Mar 19, 2022

Teknik minta hutang?

Salam abang keretamayat, ada orang hutang saya tak nak bayar, dah lima tahun saya minta, dia buat bodoh jer. Boleh tak tulis nasihat untuk orang macam ni? Sakit hati tengok status dia pergi jalan jalan, beli gejet, sedangkan hutang kita dia tak bayar..

******

(Jawapan)

Salam, baik.., InsyaAllah Kepada siapa siapa yang Stress sebab orang tak bayar hutang? Baca ni..

Alkisahnya, Mangsa seks gunakan media sosial untuk dedahkan nama orang yang mencabulnya agar pihak berwajib bertindak menghukum orang yang buat jenayah seks.

Tujuan mangsa seks dedahkan agar orang ramai terselamat dari kejahatan orang itu.

Semoga mangsa seks mendapat keadilan, dan sipenjenayah dihukum dengan hukuman yang setimpal.

Dengan tertangkapnya penjenayah seks, maka kuranglah stress  mangsa seks itu…

Alkisahnya balik kepada tajuk utama yang mana, ada satu lagi kejahatan dalam hidup yang buatkan ramai orang stress.

Nampaknya kena dedahkan macam mangsa seks juga demi keselamatan orang lain.

Kejahatan ini walaupun tidak di kira jenayah tapi mangsa ramai yang murung dan stress!

Dan di sisi islam, perkara ini termasuk dosa besar!

Apa kah perkara itu?

Hutang tak bayar! Masuk neraka walaupun mati syahid.

Rujuk kitab Mutakhab hadis,, bab ikram muslimin, hadis no 200 hingga 210.

Saya buat ringkasan.

Dosa paling besar selain syirik adalah mati dalam keadaan berhutang tanpa ada apa apa rancangan membayar hutang.., Roh orang berhutang yang baik akantergantung (tertangguh) untuk sampai ke syurga disebabkan hutang tidak bayar.

Pernah Nabi bersabda alangkah kerasnya amaran ini, iaitu barang siapa mati syahid hidup semula dan mati syahid, tidak masuk syurga selagi hutang tidak di bayar.

Ada juga kisah Nabi tidak solat jenazah bagi mayat yang berhutang.

Dalam hadis lain bercerita, siapa berhutang tanpa niat membayar, Allah akan binasakan mereka.

Dan Orang islam yang terbaik adalah yang membayar hutang dengan baik. Iaitu memBayar hutang bersama ucapan terima kasih dan pujian. Siapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, maka dia tidak bersyukur kepada Allah.

Jadi dari hadis di atas, mendapati bahawa dosa besar tak bayar hutang, dan mangsa yang bagi pinjam pula murung dan stress, lagi lagi tengok orang berhutang beli kereta baru, pergi melancong, makan durian sedangkan sipemberi hutang, telan air liur nak makan durian.. sob sob..

Maka saya rasa adalah perlu mangsa hutang tak bayar ni, kena dedahkan nama orang yang hutang tak bayar ini di media sosial agar orang lain terselamat dari kejahatan mereka.

Bagus jika dapat khidmat peguam terlebih dahulu dalam membuat pendedahan ini, juga report polis untuk mencegah kekerasan yang mungkin timbul, dan surat doctor tentang stress di jiwa sebagai bukti kita adalah mangsa.

Kita usaha minta hutang sampai tahap ini, selebihnya kita tawakal, jika dia bayar Alhamdulillah, Jika tak bayar, Alhamdulillah juga sebab ramai orang akan terselamat dari menjadi mangsanya, dan Alhamdulillah juga sebab pasti dan pasti akhirat kelak, semua amalan kebaikkan dia akan dapat pada anda, dan jika dia tiada amalan kebaikkan, maka dosa anda akan ditransfer kepada dia, begitulah Adilnya mahkamah Allah di akhirat kelak.

