Feb 11, 2022

Rancangan WHO gagal?

Kata geng teori Konspirasi, Dajjal dan WHO merancang untuk mengurangkan pupulasi manusia dengan mencipta vaksin, ada juga teori mengatakan Sekutu Dajjal Amarica mencipta mesin HAARP yang boleh mengawal cuaca hingga mencetus bencana. Banjir semua ni kerja mesin HAARP lah tu, katanya..

Baiklah, jika betul Dajjal dan WHO nak kurangkan penduduk dunia, maka mereka dan gagal.

Buktinya, keluar berita semalam dalam berita Harian, iaitu data terkini, Penduduk dunia telah bertambah sebanyak 74 juta orang, menjadikan jumlah keseluruhan penduduk dunia pada 2021 adalah sebanyak 7.8 bilion orang.

Dengan program vaksin, kadar kesihatan bayi meningkat di seluruh dunia termasuk Malaysia. Alhamdulillah.

HAARP pulak, bukan alat kawal cuaca, sebab jika betul HAARP boleh kawal cuaca, dan tentu tak adalah Amerika Syarikat kena bencana alam tiap tahun. Tahun lepas (2021) saja Amerika Syarikat menanggung kerugian 100.2 bilion dolar dengan kematian seramai 528 orang akibat bencana alam.

Jika korang nak tahu, HAARP ni merupakan fasiliti pencawang gelombang radio untuk meningkatkan kecekapan komunikasi dan pengawasan seperti GPS.

Dan bila guna teknologi gelombang radio, usahkan nak kawal cuaca, datang jer hujan lebat, internet dan siaran TV pun terganggu, Adohai..

Jadi balik kepada Islam, rujuklah Firman Allah.. (Surah Ali `Imraan : ayat 54)

“Dan mereka merancang (tipu daya), Allah juga merancang (membalas tipu daya), dan Allah sebaik-baik perancang (membalas tipu daya)."

Hakikatnya, Kejap lagi azan, masjid takde orang datang, masih nak salahkan WHO dan HAARP ke? Fikir fikirkanlah.

Woha!

Nabi kanan ulamak kiri?

Kiri atau kanan?

Alkisahnya, Tak tengok lagi video penuh, tapi dah ada yang Tanya bab kiri dan kanan, saya rasa ada masalah Bahasa.

Bagi saya Bahasa yang betul adalah:

“Jika ada ulamak B yang tafsir Nabi ke kiri, lalu di betulkan oleh Ulamak A bahawa Nabi sebenarnya ke kanan, maka ikutlah Ulamak A.

Contoh bab Bidaah, ada Ulamak B tafsir semua Bidaah adalah sesat, lalu di betulkan oleh Ulamak A bahawa ada Bidaah Hasanah yang tidak sesat, maka ikutlah Ulamak A.

Al faham ke idop?

Contoh lain, jika ada ulamak B berkata, tak boleh ikut hadis sebab Nabi larang catat hadis, lalu dibetulkan oleh Ulamak A bahawa hadis perlu dicatat dan dikitab demi kebaikkan umat, maka ikutlah ulamak A.

Ingat tak zaman Nabi, kisah nak bukukan Al quran? Ada sahabat B kata tak boleh bukukan sebab Nabi tak buat, tapi ada sahabat A cakap, kena buat demi kebaikkan umat, then the rest is history.

So, ayat yang betul bab kanan dan kiri adalah:

“Jika ada ulamak B yang tafsir Nabi ke kiri, lalu di betulkan oleh Ulamak A bahawa Nabi sebenarnya ke kanan, maka ikutlah Ulamak A”

Harap semua bertenang dengan penjelasan ini. yang penting kita ke kanan bersama ulamak yang mengkanankan RAsulullah SAW.

“Kejap encik Hamka, B ni mewakili wahabi ke?, dan A mewakili Asyaari ke?

Aduh, B ke.., A ke,  XYZ ke,, PQR ke, semua tu pemboleh ubah, bukan pemalar, Sudah!

Lain kali jangan ponteng kelas sains matematik.

Woha!

Pesanan paling masuk akal?

Arwah ayah saya pernah berkata sewaktu umurnya 40 tahun, saya masa tu masih kecik.

Kata Ayah,  “Hantu tak wujud, sebab ayah dah umur 40 tahun, tak pernah pun jumpa!”

