Aug 27, 2009

Apa itu Fidyah?

(sesiapa yang meninggalkan puasa dengan sengaja, walaupun dia mengganti seumur hidupnya, tidak dapat ia menebus keberkatannya…)

Fidyah adalah denda yang dikenakan kepada korang yang meninggalkan puasa pada tahun lepas atau 10 tahun lepas atas sebab sebab yang patut tapi dek kerana cuai atau tak sengaja, sekali.. pejam celik masa berlalu, sedar sedar korang sudah tiba di halaman Ramadhan tahun ini…

“Alamak!?, tahun lepas puasa tak ganti lagi, dah tiba pulak puasa tahun ni, nak buat camne ni abang Hamka?”

Ikutkan hati aku, nak sajer aku lempang mereka mereka yang melengah-lengahkan ganti puasa ni.., Tapi takpe,.. dah korang mengaku tak sengaja, atau terpaksa, yang buat korang kena tinggalkan puasa, dengan alasan menyusu anak, hamil, sakit atau sudah tua, jadi sekarang, korang kenalah bayar fidyah kepada Pusat Kutipan Zakat mengikut bilangan hari yang korang tinggalkan, dan walaupun korang dah bayar, puasa yang korang tinggalkan itu tetap nak kena ganti dan jangan cuba nak tambah dengan qadha puasa tahun ni, aku pijak perut korang tu karang..

Maka nak dijadikan cerita, sehari sebelum ramadhan baru baru ni, ada hamba Allah yang tertinggal puasa tahun lepas mintak tolong jasa baik aku yang murni ini agar tolong bayarkan fidyah untuk dia sebab beliau perasan sibuk, (dan malu) ok, biar aku yang tak malu ni tolong bayarkan, tapi kau kena bagi duit banyak sikit, sebab aku tak tahu berapa kadar bayaran untuk setiap puasa yang kau dah tinggal tu..

Dia pun bagilah aku seratus dua sebagai nilai pendahaluan dan jika tak cukup kelak, aku kena tambah pakai duit aku dulu dan bayar kemudian, (hampeh) tapi takpe, sebab aku sedang belajar gaya pulang ke pangkal jalan, serta belajar juga ilmu menjadi lelaki beriman di akhir zaman, ok, aku setuju tolong bayarkan fidyah untuk dia pakai duit dia dulu yang jika tak cukup tambah duit aku ganti kemudian, ,maka.., melangkahlah aku bersama duit dan harapannya menuju ke Pusat kutipan Zakat di sebuah daerah di Malaysia..

Korang jangan tak percaya, masih banyak lagi tempat tempat yang lengang dan lapang dalam dunia ni selain masjid, dan itulah yang aku lihat dalam pejabat kutipan zakat dan fidyah ini, lengang takde orang, malahan kerusi pegawai kaunter jugak kosong dan lengang..

Aku terus menuju mesin tiket, tekan satu butang, keluar nombor giliran berserta bunyi ding dong, dan sejurus juga dari belakang pintu kaunter, terpancullah seorang pemuda berbaju kemeja kemas tanpa misai dan janggut…

“Assalamuialkum, boleh saya Bantu”

Sopan pemuda tanpa misai dan janggut ni, lalu kami duduk dan aku pun nyatakanlah tujuan aku untuk bayar fidyah puasa tahun lepas(baca: wakil)

Sedang asyik pemuda sopan tanpa misai dan janggut betulkan kerusi serta keluarkan fail dari dalam meja, aku mulakan pertanyaan tentang ke mana duit fidyah ini akan disalurkan?

Maka jawab pemuda sopan tanpa misai dan janggut tu, duit tu akan digunakan untuk bayar kepada fakir miskin dan orang susah yang memerlukan bantuan..

Pling! Datang idea dalam kepala aku, apa kata aku cari sendiri fakir miskin dan bagi duit fidyah terus kepada mereka, aku rasa dari segi hokum tak salah, tapi tak tahulah undang undang ugama islam Malaysia boleh bagi ke tak..

Pada mulanya, pemuda sopan tanpa misai dan janggut tu tak beberapa setuju dan takut jika aku terbahagi wang tu kepada mereka yang tak fakir lalu beliau sungguh sungguh menerangkan ciri ciri orang fakir supaya aku tak tersalah.., sedang aku sebenarnya terkenang pada sorang kawan aku yang kena tipu bulan lepas oleh kawan rapatnya sendiri, sekarang, dah jadi muflis, hutang keliling pinggang, hutang alongpun ada..

Bila aku cerita niat aku pulak, pemuda sopan tanpa misai dan janggut tu tak setuju jika aku agihkan wang tu pada kawan aku yang muflis tu, sebab kawan aku tu ada kerja, dan tak lapar, Cuma hutang banyak sahaja, sama macam orang lain yang berhutang, beliau bukan fakir dan sebagainya.., lalu aku menguatkan hujjah aku bahawa kawan aku tu fakir sebab terpaksa berhutang untuk makan, kereta kena tarik, rumah nak kena jual bla bla bla, itu ini begitu begini..

Akhirnya pemuda sopan tanpa misai dan janggut tu akur dan setuju dengan niat aku setelah mendengar panjang lebar hujah dari penulis blog keretamayat, siap tumbuk meja lagi aku hari tu! ha ha, aku berjaya jugak yakinkan beliau akhirnya walaupun beliau tak ada janggut macam aku, ha ha!

Ok, sekarang saya dah nak balik, saya nak bagi wang ni kepada kawan saya tu, saya nak tolong dia, err, sebelum saya balik, boleh tak saudara tolong kira berapa jumlah fidyah yang patut saya bayar (baca: wakil) supaya saya tak terlebih pulak nanti bagi kat kawan saya yang susah tu..

Pemuda sopan tanpa misai dan janggut tersenyum lalu keluarkan kalkulator dan tanya,

“Berapa hari puasa yang tinggal tu?”

Aku pun menyatakan bilangan hari yang tak puasa tu sambil melihat matanya, tapi mata beliau sedang melihat paparan kalkulator dan jari jari sedang menari di butang kalkulator..

Tiba tiba aku bertukar niat, dari nak bantu kawan aku, aku ubah kepada biarlah aku bayar wang yang di wakilkan ini kepada pusat zakat, biar mereka uruskan, biar mereka cari fakir miskin, tugas aku cukup sampai sini, lagipun mana tahu jika betul dari segi hukum kawan aku yang susah tu tak jatuh dalam katogori fakir sebab sendiri cari pasal, tak kena menjawab aku depan Allah? maka sebagai langkah keselamatan dalam urusan akhirat, aku keluarkan duit dan bayar kepada Pusat Kutipan Zakat…

Lagipun, 1 hari tak puasa kena bayar fidyah bersamaan satu atau dua mud beras, atau bersamaan 1 cupak beras, jadi tinggal 3 hari bersamaan 3 cupak dan mengikut kadar harga beras semasa, aku kena bayar sebanyak RM 3.30 sen.(baca: wakil!!)