Kemudian, dah buat semua ini, move on,  Masa dan tenaga jangan dihabiskan fikir bila orang nak bayar hutang semata mata, tapi gunakan masa dan tenaga untuk tambah rezeki baru dan tambah pahala berganda dengan peluang lain yang terbentang depan mata. InsyaAllah rezeki tidak pernah salah alamat.

Akhir kata, dua (2) pesanan saya kepeda yang belum menjadi mangsa kes sebegini:

(1) Jangan beri pinjam jika kita tak mampu halalkan, JANGAN!

(2) Dan bila beri pinjam, buat cara islam, tulis, datangkan saksi, dokumentasikan, agar bila dia tak nak bayar, maka bukti semua ada, boleh dedahkan di Telegram ke, FB ke, agar orang lain tak jadi mangsa.

Nampak macam kita kejam buat pendedahan, tapi siapa yang lebih kejam hutang tak bayar? Padahal Tindakan kita adalah untuk selamatkan dia dari api neraka, maka ini bukan kejam, tapi Ehsan.

Woha!

Atheist dan makanan sedap?

Seorang Atheist telah di tanya oleh orang Islam..

“Kamu tahu kenapa Tuhan hantar kita ke dunia? Kamu tahu dari mana kita datang?, dan ke mana kita selepas mati?”

Jawab si Atheist, saya tak pedulikan soalan kenapa saya di sini, atau ke mana saya selepas mati, saya hanya perlu menikmati kehidupan ini, makan sedap, bercinta, minum minum, berkawan.. enjoy tengok sini sana, itu sajer cukup lah.

“Baiklah, bayangkan satu hari awak tertidur lama, dan apabila awak terjaga, awak berada dalam keretamayat, bersama makanan yang enak, dan lokasi tepi tingkap bersama pemandangan yang tak pernah awak nampak, cantik.. soalan saya, apakah soalan pertama yang terlintas di fikiran kamu?”

“Saya akan bertanya, kenapa saya berada di sini?”

“Betul, kamu jawab dengan logic yang sangat betul, kenapa saya di sini, hanya orang bodoh yang makan sedap atas keretamayat, tengok pemandangan yang cantik tanpa bertanya soalan, kenapa saya di sini kan? Tapi untuk dunia dan hidup selepas mati, awak memilih jalan yang tidak normal”

“Awak betul, awak nampaknya pandai berkata kata..”

Atheist itu pun berlalu dan semoga dia dapat hidayat menjawab dengan tepat akan tiga soalan, dari mana kita datang, kenapa saya di sini dan apakah yang berlaku pada saya selepas mati?

Korang pulak, ada jawapan tak? untuk tiga soalan ini?

Keretamayat ini sehala jalannya. Buat sehabi baik sebelum tumpang.

Woha!

Jawapan : https://www.facebook.com/photo/?fbid=378124117003000&set=a.247853046696775

Mar 18, 2022

Rahsia wanita bertanya?

“Abang keretamayat, tadi waktu memandu, isteri saya Tanya, pasar buka tak? Saya jawab tak tahu, lepas tu terus dia muncung tak bercakap sampai sekarang, masak untuk makan malam pun tidak, apa salah saya jika jujur jawab tak tahu? Saya bukan Majlis Perbandaran nak tahu jadual pasar buka ke tidak?”

Adohai, perempuan tak pernah salah, ketahuilah, bila isteri kita Tanya soalan, maka apapun jawapan kita, sebenarnya soalan itu adalah dalam bentuk arahan.

Bila dia Tanya, Pasar buka tak? Arahan sebenarnya adalah:

“Abang, barang dapur dah nak habis, lauk basah pun dah habis, jom pergi pasar sebab takde lauk nak masak, dan on the way ke pasar nanti, kita singgah makan dulu restoran viral, baru sedap membeli di pasar”

Itu arahanya, tapi mereka perempuan tak nak berlagak macam pemimpin, sebab nanti jatuh ego suami, maka mereka sembunyikan arahan mereka dalam bentuk soalan, pemimpin kena bijak nak jawab soalan yang tersembunyi arahan.

