Jan 25, 2023

Isteri sujud Syukur?


 

Pulang dari ibadat umrah maka ada kawan-kawan dalam group WhatsApp minta share gambar maka saya pun hantarlah segugus gambar-gambar sebagai penggalak untuk mereka turut ke sana.. insyaallah…

Alkisahnya puan isteri yang berada di sebelah tiba-tiba bersuara:

“Abang?… kenapa banyak sangat abang hantar gambar kat kawan-kawan abang sedangkan kat saya sikit saja abang hantar? nak merajuklah!”

Alamak, hantar gambar banyak kat kawan salah ke? Terus saya pun menjawab…

“Sayangku, pada zaman Nabi, sewaktu peristiwa Fatal Penaklukan Mekkah, Nabi dan sahabat Ansar telah banyak menerima harta berupa rampasan perang serta hadiah, lalu Nabi membahagi-bahagikan semua hadiah-hadiah rampasan perang itu pada orang-orang Mekah, terutama orang yang baru masuk Islam. 

Melihat kejadian itu, orang Ansar rasa kecil hati dan merajuk kerana Nabi seolah-olah mengutamakan kroni, Al maklumlah semua harta rampasan perang selamba diberi kepada orang Mekah yang baru masuk Islam sedangkan orang Ansar bersusah payah mengembangkan agama sejak awal Islam tapi tak dapat apa-apa pun…

Maka nabi pun bersabda lebih kurang bermaksud : mereka semua dapat harta tapi kamu dapat aku, kerana walaupun aku lahir di Mekah, tapi aku akan balik untuk tinggal bersama kamu semua di Madinah… suka kah kamu jika kamu dapat semua harta itu dan aku tinggal di Mekah?

Terus orang Ansar insaf dan bersyukur, kerana mereka faham dapat tinggal bersama jasad Nabi adalah nikmat yang sangat besar dalam hidup…

Maka isteriku, bab gambar tadi, kawan kawan abang, mereka semua dapat gambar-gambar abang sahaja tapi kamu dapat jasad abang…mana yang lebih beruntung? orang dapat tengok gambar-gambar abang sahaja atau orang yang dapat tengok abang siap pekej peluk waktu tidur? Pekej Urut sebelum tidur? Mana lebih beruntung?

Terus isteriku sujud syukur!

Woha!

Ps: jemput baca KISAH LAKI BINI (Suka duka suami isteri, ayat pick up line dan punchline)

https://shp.ee/dtt4ftm


Jan 24, 2023

Pemimpin yang baik untuk rakyat yang baik?

 



Zaman awal keNabian, Baginda adalah sebaik baik pemimpin, tapi tak jadi pemimpin di Mekah sebab alhlak orang mekah zaman tu tak layak mendapat Pemimpin yang terbaik macam Nabi.

Jadi siapa yang layak mendapat pemimpin macam Nabi Muhammad? Tidak lain tidak bukan orang Madinah yang mempunyai majoriti akhlak yang sangat baik maka padanlah mereka layak mendapat pemimpin yang terbaik zaman itu.

Rujuk zaman Saidina Ali, zaman huru hara fitnah perang sesama Islam… maka ada rakyatnya mengadu;

“Kenapa zaman engkau tidak aman damai macam zaman Abu Bakar?”

Maka jawab Saidina Ali..

“Zaman Abu Bakar rakyat nya ramai macam aku! tapi zaman aku rakyatnya ramai macam kau! memanglah huru-hara!”

Woha!

Alkisahnya, ringkas cerita… Pada suatu hari, Nabi Muhammad saw telah pulang ke rumah dengan kerut wajah yang berlainan sekali, seperti ada sesuatu yang cemas dan sangat penting untuk di beritakan,

Tanpa berkata sepatahpun pada isterinya, siti Aisyah r.a yang dapat merasakan sesuatu yang besar telah berlaku pada baginda, terus kelihatan Nabi Muhammad s.a.w bergegas mengambil wudhu dan segera ke masjid yang terletak bersebelahan rumah baginda.

Kemudian tanpa solat sunnat wudhu!, dan juga tanpa solat sunnat tahayatul masjid!!!, Nabi Muhammad s.a.w terus ke mimbar masjid untuk memberi khabar berita yang sangat penting kepada ummat, sangat penting sehingga baginda menangguhkan solat solat sunnat yang biasa Nabi buat!? Apa berita paling penting ini?

Aisyah pun merapatkan telinga ke dinding, sebab nak dengar suara Nabi..

Dari atas mimbar, Nabi bersabda:

“Wahai manusia, sesungguhnya Allah telah berfirman kepada kamu, agar kamu MENYURUH MANUSIA BERBUAT BAIK DAN MENCEGAH MEREKA DARI KEMUNGKARAN, jika tidak, Allah akan MELANTIK RAJA YANG ZALIM memerintah kamu, dan raja itu TIDAK AKAN MENGHORMATI ORANG tua dan juga tidak menaruh belas kasihan pada orang muda, di waktu itu, DOA ORANG ALIM PUN TIDAK AKAN DI TERIMA ALLAH, kamu meminta bantuan tapi Allah tidak membantumu, kamu meminta ampun dan Allah tidak mengampunkanmu!”

Kemudian, baginda terus turun dari mimbar…

Jadi rujuk Hadis ini, selain korang mengundi untuk ubah pemimpin, dan selain pemimpin  lompat parti atau buat sokongan nak tubuh kan kerajaan…

maka jangan lupa, kerja dakwah, semua orang islam kena buat, dalam berpolitik, jangan lupa akhlak Nabi, jangan bergaduh, jangan caci mencaci, jangan menfitnah.. jangan menunggang..

Paling penting, jangan tinggalkan kerja Dakwah, sebab ikut hadis di atas, asbab abaikan dakwah, maka pemimpin yang zalim akan datang memerintah..., perang dunia ke dua baru seratus tahun berlalu, jangan sampai perang dunia ke tuga tercetus, Nauzubillah...

Cerita ban Amal makruf Nahi Mungkar, Semua tahu sudah, bahawa mencegah mungkar dalam hati adalah selemah lemah iman, ada hadith bab ni, bermakna kita tak boleh kata orang yang kelihatan tak mencegah mungkar itu tak mencegah, sebab mungkin mereka mencegah dalam hati, kita mana tahu hati orangkan?

Sedangkan dalam mengajak kepada kebaikkan, nabi tak cakap pulak ajak dalam hati dikira selemah-lemah iman, tapi Nabi suruh sampaikan walaupun sepotong ayat, nampak tak bezanya?

Maka dalam menyokong gerakan berpolitik, marilah ajak kepada kebaikkan, dan apakah kebaikkan terbesar?

Rujuk firman Allah:

"sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." [Al-Ankabut 29:45]

Maka dari ayat ini, fahamlah bahawa solatlah yang mencegah keji dan mungkar, maka sekiranya saya mengajak kamu bersolat, maka pada masa yang sama saya juga sedang mencegah mungkar.. ni kira dua dalam satu.., maka marilah kita ajak orang ramai kepada solat berjemaah di masjid, insyaAllah bila masjid penuh macam zaman Sahabat, kita akan mendapat pemimpin yang berkahlak Rasulullah SAW.

Maka dalam berpolitik, jangan lupa ajak manusia kepada memakmurkan masjid Allah, jadikan manifesto subuh penuh macam solat berjemaah, insyaAllah dari rakyat yang menjaga solat, akan muncul Imam terbaik! Dan pemimpin terbaik!

Sesungguhnya, Kuality Solat kitalah yang mampu mencegah maksiat kita, dan kualiti solat koranglah yang mampu mencagah maksiat korang, begitu jugak para pemimpin dan pegawai yang makan rasuah, solat merekalah yang mampu mencegah mungkar mereka..

Kerana itu Nabi sangat tekankan bab solat awal waktu, berjemaaah, tempat azan di azankan, dan saf pertama, semua itu kualiti solat yang mampu mengubah manusia, dan mengubah pemimpin!

Akhir pesan dari Nabi:

Sekiranya manusia mengetahui ganjaran berada di SAF YANG PERTAMA dan tidak ada cara lain untuk memperolehi saf pertama kecuali dengan MENGUNDI, nescaya mereka MENGUNDI. (Hadis Riwayat Bukhari)

Jadi, mengundi setiap kali PRU lima tahun sekali dah selesai, sekarang Jom “mengundi” setiap kali masuk waktu solat lima kali sehari, Insyaallah boleh dapat pimpinan terbaik!

Woha!


Di mana Kubur Aisyah?

 

Alkisahnya semalam saya share kisah ziarah Kubur Nabi Sebelah Raudah, Taman syurga, tempat wahyu kerap turun.

Bagi Yang tak tahu, ketika Rasullulah wafat, Baginda dikuburkan didalam kamar tidurnya sendiri dan Siti Aisyah tetap tinggal dikamar yang sama,

Kemudian ketika Abu Bakar ra sakit beliau minta izin kepada Siti Aisyah agar dapat dikuburkan disamping sahabat yang  paling dicintainya itu dan Aisyah mengizinkannya, maklumlah Abu Bakar adalah ayah Siti Aisyah.

Kemudian ketika Umar bin al-Khatab sakit,  beliau juga minta izin Siti Aisyah untuk dikuburkan disamping sahabatnya, padahal Siti Aisyah sudah merancang untuk dikuburkan disamping suami dan ayah yang sangat dicintainya tetapi demi rasa hormatnya kepada Sahabat Karib Suaminya,

Maka Siti Aisyah mengizinkannya dan menurut riwayat setelah Umar bin al-Khatab dikuburkan disamping Rasulullah, maka Aisyah tidak pernah membuka aurat dikamarnya kerana telah ada orang asing bukan mahramnya yang telah dikuburkan di kamarnya.

Lepas tu Ada yang Tanya, Habis tu dimana kubur Aisyah Radiallahuanha?

Sebelah kiri Masjid Nabi, Ada kubur Baqi, di situ Ada kubur Khalifah Osman dan Aisyah serta beribu ribu sahabat yang lain.

Salam sejahtera ya ahli kubur…

Hidup hanya sementata, semua orang akan masuk kubur..

