Orang bukan Islam baca makna Al Quran dan masuk Islam, tapi saya tanya orang Islam, jawapan agak mengejutkan..
Nov 20, 2023
Orang Islam yang buta huruf?
Alkisahnya, bila kita tanya pada orang islam ramai mengaku dah habis baca Al quran dalam bahasa arab, ramai dah khatam siap ada yang buat majlis pulut kuning, tapi cuba tanya dah habis ke belum baca makna Al quran dalam bahasa melayu?:
“Kena baca semua makna ke?”
Aduhai.. Al-Quran jangan layan macam lagu Korea atau Hindustan..
Tengok di Tik tok, akan betapa ramainya orang bukan Islam yang kekaguman lepas baca makna..Dan ketahuilah, Yusof islam masuk islam dan beribu lagi kisah orang bukan Islam masuk islam adalah asbab dari keinginan mereka ‘membaca makna’ Al quran dalam bahasa masing masing, dan saya percaya juga bahawa kisah orang Islam tak solat, atau munafik, atau murtad pula adalah asbab dari tidak ‘membaca dan mendalami makna’ Al–quran…
Itu saya tanya yang dah khatam Al quran, cuba saya tanya yang tak khatam pulak tak tahulah saya apa nak jadi, entah-entah makna surah Al fatihah pun tak tahu,
Terus orang yang ditanya menjawab!
“Saya dah hafal semua makna bab solat, Al Quran juga dah khatam banyak kali namun saya akui belum khatam makna Al-Quran kulit ke kulit, maafkan saya ayah!
Rupa rupanya orang Islam yang tak baca semua makna tu anak saya, malu saya sebab gagal didik anak macam Korang.
Sob sob..
Doakan anak saya dapat khatam makna Al-Quran segara dan lepas ni khatam tafsir Al Quran pula.
Amin…
Nov 8, 2023
Burung di syurga?
Ada hadis bagitahu orang mati syahid rohnya akan masuk dalam burung hijau di syurga
lalu berterbangan di pohon pohon Syurga sehingga Allah membangkitkannya ke dalam jasadnya pada hari Kiamat..
Setelah bebas terbang ke sana sini, Satu hari burung itu terbang keluar dari syurga dan pergi menuju cahaya berhampiran Arash lalu Allah bertanya:
Mereka menjawab: “
“Wahai Rabb kami! kami ingin Engkau pulangkan semula roh-roh kami ke dalam jasad-jasad kami sehingga kami dibunuh di jalan-Mu sekali lagi.”
Begitulah nikmatnya mati syahid hingga sahabat Nabi menjerit sewaktu nyawa melayang…
“Demi Allah, aku telah berjaya”
Al Fatihah buat semua syuhada di Palestine dan seluruh dunia.
Subscribe to:
Posts (Atom)