Contoh lain, jika isteri Tanya, kenapa ramai orang beratur kat kedai tu? Jangan jawab, abang tak tahu, jangan! Jawablah, esok kita pergi sana, jika barang murah kita beli, jika makanan sedap, kita makan kat situ jugak, selesai. Tahniah, jadi suami bijak.

Ulangkaji, malam nanti, jika sedang tengok bola larut malam, lalu isteri Tanya, Nak makan mi segera tak? Jangan jawab tak nak, abang dah kenyang, jangan!

Soalan tu ada arahan tersembunyi:

“Abang, saya yang nak makan sebenarnya, tapi tak nak makan banyak sangat, biar saya masak, dan nak makan bersama abang, tak kan saya nak masak untuk diri sendiri tengah tengah malam?, gemok nanti abang salahkan saya, maka abang yang nak mi segera itu, saya hanya tolong masak sedap sedap, abang makan bersama saya, portion abang makan 60%, portion saya Cuma 40%, kenapa susah sangat nak faham orang perempuan ni?”

Al faham ke idop?

Jika isteri cakap, “ada tak mak ayah di kampong call saya?” Itu bermakna, dia nak balik kampong, dah lama tak balik, dia rindu.

Jika dia Tanya, jadual pasar malam pun sama, jangan cakap, “hari rabu” lepas tu tak berlaku apa apa, arahan tersembunyi adalah, dia tak nak masak hari rabu, nak rehat dan nak makan tapau di pasar malam.

Jika dia tanya, cantik tak dia pakai baju macam ni? Terus korang petik mana mana artis wanita popular dan samakan kecantikan baju tu dengan fesyen artist tu dan masukkan lirik lagu puitis dalam mencantikkan baju tu seperti, awak terlihat bagai kejora di malam syawal, jangan cakap tak tahu!

Second last, jika dia tanya, “saya cantik tak?” bermakna dia nak beli make up baru, atau bajunya dah lusuh, atau apa apa produk kecantikkan, selagi mampu korang beli jer.

Dan last, ini paling ramai suami tak faham, bila isteri Tanya: Saya gemok tak?”

Korang terus share link shopee ni kat dia, https://shp.ee/yy8ywwm

Beli treadmill terus.

Woha!

Jangan kata abang keretamayat tak payung, Kepada semua ibu ibu, You can thank Me later, Just kagum dari jauh, woha sekali lagi!

Ps: link shopee barang hiasan ruang tamu rumah abang akan di share di ruang komen, bagi yang berminatlah, pastikan ruang tamu ada rak buku, sebab membaca jambatan pulau pinang, tak membaca terowong pulau pinang-Now you Know!

rampas telefon anak di meja makan?

Alhamdulillah, saya masih mampu “rampas” telefon dari anak anak sewaktu di meja makan.

Doakan saya mampu “rampas” telefon mereka tanpa “merampas kasih sayang” dari mereka…

Alkisahnya, Jika kita lihat satu keluarga, sedang makan di restoran, semua tutup aurat elok elok, dan mendapati di meja itu ada suasana kasih sayang, yang mana tiada kelihatan anak anak main telefon sewatu bersama, dan si ayah kelihatan menguasai meja, dibantu isteri tercinta, maka yakinlah kita bahawa keluarga itu sedang mendapat lima nikmat hidup yang besar.

Fahami lima nikmat hidup maka mudah kita utamakan ikut keutamaan, dan boleh kita lihat nikmat ini pada sebuah keluarga di meja makan restoran

Saya hintung dari tahap ke lima dahulu..

Nikmat hidup terbesar tahap Kelima, adalah nikmat masa lapang, mereka ada masa lapang, kerana itu lah mereka boleh makan Bersama di restoran.

Keempat, nikmat hidup terbesar adalah mempunyai sumber rezeki, mereka ada duit, kerana itu lah mereka boleh makan Bersama di restoran.