Aku pun bayar dan beredar dari Pusat Kutipan Zakat dengan jayanya.

Ps: Kawan, duit fidyah yang aku niat nak tolong kau, aku tak jadi nak bagi, setakat RM 3 ringgit, bukak puasa pun tak lepas…

Aug 21, 2009

Dah Khatam Al Quran?

(Pulut kuning makan bersama gulai ikan tongkol memang sedap, oh tak lupa juga, telor rebus…)

Setiap mereka yang ingin belajar menjadi pengkritik filem, maka mereka kena belajar satu seni dalam dunia layar putih, iaitu seni ‘bahasa’ filem yang mana melalui ‘bahasa filem’, maka kebijaksanaan pengarah bersama kru-krunyanya akan teruji, dan mungkin menjadi terpuji atau terkeji melalui peluang yang dipersembahkan dalam masa yang diperuntukkan untuk satu satu filem..

Baik, Siapa yang baca blog aku tapi tak tahu bahasa filem?, sila angkat tangan!

Ok, jatuhkan tangan korang, sebab tak tahu bahasa filem tidaklah menjadi satu dosa, cuma bila korang kritik filem tanpa ilmu ‘bahasa filem’, maka kebodohan korang akan terserlah..

Arghh, Lupakan intro dalam bentuk hiburan pada bulan puasa sebegini, sekarang aku bukan nak cerita tentang ‘bahasa’ filem, tapi aku nak cerita tentang ‘bahasa’ Al quran..

Aku banyak baca cerita kisah orang kafir yang masuk islam adalah asbab dari keinginan mereka ‘membaca’ Al quran, dan aku percaya juga bahawa kisah bekas orang islam yang murtad pula adalah asbab dari tidak ‘membaca’ Al –quran…

Dan disinilah kesilapan ummat islam melayu bermula…(baca: melayu)

Ramai kawan-kawan aku, yang mengaku berjuang dalam perjuangan menegakkan panji islam, tapi bila di tanya, korang dah habis baca Al quran?, jawab mereka:

“Dah.., setiap bulan puasa khatam satu Al quran, masa kecik dulu dah khatam dan orang kampong buat jamuan pulut kuning yang di makan bersama gulai ikan tongkol..”

Ok, betul jawapan tu, tapi yang aku nak tanya, dah habis ke belum baca Tafsir Al quran?

Maka jawapan yang aku terima merebak sepantas H1N1, hampir semua orang yang aku tanya secara spontan mengaku tidak habis baca tafsir Al quran, malahan yang lebih teruk, tak pernah berniat untuk baca semua tafsir Al Quran,

Apa!? Tak pernah berniat baca semua tafsir Al quran! Habis apa kejadahnya kamu berjuang selama ini?

Lepas tu pulak, kalau ada yang bacapun sekadar yang berkenaan dengan agenda masing masing atau atas kepentingan politik, contoh yang mereka selalu baca tafsir adalah ayat Al quran berkenaan hokum hudud, atau ayat tak tutup aurat sebab isteri PM tak tutup aurat, juga ayat makan rasuah, atau ayat poligami, dan sebagainya, tapi 6000 lagi ayat lain seperti bab solat jemaah, dakwah, iktikaf serta banyak lagi tak pernah pulak nak di baca tafsirnya malahan berniat untuk baca pun takde..

Tak ke hampeh?!, pangkat kata pergi, kubur kata mari, dan konon korang nak belajar sampai liang lahad.., tapi seumur hidup sebagai orang islam, tak habis lagi baca tafsir Al quran…

Ok, aku maafkan korang, sebab aku pun masih belajar dan yang pernah bacapun banyak yang dah lupa, dan sebab korang dah mengaku perasan sibuk sampai tak sempat baca tafsir Al Quran, atau Korang mengaku miskin tak mampu nak beli tafsir Al quran yang berjilid-jilid…, Maka aku kurangkan lagi ‘kuasa berlawan’ aku, atau aku rendahkan lagi standard soalan aku sebab soalan tu tak sesuai di tanya pada orang melayu sama macam soalan “bila nak berbini dua?’” arghh, dan itu cerita lain..

Sambung balik, aku pun tanya lagi sekali akan soalan yang lebih rendah standardnya kepada mereka mereka yang mengaku berjuang dalam perjuangan menegakkan panji islam, sekarang aku nak tanya:

Seumur hidup ni, korang dah habis ke belum baca makna Al quran?,

Makna dalam bahasa melayu, bukan tafsir!

Lantas sekali lagi, jawapan yang aku terima merebak sepantas selsema babi H1N1, yang mana hampir semua orang yang aku tanya secara spontan mengaku tidak habis lagi baca makna Al quran, malahan yang lebih teruk, tak pernah berniat untuk baca semua makna Al Quran,

Apa!? Tak pernah berniat baca semua makna Al quran! Habis apa kejadahnya kamu berjuang selama ini? (korang jangan tipu pada bulan puasa, korangpun sama!)

“kena baca semua makna ke Hamka?”

Ni soalan yang paling hampeh dari seorang yang dah khatam Al quran setelah mendapat nikmat nasi pulut kuning bergulaikan ikan tongkol, sebab tulah aku sebut pasal bahasa filem tadi, kerana Al quran itu ada “bahasa” yang lebih tinggi dari mana mana bahasa yang nyata (cth: Bahasa English) dan yang tak nyata(bahasa filem)..

Al quran ada ‘bahasa’ atau senang cakap, ada makna yang hendak disampaikan, ada perintah Allah, ada larangan Allah, ada ramalan dalam sejarah, ada sejarah dalam ramalan, ada sajak dalam cerita, ada cerita dalam sajak, ada harapan, dan ada kemanisan.. faham?

Dan hari ni korang dah mengaku bahawa selama ni korang hidup dalam ugama islam, korang tak habis lagi baca MAKNA Al quran? Walaupun untuk satu juzuk?

Korang ingat Al quran tu macam lagu Hindustan ke? Sedap di telinga tapi tak tahu makna walau sepatah haram?

Lepas tu pulak, korang baca sambil menangis-nangis sebab tajwid berlagu yang mendayu dayu, bukan sebab makna yang Allah nak sampaikan.., sama macam korang menangis menyanyi lagu ‘kuch kuch hotai hai, dil to pagal hei atau dilwana dulhaniya la a ya jangge?”

