Dec 26, 2021

Terapi Spiderman Autisme?

Spiderman menjadi terapi untuk anak syurga Autisme saya? Biar betul?

Alkisahnya,  saya baru tengok filem terbaru Spiderman bersama anak syurga autisme..

Sangat amazing, anak syurga saya boleh focus 2 jam setengah tengok movie ni tanpa bergerak!

Bagi yang tak tahu.. Anak Autisme ada masalah focus, doctor pakar bagi pil focus sebelum pergi sekolah.

Kerana anak syurga autism ini, jika dapat focus lebih dari 20 minit sudah sangat baik, tapi filem ini mampu buat anak syurga saya umur 8 tahun, tengok sampai habis! Wow!

Malahan, ada part dia cuit saya, bagitahu nama watak itu dan ini, macam dah normal pula anak ini, Alhamdulillah..

Walaupun saya tahu, anak autism tak boleh disembuhkan, OKU nya akan kekal sampai bila bila, namun dalam sejarah perubatan, ada second opinion boleh berlaku pada sesetangah kes autism..

Allah kuasa, makhluk tiada kuasa.

Semoga Amazing ini jadi milik kita semua

Amin.

Klik video untuk ulasan penuh: https://youtu.be/tWph0o46Q-A


Dec 25, 2021

Permintaan aneh dalam syurga?

Satu hari saya telah lewat ke masjid, dan belakang masjid ada dua tiga orang budak sekolah rendah sedang lepak main smartphone, saya bagi salam, dan tegur:

“InsyaAllah solat sama sama yer adik adik”

Mereka tidak pedulikan saya, sibuk main game, dan saya terus solat masbuk…

Habis solat, saya dapati mereka masih lepak belakang masjid main game online, maka saya pun dekati, dan minta izin nak bercakap hal agama.

Mereka izinkan, maka saya pun bercerita di syurga, kita boleh dapat apa sahaja yang kita nak!

Adik adik tahu tak? ada kisah Nabi cerita bahawa nanti ada orang masuk syurga nak bercucuk tanam, sedangkan di syurga tak perlu dah bercucuk tanam, tapi memang ada orang hobi dia bercucuk tanam, maka dia minta di syurga nak bercucuk tanam.

Allah akan beri apa sahaja, maka Allah berikan ahli syurga benih istimewa yang mana bila dia tanam pokok terus tumbuh membuahkan hasil sebesar gunung!

Waktu Nabi cerita, ada Orang Arab Badwi menyampuk:

“Cerita ni bukan pasal orang arab Badwi ni.., cerita ni tentu tentang orang arab ansar,  sebab orang ansar suka sangat bercucuk tanam! Bukan kami ni!”

Terus Nabi tergelak dengan sampukan spotan sahabat tadi.

Ha ha, Macam macam kan? perkara ahli syurga minta.., ni pakcik  nak Tanya korang, masuk syurga nanti korang nak apa?

Laju budak tu jawab, dan saya tergelak, geleng kepala dengar soalan budak budak zaman sekarang..

Pendek cerita, saya ajak mereka solat, dan Alhamdulillah mereka akhirnya solat berjemaah sama sama mereka..

Sementara mereka bersolat, saya nak Tanya, Korang nak tahu apa yang mereka nak di syurga?

 “Pakcik, dalam syurga nanti ada Wi Fi tak?”

Woha!

Itulah kisah budak budak zaman sekarang, pergi mana mana mesti nak Wi Fi, InsyaAllah dalam syurga, semua boleh dapat dik, Smarthone tak perlu cas, Wifi laju gila, semua itu mudah bagi Allah..

Akhir kata, Semoga adik adik semua dapat jaga solat berjemaah, walau pada mulanya niat demi gelombang Wifi yang sempurna di syurga.

Woha!

Boleh ke Allah menjadi dua?

"Ayah..ada kawan suruh tanya, Boleh tak Allah cipta satu batu yang sangat besar yang tiada seorangpun yang dapat angkat termasuk Allah?”

