Apr 14, 2025

Orang islam ada hari yang malang?

 

Orang islam dan BAD DAY.(hari yang malang)

Alkisahnya, waktu memandu hantar anak pulang ke asrama, saya dilanda sakit gigi yang amat sangat, tak pernah seumur hidup rasa sakit gigi sesakit ni, seolah ada kuman berduri sedang korek gigi dan menari, mujur Puan bini ada gantikan memandu, saya tukar kerusi, dan lawan kesakitan gigi tanpa memandu.

Sakit tak hilang, saya rebahkan kerusi, baru rasa kurang sikit, agaknya kuman dalam gigi saya ni tak boleh berdiri yang mana bila baring tu, rasa kurang sikit sakitnya, kuman tak boleh manari sambil baring.

Baru nak selesa, sakit tu datang lagi, rasa macam kuman tu berenang renang kat tempat sakit, telinga pulak rasa berdesing, Aduh.

Terus saya google klinik gigi near me, dari Tol Gambang, lepas isyak, banyak kedai tutup, nampak satu kedai gigi di Jaya gading Kuantan belum tutup.

Terus cari parking, dan berdoa agar tiada pesakit lain, agar dapat hilangkan sakit gigi ini dengan segera.

Alhamdulillah doa makbul, memang kosong klinik tu, semua orang masih beraya kot. Nak tutup dah kedai maka saya jadi pengujung terakhir.

Saya terus jumpa doctor, tapi kata doktor, tak boleh buat rawatan akar sebab gigi dah rosak ke dalam sangat, kena cabut, tampalanpun tak boleh dan tetap kena cabut.

Saya pulak berdebar, sebab dah 48 tahun hidup! Belum pernah cabut gigi! Dengar cerita sakitanya lain macam.

Untuk rekod, masa bujang pernah sakit gigi tapi tak sesakit ini, saya pilih rawatan akar, sebab gigi masih kekal Cuma tak rasa sakit, kos zaman tu, 25 tahun dahulu, RM300 sahaja.

Sekarang, tak boleh buat rawatan akar, dan oleh denyutan dalam gigi semakin kuat, saya sedia juga di cabut.

Kata doctor, bukan malam ni, kena makan ubat antibotik dulu, lima hari baru boleh cabut.

Apa? Lima hari baru boleh cabut?  Sakit sangat ni doctor.Kenapa tak boleh cabut terus doctor?

Sebab, jika sedang sakit, ubat bius tak berfungsi dengan baik, waktu cabut awak akan rasa sakit dua kali ganda? Nak!

Ok Ok, saya percaya kata pakar, sebab Al quran suruh rujuk pakar,

Maka sayapun balik rumah dengan gigi masih berdenyut.. doctor bagi ubat tahan sakit dan antibiotik. Saya baca Alfatihah dah hembus pada ubat, terus telan dan tidur.

Esoknya Alhamdulillah rasa dah kurang, lepas tu hilang, dan lepas tu datang pun sekejap sekejap sahaja.

Lima hari kemudian, iaitu hari ini.

Puan Isteri terpaksa balik kampung nak jaga ayahnya yang sakit, anak anak ikut sekali. Tinggal saya seorang diri nak berperang dengan klinik gigi.

Lepas solat Jumaat, saya menyerah diri pada doctor, siap pesan, jangan salah cabut gigi doctor?, ya, ya saya tahu, kata doctor.

Doktor cakap, tahan yer saya nak suntik ubat bius.

Alamak, panjangnya jarum, srap.., cucuk, sakit, tapi boleh tahan.

Sekali lagi yer, Srapppp, cucuk, sakit, tapi boleh tahan, tangan tak genggam apa apa, sebab dalam minda saya dah pesan, sakit gigi tu lagi sakit dari cucuk bius ni, dan sakit neraka lagi sakit dari semua ni.

Lepas tu doctor tu ambik player, jururawat pegang kepala, dia Tarik gigi tu, kiri kanan, kiri kanan, dan akhirnya, gigipun tercabut. Tak sakit pun.

Kemudian doctor Letak kapas gauze, dan pesan Gigit kapas tu selama satu jam – Jangan terus buang, bagi masa darah beku terbentuk.

Kalau masih berdarah, tukar dengan kapas baru (doktor bagi lebih) dan gigit lagi 30 minit.