Lepas tu lagi korang perasan bagus sebab dah khatam Al quran, tapi maknanya korang tak nak ambik tahu, maka jadilah korang seorang islam yang hanya pandai baca lafaz Al quran, penuh takwid dah makraj tapi bila azan berkumandang, korang selamba solat lengah lengah macam takde apa apa yang berlaku.. (cukup satu contoh)

Itu yang ada hadith cerita kisah orang yang awal masuk neraka adalah mereka yang baca Al quran pandai tapi sebab perasan bagus dan suka orang panggil dia sebagai Qari, maka masuklah dia ke dalam neraka…

Ada banyak lagi hadith tapi korang carilah sendiri…

Maka sebagai jalan penyelesaian, sempena bulan puasa Al Mubarak ini, korang belilah tafsir Al quran, murah jer, tak sampai RM50, dan hari ni jugak baca bahasa melayu akan makna dalam juzuk pertama, baca dan hayati, malam karang, dah tentu imam tarawikh akan baca surah Al baqarah, maka waktu ni korang recall balik apa yang korang baca tadi, masa ni eloklah korang menangis sebab sedikit sebanyak korang dah tahu makna…

Esok, baca lagi satu juzuk, bahasa melayu punya, dan malam esok pun sama, pergi solat tarawikh dan menangis bersama dosa dan air mata…

Dan insyAllah, habis bulan puasa tahun ni, dapatlah korang khatam 30 juzuk baca makna, dan 30 juzuk mendengar imam membaca lafaz dalam tarawikh dan sebagai tambahan di malam hari dan waktu yang lain, baca jugak dalam bahasa arab kerana pahala lebih besar…

Boleh InsyAllah?

“tapi kita nak baca tafsir makna Al Quran, kita kena berguru, jika tak kita akan berguru dengan syaitan”

Ni satu lagi bodoh punya bangang? Aku bukan suruh korang tafsir Al quran, aku suruh korang baca makna sahaja, baca dan fikir apa kehendak Allah pada diri kau, dan jika kau takut berguru dengan syaitan, ha! Elok sangatlah, sebab bulan puasa semua tok guru syaitan dah di ikat, dah! Dari korang habiskan berataus ringgit beli baju baru, baik korang beli tafsir Al quran, tak sampai RM50..

Ok, sampai sini sahaja, maaf tekasar bahasa, Semoga aku sendiri dapat amal apa yang aku sampaikan, akupun tak pandai bahasa arab, masih belajar.., dan ketahuilah, Yusof islam masuk islam dan beribu lagi kisah orang kafir masuk islam adalah asbab membaca makna dalam bahasa masing masing.., tapi kita yang dah islam, umur 25 tahun masih belum khatam baca makna Al quran, apa kes?

Itu aku tanya yang dah khatam Al quran, cuba aku tanya yang tak khatam pulak tak tahulah aku apa nak jadi, entah-entah makna surah Al fatihah pun tak tahu, tapi makna lagu ‘Beat it’ nyanyian arwah Micheal Jakson tahu pulak, aku “beat it” sekali baru korang tahu, eh, melawan pulak?! Just Beat It, Beat It, Beat It, Beat It.., cheh menyanyilah pulak..!

(Dari jauh kelihatan driver keretamayat sedang menari tarian breakdance ala ala Micheal jakson-beat it- abaikan dia)

Ps: Beli baju baru seratus dua ratus ringgit tak rasa mahal, tapi beli Tafsir Al quran rasa berat jer poket, ada syaitan terlepas ke?

Aug 12, 2009

Apa itu Black Hole?

(Antara Takwa dan Fatwa ada Black Hole)

Katakan pada suatu hari, semua manusia dalam dunia ni berkumpul di satu padang yang besar, sehingga membentuk satu Ijtimak atau Muktamar yang paling besar dalam sejarah manusia pernah di adakan seumpama dengannya, dan maksud perhimpunan itu adalah tak lain tak bukan, hanya dengan satu tujuan sahaja, iaitu untuk menunjukkan taat setia pada Allah…,

Lalu, apa akan jadi?

Maka sedikitpun, darjat Allah tak akan bertambah naik atau kebesaran Allah akan bertambah hebat kononnya dek kerana korang dah insaf, kerana secara hakikat, Allah sudah berada pada darjat yang paling tinggi dan tiada yang tinggi lagi, sama ada korang sembah atau derhaka pada Allah, Allah tetap Maha Hebat , dulu kini dan selamanya.. kita semua kena faham tu!

Ok, aku bagi contoh lain pulak, katakan pada suatu hari, semua raksasa berkumpul untuk mengadakan sebuah perhimpunan raksasa yang paling besar, err, maksud aku, perhimpunan seluruh manusia sehingga mampu membentuk sebuah pakatan rakyat yang besar, atau membentuk sebuah kerajaan persekutuan yang baru, atau apa sahaja nama lantak koranglah nak taruk, dan maksud perhimpunan itu adalah untuk menunjukkan kepada Allah, bahawa semua pakatan rakyat atau kerajaan persekutuan tadi (atau apa apa saja nama kumpulan korang nak taruk, lantaklah,) lalu berkumpulnya mereka semua dengan satu tujuan yang lain pulak, iaitu untuk Derhaka pada Allah…

Lalu, apa akan jadi?

Maka sedikitpun, darjat Allah tidak akan bertambah turun atau kebesaran Allah akan bertambah lemah kononnya dek kerana korang yang pakat-pakat mendehaka, kerana secara hakikat, Allah tidak perlu langsung kepada sebarang sekutu untuk menjadi bertambah kuat dan sesungguhnya, tiada satupun sekutu yang mampu mudaratkan Allah, langsung tak boleh!! Ketahuilah, tiada satupun yang setara dengaNya! Allah sudah berada pada darjat yang paling tinggi dan tiada yang tinggi lagi, sama ada korang sembah atau derhaka pada Allah, Allah tetap Maha Hebat , dulu kini dan selamanya.. korang dan aku kena faham tu!

Ok, sekarang, aku nak bagi lebih gempak, bagaimana jika perhimpunan raksasa tadi yang korang nak namakan sebagai pakatan rakyat atau kerajaaan persekutuan atau apa sahaja nama lantak koranglah nak taruk, maka apa kata jika perhimpunan itu tadi juga disertai oleh semua bangsa jin dengan tujuan yang sama, iaitu untuk derhaka pada Allah, maka apa akan jadi?

Ok, tak cukup lagi, apa kata jika semua bintanang juga di beri akal dan turut sama dalam perhimpunan itu, lalu apa akan berlaku?

Tak cukup lagi?, aku tambah pulak dengan semua malaikat dari tujuh langit juga terut berkumpul sama manusia dan jin lalu membentuk satu pakatan yang paling besar dalam sejarah cakerawala, dengan tujuan yang sama, iaitu untuk derhaka pada Allah, maka apa akan jadi?

Oh lupa, makluk yang dah lama derhaka pada Allah tak kan tak joint pulak, maka semua iblis dan syaitan juga terut sama hadir bagi menjayakan rangcangan derhaka pada Allah secara besar-besaran..

Sekarang, apa yang akan Allah buat?

