May 18, 2011

Gaji pertama, beli apa?

(Pada tahun 2007 lebih kurang, ada sorang pembaca keretamayat bertanya tentang apakah belanja yang paling afdal untuk gaji pertama, aku lupa apa jawapan aku waktu tu, tapi aku jawab balik beberapa tahun kemudian bersamaaan hari ini)

Kita biasanya tak akan lupa benda yang first time, seperti hari pertama haid bagi perempuan, atau hari pertama baligh bagi lelaki, atau hari pertama naik bas, atau hari pertama masuk wayang, atau hari pertama jatuh basikal, atau hari pertama masuk hospital, atau hari pertama jatuh cinta, atau hari pertama malam pertama, atau persetubuhan kali pertama (dah nak start melalut, ehss..).. dan lain lain.

Pendek kata, benda first time ni memang selalu kita ingat, dan bila berkongsi dengan kawan kawan tentang benda benda pertama ni, kadang kadang kita ralit berborak, habis teh tarik, tambah lagi, itulah resam manusia yang hidup atas dunia yang fana, selalu cerita benda benda yang pertama dibuat dalam hidup dengan penuh teruja sambil gelak macam orang gila, lepas dah jadi mayat, baru kita akan cerita benda terakhir yang kita buat dan itu cerita lain.

Straight to the point, kali ni aku nak tanya korang,

Apakah benda ‘berharga’ atau ‘sentimental value’ yang pernah korang belanja pada kali pertama dapat gaji dan benda tu masih ada sampai sekarang?

Apa korang beli?

PS2? Bayar muka ansuran Motosikal? Beli DVD? Beli Tafsir Al quran, belanja awek makan? Sedekah kat mak? Beli tasbih? Beli seluar Jeans? Beli Handphone? Daftar MLM? Beli cicak tokek? Beli gelang Magnet?

Apa benda pun jawapan korang, simpanlah sebagai kenangan gaji pertama, lantak korang lah nak beli apa pun, korang berhak nak belanja apa yang patut, janji halal dan membawa kebaikkan, Cuma, apa yang aku nak bagitahu, gaji terkahir korang akan dibelanja untuk beli kain kapan, keranda, batu nisan dan upah driver keretamayat, woha!

Sambung balik, kat mana tadi? Oh ye, sebagai tuah tanah, di sini aku nak bagi cadanganlah kepada mereka yang baru dapat gaji hari ni, gaji pertama pulak tu, akan apa yang patut korang belanja.

Ok, simpanlah duit dalam RM100 ke bawah, dan belilah..

(Ini bukan nak melawak..)

Belilah…

(Mesti korang tak sabar nak gelak.)

Korang belilah..

(tapi apa yang aku cadangkan ni tak lawakpun)

korang belilah almari buku!.

(aku sedang serius)

Ya, Almari buku!, atau rak buku!

Dulu aku beli RM 25 ringgit jer, boleh pikul buat balik, sampai rumah pasang sendiri, pakai skru dalam 15 minit siap, ada tiga slot, tinggi tiga kaki, lebar dua kaki.

Jika ada duit lebih, bulan tu jugak beli sebuah buku dengan gaji pertama tadi, jika takde duit lebih, boleh beli pada gaji kedua.

Ok, sekarang, setiap kali gaji, beli sebuah buku, dalam setahun korang akan ada dua belas biji buku, dan aku rasa dalam tiga tahun hingga ke lima tahun, almari korang akan penuh dengan buku, sepenuh dada korang dengan ilmu (jika korang baca sampai habis sebelum beli buku baru.)

Amacam best tak?

Best tau bila rumah kita ada almari buku yang penuh dengan buku yang kita dah baca sampai habis dan ada yang dah khatam berkali kali, memang best sangat…

Bagi aku, rakyat Malaysia perlu dididik menghias rumah dengan almari buku yang penuh dengan buku yang sudah habis di baca. Perlu sangat!

Dan untuk menghias rumah dengan almari buku yang penuh dengan buku yang sudah habis di baca, maka buku yang korang beli mestilah tebal tebal dan berilmiah, majalah tak aci, syaratnya: mesti tebal, maka bolehlah korang beli buku seperi kitab ugama, kitab Fadail, Kitab Mutakhab Hadith, Kitab hayatul sahabah,, Tafsir al quran, dan lain-lain, dan letak buku katogori ugama ni pada level paling atas,

Level bawah bawah bolehlah hias almari buku yang penuh dengan buku yang sudah habis di baca seperti Buku Motivasi Dale Carnegie, Buku sejarah, Buku tentang tokoh tokoh dunia, atau buku politik seperti A Doctor in the House, dan bawah lagi boleh jugak letak buku komik yang tebal tebal seperi GTO, Naruto, Dragonball, Pendekar laut dan lain lain. Janji tebal.