Semoga kita semua terpilih untuk masuk mana mana Tanah perkuburan Islam dan dibangkitkan bersama kekasih Allah dibawah Arasyh.

Amin…


Jan 23, 2023

Perang Uhud Islam kalah?

 

Kisah yang jarang korang dengar tentang Uhud….

Sebaik Nabi berhijrah sampai di Madinah, orang kafir dah tak senang duduk, Maka terdengar berita dari Bani Damrah Yang tak suka Nabi Hijrah ke Madinah.

Nabi bila tahu, terus pergi bersama 70 sahabat ke Waddan untuk berdakwah dan berperang jika di serang, perjanjian damai berlaku antara Banu Damrah. Alhamdulillah Musuh berdamai dengan jemaah tentera pertama umat Islam.

Kemudian Nabi dapat berita Umayyah bin Khalaf akan lalu di jalan berhampiran Madinah, Umayyah ni terkenal kerana menyeksa Bilal, Nabi dan Bilal serta 200 sahabat tunggu di Buwat untuk serang tapi Umayyah tahu, dan ambik jalan lain maka perang tidak berlaku.

Tak lama lepas tu, orang kafir datang Safawan, sempadan Madinah untuk mencuri unta, Nabi ambik masa tiga hari bersama 70 sahabat untuk berperang, tapi orang kafir telah melarikan diri bila tahu Nabi serius…

Beberapa bulan Kemudian, Nabi dengar orang kafir telah ambik harta orang islam di Mekkah yang hijrah ke Madinah,lalu nak jual ke Syam, Nabi pun tunggu di Zul Al-Ushairah bersama 200 sahabat. Bendera di pegang Hamzah R.A. Maka Rombongan dari Mekkah itu patah balik dan perang tidak berlaku, pada malam itu di riwayatkan Nabi memberitahu nasib Saidina Ali akan dibunuh pada masa hadapan.

Rombongan Yang balik ke Mekkah tadi, yang nak jual harta orang islam ke Sham tiba tiba patah balik dan bawa 1200 tentera lengkap bersenjata naik unta, dan 100 tentera berkuda, semuanya bersedia untuk serang Madinah.

Nabi Muhammad SAW pula tunggu di Badar bersama 313 sahabat, dua ekor kuda, dan 70 ekor unta yang kena naik bertiga, Nabi sendiri berkongsi naik unta bersama Ali.

Tentera Islam pula ada yang tiada pedang bawa pelepah tamar, dan ada yang berkaki ayam .Dua bendera dibawa ke medan perang, satu di pegang Ali sebagai wakil Muhajirin, dan satu di pegang Saad mewakili ansar.

Maka berlakulah Perang Badar. Sangkaan orang kafir mereka boleh menang besar sebab Nabi Ada 300 orang jer tentera, (orang kampung) tapi hari itu 70 kafir mati, 70 di tangkap, 1000 baki larikan diri lingtang pukang, pihak islam kematian 14 orang sahaja, Alhamdulillah Islam menang!

Tak lama lepas tu di Madinah, seorang perempuan islam yang sedang berjalan di hina oleh Yahudi hingga mengoyakkan bajunya, terus orang islam bunuh Yahudi tadi, dan Yahudi datang bersama 700 tentera Yahudi dengan 400 lengkap bersenjata, tapi mereka semua telah di kalahkan oleh tentera Badar, Nabi asalnya nak bunuh mereka semua, tapi dengan pujukan Abdullah bin Ubay, semua Yahudi itu di halau dari Madinah.

Alkisahnya Abu Sufyan lepas kalah perang Badar, bersumpah tak nak mandi selagi tak bunuh Nabi Muhammad SAW, dan telah datang serang hendap Madinah waktu malam bersama 200 orang pasukan berkuda yang bawa berguni guni tepung sebagai bahan makanan.

Beberapa orang Ansar dibunuh, dan rumah orang islam di bakar, Nabi Muhamamd SAW  terus kumpulkan 200 tentera orang islam dan gempur mereka, Abu Sufyan lari mencicit dan di kejar orang islam sejauh lima hari lima malam.

Oleh Sebab mereka banyak bawa Tepung sebagai makanan, maka mereka telah tinggalkan berguni guni Tepung untuk lajukan kuda mereka, sampai lah mereka Berjaya masuk ke Mekah, orang Islam bawa balik semua Tepung yang ditinggalkan musuh.

Tak lama lepas tu Nabi dapat tahu Banu Salim berencana menyerang Madinah. Nabi gempur mereka dan Islam menang. 500 unta milik Banu Salim dirampas dan mereka ditakluk bawah pemerintah Nabi Muhammad SAW.

Kemudian Nabi Muhammad dapat informasi bahawa suku Banu Muharib dan Banu Thalabah berpakat nak serang Madinah, Nabi datang bersama 450 orang Islam, di Dhu Amarr terus mereka menyerah dan masuk islam.

Di sini juga berlaku peristiwa Nabi dihunus pedang oleh Ghwarath ibn al-Harith, dia Tanya Nabi siapa boleh selamatkan kamu? Nabi jawab: Allah! terus pedangnya jatuh, dan Nabi pulak Tanya, Siapa boleh selamatkan kamu? Dia kata takde sesiapa, dan dia akhirnya masuk islam.

Belum sempat rehat Banu Sulaym dari Buhran nak serang Madinah, Nabi tunggu mereka di sempadan Buhran bersama 300 orang tentera islam. Mereka semua nampak Nabi lari takut nak berperang.

Nampaknya tentera Islam makin digeruni, hingga tiba Perang Uhud, inilah satu satunya perang yang di ketuai Nabi Muhammad SAW tidak mencapai kemenangan, status seri, masing masing berundur tiada yang bertahan di Uhud

Bilangan asal  adalah 1,000 orang tentera Islam tetapi hanya tinggal 700 orang sahaja kerana di pertengahan jalan seramai 300 orang telah berpatah balik ke Madinah setelah dihasut oleh Abdullah bin Ubai ketua orang munafiq.

Tentera kafir Quraisy pula seramai 3,000 orang yang diketuai oleh Abu Sufyan.

Awal perang Islam menang, sebab 70 pemanah atas bukit cemerlang, orang kafir 3000 orang kat bawah lari tak cukup tanah sebab tak mampu lawan 650 orang islam bersama hujahan panah tapi, bila pemanah turun, ambik harta rampasan perang, orang kafir serang mendadak bersama 200 tentera berkuda, 70 orang islam syahid,

Nabi sendiri patah gigi, Ubay bin Khalaf hampir dapat bunuh Nabi, tapi mati dilembing Nabi, Tentra islam naik bukit Uhud, dan tentera Kafir tidak kejar, Juga tekorban dalam perang adalah Hamzah singa Allah, dan Nabi tanam jenazah mereka bersama baju tanpa dimandikan.

Balik Madinah orang munafik yang berundur awal gembira sebab tak sertai perang. Nabi hanya mampu berSabar.

Baru balik dari medan Uhud, terus Nabi Taskil pergi Gunung Hamra  sebab 3000 orang kafir sedang berkemah dan bersiap nak serang balik Madinah. Berat hati umat islam nak pergi sebab luka Uhud belum sembuh, tapi Nabi terus bagi semangat, terus maju tentera islam seramai 700 orang yang buatkan Abu Sufian gentar, dan berundur bersama 3000 tentera!, tiga orang kafir Berjaya dibunuh, tiga ditangkap…

Pendekkan cerita, orang kafir akhirnya bergabung membentuk tentera ahzab

Gabungan musuh seramai 10 ribu tentera jalan kaki, dan 600 tentera berkuda.

Mereka mahu bergabung lawan Nabi sebab perang sebelum ini satu lawan satu, mereka kalah teruk, rujuk rekod badar, 1000 arab kafir lawan 313 Orang Islam dalam perang badar, orang kafir kalah teruk!

Jadi geng Yahudi telah pujuk semua ketua arab untuk bergabung, serang Nabi, dan geng Yahudi yang ada di Madinah juga akan bantu serang dari belakang.

Maka bermulalah Gerakan serangan tentara Ahzab (gabungan besar kafir) menuju Madinah.

Sahabat Nabi Salman Parsi cadang gali parit, sebab ini kaedah di Parsi dalam perang, musuh bila masuk dalam parit akan senang di panah, kuda tak berfungsi, dan mereka kena panjat parit maka senang dikalahkan.

Nabi setuju, dan sahabatpun gali parit, ada batu besar, nabi pecahkan dengan mukjizat, sahabat lapar kelubur tunjuk batu dekat perut, Nabi tunjuk dua batu kat perut bermakna Nabi lagi lapar. Masing masing mujahadah nak berperang, dan gali parit dalam bulan Ramadan.

Bila musuh sampai, mereka terkejut sebab orang arab tiada pengalaman perang dalam parit, mereka masuk, kena panah, jadi mereka bertahan disempadan Madinah, tunggu orang islam kelaparan, sebab masa tu orang islam dah tak boleh ke kebun ada SJR (sekatan Jalan), jadi mereka bagi masa sebulan, baru mereka akan serbu.

Lagipun mereka nak pujuk orang munafik dan Yahudi hujung kampung serang dari belakang,

Sangat mencabar jiwa masa tu, perang bila bila masa boleh berlaku, hingga orang islam sangat susah hati, lalu turun Ayat Al quran,

"Ketika mereka datang kepada kamu dari atas dan dari bawah, dan ketika pandangan telah suram, dan hati telah naik sampai kekerongkongan. Dan ketika itu kamu berprasangka kepada Allah dengan prasangka yang salah. Dikala itu orang-orang beriman mendapat ujian dan perasaan mereka digongang dengan goncangan yang  hebat". (Al-Ahzab:10-11)

Waktu itu Nabi minta sahabat banyakkan berdoa dan gilir gilir jaga semua sempadan, solat jemaah juga gilir gilir, dengan makanan tak cukup, tidur tak cukup, senjata tak cukup, tentera tak cukup, memang orang islam di uji dengan ambang kematian paling menyesakkan jiwa dan minda.

Di waktu malam, Nabi suruh sahabat solat berjemaah dengan bacaan yang kuat, Amin yang kuat, dan doa yang kuat. Hingga pengintip musuh sangka orang islam sangat ramai.

