(Mayat akan Merdeka apabila kematiannya di cemburui oleh kekasih kekesih Allah)
Siaran TV hari itu sangat menakutkan, berita terkini
memaparkan Malaysia telah di serang, kelihatan gambar mayat-mayat
bergelimpangan di Kelantan dan Johor yang di papar di skrin TV, gambar jet
penceroboh sedang berligar di ruang udara KL dan letupan demi letupan
berlaku.., sebentar kemudian TV padam dan seluruh taman perumahan Black out.
Kemudian terdengan bunyi tembakan, ledakkan bom, juga
laungan orang menjerit dan menangis di sana sini..
Dalam kegelapan black out, aku merangkak mencari anak dan
isteri, setelah memastikan anak isteri selamat, aku merangkak pulak pergi
mengunci pintu dan menutup semua tingkap, dalam kegelapan malam bersama
kebingitan perperangan, Aku kukuh berpelukan bersama anak beranak di sudut
bilik sepanjang malam..
3 hari kemudian, bekalan makanan di rumah Aku sudah habis, beras,
tepung, biskut, Maggie, dan kacang semua sudah habis di makan, Aku yang tidak
berani nak keluar rumah terpaksa juga keluar hari ini, sebab anak dah menangis
tak nak makan biskut lagi, menangis nak makan nasi, menangis nak pergi main kat
luar dan menangis nak pergi sekolah, lalu dengan terpaksa, Aku keluar juga dari
rumah mencari makanan untuk anak dan isteri tercinta, walaupun bukan anakku, tapi
anak saudara merangkap anak tiri kerana
ayahnya yang merangkap kembarku telah meninggal dunia akibat kencing manis dua
tahun lalu, tapi aku anggap macam anak sendiri, lagipun masih darah yang sama
mengalir dalam tubuh si anak..
Dari luar rumah, Aku terlihat langit telah menjadi mendung
kerana banyaknya asap di sana sini, dan kereta serta motorku nampaknya sudah hancur berkecai..
Dalam kesamaran pagi, yang dipenuhi kabus dan asap, namun aku
masih tahu meniti jalan menuju kedai runcit berhampiran, tapi kedai sudah
hancur dan di depan kedai di dapati jalan menjadi begitu tidak rata sekali,
bila tersadung dan terjatuh barulah aku perasan jalan yang tidak rata itu
adalah disebabkan mayat mayat yang bergelimpangan, dan aku yang sudah lama
tidak menangis di atas sejadah hari ini telah bercucuran air mata dengan
selebat lebatnya kerana hampir semua mayat itu Aku kenal siapa tuannya, cikgu
sekolah, anak saudara, jiran sebelah,tauke kedai mamak, pelayan restoren, anak
Pak haji, anak pak ngah, ajk surau, pemuda PAS, orang tabligh, JKK Umno, sipolan
sipolan..
Tiba tiba Aku terdengar bunyi tembakkan lagi, dan aku sempat
lari bersembunyi di sebuah tapak pembinaan yang belum siap, di sana Aku bertemu
dengan beberapa kawan yang turut bersembunyi di situ..
Dari tingkap bangunan persembunyian, Aku dapat melihat
operasi pecah rumah dari tentera penceroboh telah berjalan, rumah di pecah
masuk dan semua penghuni rumah di paksa keluar dan berkumpul di padang taman
permainan yang biasa budak budak main bola, dan aku sangat panic tapi tak boleh
buat apa-apa bila melihat pintu rumahku di tendang tentera pengceroboh,
beberapa askar penceroboh terus masuk dan sebentar kemudian, terlihat isteri aku
di seret keluar dengan di cekak rambut, isteri aku mengelumpur meronta tapi di
sepak dan di terajang membuatkan isteri Aku terus pengsan, air mata aku terus
tumpah apabila melihat anakku juga di layan dengan cara yang sama kejam..
Tiba tiba berlaku perkara yang lebih dahsyat, semua orang
lelaki yang berkumpul di padang telah di tembak sehingga mati, anak anak juga
di tembak dan di pijak pijak, wanita pula di rogol sebelum ditembak.., isteri aku
juga di rogol dan di tembak di kepla, anak aku juga mati di pijak..
Beberapa orang kampong yang bersembunyi mula menjadi
hysteria, menjadi gila dan mula mencapai parang lalu keluar dari tempat
persembunyian, terus tentera penceroboh tahu bahawa masih ada yang hidup, maka
peluru di lepaskan, bunyi bom, letupan di sana sini.., darah bergemercikkan,
dan tapak pembianaan yang belum siap itu terus menjadi hancur berkecai bak
padang terkukur.., aku sudah tidak sedarkan diri.