Memang best tau bila rumah kita ada almari buku yang penuh dengan buku yang kita dah habis baca, memang beeeeeeeest sangat…! (baca sambil menyeringai macam budak perempuan yang comel)

Sebenarnya, budaya menghias rumah dengan almari buku yang penuh dengan buku yang kita dah baca sampai habis, jarang dipratik oleh bangsa di jajah terutama orang melayu macam kita, sebagai contoh, aku biasa jugak pergi bermalam di rumah saudara mara, kat ruang tamu mereka, langsung takde satu bukupun untuk aku baca, rak bukupun takde, memang hampeh, yang ada almari mahal yang di hias dengan pinggang mangkuk mahal, apa ke jadah? Kalau pinggang mangkuk tu tukar dengan buku, aku rasa mahu penuh satu almari.

Ok, aku sangka baik, mungkin mereka ada rak buku di dapur, sebab aku tengok, bangsa penjajah, mereka ada rak buku bukan setakat di ruang tamu, dan dalam bilik, kat dapur pun ada rak buku…, mungkin bangsa kita takut kena kutuk jika letak rak buku ruang tamu lalu simpan dalam bilik atau di dapur,

Akupun pergi ke dapur mereka, teka apa aku jumpa.?

Rak pinggang mangkuk jugak! Woha!

Jap, jap, nampak macam rak buku, ok ada majalah bawah meja buruk, tengok majalah apa..

Mastika? Mangga? URTV? (pensang..!)

Ok, dahlah tu aku membebel.., dah penuh air liur bertakung kat tepi bibir aku- buruk sungguh!

Sebagai penutup, nasihat aku kepada korang yang tak pernah beli rak buku, bertaubatlah, malu pada bangsa melayu, yang tak pernah beli buku ilmiah tapi beli ‘pinggang mangkuk berilmiah’, jugak kena bertaubat..

Kesimpulan:

1.Tanamkan dalam diri bahawa untuk mencapai Negara maju, rakyat Malaysia perlu dididik menghias rumah dengan almari buku yang penuh dengan buku yang sudah habis di baca.

2. Untuk itu, satu rumah kena ada sekurang-kurangnya satu rak buku, jika tak beli pada gaji pertama, boleh beli pada duit pencen yang pertama.

3. Buku mesti tebal, majalah tak aci, Komik tebal tak apa, (Woha!)

4. Buku itu mestilah berilmiah dan di baca sekurang kurangnya satu pertiga, separuh itu bagus, baca habis itu terbaik!

5. Tanda tarikh beli, dan tanda jugak tarik khatam pada setiap buku.

6. Level atas, susun buku ugama, level tengah, buku berilmiah, level bawah, buku hiburan, jangan sesekali hias pinggang mangkuk bodoh antara buku buku itu.

7.Wujudkan satu buku log untuk peminjam, tarikh pinjam, tarikh hantar, catat dengan jelas.

8.Simpan resit buku dengan baik, boleh tolak cukai LHDN.

9.Pastikan ada rak buku di ruang tamu, senang tetamu nak baca sepintas lalu jika boring dengan perbualan korang.

10.Jika rak buku dah penuh, boleh beli Rak baru yang lebih besar, dan jika ada ruang, sila wujudkan perpustakaan mini di rumah masing masing.

11.Pastikan buku yang di tulis oleh Hamka keretamayat ada terselit di celah celah rak buku korang sebagai rujukan dalam dunia rumah tangga.

Eh? Hamka keretamayat ada terbit buku ke? Tak tahupun!

Hek Eleh.., punyalah panjang aku membebel, rupanya nak mempromosi buku berilmiah yang ditulis oleh Hamka keretamayat rupanya, celaka sungguh- woha!

Ok, aku belum cetak lagi, semua bahan dan siap, aku tulis tentang dunia rumah tangga, tapi aku kena buat survey dulu sebelum cetak, sila click-clik. Segala kerjasama korang, amat aku hargai.



132 comments:

Deleted Blog Sorry said...

first2 huhuhu. bagus jugak cadangan beli rak buku. terima kasih atas cadangan ni... :)

emak. bukan penari tiang said...

gaji mula-mula aku beli rantai emas

harga rm2100

bulan lepas aku bawak pi value

dah jadi rm10,070

berbaloi-baloi!

aku tunggu lagi 5 tahun, mebi lepas tu aku buleh jadi ribuan..

eh order tu serious kah? sebab aku nak! ok aku isi sekarang jua..buleh buat bacaan dikala boring semasa dalam pantang bersalin nanti!

cik Anggur said...

alhamduliilah sib baek la cik AngguR guna duet gaji yg 1st tu utk dgn sesuatu yg berharga haha tp bukan beli rak buku ...cik Anggur beli buku..hehe & smpi skrg dh jadik habit cik Anggur tiap2 kali gaji mesti ada buku baru yg cik Anggur akn beli....dh penuh dh rak ..laci...semua2 tmpt yg boley d sumbat dlm bilik tu ngan buku2.... :) tQ sbb bg idea utk beli rak baru

Nur Hawa Mohd Zin said...

waktu pertama kali kerja dan pertama kali dapat gaji selepas STPM tahun 2006 awe beli handphone nokia cikai jerk...beli pun sebab nak pergi genting perlukan hp utk update kat mak abah..hehe

rak buku dan koleksi buku adalah idaman awe apabila ada rumah sendiri nanti sebb kat rumah awe skunk memang ada mini libr dan sangat teruja

Mummy said...

gaji pertama bagi sket kat parent buat berkat...then beli phone...