Ada juga kisah pengintip Yahudi masuk ke kampung sebab sangka mereka orang lelaki tiada sebab berjaga sempadan, betul pun sangkaan mereka, tapi kaum Muslimah (Wanita islam) telah serang Yahudi ini dan potong kepala lalu baling kepala di Kawasan lapang membuatkan musuh sangka ada lelaki islam sedang sembunyi, padahal Muslimah pun berani angkat senjata jaga kampung.

Kemudian datang Sahabat bernama Nuaim bin Masud berkata kepada Rasulullah:  Ya Rasulullah sesungguhnya aku telah masuk Islam. dan kaumku tidak tahu keislamanku. kerana itu perintahkan padaku sesukamu"

Maka Nabi gunakan peluang Nuaim yang baru masuk islam untuk laga lagakan musuh, Nabi sendiri pergi buat rundingan dengan musuh, lalu tersebar berita Nabi tawarkan separuh kurma Madinah kepada musuh yang berundur, ada musuh dapat satu pertiga, jadi mereka saling curiga, Nanti bila mereka serang Nabi musuh sebelah berundur macam mana?

Nuaim pulak jumpa Yahudi bagitahu suruh mereka minta Orang kafir Mekah sebagai tebusan jika kalah perang nanti, lepas tu Nuaim bagitahu kafir Mekah, Yahudi akan bantu jika ada tebusan untuk mereka serah pada Nabi jika.

Jadi Kafir Mekah dan bergaduh dengan Yahudi sebab mereka snagka Nuaim ni sama kafir macam mereka, lepas tu pihak Yahudi dapat berita Kafir Mekah nak serang orang Islam hari minggu, mereka tak setuju sebab hari tu Haram perang, orang Kafir Mekah pulak dapat berita Yahudi nak serang pada bulan Haram, orang arab tak setuju, jadi mereka saling bergaduh dan pecah belah.

Dalam kesabaran umat islam hadapi ujian ini, Allah akhirnya datangkan bantuan dalam bentuk ribut pasir kepada semua musuh buatkan kuda mereka mati, makanan mereka rosak, dan di malam hari mereka kesejukkan sebab api tidak dapat dinyalakan, habis ribut pasir datang pula hujan lebat buat semangat mereka luntur, habis hujan datang angin sejuk yang buatkan musuh berundur kesejukkan, dan patah balik dengan hampa.

Bisik mereka: Islam di jaga oleh Tuhan, tidak guna kita berperang.., perutpun lapar, kudapun mati, senjatapun rosak, marilah kita balik ke Mekah…

Nabi pulak ambik peluang untuk serang Yahudi dari belakang yang sedang tunggu Kafir Mekah serang dulu, tapi Kafir Mekah patah balik, dan Nabi Berjaya kalahkan semua Yahudi dengan mudah, semua lelaki Yahudi dewasa mati hari itu (lebih kurang 900 orang)

Dengan kemenangan ini, melihat musuh semua pecah belah dan lari, dan melihat Yahudi yang menyerah diri ketakutan, maka semua orang islam bertakbir!

Kami Memuji Allah,

Walau karihal kaafiruun: walaupun dibenci golongan kafir

Kami Memuji Allah,

Sadaqa wa’dah: yang benar janji-Nya

Wanashara ‘abdah: dan yang menolong hamba-Nya

Wa a’azza jundahu: dan yang memuliakan tentera- Muslimin

Wahazamal ahzaaba wahdah: Dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan KekuatanNYa.

Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar

dan bagi Allah segala puji-pujian!

*****

Tuan Puan pembaca Budiman sekalian..

Jika kita hayati kisah perang Ahzab, bagaimana Allah telah uji Nabi dan Sahabat, yang mana bulan puasa kena bina parit dalam kerisuan, sambut raya dengan perang, Musuh terlalu ramai mengepong termasuk musuh dalam selimut, musang berbulu ayam, jerankong dalam almari, gunting dalam lipatan, tapi akhirnya, Allah bantu.

Fahamlah, Bantuan Allah sengaja lewat, kerana dunia ini pentas ujian, dan andai tiada Bantuan Allah di dunia, cukuplah Allah teguhkan keimanan, agar mati dalam islam, kerana maksud hidup adalah bersyukur dengan ujia Nikmat, bersabat dengan ujian susah, Ikhlas dengan ujian pahala, dan taubat dengan ujian dosa.

Mati dalam keimanan, adalah nikmat terbesar!

Nabi dan Sahabat telah di uji, dan mereka telah Berjaya, sekarang giliran kita pula, teguhkan keimaman, kerana hidup ini hanyalah ujian, Akhirat kekal abadi.

Bangun pagi, jangan lihat hari ini sebagai beban, tapi lihatlah hari ini sebagai peluang kepada sebuah jambatan untuk dekatkan diri kepada Syurga, sungguh hari ini adalah Jambatan akhirat. Hari ini sebuah ladang pahala sedang terbentang luas di hadapam mata.

Semoga Woha sampai syurga!


Tabung Masjid Hilang di Madinah?


 

Ada sahabat kirim wang untuk letak dalam tabung derma di masjid Nabawi, saya pusing 360 sudut belum jumpa…

Teringat kenangan ke Masjid Sri Petaling, pusing masjid 360 sudut juga tidak jumpa, di Tanya kepada Ustaz Sri Petaling mana tabung derma?

Katanya, jangan harap pada makhluk!

Habis tu siapa bayar bil elektrik dan api?

“Allah bayar!”

Benar! Tinggi tahap jawapan bab yakin dari ustaz kat masjid Yang mirip masjid Nabawi, hidup 24 jam, Allahuakbar…

Taman imbas kembali…

Sekarang, Dimasjid Nabawi saya cuba tanya askar situ tapi dia cakap Arab saya tak faham, saya tanya Tukang sapu dari India, boleh cakap melayu sikit sikit, katanya takde Tabung, saya tanya kat mana orang susah? Peminta sedekah? Katanya semua sini orang kaya… sayapun bagi jer duit derma kat Beberapa Tukang sapu area situ.

Misi selesai.

Woha!

Jan 22, 2023

Sahabat paling Rahsia?


Zaman awal Islam, Nabi berdakwah secara senyap senyap di rumah Arqam bin Abi Arqam. Kira Markas pertama umat islam lah..

Korang pernah terfikir tak? Kenapa nama lokasi rahsia berdakwah Nabi ni unik, Arqam bin Abi Arqam? Siapa Sahabat ni? Kenapa takde ceritanya dalam perang Badar, perang Uhud dan lain lain?

Alkisahnya, Dalam Bahasa Arab, perkataan ‘Abi’ bermaksud ‘Bapa’. Jadi nama sahabat tersebut menjadi Arqam anak lelaki bapa Al-Arqam!

Maka jika kantoi lokasipun susah nak cari Arqam yang mana satu, lepas tu Abi Arqam yang mana satu?, perghhh, hebat sungguh catatan Islam hingga bab markas rahsia, nama Arqam hilang dalam kisah sahabat..

Rupanya nama beliau adalah Abu Abdillah al-Arqam bin Abdu Manaf, sertai semua perang zaman Nabi, orang ketujuh masuk islam, (ada yang kata orang ke Sembilan), dan elok Panjang umur meninggal usia 83 tahun pada tahun ke-53 Hijrah, jenazahnya disolatkan oleh Sa'ad bin Abi Waqqas dan dimakamkan di perkuburan Baqi'.

Now you know!

Ps: Gambar di ambil di kota Mekah, lokasi dirahsiakan, Woha!


Nabi dan isteri, Hiking dan Dating?

Alhamdulillah berjaya mendaki sampai Puncak Jabal Nur, lokasi Nabi dan Khatijah Dating… juga lokasi wahyu pertama turun…

Alkisahnya, sebelum Nabi menjadi Nabi, baginda pilih Jabal Nur ini sebagai tempat bersunyi diri..

Me time… risau memikirkan masalah kaum arab jahiliyah… mencari ilham untuk bantu ummat, maka siang malam Nabj bersendirian di gua jabal Nur..

Namun Nabi tak selamanya sendirian, ada riwayat mengatakan dua kali sehari Siti Khatijah turut naik gunung ini, bawa makanan..

Isteri yang setia, Support semua tindakan suami, nak bersunyi diri, makanan saya bawakan, abang buat apa yang abang rasa terbaik, saya akan mudahkan abang…

Begitu kot hujah semua isteri solehah demi rumahtangga syurga…

Kemudian kelihatan SIti Khatijah turun sorang sorang sebab Nabi nak “me time” mencari ilham untuk selesaikan masalah ummat…

Jabal  Nur ni tak mudah nak daki, berbatu batu, tapi demi cinta sejati, Khatijah hari hari datang hantar makanan…

Tak lama kemudian, Nabi pulang sambil menggigil, ada sesuatu ditemui Nabi dalam gua..

Then the rest is history…

Saya sempat masuk dalam gua Nabi , sempit sahaja, dua orang boleh masuk, sorang berdiri dan sorang duduk, boleh solat dalam tu dan ajaibnya gua itu mengadap kiblat maka boleh terus solat membelakangi pintu gua…

Kemudian timbul tuduhan dari pihak kafir konon Nabi ni ada masalah kemurungan, dan berhalusinasi di gua Nampak Jibril, dan mencipta agama.

Lalu bila Nabi perkenalkan islam, orang kafir menuduh Nabi gila.

Maklumlah setelah bertapa dalam gua, tiba tiba Nabi muncul bagi tahu semua 360 berhala adalah palsu, tuhan hanya Allah.

Maka di sana sini, orang cakap Nabi Muhammad adalah Majnun,  si Gila!

Malahan hari ini, geng anti Tuhan, juga mendakwa kisah Nabi jumpa malaikat di gua waktu bersunyi diri, dan berhalusinasi konon melihat Malaikat Jibril adalah tanda kemurungan,dan percaya Nabi seorang gila.

Tapi bila kajian di buat tentang ciri orang gila, biasanya mereka menyendiri, cenderung bunuh diri, dan tak mampu uruskan diri, berbeza dengan nabi Muhammad SAW.