Tak payah jawab, mana boleh bercakap waktu khutbah?, habis batal pahala jummaat karang..

Straight to the point, Korang pernah dengar tak kisah seorang Nabi yang dapat berdialog dengan Allah?, lalu tanya soalan macam macam yang dah aku tulis dalam entry “Tanya sama tuhan”.

Baik, ada satu soalan tercicir yang lupa aku nak tulis hari tu jadi aku tulis hari ni,

Soalannya adalah berbunyi begini lebih kurang:-

Wahai Allah, Seandainya semua makhluk ciptaanMu derhaka terdapapMu, iaitu JIbrail, Mikail dan semua malaikat derhaka padaMu, termasuk semua manusia dan jin, termasuk matahari dan alam, apakah yang Kamu akan buat wahai Allah?

Maka jawapannya panjang, dan aku cuba ringkaskan, yang mana Allah berfirman lebih kurang maksudnya, ekoran dari peristiwa menderhakanya semua mahkuk Allah, iaitu manusia, jin, syaitan dan makalaikat, termasuk matahari dan alam, maka Allah akan lepaskan satu ekor binatang yang paling besar dalam sejarah cipatan Allah.

Lebih besar dari brontosaurus, lebih besar dari Godzilla, lebih besar dari Cloverfeild, malahan binatang itu jauh lebih besar dari bumi ini!!

Lalu binatang ini akan muncul dan menelan semua manusia, syaitan, iblis dan jin…, oh ye, aku lupa nama binatang ni, tapi nak mudahkan cerita, oleh sebab binatang ni telan semua benda, aku namakan binatang ini dengan nama “ Si Black Hole”…

Baik, sebelum aku cerita kisah Si Black Hole ini dengan lebih detail, aku nak cerita sikit kisah dalam hadith yang aku ingat-ingat lupa yang mana ada menceritakan akan betapa besarnya Malaikat ciptaan Allah, satu sayap malaikat Jibrail sahaja dah mencakup timur dan barat, sedangkan malaikat jibrail ada 99 pasang sayap, itu belum lagi cerita betapa besar Malaikat Mikael yang bagi rezeki, dan betapa besarnya malaikat Israfel yang meniup angin Sangkakala yang mana di ceritakan malaikat Jibrail dan malaikat Mikael boleh masuk dalam serunai Sangkakala, bayangkan betapa besarnya malaikat Irafel, tapi, sebesar besar malaikat ini punya besar, pun di makan juga oleh Si Black Hole tadi.

Lepas tu ada lagi malaikat yang lebih besar dari malaikat israfel, yang mana waktu Sangkakala ditiupkan, habis semua manusia, jin syaitan dan para malaikat mati, tapi ada malaikat yang tak mati dan langsung tak terjejas mendengar tiupan Sangkala, iaitu lapan malaikat yang memikul Arasy Allah, maka malaikat ini hanya akan mati dengan cara di cabut nyawanya oleh malaikat maut satu persatu, bayangkan betapa besarnya depalan malaikat pemikul Arasy ini, tapi, sebesar besar malaikat ini punya besar, pun di makan juga oleh Si Black Hole tadi.

Dan akhir sekali Malaikat Maut, Malaikat yang paling akhir mati dalam alam ini, yang mana beliau akan mencabut nyawanya sendiri yang mana apabila di cabut nyawanya, maka terdengarlah jeritan suara kesakitan Malaikat Maut di seluruh alam yang mana Frekuensi suaranya adalah lebih kuat dari tiupan Sangkakala yang mana seandainya masih ada makhluk yang tidak terjejas dengan tiupan Sangkakala, maka akan mati jua makhluk itu sebaik sahaja mendengar jeritan Malaikat Maut, bayangkan betapa besarnya malaikat Izrael ini, tapi, sebesar besar malaikat ini punya besar, pun di makan juga oleh Si Black Hole tadi.

Dan Si Black hole ini, dengan pepatah melintah patah membujur lalu, maka terus Si Black Hole akan menelan apa sahaja, bumi, bulan, bintang, matahari dan galaksi dan seluruh cakrewala.., dan Si Black Hole ini menelan malakaikat tadi bukan satu persatu wahai tuan tuan dan puan puan sekalian, tapi Si Black Hole ini akan menelan semua malaikat, jin, syatan, iblis, manusia matahari dan alam hanya dengan satu suapan sahaja!!!

SATU SUAPAN SAHAJA!

Maka takutlah kamu wahai manusia akan kehebatan dan kebesaran Allah!!!

Maka Nabi Musapun menjadi bertambah takut kepada Allah setelah mendengar certa itu, lalu Nabi Musa a.s bertanya lagi,

"Bolehkan aku melihat binatang itu?”

Allah menjawab,
“Kamu tidak akan sanggup melihatnya..

Nabi Musa a.s kemudian bertanya lagi,

“Di manakah binantang ini di simpan?"

Allah menjawab,
“Aku pelihara binatang ini di salah satu padang-padang ternakkanKu..”

Maka mengelantarlah Nabi kerana takutkan Allah…

*******

Baik, sekarang aku nak cerita sikit akan perbezaan antara TAKWA dan FATWA.., kita tinggalkan sekejap kisah Si Black Hole itu..

Aku tengok akhir zaman ini, ummat islam ramai yang tahu Fatwa tapi tak ramai yang tahu Takwa..

Tanda orang yang tahu Fatwa tapi tak tahu Takwa.., adalah orang yang perasan bagus, Ajub dan rasa dirinya selamat dari Azab Allah..

Puak puak ni jika sibuk dengan urusan dunia sikit, terus lengahkan solat, lepas tu bila kita nasihat mereka, terus dengan yakinnya akan berhujah dari segi Fatwa, contoh:, solat zohor masih sah jika dibuat jam 3 petangpun, atau kalau lapar makan dulu, tak payah pergi solat jemaah sebab ada hadith itu ini begitu begini..

Bro, betullah apa yang kau cakap dari segi fatwa, tapi jika kau bercakap dari segi takwa, maka kau akan menangis jika terpaksa solat lengah lengah, kau akan solat dengan gementar sebab kau dah tinggal sunnah Nabi.. tapi sebab kau perasan bagus, Ajub dan rasa diri kau selamat dari Azab Allah.. maka selamba kau tinggal solat jemaah tanpa sedih sedikitpun, selamba kau solat lengah-lengah macam solat tu tak sepenting basuh tahi di punggung kau, sebab kau mana pernah lengah lengah basuh tahik lepas berak bukan? Yang mana jika lepas berak air takde, kau akan usaha jugak cari air atau tisu, tapi solat kau selamba lengah dengan alasan badan berpeluh, nak makan, nak tegok TV jap, tak ke bangang?!