PemilikMataCoklat said...

assaamualaikum..

kalau hamka tulis buku n cetak tuk dijual sy nk beli, sbb dh taksub dgn penulisan hamka yang sempoi tp berisi...

catatan pelbagai said...

Teringat pulak rak yg RM25 tu, ada 3 para..ms student dulu pakai rak ni lah..

sy minat beli buku,tp selalu baca tak habis..

Ummi Muqri said...

gaji 1st beli jam tangan. masa kan penting.
best.sgt suke buku.suke sgt buku. buku suke sgt.
mase skola dulu siap abis bace 1 library..

~PENCHENTA~ said...

Rak buku aku penuh dengan buku Biologi, Chemistry, Physics form 4 & form 5. Aci takk? Lantaklah. Haha.

Eh. Kau punya sidebar tu kecik sangat. Tulisan dah jadi half dah.

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

gaji pertama mula2 memang bg pada mak, pastu buat kenduri doa selamat...pastu dah tak ingat beli apa....
nk beli lah buka keluaran HAMKA dah selamat isi pun...

Nerzhul said...

Tak ingat langsung apa dah beli gaji pertama. Cuma ingat komik GTO ngan Satria Pedang kene bakor ngan mak. hahaha

♥ Princess ♥ said...

Gaji pertama: 3 bulan gaji = baiki rumah mak ayah (sentimental gak oo)

faraherda.razalan said...

mmg bernas....

Unknown said...

oo,nak terbit buku pulak ae..
bagus!
selamat maju jaya!

Muhammad Hilmi said...

bagus idea nie...beli rak buku. tp tggu dah ader rumah tetap dulu kut. nk apply kat rumah sewa bujang mmg xdpt rasenye...huhu

Anonymous said...

nanti bila banyak buku, insyaAllah akan banyak ilmu. orang banyak ilmu Allah akan tinggikan darjat. orang yang banyak ilmu juga insyaAllah Allah akan naikkan confiden level dalam diri. insyaAllah.

confiden macam En Hamka*

Mutiara Bernilai said...

gaji pertama abes kat pesta buku ritu.. skang dlm proses nak abeskan bace..

hu, borang buku kat atas tu betul ke x eh? buku Buya Hamka ade la beli,buku Hamka keretamayat xde lg..

hamka said...

ini betul betul, bukan cobaan.

segala kerja sama di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

i love u all.

: )

Cerise said...

Kalau novel tu, kira buku jugak la kan? haha..

gaji pertama x pernah ada lg. :P

MyHeart said...

done. form submitted. (^_^)

paeh said...

aku kumpul komik aje... hohohoho

Norsha said...

gaji pertama dulu, separuh bg kat mak...pasai buku en hamka ni, mesti saya nak beli punya...

mutiara kata said...

Tak semua yang membaca itu pandai, tapi semua yang pandai itu membaca.

jaymeza said...

ske ske ske...ske banget kat buku...mai la umah saya, buku2 saya dibalut rapi & dijaga dgn penuh kasih sayang...maklum le, dulu librarian...

kura said...

Rak Buku? Erk. Nasib sy belum bekerja lg kan. Nnt2 lah baru beli. hekhekk

Anak Wak Mail said...

fuhh..nasib baik dah ada rak buku..haha..

tapi semua penuh dengan majalah sekolah kami adik beradik..hahaha..

Anonymous said...

x keje lg, xde 1st gaji ag... tp, rak buku mmg penuh dgn segale mcm jenis buku.... magazine mmg x penh bli.. except, mcm solusi ke.... mohon Allah tetapkn hati n istiqamah... :)

Vanjenazah said...

salam

hamka

buku apa kalau isteri baca...terus dia nangis hehehe

teka teki

sapa leh jawab

Anonymous said...

BUKU HUTANG!

hamka said...

van jenazah, aku tolong jawabkan.

buku lima ke muke isteri akibat banyak sangat buku lima lima lima yang di terbitkan isteri.

betul ke?

Asfan Ash said...

adakah postage ke new zealand akan dibuat? buatla pls
*serius*

hamka said...

di mana jua korang berada, insyAllah, kita orang akan hantar dan seperti biasa, kos penghantaran akan ditanggung oleh pengirim.

terima kasih. : )

hamka said...

eh, silap, kos penghantaran akan di tanggong oleh pembeli.

