Jul 13, 2021

Hantu Paling Perempuan?

Kisah jumpa Hantu paling ngeri.

Saya ni bukan berani sangat, tapi jika bertukang malam malam, tapi paku tak cukup, nak beli PKP Kedai semua tutup, selamba saya seru puntianak munculkan diri sebab nak pinjam paku dekat tengkuk dia.

Woha!

Pernah kan? Saya cerita kisah hantu perempuan?

Yang mana perempuan bila Balik kampung orang tanya bila nak kahwin? - dia naik hantu! Marah!

Bila di jalan kena ngorat pun dia naik hantu, marah jugak!.

"Jadi... nak kahwin ke tak nak?"

Ada juga perempuan yang cukur kening, lepas tu lukis balik.

"Errrr.. nak ke tak nak kening tu?"

Ada saksi bagitahu hantu perempuan pun cukur kening? Biar betul!

Belum lagi cerita kisah order makan cakap tak kesah, bila order dah sampai? Berminyaklah? Tak nak berkuahlah, tak nak nasik lah, tak nak masakan Mamak lah..

"Tadi kata tak kesah? Tak hantu kau?!"

Ingat kes ni kat Malaysia jer kot.., tapi pernah tengok movie barat, The Lake of the Dead, cerita hantu air.

Hantu ni jantina dia perempuan. Bila lelaki mandi dia akan muncul dan tanya soalan:

“Adakah kau cintakan aku?”

Lelaki tu jawab: “Tak!” Hantu tu terus marah dan bunuh lelaki tu.

Babak lain, ada pulak lelaki yang jumpa dengan hantu air ni, dan hantu ni tanya:

“Adakah kau cintakan aku?”

Lelaki ni jawab: “Ya!”

Hantu tu marah dan cakap: “kau tipu!” lalu bunuh lelaki tadi.

Saya yang menonton filem ni berbisik dalam hati:

“Orang perempuan?, apa dia nak sebenarnya?”

Adohai..

Nampaknya Perempuan jadi hantu pun masih tak berubah perangainya, woha!

Pendek kan cerita, lepas dah tengok cerita hantu perempuan tu, Saya pun tidur, dan bermimpi rumah saya di kacau oleh hantu perempuan rambut panjang dengan muka mengerikan yang muncul di tepi jendela, dalam mimpi saya sangka hantu ni prank, jadi saya keluar rumah nak pukul hantu ni, tapi bila tengok hantu tu berbogel dengan bentuk badan yang berkedut kedut, buat saya yakin bahawa ini hantu betul, sebab jika hantu prank tentu sipenyamar hantu akan pakai baju putih, ni siap berbogel dengan kudis seluruh tubuh, memang ni hantu betul ni, saya pun lari masuk rumah dan kunci pintu, hantu tu terus gegar rumah hingga saya terjaga dari tidur.

Alhamdulillah hanya mimpi, bini masih tidur di sebelah, tapi tiba tiba saya dengar pintu rumah di ketuk orang, saya pergi bukak pintu sedangkan pintu grill saya tak bukak, dan saya tengok bini ada kat luar rumah mintak tolong bukak pintu grill, tapi saya tengok dalam bilik ada jer bini sedang baring atas katil,

Kata ‘bini’ saya kat luar, bini yang sedang tidur dalam rumah tu hantu, kena bunuh untuk buktikan, sebab nanti jika ‘bini’ yang sedang tidur tu sedar, maka saya dalam bahaya, sayapun dah serba salah mana satu hantu dan mana satu bini?

Terus saya pergi dapur ambik pisau untuk bunuh salah satu hantu, yang sedang tidur atau yang luar rumah?

Tapi saya terlambat, bini dah bangun dan mereka bergaduh depan pintu, masing masing mengaku mereka adalah bini saya, dalam keadaan cemas, saya sempat buat lawak, tak payah bergaduh, kira abang ada dua bini sekarang! Senang! Kah kah kah!

Terus bini saya bukakan gril, dan saya kena serang dengan dua hantu, dan saya terjaga lagi sekali.

Bini ada sebelah, Luar rumah sunyi sepi, PKP... Hantu pun tak berani nak rentas daerah...

Alhamdulillah. Mimpi rupanya tadi dan mimpi ni menyedarkan saya:  Hantu pun anti poligami.

Woha!

Jul 12, 2021

Surat paling sedih?

