Aug 21, 2009

Dah Khatam Al Quran?

(Pulut kuning makan bersama gulai ikan tongkol memang sedap, oh tak lupa juga, telor rebus…)

Setiap mereka yang ingin belajar menjadi pengkritik filem, maka mereka kena belajar satu seni dalam dunia layar putih, iaitu seni ‘bahasa’ filem yang mana melalui ‘bahasa filem’, maka kebijaksanaan pengarah bersama kru-krunyanya akan teruji, dan mungkin menjadi terpuji atau terkeji melalui peluang yang dipersembahkan dalam masa yang diperuntukkan untuk satu satu filem..

Baik, Siapa yang baca blog aku tapi tak tahu bahasa filem?, sila angkat tangan!

Ok, jatuhkan tangan korang, sebab tak tahu bahasa filem tidaklah menjadi satu dosa, cuma bila korang kritik filem tanpa ilmu ‘bahasa filem’, maka kebodohan korang akan terserlah..

Arghh, Lupakan intro dalam bentuk hiburan pada bulan puasa sebegini, sekarang aku bukan nak cerita tentang ‘bahasa’ filem, tapi aku nak cerita tentang ‘bahasa’ Al quran..

Aku banyak baca cerita kisah orang kafir yang masuk islam adalah asbab dari keinginan mereka ‘membaca’ Al quran, dan aku percaya juga bahawa kisah bekas orang islam yang murtad pula adalah asbab dari tidak ‘membaca’ Al –quran…

Dan disinilah kesilapan ummat islam melayu bermula…(baca: melayu)

Ramai kawan-kawan aku, yang mengaku berjuang dalam perjuangan menegakkan panji islam, tapi bila di tanya, korang dah habis baca Al quran?, jawab mereka:

“Dah.., setiap bulan puasa khatam satu Al quran, masa kecik dulu dah khatam dan orang kampong buat jamuan pulut kuning yang di makan bersama gulai ikan tongkol..”

Ok, betul jawapan tu, tapi yang aku nak tanya, dah habis ke belum baca Tafsir Al quran?

Maka jawapan yang aku terima merebak sepantas H1N1, hampir semua orang yang aku tanya secara spontan mengaku tidak habis baca tafsir Al quran, malahan yang lebih teruk, tak pernah berniat untuk baca semua tafsir Al Quran,

Apa!? Tak pernah berniat baca semua tafsir Al quran! Habis apa kejadahnya kamu berjuang selama ini?

Lepas tu pulak, kalau ada yang bacapun sekadar yang berkenaan dengan agenda masing masing atau atas kepentingan politik, contoh yang mereka selalu baca tafsir adalah ayat Al quran berkenaan hokum hudud, atau ayat tak tutup aurat sebab isteri PM tak tutup aurat, juga ayat makan rasuah, atau ayat poligami, dan sebagainya, tapi 6000 lagi ayat lain seperti bab solat jemaah, dakwah, iktikaf serta banyak lagi tak pernah pulak nak di baca tafsirnya malahan berniat untuk baca pun takde..

Tak ke hampeh?!, pangkat kata pergi, kubur kata mari, dan konon korang nak belajar sampai liang lahad.., tapi seumur hidup sebagai orang islam, tak habis lagi baca tafsir Al quran…

Ok, aku maafkan korang, sebab aku pun masih belajar dan yang pernah bacapun banyak yang dah lupa, dan sebab korang dah mengaku perasan sibuk sampai tak sempat baca tafsir Al Quran, atau Korang mengaku miskin tak mampu nak beli tafsir Al quran yang berjilid-jilid…, Maka aku kurangkan lagi ‘kuasa berlawan’ aku, atau aku rendahkan lagi standard soalan aku sebab soalan tu tak sesuai di tanya pada orang melayu sama macam soalan “bila nak berbini dua?’” arghh, dan itu cerita lain..

Sambung balik, aku pun tanya lagi sekali akan soalan yang lebih rendah standardnya kepada mereka mereka yang mengaku berjuang dalam perjuangan menegakkan panji islam, sekarang aku nak tanya:

Seumur hidup ni, korang dah habis ke belum baca makna Al quran?,

Makna dalam bahasa melayu, bukan tafsir!

Lantas sekali lagi, jawapan yang aku terima merebak sepantas selsema babi H1N1, yang mana hampir semua orang yang aku tanya secara spontan mengaku tidak habis lagi baca makna Al quran, malahan yang lebih teruk, tak pernah berniat untuk baca semua makna Al Quran,

Apa!? Tak pernah berniat baca semua makna Al quran! Habis apa kejadahnya kamu berjuang selama ini? (korang jangan tipu pada bulan puasa, korangpun sama!)

“kena baca semua makna ke Hamka?”

Ni soalan yang paling hampeh dari seorang yang dah khatam Al quran setelah mendapat nikmat nasi pulut kuning bergulaikan ikan tongkol, sebab tulah aku sebut pasal bahasa filem tadi, kerana Al quran itu ada “bahasa” yang lebih tinggi dari mana mana bahasa yang nyata (cth: Bahasa English) dan yang tak nyata(bahasa filem)..