: )

Anonymous said...

bijak betul..

miza said...

sekh bukori sedekah gaji pertama...jd kaya raya...rezki xkn berkurng dengan sedekah...hahhhaha (xlawak pun)

Dot said...

paling bererti jika gaji pertama berikan kepada ibu kesemuanya!...sgt2 berkat. lepas tu ikut suka ibu kitala nak sedekahkan balik pada kita... biasanya ibu akan bagi balik semuanya!!!!sebab dia tau anaknya lebih memerlukan. lepas tu belilah 10 rak buku pun... comella!

Ica said...

gaji pertama aku.. bg parents.. smpi sekarang aku ingat muka dorang bila aku bg duit gaji tu..

farwalis said...

gaji pertama aku, aku.....aku.... aku....

lupa aku buat apa dengan gaji pertama.

eera said...

en vanjenazah...

semestinye la buku akaun si suami... huhuhuhu

eera said...

gaji pertama bg kt mak wat mkn2 jemput kwn2 mak..

gaji selepas tu byk utk adik2 skolah n mak abah utk wat belanja dapur..

Unknown said...

sampai hari ni ngah tunggu lagi gaji nk beli rak buku. padahal da 2thun keje. haha. asyik beli buku then sepah2 atas meje je.

IrfanzBlog said...

bgos jugak kalo ade byk buku kt umah..kalo boring bley baca buku...

Anonymous said...

terasa pedasnya...
seraya membelek buku yang belom khatam-khatam lagi. okay baca sekarang. novel tak termasuk ke? ilmiah jugak tu...hehe

hamka said...

ramai rupanya tak beli rak buku, patut aku ambik pekej, jual rak sama, woha||!

Anonymous said...

dah nak jadi tokey buku ka

mushroom said...

xde gaji lagi.. belum kerja huhuk

Anonymous said...

salam...
rak buku..hmmm suma yg kabinet ni kami dah jadikan rak buku..
buku dah belambak...beli rak macam xmampu lagi..tapi buku boleh beli..ntah kenapa...
:()

kak tie said...

gaji pertama??....gaji pertama aku joli katak...x sampai 2 minggu aku pun pokai...pastu ari2 cekik megi ngan bubur nasik jew...uhuk..uhuk...

emak. bukan penari tiang said...

hang kalau nak buat, buat cepat2..

aku dah nak pantang bulan 7 ni..mau sangap tatau nak buat apa..

dalam pantang ini juga mahu khatam buku Tun Mahathir..

Aretikz said...

Yezza.. memang bernas.. aku xda rak buku, tp buku berlambak.. paling2 letak kat rak tv.. kira aci la tu kan? haha.. tp bukn gaji pertama lah.. sob sob sob..

faizal moin said...

gagi pertama aku, separuh(1/2) aku beli rantai tangan emas kat mak aku,, 1/4 aku bayar hutang kat abang aku,,pinjam duit dia tuk wat belanja awal..1/4 aku wat belanja aku.

Ruggedmom com said...

rak dah penuh, kalau beli buku boleh dpt rak sekali?

Oleh krna rak buku tu agak tinggi so saya letak buku agama eye level (level ke2)supaya hati terttarik-tarik nak baca buku agama.

Exited menunggu...

mangsibersamajabatanku said...

x ingat dah aku buat pa dgn gaji pertama aku dulu. 10 tahun...lama dh. Tpi sepatutnya bleh jd sejarah tu..tu la saat penting dlm perjalanan hidup kita. (br skrang nak pikir..heheh)

Mama Rocks said...

gaji pertama aku ambik lesen kereta, lepas tu beli makanan kat pasar malam hehe

Yutaka Mushimura said...

woohaaa.cerita bab gaji pertama..emmm..memang epic story nih...samapi bile2 pun tak kan luper...so, haruslah kasi ibu dan bapa..betul tak??

:)

tips terbaru

Petua Untuk Mengandung - Petua Untuk Masa Kini Dan Masa Depan

Penyakit Jantung Bolehkah Dicegah???

Tips 10 Petanda Dia Jodoh Kita

Bila Bercinta Dan Disalah Ertikan

Apekah Pasangan Itu Gula - Gula???

hamka said...

InsyAllah, aku akan cuba cetak cepat cepat, doakan aku berjaya dalam bidang yang aku ceburi ini.

: )

me ordinary said...

saya baru abis belaja, tapi rak buku kat kampung da penuh dgn buku2 yang x abis baca lagi.huhu..ni belum keje lagi, mesti lagi penuh dgn buku2 yeay! saya suke buku .. siyes x tipu! setuju sgt dgn bro nye idea,pasal orang melayu ni yg suke baca novel je.. yg motivasi yg sarat dgn ilmu selalu mls baca..mane x berangan je tao, maju x jugak. hee

carwashku said...

as salam
puas gak aku memikir...apa yek aku beli utk diri aku cam org2 lain tu...
jawabnyer...memang TAK ADA....sampai le gaji aku yg entah kali ke berapa utk 17 tahun lamanyer aku dapat gaji...tetap jawapannyer sama...TAK ADA...sumua utk org lain...org yg aku sayang !

