May 12, 2011

Menafsir Mimpi?

(Sedikit tafsiran mimpi dari aku yang banyak dosa, dan ini adalah pendapat aku semata-mata)

Aku ingin membuat pengakuan kepada dunia, bahawa aku masih bodoh dalam banyak hal, terutama bab tafsir mimpi. Jadi TOLONG jangan email aku suruh tafsir mimpi korang, sebab hati aku kotor, dosa aku banyak, dan masih berusaha menjadi mayat yang bertaubat.

Aku tak tahu tafsir mimpi, aku tak pernah belajar, dan tidak berniat untuk belajarpun.(buat masa ini)

Maka, kepada mereka mereka yang email tanya bab tafsir mimpi, maaf sebab aku tak layan. Dan kepada yang belum email dan baru nak tanya aku bab tafsir mimpi, baik tak payah hantar, korang akan kecewa kerana aku TAK TAHU langsung bab tafsir mimpi.

Aku ulang: aku tak tahu, aku tak pernah belajar, dan tidak berniat untuk belajarpun!.

Apapun mimpi korang, betapa pelik, petapa seram, betapa inception pun, aku tak ada rasa nak kagum, jauh lagi nak tafsir, sebab aku memang tak tahu, aku bukan seorang yang suka perasan pandai, bila tak tahu, aku cakap tak tahu.

So, berhenti email aku tanya bab tafsir mimpi buat selama-lamanya, ok?

(akupun mendelete email korang yang tanya pasal tafsir mimpi)

Untuk mengubat sedikit kehampaan korang yang mengemail aku bab tafsir mimpi, Aku cerita serba sedikit apa yang aku tahu tentang tafsir mimpi, dengan harapan,:-lepas ni jangan cerita kandungan mimpi korang dan suruh aku tafsir- aku bukan orangnya.

Sedikit info tentang mimpi yang aku tahu- dan sebahagiannya adalah pendapat aku semata-mata.



  1. Menurut Buznama, jika mimpi perkara baik di tengah malam, maka bangunlah dan bertahajjud sambil mendoakan agar mimpi itu makbul. Menurut Hadith, mimpi yang baik itu dari Allah, mimpi yang buruk dari syaitan.

  2. Jika mimpi buruk, bangun jugak, bertahajjud dan minta pada Allah, supaya perkara itu tak berlaku,

  3. Jika mimpi buruk dan malas nak bertahajjud, buat ‘isyarat ludah’ di sebelah kiri sebanyak tiga kali sambil beristigfar dan sambunglah tidur balik (ada dalam hadith, )

  4. Jika mimpi berjumpa Nabi, Maka itu adalah Nabi Muhammad SAW, (Rujuk Hadith) sedikit cerita: baru baru ni ada beberapa kawan aku bermimpi jumpa Nabi, kawan aku tanya kepada Nabi, apakah tanda ahli shurga di akhir zaman, mengikut cerita kawan aku, tanda ahli shurga akhir zaman, Nabi bagitahu dalam mimpinya: mereka ada alas tidur di masjid. (baca: ini bukan Hadith: ini cerita mimpi)

  5. Pada pendapat aku, Jika dalam mimpi korang bermimpi buat dosa, maka itu tandanya korang lemah iman, sila buat usaha atas iman dengan sungguh sungguh jika korang asyik buat dosa dalam mimpi. Orang beriman dalam mimpipun tak buat dosa.

  6. Jika korang bermimpi buat pahala dalam mimpi sedangkan dalam dunia nyata korang banyak buat dosa, maka itu tandanya korang seorang yang suka berniat buat baik tapi tak mampu laksanakan mungkin di sebabkan pengaruh rakan atau masalah suasana, nasihat aku, sila zahirkan mimpi korang ke dunia nyata dengan cari suasana yang betul dan kawan yang betul, (baca: jika tak nak masuk neraka.)

  7. Jika korang bermpimpi bersutubuh buat pertama kali dalam hidup, sedangkan korang tidak pernah bersetubuh, dan ketika terjaga terdapat cecair pekat wangi keputihan, itu tandanya korang sudah akhil baligh, yang mana lepas ni jika tinggal solat dengan sengaja boleh masuk neraka jika tak bertaubat. Sila jangan tinggal solat lagi sampai jadi mayat. Kalau nak tinggal solat jugak, tinggalkan solat jenazah untuk anda jer, hihihi.