Bayangkan korang hidup zaman Nabi, masuk islam di Mekah lepas tu kena siksa dengan orang kafir, tapi satu hari, korang dapat peluang larikan diri, terus tinggalkan Mekah dan menuju ke Madinah.

Perjalanan dari Mekah jalan kaki 450km, lebih kurang 9 hari perjalanan zaman tu.

Tapi sampai Madinah, Nabi tak terima korang, dan serahkan korang Kembali kepada orang kafir.

Sedih tak? Mampu tak hadapi ujian hidup macam tu?

Satu pihak nak seksa korang sebab masuk islam, lalu korang lari ke arah Nabi Muhammad SAW ketua orang islam untuk mintak tolong tapi Nabi tak benarkan korang rentas daerah, terpaksa patah balik kena PKP di Mekah, bukan kena kurung tak bagi makan, tapi kena siksa di Mekah, sedih tak?

Itulah ujian hidup yang berlaku pada sahabat Nabi Bernama Abu jandal yang baru masuk islam.

Semua tu kerana SOP perjanjian Damai, di Hubudaiyah yang mana dalam perjanjian itu mengatakan:

Orang yang telah masuk Islam dan berhijrah, harus dikembalikan ke Mekah dan orang Islam yang murtad dari Islam tidak dikembalikan ke kaum Muslimin.

Alkisahnya Abu Jandal telah disiksa, dan dirantai oleh kaum kafir karena keislamannya, namun telah berjaya lari ke Madinah, Ayahnya yang bernama Suhail datang dan lempang Abu Jandal, ambik balik ke Mekah untuk dimurtadkan Kembali.

Pesan Nabi pada Abu Jandal: “Dalam waktu dekat, Allah akan membukakan jalan bagimu.”

Abu Jandal akur dan ikut ayahnya Kembali ke Mekah, Nabi sendiri terpaksa akur sebab SOP perjanjian tu dan tulis macam tu.

Tak lama kemudian, Abu Bashir ra yang baru masuk islam telah melarikan diri dari Mekah dan lari ke Madinah.

Kaum kafir mengutus dua orang untuk membawanya kembali ke Makkah. Sesuai dengan perjanjian, Nabi SAW mengembalikan Abu Bashir ra kepada mereka.

Abu Bashir berkata, “Ya Rasulullah, aku datang setelah menjadi Muslim, dan engkau kembalikan aku kepada kaum kafir untuk menyeksaku?”

Nabi pun sedih dengan situasi ini, namun Nabi SAW hanya mampu menasihatinya, “Insya Allah Abu Basir, sebentar lagi Allah akan membukakan jalan bagimu.”

Taat Nabi Taat Allah, Akhirnya, Abu Bashir ikut juga dua orang kafir itu pulang ke Mekah.

Di tengah perjalanan, Abu Bashir tahu sampai ke Mekah beliau akan di azab hingga murtad atau mati, maka Abu Basir pura pura baik dan mesra dengan dua orang kafir itu.

Pendekkan cerita dalam perjalanan pulang ke Mekah yang Panjang, Abu Basir ra berkata kepada orang kafir yang mengiringnya pulang.

 “Hai kawan, cantik betul pedang kamu, kagum saya tengok”

Orang kafir itu pun mengeluarkan pedang dan berlagak:

 “Ya, pedang ni memang hebat, aku telah menebas banyak orang dengan pedang ini.”

“Boleh aku tengok kejap?”

Selamba orang kafir tu bagi Abu Basir pegang pedang tu, sejurus sahaja pedang itu berada di tangan Abu Bashir, terus di libas kepala orang kafir tu sampai putus kepala, dan kawannya yang sorang lagi, terus lari lintang pukang menuju Madinah, Abu Basir bergegas kejar dari belakang.

Maka bermulalah aksi kejar mengejar dipadang pasir.

Pendek cerita, orang kafir itu berjaya sampai ke Madinah dan terus berlari ke arah Nabi sambil menjerit:

 “Temanku telah dibunuh dan sekarang akan tiba giliranku,”

Tak lama kemudian, muncul Abu Bashir bersama pedang terhunus, dan baju yang ada percikan darah, lalu berkata,

“Ya Rasulullah, engkau telah memenuhi janjimu dengan mereka, dan aku pun telah dipulangkan, namun aku tidak memiliki janji apa pun yang menjadi tanggung jawabku atas mereka. Kulakukan semua ini karena mereka berusaha mencabut agama dariku.”

