Dec 17, 2025

Ernie Zakri effect?

Alkisahnya, isteri saya cerita, bintang paling popular tahun ini, naik pentas pakai baju biasa biasa sahaja. Kagum dia tengok sebab nampak comel katanya perempuan pakai baju biasa biasa jer tak perlu nak berbunga bunga besar gedabak, pelik pelik, mahal mahat tapi, pakai sekali jer. Contohilah Erni Zakri katanya. Ringkas dan comel.

Lalu saya yang sedang memandu Axia Rahmah bersama isteri yang pakai baju yang biasa biasa, konon nak pergi kedai Tom Yam, pekena sup ekor. Terus parking ke sebuah kedai mewah ala ala Rembayung...
Alamak, abang nak bawa makan kat sini ke? Saya pakai baju biasa biasa jer ni!
Hahaha, inilah Erni Zakri effect, jemput makan sayangku!
Woha!
Ps: Pakai kereta Axia, boleh jimat banyak, boleh belanja isteri makan mewah sekali sekala sementara masih sihat. Alhamdulillah.
Ps2: Malu nak share gambar kedai makan ala ala Rembayung kat sini, tapi saya share kat komen, hehehehhee,
Ps3: “Dan tidaklah kamu memberikan nafkah dalam mencari keredhaan Allah melainkan semuanya akan dibalas dengan pahala. Sehinggakan setiap suap yang disuapkan ke dalam mulut isterimu (juga akan diberi pahala). (HR Muslim).
Ps4: Jom bawa isteri pakai baju biasa biasa ke kedai yang bukan biasa biasa, Ernie Zakri effect! Woha!