Asfan Ash said...

kejadah? ambik 1st respond ah. ditanggung oleh pengirim lol.
tapi kalau content sama je dengan entry blog baik baca blog. portable hehhe

p/s: tadi ade sale kat kedai buku uni aku. teringat entri ni aku beli 6 buku sekaligus!

Asfan Ash said...

kalau ada tambahan, mesti berbaloi2 punye bace. ye x?

MELAWAT MUZIUM FREEMASON ARROWTOWN NEW ZEALAND

hamka said...

aku ada tambah beberapa entry-entry yang belum pernah tulis kat blog, bini aku ketawa menggigil sambil menangis insaf bila baca draf, (mungkin tak perlu pedulikan respon dia kerana beliau adalah peminat nombor satu aku yang bersekedudukan dengan aku secara halal.woha!)

kita tengok apa kata dunia nanti.

: )

skar said...

Aku alu2 kan 999 999 hp..

azharjaafar said...

gaji pertama aku beli rokok.. (skrg dah berenti alhamdulillah)

dan bila pulak hari pertama kau nak letak logo takaful aku kat blog kau nih? heheh..

Anonymous said...

Assalam

Gaji pertama aku beri pada mak aku...
Aku sangat sayang mak aku.

Khalid.

Hatipecah said...

Gaji pertama buat ape ek?

Aku bagi duit kat mak suruh die buat pulut kuning kasik kt mesjid.
huhuuh

btw, aku sokong ko dgn kata org melayu kite kurg ade rak buku kt rumah.

tp aku bangga la skit sbb aku ade rak buku kecik dlm blik aku sndirik. Buku beli banyak. Oh hobi aku mmg beli buku. Tp bace nye kadang2 makan masa nak abes. sbb jrg ade masa nak baca. haha. Alasan!

aishareoils said...

mmg plan nk beli rak buku pon...skang dh mula collect buku walopun x keje lg..huhu

emak. bukan penari tiang said...

hamka, jgn la ubah cara penulisan. Sebab the way u write la yg buat org membaca. Kalau ubah-ubah dah tak best.

DIL said...

halamak...
tak hengat lah gaji pertame beli hape...

rak buku dekat tuang tamu takde..
tapi buku-buku banyak bersepah2 di sekitar rumah.
bile skali skale ibu aku balik,kene lah bambu...

Last year (dengan jujur nye aku mengaku) beli tafsir al-quran.
sampai la ni belum abis bace lagi..sob sob

last sekali bace buku travelog dakwah
lupe pulak sape tulis.
tak tebal.
tapi meninggalkan kesan.

buku tuh nak compile semua entry2 kat blog nih ke?

hamka said...

Jawab, jangan tak jawab:

--------------
(((bila pulak hari pertama kau nak letak logo takaful aku kat blog kau nih? )))

Aku akan pertimbangkan, (bersuara dengan nada seorang bisnesman)

----------------
(((hamka, jgn la ubah cara penulisan. Sebab the way u write la yg buat org membaca. Kalau ubah-ubah dah tak best.)))

Kita tengok nanti, aku cuba sebest mungkin!

------------
(((buku tuh nak compile semua entry2 kat blog nih ke?)))

Bukan semua, bab cinta dan rumah tangga sahaja, entry lama yang respond tinggi, aku re-write balik dengan dalil dan contoh serta anologi yang lebih jitu bermampan tinggi (perumpaan bahasa tu abaikan jika over), selain itu aku buat keisanambungan dari entry ke entry, agar tiada ‘plot hole’, dan aku tambah beberapa entry yang belum pernah di tulis seumpamanya di blog, aku sendiri bedebar denar ketika menulis apatah lagi korang bila membacanya- woha!

hainur hapis said...

tunggu buku itu keluar INSYA ALLAH

hainur hapis said...

Saya da fill form. pepehal, roger huhu

feeza ibrahim said...

aku nak beli buku hang..baru isi form tadi.sila jaga maklumat confidential saya ye.terima kase.

Jakallahu khairan.

istiqbal said...

Assalam,

bro Mekar, aku doakan semoga tuan sukses dengan dunia baru ini, juga semoga khalayak dapat banyak manafaat dari penulisan tuan...

Ya Allah matikan kami dalam iman, matikan kami dihujung2 dunia atas maksud agamaMu...(sila amin tuan2)

jazakallah khair

Tulang said...

Hamba beli the whole set of children's encyclopedia from Grolier....semangat sebab masa tu pregnant 1st child....dah 8 thn lebih dah....tak abih baca pun lagi....hehehehe

F. said...

first gaji ..byr hutang MARA! :P

Fahmi Jaafar said...

xnk beli sbb baru abis sklh.. mude lagi kott.. haha :)

hamka said...