Tak lama kemudian, aku
terjaga dari pengsan, Aku dapati diriku bersama beberapa rakan yang masih
selamat, rupa-rupanya mereka semua selamat melarikan diri buat sementara waktu
dan bersembunyi dalam hutan berdekatan, baru aku perasan, kakiku yang sangat
sakit, bila dilihat rupanya sebelah kakiku telah tiada, dan rupanya aku pengsan
akibat pendarahan teruk terputus kaki akibat serangan pagi tadi, tapi masih ada
kawan kawan yang sempat membantu memapah Aku lari ke hutan, kemudian mereka
membalut lukaku.
Aku menangis, lalu seorang rakan menghulur ubi mentah, Aku
makan dengan rakus dan terus teringat anak anak yang lapar pagi tadi, dan air
mata terus tumpah mengenangkan anak dan isteri telah mati di bunuh tentera
penceroboh, air mata menamkah masin pada ubi mentah yang sungguh menyelarakan
aku yang lapar ini..
Belum sempat aku habiskan makanan, terdengar lagi bunyi
tembakan, darah melimpah membahasi ubi mentah, beberapa rakan terus mati serta
merta akibat kepala berkecai di tembak tentera penceroboh, Aku campak ubi dan
mula merangkak lari tak tahu ke mana, dengan kaki yang masih berlumuran darah, Aku
mengesot sedang telinga bingit terdengar bunyi letupan dan tembakan..., tiba
tiba aku menggulusur jatuh ke sebuah sungai berdekatan, dalam keadaan kelam
kabut aku yang tenggelam timbul cuba menggapai sebab tak mampu berenang dengan
satu kaki...
Akhirnya Aku dapat berpaut pada sebatang kayu yang hanyut..,
oh, rupa rupanya bukan kayu hanut, tapi beratus ratus mayat yang sedang hanyut
ke muara, dan aku bertambah sedih kerana hampir semua mayat itu aku kenal, dan aku
menjerit jerit memanggil nama Allah, apabila ternampak mayat isteri dan anakku
juga sedang hanyut menuju muara..., sungai telah lama menjadi merah..
Apabila sungai mulai cetek, dengan susah payah aku tarik
mayat isteri dan anakku ke tebing sungai, lalu aku baringkan mayat isteri di
sebalah kanan, dan mayat anak di sebalh kiri sedang aku berbaring di tengah antara
mereka..
Aku berbaring menunggu maut, kematianku sangat sedih, di
saat begini aku teringat dengan kembarku yang pernah terlantar di hospital atas
sebab penyakit yang tidak boleh di selamatkan lagi. Kencing manis tahap
kritikal. Kakinya di potong, tapi tak sesedih aku, sakitnya di ziarahi kawan
kawan, majikan serta saudara mara yang datang mengucapkan salam terakhir, siap
makan anggur dan layan Facebook, malahan, segala permintaan arwah yang
logik-logik telah dipenuhi oleh isteri dan keluarga, namun arwah masih rasa
terkilan dihati sebab rumah yang baru habis ‘installment’ dan baru lepas
‘renovation’ 2 bulan lepas, masih belum puas di diami lagi, tambahan pulak,
kereta MPV yang baru di beli, belum puas meronda lagi, kasihan sungguh!
Tapi aku hari ini, berbaring di tepi sungai bersama mayat
isteri dan anak yang semakin berulat, tiada teman datang ziarah, tiada buah
anggur,..oh, kejap lagi aku akan mati, kembarku waktu mati, mayatnya di
mandikan, dikapan, di solat dan di arak kekubur naik keretamayat, lepas tu ada
tahlil 3 hari, tapi aku mati hari ini, bersama mayat isteri dan anak yang
berulat, dan mayatku juga akan berulat, dan mungkin akan datang anjing meratah
mayatku, oh.., mengertilah aku kini erti merdeka..
Erti Merdeka:
"Merdeka adalah bila kita mati, mayat kita dimandikan,
dikapankan, disolat, dan ditanam dengan bermaruah, dan jiran datang tahlil
rumah kita, tak merdeka, bila kita mati, mayat kita dibiarkan berulat di tepi
jalan kerana jiran sibuk berperang, selamat menjadi mayat yang merdeka.”
Selamat Merdeka, selamat hari Malaysia.
