Jul 1, 2024

Childfree, tak nak anak sebab takut miskin?

Nak komen sikit bab CHILDFREE (pasangan tak nak anak dengan sengaja sebab takut miskin)

Alkisahnya, saya pernah tengok wawancara, Khabib Nurmagomedov juara UFC ditanya: jika kamu sesat di sebuah pulau, dan boleh tinggal bersama sorang sahaja kawan dari Teamnya, dengan siapa kamu nak pilih?

Wartawan mungkin anggap jawapan Khabib adalah Islam Makachev sebab mereka BFF.

Tapi Khabib jawab,

Ketika Allah cipta Nabi Adam, kenapa Allah tak temankan Nabi adam bersama kasih sayang seorang ayah? Atau ibu? Atau sahabat? Kenapa?

Kerana Allah tahu dimana sumber terbesar yang boleh membahagiakan manusia, iaitu Allah berikan isteri dan dari isteri akan dapat anak.

Maka kenapa saya nak kena pilih kawan?, saya nak pilih isteri, dan dari isteri saya akan dapat population.

Satu dewan gelak jawapan Khabib yang sungguh deep.

Dan kita semua tahu, Nabi Adam dan Hawa diturunkan ke dunia dan digembirakan dengan anak anak…, dan sejak zaman berzaman manusia belum pupus sebab memiliki anak adalah salah satu sumber terbesar dalam senarai kebahagian manusia..

Berapa ramai suami isteri yang menangis depan Kaabah sebab belum dapat rezeki anak, maka jangan kita sombong sebelum sampai umur tua… yang tak dapat, teruskan berusaha dan berdoa, yang dah dapat, jangan pula abaikan….

Sungguh anak anak ni, adalah rezeki yang telah membahagiakan jutaan manusia…

Alkisahnya Saya pernah mengembara dengan geng gunung, mendaki macam macam gunung, juga pernah backpakers dengan geng lelaki, dan sampai masa penat mendaki, dah seminggu tak balik rumah maka kamipun berpisah..

Saya dengan wajah ceria dan mata bersinar, tak sabar nak balik rumah,

Sebab Isteri dah wasap tak sabar nak jumpa, Tuhan sahaja tahu betapa rindunya saya nak peluk anak anak, nak makan bersama mereka, nak peluk cium mereka, malam ni tidur ada orang peluk, oh rindunya…

Tapi sahabat saya, wajahnya biasa sahaja, sebab tiada anak isteri tunggu di rumah, isteri ada tapi tak minat Hiking, dan dia dah plan nak daki gunung seterusnya…

Maka kepada mereka yang nak CF..

Ketahuilah, fitrahnya, manusia adalah makhluk yang tidak mampu bersunyi diri.. terutama Ketika sakit dan susah…

Pulang tiada yang menanti, pergi tiada yang peduli, hilang tiada yang cari, itu bukan KEBEBASAN, itu adalah KESUNYIAN..

Bak kata Buya Hamka: “Kalau hidup sekadar hidup, kera di hutan pun hidup”

Maka berkeliaranlah manusia itu di lembah kesunyian mencipta kebahagiaan palsu yang ahlinya telah ramai membunuh diri..

Balik pada islam..

Sunnahnya bekeluarga, ada kisah Sahabat tak mahu ada anak dengan alasan mahu sibuk beribadat, lalu Nabi tegur, aku sebaik baik manusia, dan aku berkeluarga..

Jadi dalam islam ini, kita akan selalu dengar istilah kiamat kecil akan datang pada semua manusia sebelum kiamat besar, atau kisah fitnah dajjal kecil akan datang pada semua manusia sebelum dajjal besar,

Tapi jarang kita dengar istilah syurga kecil akan datang pada semua manusia sebelum syurga besar, kerana ramai yang tidak berusaha untuk mendapatkan syurga kecil itu.

Malahannya syurga besar bukan semua orang mampu dapat, kena berusaha lebih, maka mahalnya syurga kecil, juga bukan semua orang mampu dapat, kena berusaha lebih sikit..

Maka untuk dapatkan syurga kecil, Rumahku Syurgaku..

Kena berusaha kawan, kena kahwin, dan bila ada anak, kena ambik tanggungjawab, tak lama pun sebab mereka akan sangat cempat membesar, dan tiba tiba ada orang ramai dalam rumah, lebih tinggi dari ibu dan ayah, meriah sungguh.

Kenapa korang besar cepat sangat? Jika tahu korang cepat membesar macam ni, ayah peluk lama-lama agar lambat membesar..

Woha!

Ps: Syaitan itu menakut-nakutkan kamu dengan kemiskinan dan kepapaan dan menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji. (terjemahan ayat Al quran) renung renungkan.