Kini, giliran saya pula ulang perkataan arwah ayah saya:

“Anakku, Hantu tak wujud, sebab ayah dah umur 40 tahun, tak pernah pun jumpa!”

Tapi, langit tak selalu cerah, terutama di musim banjir.

Malam kelmarin, sewaktu redah hujan, terdengar bunyi kucing belakang kereta.

Alamak, tengah malam, hujan lebat, kucing apa boleh ada mengiaw belakang kereta saya?

Tak lama, hujan berhenti, dan suara kucing semakin kuat.

Saya hentikan kereta dan cakap:

“Jika kamu manusia, aku tak nak berkawan dengan kamu, pergi dari sini, tapi jika kamu hantu, atau jin, atau syaitan, aku ada silat gayung!”

Lepas saya cakap, suara kucing tu tak berhenti, malahan semakin kuat.

Saya ambik payung, keluar kereta, dan pergi belakang..

Cuba teka apa saya jumpa?

Hint: 2022, masih belum berjumpa walau seekor hantu-Woha!

Jan 14, 2022

Soalan anak tentang dinasour?

Tiga soalan dari anak:

“Apa akan jadi jika tahi bintang yang besar tidak pernah jatuh menimpa bumi?”

“Jika benar dinasour wujud, kenapa Nabi adam tak jumpa dinasour?”

 “Jika dinasour pupus sebelum Nabi adam, apa guna Allah cipta dinasour, sebab tak ada tujuan? Bukankan ciptaan Allah tak sia sia?”

Untuk jawab soalan ni, saya ajak mereka pergi ke Zoo hibrid pertama di dunia dengan konsep baharu mengabungkan elemen haiwan hidup dan haiwan animatronik pra sejarah seperti dinosaur yang mengadaptasi Teknologi Industri 4.0.

Sampai sana saya jumpa T rex terbesar di Asia, bergerak pulak tu..

Dan di depan T rex itu, saya jawab soalan ini..

“Apa akan jadi jika tahi bintang yang besar tidak pernah jatuh menimpa bumi?”

“Jika benar dinasour wujud, kenapa Nabi adam tak jumpa dinasour?”

 “Jika dinasour pupus sebelum Nabi adam, apa guna Allah cipta dinasour, sebab tak ada tujuan? Bukankan ciptaan Allah tak sia sia?”

Nak tahu jawapan? Tonton video ini sampai habis.

Woha!

https://youtu.be/fwb0OMJrsCw

Jan 13, 2022

Tips Beli Rumah?

Macam macam soalan saya terima di inbox, atau orang tag, serta email.

Ada masa saya jawab, insyaAllah,

Terkini, ada orang tanya bab beli rumah? Ada tips tak?

Saya bukan ejen hartanah, tapi waktu bujang saya ada baca buku macam macam, maka timbul Ilham untuk saya beli kereta second hand sahaja, duit saya simpan dan beli rumah pertama waktu bujang, rumah teres second hand, lepas tu kahwin, dan tolong isteri beli end lot teres baru, kemudian anak ramai, malu duduk rumah isteri, maka saya beli rumah kembar,

Tapi waktu bina, tenggelam banjir, maka sempat tolak walaupun pemaju janji diskaun hebat dan jaminan bebas banjir 6 tahun sebab nak gali parit dalam, saya tetap tolak, minggu lepas selepas 7 tahun, Kawasan tu tenggelam banjir, Alhamdulilah, saya tolak tawaran pemaju tu.., dan akhirnya saya beli tanah mini, dan buat rumah mini banglo. Hidup ringkas sahaja..

Jadi nak bagi tips beli rumah takdelah pandai sangat, Cuma nasihat saya..

1. Jangan rancang beli rumah dikampung untuk bersara, umur kita belum tentu sampai tua, dan bila kita dah tua, ramai orang yang kita nak jumpa dah tiada, maka cari rumah dekat dengan tempat kerja.

2. Kenapa nak kena beli rumah dekat dengan tempat kerja?, sebab lima hari seminggu kita ke tempat kerja, maka jika rumah dekat, akan sangat menjimatkan masa, tol, dan minyak, yang paling mahal MASA.

3. Jika pasangan bekerja, pastikan isteri yang dekat dengan tempat kerja, kita yang lelaki jauh sikit takpe. Senang jer geng lelaki nak singgah mana mana tempat untuk solat jika rumah jauh.