(Hamka, Keretamayat. 2012)
Ps: Merdeka yang sebenar adalah apabila kematian kita
dicemburi oleh orang yang beriman.
*******
Alternate Ending: Cerita belum habis, sebelum aku sempat menjadi mayat, aku telah diselamatkan oleh Tentera Malaysia lalu mereka telah menukarkan anggota badanku yang rosak dengan lengan dan kaki robot, semanjak dari itu aku di kenali dengan gelaran adiwira: "KAPTEN MALAYSIA!"
WOHA!
54 comments:
salam kemerdekaan hamka...
upenye awk ngan saya lom merdeka lagi ye.
Bersyukur le dengan kemerdekaan yg telah telah di anugerahkan oleh Allah
u make me cry
terbaik la, klu buat drama cereka rama mesti best....
Baca cerita Bang Hamka, teringat pulok ke perkara yang jadi kat Syria. Tengok mayat kanak-kanak yang dok leh tahan seboknya. Terbayangkan kalau - kalau terjadi kat anak sendiri...
Ce ulas isu Syria sekali.
cerita belum habis, belum sempat AKU menjadi mayat, sekumpulan penyelamat telah menyelamatkan aku, kakiku dan beberapa bahagian badan yang rosak telah di tukar dengan robot, maka menjadilah aku..
KAPTEN MALAYSIA.. Woha!
Kapten Malaysia tiru jalan cite Robocop. :D
Hamba faham makna tersirat. Ia amat memberi keinsafan & kesedaran. Bersyukurlah keadaan aman damai ini.
Lols.... imagination beyond border
Allahuakbar..nauzubillahiminzalik
Baik lah semngat 1 malaysia
hidup umno!
jom tinggalkan pas!
-agaknya itulah apa yang keretamayat nak ceritakan.
orang yang sokong hari merdeka semuanya adalah pencacai umno, kita belum merdeka selagi umno jelmaan british memerintah, sedarlah Hamka dan semua yg bc blg ni
err...knpe aku begitu slow arini..
tak fhm makna tsirat yang nak disampaikan.huhuhu...
Woi mamat-mamat politik..blah la! Tak habis2 dengan PAS ngn UMNO dorang nih..buat semak je ak bace komen kat bwh2 nih..
Assalamualaikum..
Entri kali ni membawa sy untuk komen buat kali pertama setelah lama mengikuti catatan blog ni.
Sungguh,sy tersentuh dengan catatan kali ini.Rasa macam turut berada dalam situasi tu dan serius gerun dan ketakutan jika ditakdirkan berada dalam keadaan begitu.
Tanah ini,kita yang punya.Kita siram,kita baja,tapi angin api kita lupa-Layu,Malique.
p.s : Saya faham,saya mengerti.Tapi sayang,mereka yang tak mahu faham dan mengerti.
write by : Suhami ramly
I love Malaysia
I don’t know how else to put it. I love her.
It is not a nationalist’s love. I do not love Malaysia at the expense of other countries. Sure, I root for the football team, but I don’t call the Indonesian player bodoh or babi just because he tackled our player. I do not dance jigs after Malaysia won the penalty shootout just to piss off the other side. That’s not how I love Malaysia.
I am not a jingoistic person. I love Negaraku and the flag, but let’s be honest, I don’t fly the flag in my room (though our family fly two outside the house), and I don’t get all choked up while listening to Negaraku. Though symbols of Malaysia are beloved to me, that is not why I love her. Feeling towards nationalistic symbols is shallow. Other people’s have the same feeling towards their symbols, and that cancels each others out. That’s not the love I am talking about.
cont..
And I don’t love Malaysia in a Namewee-like, Undilah-like, Melayu-Cina-India-lain-lain melting pot, Yasmin Ahmad-films-like, “we are all one people” mishmash kind of way. I get amused when I see people try too hard. This is not the genuine Malaysia I know. It’s just feel-good nonsense.
I love Malaysian people without any pretense. We don’t have to pretend that we are all multi-culti creatures who speak all the major languages and understand all the jokes in Nasi Lemak 2.0, and go to school with Chinese, Indian, Eurasian and Malay friends, who visit each others’ houses during celebrations and hold hands and sing Rasa Sayang Eh Rasa Sayang Sayang Eh.
Of course, great if you are THAT Malaysian, but admit it, not everyone can intermarry or have uncles and aunts from different races.
Most of us have families of a single race, and that’s perfectly ok — that makes me no less Malaysian than that Siti Melissa Sivarajah-Wong over there who is quadrilingual and celebrates all the Federal Holidays.
