Mar 5, 2013

Mayat yang dicemburui?


(Semoga mereka yang bertugas di sempadan Sabah, beroleh Rahmat dan Pertolongan Allah, amin..)

Hari ini jika kita mati menjadi mayat, maka akan ramai orang yang simpati, lalu mereka datang ziarah mayat kita, kemudian, mereka akan mengiringi mayat kita ke kubur, dan mendoakan semoga roh kita dicucuri Rahmat. Dalam hati mereka, terdetik keinginan untuk tidak mahu menerima nasib seperti kita, namun semua orang akan tetap menjadi mayat, lambat atau cepat sahaja.

Akan tiba satu masa, di zaman perang, apabila korang mati menjadi mayat, maka akan lebih ramai lagi orang yang simpati, tapi mereka tidak datang ziarah mayat korang sebab mereka masih sibuk berperang, kemudian, tiada orang yang akan mengiringi mayat korang ke kubur, sebab masing masing sibuk bersembunyi atau berperang, yang tinggal, hanyalah doa doa agar roh korang dicucuri Rahmat.  Lalu bergelimpanganlah mayat korang membusuk dijalanan, jika ditanampun, dalam lubang yang besar tanpa kapan, Dalam hati mereka, terdetik keinginan untuk tidak mahu menerima nasib seperti korang, dan mulai cemburu pada orang orang yang mati dalam Negara yang aman merdeka..

Dalam Negara yang aman merdeka. Apabila kita mati, dan mayat kita di urus dengan baik, dan kawan kawan sempat melawat dan berdoa, maka itulah salah satu nikmat mati.

Lalu kenapa kita takut mati wahai sahabat?, kenapa bersedih jika mati sekarang?, ini Negara Merdeka, kematianmu akan di urus dengan bermaruah....

Namun mati merdeka belum menjamin merdeka dalam kubur, ada perkara lain yang kita semua kena faham tentang Merdeka...

Terdapat beberapa kisah sahabat Nabi Muhammad SAW yang mati dalam perperangan yang mana Nabi telah menguruskan jenazah mereka sehingga sahabat sahabat lain yang masih hidup, cemburu dengan kematian mereka...

Tak perlu aku tulis semua cerita itu, tapi yang kita kena faham adalah, apabila seorang yang beriman dan bertakwa seperti Saidina Abu Bakar RA atau Saidina Umar RA juga cemburu pada mayat orang lain yang Nabi telah bersaksi shurga mereka, maka itulah hakikat Merdeka yang sebenar-benarnya!

Hakikat Merdeka adalah:
Apabila kematian kita di cemburui oleh orang yang beriman, maka sesungguhnya kita telah merdeka!

Aku ulangi,
Apabila kematian kita di cemburui oleh orang beriman, maka sesungguhnya kita telah merdeka!

Fahamlah kita di sini bahawa walau dimanapun mayat kita di tanam atau tidak di tanam atau mati berulat, Allah tidak menilai melalui cara kita menjadi mayat, tapi Allah menilai melalui cara kita hidup sebelum jadi mayat..

Ketahuilah, Negara Aman adalah nikmat yang besar, bermakna kita bebas merdeka untuk beribadat tanpa sebarang masalah, kita boleh ke masjid solat lima waktu, kita boleh azan dengan lantang, kita boleh beriktikaf di masjid dan kita boleh berdakwah secara terang terang..

Alangkah ruginya ketika kita masih di beri peluang untuk buat semua ini di Negara Merdeka, tapi kita tidak mengambil bahagian, kita asyik tengok cerita perang sampai tertinggal solat jemaah, tidak pedulikan azan dan menghalau pendakwah yang datang mengetuk pintu rumah…

Tuan Puan sekalian, Kejayaan hakiki bukan di ukur apabila kita dapat hidup dalam Negara yang merdeka, kerana dalam Negara merdeka ada perintah Allah sekian-sekian, dan dalam Negara peperangan juga ada perintah Allah sekian sekian, kejayaan hakiki adalah apabila kita dapat taat perintah Allah dalam apa jua keadaan, samada Negara merdeka atau negara perperangan..