Al quran ada ‘bahasa’ atau senang cakap, ada makna yang hendak disampaikan, ada perintah Allah, ada larangan Allah, ada ramalan dalam sejarah, ada sejarah dalam ramalan, ada sajak dalam cerita, ada cerita dalam sajak, ada harapan, dan ada kemanisan.. faham?

Dan hari ni korang dah mengaku bahawa selama ni korang hidup dalam ugama islam, korang tak habis lagi baca MAKNA Al quran? Walaupun untuk satu juzuk?

Korang ingat Al quran tu macam lagu Hindustan ke? Sedap di telinga tapi tak tahu makna walau sepatah haram?

Lepas tu pulak, korang baca sambil menangis-nangis sebab tajwid berlagu yang mendayu dayu, bukan sebab makna yang Allah nak sampaikan.., sama macam korang menangis menyanyi lagu ‘kuch kuch hotai hai, dil to pagal hei atau dilwana dulhaniya la a ya jangge?”

Lepas tu lagi korang perasan bagus sebab dah khatam Al quran, tapi maknanya korang tak nak ambik tahu, maka jadilah korang seorang islam yang hanya pandai baca lafaz Al quran, penuh takwid dah makraj tapi bila azan berkumandang, korang selamba solat lengah lengah macam takde apa apa yang berlaku.. (cukup satu contoh)

Itu yang ada hadith cerita kisah orang yang awal masuk neraka adalah mereka yang baca Al quran pandai tapi sebab perasan bagus dan suka orang panggil dia sebagai Qari, maka masuklah dia ke dalam neraka…

Ada banyak lagi hadith tapi korang carilah sendiri…

Maka sebagai jalan penyelesaian, sempena bulan puasa Al Mubarak ini, korang belilah tafsir Al quran, murah jer, tak sampai RM50, dan hari ni jugak baca bahasa melayu akan makna dalam juzuk pertama, baca dan hayati, malam karang, dah tentu imam tarawikh akan baca surah Al baqarah, maka waktu ni korang recall balik apa yang korang baca tadi, masa ni eloklah korang menangis sebab sedikit sebanyak korang dah tahu makna…

Esok, baca lagi satu juzuk, bahasa melayu punya, dan malam esok pun sama, pergi solat tarawikh dan menangis bersama dosa dan air mata…

Dan insyAllah, habis bulan puasa tahun ni, dapatlah korang khatam 30 juzuk baca makna, dan 30 juzuk mendengar imam membaca lafaz dalam tarawikh dan sebagai tambahan di malam hari dan waktu yang lain, baca jugak dalam bahasa arab kerana pahala lebih besar…

Boleh InsyAllah?

“tapi kita nak baca tafsir makna Al Quran, kita kena berguru, jika tak kita akan berguru dengan syaitan”

Ni satu lagi bodoh punya bangang? Aku bukan suruh korang tafsir Al quran, aku suruh korang baca makna sahaja, baca dan fikir apa kehendak Allah pada diri kau, dan jika kau takut berguru dengan syaitan, ha! Elok sangatlah, sebab bulan puasa semua tok guru syaitan dah di ikat, dah! Dari korang habiskan berataus ringgit beli baju baru, baik korang beli tafsir Al quran, tak sampai RM50..

Ok, sampai sini sahaja, maaf tekasar bahasa, Semoga aku sendiri dapat amal apa yang aku sampaikan, akupun tak pandai bahasa arab, masih belajar.., dan ketahuilah, Yusof islam masuk islam dan beribu lagi kisah orang kafir masuk islam adalah asbab membaca makna dalam bahasa masing masing.., tapi kita yang dah islam, umur 25 tahun masih belum khatam baca makna Al quran, apa kes?

Itu aku tanya yang dah khatam Al quran, cuba aku tanya yang tak khatam pulak tak tahulah aku apa nak jadi, entah-entah makna surah Al fatihah pun tak tahu, tapi makna lagu ‘Beat it’ nyanyian arwah Micheal Jakson tahu pulak, aku “beat it” sekali baru korang tahu, eh, melawan pulak?! Just Beat It, Beat It, Beat It, Beat It.., cheh menyanyilah pulak..!

(Dari jauh kelihatan driver keretamayat sedang menari tarian breakdance ala ala Micheal jakson-beat it- abaikan dia)

Ps: Beli baju baru seratus dua ratus ringgit tak rasa mahal, tapi beli Tafsir Al quran rasa berat jer poket, ada syaitan terlepas ke?

66 comments:

Nasir Penang said...

Ya Allah ampunilah aku sebab selalu mis baca Al-Quran kitab mu. Aku lalai...itu lah dunia yang sementara yang melalaikan manusia. berapa banyak manusia yang boleh hari2 baca surat khabar...tgk tv...pi sana...pi sini....tapi tak boleh nak baca al-quran walaupun sedikit......

