Oct 9, 2022

Memanah Sunnah?

MEMANAH DAN SUNNAH

.

Nabi Muhammad SAW galakkan sahabat belajar memanah, maka insyaAllah belajar memanah adalah sunnah.

.

Ada orang pandang rendah sukan memanah sebab tak berpeluh sangat, Pilihan masing masing, namun ketahuilah, Memanah ni adalah senjata yang boleh membunuh, manakala belajar memanah adalah belajar mahirkan diri guna senjata membunuh dengan panahan paling tepat, maka jangan pandang rendah ilmu memanah.

.

Antara adab penting waktu belajar memanah, jangan kutuk kawan yang belum pandai memanah. Dan jika ada kawan pandai tapi tersasar jangan kutuk juga sebab belajar memanah adalah usaha, sasaran memanah adalah takdir.

.

InsyaAllah setiap pemanah dapat pahala bagi setiap panahan yang disertakan zikir.

.

Di akhir zaman ramai orang mengikuti aktiviti dan gaya hidup barat. maka Beruntunglah jika kita dapat mengikut aktiviti kehidupan Sunnah Rasulullah dalam sukan memanah

.

Setiap sasaran panah, adalah rezeki dari Allah, yang mana semua orang ada rezeki masing masing, jangan salahkan orang lain, alat, cuaca, dan lain lain dalam memanah.

.

Berlatih banyak akan tepatkan sasaran, namun yakinlah bahawa bukan kita yang memanah tepat. Semua atas izin Allah

.

Main panah insyaAllah dapat pahala sunnah, dengan niat yang betul kerana Allah.

.

Ada kawan cerita dia suka memanah dan berkuda, dalam mimpi jumpa Rasulullah terus borak Tips memanah dan berkuda katanya, semoga kita semua dapat mimpi jumpa Rasulullah dan dapat borak panjang, Amin…

.

 

Woha!

 

https://youtu.be/fyfctg2QHes

Berita dari ibu?

Kagum betul dengan kaum ibu….

Saya sedang baring nak tidur, tiba tiba terdengar perbualan isteri dan anak lelaki di dalam telefon,

Alkisahnya anak saya berada di asrama MRSM pantai timur, jadi malam minggu warden ada bagi handset maka dapatlah anak saya berborak dengan ibunya.

kemudian saya terdengar isteri saya pesan pada anak, esok bangun pagi-pagi tu basuh baju terus lepas subuh sebab Bonda dah tengok laporan cuaca petang esok hujan lebat!

anak lelaki jawab ya ya-ya

Saya dalam hati berbisik, dahsyat betul kaum ibu pantau anak, siap laporan cuaca pun diorang selidik sebelum bercakap dengan si anak.

Jap lagi habis laporan cuaca mesti laporan sukan!?

Sekali betul isteri saya pesan pada anak main tali skipping dalam dorm sebab hujan kan?

Woha!

Link tali skipping siap dengan kalori calculations https://shope.ee/AUIqAekktm

Mendidik anak sulung lelaki..?

Alkisahnya, Anak lelaki pakcik. Hari hari kena basuh pinggan. Lepas tu kena pergi dobi basuh baju. Sebab mesin basuh tak muat. Lepas tu balik kena jemur.

Rumput panjang kena mesin rumput. Tak lupa siram pokok bunga serta bagi makan kucing,

Bangun pagi kena kemas bilik, ruang tamu, dan dapur! Memang pandai buat kerja rumah, tak nak lah nanti anak lelaki pakcik menjadi suami yang menyusahkan isteri-isterinya nanti..

Pun begitu, Macam remaja yang lain, anak jantan pakcik ni, suka main game GTA, lepas tu bawak kereta laju laju dalam game GTA.. langar sana sini, curi kereta polis, adohai..

Pakcik tanya, apa faedah main game?

Dia jawab nanti senang nak ambik lesen kereta..

Aduh, menjawab pulak.

Tapi habis SPM dia pergi TEST lesen kereta, first time ambik, terus lulus, siap bagitahu,

“GTA sangat membantu”

Woha!