Jangan kumur kuat, jangan ludah kuat, dan jangan sedut (guna straw atau hisap rokok) untuk 24 jam sebab boleh ganggu darah beku.

Sila Makan makanan lembut dan sejuk (macam bubur, sup suam, aiskrim) sebelah yang tak kena cabut.

Tidur nanti kepala tinggi sikit malam ni – letak bantal lebih supaya darah tak mengalir ke tempat cabutan dan kurangkan bengkak.

Kalau sakit, boleh makan ubat tahan sakit yang doktor bagi.

Kalau lebih 24 jam darah masih keluar banyak, atau sakit makin teruk, elok terus jumpa doktor gigi semula.

Begitulah lebih kurang.

Lepas tu kena bayar RM200, oh sebab tak pernah cabut gigi, terkejut jugak kosnya sampai RM200.

Tapi takpe, rezeki doctor tu.

Maka balik rumah, alamak, gigi takde, isteri takde, siapa nak masak?

Singgah kedai, beli bubur ayam.

Penjual tu cakap kat pekerja dia, bungkus pakcik tu satu.

Pakcik? Saya toleh belakang takde siapa siapa,

Sayalah pakcik tu.

Cabut gigi memang auto jadi tua ek?

Woha!

(Padahal memang dah tua pun)

Balik kepada tajuk di atas, Orang islam dan BAD DAY.(hari yang malang), sebenarnya tiada istilah Hari malang untuk mana mana manusiapun.

Yang ada adalah hari ujian kecil di celah nikmat hidup yang banyak.

Syukurlah gigi sakit boleh cabut klinik swasta, syukurlah ada duit boleh bayar rawatan gigi, syujrlah ada pakar perubatan cipta bius, syukurlah ada orang jual makanan panggil pakcik, kalau tak dah kena masak sendiri. Syukurlah ada kereta axia boleh kesana sini. Syukur ada rumah boleh berteduh, Syukur ada Allah yang akan membalas segala kesakitan dan kesabaran dengan pahala berganda.

Nikmat mana lagi yang kita dustakan.

Okey, nak kena buat gigi palsu pulak lepas ni, kos dari RM200 ke RM800 katanya, ada sesiapa nak order tanjak untuk jamuan raya?

Woha!


Apr 11, 2025

Selamat HARI RAYA sebulan?

 

Selamat hari raya semua!
Alang alang suruh Chat GPT lukis gambar, minta chatGPT buat berita sekali, tengok apa Chat GPT tulis..
*****
BERITA]

KELUARGA BESAR BERGAYA TRADISIONAL DI HARI RAYA – WARNA MERAH HATI TARIK PERHATIAN
2 Syawal – Suasana Hari Raya Aidilfitri terus meriah dengan tradisi kunjung-mengunjung, seperti yang dirakam dalam gambar sebuah keluarga yang tampil anggun dalam persalinan merah hati.
Dalam foto yang diambil di ruang tamu sebuah kediaman, tujuh ahli keluarga bergaya seragam dengan pakaian tradisional yang mencerminkan keindahan budaya Melayu. Kaum lelaki mengenakan baju Melayu lengkap dengan tanjak dan sampin songket, menyerlahkan unsur warisan yang masih teguh dipegang. Bagi wanita pula, baju kurung moden dan hijab dalam tona senada menambah keanggunan penampilan mereka.
Pemilihan warna merah hati bukan sekadar mencipta keseragaman, tetapi juga melambangkan keberanian, kasih sayang, dan kegembiraan yang menyelubungi sambutan Syawal. Warna ini memberi sentuhan elegan sekaligus memancarkan semangat kekeluargaan yang erat.
Di ruang tamu, kerusi sofa bercorak klasik menjadi tempat utama keluarga berkumpul dan bergambar, memperlihatkan kehangatan hubungan sesama mereka. Di latar belakang, langsir dengan sentuhan rona keemasan dan krim melengkapkan suasana rumah yang selesa dan tradisional.
Seperti kebiasaan di Hari Raya, ziarah-menziarahi antara keluarga dan sanak saudara mengeratkan silaturahim, di samping menjadi peluang untuk memperkenalkan warisan pakaian tradisional kepada generasi muda. Kemesraan dalam foto ini jelas menggambarkan nilai kekeluargaan yang terus dijunjung tinggi dalam perayaan Aidilfitri.
Woha!