(Keretamayat
mempunyai dua fungsi di bulan puasa, pertama membawa mayat ke kubur, kedua
membawa orang yang didapati bersalah kerana tidak berpuasa 'bersiar siar'- only
in Malaysia)
Tajuk Cerpen: Orang
jahat masuk neraka.
Kereta mayat yang
aku cuba hidupkan enjinnya gagal untuk berfungsi, pesalah yang tidak berpuasa
di kerusi belakang kelihatan sedikit ceria. Aku cuba hidupkan lagi, tapi enjin
terus batuk batuk dan mati.
“kenapa bang?”
Tanya salah seorang yang di tangkap ketika makan nasi lemak di kedai mamak jam
sembilan pagi.
“kereta ini tak hidup, macam tak ada bateri, tapi jika aku on radio, hidup”
Jawab aku sambil mengerutkan kening..
“bateri lemah kot?” Duga si pemuda yang ditangkap hisap rokok di khalayak umum
waktu tengah hari.
“Agaknyalah” Jawab aku sambil keluar dari keretamayat dan membuka bahagian
enjin.
“Sudah berapa lama tak tukar bateri?” Tanya pemuda yang ditangkap ketika membeli
nombor ekor di bulan puasa.
“Sudah dekat 3 tahun rasanya” Jawab aku setelah membuka pintu enjin keretamayat.
“Patutlah, ni nak kena tukar baru, kau ada ‘jumper’? jom kita pergi beli Cable Jumper” Cadang si pesalah yang di tangkap makan nasi lemak di kedai mamak jam
sembilan pagi.
“korang tolaklah
kereta mayat ini, lagipun korang semua tak puasa, eloklah.. Woha!”
Mereka semua
mengeluh tapi akur pada arahan driver keretamayat..
Mari belajar ilmu baru hari ni, iaitu bagaimana mahu menghidupkan kereta yang
tiada bateri, mula mula kaki tekan clutch, masukkan gear satu, bila kereta di
tolak, lepaskan clutch dengan pantas dan tekan minyak terus, ajar pemuda yang
ditangkap ketika membeli nombor ekor di bulan puasa pada aku akan bagaimana untuk
hidupkan kereta tanpa bateri.
Maka mereka pun tolak..,
Tolak!!
Tolak!!!
TOLAK!!!
Tak hidup jugak?
Tolak lagi!!
Lagi!!
Tolak!!!
Arggh, sudah tiga
kali tolak namun masih tidak berjaya juga.
Mereka semua kepenatan.., walaupun mereka tidak berpuasa, tetapi menolak
keretamayat di tengah hari begini, memang mujahadah..., mereka pun serba salah
juga, Jika tolak dan kereta mayat hidup, akan dimalukan, tapi jika tidak hidup,
kena tolak lagi macam orang gila, adohai..
“Bang, boleh tak
kami semua minum air sekejap, kami memang tidak berpuasa..”
Aku tidak menjawab,
cuma mengajak mereka berehat di surau berdekatan, di surau mereka membasuh muka
dan curi curi minum air paip, kemudan mereka semua bersandar di beranda surau.
Aku masuk ke
dalam surau dan mencari kitab fadfhilat ramadhan, alhamdulillah, ada di meja
mengajar sebelah imam, terus aku ambil dan duduk depan mereka,
“Elok korang
rehat ni, aku nak bagi tazkirah sikit...” kata aku kepada semua pesalah yang
didenda naik kereta mayat.
Aku buka kitab
dan mula membaca hadith:
“Setiap hari pada waktu berbuka puasa dari
bulan Ramadhan, Allah SWT akan membebaskan sejuta manusia yang kesemuanya telah
ditentukan untuk masuk Neraka...”
Pemuda yang ditangkap
ketika membeli nombor ekor di bulan puasa angkat tangan untuk bertanya:
“Bang, nak tanya,
kepada siapakah sebenarnya ditujukan akan sejuta manusia yang kesemuanya telah
ditentukan untuk masuk Neraka tapi kemudian di bebaskan jua akhirnya dalam
hadith di atas, siapa? sejuta ahli neraka itu di rujuk kepada yang masih hidup
atau yang sudah jadi mayat? Jika sejuta ahli neraka dalam hadith di atas itu ditujukan
kepada mereka yang telah jadi mayat, maka mayat yang mana dulu akan di
bebaskan? Mungkin mayat yang anak cucunya berdoa untuk mereka atau bagaimana?
Mayat yang tiada anak dan cucu pula bagaimana?”