Ketiga, nikmat hidup terbesar adalah kesihatan, mereka semua nampak berselera, sebab tu tengok air semua manis manis, makanan semua lazat lazat, alhamdulillah nikmat dapat makan sedap.

Kedua, nikmat hidup terbesar adalah berkasing sayang, mereka semua tak bertengkar atau bergaduh, sebab jika ada masalah tentang kasih sayang, mereka tak akan dapat makan Bersama dengan ceria.

Dan last! NIkmat Pertama, nikmat hidup terbesar adalah agama, ayah kelihatan menguasai meja, isteri bantu suami, dan anak anak respek pada ibu bapa, bila ayah berkata kata, semua anak mendengar, dan jika dipasang telinga, ayah rupanya sedang bagi tazkirah santai di meja makan.

Tahniah kepada keluarga itu, anda semua sedang mendapat lima nikmat hidup terbesar iaitu, MASA LAPANG, SUMBER PENDAPATAN, KESIHATAN, KASIH SAYANG EKELUARGAAN, DAN KEAGAMAAN.

Bab masa lapang, Bayangkan jika kita hidup tanpa masa lapang, maka takdelah ruang untuk bekarya, untuk hoby yang manfaat, untuk tambah pendapatan, untuk tambah nilai cinta, untuk tambah keluasan syurga, hargailah masa lapang kerana masa itu akan berlalu dan tidak akan kembali lagi.

Bab sumber pendapatan, Bayangkan jika kita hidup miskin, hidup susah, hutang keliling pinggan, aduh… menjadi miskin tidak haram tapi menyusahkan orang itu haram, berhutang tidak haram, tapi jika tak bayar mati syahid pun tak dapat selamatkan diri dari dosa hutang, dan menjadi kaya juga tidak haram maka usahakanlah jadi kaya dan bantu orang susah.

Sungguh Rukun Islam ada dua tempat perlu pada harta iaitu zakat dan haji, maka jangan takut menjadi kaya, sebab takut Dengan wang kita mungkin tak boleh beli kebahagiaan, tapi ingatlah dengan miskin kita boleh memdapat penderitaan secara percuma. Take noted.

Bab Kesihatan pula, Bayangkan jika kita hidup tanpa kesihatan? Terlantar sakit lumpuh, tak boleh makan macam biasa kena makan bubur, atau bayangkan setiap hari kena ke hospital tukar darah, atau apa apa sahaja penyakit, jika boleh di elak, elakkanlah, jika dah takdir kita kena penyakit, kasih sayang dan agama akan bantu kurangkan beban penderitaan. Insya-Allah

Jadi mari usahakan Kasih sayang dalam keluarga, pernah bayangkan jika kita hidup tanpa kasih sayang?

Bangun pagi takde orang kejut, balik rumah takde orang tunggu, makan takde orang layan, dan tidur malam takde orang teman, adakah itu kebebasan atau kesunyian? Berapa lama manusia mampu hidup tanpa kasih sayang?

Check balik, rupa-rupanya Tak ada orang sayang kita sebab kita pilih untuk bergaduh dengan ibu bapa sejak remaja, bergaduh dengan pasangan waktu bercinta beum kahwin lagi, bergaduh dengan anak anak hal remeh, bergaduh dengan kawan hal politik, bergaduh dengan jiran hal sempadan, lepas tu kita sangka kita akan bahagia?

Nabi Adam dalam syurga pun merasai sepi tanpa cinta lalu minta Allah teman hidup, maka apatah lagi kita yang hidup dalam penjara dunia, amat sangat memerlukan cinta. Terima kasih kepada semua yang sudi mencintai diri ini, sungguh cinta sesama manusia akan menutup aib kita selepas mati.