My family is all Malay, 100%. I don’t really care about my ancestors, they could’ve come from Timbuktu for all I care. But they made home here, and that is what matters. I have no feeling for other lands.
I love the Malaysian geography and the Malaysian people. This is a genuine love, not in a jingoistic, bigoted way, but a love that stirs my heart. I know that other countries have more beautiful beaches, more majestic mountains, more picturesque plains, but I’d rather take my boring sawah padi and hulu sungai any day.
Life is not about being stimulated and titillated (paraphrasing Cornel West). Life is about the humanity in all of us. We can’t have everyone here be world-class, competent, worldly globe-trotters who can speak seven languages. I just want fellow Malaysians to live, enjoy life, and die happy. I don’t care about making us “competitive” (a word that gets bandied about by know-it-alls who think other people are dumb).
This is our country. We till the land and reap the rewards. Eat, drink, be merry. There is something for everyone here. This is our land. This land is beautiful and blessed.
And the people are beautiful.
I have genuine love for Malaysia and Malaysians, and I say this sincerely.
I am proud of her people. I would be lying if I say I do not have communal feelings at all. I identify strongly with Islam and I am proud to be a Malay. But I love other Malaysians too, with genuine love.
There are many self-hating Malays. I am not one of them. There is nothing to be ashamed of to be Malay. It hurts me to see young Malays calling the language “lame”. And badmouth the Malays just because it’s cool. Yes, of course, Malayness is not “cool”, just like Islam is not “cool”. It is not meant to be cool. It is meant to be real. We are not in a business to please people.
I speak Malay 100% of the time except when I have to speak English to communicate. I am not a language purist, let alone a language bigot. I don’t understand how people get so riled up by language. I just like the way the Malay language sounds. I have been speaking it since I first started talking. If that makes me less “competitive in the increasingly globalized world” (cliched phrase often used by know-it-alls who think other people are stupid), so be it. This is how I roll. My children will not be speaking English at home.
I speak Malay with native fluency. I think in Malay. It is a robust language, and you can express any feeling with it. Doesn’t mean I’m gung-ho about language, suka hati lah people want to use any language they like. Its just sounds.
I speak-a ingles okay lah. Tulis pon bolehla…wrote five english books already. But I will never achieve native fluency in it, and will never attain an English accent (which is useless anyway). Some people I know try too hard to speak Anglais with English accent or American accent, and it comes out ugly. Belacan does that to your tongue.
OK this is not a diatribe against westernized malayoo. SUkatilah korangnak jadi apa, I love you all anyway.
I love to travel the land. Traveling in the late afternoon, anywhere in the country (except KL), evokes in me a feeling of nostalgia with a bit of melancholy. Listening to azan maghrib while on the road is a feeling that doesn’t compare. I will probably feel the same magical feeling 40 years from now.
Even in KL, I feel a sort of kinship with the city and its populace. I lived in KL all my life (except for four years in Boston). My parents lived in Taman Melewar when I was born. This childhood home is just 5 minutes walking distance from my current home.
I love KL, in an understated way. I think KL is nice, it is a place where everyone can cari makan. I like everything that is associated with KL — good or bad. KL has its own character. I’ve been to some of the most beautiful cities in the world (last was Venice) but KL is where my heart is.
Of course there are bad things about Malaysia. I don’t have to say what they are, you all know what they are. Malaysia is not perfect.
Of course there are problems with the country. That is not the point.
Of course we can be better. Of course X, of course Y, of course Z…
That is not the point.
I love Malaysia. There is no place I’d rather live. Last time I’d ever entertained the thought of living abroad was in 2007. Now, I don’t want to stay anywhere else, even for one year. During my 2 month trip this summer, I missed Malaysia every single day. Next time I won’t be able to travel as long. I can only survive for 2 weeks at most before I feel that other places in the world are shit, except Malaysia.
It’s not the food. You can find good food all over the world. Malaysian food is good, but I survived on pasta and sandwiches for many months as a poor undergraduate in Boston.
It’s about family and friends. It’s about the familiar things you grew up with.
It’s about being a bit of Kampung. I never really lived in an actual kampung (I only knew KL all my life) but deep inside I am Kampung. I can never be a sophisticated urbanite. That is a fact.
But I’m not really a Kampung boy. I can’t survive without creature comforts — the last time I stayed at Kampung with my extended family was in 1991. I remember that it was terrible, and that I couldn’t wait to get back to my small house in KL. I was a spoiled city brat.