“anakku, jika ayah tanya, boleh tak seorang Raja yang paling berkuasa pakai mahkota yang dibuat dari tahik?”

“err, boleh tapi Raja tak akan buat”

“sebab?”

“perbuatan itu menghina Raja”

“Pandai, Jadi soalan tadi, bukan isu boleh buat atau tak sebab Allah boleh buat apa sahaja, tapi Allah tak akan buat perkara yang menghina dirinya sendiri”

“ya betul, dalam kelas ada kawan tanya, Allah boleh tak jadi dua? Pening nak jawab, sebab jika jawab boleh, nanti akan jadi dua Tuhan, jika jawab tak boleh, seolah-olah Allah itu lemah, padahal Allah Maha berkuasa, dan salah satu tanda kuasa, adalah tidak menghina dirinya sendiri, saya faham ayah jika orang tanya lepas ni, terima kasih”

“satu lagi anakkku, Apabila ada orang yang sengaja nak rosakkan akidah dengan bertanya ‘boleh’kah Allah buat perkara sekian sekian untuk tujuan menghina Allah,maka  “boleh” di dalam soalan itu telah menyamakan Allah dengan ‘boleh’nya makhluk, seperti soalan tadi, bolehkah Allah angkat batu? Boleh disitu seolah-olah meletakkan Allah sebahagian dari makhluk, maka bermakna soalan itu telah salah kerana menyandarkan kebolehan tuhan yang setara dengan makhluk...

Sedang Allah tidak sama ‘boleh’nya dengan apa yang kita fikirkan, Allah Maha Melihat, Tapi Melihatnya Allah tak sama macam apa yang kita fikir, Allah boleh melihat tanpa cahaya, dan boleh melihat masa depan, dan masa lalu, lalu kita tak akan mempu mebayangkan Maha melihatNya Allah.

Jadi dalam bab Maha mencipta, soalan bolehkah?.. sebenarnya sudah salah, kerana menyamakan kebolehan tuhan dengan makhluk, Allah punya ‘boleh’: simple: Kun Fayakkun, jika Ia berkata jadi, maka ia akan terjadi.., ini yang akal tak boleh terima. oleh sebab itu: bagaimana hendak mendapat jawapan yang betul jika soalan sudah salah? Setakat soalan salah, semua orang gila boleh tanya soalan yang salah, orang jahil apatah lagi-Woha!”

“terima kasih ayah”

“sama sama, semoga Allah bagi kita faham sampai syurga”

“Amin”

(sumber: keretamayat.blogspot)

Woha!

Dec 24, 2021

Orang yang salah tidak wujud?

Jumpa orang yang salah di masa yang salah adalah punca kegagalan hidup saya?

Maka munculah ungkapan ini..

Saya miskin sebab ibu bapa saya miskin?

Saya gagal sebab di kelilingi oleh kawan kawan yang gagal?

Saya sedih sebab dapat pasangan yang salah?

Saya merana sebab anak saya OKU?

Saya stress sebab majikan saya menindas?

Saya murung sebab jiran saya sombong?

Saya bodoh sebab cikgu saya tak pandai ajar saya?

Saya jahil agama sebab ustaz suka ceramah mengarut?

Jadi.., takdir hidup saya adalah merana, kerana saya ditakdirkan berJumpa orang yang salah di masa yang salah, inilah punca kepada semua kegagalan hidup saya..

Sekejap, bunyinya selain menyalah semua orang, Nampak sangat menyalahkan Tuhan,,

Padahal, prosa ayat: Jumpa orang yang salah di masa yang salah..

Semua itu adalah mitos, Kerana kita tak pernah jumpa orang yang salah dalam hidup, semua pertemuan kita dengan mana mana manusia adalah berjalan dalam takdir tuhan, semuanya ada tujuan, sama ada dia sebagai rezeki, atau peluang belajar sesuatu..

Orang yang kita tak suka itu, mungkin dia ditakdirkan menyakiti hati kita untuk kita belajar mencapai satu darjat yang tidak akan disakiti lagi oleh orang seperti itu.. mengajar kita sempadan dalam memberi harapan, sempadan dalam ketakutan yang bukan bukan..