Lats paling penting, bab agama, bayangkan jika kita hidup tanpa Agama? Maka kita tak dapat jawab soalan dari mana kita datang dan kemana kita pergi? Dan apa tujuan hidup kita? Sebab alam ini terlalu besar untuk kita mencari jawapan dengan kaki sendiri, Lalu kita isi jawapan tu dengan falsafah hambar dan sampai satu masa, bila berdepan dengan maut, falsafah kita takde jawapan langsung nak menghadapinya, aduhhh.

Sungguh agama itu adalah nikmat hidup diwaktu senang, di waktu susah, di waktu sakit, di waktu mati dan di waktu hidup selepas mati, terima kasih Allah sebab pilih saya jadi orang Islam, pilih saya solat, puasa, bayar zakat dan pergi haji, terima kasih, hidup ini sungguh indah bila dapat MenyembahMU dengan cara yang paling layak Engkau di Sembah. Alhamdulillah!

Eh? Tadi waktu nak bayar, dah ada orang bayarkan?, Ohh.. Ok, anak anak, makan cepat cepat, jap lagi nak azan, kita solat berjemaah, awal waktu tempat azan di azankan.

Ps: Semoga saya sendiri dapat amal apa yang saya tulis, korang dapat amal apa yang di baca, dan kita semua woha sampai syurga!

Mar 17, 2022

Suami Zalim di Petronas?

Alkisahnya pergi stesen minyak Petronas tengok ramai orang sedang beratur. Terus saya buka app SETEL.

Tiba tiba terdengat dalam barisan beratur akan suara isteri minta kat suami dia.

“Abang, nak jagung ni boleh.?”

“Abang takde duit la, pegi masuk kereta sana. Sibuk ikut keluar kenapa. Lepas tu minta bukan bukan”

Tengok isteri dia sedih je masuk kereta. Mesti dah lama teringin nak makan.

Dalam hati, mungkin suami dia ada cukup cukup je untuk isi minyak.

Saya terus pilih no pam pada app Setel, tak perlu beratur pun sebab musim Covid ni kurangkan sentuhan dan lebihkan penjarakan sosial, tapi telinga saya jelas terdengar suara suami perempuan tadi mengorder

"kak Dunhill Merah 10 sekotak".

Menyirap darah saya masa tu, Isteri minta jagung dia marah. Tapi boleh pula dia beli rokok!

Saya tengok kiri kanan tiba tiba muncul seorang lelaki seiras Sham Shinoda terus potong que, rangkul kolar mamat tu, tanpa salam terus hantar jaw punch. Darah berlumuran keluar dari telinga si suami tadi. Dalam keadaan dia terbaring tu si sham panjat kaunter dan sambung dengan Jeff Hardy punya lompatan.

Ada beberapa orang cuba menghalang, segera si sham keluarkan kad ahli 3 line dan paparkan kepada umum. Semua terdiam dan takut masuk campur.

Usai move penamat tersebut, penjual jagung tu menunjukkan tanda jagung dah siap untuk dijamah.

Si sham ambil jagung tu dan menyerahkan kepada akak yang sedang menunggu suaminya.

"Nahh kak, ni jagung saya belanja. Maaf la saya rembat laki akak. Tapi saya tak dapat tahan marah bila dia mampu beli rokok tapi tak mampu bagi akak jagung"

Wah… kagum saya dengan si sham ini, Saya pula selepas isi minyak rasa kagum juga sebab tak beratur atau tekan cucuk kad, terus isi minyak jer. korang download lah app Setel di Petronas guna refer kod sv469. Dapat RM 5 percuma nanti bila guna refer kod masing masing.

Tiba tiba akak itu berkata:

"Aikkk jagung tu untuk anak akak, suami marah pasal dia baru cabut gigi dah nak makan jagung. Yang rokok tu memang dia beli untuk akak. Akak tak hisap John"

Si syam berlalu pergi tanpa mengisi minyak.

Woha!

Moral of Story: mulakan Setel dengan refer kod sv469!

Ulasan AJL?