Sekarang pakcik dah ada driver, sebaik sahaja azan berkumandang, anak lelaki pakcik dah hidupkan kereta sambil tunggu pakcik bersiap.

Sampai surau, Anak pakcik jadi Imam.

Jika subuh, Sujud sajadahpun dia hafal, surah Al Insan pun dia hafal, siap buat sujud sejadah.

Lepas magrib, dia akan stay dekat surau ajar adiknya mengaji,

Bukan itu sahaja, Suruh ceramah dia pandai. Sebab selalu juga dia kut Jemaah Tabligh.

Alhamdulillah, sejak atas riba lagi ajar dia dnegar taklim, tadika dah pandai membaca, terus suruh di abaca Taklim, dan sekarang umur dia 20 tahun, masih lagi istiqamah baca taklim lepas isyak dalam 20 minit..

Semua nikmat adalah dari Allah..

Kadang terfikir jugak, Ada orang cakap kahwin awal ni tak best sebab tak bebas dengan arenah anak anak.

Baiklah, saya kahwin umur 25 tahun dan sekarang umur 45 tahun, anak lelaki saya dah ada jadi driver yang mana balik kampung saya boleh duduk belakang main Facebook dengan penuh kebebasan.

Woha!

Ke surau tiada imam? Dulu orang tolak saya? Sekarang anak saya yang buat.

Basuh baju, jemur baju, basuh kereta? Kemas rumah? Semua anak anak yang buat.

Hantar anak anak ke sekolah? ambik sekolah? semua anak yang buat.

Beli barang basah? barang kering, anak pantang suruh bawak kereta, laju jer dia drive,

Rupanya kahwin awal akan “bebas” awal. InsyaAllah.

Now you know.

Update:

Anak lelaki pakcik baru habis Matrix, dan sekarang dapat tawaran masuk Universiti, terus dia apply PTPTN, sebab katanya tak nak Pakcik bebankan dia tanggung belajar, biar dia belajar guna duit penjiman sendiri, nanti habis belajar, lekas lekas dia cari kerja sambil buat part time dan bayar semua hutang lalu bina asset sendiri,

Alhamdulillah.. terharu pakcik dengan penjelasan si anak..

Tak sia sia, semua anak pakcik telah kami bukakan akauan SSPN-I, maka apply pinjaman terus lulus -insyaAllah.

Pesan saya pada parent yang ada anak, dapat surat beranak terus buka akaun SSPN-i plus ni. Buka secara online sahaja. Kebaikkan dia, mudah anak buat pinjaman bila masuk Universiti nanti, tak perlulah kita kena jual tanah tiap kali anak masuk U macam zaman lepas merdeka dulu… kesian semua harta orang melayu habis terjual bila anak masuk U, mujur sekarang ada biasiswa serta PTPTN.. Alhamdulillah.

Jadi bagi buka SSPNI Plus yang mana tak perlu medikal check-up. Takaful pula serendah RM10 sahaja.

Biasanya takaful lain, perlu medikal check up jika ada sejarah sakit, obesiti dan meragukan. Lulus baru boleh ambil. Kalau tak lulus, memang tak dapat lah.

Jika kita (ibubapa) meninggal akibat kemalangan, RM40,000 akan dapat untuk satu akaun. Kalau 5 anak (5 akaun) kita simpan macam saya, InsyaAllah RM200k dah dapat untuk anak-anak kita belajar. Belum campur khairat kematian RM12,500 untuk lima akaun tu.

Tu rate untuk simpanan untuk pakej biasa, jika lagi banyak menyimpan, InsyaAllah pampasan kematian akibat kemalangan hingga SATU JUTA RINGGIT atau RM500K jika kematian biasa. jika 5 anak, boleh cecah 5 juta ringgit pampasan.

Sangat-sangat berbaloi kan?