  8. Jika korang sudah baligh, tapi masih bermimpi bersetubuh atau berzina atau merogol, itu tandanya air sudah naik kepala.(air mani sudah penuh testis daa..) , tafsir mimpinya: Bila nak makan nasik minyak?

  9. Jika korang bermimpi berjumpa hantu dan korang takut dengan hantu tu, maka terbukti korang memang penakut, sila takutkan Allah lebih dari segala- galanya. Aku bila mimpi jumpa hantu, aku akan kejar hantu tu dan tarik rambutnya- serius.

  10. Jika korang bermimpi bersetubuh dengan isteri sendiri, itu tandanya korang adalah kekasih yang setia, tapi jika mimpi berzina dengan perempuan lain, itu tandanya korang bukan kekasih setia, lemah iman, dan rakus. Baik bertaubat.

  11. Jika korang bermimpi solat subuh, tapi bila terjaga belum solat subuh dan haripun sudah siang, itu tandanya korang adalah seorang islam yang suka tidur lewat.

  12. jika korang bermimpi terasa nak kencing, berhati hati, nanti ada yang kencing dalam seluar. Woha!

  13. Jika korang bermimpi sedang memutarkan gasing kecil di atas meja, dan gasing itu tidak berhenti berputar buat selama-lamanya, itu tandanya korang sedang bermimpi. Woha! (ini adalah lawak bagi yang faham)

Arghh banyak pulak cerita tafsir mimpi aku, tadi nak cerita sikit jer, stop!, habis sampai sini.

Moral of the story: JANGAN EMAIL AKU SURUH TAFSIR MIMPI KORANG LAGI! TOLONG!
Sekian.

Ps: Banyak kisah mimpi yang berlaku oleh sahabat dalam zaman merakam hadith, adalah berguna untuk rujukan ummat akhir zaman, setelah di tafsir oleh nabi Muhammad SAW, maka kita di zaman mengzahirkan hadith ini, tak perlu sangat nak tafsir mimpi kita seperti mereka, dengan sibuk cerita pada ustaz ulamak suruh tafsir mimpi korang yang tah apa apa, Baik kita zahirkan hadith Nabi dengan menjadi watak yang di suka oleh Allah dan Rasul…, dan ini adalah pendapat aku semata-mata. Peace!

81 comments:

dr iman said...

alhamdulillah..semuanya datang dari ALLAH.

Anonymous said...

terima kasih untuk sebuah entry berguna!

Nur Hawa Mohd Zin said...

ni mesti ada yang kacau ni kan..dlu awe selalu bace buku tafsir mimpi tapi skunk dah tak bace sebab tak cukup ilmu nak tafsir mimpi orng..mimpi sendiri masih tertanya2 lahi :)

tq sharing

Anonymous said...

yang no 13 tu kena tengok filem inception dulu. aku pun pernah bermimpi leonardo d caprio masuk dalam mimpi aku, woha!

hamka said...

Biar betul.. baru 2 minit post.., macam dalam mimpi. : )

MR.GHOST said...

nice entry...make me feel penuh dgn dosa....erm...

Aretikz said...

hehe.. tafsir mimpi oh tafsir mimpi.. numba 11 kadang2 aku terlakukan.. yelah.. tak sengaja.. tp tido lewat yg sngaja.. woha!

StingRay said...

inception pun masuk jugak.woha!

haha

Anonymous said...

kalau mimpi nak bersetubuh, tapi bila dah nak masuk je, terjaga. *potong stim.

bagi yg tak pernah mimpi bersetubuh cane plak tuh?

Kalau mimpi bersetubuh dgn lelaki? haha

Hikayat Moron Murah Mangsa said...

Jika mimpi buruk dan malas nak bertahajjud, buat ‘isyarat ludah’ di sebelah kiri sebanyak tiga kali sambil beristigfar dan sambunglah tidur balik..


hamka n the followers..

pastikan korg buat ‘isyarat ludah’ je.jgn la ludah betul2 plak eh.kesian kat isteri yg tidur kat belah kiri suami.terkejut plak isteri yg disayangi.aik??atap rumah bocor ke mlm2 buta ni?woha!!!~

Anonymous said...