4. Pastikan ada Kemudahan pengangkutan awam yang ada disekitar rumah. Kereta rosak ada kemudahan naik bas.

5. Jangan beli kereta mewah, simpan sebab Wang pendahuluan beli rumah adalah 10%, jika rumah harga RM250k, kena ada RM25K bayaran muka.

6. Jangan bagi kawan atau adik beradik pinjam duit, kita bukan bank, jangan juga jadi penjamin, nanti bank cari bila penamin lari, jangan buat pinjaman perbadi tolong kawan, sayangi diri sendiri, nak bagi pinjam, setakat mampu halal, itu ilmu fekahnya, jika kawan nak pinjam banyak, tolak dengan baik, sungguh lebih baik bergaduh tak bagi pinjam dari bergaduh tuntut hutang.

7. Ukur Kelayakkan pinjaman yang mampu. jangan ikut orang. Guna formula 200. Harga rumah /200 = ansuran bulanan (RM) , contoh rumah RM250,000 / 200 = RM1,250 sebulan.

8. Pastikan harga mampu kita beli, bukan rumah yang kita suka gila. Jangan terburu buru sebab murah atau ejen kata dah tinggal dua unit sahaja lagi. Atau percuma TV HD.

9. Tak perlu rumah dua dapur, Dry kitchen bukan budaya kita. Rumah kecik takpe, janji kemas bagi cantik dan tersusun.

10. Panas petang takpe, rumah saya panas petang sebab lebih murah, pagi rumah saya sejuk, petang, rumah sejuk jugak sebab saya dah tanam pokok depan rumah, woha!

11. Perlu di ingat, nak beli rumah bukan perlukan duit sahaja, tapi perlukan disiplin yang kuat, dalam menyimpan, maka jangan mudah tergoda nak pakai telephone mahal, baju mahal, kereta mewah, jangan!

12. Kita  bukannya beli rumah setiap hari, mungkin seklai seumur hidup, maka sekali beli biar puas hati dan tak perlu renovasi lagi, maka Cari iklan sepuluh rumah, lima tengok depan mata, pilih dua paling sesuai, dan buat solat istiqarah.

13. Sebelum solat istiqarah, Pastikan sejarah pemaju yang bersih untuk rumah baru, jangan mudah percaya janji manis kontarktor,  semak Lesen Pemaju serta permit iklan jualan.

14. Jangan duduk Kawasan yang bermasalah, atau banyak kes jenayah, siasat sejarah Kawasan isu semasa sebelum beli.

15. Rumah tepi sungai mungkin view cantik, tapi awas bencana banjir.

16. Rumah tepi laut juga view cantik, tapi barang akan banyak berkarat.

17. Jadi sila siasat goegrafi sebelum beli. Tanya AJK surau, pernah banjir tak? Ada hantu tak? Ada jenayah teruk tak? AJK Surau biasanya jujur.

18. Kenapa kena tanya semua?, sebab Hutang kita 35 tahun, waktu bencana, hutang kita tetap kena bayar.

19. Paling penting, beli rumah dekat dengan masjid atau surau, paling jauh pun 1km, tak penat sangat berjalan jika motor rosak, azanpun dengar, lagi dekat lagi bagus,

20. Kenapa dekat dengan surau atau masjid? Sebab kita kena pergi masjid hari hari sampai mati.

Okey, cukuplah 20 tips, jika ada lagi korang boleh tambah.

Woha!

Ps: Jemput semua datang bertahlil di rumah saya sewaktu saya telah arwah. Al Fatihah.

Sarapan paling pelik?

“Abang cuba senyum sikit”

“kenapa?”

“Senyum jer”

“Ok”

“Lebar sikit, biar nampak gigi”

“kenapa?”

“senyum jer, ok, besar lagi senyuman tu, ok, jangan gerak”

Binipun masukkan jari ke dalam mulut saya dan keluarkan sisa lada yang melekat di celah gigi.

Hmmm, pelik?, saya makan Roti Telur goyang, mana datang sisa lada? Bini yang makan Mee goreng, patut dia yang ada sisa lada.

Macam mana sisa lada mee goreng boleh ada melekat kat celah gigi saya?

Tak logik...

Selamba bini bagi jawapan.

"Abang tak ingat kita bercium tadi kat tepi mesin basuh?"

Woha!

Ps: Buku Kisah Laki bini masih ada stok. Terima kasih sudi membeli belah di halaman keretamayat.

Jan 12, 2022

HAARP mesin bencana?