Nabi sendiri larang bunuh diri, dan terbukti adalah mustahil seorang yang gila mampu urus isteri ramai tanpa gaduh antara madu, mampu memimpin pasukan perang dengan cemerlang, mampu menyatukan puak yang bergaduh, mampu memyelamatkan dunia dan mengubah peta dunia selamanya, maka orang islam yakin bahawa islam itu benar, malaikat itu benar, takdir itu benar, akhirat itu benar!

Melihat kejayaan demi kejayaan Nabi Muhammad, orang kafir dah tak tuduh Nabi gila, sebab lepas tu muncul pulak mukjizat yang melangkau Sains, maka orang kafir tuduh Nabi ahli sihir pulak, tuduh Al quran adalah mentera sihir, dan mukjizat adalah tindak balas sihir.

Macam macam lah tuduhan..

Namun terbukti hari ini, seorang pakar silap mata tak akan mampu buat Al quran yang penuh mukjizat, mampu di hafal walau oleh sibuta, dan ayatnya penuh dengan Common sense.

Maka kita orang islam yakin, Nabi menerima wahyu di gua adalah benar, dan Nabi terbukti bukan gila, kerana akhirnya Nabi menjadi manusia paling berpengaruh dalam sejarah manusia!

Kagum dari puncak Jabal Nur!

Woha!

 

Jan 21, 2023

Ajaibnya Cinta?


 

Ajaibnya cinta… bila rindu, dapat tengok bumbung pun terubat rindu…

Jika kekasih dah mati, tengok kubur pun terubat rindu..

Maka di Kubur Nabi ini, terlihat beribu ribu kaum wanita melepaskan rindu dengan hanya melihat bumbung kubur berwarna hijau…, bercucuran air mata mereka rindu pada Rasulullah… berterima kasih kerana susah payah sebarkan agama telah sampai kepada kaum hawa hingga cecah beribu tahun…

Kaum lelaki pula lain ceritanya, sebab mereka boleh berbaris masuk tengok kubur Nabi, maka bercucuran pula air mata lelaki menyebut nyebut Nama Rasulullah… ada yang minta maaf kerana masjid di kampung tak ramai yang datang solat berjemaah, salah saya gagal dakwah pada jiran macam Rasulullah…

Sedang asyik berdoa dan sampaikan salam, Tiba tiba datang askar arab Suruh para perindu beredar sebab ramai lagi perindu lain sedang berbaris.

Haji haji!

jalan!

Woha!

Ubah Pemimpin dengan KAKI?


 

Hari tu masa saya kat Madinah dapat info PAS paling banyak kerusi, lepas tu dengar cerita PN dan PAS akan tubuh kerajaan jika BN sokong…

Saya pun terbayang PAS dapat jadi menteri sukan, maka muncul idea sihat dan islamik seperti misi kuruskan mayat… jangan bebankan orang usung mayat kita, Jom kurus!

Atau, jom jalan kaki 10 ribu langkah ke masjid! Moh kiter!

Woha!

Cerita tentang jalan kaki, Kajian dari Stanford University.

Negara Jepun, Hong Kong, dan Russia berada pada kedudukan teratas dunia sebagai rakyat yang paling "rajin" berjalan.

Tapi jika kecilkan saiz kawasan, dan pergi ke tanah Haram Mekah dan Madinah, akan kelihatan orang berjalan tak henti henti, 24 jam orang keluar masuk masjid, tawaf, sae, ada yang berlari, sebelum azan manusia berpusu pusu ke masjid. Jam dua pagi pun sesak.

Pergi Madinah, pun sama, siang malam orang berjalan kaki membanjiri masjid.. malahan orang hantar jenazah ke kubur dengan berlari!

Alkisahnya Jika Hongkong dan Jepun paling rajin berjalan sebab purata 7000 langkah sehari, cuba duduk Mekah dan Madinah, boleh cecah purata 19 ribu langkah sehari…

Belum cerita zaman Nabi pergi Umrah 500km jalan kaki…

Ok, Bila balik Malaysia, memang kurang nampak orang berjalan kaki ke masjid, mungkin mereka naik kereta? Masuk masjid kadang satu saf sahaja…. Negeri PAS pun masih ramai yang tak solat berjemaah apatah lagi negeri PH-BN?

Ok check kajian Stanford University, Malaysia nombor berapa?

Apa? Nombor tiga paling malas di dunia?

Aduhai!

Ringkas kata, Moh kita pakat pakat jalan kaki ke masjid, jalan kaki buat dakwah, bukan sebab nak jadi negara paling rajin berjalan tapi nak kejar janji Allah yang mana pada setiap langkah di beri satu pahala, di hapus satu dosa!

Misi 10 ribu langkah ke masjid! Moh kiter!

Dan insyaallah jika 10 ribu langkah ke masjid ini berjaya di capai, maka pemimpin pun akan berubah!

Jom ubah kepimpinan dengan “kaki”

Woha!

Jan 20, 2023

Hikmat Mulut Masin?

 

Nabi “membunuh” dengan air liur…

Dalam perang, jika ada pendekar mulut masin, (kata katanya makbul) maka akan menanglah semua pertarungan.

Alkisahnya jika rujuk sejarah kisah popular wayang kulit di pantai timur zaman saya kanak kanak dulu, akan ada watak-Maharaja Serama yang merajuk lalu menyeru jin-jin yang gagah Perkasa seperti jin Eragedung dan Erajasa yang boleh menyepak gunung lantas membuat kerosakan di Tanah Melayu.

Lalu pada zaman itu biasanya dalam riwayat wayang kulit akan muncul pendekar yang sangat hebat untuk bertarung dengan jin-jin tadi bernama Hanuman kera putih kemudian jin-jin ni bila kalah mereka akan panggil lagi Jin-jin yang lebih hebat untuk bantu mereka hingga akhirnya Hanuman kera putih pun kalah.

Pada waktu tidak ada harapan itu akan muncul seorang pendekar tua yang bernama wak Dogol kepala botak perutnya buncit tapi dia ada hikmah mulut masin namun dalam riwayat Pak Dogol tidak akan mencemar duli turun padang sebaliknya akan diturunkan kepada watak penglipur lara Wak Yah seorang pak cik lucu yang tidak pandai bertarung.

Maka muncullah Wak Yah nak belajar ilmu ini tapi dia kena telan air liur daripada Pak Dogol.

Awalnya Wak Yah menolak sebab dia tak nak hikmat telan air liur, dia nak hikmat  sapu-sapu kat badan saja tapi bila sekali dia dapat jilat air liur wak Dogol terus Wak Yah nak lagi sebab katanya manis macam aiskrim.

Woha!

Dan sebaik Wak Yah mendapat hikmat mulut masin terus dia bergurau dengan Pak Dogol yang mana dia cakap terlentang terbaring terus Pak Dogol terlentang Terbaring, aduhai kurang ajar punya anak murid.

Ringkas cerita tewaslah semua Jin jahat dengan hikmat masin mulut Wak Yah! maharaja Serama akhirnya minta maaf dan cerita pun habis.

Itu semua kisah dongeng..

Sekarang saya akan ceritakan kisah benar bagaimana seorang nabi boleh membunuh musuh nya hanya dengan menggunakan masin mulut…

Alkisahnya, Sebelum Nabi berhijrah ke Madinah, Ubai bin Khalaf awal awal dah berniat nak bunuh Nabi lalu berkata kepada Nabi Muhammad SAW dengan menggunakan kata kata yang seratus peratus berunsur Syirik:

"Aku ada memelihara seekor kuda yang aku beri makan dengan cukup. Aku akan membunuh kamu dengan menunggangi kuda itu suatu hari nanti”

Semua kata katanya penuh dengan syirik!

"Aku (Syirik!) ada memelihara seekor kuda yang aku beri makan (Syirik!) dengan cukup (Syirik!). Aku akan membunuh kamu (Syirik!) dengan menunggangi kuda itu suatu hari nanti. (Syirik!)"

Semua tu ayat ayat ahli neraka!

Tapi kita tengok jawapan Nabi bila bercakap dengan orang syirik, jawab Nabi:

"Insyaallah, sayalah yang akan membunuh kamu."

Bila ada perkataan “Insyaallah” maka tiada langsung unsur Sririk dalam kata kata Nabi.

Dan kata kata Nabi “masin mulutnya”

Di pendekkan cerita, dalam peperangan Uhud, si Ubay ni berkeliaran di medan perang mencari Rasullullah s.a.w sambil berkata,

"Jika Muhammad terlepas pada hari ini, tiada keselamatan lagi bagiku."

Lalu dia pun mara ke arah Nabi s.a.w dengan niat membunuh. Para sahabat dah tak sabar nak pergi pancung kepala ubay, tapi Nabi cakap:

"Biarkan dia datang."

Bermakna Nabi nak lawan dengan Ubay ni satu lawan satu, lalu bila Si Ubay ni memecut dengan kuda bersama pedang terhununs, dan bila dah nak hampir dengan Nabi, terus Nabi ambil lembing dan baling ke arahnya, Lembing itu terkena sikit pada tepi leher Ubay dan adalah kesan terguris sedikit.

Terus Ubay bin Khalaf jatuh tergolek dari kudanya dan lari lintang-pukang sambil menjerit!

"Muhammad telah membunuh aku!"

"Muhammad telah membunuh aku!"

"Muhammad telah membunuh aku!"

Lepas tu Ubay bin Khalaf memekik kesakitan macam lembu jantan kena sembelih. Abu Sufian ketua orang kafir siap perli Ubay bin Khalaf sebab beraksi macam pondan, luka sikit jer tapi menjerit macam lembu.

Tapi jawab Ubay bin Khalaf: "Tahukah kamu siapa yang lukakan aku? Ini adalah perbuatan Muhammad, Sejak Muhammad berkata kepada aku di Mekah bahawa dia akan membunuh aku, aku sudah yakin bahawa aku akan mati di tangannya. Malahan aku yakin, jika setelah Muhammad berkata demikian, jika dia meludahi aku sahaja pun, pasti aku akan mati."

Lepas tu Ubay bin Khalaf sambung meraung, dan mati dalam perjalanan pulang, sehari sebelum sampai ke Mekah.