Dunia ini mimpi, bila terbangun dlm kubur nanti, itula realiti..

anakcikbob said...

nombor 12. itu tandanya korang malas kencing sebelum tido. woha!

Nerzhul said...

tengah layan inception...terbaca pulal post pasal mimpi..hahaha.

istiqbal said...

Assalam,
"Ps: Banyak kisah mimpi yang berlaku oleh sahabat dalam zaman merakam hadith, adalah berguna untuk rujukan ummat akhir zaman, setelah di tafsir oleh nabi Muhammad SAW, maka kita di zaman mengzahirkan hadith ini, tak perlu sangat nak tafsir mimpi kita seperti mereka, dengan sibuk cerita pada ustaz ulamak suruh tafsir mimpi korang yang tah apa apa, Baik kita zahirkan hadith Nabi dengan menjadi watak yang di suka oleh Allah dan Rasul…,"

......@.....
part yang last tu amat bermakna dalam hidup...dan mesti diterapkan dalam hidup kita...semoga Allah istiqamahkan kita dalam usaha agama dan jadi asbab hidayat ke seluruh alam...

lapangkan masa 2.5jam hari2 jumpa manusia bercerita tentang imaniyat,pentingnya jaga solat berjemaah, ilmu&zikir, 2bacaan hadis di rumah dan masjid,& khuruj...buat sampai bila? sampai kita tinggalkan dunia...amin

PemilikMataCoklat said...

Assalamualaikum...

Yang no.9 tu tipu kan?? mn ade orang boleh jd director sdr tuk mimpi die,hahahaha

Cik giRang said...

selalu mimpikan makanan...hek hek hek..x cukup2 makan di alam nyata..dlm mimpi pon makanan menjelma..

emak. bukan penari tiang said...

aku penah mimpi laki aku bertenet dengan pompuan lain..

bukan setakat aku ludah belah kiri 3 kali (dia tidoq belah kiri aku) aku siap blasah dia lagi! HAHAHAHA!

no 12 slalu jadi semenjak sarat mengandung ni...hmmmm...

azharjaafar said...

Hidup ini hanyalah mimpi yang memperdaya. Kehidupan sebenar bermula apabila kita dihidupkan selepas kematian.

eszol raar said...

taakulan dan tafsiran yg hebat!

Anak Wak Mail said...

mimpi-mimpi jugak jangan bawak sampai mengigau...en.hamka..ada tafsiran untuk ngigau tak??hihi..

Maryam said...

share sikit kut...

kalau sering mimpi jatuh dari tempat yang tinggi, atau kena kejar dengan ular; atau sebarang mimpi buruk berulang-ulang itu tanda ada jin mendekati. jadi, amalkan ayat2 yang boleh jadi pendinding diri.

(saya bukan pentafsir mimpi, tapi tiap kali perawat alternatif, inilah soalannya untuk lihat tanda gangguan jin)

Anonymous said...

elo.. toilet kat umah tu sekangkang kera jer "dituju khas untuk tuuutttt"... (ni hal tafsir No 12 ler ni)

tolong ler, sekangkang kera jer... kasihan kera kan... dia juga jadi mangsa..

yee said...

ooooooooo..air dah penuh rupanya..patotlah salu mimpi tu je..hheher

Ismi Ijmi said...

dah boleh tafsir cmni,heh

MFI said...

yang last skali tu..mimpi dalam mimpi..inception...lol

fuad ansari said...

Pelik kadang2 kat orang yg selalu mimpi basah.. mimpi kan macam real.. kadang2 tu, tak tergamak pun nak buat.. (",)

*tapi bila sedar, terdetik gak kat hati, "mimpi rupanya, rugi rugi.." hehe..

Menusuk Hati said...

apa-apa pun,jangan perasan mimpi nabi saw kalau tidor tak ikut adab..mengaku jumpa nabi saw tapi sifat fizikal nabi seperti yang digambarkan ulama pun kita tak tahu.cet!