: )

red gitarputeh said...

tiba tiba terbukak hati aku nak beli rak buku untuk anak :)

admiral said...

wktu ak keje sambilan lps habis spm, ak niat nk bagi ksemua duit tu kt mak ak. pehtu bile dpt gaji ak jadi teruja dan takjadi unt bagi. ak bagi rm50 je kt mak ak. sadis gle bila ak egt balik. buku kompilasi rumah tangga bagai. perlu ke ak beli? ak baru 18. kalo perlu ak akn beli. tp ase cam tak perlu je

admiral said...

di kesempatan ini, ak nk promote. buku tajuk dy WEIL CHINA. buku ni act da lama gila. wktu ak baca tu, ak 7thn.tp skarang pts ada kuarkan. sng nk dpt. buku ni SEYES bestt gile bapak. sspe yg bace takkan penah mnyesal. sape mnyesal, sila jumpa ak. ssuai bagi ssape yg nk revive kn smngat keislaman yg lemah. boleh beli online di sini, murah je. sgt2 berbaloi. tlg la beli. http://pts.com.my/index.php/buku/weil-china/

free compass said...

dildo.

cik kompas said...

membaca membuka minda...xsabaq nk tggu buku tu...

Anonymous said...

kadang-kadANG sebelum dapat gaji macam-macam nak beli...bila dah dapat gaji satu habuk xdibeli...sedar2 duit dah melayang ke mana tah...haha

Anonymous said...

salam, sekadar nak kongsi pengalaman. Aku pegi rumah Prof. aku kat UK nun, mmg xde pon sebijik pinggan yg disimpan sbg perhiasan walau yg ni hobi org dia dulu2... tapi rak buku... tafsif quran pon ada walau dia katolik. semua kitab pelbagai agama, dari novel sampai buku climate change... time party pon sembang pasal ilmu2 baru... tersentuh hati tengok kelaku sopan dan minat pasal ilmu depa semua..

Anonymous said...

aku ade banyak rak buku.. xgune pon.. tersusun cantik je.. huhu..

buku2?? aku letak dalam kotak.. huhu..

pasai pa?? jgn tanya.. lepas amek buku.. kompom malas na susn balik..

ohh!! rak buku dalam bilik adek aku sgt cantik.. dengan buku2 tersusun mengikut jilid.. tu pon pasai ayah aku yg tolong susunkan.. xkire la ensiklopedia ke.. komik ke.. segala macam buku die akan susun cecantik selepas kami campak merate2 da abes bace.. huhuhuhuhu..

ohh.. patutnye ayah aku biaq je la adek aku susun sendri..

Vanjenazah said...

salam hamka

jawapan teka teki

buku apa bila isteri baca terus dia menangis hehe


jawapan dia ialah....


buku bank suami

pasal baki dalam buku bank o tak de pitih

menangis la isteri hehe

aries said...

Malas beli kerana

aku tak pernah beli pinggan mangkuk

Anonymous said...

Saya suka beli rak buku kecik. Sebab selalu pindah randah. Sekali pindah buku saja 2 kotak besar.

Tapi kalau kat rumah family memang berlawan-lawan rak buku dengan pinggan mangkuk. Mostly mak saya beli pinggan mangkuk lawa-lawa buat pakai sehari-hari..dia tak bubuh dalam rak simpan elok-elok.

Lupa lak.

Gaji first saya buat bayar duit konvo. Huhu.

Malaysian Epic said...

ha jual buku


http://malaysianepic.blogspot.com/

alfindani said...

salam.
bulan berapa dijangka keluar buku?
lepas ni kena pakai topeng mcm Bandi Amuk la, nk remain unknwon. heh!

hamka said...

pakai topeng tengkorak ok jugak, he he

hamka said...

kepada yang bertanya: BILA boleh dapat buku?

seperti yang di janjikan, jika tidak ada sebarang masalah, insyAllah, tarikh gaji masuk 25 haribulan depan, (25/07/2011) itulah tarikh paling lewat, jika siap lebih awal daripada tarikh itu, aku akan nyatakan kemudian.

harap maklum dan terima kasih.

Lili said...

haa sy stuju bangat....tp baru2 ni ja sy rajin m'baca.daa baca rs mcm lost byk benda rugi x mula dr awal. rupanya ilmu masih byk yg kurang...tapi rak buku x beli lagi... mak pun da bising buku penuh atas meja. gaji bln depan kot beli rak buku. InsyaAllah.