Pengajaran dari cerita ini adalah: Bagaimana Ubay bin Khalaf seorang kafir yang selalu bercakap syirik tapi cukup yakin dengan kata kata mulut masin Nabi.

Macam mana tu?

Sebenarnya yakin Ubay bin Khalaf kepada Nabi adalah “Yakin melalui pengalaman” kerana menyaksikan sendiri bahawa Nabi tidak pernah bercakap bohong, dan melihat sendiri beberapa peristiwa mukjizat di Mekah. Yakin begini tak menjamin hidayah pun..

Dalam Islam, yakin sebenar adalah Yakin kepada yang Ghaib, Beriman kepada yang Ghaib, yakin dengan pengalaman rohaniah masing masing…,“Yakin melalui pengorbanan”.

Jadi, pesan ulamak, semakin banyak kita korban untuk agama, maka semakin banyak yakin akan datang dalam hati, akan semakin kuat iman, dan akan semakin tinggi kefahaman agama.

Insya-Allah.

Ps: ada hadis bagitahu orang yang tak yakin solat boleh selesaikan masalah lalu tinggalkan solat, di neraka nanti, akan senasib dengan Ubay bin Khalaf. Nauzubillah!


Bantu Doa Nabi?

Alhamdulillah, semua yang kirim doa pada saya melalui PM tepi, telah saya bacakan di Hadapan Kaabah, dan berhampiran Raudah… dan saya juga telah selamat kembali ke tanah air berkat doa kalian…

Alkisahnya, Rabi'ah bin Ka’b r.a pernah bercerita, katanya,

“Aku menginap bersama Nabi SAW dan membantu beliau untuk menyiapkan air wudunya dan keperluan lainnya. Kemudian, Rasulullah bersabda,

‘Mintalah sesuatu kepadaku.’

Aku menjawab,

‘Aku mohon agar dapat menemanimu di syurga.’

Lalu, Nabi SAW bersabda,

‘Bantulah aku untuk dirimu dengan memperbanyak sujud’

(HR Ahmad, Muslim, An Nasai, dan Abu Daud).

Bermakna dari hadis ini, seorang sahabat yang menyenangkan Nabi sehingga mendapat tawaran apa sahaja, kerana doa Nabi yang makbul, telah memilih Syurga, namun Nabi tetap pesan,:

‘Bantulah aku untuk dirimu dengan memperbanyak sujud’

Maka kepada semua yang mengirimkan doa, bantulah doaku di Tanah Suci, dengan memperbanyak sujud’

Amin…

 

Jan 19, 2023

Mata yang menipu?

Kisah Laki Bini yang buat Nabi terseyum

Alkisahnya, Pada suatu malam, ketika sedang tidur bersama bininya, Abdullah Rawahah telah bangkit perlahan-lahan dan menyelinap ke bilik ‘madu’ nya, seorang hamba.

Bila bininya terjaga, dan ternampak suaminya dalam bilik hamba, terus si bini cemburu dan pergi ambik pisau di dapur.

Elok Abdullah Rawahah Keluar terjumpa isterinya yang terus menghunus Pisau dengan soalan:

“Abang bersetubuh dengan madu yer?”

Bayangkan diri anda berdepan dengan isteri yang sedang cemburu bersama pisau ditangan. Jika korang di tempat beliau, Apa patut suami buat?

A) Mengaku dan bersedia kena tikam?

B. Explain pada isteri hukum berdosa hunuskan pisau pada suami?

C) Ceraikan bini sebab kurang ajar pada suami?

D) Bagitahu hukum hakam Hal poligami dan madu dikalangan hamba?

E) Mengaku bersetubuh lalu merampas pisau dan viral perbuatan isteri pada golongan wanita ansar?

Agak agak… Jika korang ditempat kejadian, apa korang nak buat bila berdepan dengan isteri yang sedang cemburu bersama pisau terhunus?

Sebenarnya… Dalam Islam ada kaedah bohong sunat yang dibenarkan demi selamatkan Nyawa serta maruah..

Maka Abdullah sahabat Nabi ini cool, tak perlulah bergaduh bab hokum hakam dengan bini yang sedang pegang pisau tengah tengah malam, lalu beliau tipu sunat katanya tak buat apa apa, dan selamba membaca Al Quran sebab orang berhadas besar tak boleh baca Al Quran.

Padahal beliau tipu sunat dengan bersyair yang ada  ala ala bunyi macam Al quran…

“””””Seisi alam menagih kasihnya Laila””””

Dibalik selendang sembunyi nur kasihmu””””””

Begitulah agak nya bunyi syair dalam bahasa melayu jika di bacakan…

Terus isterinya percaya dan simpan pisau sambil berkata..

“Mata saya telah menipu saya, abang lah yang benar”

Besoknya, Abdullah Rawahah cerita kisah Laki bini beliau kepada Nabi Muhammad SAW, dan Nabi tersenyum lebar.

Woha!

Ps: jika korang tak buat dosa, boleh bohong sunat demi elakkan pergaduhan apatah lagi pembunuhan. tapi tak semua sewanangnya dibenar kan menipu, tertakluk pada terma Al quran dan syarat hadis. Wallahulam.

Moral:

Isteri bila percaya pada suami, akan anggap matanya berbohong walaupun dah nampak jelas, tapi jika bini tak percaya pada laki, dengar cerita gossip terus percaya maka runtuhlan rumah tangga… aduhai..

Maka marilah kita didik para isteri dengan tidak pernah berbohong seumur hidup yang mana jika ada special kes macam kisah di atas, isteri akan cakap:

“Mata saya yang menipu saya”

Woha!

Laporan kepada Nabi?


 

Hari tu saya cerita masjid Sri Petaling dalam kenangan, meriahnya bagai masjid Nabawi maka syukur hari ini rezeki Allah dapatlah saya bersubuh hari di Masjid Nabawi..:

Bercucuran air mata sebab saya yang banyak dosa masih diberi ruang oleh Allah mendekati jasad Nabi Muhammad Saw…

Laporan ya Rasulullah…. Kampung saya surau belum penuh macam solat jumaat, lorong rumah saya ada tiga wakil sahaja datang solat berjemaah, amalan ziarah dari dua kali seminggu  kini hanya seminggu, semua salah saya Ya Rasulullah, maafkan saya…..

Ya Allah… ampunkanlah dosa saya sebab belum mampu makmurkan masjid seperti kekasihmu..

Ya Allah kau bantulah semua umat islam di seluruh dunia, sungguh antara kami ada yang ditindas, Kau bantulah, antara kami ada yang sakit, kau sembuhkanlah, antara kami ada yang bergaduh, Kau damaikanlah, antara kami ada yang diliputi beban beban, Kau ringanlah, antara kami ada yang berhutang, kau permudahkanlah, antara kami ada yang rosak iman, Kau Baikilah, antara kami ada yang tidak membantu, Kau Gerak gerakkanlah. Antara kami ada yang tiada zuriat, kau suburkanlah, antara kami ada yang kesunyian, kau meriahkanlah, antara kami ada yang menuju lembah neraka, kau pimpin lah ke Taman syurga.

Izinkan kami bersama Nabimu di Syurga.

Mohon  bantu Rohani kami agar teguh Keimanan sampai mati, asal Kau Redha!

Amin Ya Rabiil Alamin!

Jan 18, 2023

Menyorok di Kubur Nabi?

Nak solat dekat kubur Nabi kena menyorok Hamka…

Kubur Nabi Sebelah Raudah, Taman syurga, tempat wahyu kerap turun. Doa makbul… tapi kena menyorok jika nak masuk…

Itulah ucapan awal saya ingat bab Taman syurga Al Raudah di Masjid Nabawi, ustaz cakap kena guna menyorok jika nak masuk sebab situ susah nak masuk kecuali menyorok…

Alkisahnya, ketika Rasullulah wafat, Baginda dikuburkan didalam kamar tidurnya sendiri dan Siti Aisyah tetap tinggal dikamar yang sama,

kemudian ketika Abu Bakar ra sakit beliau minta izin kepada Siti Aisyah agar dapat dikuburkan disamping sahabat yang  paling dicintainya itu dan Aisyah mengizinkannya, maklumlah Abu Bakar adalah ayah Siti Aisyah.

kemudian ketika Umar bin al-Khatab sakit,  beliau juga minta izin Siti Aisyah untuk dikuburkan disamping sahabatnya, padahal Siti Aisyah sudah merancang untuk dikuburkan disamping suami dan ayah yang sangat dicintainya tetapi demi rasa hormatnya kepada Sahabat Karib Suaminya,

maka Siti Aisyah mengizinkannya dan menurut riwayat setelah Umar bin al-Khatab dikuburkan disamping Rasulullah, maka Aisyah tidak pernah membuka aurat dikamarnya kerana telah ada orang asing bukan mahramnya yang telah dikuburkan di kamarnya.

Sayu jika baca cerita Aisyah dan Sahabat Nabi ni….

Pendek cerita, Syukur Alhamdulillah rezeki saya dapat solat beberapa rakaat di raudah, depan mimbar Nabi, Sebelah kubur Nabi, Abu Bakar dan Umar. alhamdulillah…

Bab masuk menyorok tu bukan masuk secara curi curi, tapi guna app NUSUK, apply online, Dan Tunjuk pada Jaga, baru boleh masuk, Alhamdulillah..

NUSUK dalam Bahasa Terengganu bermaksud menyorok. Saya tersemat dalam otak nusuk nusuk… rupanya nama App masuk Masjid.

Woha!

Ps: Semoga kita semua terpilih untuk ke Raudah di dunia dan di akhirat, Amin.