Nabi faham situasi Abu basir namun tetap suruh beliau balik ke Mekah, sungguh Tiada tempat selamat lagi baginya, tinggal di Madinah, bila bila masa orang kafir akan datang dan tangkap beliau dan Nabi tak boleh halang, Abu Basir sangat sedih lalu lari dari Madinah dan bersembunyi di Kawasan hutan berhampiran pantai.

Kemudian Abu Jandal ra yang dengar kisah ini, telah larikan diri sekali lagi tapi kini tidak meminta suaka di Madinah, malahan bergabung dengan Abu Basir di Kawasan hutan berhampiran pantai, lama lama bilangan mereka semakin ramai, hingga mencecah 70 orang, pelarian islam dari Mekah makin ramai dan semuanya bergabung dengan Abu Basir hingga mencecah 300 orang.

Sahabat Nabi ni berjiwa pahlawan, dan tanpa ketua (nabi) mereka semua kini menjadi pahlawan tidak bertuan, mereka jadi macam Ronin (Samurai tidak bertuan) yang membawa Haluan sendiri dan merbahaya kepada musuh mereka.

Maka Gerakan ini menjadi Tentera tidak bertuan dan menyerang orang kafir dari masa ke semasa terutama orang kafir yang melintas Kawasan gurun dan pantai atau nak pergi meniaga di Daerah lain, memang kena serang.

Kaum kafir di Makkah pun merasa ketakutan sehingga mereka terpaksa menjumpai Nabi SAW dan merayunya dengan menyebut nama Allah, agar Nabi arahkan geng islam area pantai henti menyerang orang kafir.

Tapi nabi bagitahu mereka tidak bertuan sebab kamu tak bagi mereka pulang ke Madinah, terus orang kafir insaf kerana faham sahabat Nabi tanpa Amir lebih bahaya lalu mereka ubah SOP dengan benarkan semua pelarian islam Kembali ke Madinah.

Dengan perubahan SOP ini, maka berduyung duyung orang Mekah masuk islam dan hijrah ke Madinah tanpa ada gangguan. Bibit kemenangan Islam semakin hampir.

Lalu Nabi tulis surat kepada Abu Basir dan semua pelarian islam, kembalilah ke Mekah, Allah telah menolong kamu.

Kemudian Nabi dan beribu ribu orang islam Islam telah pergi Mekah dan menawan Mekah tanpa pertumpahan darahpun sebab Allah telah campakkan kegerunan pada orang kafir apatah lagi dengan bilangan orang islam yang sangat ramai.

Berhala yang menghias Kaabah, 360 buah, telah di musnahkan, dan Mekah telah bebas dari berhala selamanya, malahan semua orang kafir telah dihalau dari Mekah selamanya dan tanah Mekah haram dipijak orang kafir sampai hari ini.

Islam telah menang!

Balik kepada kisah Abu Bashir dan Abu Jandal serta pelarian islam lain yang telah sekian lama terseksa hidup dalam buangan, akhirnya sangat gembira kerana mereka semua telah dibenarkan pulang ke Madinah, diberitakan, abu Bashir pada waktu itu sedang nazak, sakit teruk, tidak dinyatakan punca nazaknya, letih berperang atau kekurangan zat makanan, tapi dalam catatan sejarah, Abu Basir sedang terlantar sakit menanggung ujian hidup.

Namun surat kemenangan dari Nabi yang mengajaknya pulang akhirnya sampai ke tangan beliau, bercucuran air mata beliau menerima surat itu kerana Allah telah terima ketaatan beliau pada Nabi walau hidup dalam derita, lalu surat itu di ciumnya kerana rindu kepada Rasullulah, dan Abu Basirpun menghembuskan nafasnya dengan surat Nabi menutup wajahnya.

Siapa potong bawang ni? Sob sob..

Tuan tuan, kita semua sedang di uji, dengan PKP, PKPD, SOP, Covid, Ekonomi, PDPR, anak OKU, dan sebagainya, namun ambiklah masa baca kisah Nabi dan Sahabat, bacalah taklim, sungguh kisah mereka orang awal masuk islam telah diuji dengan ujian yang sangat berat tapi masih mampu meningkatkan keimanan, sedangkan kita dalam baki nikmat yang banyak, ada yang menggadaikan keimanan.