Mama Rocks said...

selalu mimpi pegi repeat exam SPM isk isk..
selalu juga mimpi dunia dah kiamat..tunggu nak terima balasan masing2..takutnya..

Suhaibah said...

Saya mmg setuju yg hamka tak tahu tafsir mimpi, tak pernah belajar dan tak akan belajar tafsir mimpi sbb separuh daripada tafsirannya mmg nampak sgt jauh panggang dari tungku pemanggang.. hahaa.. best la hamka.. saya pn penah jgk buat lawak camtu bila ada kawan2 sibuk tanya pasal mimpi diorg.. Pastu diorg mcm malas dah nk tanya.. hehee..

kasim said...

en.hamka, sy phm dt xleh tfsir mpi
tapi
'Nabi bagitahu dalam mimpinya: mereka ada alas tidur di masjid. '
pe mksud alas tdur d msjid ek
org yg byk iktikaf ke?

Zulkiflee Cheras said...

Mimpi adalah anugerah Allah keoada kita. alam mimpi tak sama dengan alam nyta.

orang yang bermimpi di belasah, walaupun menjerit kesakitan tapi jasadya cool je kat atas katil.

Subhanallah, Allah jadikan alam mimpi untuk memudahkan kita faham perbandingan alam dunia dengan alam kubur(barzakh)

Kat dunia kita tengok mayat tu cool jer, tapi roh mereka ada yang mendapat nikmat dan ada yang mendapat azab.

semoga allah selamatkan kita dari azab kubur.

Amin.

safiyyah said...

nape profile tulis haikal?

faraherda.razalan said...

a`ah, nape haikal?

Asfan Ash said...

INCEPTION!wakakakkaka

Aku said...

hehe suke bab pusing gasing tak berenti..=)

kak tie said...

cakap bab mimpi...tiap kali aku bermimpi ada ular hitam..mesti ada orang terdekat yang nak meninggal,bila aku mimpi tanah bertimbun2 ditepi rumah..mesti ada sedara mara terdekat nak meninggal..gitulah selalunya...tapi nak percaya,mcm tak nak percaya...gitulah sebaliknya..

Encik Psychopath said...

bagaimana dengan kekerapan mimpi basah yg merisaukan ?

afrohead said...

no 13 tu memang cun bro. hahaha. memang terasa berada dalam cunia Inception :))

Nazarwan said...

no13 tu gasing berpusing xhenti2 n still dlm mmpi mksudnye dh mati ke???

Anonymous said...

:)

az-1 said...

Yes.. second!!

saya said...

third! haha 1st time comment

Unknown said...

aku suka Dr maza ceramah, yang mimpi sama sekali tidak boleh dijadikan syariat, atau dalil...

itu asas2 belajar membuat ijtihad..

baguih2 ko punye huraian..

wildmans said...

topik yg sgt menarik..
sbnrnye xbagus nk tafsir2 mmpi..
kalo kte mimpi sesuatu,kita minta orang tafsirkan,then org tersebut telah tafsir sesuatu yg buruk,maka kemungkinan besar perkara tersebut akan berlaku dengan izin Allah..
maka kesudahannya diri kita yang menerima perkara buruk tersebut..
zaman sekarang,rasanya tiada lagi sesiapa yg boleh menafsir mimpi disebabkan amalan ummat mutaakhir yg sgt2 rosak..so,kite just dakwah dan doa utk mntak perkara2 yg baik dari Allah baik di dunia dan akhirat.wallahua'lam..

Cik Kiah said...

Malam tadi mimpi buaya ganas, sempat plak aku bom mike. Mesti pengaruh tengok Pirate of Carribean malam tadi. Wahaha.

Apa kite fikir sebelum tidor, sedikit sebanyak mempengaruhi mimpi kita.

Anonymous said...

Assalam

Bedding aku mana......!!!!!!!!!

Khalid
The best entri 4 me personally. Jazakallah...