Nak solat dekat kubur Nabi kena menyorok Hamka…

Kubur Nabi Sebelah Raudah, Taman syurga, tempat wahyu kerap turun. Doa makbul… tapi kena menyorok jika nak masuk…

Itulah ucapan awal saya ingat bab Taman syurga Al Raudah di Masjid Nabawi, ustaz cakap kena guna menyorok jika nak masuk sebab situ susah nak masuk kecuali menyorok…

Alkisahnya, ketika Rasullulah wafat, Baginda dikuburkan didalam kamar tidurnya sendiri dan Siti Aisyah tetap tinggal dikamar yang sama,

kemudian ketika Abu Bakar ra sakit beliau minta izin kepada Siti Aisyah agar dapat dikuburkan disamping sahabat yang  paling dicintainya itu dan Aisyah mengizinkannya, maklumlah Abu Bakar adalah ayah Siti Aisyah.

kemudian ketika Umar bin al-Khatab sakit,  beliau juga minta izin Siti Aisyah untuk dikuburkan disamping sahabatnya, padahal Siti Aisyah sudah merancang untuk dikuburkan disamping suami dan ayah yang sangat dicintainya tetapi demi rasa hormatnya kepada Sahabat Karib Suaminya,

maka Siti Aisyah mengizinkannya dan menurut riwayat setelah Umar bin al-Khatab dikuburkan disamping Rasulullah, maka Aisyah tidak pernah membuka aurat dikamarnya kerana telah ada orang asing bukan mahramnya yang telah dikuburkan di kamarnya.

Sayu jika baca cerita Aisyah dan Sahabat Nabi ni….

Pendek cerita, Syukur Alhamdulillah rezeki saya dapat solat beberapa rakaat di raudah, depan mimbar Nabi, Sebelah kubur Nabi, Abu Bakar dan Umar. alhamdulillah…

Bab masuk menyorok tu bukan masuk secara curi curi, tapi guna app NUSUK, apply online, Dan Tunjuk pada Jaga, baru boleh masuk, Alhamdulillah..

NUSUK dalam Bahasa Terengganu bermaksud menyorok. Saya tersemat dalam otak nusuk nusuk… rupanya nama App masuk Masjid.

Woha!

Ps: Semoga kita semua terpilih untuk ke Raudah di dunia dan di akhirat, Amin.

Dosa sebelum Umrah?


Alkisahnya, bila pergi Umrah, ada yang risau dengan dosa banyak, risau akan dibalas serta merta, maka bila sampai sahaja ke lapangan terbang, ada Jemaah haji atau umrah yang menangis atas kerusi kapal Terbang sebab badan melekat pada kerusi, OH.., Allah tak terima saya sebagai tetamuNYA, badan saya dah melekat…

Mujur Pramugari cepat bertindak, rupanya Jemaah tu lupa nak buka tali pinggang keselamatan.

Woha!

Sampai ke Masjid pula, Jemaah menangis sebab tak nampak Kaabah, bercucuran air mata, OH.. Allah dah hilangkan Kaabah pada mata saya, mujur Mutawif cepat bertindak, sedarkan dia, kita sekarang kat masjid Nabawi, Kaabah takde kat sini… Aduhai..

Sampai Mekah pula, ketika beratur nak masuk tapak Kaabah, sekali lagi kena halau dengan Jaga berperkaian askar yang membebel dalam bahasa arab!, bercuruan air mata, OH Askar arab tu nampak dosa saya, maka tak benarkan saya masuk, padahal dia yang tak pakai pakaian Ehram, memang tak boleh masuk ke dalam masjid tapak Kaabah…

Sungguh Allah Maha Pengasih Maha Penyayang, dosa kita sebanyak manapun, InsyaaAllah akan diampuni bila Taubat Nasuha…

Ya Allah, ampunkanlah segala dosa dosa kami, dan jadikan kami termasuk sebagai tetamu RumahMU, setiap hari di Masjid berdekatan, dan sampai masa di Kaabah!

Amin!

Jan 17, 2023

Ucapab Bapa Pengantin?

Hari ni abang saya dapat menantu dari Negeri Sembilan, selesai akad nikah anak perempuannya si abang berbisik, kejap lagi Kekanda kena buat ucapan kat kenduri, minta tolong adikanda keretamayat karang sikit…

Ok siap!

Bismillahirrahmanirrahim,

Yang berbahagia Datuk / datin, tuan-tuan, puan-puan, para hadirin yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera.

Para hadirin yang saya hormati sekalian,

Dari Seremban mencari pantai

Hendak menangkap ikan berbakul

Yang kita hajat telah tercapai

Yang kita doa telah termakbul.

Alhamdulillah

Selamat datang kami ucapkan kepada semua hadirin. Terima kasih kerana sudi menghadirkan diri pada majlis ini.

Saya, perkenalkan diri saya, Cikgu Zul, ayahanda kepada pengantin perempuan, dikesempatan ini saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, dan berkat kerja sama tuan puan, jiran jiran, sahabat handal, saudara mara, sepupu sepapat, adik beradik, ipar duai, dan semua pihak, maka majlis perkahwinan ini dapat berjalan lancar. Alhamdulillah.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Untuk makluman semua, anak saya Nurul Saadah dan pasangannya telah selamat diijab kabulkan pada pagi tadi, pukul 10 pagi, syukur ke hadrat Ilahi dengan kelancaran majlis akad nikah, semoga mereka Dikurniakan kebahagian hingga ke akhir hayat. Dan melahirkan anak anak, cucu cicit yang soleh solehah Insyaallah.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Kepada keluarga pengantin lelaki, kami sekeluarga mengucapkan aluan selamat datang ke dalam keluarga kami seadanya. Harapan kami semoga silaturahim antara keluarga kita akan menambahkan lagi seri dan kebahagiaan, serta mengeratkan ikatan ukhwah sesama keluarga di dunia sampai akhirat.

Dikesempatan ini juga,

Saya rakamkan jutaan terima kasih kepada semua hadirin dan adik beradik serta saudara mara, serta jiran tetangga dan sahabat handai, terutama Mereka yang berada di belakang tabir bertungkus lumus dalam menjayakan majlis pada hari ini.

Segala pengorbanan anda syurgalah sebaik baik balasan. amin.

Terima kasih juga kepada DJ majlis, ustaz yang memimpin bacaan doa, dan mereka yang terlibat dalam semua atur cara dan persiapan hidangan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian.

Saya akhiri dengan pesanan cinta dari pujangga,

“KALAU angin bertiup dengan kencangnya, Jangan larang daun-daun kering berguguran, kalau mendung hitam sudah di atas kepala, Jangan larang hujan turun ke bumi, Kalau ‘senyummu’ selalu mekar dalam hatiku, Jangan larang aku tetap setia dan rindu padamu.”

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah,

Assalamualaikum WBT.

Woha!



Tips Kos kenduri kahwin yang murah….?

Alkisahnya, bila dah tua begini, borak borak dengan rakan rakan serat abang kakak yang dah dapat menantu, maka saya dapat beberapa tips bagaimana nak kurangkan kos majlis kahwin.

Pertama, Sewa dewan mahal, jika rumah halaman luas bersyukurlah, sewa khemah dan meja serta kerusi berterabur boleh jimat banyak kos.

Jika halaman rumah sempit, boleh sewa banglo yang halaman luas, sebelum tu compare dengan dewan, mana lebih murah? Ikut kawasanlah, tapi jika sewa rumah besar sikit, maka boleh jadikan homestay terus pada saudara jauh, dan bantu persiapan majlis bersama sama, rumah sendiri tak bersepah..

Bab masak, jika orang kampung sehati sejiwa Alhamdulillah, boleh gotong royong, atau pilihan lain, ambik catering, cari harga yang berpatutan.

Kos gubahan pelantar bersanding juga sangat mahal di dewan, jika buat di rumah, boleh DIY sahaja, letak bunga banyak, dan kain berkilat sikit, jimat banyak.

Baju pengantin, sewa, jangan beli! Jika pakai baju raya, sewa Tanjak sahaja pun boleh.

Baju bersanding dan outdoor pakai jer yang sama, tak perlu sewa tuxedo untuk outdoor.

Kos DJ boleh DIY, sewa set speaker, pasang MP3, bagi anak saudara pasang kompang, lagu nasyid, muzik melayu, jangan Karoeke.

Minta kawan kawan hantar video ucapan selamat pengantin baru, dan nasihat seminggu sebelum majlis dalam 3 minit satu video, susun biar sampai satu jam, lepas tu mainkan jer video tu guna TV ke, guna projector ke, boleh juga play video yang sopan aksi pengantin masa bujang,

Jumlah tetamu boleh guna google form, tahu siapa nak datang, dan jumlah makanan agar tak membazir. Tak perlu jemput semua orang, pilih yang rapat, akrab, dan berkat.

Doorgift boleh DIY, boleh cari yang murah dan cantik, bilangan ikut google form tadi.

Buat aturcara majlis dengan jelas, pukul berapa pengantin sampai?,silat jam berapa? makan beradap jam berapa? ucapan mertua jam berapa? Ucapan pengantin jam berapa? Ucapan tetamu terpilih jam berapa? Solat jam berapa? Biar majlis kahwin ada pengisian nasihat dan pesanan, bukan sekadar makan-makan.

Majlis akad nikah bagus hari yang sama, jangan awal sangat jam 9 pagi, eloknya jam 10 pagi, habis majlis terus ke kenduri jam 11.30. Baju akad Nikah sama dengan baju bersanding.

Wang hanratan yang diniatkan untuk belanja kenduri jangan habiskan, jimatkan kenduri dan pulangkan kepada pengantin.

Salam kaut, pulangkan kepada pengantin, mereka nak mulakan hidup baru.

Boleh upah fotografer untuk gambar yang professional, dan adik beradik boleh backup ambik gambar share dalam group.

Waktu tetamu nak balik, akan jumpa tuan rumah, jika mampu, dah set kawasan untuk tetamu tu beri ucapan pada pengantin dan di rakam guna video, ucapan tu sangat berharga maknanya pada pengantin dan tuan rumah.

Last! Antara masalah paling utama, majlis bermula jam 11, zohor jam satu, tapi tetamu ramai waktu tu, maka DJ boleh onkan azan, dan adakan majlis solat berjemaah bersama tuan rumah area khas, insyaAllah majlis bertambah berkat! Solat asar repeat lagi sekali.

Ada juga kawan saya yang buat malam, mula jam lapan habis jam 11 malam, terpulang pada kemampuan, jangan lupa solat isyak berjemaah.

Demikianlah tips belanja majlis kenduri kahwin anak perempuan, jika korang ada idea lain, boleh tambah di ruang komen.

Woha!

 

Jan 16, 2023

Air Zam Zam pernah kering?