Pergh, boleh
tahan soalan mamat ini, tapi aku bukan ustaz, hanya pemandu kereta mayat, lalu
jawab aku:
“Maaf, saya pun
jahil bab ugama, tapi yang saya faham, hadith mana manapun pastilah merujuk
kepada orang yang belum jadi mayat, Apabila Nabi bersabda, maka dituju kepada
sahabat untuk beramal dengan hadith tersebut, jadi bab hadith ini, sejuta ahli
neraka itu ditujukan kepada kita semua yang masih hidup kerana antara kita
memang sudah banyak buat dosa sehingga telah tertulis nama di pintu-pintu
neraka!. Naduzubillah!
Sebagai contoh
sebab-musabab nama tertulis di pintu neraka, Nabi bersabda:
“Seseorang yang
meninggalkan walaupun satu solah fardu dengan sengaja, namanya akan tertulis
dipintu neraka dan dia pasti akan memasukkinya.”
(Kitab Qurratul
Uyun)
Hadith lain:
“Seseorang yang meninggalkan solat sehingga
terluput waktunya, kemudian menqadakan solah itu maka dia akan diseksa dalam
neraka selama satu huqub.Satu huqub bersamaan lapan pulun tahun dan satu hari
(di akhirat) adalah sama dengan seribu tahun (di dunia ini)”
Jadi aku yang
jahil ini beranggapan bahawa sejuta ahli neraka itu ditujukan kepada kita yang
masih hidup, yang mana mungkin ada antara kita telah sengaja tidak solat, maka
nama sudah tertulis dipintu neraka sedang kita masih belum jadi mayat lagi…,
tapi tidak semestinya anggapan aku betul, tapi setelah dirujuk kepada hadith
Nabi yang yang di ambil pada tarikh 30 hb syaaban riwayat Hazrat Salman R.a
yang mengatakan Nabi telah arahkan kami memperbanyakkanlah bulan puasa dua
perkara(dari empat perkara) yang tidak boleh tidak kamu perlukan iaitu memohon
shurga daripada Allah dan meminta perlindungan dari api neraka, nampaknya
memang Nabi ada suruh kita banyakkan mohon selamat dari azab api neraka pada
bulan Ramadhan dan minta pula adalah bagi pihak diri kita sendiri..
Maka aku berharap
kita semua bertawajuh pada ALLAH agar sejuta ahli neraka yang di bebaskan itu
adalah kita: aku dan kamu semua!
Walaupun, setelah
segala dosa itu kita cucuri dengan air mata menyesal, taubat dan qadha mana
yang tinggal, namun kuasa memadam nama dipintu neraka adalah di tangan Allah,
maka sempena bulan puasa ini di waktu berbuka, sekali lagi aku harap kita sama
sama dapat bertawajuh pada ALLAH dengan sepenuh harapan agar sejuta ahli neraka
yang di bebaskan itu adalah termasuk kita semua.
Lagipun, ikut
quote Hadith yang mula-mula di atas, Allah hanya bebaskan sejuta ahli neraka
sahaja setiap hari, bermakna sepanjang bulan Ramadhan akan ada 30 juta ahli
neraka yang confirm masuk neraka akan di bebaskan. Sedangkan Ummat islam ada
berbelion-belion di atas muka bumi ini!.
Maka mahu tidak
mahu, kita memang kena ikut sangat sabda Nabi dalam Hadith di atas yang
mengatakan
“Perbanyakkanlah bulan ini dua perkara iaitu memohon shurga daripada
Allah dan meminta PERLINDUNGAN DARI API NERAKA.”
Oleh kerana sudah
banyak hari juga Ramadhan telah berlalu, dan sementara peluang sejuta ahli
neraka di bebaskan dari neraka masih di buka setiap hari, maka marilah kita
‘berlumba-lumba’ di bulan Ramadhan ini dengan bersolat sunnat tarawih,
bertadarus Al Quran, beriktikaf, berdakwah, dan lain lain ibadat demi meraih
perhatian Allah agar kita termasuk dalam 30 juta ahli neraka yang akan di
bebaskan.., amin!
Nabi Muhammad SAW
pernah bersabda,
“Allah akan
menumpukan perhatianNYA kepadamu dalam bulan Ramadhan, Dia akan menurunkan
Rahmat, dan akan menggugurkan dosa-dosa dan menerima doa. Dia akan memerhatikan
perlumbaan kamu dalam Ramadhan dan Dia akan membangga-banggakan kamu kepada
para Malaikatnya. Maka perlihatkanlah kepada Allah daripada kamu akan kebaikan.