Orang yang hutang tak bayar, mengajar kita untuk gunakan masa tuntut hutang di ganti dengan usaha tambah rezeki baru tanpa terbeban dengan hutang lampau, akhirat pasti kita dapat pahala berganda, jadi relax, teruskan hidup, tambah rezeki, dan jangan beri sesiapa hutang lagi, terima kasih penghutang pertama yang ajar erti kepercayaan palsu.

Majikan buang kita kerja, mengajar kita berniaga yang pendapatan terkini jauh lebih berkat jika dibandingkan waktu makan gaji dahulu..

Anak kurang upaya mengaja kita erti syukur kerana dia adalah ladang pahala terbesar untuk hari akhirat kita, bukan senang nak ditakdirkan mendapat ladang pahala, insan terpilih sahaja, maka janganlah diracuni ladang itu.. wahai ibu bapa terpilih kepada insan terpilih..

Orang yang tinggalkan kita, mengajar menjadikan diri kita kemampuan berdikari yang sejati, lantas membuka ruang masa kita untuk menutup kotak Pandora yang lampau.. kesilapan lama menjadi rama rama..

Maka yakinlah, kita tidak pernah bertemu dengan orang yang salah, semua itu di takdirkan untuk menambah nilai hidup dunia dan akhirat kita..

Semua ini termaktub bagi orang yang mahu bersyukur dengan semua nikmat walau sekecil nikmat, juga mahu bersabar dengan semua ujian walau sebesar ujian, kerana hidup ini sampai mati sahaja, dan bila mati? Mungkin esok atau lusa? Maka esok atau lusa kita semua sudah ke syurga berkat kesabaran dan kesyukuran, insyaAllah..

Akhir kata, Yakinlah, Tuhan tidak takdirkan kita bertemu dengan orang yang kita mahukan..

Tapi Tuhan takdirkan kita bertemu dengan orang yang kita perlukan, dan InsyaAllah orang itu akan ‘membantu’ jalan kita ke syurga jika kita bersangka Baik kepada segala Ketentuan-Nya.

Woha sampai syurga semua guys! Tahniah sebab Korang semua tertakdir menjadi followers kereta mayat!

Woha!

Salah ke Kahwin lagi?

Bila Penyanyi Nora berkahwin dengan rakan arwah suami maka ada suara sumbang dari nitezen yang mengecam..

"Ingatkan Nora tak kahwin dah, semasa waktu suami meninggal menangis teresak esak macam nak sehidup semati tapi boleh kahwin pulak dengan kawan suami?

Lepas tu siap tag pasangan dengan komen: papa.. jika mama mati, papa jangan mengada nak kahwin lagi tau!.

Astarfirullah.. dah mati janganlah bagi wasiat yang bertentangan dengan sunnah! Lebih baik bagi Hibbah!

Maka saya pesan pada anak anak yang kehilangan ayah atau ibu.. tolong jangan larang jika orang tua kita nak kahwin lagi. Malah kita kena galakkan agar mereka tak rasa bersalah buat perkara yang tak salah pun!

Nabi Muhammad S.a.w kehilangan Khatijah yang paling dicintai.. namun hidup diteruskan dengan perkahwinan baru dan terungkap dalam sejarah kisah Nabi menyebut nyebut nama Khatijah dihadapan isteri baru dalam menceritakan erti rindu...

Ingatlah juga Nabi adam di syurga pun sunyi tanpa teman maka apatah lagi orang tua kita yang perlukan teman pengganti..

Eh terdengar lagu pulak...

“Rahsia ini, telah lama aku pendamkan

Tiba masanya segala-galanya ku ceritakan

Aku kan pergi, pergiku tak akan kembali

Tiba masanya kau cari teman pengganti,..”

Sedih pulak dengar lagu Black dan Malik yang matang dalam berpuitis.. iaitu sayang macam manapun, jika kita pergi dulu.. jangan halang mereka untuk mencari teman pengganti.. baki hidup mereka yang tidak bersama kita adalah milik mereka sepenuhnya..