Abu Firdaus said...

Ya Allah berilah kekuatan pada kami untuk mengamal segala perintahMu dan menjauhi segala laranganMu....kekalkan kami dlm hidayahMu...

Anonymous said...

aku baru jer beli tafsir al quran, tp blm berkesempatan nk bace cos pd tunang aku, nk dijadikan hantaran kahwin nnt...
nmpknye kene mntak in advance..
tq hamka cos mengingatkn...

yanz

Anonymous said...

baca quran tu hayati maksudnya, jgn terkejar2 sangat ak khtamkan al quran tp xfaham apa yang dibaca

LokmanHakim said...

Salam Ramadhan...

Alhamdulillah, aku dan korang semua masih diberi rezeki oleh Allah untuk melayari bulan Ramadhan pada tahun ini... tu pun jika aku x mati malam ni laa...

Kesempatan yang ada maka kita sama-sama tingkatkan amal ibadah kita kepada Allah...

Benarlah bagai dikata Hamka, hari ini banyak manusia perasan bagus dengan amal ibadat masing-masing... padahal apa yang diamalkan pun x tahu... sekadar ikutan semata-mata... tiada roh didalam abadat tersebut...

Maka aku berpesan kepada diri aku yang daif ini... aku minta doa kepada empunya diri ini... supaya dibekalkan iman yang sempurna, didatangkan roh pada setiap amalan...

Anonymous said...

HAMKA , saya minta tolong sgt2.. tolong la postkan secepat mungkin camne nak tinggalkan maksiat 100% dalam diri ..ramadahn nak dekat ni..saya takut saya buat lg maksiat.. dah taubat,tp buat lagi..isk2..ampunkan aku...Allah!!

AhMiEzZ said...

yup aku setuju..alhamdulillah, aku diberi kesempatan untuk belajar taddabur n tafsir dalam halaqah..somehow ada orang takut nak taddabur..takut tafsir ikut kepala hotak sendiri..tp bleh rujuk 3:7 (ali imran ayat tujuh)-sekadar perkongsian

Syurga fakir dunia said...

Semua orang, setiap bangsa mesti ada bahasa. Hatta orang cacat pun ada bahasa isyarat. Ada lagi body language lak. Al-Quran pun dari bahasa arab boleh tafsir ke macam-macam bahasa kan!!? Tapi hati saja yang tiada bahasa... apa yang kita fikir hanya kita, Allah dan makhluk yang Allah izinkan saja tahu, bahasa hati tiada bahasa. Ngapa ramai lagi yang tak reti bahasa? Heran kan Sheikh? Salam Ramadhan, Kullu aam wa antom bi khairi!

Anonymous said...

salam..

seraya bila mana pun jua dah khatam Al-quran kita masih lagi mahu untuk tukarkan kemuliaan agama dengan dunia yang sementara..

"Yusof islam masuk islam dan beribu lagi kisah orang kafir masuk islam adalah asbab membaca makna dalam bahasa masing masing.., tapi kita yang dah islam, "umur 25 tahun" masih belum khatam baca makna Al quran, apa kes?

-umor gue dah 33 tahun, tapi keinginan untuk amal agama tak seperti pun Yusuf Islam.. (baca 33 tahun lahir dari mak dan ayah islam)

-akinna

anonymous said...

dulu aku amalkan jugak baca 2-3 makna ayat al-quran sebelum tidur. dan, sebelum ini aku begitu beria-ria memahami resam hurufiah, apa itu alif, ba, mim, nun, kaf dan sebagainya.

sekarang hampeh, sebab tidur aku ditemani buku contemporari, dan sebagainya. malam ni insya-allah, aku cuba amalkan balik, sebab kitab tafsir letaknya sebelah katil aku sahaja.

hidayat-idaman said...

mau taskil semua org yg kununnya perjuang islam nie keluar jemaah....baru hilang sikit semangat politik depa

suarahati said...

nice post...
insyaAllah,moge Allah beri kita kekuatan utk mengamalkan segala suruhanNYA dan menjauhi segala laranganNYA. moge dengan rahmatNYA, kita tergolong dalam hambaNYA yg mengerti nikmat kemanisan iman dan diterima segala amalan baik. moge segala dosa-dosa kita diampunkanNYA dan dapat meningkatkan amalan dan istiqamah dalam bulan Ramadan al-muabarak ini dan bulan2 seterusnya. moge kita diberi kefahaman dalam beragama..islam secara keseluruhannya..aqidah, ibadah, akhlak ==> mencontohi Rasulullah saw. p/s: Rasulullah jua bersiasah..

Wal said...

Salam.

Sepatutnya hari2 kena baca kan.
Bukan bulan pose jek. Betul kan?

Haha.

Anyway utk semua, nak memudahkan, carilah mana2
tmpt jual buku islamik.

Serius ada Qur'an yg sekalikan makna dalam satu page.

Susunan ayatnya memang sama macam helaian Quran yang tak taruk makna.