Malaysia is beautiful. We overlook her beauty because it is commonplace. Just like people in some countries kick fallen apples on the ground while Malaysian tourists would pay to pick apples from the trees.
Just look at her with unprejudiced eyes, and see the shorelines, the kampung and the sawah padi, the mountains, the rivers, the charming small town. This is a blessed land.
Some people let their hatred of whatever (of Mahathir, of UMNO, of Utusan, etc.) grows into hatred towards this country. Their propaganda of hatred is no better than their enemy’s. Malaysia is not one man, not one party, not one race. She is bigger than all that.
Sure, badmouth the country all you want, but don’t fret when people don’t take you seriously because your hatred has blinded you. Your rhetoric of unity and inclusiveness rings hollow.
(Not to make this political. This is not about politics at all. I love all Malaysians regardless.)
Our country is middle-of-the-road. We don’t have world-class writers and poets to be proud of, we don’t do cutting-edge science and innovation, we don’t make global blockbuster movies and don’t become global cultural icons, we don’t have this and that.
Truth be told, I don’t give a rat’s ass.
You do not be proud of something just because it is successful. You just be proud because it is. Just like a father is proud of his son for getting the 27th place in a class of 35.
Life is not about being stimulated and titillated (paraphrasing Cornel West). Life is about the humanity in all of us. We can’t have everyone here be world-class, competent, worldly globe-trotters who can speak seven languages. I just want fellow Malaysians to live, enjoy life, and die happy. I don’t care about making us “competitive” (a word that gets bandied about by know-it-alls who think other people are dumb).
This is our country. We till the land and reap the rewards. Eat, drink, be merry. There is something for everyone here. This is our land. This land is beautiful and blessed.
And the people are beautiful.
I have genuine love for Malaysia and Malaysians, and I say this sincerely.
credit to Suhaimi Ramly.
apalah nak ditakutkan dgn perang kalau negara benar2 telah diserang.
org munafik je takut perang, orang islam sejati sentiasa mengharap utk mati syahid di medan perang.
jangan ingat dunia tempat untuk bersenang lenang.
bersiap sedia utk berperang kalau tampok kepemimpinan jatuh di tangan petualang.
bukan kesenangan dunia yg aku harapkan tapi keselamatan dari api neraka yg menjulang-julang.
ceh aku ingat hamka tulih omputeh pepanjang..ghopa nye copy paste..chait..
dalam maksudnya artikel kali ni.
salsabila.
"org munafik je takut perang, orang islam sejati sentiasa mengharap utk mati syahid di medan perang."
biasa dgr ayt ni dekat markas PAS, tapi bila azan, ramai org PAS tak pergi masjid, dah jadi munafik, buktinya pergi trg atau kelantan wktu subuh, tak rami mcm cermah UAI.., berjuang konon, setakat demotrasi prang prang, persan bagus jer, isi brg ni jika tdk munafik:
http://www.amanpalestin.net/salam.php?kategori=borang_sukarelawan
sambungan:
Namun mati merdeka belum menjamin merdeka dalam kubur, ada perkara lain kita semua kena faham tentang Merdeka...
Terdapat beberapa kisah sahabat Nabi Muhammad SAW yang mati dalam perperangan yang mana Nabi telah menguruskan jenazah mereka sehingga sahabat sahabat lain yang masih hidup, cemburu dengan kematian mereka...
Tak perlu aku tulis semua cerita itu, tapi yang kita kena faham adalah, apabila seorang yang beriman dan bertakwa seperti Saidina Abu Bakar RA atau Saidina Umar RA juga cemburu pada mayat orang lain yang Nabi telah bersaksi shurga mereka, maka itulah hakikat Merdeka yang sebenar-benarnya!
Hakikat Merdeka adalah:
Apabila kematian kita di cemburui oleh orang yang beriman, maka sesungguhnya kita telah merdeka!
(aku dah tulis dalam ps)
KAPTEN MALAYSIA?? dah macam kapten amerika lak? nasib baik x cakap ada buat eksperimen bagai. hoho.. ;p
org beriman x takut berperang? mmg betul & x dpt dinafikan lg, sbb dah terbukti. tapi ingat, mereka bukan org yg pertama memulakan peperangan. dan mereka juga sentiasa mencari jalan perdamaian walau di tengah kemelut peperangan.
kita di-merdeka-kan oleh British dari sistem Khilafah ke sistem Demokrasi, bagus tak?