Orang Palestin yang mati di bunuh Israel ketika sedang bersolat berjemaah dalam negara huru hara adalah jauh lebih baik dari orang Malaysia yang mati ketika menonton cerita perang sampai terlupa solat berjemaah, adohai.

Ketika Negara kita merdeka, berapa kerat antara kita yang sanggup solat berjemaah di masjid 5 waktu? Dan tak sedihkah kita tengok betapa payahnya rakyat palestin nak solat berjemaah sebab tentera Israel tak bagi kerana Negara mereka belum Merdeka?
Kereta Kebal PAS
Kita di sini asyik kibarkan bendera jalur gemilang, atau bendara parti kegemaran, kerana kita sudah lama merdeka, buktinya kita dapat beribadat dengan aman, dapat azan dengan lantang dan dapat ke masjid solat berjemaah tanpa halangan, tapi apabila kita tidak mahu beribat dalam Negara merdeka, tidak mahu ke masjid untuk solat berjemaah dalam Negara yang aman, tidak mahu berdakwah dalam Negara merdeka ini, apakah ertinya kemerdekaan itu?

Tidakkah kita terfikir, Apakah ertinya Allah memberikan kita Merdeka?

Apakah ertinya Merdeka?, andai Merdeka itu di salah guna. Adakah kita baru mahu ke masjid apabila Pengganas Negera jiran datang menyerang?

Dan sesunggunnya, Allah boleh tarik balik nikmat Merdeka ini bila bila masa.., Siapa yang syukur akan di tambah nikmat, siapa yang kufur, azab Allah amatlah pedih.., Maka sementara kita masih Merdeka, jadilah orang islam yang benar benar menyembah Allah dalam Negara Merdeka...
Pelancar Roket UMNO
Hentikanlah sikap suka mencari salah orang, dan bercakap keburukan orang, dalam Negara merdeka ini, Marilah kita menyembah Allah dengan cara yang paling layak Allah disembah.

Sekian. Pesan kepada diri sendiri. Semoga mereka yang bertugas di sempadan Sabah, beroleh Rahmat dan Pertolongan Allah, amin..

Ps: Apabila kematian kita di cemburui oleh orang yang beriman, maka sesungguhnya kita telah merdeka!

37 comments:

bLoodymaRy said...

Amin...

Hamka said...

Amin.

Kluangman said...

Ya Rahman, Jadikanlah sebaik2 amalan kami ketika hari kami bertemu mu Ya Allah..

Anonymous said...

Fuhhh...makan dalam.

pahlawan said...

Namun mati merdeka belum menjamin
merdeka dalam kubur, ada perkara lain yang
kita semua kena faham tentang Merdeka...

*HARAP GUA PAHAM ERTI MERDEKA*

TheInsider said...

Amin..
memang makan dalam betul mekaa.

:: Mrs.Eady :: said...

amin..

AkuHuduh said...

dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
ali imran 200

pertahanan = solah berjemaah ditafsir oleh abu hurairah..

Hamka said...

Al Hujuraat ayat 9-10

"Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil." Al-Hujuraat ayat 9

MUHAMMAD MUQARRABIN said...

Tambah lagi satu erti merdeka dlm kepala otak aku.

Alyn Roslan said...

semoga semuanya selamat..:)

Hamka said...

the day of man salvation is today

Khairi said...

Semua orang ok kalau mati tanpa sakit dahulu. atau sakit seperti bersunat aje.

Masalahnya bila dah menggelupur dan terjelir tu, meremang dowh bulu roma bila sebut mati. Nak derma organ pun kecut teluq.

Namun ia adalah satu instinct untuk makhluk terus hidup dan beranak pinak sebab proses buat anak itu sedap sekali.