Anonymous said...

yang dah lama masuk peti ais harap2
bangun balik buat kerja mcm mula2 dipilih.dulu mcm burzugo dan josh semcm sekarang mkn dah tak lagi kot.bykkan nangis dulu ALLAH dah pilih tentu sekarang ALLAH boleh pilih balik

Anonymous said...

apasal tibe baru 8 komen..sebelum ni dah banyak

Anonymous said...

assalam,
ya la 2 ari lepas dah komen..kenapa jadi cam ni..?
guna Anon la kali ni ....WOHA!

couverv said...

mimpiku mimpimu jua. Aku bermimpi menjadi ahli politik, x pasti PAKATAN RAKYAT atau BARISAN NASIONAL, yg menjadi persoalan aku semasa terbangun , patut LUDAH 3x belah KIRI, atau UCAP SYUKUR KEPADA ALLAH, atau kedua-duanya sekali, harap HAMKA dapat jawab soalan aku, assalam.


Yang benar: Obama bin osama.

couverv said...

yang benar nih, kok mimpi ngak boleh di tafsir sebarang dong, lebih baik baca kitab tafsir Al-Quran lagi baik.

couverv said...

mimpi aku camno HAMKA ? apabila seorang muslim meminta bantuan, ia adalah baik bagimu menunaikan hasratnya, ganjaran yg besar menanti.




Mimpiku sebentar namun rohku melayang di awan biru.

Skymatrix said...

assalamualaikum,

1. aku mimpi aku mati dan nampak seksa untuk aku jika tinggal solat, bila terjaga pukul 4 pagi, maka teringat la aku belum solat isyak.

2. aku tertido dalam surau selepas buat sesuatu yang bermanfaat utk aku (insyaALLAH)sementara nak gi solat jumaat, sekali aku mimpi ular besar datang nak belit dan makan aku sebab tak gi solat.

kedua2 mimpi buat aku terlompat bangun lalu terus solat / gi masjid...hahaha!!! dapat mimpi ganas baru nak solat / gi masjid...sungguh hampeh disitu. Mujur tak terkencing dalam seluar.

takyah tafsir pun takpe sebab aku tak nak tau pun maksud mimpi tu, errr bleh ke gitu?...ke guane?

Anonymous said...

haikal nih hamka ke?

hanna said...

Salam,

Apakah maksud "mereka ada alas tidur di masjid" ?

hamka said...

aku sedang mimpi ke?, semalam komen korang dah cecah 50 komen, hari ni bukak jadi 16 komen pulak, mimpi ke?

google, kenapa maintenance korang jadi lagu tu?

pasapa?

hamka said...

Haikal tu nama sulung anak aku, harap maklum.

Menusuk Hati said...

Macam mimpi,setelah beberapa hari komen dekat blog ni xsampai 20!(Mungkinkah semuanya sudah menjadi mayat?)

Mohd Hafiz said...

lepas ni kalau tido masjid mlm or siang aku nk pakai bedding la haha

Kak Mahh said...

Satu perkongsian yang baik.

Anonymous said...

Assalam

Hana sayang....bedding tu alas tidur. Bila kita iktiqaf di Masjid....atau surau atau mana-mana tempat solah....sunnahnya kita alas dengan bedding kerana inilah sunnah kekasih Rabbulalamin (saw.)

Kebanyakan orang-orang dakwah atau tabligh atau puak usaha atas tingkatkan iman...mereka-mereka ni bila gi keluar 3hari, 20hari, 40hari 2 bulan, 4 bulan, 7 bulan atau 1 tahun...semuanya akan bawa sebuah atau dua buah beg dan sebidang bedding/alas tidur yang digulungkan dan diikat, ada yang bawa dalam beg dsbgnya.

Entahlah Hana....semenjak dua menjak ni bedding pakcik Khalid...anak-anak buat khemah dalam bilik tidur...!!!!!!!!!

Akhirnya terjaga...mimpi rupa-rupanya!.........he..he..he...

Pilihlah aku untuk mati ketika keluar dijalan mu, di negara yang paling jauh dr Malaysia. Amin.

Errr...jemaah perempuan/masthurat pun rasanya bawa bedding....isteri pakcik tak lama lagi keluarlah tu...(tolong doa!)

Pasal tulah pakcik tak berapa tau. Tapi mereka tak iktiqaf di masjid tetapi dirumah salah sebuah rumah ahli jemaah. Haa!!! Pakcik Hamka tau.....cube citer! cuba citer!...he..he..he..