Anggaran rm40 la.

~Baca utk diri, bkn sbb org suruh~

MZ said...

Good idea. Thanks.
Saya berazam untuk tidak berFacebook di bulan Ramadhan.
Akan membaca tafsir al-Quran sebaik mungkin.

Usaha tangga kejayaan.

charisteas86 said...

Allah!!!...kecepek.!!!terkene lapan bijik kat sy tuan hamka..Ya Allah..ampun..terkejut jgk mutajim ust azim sri petaling dpd terjemahan bayan maulana saad yang katanya org yang paling pandai berbahasa arab adlh abu jahal (tiada tandingan)..huh!! bnrlah kata tuan dlm entry ni..smoga sy dapat amal dn sampaikan..

bakalmayat said...

HAMKA: Itu aku tanya yang dah khatam Al quran, cuba aku tanya yang tak khatam pulak tak tahulah aku apa nak jadi, entah-entah makna surah Al fatihah pun tak tahu, tapi makna lagu ‘Beat it’ nyanyian arwah Micheal Jakson tahu pulak, aku “beat it” sekali baru korang tahu, eh, melawan pulak?! Just Beat It, Beat It, Beat It, Beat It.., cheh menyanyilah pulak..!

(Dari jauh kelihatan driver keretamayat sedang menari tarian breakdance ala ala Micheal jakson-beat it- abaikan dia)

AKU: Aku dok bayangkan..Lawak tul...hampeh..Hee

azharjaafar said...

Ramai orang anggap 'katam' quran tu macam 'katan' anu je.. cukup sekali seumur hidup..

Mudah2an Allah bagi aku taufik untuk 'katam' quran sebulan sekali.

Amin007 said...

nak katam makan quran???
satu ujian ke atas iman aku ni
di bulan ramadhan

dengan ni akan daku sahut seruanmu
katam makna surah lazim yang biasa dibaca dalam solat tarawih serta ...

dr iman said...

nice hamka..
salam ramadhan~

Anonymous said...

Kami tidak mengutus seorang rasulpun, melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka. Maka Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki, dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Dia-lah Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. 14:4

harisu-sama a.k.a RS said...

nice post. insya Allah saya cuba baca makna ayat Quran bila ada kelapangan.

Anonymous said...

ada acara di Metro TV indonesia setiap bulan Ramadan jam 3.00 pagi, yaitu tafsir Al Misbah, yang dibawakan oleh Bapak Quraish Shihab, beliau adalah ahli Tafsir Alquran dan yg menulis buku tafsir Al Misbah ini..so bg yg minat mengikuti bisa lihat juga di link berikut http://www.metrotvnews.com/index.php/metromain/newsprograms/2009/08/22/3069/266/Sabtu.22.Agustus.2009.1.Ramadhan.
Beberapa edisi tahun2 sebelumnya bisa lihat di yutub

hamba_Allah said...

salam..
saye nak tanye..care manakah yg terbaik untuk bace terjemahan
1.bace ayat arab satu2,kemudian bace tafsir
2.bace ayat arab satu page@byk page,kemudian baru bace tafsir
-tQ-

limaumaniss said...

dalam bulan posa aku khususkan untuk khatam quran at least sekali ( kadang2 tk dapat jugak maklumlah perempuan...) ..tapi dalam bulan lain aku baca 2 3 muka sehari dengan tafsir...alhamdulillah istiqamah....bukan nk ujub tapi nk berkongsi....kalau aku yg biasa ni boleh buat tentu korang yg hebat2 pon bole buat.....insyaAALLAH....bnyk sangat yg kita akan tau bila baca terjemahan quran nie..


dan tak salah kalau nk baca lebih lanjut lagi bila baca terjemahan quran...

slamat beramal...

Anonymous said...

salam...
knpa admin blog ini sentiasa menyindir perjuangan islam yang dibawa oleh parti politik tertentu..
tapi admin tidak pula menyindir sebuah parti yang mengaku islam, tetapi tidak mahu melaksanakan islam walaupun telah diberi kuasa...

Amin007 said...

ikutkan dalam website aku di
http://www.amin007.org/melayu/?link=pautan&pilih=1#Agama

ada aku senaraikan blog-blog yang bercorak agama, juga ada tafsiran quran

http://tafsiran.net/

cuba teka blog ni nombor ke berapa???

hamba Allah said...

dalam YouTube..imam baca Al-Fatihah dengan tangisan..untuk dikongsi bersama..
[http://www.youtube.com/watch?v=OqPts-PIxVQ]

hamka said...

Nasir Penang

Wow, first komen..

---------
Abu Firdaus

Terima kasih untuk ‘kami’

-------------
Yanz

Ijab Kabul lepas raya ke?

--------------
Luqiem

Hidup lagi kau ramdahan ini, akupun, alhamdulillah..