Alkisahnya, sebelum Nabi Muhammad SAW lahir, dikeliling Kaabah penuh dengan berhala yang di bina, hingga telaga zam zam tertimbus, dan hilang dari Mekah. Cubaan mencari telaga zam zam sukar kerana terlalu banyak barhala di sekitar Kaabah, dan kerja menggali akan mendapat tentangan dari puak puak yang menjaga berhala masing masing.

Hingga tiba zaman Abdul Mutalib masih muda, Nabi belum lahir, yang mana, datuk Nabi Muhammad SAW telah mendapat mimpi mendengar suara menyuruhnya mengali telaga Zam Zam yang tertutup dengan batu, dan tertimbus dengan tanah, lalu ia bertanya dalam mimpi, di manakah Zam Zam?

Suara itu berkata:

“Zam Zam tidak pernah kering selamanya, ia untuk Jemaah Haji tetamu Allah, ia berada diantara perut dan darah, disisi patukan gagak hitam yang ada bulu putih, dirumah kampung semut.

Terjaga dari tidur, Datuk Nabi Muhammad SAW terus cari sarang semut dan mendapati ada banyak, alamak?! tak kan nak gali semua? Nanti kabilah arab yang lain akan marah!

Tiba tiba ada kabilah arab yang ada buat majlis sembelih lembu dekat dengan patung penzina lelaki, lepas sembelih, lembu itu berjalan dan mati dekat patung penzina perempuan, menurut sejarah, patung itu terjadi saat remaja lelaki berzina dengan aweknya dan tiba tiba mereka berdua berubah menjadi batu, patung begitupun ada orang sembah? Aduhai..

Maka dari kesan darah, Datuk Nabi cari sarang semut, dan tiba tiba muncul burung gagak berbulu putih datang meragut semut, terus Abdul Mutalib gali tanah Kawasan situ, suasana kecoh sebab orang arab lain tak setuju Datuk Nabi gali Kawasan kaabah, tapi datuk Nabi ada 10 orang anak lelaki, termasuk ayah Nabi Muhammad SAW, Abdullah namanya, mereka buat blok dan halang kabilah arab lain kacau datuk Nabi.

Tak lama terjumpalah penutup batu telaga Zam Zam, maka terus kabilah Arab tolong gali, dan angkat batu, maka terjumpalah air Zam zam.

Tak lama lepas tu mereka gaduh nak lantik ketua telaga Zam zam, sepatutnya Abdul Mutalib, datuk Nabilah yang jadi ketua penjaga Zam Zam sebab dia yang jumpa?, tapi mereka tak setuju dan sanggup adakan perperangan antara puak, untuk jadi ketua telaga Zam Zam. Siapa menang, dia jadi penjaga Zam zam.

Atas nasihat orang tua dari beberapa Kabilah, mereka setuju untuk jumpa dengan bomoh terkenal zaman tu yang ada di tengah padang pasir, maka Datuk Nabi dan semua ketua puak, setuju untuk jompa bomoh padang pasir, dan biar bomoh tu pilih siapa yang layak jadi ketua telaga Zam Zam.

Waktu itu, Datuk Nabi bernazar, jika dia dipilih jadi ketua, dia akan sembelih salah sorang dari anak dia..

Tapi entah macam mana, mereka semua sesat di padang pasir, dan hadapi kebuluran makanan, air pun dah habis, dan mereka gali padang pasir tak jumpa air, maka masing masing jadikan lubang yang mereka gali sebagai lubang kubur, dan siapa yang mati, maka yang hidup akan tolong kambuskan. Bermakna akan ada sorang jer nanti mati tampa dikambus….

Tiba tiba keajaiban berlaku, dari hentakan unta milik datuk Nabi, terpnacur air, lalu semua ketua kabilah minum, dan mereka terselamat dari maut, lalu merekapun bermesyuarat..

“Tuhan yang sama takdirkan Abdul Mutalib bertemu telaga Zam-Zam, maka dah tentu Tuhan yang sama takdirkan air keluar dari kaki unta Abdul Mutalib, maka biarlah Abdul Mutalib menjadi ketua penjaga telaga Zam-Zam”

Alhamdulillah, Nabi kita lahir dari keturunan yang mulia, penjaga telaga Zam Zam, sedangkan bapa saudaranya yang lain menjaga berhala.

Sampai di Kaabah, maka Abdul Mutalib teringat tentang Nazarnya nak sembelih salah sorang dari 10 anak lelakinya, maka undian dibuat, dan dalam sepuluh anak lelaki, anak yang paling Abdul Mutalib sayang adalah Abdullah, bakal ayah Nabi Muhammad SAW.

Tapi bila undian dilakukan, jatuh kepada Abdullah ayah Nabi, Abdul Mutalib buat undian lagi, dan sepeluh kali undi, tetap dapat pada Abdullah.

Maka kerja kerja persiapan sembelih ayah Nabi dimulakan depan Kaabah.

Terus ketua kabilah lain kecoh, dan anggap satu fahaman baru tersebar, yang mana siapa yang ada sepuluh anak lalaki, maka kena sembelih salah sorang.

Maka mereka beramai ramai halang Abdul Mutalib datuk Nabi, dari pergi sembelih Abdullah Ayah Nabi..

Orang ramai mencadangkan, guna undang undang lain, iaitu, hokum bunuh ganti dengan sepuluh ekor unta, maka apa kata Abdullah diundi dengan sepuluh unta, kita tengok siapa yang kena?

Maka bersetujulah Abdul Mutalib buat undian Abdullah dan sepuluh unta, namun lepas undi, tetap dapat giliran Abdullah sebagai mangsa hukuman sembelih.

Abdul Mutalib cabut undi sepuluh kali, semuanya jatuh kepada Abdullah, bermakna Abdul Mutalib kena sembih seratus ekor unta.

Maka undian di buat kali ke sebelas, barulah dapat giliran unta, undian kali ke dua belas dan ke atas, semua dapat kepada unta, maka puaslah hati Abdul Mutalib dan penduduk Mekah, maka pada hari itu seratus ekor unta telah dikorbankan.

Maka pendek cerita, Mekah semenjak ada Zam Zam kembali menjadi mahsyur, Jemaah Haji datang berduyung duyung, hingga membuatkan Raja Abrahah dengki dan datang nak hapuskan Kaabah, dan pada tahun serangan tentera Abrahah, Nabi Muhammad SAW lahir, then the rest is history.. air Zam Zam tidak pernah kering buat selamanya…

Hari ni saya yang hidup 1400 tahun dari zaman Nabi, sangat bersyukur kerana sepanjang duduk Mekah dan Madinah, hari hari dapat minum air Zam Zam, berwuduk air Zam Zam, siap isi dalam botol, bawa balik hotel, dan mandi air Zam Zam!

Arwah atok, arwah ayah, arwah mak, semua dah datang Mekah Madinah beribadat sambil minum air Zam Zam, kali ini gliran saya, dan InsyaAllah anak cucu kita akan datang juga ke sini, berbadat sambil mandi air Zam Zam!

Woha!

ps: tahukah anda, di masjid nabawi, walapun jauh dari Mekah, disediakan Air Zam Zam percuma bagi setiap pengunjung, link video https://www.youtube.com/watch?v=lTMXtxZZq88

Buku terbaru saya?

Bicara Filem Dunia Wayang! Khas buat peminat filem yang mahu berfikir diluar kotak, ada pebagai tajuk filem tempatan dan luar negara yang diulas penuh satira, fakta, dan bergaya!

Saya menjadi salah sorang penulis tamu, saya pilih filem P Ramlee…

Antara tajuk filem yang diulas dalam buku ini..

Rock Bro    

Nujum Pak Belalang     

Lelaki Harapan Dunia  

Don’t Look Up

Ron’s Gone Wrong  

Rock Oo!!  

Abang Long Fadil 3

Wall-E  

Anakku Sazali   

English Vinglish      

Guru-Guru Gokil     

Pendekar Bujang Lapok

Laksamana Do Re Mi    

Ali Baba Bujang Lapok

Kanchan Tirana     

Shrek

The Good Liar

Seniman Bujang Lapok

Laal Singh Chaddha   

Chennai Express 

Mat Kilau 

Tiga Abdul

Berminat nak beli? https://wa.me/60199117163?text=Bukubicarafilem

Woha!



Jan 15, 2023

Proses Pemilihan pemimpin di awal Islam?

depan rumah Abu Bakar area Madinah

Proses pertukaran pemimpin paling mendebarkan dalam sejarah Islam..

Alkisahnya… Sebelum kewafatan Rasulullah SAW, Baginda dalam keadaan sakit-sakit telah menghantar satu jemaah Dakwah dan Jihad yang di ketuai oleh Usamah RA yang masih muda belia.., dan bilangan mereka adalah seramai 30 ribu orang termasuk seribu penunggang kuda..

Walupun Nabi SAW sedang sakit, tapi Nabi sendiri telah menghantar ke sempadan akan jemaah Usamah RA ini keluar ke jalan Allah..

Walaubagaimanapun, apabila Rasullulah SAW wafat.., berita ini mengejutkan dunia, tiba tiba  Jemaah Usamah yang sedang bertolak ini telah kembali pulang ke madinah.., ingin menziarahi jenazah Nabi SAW.., dan pada ketika itu seluruh dunia islam di selubungi kedukaan dan kesedihan.

Ramai Sahabat menjadi bingung dan hilang arah kerana tidak dapat menerima hakikat tentang berita kematian Nabi Muhammad SAW..

Sehinggakan saidina Umar RA sanggup menghunus pedang dan ingin memancung kepala orang yang percaya nabi SAW telah wafat.

Lalu datanglah abu bakar RA menumbuk Umar lalu bagi tazkirah sambil mencekak janggut saidina Umar RA..

“Bukankah Nabi itu seorang manusia dan semua manusia akan jadi mati? Hanya Allah yang tidak akan mati!”

Terus Umar R.A insaf dengar tazkirah Abu Bakar R.a!

Pada waktu ‘hung parliament’ itu, dalam keadaan bingung dan keliru, terdapat pula perbalahan di antara puak Ansar dan Puak muhajirin kerana masing masing berebut nak jadi pemimpin..