Dengan sikap nunafik aku ni,mcmna nak g perang..subuh berjemaah pon tak lepas..baru perang ngan nafsu dah K.O.
Assalamualaikum..
Entri kali ni membawa sy untuk komen buat kali pertama setelah lama mengikuti catatan blog ni.
Sungguh,sy tersentuh dengan catatan kali ini.Rasa macam turut berada dalam situasi tu dan serius gerun dan ketakutan jika ditakdirkan berada dalam keadaan begitu.
Tanah ini,kita yang punya.Kita siram,kita baja,tapi angin api kita lupa-Layu,Malique.
p.s : Saya faham,saya mengerti.Tapi sayang,mereka yang tak mahu faham dan mengerti.
Lirik Lagu: Bangkit - DJ Fuzz ft. Altimet & Salam
Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula
Bangkit
Dengan nama yang Maha Esa
Maafkan aku aku terlena
Mata buka tapi aku leka
Sekarang kita sedia pasang deria kita lebih peka
Siap gerak gempur
Siap rentak tempur
Redah onak lumpur
Maju tiada undur
Tak kenal uzur hingga jasad kita terkubur
Kalau kurang kaki tangan lutut dan siku dihulur
Ini malam kita pakai tanjak songsang
Askar jati gerak senyap yang lain berkompang
Berani segorombolan tak takut bila seorang
Kuatkan benteng jangan ada yang berlobang
Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula
Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila dijajah boleh tawanlah semula
Bangkit ingat ketua dulu supaya jalan lurus
Kalau tidak ditepi bendung ku tak berakar
Sabit kau umpama cahaya
Yang menyinari bumi
Kau umpama Hang Jebat
Yang melindungi hak dirinya
Kau umpama senjata
Yang melindungi tanah
Sememangnya pendekar yang gagah perkasa
Mana Tun Fatimah
Mana semangat Tun Teja Datuk Maharajalela
Mana cucu Datuk Merah
Keberanian Sarjan Hassan dan Leftenan Adnan
Mari memartabatkan perjuangan Datuk Bahaman
Keris dulu dalam tangan sekarang dalam otak
Paling tajam tak perlu hunus keluar tengkorak
Catur congak cukup sebelum langakah diorak
Tanpa rancangan rapi dah tentu kemenangan rosak
Rapat-rapatkan saf dan buka kuda-kuda
Bila bersatu tunggu lihat siapa berani cuba
Yang akan datang menaruh pada yang semasa
Bangkitlah nusantara
Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula
Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila dijajah boleh tawanlah semula
Bangkit ingat ketua dulu supaya jalan lurus
Kalau tidak ditepi bendung ku tak berakar
Jadi bangkit berkumpul di bawah panji berbulan sabit
Tak sujud pada sesiapa di bawah langit
Tak mengalah walaupun betapa sakit
Sebelum layar bahtera mari kita
Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu bersenang senang kemudian
Kemudian
Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula
Bangkit.. bangunlah semula
Bangkit.. tawanlah semula
Bangkit.. umpama cahaya
woi jihad malaysia
bile mase aku ckp aku orang PAS (Parti Ajaran Sesat)
hang ni bingai ke tongong.
ko tak tau ke dunia ni tempat ujian. nikmat tu ujian. sakit tu ujian. musibah tu pun ujian.
kampung kita asal usul kita bukan kat sini tapi kat syurga la ngok.
orang zaman sekarang ni terlampau sayang sangat dengan dunia ni. syg sgt anak bini. syg sgt harta kekayaan. syg sgt kedudukan dan pangkat. syg sgt bola..blaa..blaa..bla...
sampai lupa apa tugas kita yg sebenar2nya.
HAMBA KEPADA TUHAN BUKAN HAMBA KEPADA TUAN.
cuba pikir sikit ape aku nak bagitau ni.
kita marah tengok yahudi bunuh budak kecik tapi orang kita senang2 sumbat bayi dalam jamban, dalam longkang, bakar, bagi makan anjing.
kita marah org yahudi bogelkan perempuan. tapi perempuan kita berpakaian nampak segala lurah.
kita marah org yahudi rampas rumah. tapi org kita ada lg duduk bawah jambatan, rumah buruk macam reban.
kita marah org hina Rasulullah. tapi org kita anak bini kita keluarga kita kawan2 kita ramai xtau xambil tau xmau tau sunah Rasulullah. jauh sekali nak amal sunah.
MERDEKA SANGAT KE KITA NI????
Cerita sedih gila, tapi aku tak da lah nangis.