-------------
AhMiEzZ

Al quran dah ada asbabun Nuzul.., rujuk kat situ, jangan tafsir ikut kepala otak.., lepas dah tahu asbabun nuzul dan gaya bahasa arab, baru boleh menghapiri kepada tadabbur, insyAllah..

------------
A traveler looking for the rightpath

Sekali kau tulis arab daa..

----------
-akinna

Sebab kau 33 tahun kau kena panggil aku, adik hamka, he he

----------
ZHAF

Dah ada cerita objek yang ada dekat katil. Kahwin cepat cepat, dan tambah objek dekat katil..

------------
hidayat-idaman

semangat yang salah ibarat kayuh basikal tanpa dynamo di malam hari.., chewah..

-----------
suarahati

nice doa

------------
Wal

Baca sebab orang suruh pun takpe, sebab Allah suruh kita ikut orang yang menyeru kepada kebaikkan..

----------------
an2blur

aku tak pernah berfacebook pada bulan ramadhan dan bulan bulan yang lain, facebook pun takde, yang ada hanya babyface

------------
charisteas86

kena dakwah benda yang kita belum mampu buat, baru datang kekuatan, jika asyik dakwah benda yang kita dah mampu buat, mudah untuk riak.., akupun kecepek!

-------------
bakalmayat

pakcik keretamayat tu siap buat moonwalk tu..

-----------
azharjaafar

moga akupun dapat taufik tu..

-------------
Amin007

Kau lapar ke?, eja makna dengan makan dah tertukar

-------------
dr iman

: )

-------------
the inspiration provider

sebab tu akhir zaman, ada pendakwah dalam loghat bahasa masing masing, dan ada jugak pendakwah bisu, subhanAllah

------------
harisu-sama a.k.a RS

doakan aku juga bila ada kelepangan..

----------
hamba_Allah

ikut kau punya selesa..

---------
limaumaniss

kalau Al quran kecik, dan tebal, baca 2 3 muka sehari ok, tapi yang besar dan nipis, itu mujahadah.., oh!

capoeira said...

oh! nk baca Al-Quran sebulan sekali pun payah, nie kan pula nk baca makna Al-Quran. Oh!!...

Anonymous said...

khatam n khatan??? betul kata azharjaafar...
kahakhakah..kelakar pun ade..

aku masih belum start albaqarah..skrg masih di alhadid..yg lama punya khatam belum habis daAAA.

doalah dpt kahatam lagi bulan romadhon yg mulia ini...dan yg penting dpt taufik utk baca tafsir n makna bak kata hamka tu...

bulan romadhon ade RAHSIA..iaitu sesuatu amalan kebaikan yg diamalkan istiqomah di bulan ini ,ALLAH akan memudahkan utk amalkannya diluar romadhon...

NAJMUSSObah
p/s:- berkahnya romadhon, boleh buaT 23 rakaat sunat, di luar romadon 2-3 rokaat pun hampeh.. yang tak pernah solah pun mampu 23 rokaat..subhanallah

Anonymous said...

Aku dah baca Tafsir Al-Quran dan aku dapati byk pecanggahan antara al-quran dan hadis. So, bila aku bincangkan ngan kwn2 diorg kata aku sesat. Tp bukan ke bila kita ikut apa yg Allah beri, kita xkan sesat. So, aku amik jln selamat, aku beriman ngan apa yg Allah beri. Sekrg ni baru le aku rasa nikmat iman dan Islam bila aku megEsakan Allah. Aku solat seperti yg Alah minta dimana xboleh sebut nama selain Allah (Surah Al-Kahfi ayat terakhir). Semoga anda juga mendapat hidayah.

Razman MM said...

sila klik http://jutawanklik.com?a_aid=ee9885e3 dan anggap ini sedekah aku kat korang di sempena bulan ramadhan ini. Harap dapat membantu korang memantapkan ekonomi masing2. Good luck.

Doakan aku jadi jutawan dulu k.. TQ.

Anonymous said...

Saya br je jumpe blog nih....ia ada input yg baik....ok la...bg aku yg mls nak baca buku2 keinsafan nih...mmg terasa nak khatam Quran tp ble bace entry ni rase cam x gune je bace nak khatam tp x tau sepatah haram pun maksudnya.....aku tepikir-pikir wajar ke aku baca tp aku x paham maksud...klu aku x baca langsung lg teruk....mcm mane...aku kene bace slow2...tapsir ada tp x baca pun yg bahasa melayu...ni lah realiti....

hamba Allah said...

Alhamdulillah ;)

pelik said...

Aku solat seperti yg Alah minta dimana xboleh sebut nama selain Allah (Surah Al-Kahfi ayat terakhir). Semoga anda juga mendapat hidayah.

to anonymous:
boleh kau terangkan? kalau kau x sebut selain nama Allah, kau tak pernah berselawat dalam solat?

Anonymous said...

yolah en hamka ni suka sgt perli parti yg lebih nampak ikhlas nak mendokong islam. jangan tengok pada ahli yg mu rasa kureng bro, tengok sama dasar yang diperjuangkan.. anyway aku harap mu tetap pangkah bule bg ganu kite dpt smula kat ulamak..