Sesungguhnya orang yang celaka ialah seseorang yang telah dijauhkan daripada
Rahmat Allah pada bulan ini”
(riwayat Ubadah
bin Sommit RA):
Maka, tunggu apa
lagi? peluang sejuta ahli neraka di bebaskan dari neraka masih di buka setiap
hari, cepat-cepat! Jangan ketinggalan, daripada berbelion billion ummat islam,
hanya sejuta sahaja sehari, bermakna sepanjang bulan Ramadhan akan ada hanya 30
juta ahli neraka yang confirm masuk neraka akan di bebaskan…
Inilah bulan kita
nak bersolat tarawikh kerana bulan ini sahaja yang ada, jangan berbaring di
depan TV, inilah bulan amalan sunat mendapat ganjaran fardu, dan amalan fardu
di ganda-gandakan.
Dan ada satu lagi
berita baik, dari Hadith pertama di atas, masih ada sambungan, tapi di sampuk
oleh pemuda yang ditangkap ketika membeli nombor ekor di bulan puasa. Maka sambungan
Hadith yang mula mula di baca tadi:
“..Apabila tiba
hari terakhir dari bulan Ramadhan, Allah SWT akan membebaskan pada hari itu
ahli neraka sebanyak bilangan manusia yang telah Dia bebaskan dari awal
sehingga ke akhir bulan.”
Wah!! ini SUDAH
SANGAT SANGAT BAGUS! Dari 30 juta ahli neraka telah di tambah kepada 60 JUTA!
Betapa Pemurahnya Allah! tunggu apa lagi? peluang 30 juta dah di tambah kepada
60 juta! Ingat!ADA 60 JUTA ahli neraka yang akan di bebaskan dari neraka dan
peluang ini masih di buka, cepat-cepat! Jangan ketinggalan, daripada berbelion
billion ummat islam, hanya 60 juta sahaja yang confirm masuk neraka akan di
bebaskan.!
Jangan berlengah
lagi, kunjungilah masjid yang berhampiran untuk keterangan lanjut, dan tarih
tutup adalah pada 1 syawal..
InyaAllah!
(Sudah jadi macam
iklan Jualan murahlah pula, adohai..)
Aku tutup buku
Fadhail dengan muka ceria tapi wajah Pemuda yang ditangkap ketika membeli
nombor ekor di bulan puasa itu masih
tidak puas hati, beliau mulai bersuara:
"Bang, semua
hujah abang itu menggunakan hadith, kenapa tidak guna hujah Al quran sahaja,
sebab hadith boleh di ubah ubah, bagus jika abang keretamayat guna dalil Al
quran sahaja dalam memberi hujah."
Jawab aku:
“Kau ni anti
hadith ke? Allah yang takdirkan segala galaNYA, apa kau sangka Allah mahu biar sahaja
hadith di ubah tanpa pengawasan Allah? tepuk dada tanya iman. masa sudah
semakin pendek, langkahan kita langkahan maut, menuju kubur.., kau mati esok,
dalam Al quran tak cerita detail macam mana nak tanam, nak aku tanam kaki kau
terjulur keluar?”
Mereka yang lain
gelak, lalu aku ajak mereka sambung tolak keretamayat..
Tiba tiba baru
aku perasan, ketika mereka tolak kereta aku sebelum ini, ada satu benda yang
aku terlupa buat, kalau aku bagitahu mereka tentang apa yang aku terlupa buat itu,
tentu mereka akan maki aku, lalu aku pun buat secara senyap senyap, dan dengan
izin Allah, sekali tolak, kereta mayat terus hidup, broom!
Mereka gembira kepenatan, itulah, kena dengar tazkirah dahulu, baru datang
nusrah Allah, kata aku yang membuatkan mereka semua tersengeh..
Kemudian akupun berterus terang, sebenarnya tadi.., aku lupa nak ON kan suis
kereta. Adohai...
Dalam kepenatan setelah menolak kereta , mereka tidak marahkan aku, tapi mereka
pakat pakat ketawakan aku kerana jahil bab enjin kereta! Jawab aku:
‘err, aku memang
jahil bab dunia-woha!”
Mereka terus
ketawakan aku lagi, nampaknya hati manusia menjadi lembut setelah mendengar
‘suara’ Nabi (hadith), almaklumlah, sahabat yang brutal dan kejam bunuh anak
hidup-hidup di zaman jahiliah boleh jadi baik setelah mendengar ‘suara’ Nabi,
apatah lagi kita semua yang setakat bunuh cicak.