Lalu datang agama untuk manage benda-benda ni semua.

Mengapa analisis Ibnu Sina tiada dalam silibus Feqah?

Khairi said...

Sori hamka iklan sikit ;)

Anonymous said...

kenapa akurasa sebak dengan entry ni... huhuhu pakcik Hamka, doakan saya berjaya dunia dan akhirat. amin..

detective nie said...

entry untuk kita menangis...kalau ader yang x suka gak x tau la.....terima kasih hamka.....

Hamka said...

jika mahu menangis, menangislah sekarang, dan panjangkan ke lokasi sujud atas hamparan sejadah

Anonymous said...

masyaALLAH...haibah2 !!! bilo mati itulah kehidupan yg sebona.. beruntung eh sapo yg dpt 'merdeka' lopeh mati..T_T

~ruyN9~

nor said...

Mati itu pasti

nor said...

Mati itu pasti

Anonymous said...

first time nmpak kereta kebal pas dan pelancar roket umno

MGDA said...

Terima kasih pakcik hamka. Moga Allah bagi kekuatan untuk pakcik hamka terus menulis. Saya tersentuh dengan tulisan pakcik hamka ini dan pastinya ramai yg tersentuh.

Err..cuma nak tanya. Apa pandangan islam pada orang pompuan bujang yang nak pergi masjid untuk menuntut ilmu kat kuliah maghrib dan solat jemaah. Sebab ada orang kata, pompuan lebih elok solat kat umah..tapi kalau dia dok seorang tak dptlah pahala jemaah. Dan menuntut ilmu..ada org kata ...kat rumah kan buleh..dari video ke buku ke.

Ni..saya tanya je..ye. tolong jgn fire..saya takut kena fire...dengan keeeta kebal tu.

Hehehhe

MGDA said...

Terima kasih pakcik hamka. Moga Allah bagi kekuatan untuk pakcik hamka terus menulis. Saya tersentuh dengan tulisan pakcik hamka ini dan pastinya ramai yg tersentuh.

Err..cuma nak tanya. Apa pandangan islam pada orang pompuan bujang yang nak pergi masjid untuk menuntut ilmu kat kuliah maghrib dan solat jemaah. Sebab ada orang kata, pompuan lebih elok solat kat umah..tapi kalau dia dok seorang tak dptlah pahala jemaah. Dan menuntut ilmu..ada org kata ...kat rumah kan buleh..dari video ke buku ke.

Ni..saya tanya je..ye. tolong jgn fire..saya takut kena fire...dengan keeeta kebal tu.

Hehehhe

anita semporna sabah said...

aku cemburu dengan wife ko hamka

Hamka said...

boleh jer perempuan pergi solat jemaah di masjid atau hadir kuliah ilmu, yang tak boleh jika menimbulkan fitnah, pergi sorang2, solek, bau wangi dan sebagainya..

bab solat, perempuan afdal di rumah, pahala jemaah pun dapat, insyAllah

Anonymous said...

Fast payday loans really are gaining popularity simply because continues to be given to men and women just who call for a loan precisely. If you don't prefer to receive monthly payment a few weeks fresh, it is possible to always decide upon the bank loan. There are various organizations the fact that acceptance with out needing a file excessive, feature this mortgage, with out a great deal of issues, at the same time : when you find yourself on money you will, they are great dollars back in time provided that you work as blessing, and of course, uncertainty, obtain firm
[url=http://szybkiepozyczkichwilowki.net.pl]szybkiepozyczkichwilowki.net.pl[/url]

loans cash advance can be a lifesaver. These types of particular payday loan every single child guarantee of which normally furnished like funding for school is certainly reputable, you receive if you want. Monetary will help you leave one of these the most cumbersome predicament, ones take home, if you find yourself not likely match your own drive really looked at as the best way out there. Here
[url=http://chwilowkiprzezinternettop.com.pl]chwilówki przez internet[/url]