Ada logiknya apa yang hamka cakap tu, saya rasa hamka patut buat novel kisah perang.
Gerenti popular.
Salam tuan Hamka,
Bagaimana tuan sampai bercerita sedemikian rupa dalam entry kali ini. Apa yang tersirat sebenarnya?
Mohon pencerahan....
Sedih dan sadis cerita en. Hamka dalam entry kali ni, nak teriak kawe baca part keluarga kena bunuh. Mari lah kita sama-sama menadah tangan, berdoa kepada Allah supaya situasi macam tu tidak terjadi di negara kita yang tercinta ini. Selamat hari Malaysia!
Mungkin kita harus lupakan sebentar politik kerana setiap komen yang bakal keluar akan lebih positif dan realistik. Hamka, selagi tiada siapa yang menghalang kita solat di masjid, selagi tiada yang menembak kita ketika solat, InsyaAllah kita harus kekalkan keamanan negara kita. Buang bayi, baju seksi, itu semua balik pada diri sendiri. Jangan salahkan ibu mengandung kalau kita jadi Mat Rempit, Mat Gian dan sebagainya. Memang dunia bukan selamanya tetapi harus diingatkan Rasulullah juga tidak sukakan peperangan. Carilah kedamaian.
pontian mari,
mari aku ulas sikit bab merdeka:
Hakikat Merdeka adalah:
Apabila kematian kita di cemburui oleh orang yang beriman, maka sesungguhnya kita telah merdeka!
Fahamlah kita di sini bahawa walau dimanapun mayat kita di tanam atau tidak di tanam atau mati berulat, Allah tidak menilai melalui cara kita menjadi mayat, tapi Allah menilai melalui cara kita hidup sebelum jadi mayat..
Ketahuilah, Negara Aman adalah nikmat yang besar, bermakna kita bebas merdeka untuk beribadat tanpa sebarang masalah, kita boleh ke masjid solat lima waktu, kita boleh azan dengan lantang, kita boleh beriktikaf di masjid dan kita boleh berdakwah secara terang terang..
Alangkah ruginya ketika kita masih di beri peluang untuk buat semua ini di Negara Merdeka, tapi kita tidak mengambil bahagian, kita asyik tengok cerita perang sampai tinggal solat jemaah, tidak pedulikan azan dan menghalau pendakwah yang datang mengetuk pintu rumah…
Tuan Puan sekalian, Kejayaan hakiki bukan di ukur apabila kita dapat hidup dalam Negara yang merdeka, kerana dalam Negara merdeka ada perintah Allah sekian-sekian, dan dalam Negara peperangan juga ada perintah Allah sekian sekian, kejayaan hakiki adalah apabila kita dapat taat perintah Allah dalam apa jua keadaan, samada Negara merdeka atau negara perperangan..
Orang Palestin yang mati di bunuh Israel ketika sedang bersolat berjemaah dalam negara huru hara adalah jauh lebih baik dari orang Malaysia yang mati ketika menonton cerita perang sampai terlupa solat berjemaah…
Ketika Negara kita merdeka, berapa kerat antara kita yang sanggup solat berjemaah di masjid 5 waktu? Dan tak sedihkah kita tengok betapa payahnya rakyat palestin nak solat berjemaah sebab tentera Israel tak bagi kerana Negara mereka belum Merdeka…
Kita di sini asyik kibarkan bendera jalur gemilang, kerana kita sudah lama merdeka, buktinya kita dapat beribadat dengan aman, dapat azan dengan kuat dan dapat ke masjid solat berjemaah tanpa halangan, tapi apabila kita tidak mahu beribat dalam Negara merdeka, tidak mahu ke masjid untuk solat berjemaah dalam Negara Merdeka, tidak mahu berdakwah dalam Negara merdeka, apakah ertinya kemerdekaan itu?
Tidakkah kita terfikir, Apakah ertinya Allah memberikan kita Merdeka?
Apakah ertinya Merdeka?, andai Merdeka itu di salah guna…
Adakah kita baru mahu ke masjid apabila Tsunami datang atau Negara di serang?
Dan sesunggunnya, Allah boleh tarik balik nikmat Merdeka ini bila bila masa..,
Siapa yang shukur akan di tambah nikmat, siapa yang kufur, azab Allah amatlah pedih..
Maka sementara kita masih Merdeka, jadilah orang islam yang benar benar menyembah Allah dalam Negara Merdeka..