Semoga Allah ampun dosa kita semua dan kurnia syurga.

Tahniah Abu Basir, Abu Jandal! dan semua pelarian islam yang tabah hadapi ujian hingga hujung nyawa!

Ayoh kita semua, bertabah dengan semua ujian hidup! Kerana kita pelarian syurga

Jom Woha sampai syurga!

Jul 11, 2021

Muhasabah itu Motivasi?

“Muhasabah ni apa akak?”

“Muhasabah ni motivasikan diri, betul tak ayah?”

“Hmmm, Motivasi tu hampir tepat, untuk arabnya motivasi ni adalah Targrib, atau Zihin.., jadi Muhasabah ni adalah islah diri”

“Islah diri tu apa?”

“baiki diri”

“Baiki diri samalah macam motivasi”

“Tak, Muhasabah ni lebih kepada Cermin diri”

“Cermin diri tu samalah dengan motivasi?”

“Okey begini, ingat tak proses mensyuarat kita buat tiap hari? Ayah akan Tanya laporan setiap sorang dari kamu, dan kamu biasanya akan cerita empat perkara, nikmat tuhan semalam, ujian tuhan semalam, pahala yang dah buat semalam, atau dosa yang terbuat semalam, ingat tak?”

“Ingat ayah”

“Lepas tu ayah akan suruh kamu bersyukur dengan nikmat yang kamu mungkin tak nampak, dan suruh bersyukur dengan ujian Tuhan yang mungkin ada hikmah, dan minta betulkan niat dalam amal baik agar ikhlas, dan bertaubat dari segala dos ajika terbuat, ingat tak?”

“Ingat ayah..”

“Jadi Muhasabah diri ni adalah kamu bermesyuarat dengan diri kamu sendiri, check apa nikmat Allah hari ni, ada syukur tak? Apa ujian Allah hari ni? dah tukar ke dari sabar kepada redha? atau lebih tinggi lagi bersyukur diuji kerana itulah jalan orang yang soleh, check ikhlas tak dalam buat amal baik?, dan jika ada buat dosa, terus bertaubat, begitulah”

“Ohh, muhasabah ni kira macam motivasi diri jugaklah kan?”

“Lebih kepada islah diri, cermin diri”

“Cermin diri agar lebih bermotivasi?”

“Lebih kurang begitulah”

“Jadi betul lah, Motivasi diri!”

Woha!

Ps: Syukur anak perempuan saya menjadi perempuan juga, sebab bila berhujah sentiasa nak menang! HiHiHiHi. Semoga korang yang baca ni dapat muhasabah diri dengan perbualan ini seterusnya mampu islah diri ke arah cermin diri atau sekurang kurangnya, termotivasi diri dan terus termuhasabahi! Ayah pun nak menang hi! Hi hi hi!

Jul 10, 2021

Formula Rare zaman sekolah?

“Ultraman Zero Balik Malaysia Melawan Zombie Untuk Negara”

“Woi, ayah suruh ulang kaji kerja sekolah, apa ke hal cerita kisah Ultraman Zombie semua ni?”

“kitaorang hafal formula planetlah ayah”

“Formula hafal Planet Ultraman?”

“Bukan, ini teknik mudah nak hafal susunan Planet, iaitu Utarid Zurah Bumi Marikh, Mustari Zuhal Uranus Neptun”

“Wow, lain ada lagi?”

“Mari Jual Kacang Hijau Bersama Ipin Upin”

“Apa tu?”

“Warna pelangi: Merah, Jingga, Kuning, Hijau, Biru, Indigo, Ungu!”

“Wow”

“Ayah zaman sekolah dulu ada formula tak?”

“Hmmm, ada”

“Apa?”

“No Way To Speak Chines Tamil”

"Formula apa tu?"

"Rukun Haji, ada lima: Niat, Wukuf, Tawaf, Syae, dan Tertib!"

"Lagi ayah?"

"SISWA!"

"Apa tu?"

"Rukun Kahwin: Suami, isteri, saksi, wali dan akad!"

"Lagi ayah!

"SISWAS!"

"Apa tu?"

"Cuba teka?"

"Tak tau! Apa tu?"

"Rukun kahwin jugak tapi di Malaysia kena ada S dihujungnya untuk sijil! Takde sijil kira tak sah! Harap anak ayah semua tak ada yang kahwin lari di Thailand lepas tu sijil takde!