Orang Muhajirin kata mereka patut jadi pemimpin kerana mereka adalah golongan terawal masuk islam dan sekampong dengan Nabi Muhamad SAW..

Tapi orang Ansar pula cakap bahawa madinah itu bumi mereka dan merekalah yang patut jadi pemimpin…

Maka keadaan menjadi semakin tegang.. dan dalam keadaan itu di kalangan sahabat RA, tumpuan dan fikir ke atas UMAT dan pergerakkan jemaah dakwah telah berhenti, di tambah pulak orang muhajirin dan ansar bergaduh kerana masing masing ingin melantik pemimpin di kalangan mereka… pada waktu itu JEMAAH USAMAH RA tidak bergerak (tangguh) dan para sahabat sibuk dengan urusan MELANTIK PEMIMPIN.., berbagai nama calon di kemukakan.., mereka hampir berperang sesama sendiri.!

Lalu... Dalam keadaan mereka sibuk berfikir akan siapakah yang akan jadi PEMIMPIN orang islam?, pengganti Nabi Muhammad SAW?, rupa rupanya, seolah olah… pada waktu itu KERJA DAKWAH sedang berhenti.., kelihatan orang islam sibuk berebut jawatan pemimpin, dan Jemma’ah USAMAH r.a tangguh dulu maka pada waktu yang sama, tiga perkara besar telah berlaku, iaitu:-

1. Telah ramai orang islam yang murtad.., kemunafikkan telah zahir di Madinah, kabilah arab banyak yang murtad, termasuklah orang Ajam..

2. Muncul pembaharuan dalam ugama.., ada yang bersolat tapi tak mahu bayar zakat dan yang paling dahsyat muncul Dajjal pertama yang mengaku sebagai Nabi palsu..

3. Allah cabut kehebatan islam sehingga tentera ROM mulai bergerak untuk menyerang Madinah..

Oh! 3 perkara ini menimpa orang islam bukan selepas 100 tahun orang islam tinggalkan dakwah, bukan selepas 10 tahun, tapi sejurus pemimpin Islam tiada…

Dalam suasana tegang itu, akhirnya majlis Syura bermesyuarat untuk lantik pemimpin Islam guna hujah dari Al Quran dan hadis, bukan guna hujah pribumi Ansar atau Awalin Muhajirin.

Maka rujuk kisah Nabi waktu sakit dan lantik Abu Bakar jadi Imam serta kisah Abu Bakar hijrah bersama Nabi serta menyorok dalam gua di awaI islam, akhirnya ummat islam telah melantik saidina Abu Bakar RA sebagai KHALIFAH islam.., pemimpin pertama selepas kewafatan rasulullah s.a.w.

Sejurus selepas perlantikan beliau, Perkara Pertama sekali yang di buat oleh Abu Bakar RA selepas menjadi Khalifah adalah :-

JEMAAH USAMAH YANG TELAH DI HANTAR OLEH NABI TAPI TERTANGGUH HENDAKLAH DI KELUARKAN KE DISTINASI YANG TELAH DI TETAPKAN..! MESTI!

Ini bermakna, seramai 30 ribu orang islam telah di keluarkan untuk berjihad..

Walaupun pada mulanya saidina Umar RA dan kebanyakan sahabat lain tidak setuju kerana mahu Jemaah yang ramai ini di gunakan untuk menentang orang murtad di sekitar arab dan mahu sebahagian lagi jemaah ini menjaga sempadan madinah daripada serangan Rom dan sebahagian lagi menentang Nabi palsu.

Tetapi.., apa kata saidina Abu Bakar RA?

“Adakah patut saya menangguh jemaah yang telah di bentuk oleh Rasullullah sendiri? Demi Dia yang memegang nyawaku di dalam genggamanNya, sekiranya binatang binatang buas datang menyerang madinah lalu mengheret mayat mayat isteri Rasullullah, sekalipun sama sekali tidak saya membatal pemergian jemaah usamah RA..”

Tuan tuan yang saya muliakan, Abu bakar adalah orang yang paling faham ugama, ,maka lepas dah hantar tentera Usamah RA, baki ummat islam yang tinggal telah di keluarkan untuk berjihad ke atas orang murtad dan tak bayar zakat, walaupun pada mulanya sebahagian sahabat risau kerana tiada orang lelaki di madinah dan bagi cadangan agar orang yang solat tapi tak bayar zakat di maafkan kerana mereka masih bersolat dan di pujuk mereka yang bersolat tapi tak bayar zakat menyertai tentera islam menentang orang murtad..

Tapi Apa pulak abu Bakar RA jawab?

“Demi Allah, jika di zaman Nabi mereka membayar zakat binatang bersama tali, tapi sekarang mereka membayar zakat binatang tanpa tali, akan ku perang orang itu!

Pendek cerita… jemaah Usamah RA telah keluar ke Syam dan telah melewati kabilah kabilah yang murtad yang ingin menyerang madinah, lalu timbul kegerunan kepada golongan murtad dan berfikir jika mereka orang islam telah keluarkan jemaah seramai ini, maka sudah pasti mereka mempunyai bilangan yang lebih ramai di Madinah..

Lihatlah bagaiman Allah telah mencampak kegerunan kepada orang murtad kepada jemaah usamah RA walaupun jemaah ini bukan di keluarkan untuk memerangi orang murtad..

Kemudian di jalanan jemaah Usamah RA telah bertembung dengan tentera ROM lalu musuh pun berundur apabila melihat ramainya umat Islam meneruskan dakwah walau tida lagi Nabi di sisi…

Di madinah pula, Abu Bakar RA telah menghantar jemaah yang di pimpin Khalid RA memerangi orang murtad, dan yang enggan bayar zakat, Jemaah perang menentang nabj palsu juga telah disiapkan, pendek cerita… Nabi palsu telah di bunuh, orang murtad telah kembali islam dan golongan yang enggang bayar zakat sudah kembali ke pangkal jalan,

Dan Abu bakar faham bahawa orang yang murtad dan tidak bayar zakat ini ada masalah iman lalu keluarkan perintah agar mereka semua keluar berjihad di jalan Allah, kemudian melalui jalan jalan ini, Allah telah mencapakkan kegerunan kepada seluruh musuh islam di seluruh dunia dan melalui jemaah dakwah dan jihad maka islam terus berkembang dan seterusnya mengusai dunia..! Then the rest is History…

*****

Balik ke zaman sekarang..

Dalam kita semua sibuk jawatan pemimpin guna kaedah demokrasi tapi tak cukup majoriti, dalam masa yang sama ada kabar berita..

Bilangan orang murtad semakin bertambah, ulamak palsu semakin bertambah dan orang kapir sikit pun tak takut kat kita orang islam isk..isk.. LGBT juga makin rancak, Dajjal sebenar dah nak muncul, oh….

Maka fahamlah kita,

Jika kita merujuk kepada sejarah, bila dakwah cara Nabi tidak berlaku maka tiga perkara akan berlaku..

Pertama:

Ramai orang islam yang murtad.., sangat ramai!

(dah berlaku kat Negara kita, isk..)

Kedua:

Akan muncul firnah Dajjal

(Oh, geng kospirasi sendiri menghebatkan dajjal dan membatah ulamak yang hak dan ikut ulamak palsu)

Ketiga:-

Allah cabut kehebatan islam sehingga orang kapir tidak lagi merasa gerun dan takut kepada orang islam

(bahkan mereka telah menghina kita semua macam anjing dan babi!)

Dan sekarang, ketiga tiga perkara ini sedang berlaku kat mana mana Negara islam, lebih sedih masjid zaman kita dah tak semeriah masjid zaman Abu bakar, macam mana masalah ummat nak selesai?

Selesakah saya dan kita semua berdakwah dengan, tiktok, whatsapp. YouTube , lagu ,blog, komik, parti, telegram, insta, hingga masjid jadi kosong dan lengang?

Tak salah nak makmurkan media sosial dengan dakwah agama tapi jangan lupa untuk makmurkan masjid Allah kerana masjid itu adalah sebaik tempat orang beriman memakmurkannya!

Maka dalam sibuk berparti politik, Kembalilah kita kembali berdakwah cara Nabi memakmurkan Masjid, sungguh penyelesaian yang berlaku di zaman Abu Bakar, akan berulang, sebagaimana munculnya Imam Mahdi dan Nabi Isa, pasti mereka juga akan gunakan cara Abu Bakar dalam memimpin iaitu utamakan Jemaah dakwah kepada bukan Islam, kepada murtad, dan kepada yang tak bayar zakat…

Panjang nak cerita saya ringkaskan… Jom kita memetik pesanan terakhir Saidina Abu Bakar RA(pemimpin islam pertama) kepada Umar RA.(pemimpian islam kedua) bab melantik pemimpin…

“Wahai Umar,

Apa yang saya perkatakan kepadamu dan amalkanlah.

Sesungguhnya saya berharap akan menghebus nafasku yang terakhir pada hariku ini, (hari isnin)

Maka sekiranya saya mati, janganlah menunggu ke petang baru menggantikan saya untuk menguruskan hal ehwal orang ramai,

Begitu juga jika kematianku terlewat sehingga ke waktu malam, janganlah kamu menunggu hingga hari esok untuk menguruskan hal ehwal orang ramai,

Janganlah kematianku ini menyibukkan kamu dari agama dan wasiat Tuhan kamu.

Laksanakanlah wasiat Allah dan Rasul-NYa terlebih dahulu.

Sesungguhnya engkau telah melihat apa yang telah saya lakukan selepas kewafatan rasulullah saw.,

Musibah dan kewafatannya tidaklah sama dengan musibah kematian yang lain.

Dan demi Allah, sekiranya saya melambat-lambatkan perintah Allah dan RasulNya sudah pasti Allah tidak akan menolong kita lalu menghukum kita dan musuh musuh akan menyerang dan membakar madinah ini”

(End)

Ps: Jka ada silap dalam penulisan, sila tegur, dan jika teringat nama saya dalam doamu, doakan yang baik baik, semoga kita semua terlibat dalam usaha dakwah dan memakmurkan masjid Allah.

Semoga Woha Sampai syurga!