, you can be the main arguments why you need to pick a personal loan you'll find a lot of. Thereby, Masu desires to view no matter whether an individual be considered and relatively
[url=http://szybkikredyt247.net.pl]szybki kredyt konsumpcyjny[/url]

1. Does a charge is actually enacted it is clean you've gotten applied your vehicle set for restoration all ready, from your spending budget: dilemma within the motor vehicle? In cases where of course, it is also possible towards have a loan about the same morning so as to pay for it expense. There are a lot banking institutions provide mortgages usually are cleared on the same daytime had been utilized. This way, will be possible to repay all the charge without any stress as well as trouble. You will find incidents at which you may be foreclosures payday cash loan, it will not need to spend a new membership rights bill
[url=http://szybkiepozyczkichwilowki.net.pl]rekomendowane witryny internetowe[/url]

only two require you will ages to see the make the most ones own hand. Urgent medical issue: health-related difficulties usually are appear with no warning. In some cases, your not with money willing control this case. Still, when counts linked to healthiness, it will be important to take care of at once. Right, immediate cash mortgages really are lifesavers. It is easy to purchase a home loan quickly. In contrast, most of the solutions involving home loan effortless, We possess a great policy to offer warranty payday advance is definitely that will it helps from an unexpected emergency it is actually prefer this back
[url=http://chwilowkibezbiku24.net.pl]pożyczka 70 tysięcy[/url]

plus performance place; Masu so, you can actually take benefit from money for college they can warranty which the families have got to while not hassle. If you agree you must have a payday cash loan you decide on, take note you've got picked them for the optimal justification. When ever you feel about it all thoroughly, I just make the most of payday cash advance.
[url=http://toppozyczkagotowkowa.net.pl]pożyczka gotówkowa z karty kredytowej[/url]

Anonymous said...

pakcik hamka? hamka ni baya aku jer.... mean aku pun dah bertitle pakcik ker? sob sob.... dah tua ropenya aku.... dah dekat nak mati da....

==aku lagi==

Anonymous said...

aku cemburu dengan wife ko hamka

azuan elias said...

Ilmu baru.tq

Anonymous said...

Assalamualaikum, Ada baiknya sambil sambil online and sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

Dengan RM 2300 boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan, Dengan RM 10,000 boleh dapat RM 2,000 - RM 3,000 sebulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

Average ROI ialah 15% setiap bulan dari pelaburan anda.

Link : http://malaysiauinvest.blogspot.com/

PS : Boleh PM saya or email di myuinvestnet@gmail.com

Anonymous said...

anuwar suruh kita nyanyi lagu ni sama=sama TANYA SAMA NAJIB APA SEBAB GOYANG NANTI JAWAB NAJIB SABAH NAK HILANG .... Kita ulang lagi....

sarjan hassan said...

berminat sangat nak join.nanti i pm..and idah email.harap bolehlah kaya raya lepas ni hihihi....






hak tuihhhhhh..!!!!

BlueAsSkyry said...

Hamka, aku tak reti solat. Aku Islam sejak lahir... rukun solat aku tahu... tapi aku x reti mengaji al quran... nak cakap pintu hati dah terbukak macam belum. tp sampai bila aku nak tunggu pintu hati aku terbukak. jadi aq nak belajar solat.
ada tak jalan atau mungkin step by step?
umur dah 22 tahun. tp solat tak reti.
mmg malu giler

Anonymous said...

BlueAsSkyry

ko kuar 3 hari tengok....

kalau ang ikhlas, ang akan dapat pemikiran aku, hamka, dan lain2 sahabat....

==aku.. errr==

Hamka said...

setuju

Hamka said...

blueask

Ugama ni untuk orang menterah diri, insyAllah jika nampak jemaah tabligh, pergi jumpa mereka dan bagitahu masalah bab ugama,

zaman semakin canggih, tapi masalah ugama tetap diselesaikan dengan cara Nabi, amin

Anonymous said...

terbaik...

DT