Woha!

Paling penting!

SOP PKP: Sunnah of Prophet,  Please Keep Patience!

Jul 9, 2021

Boleh ke Kibar Bendera Putih?

Sekarang viral isyarat gantung bendera putih depan rumah jika ada masalah kelaparan. Apa pendapat kereta mayat?

Alkisahnya.. duduk rumah selongkar kenangan lama, sekali terJumpa lukisan waktu sekolah menengah dulu.. ni tiru komik pendekar laut.. penyelamat dunia sedang duduk depan bendera putih kerana semua pahlawan telah terkorban melawan alien.

Ok. Balik kepada gantung bendera tanda lapar depan rumah..

Bagus juga idea ini sebab zaman Nabi dulu sahabat boleh tahu rumah jiran yang ada masalah bab makan bila dapur mereka tak berasap.

Hingga ada kisah sahabat yang pura pura asapkan dapur agar jiran sebelah     tak susah hati.

Zaman sekarang dapur gas tak nampak asap jadi tak tahu jiran sebelah ada makanan ke tak?

Tak kan nak check bau durian ada tak ada baru nak bantu? Woha!

Maka dengan gantung bendera putih menjadi satu isyarat isi rumah sedang susah. Tengok kejiranan saya hari ni belum ada yang gantung bendera.. tercium bau durian tu ada.

Rezeki dia. Huhuhu..

Jadi bertabahlah semua guys.  Semoga wabak ini cepat berlalu dan Masjid buka macam biasa. Dan Dakwah Takwun kembali bergerak.

Amin.

Jul 8, 2021

Soalan tersusah dari anak?

Zaman PDPR, sedang si ayah sibuk bekerja dirumah, anak tiba-tiba datang bertanya:

“Ayah, apa maksud total?”

“Penuh!”

“Jika Total Lockdown?”

“Tutup semua!”

“Tapi kenapa Total Lockdown mak kena pergi kerja? Bukan tutup semua ke?”

“Kilang mak kerja tu penting untuk ekonomi”

“Oh ye ke? .. er, ayah, apa maksud segara?”

“Secepat mungkin?”

“Berepa lama tu? 3 bulan ke?”

“Tak, maksudnya sangat cepat!”

“Okey, baik.., satu lagi soalan, apa perbezaan pinjaman berlesen dan Kredit Komuniti?”

“adohai, cikgu kamu tanya soalan susah sangat kenapa? Ada soalan lain tak?, peribahasa ke?”

“Ada Ayah, apa maksudnya “Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”

Si ayah terdiam. Tiba tiba Di riak wajahnya ada tanda muram dan sedih yang teramat dalam apabila anaknya bertanya soalan peribahasa tersebut.

Si ayah terus memejamkan mata, suasana hening dan hiba, lama ..lebih dari 5 minit tak seorang pun dari anak bini yang berani membuka mulut.

Masing masing terpaku melihat si ayah terus memejamkan mata tanpa berkata apa apa. Hanya terlihat bibirnya yang bergerak gerak menahan pilu yang sangat menguris hatinya.

Selepas hampir 7 minit suasana terhenti dan hening, si ayah membuka mata dan dikelopak mata yang sudah tua dan uzur itu jelas terlihat ada linangan airmata, anak anak tidak berani menatap matanya yang tajam. Terus mengalih pandang kearah lain kerana tak sanggup melihat airmata ayah mereka gugur.

Dalam hati si ayah teringat dengan dua kesalahan besar dalam dirinya, sebab pepatah “Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran” pernah di rasainya sangat.

Sangat sangat!

Kesalahan pertama, tamak! Melabur semua simpanan dalam Skim cepat kaya, rantai emas pun digadaikan, wang simpanan tabung haji dikeluarkan untuk melabur dalam pelbagai skim cepat kaya, tapi akhirnya tersontot, hilang semua wang, dan musim PKP ni, mulai sedar erti “Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”

Kedua, si ayah teringat, pernah berdemo tumbangkan kerajaan terdahulu kerana percaya negara sedang bangkrap! walaupun hakikatnya ekonomi negara melonjak tinggi. "The greatest bull run in history", dan rakyat dapat pelbagai kemudahan, hingga pergi oversea zaman tu, mudah jumpa orang Malaysia di mana mana.