Anonymous said...

betullah bro, memang ramai melayu kita yg tak faham pun makna alfatihah yg dibaca selalu dlm solatnya.. moga2 ramai yg mendapat hidayah utk terus memperbaiki diri dan berusaha memahami alfurqon dan ada niat untuk melaksanakan hukumnya di bumi bertuah ini..

Anonymous said...

good info, klik tengok..

hamka said...

ok, nampaknya komen korang semua berada di zon selamat..

maka dengan itu, aku ucapkan selamat mencari laila nasi kandar, eh silap, lailatul qadar..

Anonymous said...

reply to pelik,

menurut al-quran, solat tu adalah hadiah Allah ketika nabi ibrahim memohon supaya diberi satu amal yg membolehkan manusia mengingati Allah. Allah telah mengajarkan cara bersembhyg kepada nabi ibrahim dan nabi ibrahim adalah org muslim yg pertama disebut didlm al-quran. Didlm al-quran, Allah berfirman apabila kita sembhyg hendaklah memperdengarkan bacaan dan sembhyg kita hanya untuk mengingati Allah, pencipta kita. Jadi, knp nak selawat2 yang didlmnya disebut nama2 makhluk (pengaruh hadis). Bukankah kita hendak Islam, dimana Islam itu ialah apabila Allah redha baru kita buleh Islam. Nak dpt Allah redha, buat le apa yg Allah suruh bukan pendapat org ttg apa yg Allah minta. Semoga dapat menjadi hamba Allah yang hidup dan mati di jalan Allah.

hamka said...

eh, ada komen yang tak berada pada zon selamat.. aku pulak selalu terabai komen dari mereka yang tak letak nama...

so, anonymous? apa hujah kau? email aku..

Anonymous said...

Saudara Hamka,

Bukan ke saudara yg menggalakkan supaya membaca al-quran dan memahami maksudnya? Jadi bila kita memahami al-quran dan kita beriman dengan al-quran, baru le kita mengikut rukun iman. Tak begitu? Jadi, kalau komen saya ni x betul, baik semua org hentikan je lah baca al-quran tu, supaya x yah susah2 nak tahu apa yg Allah nak dari kita. Sekadar berkongsi.

Encik Yamin said...

Semoga Allah beri kita taufik dan hidayah supaya kita sntiasa dapat membaca Al-Quran, faham maknanya dan beramal dengan ajarannya. Wohhoho... Bahaya En. Anonymous ni... dh macam menolak hadis. Apa yang saya faham, al-quran ini adalah ibarat peta. dan hadis ini adalah panduan bagaimana kita nak baca peta tersebut. jadi, kalau kita baca peta tanpa panduan, kemana perginya kita? Fikirkanlah.. selamat beramal.. Wallahua'lam..

Anonymous said...

Pak Lang,

Kebanyakan manusia akan melenting bila kita kata kita tolak hadis. Tapi dia x melenting bila kata kita tolak al-quran. Buktinya, Allah minta kita esakan Allah, tapi hadis menduakan Allah, ngucap dua kalimah bukan menduakan ke tu? Allah x sebut pon ada azab kubor, hadis yg mengada2kan semua tu.. Hadis ditulis lepas zaman nabi kira2 150-200 tahun lepas nabi wafat. Kenapa zaman nabi xde hadis, sebab nabi x benarkan tulis hadis la.. suh ikut al-quran jer. Selalunya hadis akan bermula dgn sabda rasullullah.. x sebut pon dari nabi muhammad.. dan x logik bila hadis mula ngan rasulullah dikatakan dari nabi muhammad. Buktinya.. rasulullah bermaksud pesuruh Allah.. jadi masa hadis ditulis tu nabi dah wafat.. kalau nabi dah wafat cmner nak jadi pesuruh lagi.. org dah mati Allah x leh suruh lg la.. org yg masih hidup buleh le jadi pesuruh Allah.
Harap diberi hidayah.

konfious said...

"Allah minta kita esakan Allah, tapi hadis menduakan Allah?? ngucap dua kalimah bukan menduakan ke tu?? Allah x sebut pon ada azab kubor?? hadis yg mengada2kan semua tu.??"... fuhuhuhuhu.... bahaya bahaya.. memang Anonymous berada di zon yg merbahaya. boleh buat umat konfious.. konfious.. smpi aku pun dh nk terkonfious kata2 kau la Anonymous..

charisteas86 said...

wahai anonymous sekalian..
aku berpesan pd diri aku dan sekalian..
janganlah bersangka buruk dgn AMIR,bermakna kamu bersangka buruk dengan RASUL,bermakna juga bersangka buruk dengan ALLAH..dan janganlah kamu menjadi seperti kaum BANI ISRAEL..jdlah seperti sahabat2.."KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT"..eh pe aku cakap ni..kecepek!!!!!....woha!!!!!

Encik Yamin said...