Khalid

Anonymous said...

couverv, soklan anta tak bunyi mcm 'kekasih2' hamka yg lain....hihihii. sori bolayan. ni utk kekasihku sahaja. he..hee



-hampa-

anazira said...

bezlah bace blog ni...suker cara marah..TOLONG JANGAN TANYE PASAL TAFSIR MIMPI...HIHI...10X ULANG...SUKER..NAK FOLLOW DEH...TQ2...

Mohd Hafiz said...

antara sbb kita memakai bedding ialah mimpi2 indah semasa keluar di Jln Allah hehe

hamka said...

Untuk tidak menghampakan korang yang dah penat penat komen tapi google delete akibat kesilapan teknikal,

aku post balik copy dari email mana2 yang belum delete.

harap maaf.

hamka said...

copy/paste email:

-----------
Nur Hawa Mohd Zin

ni mesti ada yang kacau ni kan..dlu awe selalu bace buku tafsir mimpi tapi skunk dah tak bace sebab tak cukup ilmu nak tafsir mimpi orng..mimpi sendiri masih tertanya2 lahi :)

tq sharing

-------------
MR.GHOST

nice entry...make me feel penuh dgn dosa....erm..

------------
Nerzhul

tengah layan inception...terbaca pulal post pasal mimpi..hahaha

--------------
Rye the X-Superpornstar

aku penah mimpi laki aku bertenet dengan pompuan lain..

bukan setakat aku ludah belah kiri 3 kali (dia tidoq belah kiri aku) aku siap blasah dia lagi! HAHAHAHA!

no 12 slalu jadi semenjak sarat mengandung ni...hmmmm...

-----
azharjaafar

Hidup ini hanyalah mimpi yang memperdaya. Kehidupan sebenar bermula apabila kita dihidupkan selepas kematian

hamka said...

eszol raar

taakulan dan tafsiran yg hebat!

-----------
ismi Ijmi

dah boleh tafsir cmni,heh

--------------
fuad ansari

Pelik kadang2 kat orang yg selalu mimpi basah.. mimpi kan macam real.. kadang2 tu, tak tergamak pun nak buat.. (",)

*tapi bila sedar, terdetik gak kat hati, "mimpi rupanya, rugi rugi.." hehe..

-----------
khunsuriyatit

cakap bab mimpi...tiap kali aku bermimpi ada ular hitam..mesti ada orang terdekat yang nak meninggal,bila aku mimpi tanah bertimbun2 ditepi rumah..mesti ada sedara mara terdekat nak meninggal..gitulah selalunya...tapi nak percaya,mcm tak nak percaya...gitulah sebaliknya..

hamka said...

Encik Psychopath

bagaimana dengan kekerapan mimpi basah yg merisaukan ?

-------------
afrohead

no 13 tu memang cun bro. hahaha. memang terasa berada dalam cunia Inception :))

-------------
Cik Kiah

Malam tadi mimpi buaya ganas, sempat plak aku bom mike. Mesti pengaruh tengok Pirate of Carribean malam tadi. Wahaha.

Apa kite fikir sebelum tidor, sedikit sebanyak mempengaruhi mimpi kita.

hamka said...

-----------
dr iman

alhamdulillah..semuanya datang dari ALLAH.

-------------
Pojie

yang no 13 tu kena tengok filem inception dulu. aku pun pernah bermimpi leonardo d caprio masuk dalam mimpi aku, woha!

--------------
StingRay

inception pun masuk jugak.woha!

haha

--------------
Aretikz

hehe.. tafsir mimpi oh tafsir mimpi.. numba 11 kadang2 aku terlakukan.. yelah.. tak sengaja.. tp tido lewat yg sngaja.. woha!

--------------
Hikayat Moron Murah Mangsa

Jika mimpi buruk dan malas nak bertahajjud, buat ‘isyarat ludah’ di sebelah kiri sebanyak tiga kali sambil beristigfar dan sambunglah tidur balik..


hamka n the followers..

pastikan korg buat ‘isyarat ludah’ je.jgn la ludah betul2 plak eh.kesian kat isteri yg tidur kat belah kiri suami.terkejut plak isteri yg disayangi.aik??atap rumah bocor ke mlm2 buta ni?woha!!!~

---------------
Anonymous

kalau mimpi nak bersetubuh, tapi bila dah nak masuk je, terjaga. *potong stim.

bagi yg tak pernah mimpi bersetubuh cane plak tuh?