Dari jauh mereka
bertiga naik keretamayat sambil tersengih kepenatan, lalu aku pun membawa
mereka bersiar siar di jalan raya, harmoni sungguh hukuman orang yang tidak
berpuasa di Malaysia, adohai..
Ps: Bateri bila sudah setahun setengah memang perlu buat
tindakan, selepas itu jika perasan sibuk untuk buat tindakan, jangan lupa bawa
‘jumper’ dalam kereta, dan akhir sekali bila mahu tolong tolak kereta, pastikan
driver tu ON kan suis kenderaan, kemudian berlumba lumbalah membuat kebaikkan
di bulan puasa, dan kepada yang tidak berpuasa, denda di akhirat bukan setakat tolak
keretamayat.., tapi lebih teruk dari itu. Oh...!
28 comments:
Adakah saya yng pertama?? Wohaa!!
Terbaikkk kaa
:) iklan terbaik! tq bro
Asfardy Sanusi
Woha!
------------
shamsuddin taib
(Y)
----------
catherine.
:)
Cerita yg menarik diri pembaca memasuki cerpen tersebut. Markah 100%
Hebat lagi pada ustaz azhar idrus. Haha
Ye ke hebat pd UAI. Patut la aku x rs nk g ceramah UAI. Sbb slalu dengar dari Hamka sendiri.
driver keta mayat baru ni dapat anak baru, tapi Ustaz azhar dapat bini baru, mana lagi hebat- Wooha!
“Kau ni anti hadith ke? Allah yang takdirkan segala galaNYA, apa kau sangka Allah mahu biar sahaja hadith di ubah tanpa pengawasan Allah? tepuk dada tanya iman. masa sudah semakin pendek, langkahan kita langkahan maut, menuju kubur.., kau mati esok, dalam Al quran tak cerita detail macam mana nak tanam, nak aku tanam kaki kau terjulur keluar?”
Apa jaminan Allah akn pelihara hadith selain Quran? Sila buktikan dgn ayat Quran. Setahu saya, selain Quran, xde jaminan Allah akan pelihara hadith lain. Sila rujuk 45:6. Selepas Quran, hadith apa pula yg kamu nak percaya?
Bagaimana kamu boleh kata hadith dipelihara Allah sedangkan Muslim memilih 3033 hadith daripada 300,000 hadith yg dikumpul? Buku Sunan abi Dawood pilih 4800 daripada 500,000 hadith. Bukankah ini bukti Allah tidak memelihara hadith selain Quran?
Quran x cerita detail mcm mana nak tanam mayat ye... Maksudnya Quran tu x lengkaplah? Tapi quran kata ianya lengkap spt ayat 41:3, 11:1, 16:89, 17:89.
Sila tengok quran 25:30. Di akhirat nabi x mengeluh umatnya meninggalkan hadith, tp mengeluh depan Allah umatnya meninggalkan QURAN.
Nak kata aku anti hadith? Sukatila. Org yg suka lahwal hadith (31:6) mmg suka melabel org yg x sependapat dgn mereka.
kamu dah jawab soalan tu:
Muslim memilih 3033 hadith daripada 300,000 hadith adalah perancangan Allah SWT.
Sunan abi Dawood pilih 4800 daripada 500,000 hadith, juga perancangan Allah SWT.
Allah yang pilih Muslim, Tarmizi dan lain lain ulamak untuk buat kerja 'tertib atas dunia'..
Aku nak tanya ko, lelaki ciptaan Allah lengkap tak? Allah bagitahu Nabi adam dah lengkap, tapi tertib dunia, bila manusia nak membiak, Adam kena bersatu dengan hawa baru dapat anak..
Al quran tu dalam bentul qalam, kena bersatu dengan hadis baru dapat hasilkan Al quran yang bergerak.
Sabda nabi, ummat tak akn sesat bila pegang pada Al quran dan sunnah, (Sunnah tu ada dalam hadis)
Kau kahwin dengan bini, sah tak? mana tahu sah? dalam al quran tak cerita detail macam mana nak kahwin? habis tu camne kau kahwin? ikut al quran sahaja, atau ikut hadis dan Al quran sekali.
ditulistanpa membacanya semula.
Power Meka.
Aku nk mintak rujukan utk yg ko tulis nie. Ko amik dari mane.
Senang nak sampaikan pd org laen.
Aku masih lagi jahil n br blajar nk kongsi ape yg kt tau dgn org laen.
Thankz.