Maka, janganlah jadi Mat Fatwa, tapi jadilah hamba ALLAH yang bertakwa, takut dan harap kepada Allah, kalau korang nak tahu, sahabat nabi jika tertinggal takbir pertama bersama imam, dah menangis, tapi korang bukan tertinggal takbir pertama, kalau zohor seratus rakkat, takbir ke 99pun korang tertinggal, tapi masih perasan bagus, Ajub dan rasa diri kau selamat dari Azab Allah.. lalu bagi Fatwa solat jam 4 petangpun sah, tak ke hampeh?

Itu baru bab solat, bab lainpun korang akan selamba meninggalkan sunnah buat bidaah, dan lepas tu berfatwa konon apa yang kau buat tu Allah redha, sedangkan jika kau orang bertakwa, kau akan sedih meninggalkan sunnah nabi dan akan bertaubat atas setiap bidaah yang kau buat..

Bila orang ajak keluar berdakwah, korang akan bagi alasan nak jaga anak bini, atau ada kerja banyak sebab kerjapun ibadat, lalu kau menyindir pulak para pendakwah sebab korang perasan bagus, Ajub dan rasa diri korang selamat dari Azab Allah.. padahal zaman Nabi memang betul ada orang yang tak dapat keluar jalan Allah sebab mak sakit atau ada keuzuran, tapi hati mereka pecah menangis kerana tak dapat bersama nabi, sebab mereka ada takwa, tapi korang yang ada fatwa, selamba tinggalkan kerja dakwah sebab nak jaga isteri kerana ada hadith jaga isteri bla bla bla.., sedangkan jika korang benar benar bertakwa, korang akan menangis takut kepada Allah, dan cari kesalahan diri akan apa sebabnya aku tak terpilih untuk keluar di jalan Allah, bukan perasan bagus, dan rasa selamat dari Azab Allah, lalu layan Astro kat rumah.., tak ke hampeh?

Bila masuk bab couple dan aurat pun sama, korang berhujah bab fatwa, sekarang akhir zaman, itu ini begitu begini, tapi cuba korang berhujjah dengan fatwa, takdenya korang nak rasa aman dari azab Allah, wanita yang terbaik bukan setakat lelaki tak dapat lihat dia (sebab aurat tutup) tapi diapun tak dapat llihat lelaki,.. (sebab menutup pandangannya) faham tak?

Bila masuk bab politik pulak, korang selamba mengumpat atau nak menyedapkan cerita tokok tambah sikit supaya pihak yang satu lagi malu dan maruahnya jatuh, kalau aku tegur kau terus korang akan bagi fatwa, boleh mengumpat pempimpin, boleh kita berstrategi, bla bla bla..

Staretegi kepala hotak kau!, kalau korang orang yang bertakwa, korang akan takut dengan azab Allah, dan korang akan takut dengan setiap patah perkataan yang kau tuturkan, korang akan bertaubat kerana kafirkan orang, tapi yelah, dah kau Mat Fatwa yang perasan bagus dan rasa diri selamat dari Azab Allah.., siapa lagi yang layak nasihat kau?

Aku tahu korang suka majlis Fatwa, seperti berusrah cari ayat quran untuk fatwakan apa yang korang buat itu betul sambil perasan bagus, atau berseminar cari fatwa untuk relevenkan bidaah, atau berdebat atau berceramah cari hujjah yang sesuai dengan nafsu, atau tulis blog kutuk orang sana sini, semua tu best sebab tidak banyak memerlukan pengorbanan…, tapi takwa tidak akan dapat melalui jalan yang mudah..

Untuk dapat Takwa, carilah KEKURANGAN pada amalan yang telah di buat, kekurangan dalam ikhlas, kekurangan dalam tawajjuh kepada Allah, kekurangan dalam kekhusyukkan solat, kekurangan dalam menjaga adab dan Sunnah Nabi SAW…

Sahabatku!

Gembira dan selesa dengan amalan yang telah di buat tanpa meneliti kekurangannya adalah seperti seorang musafir yang berjalan ke suatu tempat, tetapi sebelum sampai ia telah gembira melihat ke belakang semata mata kerana telah jauh berjalan, padahal hakikatnya, perjalanan masih jauh lagi, maka carilah kekurangan dalam amalan yang telah di buat. Fikirkanlah cara untuk membaiki dan mengganti kekurangan amalan agar dapat di sempurnakan pada masa akan datang.., itulah jalan Takwa!

Sibuk dalam suatu kerja sudah tentu akan meninggalkan kesibukkan untuk kerja yang lain. Maksudnya apabila sibuk dalam suatu pekerjaan sudah tentu akan mengabaikan kerja-kerja yang lain. Semakin sibuk seorang dalam sesuatu kerja maka semakin tipis kesempatan untuk buat kerja lain...

Sebagai contoh, Bila korang sibuk kerja cari duit nak bayar hutang kereta dan rumah, maka banyak sunnah Nabi yang terabai, solat jemaah di tinggalkan, masjid jadi kosong, orang maksiat tidak di dakwah, orang jahil ugama tidak di ajar mengenal akhirat.., atau contoh lain, Bila korang sibuk nak tegakkan negara islam, maka banyak juga sunnah Nabi yang terabai, pertama korang dah berjuang guna sistem majoriti, lepas tu maki orang sana sini, jika dulu Nabi pesan alihkan kayu di tangah jalan sebagai tanda selemah lemah iman, tapi sekarang korang dah sesekkan jalan raya sesak sebab banyak buat demontrasi.., dah nyusahkan orang dan peniaga..

Maka untuk itu, Syariat mengajarkan bahawa setelah selesai suatu pekerjaan yang ‘baik’, hendaklah di akhiri dengan istighfar., rahsianya mungkin ketika sedang sibuk dengan suatu kerja maka pada masa itu kita tidak dapat membuat kerja baik yang lain. Ketika hati dan fikiran tertumpu kepada sesuatu pekerjaan maka hak kerja lain tidak lagi dapat di perhatikan. Oleh itu, setiap islam harus beristighfar ketika beramal dan sesudah beramal sebagai kewajipan diri sendiri.

Lepas solapun kita kena beristigfar apatah lagi lepas buat benda yang Nabi tak buat!

Baru datang sifat takwa.., dan bila ada takwa, baru layak buat fatwa, bak kata satu riwayat:- "Ambillah fatwa daripada hati kamu sendiri".

Maka, Hati ini akan jadi mufti yang betul, dan bagi fatwa yang betul, bila mata hati itu terbuka dengan sifat takwa, kerana sifat Nifak dan sifat munafik iaitu ajub dan perasaam aman dari azab Allah, adalah kebutaan pada hati. Bila hati buta, fatwa tidak berguna lagi..oh!

Maka, bertaubatlah dengan penuh perasaan takwa, dan andai kata korang rasa diri tak bersalahpun, masih juga kena beristigfar dalam setiap amalan sunnah kerana masih banyak kekurangan, semua tahu sudah, lalu untuk bidaah, lagi banyak kena beristigfarlah walaupun ‘bidaah hasanah’…

Takutlah Allah, bertakwalah..