Kalau mimpi bersetubuh dgn lelaki? haha

hamka said...

Ibni Hatari

Dunia ini mimpi, bila terbangun dlm kubur nanti, itula realiti..

--------------
marina anakcikbob

nombor 12. itu tandanya korang malas kencing sebelum tido. woha!

-------------
istiqbal

Assalam,
"Ps: Banyak kisah mimpi yang berlaku oleh sahabat dalam zaman merakam hadith, adalah berguna untuk rujukan ummat akhir zaman, setelah di tafsir oleh nabi Muhammad SAW, maka kita di zaman mengzahirkan hadith ini, tak perlu sangat nak tafsir mimpi kita seperti mereka, dengan sibuk cerita pada ustaz ulamak suruh tafsir mimpi korang yang tah apa apa, Baik kita zahirkan hadith Nabi dengan menjadi watak yang di suka oleh Allah dan Rasul…,"

......@.....
part yang last tu amat bermakna dalam hidup...dan mesti diterapkan dalam hidup kita...semoga Allah istiqamahkan kita dalam usaha agama dan jadi asbab hidayat ke seluruh alam...

lapangkan masa 2.5jam hari2 jumpa manusia bercerita tentang imaniyat,pentingnya jaga solat berjemaah, ilmu&zikir, 2bacaan hadis di rumah dan masjid,& khuruj...buat sampai bila? sampai kita tinggalkan dunia...amin

------------
SophoRoSyNe a.k.a cik giRang

selalu mimpikan makanan...hek hek hek..x cukup2 makan di alam nyata..dlm mimpi pon makanan menjelma..

------------
Hamba Allah

Assalamualaikum...

Yang no.9 tu tipu kan?? mn ade orang boleh jd director sdr tuk mimpi die,hahahaha

------------
Anak Wak Mail

mimpi-mimpi jugak jangan bawak sampai mengigau...en.hamka..ada tafsiran untuk ngigau tak??hihi..

------------
Maryam

share sikit kut...

kalau sering mimpi jatuh dari tempat yang tinggi, atau kena kejar dengan ular; atau sebarang mimpi buruk berulang-ulang itu tanda ada jin mendekati. jadi, amalkan ayat2 yang boleh jadi pendinding diri.

(saya bukan pentafsir mimpi, tapi tiap kali perawat alternatif, inilah soalannya untuk lihat tanda gangguan jin)

-------
Anonymous

elo.. toilet kat umah tu sekangkang kera jer "dituju khas untuk tuuutttt"... (ni hal tafsir No 12 ler ni)

tolong ler, sekangkang kera jer... kasihan kera kan... dia juga jadi mangsa..

------------
mohammad yusrizam

ooooooooo..air dah penuh rupanya..patotlah salu mimpi tu je..hheher

---------
K.A.S.

yang last skali tu..mimpi dalam mimpi..inception...lol

-----------
menusuk hati

apa-apa pun,jangan perasan mimpi nabi saw kalau tidor tak ikut adab..mengaku jumpa nabi saw tapi sifat fizikal nabi seperti yang digambarkan ulama pun kita tak tahu.cet!

----------
Mama Rocks

selalu mimpi pegi repeat exam SPM isk isk..

selalu juga mimpi dunia dah kiamat..tunggu nak terima balasan masing2..takutnya..

------------
Suhaibah

Saya mmg setuju yg hamka tak tahu tafsir mimpi, tak pernah belajar dan tak akan belajar tafsir mimpi sbb separuh daripada tafsirannya mmg nampak sgt jauh panggang dari tungku pemanggang.. hahaa.. best la hamka.. saya pn penah jgk buat lawak camtu bila ada kawan2 sibuk tanya pasal mimpi diorg.. Pastu diorg mcm malas dah nk tanya.. hehee..

hamka said...

