Pelik tapi benar.
Dikampung saya ada tok bomoh rupanya, ada kawan dari jauh
datang hantar ayahnya sakit berubat, yang mana saya yang dekat ni tak pernah
pergi pun berubat walau satu kampung dengan bomoh tu.
Pelik kan? Orang jauh sanggup datang, orang dekat tak pernah
pergi.
Kemudian, saya pulak jadi orang jauh sanggup datang ke bukit
Bintang Kuala Lumpur, ajak anak main game interaktif visual di Isetan Lot 10,
Space and Time Cube, ada promosi merdeka, harga murah sikit, anak OKU separuh
harga, dan 6D ride, rumah hantu, dan pelbagai game free dalam pekej tersebut.
(video hantu kat bawah)
Habis main game, saya pergi kenduri bertunang sebab dilantik
menjadi juru pantun, bila sembang dengan semua orang KL, semua orang KL kat
majlis tu mengaku tak pernah pergipun Space Time Cube tu, hahaha
Pelik tapi benar, orang jauh dah datang, orang dekat tak
datang.
Tapi itu tak pelik lagi.
Terpaling pelik, Ada orang rumah tersangat dekat dengan
masjid, hingga boleh pergi tandas masjid jika tandas di rumah dah penuh, tapi
tak pernah istiqamah hadir solat berjemaah lima watu, manakala ada orang lain,
rumah tersangat jauh, terpaksa naik kereta, atau motorsikal, tapi bila azan
berkumandang, tetap sampai akan mereka semua dengan izin Allah.
Moral of the story, Semoga Allah pilih kita semua solat
dimana mana masjid, sama ada jauh atau dekat. Amin.
Okey, simpan sini gambar masuk SPACE TIME CUBE, walau saya
bukan orang Key Ell!
Woha!