Dan tanda korang betul betul takut pada Allah, sampai satu tahap, korang sanggup jika tidak menjadi manusia kerana takutnya hari penghisaban..

Aisyah isteri Nabi kerana takutkan Allah, pernah berkata:


“Alangkah baik sekiranya aku sebatang pokok, maka aku akan sibuk bertasbih dan bebas daripada sebarang penghisaban di akhirat nanti..”


Ada jugak beliau berkata:-


“Alangkah bagusnya jika saya seketul batu,”

“Alangkah baiknya jika saya sehelai daun,”

“Alangkah baiknya jika saya sehelai rumput,”


Hazrat Umar r.a kerana takutkan Allah pula, pernah berkata:


“Alangkah baiknya jika saya sehelai jerami,”

“Alangkah baiknya jika saya tidak di lahirkan oleh ibuku..,!!”


Hazrat Abu Bakar r.a yang telah di jamin shurga, lelaki paling afdal selepas para Nabi a.s, namun kerana takutkan Allah pula pernah berkata:


“Alangkah baiknya jika aku sebatang pokok yang di tebang..”

“Alangkah baiknya jika aku sehelai rumput yang di makan lembu..”

“Alangkah baiknya jika aku sehelai bulu di badan orang Mukmin..”


Pada suatu ketika yang lain, ketika Abu bakar R.A masuk ke kebun dan melihat seekor haiwan sedang duduk, beliau menghela nafas keluhan yang panjang lalu berkata:


“Betapa gembiranya hidupmu wahai binatang, kamu makan dan kamu minum, kamu ke sana ke mari di bawah naungan pokok-pokok, dan di akhirat nanti tiada sebarang penghisabanpun ke atasmu. Alangkah baiknya jika Abu Bakar seperti kamu.."

Nampaknya orang yang bertakwa pada zaman dahulu, kerana takutkan Allah, sanggup menjadi binatang asal sahaja tidak di hisab.., tapi kita hari ni takutkan Allah ada rasa takut sampai tahap nak jadi pokok, daun atau binatang?

Sebaliknya korang hari ni dah jadi binatang bukan sebab takut pada Allah, tapi jadi binatang sebab tak takut pada Allah, apa yang binatang buat, itulah yang korang buat, binatang cari rezeki, korangpun cari rezeki, binatang kahwin korangpun kahwin, binatang tak pergi masjid, korangpun tak pergi masjid, binatang tak puasa, korangpun tak puasa, binatang tak berdakwah, korangpun sama, lepas tu angan angan dapat kuasa macam binatang, nak cegah mungkar macam spiderman, batman, keluangman dan cicakman..,

Tak cukup lagi, korang berdoa pulak nak jadi binatang, mintak panjang umur macam kura kura, boleh hidup sampai 200 tahun!, lepas tu doa nak rezeki banyak macam gajah, kalau boleh nak makan1 tan seharĂ­ macam gajah, lepas tu doa nak rumah besar, pergilah duduk zoo, rumah besar, makan free, ha ha!

Lepas tu pulak belajar ilmu hitam supaya boleh terbang macam burung, boleh berjalan atas air macam labah labah, atau boleh menyelam lama lama macam katak!!

Semua nak jadi binatang!

Tapi kat akhirat tengok kambing A yang tanduk kambing B di bangkitkan dan Allah perintah kambing B yang di tanduk supaya tanduk balik kambing A, lepas tu binatang jadi tanah buat selamanya.., maka waktu tu korang sebagai manusia A yang ‘tanduk’ manusia B di juga bangkitkan, tapi korang bukan kena hisab macam kambing tadi, korang kena azab kaw kawa punya, ada yang selama-lamanya, masa tu baru mintak nak jadi binatang balik, sebab nak jadi tanah macam kambing tadi, mana boleh beb!

Kalau nak jadi binatang, jadilah binatang kerana takutkan Allah, bukan kerana tak takut pada Allah, macam Saidina Abu Bakar Ra yang takut pada Allah sehingga sanggup jika beliau hanya menjadi seekor burung..

Ini bukan soal tak bersyukur, itu bab fatwa, tapi ini soal takwa, apa lagi nak di kata?

Banyak benda aku nak tulis tapi korang faham-fahamlah sendiri, kalau korang rasa korang ada sifat perasan bagus dan rasa diri selamat dari Azab Allah.., maka bertaubatlah, berhenti kafirkan orang, ‘islamkan balik’ mereka yang dah korang kafirkan dengan amar makruf kepada mereka,

Eh?!, apsal pulak aku dah jadi macam mat fatwa pulak, dah berjangkit ke?.., baiklah, apa-apapun, aku bukan baik sangat, masih banyak yang aku kena buat untuk dapat takwa, aku kena istigfar lepas tulis setiap entry.., dan aku kena wujudkan perasaan takut, sehingga satu tahap aku kena cemburu melihat binatang yang hidup bebas tanpa takut hari pembalasan..

Oh, aku cuba takut pada ALLAH, oh, alangkah baiknya jika aku menjadi seperti Si Black Hole yang menelan apa sahaja, tanpa perlu risau hari akhirat, bolehlah aku telah korang semua!

Woha!

Ps: Dari segi Fatwa, tak boleh berkeinginan untuk jadi binatang, tapi dari segi Takwa, itu takpe.., semua dah faham aku rasa, tak faham, cuba tanya 'Si Black Hole', Aum!

(Rasa kenyang semacam pulak, brrrp… (sendawa), istigfar.., kena banyak istigfar..)

Aug 5, 2009

Tak cegah Mungkar itu sesat?

(Tanya sama abang keretamayat err, jawapan dalam bentuk Sains dan metamatik sempena PPSMI yang masih belum dimansuhkan sepenuhnya, err, apa-apalah…)

Soalan dari korang..

Assalamulaikum,

Saudara Hamka keretamayat, baru-baru ni saudara menulis tentang ijtimak Tabligh di Nilai, dan dari tulisan saudara, didapati saudara menyokong mereka atau saudara mungkin ahli persatuan mereka walaupun saudara sering menafikannya. Pada mulanya, saya teringin juga menyertai mereka tetapi dalam banyak ceramah yang saya dengar, Tabligh adalah ‘sesat’ kerana tidak mencegah mungkar, sedangkan Al quran perintah mencegah mungkar, tapi gerakkan tabligh hanya amal makruf sahaja, apa pendapat saudara?

******

Wailaikumusallam.