Utk Annakholat Atastokhdevishizar,
Alquran bagitau suruh solat.
Ader x diterangkan camner nak solat.
Sila bgtau.
Kita solat cam nabi solat. So, kene la ikut hadis n sunnah.
Pelik ko nie. Munkin ko silap kat sini.
Tahniah..menjawab sambil mengajar..bukan jatuh hukum kat penanya terus..moga ilmu tuan terus bertambah..boleh sy bljr lg
Annakholat Atastokhdevishizar
sendiri tanya sendiri bagi jawapan. then konfius jawapan kat mana?
macam sesat dalam gelap cari torchlight tapi torchlight da sangkut kat topi tu. biul la kau.
people nowadays are lack of wisdom because they think knowledge that they have are good enough to ridicule others. so much obsolete thinking
Memang hebat saingan Promosi bulan ramadhan antara Pasaraya dan Pahala.
Promosi ganjaran pahala sepanjang Ramadan: 70% hingga 700% dan lebih. Apa tunggu lagi? Ini Kali Lah !!
salam hamka.bagi tips kau ajar anak boleh x? sampai takut sangat2 dgn Allah..good job then...thanks
Aku ni memang pemalas. Qatam quran berpuluh kali tapi tak pernah khatam baca terjemahan al quran. Novel tebal boleh habis satu hari tapi baca terjemahan al quran dua helai sudah tidur. Agaknya syaitan amat takut kalau aku tahu makna al quran dan mengamalkan dan mendalami apa yg disuruh. Setakat jadi parrot no hal bg shaitan. Emmmm...azam sekali ni baca quran dan tahu maknanya sekali
Jadual harian..solat 5 waktu on time..done..solat malam..done..baca alquran..done..puasa hari ni..done...solat tarawikh..done..apa yang tak cukup lagi ni...ya Allah, pls forgive me.. im so selfish...belum lagi buat kebaikan sesama makhluk allah..so hari aku mesti buat 5 kebaikan utk masyarakat..hari ni cuci tandas surau, beri kucing jiran makan..buat kuih hantar kat surau..tolong hantar jiran pi kedai runcit dan derma duit sikit online kat rumah anak yatim...besok apa lagi 5 kebaikan yang harus aku buat...
hahahaha.. cerita yang baik sempena bulan ramadan ini.. semoga kita sedar dah berapa lama kita guna bateri kereta masing2
oh saya pelik dengan manusia sekarang... semua nak belajar terus lompat ke tahap lebih tinggi, tak nak belajar daripada bawah seolah2 nak tak nak belajar darab tambah bahagi tapi terus nak belajar kalkulus.lepastu anggap diri hebat.padahal sesat. Sekarangni ramai orang belajar agama kononnya nak belajar peringkat tertinggi tapi tak nak belajar step by step... makin lama makin ramailah sesat. sampai tak nak percaya hadith.........
Nasihat saya sebelum belajar tambah tolak darab bahagi, tolonglah kenal nombor dulu 1 2 3 4....
cp
oh.. man.. kisah menarik dan kreatif untuk di amalkan dalam kehidupan di bulan ramadhan..... bleh saya nak try karang ayat mengikut pengalaman sebenar.. saya pun nak try wat cerpen plak... tajuk
di kaunter pej..
pemandu kereta mayat Kl***g.. namanya cik lan menngejutkan aku di pagi2 hari yang indah ini , “wan buat reset aku cepat.. aku baru balik sungai petani ni...”
“cik lan antar mayat kat sana...” kataku
“ye la.. mayat kena bunuh beb.. “ balas cik lan
“ye.. yek je cik lan nie.. cik lan hantar sorang2 ke.. ?” tanyaku
“ye la.. resit2 perjalanan aku buatkan cepat” .... sambil membentak2 mahukan resitnya dengan cepat..... “aku nak balik nie...” sambungnya lagi
“ok cik lan.. sewa van jenazah ke sempadan k****g rm 5.00 .Perjalanan dari sempadan kl****g ke sungai petani = 1385 km bahagikan 1.6 batu kalikan dengan rm 0.20- jumlah rm 173.00 jumlah keseluruhan rm 178 hinggit... “ kataku dengan agak kuat bagi menarik perhatiannya’..
itu adalah kos sebenar sewa van jenazah di pej aku. Di kira 1 batu rm 0.20... dua puluh sen sebatu... kalau nak di kira rm 178 tu... duit minyak pun tak lepas apatah lagi maintenen... kalau maintenen tu.. jangan cakap la.. banyak.. kalau tak tukar bateri tu maknanya bukan van mayat cik lan..
kemudia..selesai lah memberikan resit kepada cik lan.. dan cik lan pula kena menyerahkan resit tersebut kepada waris simati..
datang pula sepasang kekasih.. perempuannya agak berisi dan memakai sweterr hitam.. manakala lelaki berbadan kurus memakai t-shirt biru sambil mengaru garu kepala..