Unknown said...

bagi aku gaji pertama yang dapat...bayarlah hutang kepada org yg dihutang spt contoh ptptn..hehehehhe hatta RM50 ajer pon..lepas tuh bg kat mak bapak sket..rak buku zaman blaja dulu dah ader so aku dah tak payah beli wohaaa :)

Umat Akhir Zaman said...

selain baca buku2 yang ditulis oleh manusia, Bacalah surat yang turun dari langit. Ada 114 tajuk,semuanya kisah benar. Antara isinya ialah Allah menyatakan kebesaran, kehebatan dan keagungannya. Surat ni dalam bahasa Arab. Untuk faham, bacalah terjemahannya sekali.

Semoga Allah memberi Hidayah kepada kita untuk membaca dan memahami serta mengamalkan alquran.

deensokmo said...

Eh buku kartun..ok jugak nih.. banyok jugok kartun yg berunsur keislaman utk budak2..

darul_makmur@yahoo.com said...

Salam...nak tumpang promosi boleh tak...klik la sini...terima kasih...peace

lobai said...

salam,

tahniah sifu!

akhirnya sampai jugak hajat lu bro.

aku nak bagi cadangan supaya buku lu boleh jadi best seller.

kat malaysia ni gimik kena lebih..buku yg best kalau tak cukup promosi,payah nak jalan.

buatlah iklan dlm suratkahabar,terutama utusan,metro(aku tak suka s/khabar ni)jugak harakah,jgn sesekali menghadkan pembaca dr satu aliran shj,tapi semua tu modal besar bro.

tapi klu lu nak rami pembaca,lu kena keluar modal promosi banyak sikit.

pastu launching kena buat gempak sikit,panggil semua pemberita.

apapun sebagai penulis baru nasib lu banyak bergantung pd penerbit.pandai pandailah yakinkan penerbit supaya promosi kasi hebat.

apapun lu kena pastikan buku lu ada kualiti(isi & penampilan),jgn macam filem pecah panggung,tengok 1 jam dah nak pecah punggong! ha ha ha..

ps/ nasihat ini diberikan oleh orang yg tak pernah buat buku dan jual buku!tapi aku suka buku yg berqualiti dan tak hampeh..

yg nak bagi ceramah pasal aqidah kat aku,jgn jadi bias...

Skymatrix said...

aiilllllaaaaiiiiikkkkkkkkkk buku!!! lebih baik ada rak buku yang penuh dengan buku yang bagus2 dari ada rak CD yang penuh dengan CD yang tak berfaedah dan melekakan.

wish u all da best hamka.

Yaqeen said...

http://makcikhajjahsittalwuzara99.wordpress.com---- En Hamka, mohon bawak mayat hidup satu nih. Tatau lah neraka nak terima ker x nih.

Skymatrix said...

Assalamualaiku...

"http://makcikhajjahsittalwuzara99.wordpress.com"

aku penah bukak link tu, memang melampau yang amat sangat...

tapi yang melampau sama adalah orang2 yang membaca dan komen dengan memaki hamun, jangan macam tu...paling senang jangan layan jangan bukak link tu jangan ingat pun...kalo nak komen pun bagi nasihat, dia tak tau makna kasih sayang dan takde ilmu tu...kesian!!!

orang2 yang macam pemilik link tu bila disumpah seranah makin galak dan seronok dia menulis yang bukan2...

kalo dah tau syaitan itu sesat dan menyesatkan, kenapa nak dilayan?

aku pun marah yang teramat sangat tapi aku tak nak komen, nanti aku sama mencarut...nanti dah takde beza plak aku dengan dia...

apa pun aku doakan pemilik link tu kembali ke pangkal jalan yang diredhai ALLAH...

kepada kawan2 semua, takyah bukak la link tu...tapi kalo nak bukak gak terpulang la pada anda semua.

Wassalam.

awan said...

cadangan tulis tarikh beli and tarikh habis baca buku tu bgs sbb br nmpak kita ambil masa berapa lama utk habiskan bacaan tu.

-reflect diri: buku thn lps beli tp thn ni x habis baca lagi

Shahada Fauzi said...

ruang tamu rumah saye almari penuh dgn buku-buku..nak buku ape?motivasi?novel?buku ilmiah?cakap je..hehe..


saye memang suke membaca dan mengumpul buku-buku..^_^

dzoelhakim said...

nak otograp sekali boleh?... tu syarat penting...

cysev3n said...

saya nak!

beritacikgu said...

dah isi borang survey tu..memang nak beli la buku tu rasanya..

hamka said...

terima kasih kepada yang sudi beli.

bab blog hina islam tu, sebarnya banyak blog macam tu tapi makcik ni over sangatlah.(ada blog nabi palsu, blog wiki palsu dan lain lain)

dalam bab bagaimana melayan orang yang hina ugama, caranya adalah 'jangan melayan', nanti dia akan menjadi lagi teruk.

untuk selesai masalah ini kena laporkan kepada pihak berkuasa, ini adalah kesalahan dan perlu di hukum mengikit undang undang, dan ini dinamakan jenayah internet, sama sama kita laporkan kepada pihak berwajib untuk ambik tindakan, lagi ramai lapor lagi bagus.

ps: tapi kenapa link kau bagi tu tak boleh bukak pun? dah kena flag kot?

mamdoh said...

