymous said...

bro hamka...inayaaAllah...jemaah 10 akhir ramadhan...

Anonymous said...

bro hamka...inayaaAllah...jemaah 10 akhir ramadhan...

hamka said...

Insya-Allah.., : )

detective nie said...

terbaik sampai terbalik den membaconyo...hahaha.. keep it up dalam menginsafkan pengunjung2 blog anda..!

Anonymous said...

:)

hamka said...

apa yang terbalik tu?

detective nie said...

terjatuh katil kerana ketawa yang berlebihan. hehehhe... berhati2 walaupun anda berada di tempat yang selesa

Anonymous said...

:'(