“encik .. saya mahu kawin hari ini boleh...”
boleh jeks yang penting semua prosedur lengkap.. sebelum tu nak tanya yang perempuan ni.. da berapa bulan...
dah lapan bulan en cik..
wah ...anak raya la nie..
ok.. sekarang nie borang2 da on line... gi je la laman web encr.johor.gov.my
da lengkap baru leh nikah...
baik la en cik..
sambil memerhati pasangan tersebut mengisi borang secara online aku mula mengetik2 www. kereta mayat.blogspot.com untuk mencari ponit2 yang mesra pelanggan dan mesra syariah bagi mengadakan sesi kaunseling ... datang pula seorang lelaki di pertengahan usia mungkin 60 tahun..
en.. saya nak beli surat cerai.. saya baru lepas lafaz di mahkamah tadi...
ok.. rm 10 ringgit.. jap ye saya watkan resitnya..
ni borangnya jangan tulis ape2 kat sijil cerai nie.. bagi pada pihak mahkamah.. nanti pihak mahkamah akan isikan.
nah duitnya.. nak tanya.. kalau saya nak nikah baru kena on 9 jugak ke.. saya dah tua tak pandai guna komputer.. ..
tak pe cik.. insyallah saya akan bantu..
nak nikah bila tanyaku.. kalau boleh secepat yang mungkin...
kalau cam tuh.. cik kena buat poligami dalam eddah dulu..
mana ada dalam quran poligami dalam edah.. lelaki bila2 jeks boleh kawen.. kan
ehem... puasa2 ni kering pulak tekak cik.. heh...aku mula nak mensaiko pelanggan aku nih.. tuan tahu tak kalau tuan nak rujuk semula bekas isteri dalam tempoh edah bila2 masa sahaja tuan boleh rujuk semula... tuan tahu... begitu juga poligami dalam edah... dalam islam semuanya sudah jelas... kita mahu pastikan selepas tuan berkahwin dan tuan rujuk semula bekas isteri maka permohonan poligami sudah dia buat dan tidak ada salahnya tuan berpoligami... kita juga mahu pastikan bahawa nafkah yang wajib untuk isteri iaitu nafkah edah cukup diberi...
tn tahu ke nafkah eddah tu macam mana... semasa eddah suami wajib menyediakan tempat tinggal isteri... makan dan minum isteri.. pakaian isteri dan kesihatan isteri perlu di pastikan baik...
ini bermakna perempuan yang sudah diceraikan kena duduk dulu dengan suami sehingga habis eddah...kena duduk serumah... itu kewajipannya... yang tak boleh hubungan suami isteri...
oleh yang demikian.. amatlah wajar kalau hendak berkahwin dalam eddah perlu hadir ke mahkamah untuk buat permohonan poligami dalam eddah supaya ..... hak seorang bekas isteri tidak terabai... yang menghadirkan dosa dan noda berpanjangan
faham ke pakcik nie ape yang aku bebelkan nie...
bersambung ..
p/s.. pengantin tu dah nikah.. selalu orang tanya ada nikah ke bulan puasa.. aku cakap ramai..
sambuang...
lagi lagi cepat la sambung...
Jawab mana sempat..., adohai
-----------
Azri
Kena bagi kredit pada kawan dia dan cikgu tadika dia, hu huhu
-----------------
Ridhwan bin mohd yunus
Bagus cerita hang! Ha ha ha
Wahhh..lama xnampak Ridhwan bin mohd yunus kat sini..ramai sangat kot orang Kluang nikah..hohoho
in b4, mohon tulis dengan teratur, pening aku nak baca..hewhewhew
Hamka, pe tajuk buku tu..aku rasa, ni 1st time aku dengar hadis ni..sungguh kurang ilmu agama aku..
Annakholat Atastokhdevishizar, pelik aa nama ko, tapi aku xberani nak komen pape tentang apa yang ko cakap, sebab kalau ko tanya aku, confirm aku nganga je..
Tajuk buku itu adalah: Fadhilat Ramadhan karangan Maulana Zakaria.
:)
a good one. thank you for sharing.
Post a Comment