Aku tak pernah isi borang masuk gerakkan kumpulan ‘tabligh’ atau isi boring Umno dan Pas juga yang semakna dengannya, sebab tu aku menafikan aku adalah ahli-ahli mereka, apa-apapun, merujuk soalan kau, sebenarnya, aku pernah jugak di beri link youtube akan ceramah dari sorang ustaz yang kutuk gerakan dakwah pasal tak mencegah mungkar kononnya.., dan aku telah di suruh ulas berdasarkan ulasan ustaz dalam youtube tu, tapi aku malas nak komen, karang jadi aib pulak ustaz dalam link tu, sehinggalah semalam kat kedai kopi, ada orang ungkit lagi pasal benda ni, kata aku sesat sebab tak mencegah mungkar, lalu aku tanya dia balik: “Bila kali terakhir kau mencegah mungkar?”

Dia tak jawab soalan aku hingga habis segelas teh tarik aku..

Ok!, takde kena mengena, tapi sebelum tu, Aku ingatkan kau, aku bukan ustaz, dan jawapan aku camni;-

Aku percaya, orang yang mengajak kepada kebaikkan juga pada masa yang sama sedang mencegah kemungkaran, bagaimana ini terjadi?

Ok, oleh kerana PSMI masih belum di mansuhkan sepenuhnya, aku akan tulis tentang bagaimana mencegah mungkar mengikut teori sains dalam BI..

For you information, when darkness appear in our life, what should we do? How could we remove darkness from our life?, If we assume the darkness is something bad, for this case, like a Mungkar, so we need to prevent the mungkar, so how could we remove the darkness?, Maybe you want to use your hand, by taking a baseball bat or whatever and swing it in the darkness and yell: “Darkness get the hell out of here, f**k off from my life!!,”

Imagine we can do that? It is logically a stupid action, idiot, dumb, harmpeh, etc.. so if we still have a brain to think carefully , what we should do is by doing opposite of what idiot did before, just bring the light, because only light could the clear the darkness, more light, more darkness will disappears, it is same like dakwah, if we only do nahi mungkar without amal makruf, so the darkness cannot be removed, it is the same thing happened to kafir superhero, that’s why after Batman Return the movie with penguin as villains, and Batman Forever the movie with Two Face as villains, but there are still Batman Begin and the latest: Dark knight with Joker!!, Why violent person never end? because kafir superhero do not perform amal maaruf, they only perform nahi mungkar, so the series will continues because they have so many villains, and the Hollywood can make more money just because the superhero do not teach the villains about solat, and you pay about that?!.. end!

Ok, faham tak konsep mencegah mungkar mengikut teori sains, alahai, korangkan terer English.., tapi takpe, bagi mereka yang tak pandai English dan tak sabar nak belajar matematik dalam bahasa ibunda, maka.., aku akan terangkan pulak guna konsep matematik dalam BM akan teknik mencegah mungkar mengikut jawapan matematik..

Mari kita rujuk buku teks matematik SPM 2006.

Bukak muka surat..arghh..tak ingat.. cuba korang jari tajuk PENAALUKAN MANTIK,

Ok, Dalam matematik, kita akan belajar ilmu “kebarangkalian” atau ilmu “penaalukan” seperti berikut:-..

Secara asasnya, korang akan di beri dua premis dan berdasarkan premis tadi korang akan dapat membuat kesimpulan:

Sebagai contoh, katakan Premis 1 = Segitiga mempunyai sudut tegak
Manakala, Premis 2 = PQR ialah sebuah segi tiga bersudut tegak

Maka, kesimpulannya dari dua premis tadi, jawapan yang kita cari adalah : Segi tiga PQR mempunyai sudut tegak

Faham tak ?

Contoh lain:

Premis 1 : Semua nombor kuasa 2 adalah nombor positif
Premis 2 : (-25)^2 ialah nombor kuasa dua
Kesimpulan : (-25)^2 ialah nombor positif

Jadi jika korang nak paham tentang golongan yang tak cegah mungkar nie.. tengok contoh di bawah:
Contoh panaalukan:
Premis satu: Hamka ajak korang solat
Premis dua: Solat mencegah kemungkaran
Kesimpulan: Hamka mencegah kemungkaran….!

Kan??

Itulah yang aku maksudkan bahawa orang yang mengajak kepada kebaikkan juga, pada masa yang sama sedang mencegah kemungkaran,

Korang paham tak nie?!

Ok, abaikan jawapan di atas, aku cuba serius sikit kali ni.., sekarang aku akan bagi jawapan dalam bentuk ugama pula.., insyAllah..

Sebenarnya, jika korang bukak kitab tafsir Ibnu Abbas r.a iaitu seorang sahabat nabi yang terkemuka, dan jika baca tafsir dalam kitab tu tentang apa maksud Nahi mungkar, maka korang akan faham insyAllah akan kehendak Allah di sebalik kerja Nahi Mungkar.., aku tulis sikit, Dalam Al quran, apabila ada perintah amal Maaruf (ajak kepada kebaikkan) maka di belakang ayat itu ada perkataan “Nahi mungkar” (dan mencegah mungkar), tafsir Ibnu Abbas r.a akan maksud amal makruf yang Nabi Muhammad SAW buat adalah, mentauhidkan Allah dan mengajak mereka kepada Sunnah, manakala maksud Nahi mungkar adalah, mencegah manusia dari syirik, maka dalam menyempurnakan kerja ini, Allah tulis ayat Al quran menggunakan perkataan “dan”, (wau) bukan “atau (au), yang mana maksud ayat Al quran bila ada “dan” maka semua kena buat, amal makruf dan cegah mungkar sekali..

Semua tahu sudah, mencegah mungkar dalam hati adalah selemah lemah iman, ada hadith bab ni, bermakna kita tak boleh kata orang yang tak mencegah mungkar itu tak mencegah, sebab mungkin mereka mencegah dalam hati, kita mana tahu hati orangkan?

Sedangkan dalam mengajak kepada kebaikkan, nabi tak cakap pulak ajak dalam hati dikira selemah-lemah iman, tapi Nabi suruh sampaikan walaupun sepotong ayat, nampak tak bezanya?

Bermakna di sini, jika orang yang kita tak tahu apa ada dalam hati mereka tapi kelihatan mereka tak mencegah mungkar itu di tuduh ‘sesat’ kononnya, bagaimana pula orang yang terang terang mencegah orang yang nak amal makruf?

Aku ulangi, Bagaimana pula orang yang terang terang mencegah orang yang nak menyeru kepada kebaikkan?

Lagi sejuta kali sesat sebab hanya syaitan yang tak suka kepada orang yang nak menyeru kepada kebaikkan! Hanya Syaitan!!

Oleh sebab itu, jika seorang ustaz dalam ceramah menghalang orang ramai dari mengikut orang yang mengajak kepada kebaikkan, maka menjadi perkara yang merbahaya kepada ustaz itu, kenapa nak halang orang dari ikut mereka yang menyeru kepada kebaikkan, bukankah perbuatan itu merugikan ummat islam? Ini bahaya! Kata kata ustaz yang tak faham ugama menuduh sesat kepada mereka yang menyeru kepada kebaikkan; takut akan timbul salah faham di kalangan ummat, (dah timbul pun!) yang mana dah ada orang yang tak nak buat usaha ajak kepada kebaikkan sebab ustaz cakap ajak kebaikkan sahaja jadi sesat, bahaya ni,.., jangan ikut perangai syaitan, jangan jadi seperti pulut dan santan yang mana, kerana pulut santan binasa, kerana mulut, pulut habis!!!