------------
kasim

en.hamka, sy phm dt xleh tfsir mpi
tapi

'Nabi bagitahu dalam mimpinya: mereka ada alas tidur di masjid. '
pe mksud alas tdur d msjid ek
org yg byk iktikaf ke?

-------------
Zulkiflee Cheras

Mimpi adalah anugerah Allah keoada kita. alam mimpi tak sama dengan alam nyta.

orang yang bermimpi di belasah, walaupun menjerit kesakitan tapi jasadya cool je kat atas katil.

Subhanallah, Allah jadikan alam mimpi untuk memudahkan kita faham perbandingan alam dunia dengan alam kubur(barzakh)

Kat dunia kita tengok mayat tu cool jer, tapi roh mereka ada yang mendapat nikmat dan ada yang mendapat azab.

semoga allah selamatkan kita dari azab kubur.

Amin.

---------
ARC™

INCEPTION!wakakakkaka

---------------
Hashira Yusoff

jahat betoi mimpi ngeri..sampaikan nanges teresak2.. buek malu den ajo. T__T

----------
Aku

hehe suke bab pusing gasing tak berenti..=)

-------------
Nazarwan

no13 tu gasing berpusing xhenti2 n still dlm mmpi mksudnye dh mati ke???

hamka said...

ok, cukup sampai situ, dah 15 minit, esok pulak, hihi

Yana Halim said...

oh....baru nak tanya. nice entry... :)

kay said...

aku pelik sikit la pasal ada orang mimpi jumpa nabi ni...
memang la setan/jin tak boleh menyerupai nabi.. tapi....
kita pon tak tau macamana rupa nabi.

Mataku said...

Mimpi oh mimpi...

Anonymous said...

Assalam

Petikan dari Kitab Fadilat Sedekah yang menukilkan kisah mimpi anak seorang wanita solehah yang bernama Bahitah.

Apabila Bahitah meninggal dunia, anaknya telah mengambil berat untuk menziarahi kubur beliau setiap hari Jumaat, membaca Al-Quran dan menyampaikan pahalanya dan mendoakan untuknya dan juga untuk semua ahli kubur disana.

Satu ketika anaknya telah bermimpinya dan bertanyakan tentang keadaan dirinya dan bertanya "Bolehkah saya berkhidmat apa-apa?"

Ibu menjawab, "Janganlah tinggalkan kedatanganmu kepadaku dan bacaan Al-Quran itu pada setiap hari Jumaat".

Apabila kamu telah datang ke mari, kesemua penghuni-penghuni kubur disini sangat-sangat seronok serta bergembira dan mereka sekelian datang kepadaku dengan berita gembira, "Anakmu sudah mari." kedatangmu sangat-sangat mengembirakan aku dan mereka sekelian.(Raudh)

Khalid.
Orang yang mimpi Nabi benar dan aku cemburu dengan setiap orang yang mimpi jumpa dengan nabi saw. Semoga aku juga memperolehinya...

AZF90 said...

Dari apa yg saya dapat,jangan ambil apa2 pn dlm mimpi...!'jin islam' boleh merupa apa2 sja x kira 'nabi'
(kalau kita tau rupa nabi x pa la)

P/S:SEJAHAT-JAHAT MANUSIA...JAHAT LAGI JIN ISLAM

hamka said...

aku buang kisah mimpi aku jumpa Nabi sebab ramai pulak tanya bagaimana rupa Nabi dan ramai yang tafsir macam macam..

sebenranya, aku boleh buat koleksi kisah kawan-kawan mimpi jumpa Nabi tapi oleh kerana mimpi tak boleh di jadikan dalil maka aku tak tulis

maafkan aku tertulis kisah berjumpa 'lelaki arab yang mengaku Nabi', aku elakkan menulis kisah demikan lain kali.

biar aku simpan kisah kisah demikan dalam nota lain.., bukan di sini.

: )

mushroom said...

tak pernah terfikir pulak nak tanya pasal tafsir mimpi..

Anonymous said...

P/S:SEJAHAT-JAHAT MANUSIA...JAHAT LAGI JIN ISLAM<---- AZF90 salah ayat ko ni, tu org melayu kita je yg pandai2 buat frasa tu..

sHaRiNa eLyaNa said...

:)