Kepada yang dok komen politik, aduhai, entah bila nak habis tak tahulah. Kalau tak puas hati, pangkah je lah masa PRU. Kalau menang, alhamdulillah, tahniah. Kalau kalah, usaha lagi. Dok sibuk perabih beras untuk orang politik buat pe? Tak perlu la zahirkan dalam bentuk kutuk dan hina orang, demonstrasi bagai. Tak kisahlah penyokong PR atau BN, sama je dua-dua. Semua tu mengarut je. Akhirnya korang tetap mengharap duit nak suap nasi ke perut sendiri jugak. Kalau rasa sumber pendapatan ko haram sebab kerajaan memerintah amal sistem yang bukan-bukan, gi keje tempat lain cari yang halal. Cegah siap2. Apa susah. *Komen menyampah dengan ulasan kecenderungan politik.
Merdeka dari british, dari sistem khalifah kepada demokrasi, dah tu, orang jugak yang mintak.
salsabila,
tiap org ada pndgn masing2 kan, so xkisahlah pandangan ko. cuma pandangan aku, bukanlah bermaksud yang kita takutkan untuk syahid dalam perang. cuma syahid pun boleh jadi dalam suasana yang aman - belajar, kukuhkan ekonomi islam, kuatkan pemahaman islam utuk penduduk pedalaman, cegah perkara mungkar di ibukota. dan rasanya lebih elok syahid dalam suasana tu.
Andai kata negara kita dijajah semula, berperang, (nau'zubillah) belum tentu lagi yang, anak dara kita akan ikhlas nak tutup lurah, belum tentu kita dapat akses dan bahan bacaan mudah untuk tahu lebih lanjut sunnah Baginda s.a.w, belum tentu kita akan lebih sayangkan nabi bila orang cacimaki baginda saw. entah2 kita tutup aurat sebab takut askar org jahat rogol, kita konon ikut sunnah sebab nak tunjuk protes penjajah yang tidak mahukan kita mengikut sunnah.
Akhirnya berbalik pada diri sendiri.
Artikel ni, tidak boleh tidak minta reflect supaya appreciate apa yang kita dah sememangnya ada. Paling utama, hargai IMAN.
aku bersyukur ke hadrat Allah kerana dilahirkan d tanah Melayu yg merdeka ini. Sesungguhnya banyak lagi amalan agama yg x mampu aku laksana bukan kerana di halang oleh kerajaan yg ada tetapi atas kelemahan iman aku sendiri
tak salah nak luahkan ape terpendam dlm ati ni.
orang kita suka lagu bangau oh bangau.
salahkan sistem
salahkan kerajaan
salahkan guru
salahkan polis
salahkan media
salahkan setan
dan ada yg salahkan Tuhan(nauzubillah)
bila masanya nak salahkan diri sendiri????
bila hujung minggu je p shoping complex, pasar malam, pub karaoke.
sanggup beratur panjang beli tiket bola,tiket konsert,tiket wayang.
surau masjid haram..jenguk pun taknak.kalo dtg pun jumaat je..
kesian umat akhir zaman...bukan mengutuk cuma nasihatkan diri sendiri je.
kolek kecik,, Setuju!
bila saya cakap, i love malaysia.
kenapa pembakang marah? apa salah saya?
Terima kasih banyak2 atas pencerahan yang tuan berikan. Kata tuan itu benar adanya.
Mula2 aku baca, aku cuba nak bayangkan macam dalam filem..terfikir2 gak, pe tujuan Hamka wat cerita kali ni..
Tapi bila baca komen yang dah mula merepek (xsemua) aku makin rasa sangat blur..bila baca komen kole kecik, rasa hilang blur..
Biasa dengar makna merdeka adalah bebas dari penjajah la..bebas dari kongkongan la, tapi jarang yang cakap bebas buat amalan/ibadah harian..
terlintas kat fikiran aku, sejak keluar video hina RSAW, ramai bangun bantah, demo dll..tapi xramai kan yang nak penuhkan masjid, nak ajak arah kebaikan..xde lak kata hina islam..walhal xsemayang pun dah kira meruntuhkan islam..yang ni xnak bising lak..ehh..aku dah melalut lak..
p/s: dah lama xbaca komen dari riduan (aku lupa nama betul dia) aka kadhi kluang..sibuk kot..
kapten malaysia.kaki robot bole wudhuk jugak ke?lepas ni kapten malaysia blh jadi imam solat jemaah
aku senyum
moga Malaysia tidak menjadi seperti entri ini...
berperang sana-sini
Post a Comment