.: Assalamu'alaikum Bro Hamka :-)

mamdoh nak bagitau, mamdoh dah isi dah borang tu, tapi lupa pulak letak beli ke tak beli. Jadi sekarang nak kompemkan, kalau ada jual mamdoh nak beli satu. Serius nak beli ni, Terima kasih :-)

Yang blog hina tu mmg dah kena blog. first dapat tau link tu try buka dah x dapat buka dah. cepat betul diorg block, tindakan yang sangat bagus.

Terima kasih lagi sekali sebab blog bro Hamka sangat best dibaca. Thank you thank you thank you :-) :.

najwaMJ said...

rak buku dh ade..
gaji?..bkn gaji tp elaun sbb sy br start chmbering =) tp sy sahut cabaran en.hamka..sy cube pnuhkn dgn buku2 br pas ni..YOSH!!

Anonymous said...

aku da jawap survey tu...

cepat2 siapkan buku oke ;-D

darkcoco88 said...

salam. terima kasih.

kalau saya, lepas saya baca, saya jual online. lepas tu boleh beli buku baru :)

apa pun, tq encik hamka.

Rasa Hati...Rasa Jiwa said...

saya tak kira gaji sbb nak kumpul duit untuk further study dulu. saya kira after saya hbs study dan keje.

gaji mula2 saya beli handbag carlo rino..pastu baki saya bw mak dgn abah buka akaun tabung haji..heheh..sal rak buku tu saya dah beli sejak masuk rumah sendiri masa umur 28 thn...Alhamdulillah...

Anonymous said...

haha.. memang bernas..
memandangkan aku pun suka baca buku..
aku tak nak beli rak buku..
tp nak ubah rak lain jadi rak buku..
buku pun dah berlambak ni!

tq bebanyak!

Anonymous said...

sya nak beli gak.... wlpun lum khwin... bukan gatal nk khwin... tp.... nak beli jugak

Sollehudin Sapari said...

Gaji 1st saya masa kerja part time lepas spm dulu beli phone. 600 kot phone tu. 3 tahun dah berlalu, alhamdulilah, phone tu masih bernyawa. Ada sakit sikit2 la..
masalahnya, saya beli buku tapi x baca..haha..

hamka said...

aku tercuti sekolah lama sikit, esok sambung kerja.

: )

hamka said...
This comment has been removed by the author.
chemie said...

TERBAIK ~

bantalijau said...

sebenarnya aku ade beli koleksi buku pasal keewangan.,pelaburan.,aset.,tanah dan emas...

tiba-tiba buku berunsurkan agama tak sama banyak seperti buku yang aku minati..

mungkin aku akan cuba layan buku2 agama ni selagi tidak menggunakan bahasa karangan formal...=)

hamka said...

boleh mulakan dengan buku aku, woha!

Faridah Hanim said...

Alhamdulillah, dah lama dipraktikkan cadangan tuan hamka....tapi bila belek2 balik, semua resit dah pudar tulisannya...ngehehe...

Anonymous said...

gaji 1st sy beli buku "membina rasa cinta" tulisan Dr HM Tuah Iskandar..skrg, after some years buku dah banyak, rak pun sudah dbeli..

p/s: en.hamka, arini dah 26 Julai 2011. agak2 jd ke buku tulisan en.hamka tu dilancarkan esk 27 Julai 2011... (jawab yer..x sabar2 ni)

norinaomar said...

saya tak ingat apa yang saya beli dengan gaji pertama..
bab buku tu memang betul,saya memang beli buku tiap kali cuti sekolah..kan kerajaan menggalakkan kita membaca sekurang-kurangnya 20buah buku setahun.
tak sabar nak duduk rumah sendiri,berangan nak ada mini library=)

hamka said...

: )

Zuan Ahli Dapur said...

I'm ready to die for book...

hamka said...

terima kasih, on progress

Zuan Ahli Dapur said...

Sebenarnya orang kita mana suka baca buku, haha Sapa suka nak baca buku, depa hanya suka makan kedai mahal, tukar handphone selalu, makan kedai dalam RM 50.00 boleh, nak tau x mak bapak saya cakap, beli buku buang duit, saya bukan beli dadah pun, bukan beli rokok, nampak sangat depa x sedaq yang depa membunuh perkembangan minda anak mereka sendiri. Hamka, pasai apa hang tulis blog ni?

hamka said...

kerana aku suka

Zuan Ahli Dapur said...

Pasai pa ko suka?

hamka said...

sape tak suka ada nota ugama, boleh rujuk bila lupa.

Bazilah Azhar said...

Salam Hamka. Sekarang pun dah banyak beli buku cuma rak belum ada lagi...kena cari rak pulak lepas ni.

hamka said...

kena buat pekej ni, he he