Sungguh Soal jodoh ini adalah kerja Tuhan, Tiada sesiapa pun boleh tentukan. Dan jangan sesekali ambil kerja Tuhan..

Tiada syarat seseorang itu perlu membuktikan kasih sayang kepada pasangan yang telah meninggal dengan tidak berkahwin selamanya. Dan bukan bermakna apabila berkahwin lagi itu adalah tanda tidak sayang atau melupakan.  Adohai..

Kenapa nak berfahaman.. Soalah olah apabila suami meninggal menjadi  satu aib pula bagi wanita  untuk berkahwin lagi?

Bak kata Aweera..

"Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti

Tunjukkan di mana

Ruang hati untuknya yang masih belum kauhuni

Apabila tiba waktu bersemuka

Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta

Dengan bayangmu di minda"

Aduhhh.. deep sungguh lirik lagu Mojo ini..

Maka saya pesan pada anak anak, jika ayah mati awal.. dan bonda nak kahwin lagi.. duit hibbah tu gunakanlan untuk majlis mereka..

Ayah akan setia menanti di syurga, dan andai kata Bonda bahagia dengan suami baru dan memilih suami baru sebagai teman di syurga..

Maka ayah tidak akan bersedih kerana kehilangan bonda yang amat dicintai.. tapi ayah akan tersenyum kerana pernah memilikinya.

Woha!

Dec 23, 2021

Buli perlu di hukum?

Alkisahnya.. Bagus sangat pihak berwajib meneruskan siasatan bagi kes buli pelajar di sekolah asrama walaupun mereka telah merayu kepada mangsa jangan diteruskan dengan laporan polis.

Pembuli perlu diajar bahawa setiap perbuatan salah ada hukumannya. Jangan biarkan kes buli seperti yang menimpa arwah Zulfarhan berulang..

Geram sebenarnya tengok kes buli.. Umur baru 13 tahun tetapi langsung tiada simpati mahupun empati.

Boleh pulak kawan kawan mereka ketawa sewaktu bergilir mengambil giliran menumbuk seorang demi seorang.

Anak saya dua orang di MRSM.. setakat ni mereka cakap tak pernah kena buli.. tapi melihat mangsa buli di video yang kabur.. hati tersentap sebab terbayang wajah anak remaja kita..

Geng buli ni jugak boleh jadi geng rogol.. perempuan menjerit minta tolong boleh pula mereka geng perogol ni akan gelak sambil memukul dan memuaskan nafsu serakah secara bergilir gilir..

Celaka sungguh!

Patut sangat hukuman yang berat dijatuhkan ke atas mereka!

Pesan saya kepada parent yang ada anak-anak bersekolah, pastikan anak-anak kita jangan jadi pembuli. Jangan 'ajar' mereka menjadi pembuli..

Pesan juga kepada anak-anak kita, kalau dibuli tolong jangan senyap. Laporkan diri dibuli adalah jihad paling wajib kerana InsyaAllah doa orang terinaya itu makbul. Undang-undang insyaAllah akan membela anda. Jangan sesekali membiarkan pembuli ini terus mencari mangsa yang lain. Jika mampu lawan.. lawan! Dan  Laporkan kesalahan mereka adalah jihad anda!

Pastikan anda mangsa terakhir mereka kerana mereka telah bertemu dengan orang yang silap...

He will messed with the wrong person!

Woha!

GTA? game apa tu?

Anak anak zaman sekarang, suka betul main game…

Apa faedah tak tahu?

Alkisahnya, anak jantan pakcik, 18 tahun, suka main game GTA, lepas tu bawak kereta laju laju dalam game GTA..

Pakcik tanya, apa faedah main game?

Dia jawab nanti senang nak ambik lessen kereta..

Aduh, menjawab pulak.

Tapi satu hari tu, dia pergi TEST lessen kereta, first time ambik, terus lulus, siap bagitahu,

“GTA sangat membantu”

Woha!

Ps: Okey, Pakcik dah ada driver sekarang, jangan bawak macam game GTA pulak!