Ya Allah, berilah taufik dan hidayah kepada hamba2Mu ini ya Allah..

Kepada SEMUA dan En. anonymous, saya cadangkan eloklah berjumpa dan bertanya dengan ustaz2 yang mahir di dalam selok belok agama untuk persoalan ini dan yang yang lain2 yang tidak di fahami. Apa yang saya faham di sini, perbincangan ni boleh membawa kekeliruan kepada semua orang. Al Quran bukanlah boleh difahami dengan sendiri. Banyak maksud2 yang mungkin agak terselindung yang kurang difahami oleh umat seperti kita. Jadi, ada baiknya perkara yang tidak di fahami ini di rujuk kepada orang2 yang pakar di dalam bidang ini iaitu ustaz2. Wallahua'lam..

Anonymous said...

Pak Lang,

Saya ini hamba Allah. Tugas hamba Allah ialah mengajak manusia ke agama Allah (Islam) dan menerangkan ayat2 Allah (Al-Quran) dengan jelas. Sesiapa yg beriman kepada Allah, nescaya Allah beri nikmat iman dan Islam kepadanya. Sesiapa yang mendustakan ayat2 Allah sedang al-quran itu ada bersamanya, maka bersaksilah bahawa saya berserah diri kepada Allah dan tugas saya hanya menyampaikan. Sekiranya kita ini beragama hindu, dan saya menbaca kitab yg menunjuk kepada kebenaran, apakah Pak Lang suh saya refer kat sami2 di kuil tu? (Misalan) Bacalah al-quran yg didlmnya Allah menunjukkan jalan yg lurus.

NasirPenang said...

Anonymous
Kalau awak suka begitu ikutlah...tapi jangan buat org lain konfius.....pi sembahyang minta Allah tunjukkan kebenaran....ingat ada 72 golongan....yang selamat hanya 1 golongan....jadi saya tak terkejut dengan kata2 anonymous....jadi anonymous awak tak payahlah nak buat pelik2 kat sini......golongan macam ni dah banyak sekarang...suka memecahbelahkan umat......semoga Allah berikan hidayah kepada semua orang

van qif said...

hamka
ko dah berapa kali khatam makna alquraan..atas kelemahan aku...baru sekali aku khatam makna quraan..itu pun ambil masa dua tahun lebih

chemet said...

to anonymous:
Hadis ditulis lepas zaman nabi kira2 150-200 tahun lepas nabi wafat. Kenapa zaman nabi xde hadis, sebab nabi x benarkan tulis hadis la..

bukan ke quran pun dibukukan lepas nabi wafat?

Norashikin Abdullah said...

ramadhan kareem bro hamka..
bro hamka pi bazar x bulan2 posa nih??
bnyak x bro beli??

kirasan said...

dgn islam.....kita muslim
dgn iman .....kita mukmim
dgn ihsan ....kita muhsin
alhamdulillah wa shukrillah, segala nya kurnian Allah, atas kemurahan Nya.

HAMBA ALLAH said...

Buat Anonymous2 sekalian...
Aku rasa perbincangan di atas mmg berada di zon merbahaya... mempersoalkan kedudukan hadis dan dua kalimah syahadah adalah perkara yang sangat besar dalam Islam... aku yang x dek ilmu sangat ni jd risau dgn perbincgn yg silap hari bulan boleh terpesong jugak aku rasa...ni saya nak berkongsi beberapa Ayat dalam Al-Quran tentang NAbi Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W....

Ali Imran: 31 (sila rujuk tapsir)
Katakanlah : "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutlah aku( Rasulullah SAW) nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu" Allah Maha Pengampun lagi MAha Penyayang.

Al-Ahzab : 21
Sesungguhnya adalah pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu, iaitu orang yang mengharapkan rahmat Allah dan dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak mengingati Allah.

yang saya faham mengesakan Allah adalah dari segi konsep ketuhanan maksudnya tiada 'Tuhan' Selain Allah
manakala dalam dua kalimah syahadah tu membawa maksud 'Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu Pesuruh Allah'..
'Muhammad itu pesuruh Allah'bukanlah dari segi konsep ketuhanan tetapi Pesuruh Allah yang mengajak dan menyuruh manusia itu menyembah Allah sahaja... tidak timbul isu menduakan dan sebagainya.....
dan satu lagi komentar di sini mengenai kata 'baik semua org hentikan je lah baca al-quran tu, supaya x yah susah2 nak tahu apa yg Allah nak dari kita. Sekadar berkongsi'
komen saya abis yang ko makan tiap-tiap hari, hidup udara setiap hari tu bukanke semuanya datang dari Allah ke....banyak cantik muke ko ko x nak baca Quran sbb x nak tau apa Allah nak dari kita.... sekali Allah sumbat hidung ko n x dapat nak bernafas masa tu mesti ko ingat kat Allah minta pada Allah bagilah aku bernafas... kita kene ingat segala yang kita ada, guna dan pakai adalah semua nya dari Allah, kita ni sebagai hambanya perlu bersyukur dan mengikut perintah Allah dan mengkaji kebesaranNya.... Semoga Allah mengampuni dosa aku dan kita semua.... Ya Allah bersyukur dengan segala rahmat dan nikmat MU... Ampuni daku Ya Allah....
aku sekadar berkongsi....