Baik, aku ambik teknik mencegah mungakr daro sudut yang lain, sekarang jika rujuk Kenyataan Allah dalam Al-Quran, maka terdapat firman Allah:

" sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. "[Al-Ankabut 29:45]


Maka dari ayat ini, fahamlah bahawa solatlah yang mencegah keji dan mungkar, maka sekiranya aku mengajak kamu bersolat, maka pada masa yang sama aku juga sedang mencegah mungkar.. ni kira dua dalam satu.., maka tolonglah jangan jadi bodoh bangang dengan beranggapan bahawa orang yang mengajak orang bersolat itu tidak mencegah mungkar konon, tak sekolah ke?

Jadi, jika kita tengok orang tak solat, lalu kita nak cegah mungkar mereka bagaimana? Bakar rumah mereka? Pukul mereka? Tidak, Nabi tak ajar macam tu, kita hanya perlu ajak dan pujuk rayu dengan kasih dan sayang agar mereka bersolat.., itulah maksud amal makruf sedang dalam hati kita benci dengan maksiat mereka yang mana disitu juga wujud nahi mungkar.., faham tak? dan bila ajak baik dengan hikmah..automatik amalan baik tadi mencegah mungkar..mengerti?!

Satu contoh yang mudah di sini memberi gambaran apa itu Nahy anil munkar sebenarnya. Di zaman Nabi SAW, seorang Badwi telah masuk ke Masjid dan mula kencing di satu sudut Masjid. Para Sahabat RA segera bergegas untuk bertindak ke atasnya tetapi dilarang oleh Nabi.

Kemudian Nabi s.a.w membiarkan dulu Badwi tadi selesai buang air kecil dan kemudiannya dengan penuh kasih sayang memanggil orang Badwi tersebut ke sisinya dan berkata-kata dengan lemah lembut sehingga Badwi itu faham akan kebersihan dan kesucian rumah Allah, Lihatlah bagaimana keburukan yang orang Badwi itu telah lakukan - kencing di hadapan Nabi di dalam Masjid.

Walaupun sedemikian, perhatikan bagaimana Nabi melaksanakan tugas Nahi anil munkar.

Begitu jugak kisah orang buta yang hina Nabi waktu Nabi suap makanan ke mulutnya yang dah aku tulis dalam entry ijtimak yang lepas..

Begitu jugak kisah Nabi memaafkan Hindun dan Washi yang membunuh dan melapah mayat bapa saudaranya..

Begitu jugak kisah Nabi mencegah mungkar terhadap si Kafir Quraish yang menyebah berhala, tapi Nabi tak pecahkanpun berhala, Nabi hanya seru mereka pada mentauhidkan Allah dan ‘memecahkan’ berhala itu dari hati hati mereka..

Betul.., ada Nabi yang mencegah mungkar dengan memecahkan berhala, Nabi Ibrahim namanya, tapi di hari akhirat, beliau menyesal akan perbuatan itu..

Ada banyak lagi contoh dalam Al quran dan hadith akan sejarah dan panduan bagi kita melihat bagaimana para nabi dan Sahabat mencegah mungkar..,

Maka, kepada korang yang dah terpercaya cakap ustaz tu, beristigfarlah, dan ikutlah mereka yang tak mintak upah, demikan bunyi ayat dalam surah yassin..

Dalam Al quranpun ada ayat yang suruh korang dan aku supaya ikut orang yang menyeru kepada kebaikkan, dan binasalah siapa yang menentangnya...

Tapi jika kita ada kuasa, seperti seorang pemimpin, atau seorang suami atau seorang ayah, kita boleh hukum orang di bawah kita, tak berdosa tapi cara berdakwah yang Nabi tunjuk itu yang terbaik.. seperti dakwah dulu kepada yang murtad, dakwah dulu sebelum perang dan ikat tawanan perang di masjid dan sebagainya..

Jangan pulak bila ada kuasa, terus korang mencegah mungkar sambil perasan bagus seperti superhero kafir yang mati masuk neraka, tak caya cuba rujuk superman yang mencegah mungkar sambil memakai pakaian ketat dan spender merah kat luar, sejak dari Smallville lagi si kafir ini mencegah mungkar, tapi orang jahat makin ramai, tu yang muncul Superman Return! atau Spiderman dan Green Gobbin, Sandman, Viper, Dr octopus.., juga Decepticon dan lain lain..

Tengok, setiap kali superhero kafir mencegah mungkar, orang jahat baru yang muncul lebih canggih dan kejam, dan orang jahat lama akan upgrade pulak sejata dan lawan superhero kafir sehingga ada superhero kafir yang mati masuk neraka, kasihan, dah lah hidup cegah mungkar siang malam, lepas tu mati masuk surat khabar muka depan dan masuk neraka, tak ke naya?

Tak pernah ke si superhero ni terfikir kenapa siang malam cegah mungkar tapi jenayah tak habis habis?

Atau korang yang menyokong puak puak yang cegah mungkar tapi sampai la ni orang jahat makin ramai, penjara makin besar, kenapa?

Jawapannya simple sahaja,

Orang buat jahat sebab tak takut kat Tuhan..!, dan bila tak takut kat tuhan, maka tak sembahyang, bila tak sembahyang maka senang buat maksiat sebab sembahyanglah yang mencegah mungkar!

Sesungguhnya, Solat akulah yang mampu mencegah maksiat aku, dan solat koranglah yang mampu mencagah maksiat korang, begitu jugak para pemimpin dan pegawai yang makan rasuah, solat merekalah yang mampu mencegah mungkar mereka, begitu jugak orang perempuan, solat merekalah yang mampu mencegah mereka dari bukak aurat..

Kerana itu Nabi tekankan sangat bab solat, dan kita di galakkan untuk ajak manusia kepada solat..

Boleh, insyAllah?!

Akhir kata, ikutlah mereka yang mengajak kepada kebaikkan, dan jangan sekali kali korang menjadi golongan yang mencegah orang yang nak amal makruf…

Aku sayang korang.., I love u all, insyALLAH, aku akan ikut korang ‘cegah mungkar’ dengan tangan melalui pangkah undi 5 tahun sekali!

Woha!

Ps: Negara Malaysia huru hara bukan salah kerajaan sahaja, tapi salah Pembakang yang tak buat kerja betul-betul..,tengok!, masjid pembakangpun masih banyak yang kosong, dah! Pergi buat kerja betul betul!