Tapi sebab rakyat ramai yang mudah kena tipu, kerajaan itu digulingkan dan diganti dengan kerajaan Janji minyak murah, PTPTN free, rakyat jadi kaya raya, kereta murah, rumah murah, peluang kerja bertambah, tapi semuanya tipu belaka.

Kemudian diganti pula kerajaan yang tidak stabil.

Akhirnya, mendapatlah.., yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Sekarang ini bukan nak cerita pasal baucer buku, kereta murah, PTPTN Free, bukan!

Sekarang hari hari cerita Virus merebak dan pesakit bertambah, hospital terhad, vaksin tiada, dan lebih sedih, ada rakyat, makanan atas meja pun tiada.

Tapi tadi mujur Pihak Surau ada datang bagi bantuan makanan, Alhamdulillah, terima kasih juga kepada semua NGO, Pihak Surau, Peniaga yang baik hati, jiran jiran dan Kerajaaan serta semua yang membantu. Alhamdulillah.

Tak lama lagi ada yang boleh keluarkan KWSP, atau ada yang dapat bantuan sana sini, duit tu jangan nak melabur tanpa ilmu, simpan dan guna pada tempat yang betul, jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Sungguh seorang Mukmin tidak jatuh dalam lubang yang sama dua kali.” (HR Bukhari dan Muslim).

Semoga kita semua Woha sampai syurga!

 

Jul 1, 2021

4 Renungan sewaktu PKP?

1.Rumah kita adalah gambaran Kubur, jika rumah kita selesa, ada makanan, ada kasih sayang.. alhamdulillah, itulah rumahku syurgaku, tapi jika rumah kita bersesak, makanan tiada, selalu bergaduh dalam rumah, maka hidup macam dalam neraka, rujuk hadis, kubur itu boleh menjadi TAMAN SYURGA atau LEMBAH NERAKA.

2.Mujuk di Rumah rasa susah macam neraka, boleh kibar bendera, ada NGO bagi bantuan, silap silap Utsaz Ebitpun sampai, Alhamdulillah, sama jugak di Kubur nanti ada Bantuan sampai dalam bentuk, Sedekaj Jariah, Ilmu yang bermanfaat, dan Doa anak yang soleh.

3.Waktu PKP tak boleh rentas Daerah, Nanti akhirat nak rentas minum air di telaga Nabi, ada sekatan dari Malaikat, orang yang benci Nabi Muhammad SAW tak boleh rentas dan kena bersesak di padang Mahsyar, yang Berjaya minum akan lepak bawah Arash.

4.. Waktu PKP, pergi mana-mana, kena check suhu badan, jika demam, tak boleh masuk, akhirat nanti, nak masuk syurga, kena semak Iman, Sihat ke tak sihat?

Jika Iman kita sihat, InsyaALLah boleh masuk syurga.

Tapi jika tak sihat? Aduh nak kena rendam dalam Neraka dulu.

Jadi.. macam mana nak tahu Iman kita sihat? Nak pakai alat apa nak semak?

Jawapannya ada dalam Al quran dan hadis, yang mana kita boleh semak “suhu” Iman kita.

Iaitu jika kita buat ibadat rasa tak sedap, contohnya bila solat rasa tak best, bermakna Iman kita tak sihat.

Bukan sebab solat tu tak best, tapi Iman yang sakit, macam orang sakit makan KFC rasa hambar, bukan salah KFC, tapi salahkan seleranya yang hilang sebab demam, maka sama jugak bila Iman kita sakit, solat rasa beban, puasa rasa leceh, zakat rasa sesak, haji rasa berat… adohai..

Jadi memang nak kena buat usaha atas Iman, yang mana jika nak sihat tubuh badan, kena jaga makan dan senanam, maka untuk sihatkan Iman Nabi suruh kita banyakkan belajar ilmu (makan) dan berdakwah(bersenam)

Lain tanda Iman kita OK adalah bila buat dosa rasa sedih, bila dengar nama Allah rasa takut, bila tengok orang buat maksiat rasa risau, dan banyak lagilah tanda tandanya.

Semoga kita semua dapat masuk syurga. Suhu Iman ok tak demam, SOP Rukun Islam dan Rukun iman semua patuh. Tak ada contact rapat dengan syirik dan kufur. Result negative munafik.

Alhamdulillah.

Terus layak masuk syurga walau lokasi bawah sekali pun takpe.. asalkan tak masuk neraka.

Woha!