Anonymous said...

Buat Hamba Allah,

Allah melarang org yg jadi saksi pada pesuruhnya dan melabel mereka sebagai penipu. Surah al-munafiqoon. Kalau baca tafsir, baca satu2 ayat dan jgn baca yg dlm kurungan. Baru faham maksud yg Allah nak sampaikan. Cmner ngaku hamba Allah kalau maksud rasul allah pon x faham? Perhatikan ayat2 Allah, rasul x bermakna ianya nabi muhammad, ianya merujuk pada pesuruh2 Allah iaitu org yg masih hidup, yg beriman dan disuruh dia menegakkan agama allah. Tafsir biasanya asal ada sebut rasul je, dia letak dlm kurungan (muhammad). Korang cari dlm al-quran kalau ada kata nabi muhammad tu buta huruf? Manusia yg percaya hadis je yg kata cmtu, sebab nk halalkan hadis yg diorg cipta utk sesatkan manusia dr jln allah.
- Hamba Allah yang berjuang di jln Allah, meskipun org2 musyrik itu benci.

hamka said...
This comment has been removed by the author.
hamka said...

Anonymous

Kalau kau pandai dan rasa betul, kau email aku, tulis hujah kau biar terang.., tak payah nak berdebat kat sini.. tak ada nama dan emosi, email.., bagi nama kau, tempat tinggal dan siapa tuk guru, berani sikit dengan kebenaran..

Nanti aku tulis entry khas pasal email kau. Itupun jika aku rasa perlu..

InsyAllah..

------------
Pak Lang Biotik

Eh, bukan bionik ke?

----------
van qif

lebih satu juzuk dari kau.., senang nanti menjadi semangat korang semua

----------
Norashikin Abdullah

Aku cuba elakkan diri dari pergi ke bazaar ramadhan, jadi tak beli, boleh tolong kirim tak, aku nak akok keduk

-----------
shakira

: )

mohd shazli mohd zaini said...

salam,

dear bro Hamka,

i came across you blog from my bro studying in Japan, and i really love it!

it's simple, informative and yet straight to the point. and quite funny sometimes.

i wish you all the best in the future and keep writing these kind of brilliant articles! =)

and may Allah bless all of us for this Ramadhan.

best wishes.
shazli
leeds,uk

kirasan said...

saya tak reti sangat baca al-quran ni tetapi boleh la baca tak la banyak sangat.Kadang-kadang saya baca al-quran surah al waqiah.

kirasan said...

Salam saya nak puasa penuh bulan ni kalau saya dapat alhamdulillah kerana allah saya berpuasa pada tahun ni..

kirasan said...

Saya nak ucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada uamat islam seluruh negara...

pengembara said...

Sebagaimananya Nabi Muhammad Shallallahu alaihiwassallam Penghulu segala rasul dan penghulu anak cucu adam, begitu jugak Al Quran, penghulu segala kitab...

Zairihan Abdul Halim said...

Salam...Syukran di atas peringatan ini. Sebenarnya ramai di antara kita orang Melayu yang misunderstanding di antara TAFSIR dan TERJEMAHAN. Adapun tafsir itu ialah perincian bagi setiap ayat al-Quran seperti kitab Tafsir pimpinan al-Rahman. Manakala terjemahannya itu bermaksud alih bahasa, dari bahasa Arab ke bahasa Melayu. Saya bersetuju dengan En.Hamka bahawa umat pada hari ini kebanyakan mendengar al-Quran hanya sebagai halwa telinga, dengan tarannum Bayati, Rast, Nahawand dan sebagainya tapi tidak mengambil iktibar tentang apa yang didengari kerana tidak faham dan tidak berusaha untuk memahami. Ada hadith yang menyebut tentang hal ini yang berlaku pada umat akhir zaman tapi saya tak pasti susunan ayatnya macam mana. Kang main letak je jadi fitnah plak ke atas hadis Rasulullah...Apa-apa pun qiraatul Quran bukan untuk bulan Ramadan sahaja, tetapi Ramadan sebagai titik permulaan untuk kita perbaharui iman dan tingkatkan amal untuk bekalan selepas jadi mayat. InsyaAllah...Wallahua'lam.

hamka said...

setuju!

Anonymous said...

Salam

suke betul topik ni(",)

"Al quran ada ‘bahasa’ atau senang cakap, ada makna yang hendak disampaikan, ada perintah Allah, ada larangan Allah, ada ramalan dalam sejarah, ada sejarah dalam ramalan, ada sajak dalam cerita, ada cerita dalam sajak, ada harapan, dan ada kemanisan.. faham?"

best!!(",)

P.S

shikin said...

terima kasih..moga dirahmati Allah