Ulasan AJL ulangan malam tadi oleh Hamka keretamayat…

Wings membuka pentas dengan kisah cinta monyet.. Muzik suspend membuka pentas…. Lalu tersebut kisah sorang jatuh cinta pada sorang gadis 14 tahun yang tinggal di Taman Rashidah Utama, Seremban. Cinta tak berbalas maka terciptalah lirik..

""""Pertama kali kau ku cinta, pertama kali ku di luka…""""

Ok move on, terus masuk lagu berunsur nasihat..

""""

Buat baik berpada pada,

pesan orang tua,

Buat jahat jangan sekali,

engkau tak akan rugi,

Mulia di balas syurga,

dosa kan sengsara,

ini hokum karma!"""""

Dan kembali kepada lagu paling power dalam semua senarai lagu cinta.. Harapan!

""""

Deritaku hanyalah semalam

Kau sentuh hatiku dan menggegarkan

Kemarau hiba telah kubendung

Perghhhhh, terberak kau jika nak Tarik lagu ni!

Setelah harapan dicapai, Wings tutup lagu dengan nasihat tentang opera hidup.

Lakonkan dengan semangat kejujuran

Sinarilah hatimu oh kesucian

Oh… rempuh api kepalsuan

Pastikan keadilan Pastikan jaya..

Itulah ulasan abang tentang AJL semalam, lagu lain semua tak pernah dengar, dan balik lewat lepas isyak sebab ada tahli, lepas tu baru nak layan AJL, ada kawan call cerita isterinya kena kacau dengan hantu, lama kami sembang bab sains dan jin, habis borak, sambung tengok AJL, sekali dah muncul babak akhir dengan persembahan WINGS.

Maka kesimpulannya, Awie dan Wings berpesan, Hidup ini bermula dengan cinta monyet, tak kesampaian, dan teruskan buat baik, hingga muncul harapan dalam bercinta, kahwin, maka yang tinggal hanyalah opera hidup, lakonkan dengan semangat kejujuran.. now you know.

So lagu terbaik malam tadi jika dipertandingkan adalah:

HARAPAN dari WINGS

Woha!

Ps: Deritaku hanyalah semalam, Kau sentuh hatiku dan menggegarkan, Kemarau hiba telah kubendung...

Mar 16, 2022

Peribahasa paling BELANG?

Alkisahnya, Waktu makan bersama anak anak, elok juga si ayah ajak anak belajar sesuatu..

“anak anak, hari ni kita belajar peribahasa, apa maksudnya MENUNJUKKAN BELANG?”

 “Maksudnya, menujukkan sifat melawan ayah”

“Pandai adik K, Cuba bagi contoh ayat dengan situasi terkini?”

“JDT menunjukan belang menewaskan lawan 10 - 0 pada aksi Piala FA”

“Bagus, Anak lain? Boleh bagi contoh”

“Saya Ayah”

“silakan Abang H”

“MUDA yang dilihat sebelum ini sebagai sekutu PKR namun di saat akhir menunjukkan belangnya sebagai budak suruhan DAP apabila mengambil keputusan bertanding di mana PKR juga meletakkan calonnya.”

“amboi, mentang mentang budak muda dah boleh mengundi, bukan main menunjukkan belang dia punya contoh peribahasa”

“Maaf ayah, sebab tertunjuk belang”

“Anak lain? Boleh bagi contoh yang lebih positif”

“Saya Ayah”

“Silakan kakak N”

“Sila patuh SOP dan penjarakan Sosial kerana apabila Covid 19 menunjukan belangnya, maka keputusan RTK adalah positif”

Woha!

Ok guys, anak dah nak start sekolah bersemuka minggu depan, sesiapa nak beli Test Covid Kit, rasanya ini paling murah jumpa kat Shopee, baca ulasan pun bagus bagus, selamat bersekolah semua, jangan sampai Ujian Covid menunjukkan belangnya!

https://shp.ee/ega7rv3