Dan jangan lupa, simpanan SSPN-i Plus ni juga dapat pengecualian cukai sehingga RM15,000. Rujuk pegawai PTPTN (saya rekeman Abang Wak dari Temerloh, nanti saya share no phone beliau)

Mahu maklumat lebih lanjut, terus ke web rasmi mereka:

https://www.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000003344

Balik kepada kisah anak lelaki pakcik, kerja rumah, lessen kereta, jadi Imam, dan PTPTN, moral of the story:

InsyaAllah, Untunglah mana mana perempuan yang kahwin dengan anak lelaki pakcik sebab automatik korang akan dapat pak mertua paling Woha.

Sila kagum dari jauh!

Oct 8, 2022

Membakar KPOP

Kes ibu bapa bakar koleksi K-Pop anak remaja, saya besangka baik…

Kisahnya begini.. minggu lepas saya ada dijemput berceramah di sebuah sekolah tentang ilmu penulisan serta motivasi yang mana di awal kelas saya ada beri tugasan kepada pelajar untuk menulis apakah nota terakhir yang mereka akan tulis sekiranya hidup tinggal lagi tiga minit sahaja?

Apa para pelajar nak tulis?

Atau bayangkan jika awak atas kapal yang sedang tenggelam, dan awak dapat hantar mesej dalam botol, apa awak akan tulis?

Lepas siap tulis izinkan Saya baca Mesej terakhir awak di depan pentas Dan tolong jangan malu sebab awak semua dah tenggelam!

Woha!

Satu dewan gelak dan mereka pun menulis di atas kertas A4 akan pesanan ringkas terakhir.

Maka bila dah siap, sayapun baca beberapa nota pelajar seperti:

“Terima kasih mak kerana jaga saya dari sebesar tapak kaki kepada sebesar manusia”

“Saya sayang ayah 3000!”

“Sayang abah kerana banyak berkorban untuk saya”

“Buat kakak angkat ku yang selalu membantu diri ini, terima kasih kerana ajar saya erti kasih sayang”

Lepas saya baca beberapa mesej, saya bagitahu tahniah sebab awak dah siap tulis muka surat pertama buku awak hanya tambah PENGHARGAAN pada tajuknya!

Dan tampal nota ini kat meja makan agar bila mak ayah tanya, nota apa ni?

Jawab lah ini muka surat pertama buku saya!

Terus mak ayah korang insyaAllah akan kagum dari dekat dengan semangat nak menulis seawal usia remaja.

Tiba tiba ada pelajar gelak sebab Nota terakhir kawannya ada yang luar biasa mesejnya hingga tak sesuai langsung untuk dijadikan mukasurat pertama sebuah buku!

Sayapun baca,

“Kak long! ibu! tolong musnahkan segala koleksi saya dalam kotak bawah laci warna biru”

“Buat mama tersayang, kita dah tenggelam, ini password telefon saya xx12,tolong delete semua gambar saya dalam telefon ini”

“Kepada mami, tolong bakar dekstop tu, musnahkan semua agar tidak disiasat FBI”

“Mak, orang dah takde, tolong bakar semua koleksi KPop orang”

Satu dewan gelak bila saya baca mesej terakhir anak anak remaja, Adohai…

Itu kisah minggu lepas, hari ni bila baca kisah kejadian ibu bapa membakar koleksi K-Pop anak remaja, ini mungkin ada parent yang tersilap baca pesanan terakhir si anak yang menulis mesej terakhir seperti: ibu tolong musnahkan koleksi K-Pop saya?

Mungkin?

Sangka baik!

Maka jika kejadian itu berlaku saya minta maaf dan saya ucapkan SYABAS pada adik kerana terlihat sungguh sabar dan tabah menghadapi ujian ini, sungguh hidup ini keras dik..

Ribuan Tahniah juga kerana terlihat adik tidak membuat tindakan yang kurang waras kerana kita tahu di Korea adalah antara negara yang sangat tinggi kes bunuh diri termaksud di kalangan Artisnya, memang ramai artis Korea  yang bunuh diri jadi adik sila bertenang kerana kita orang Islam ada syurga menanti untuk orang yang sabar dalam menghadapi segala ujian hidup.

Sungguh koleksi K-Pop boleh dikumpul semula, yang penting kita doakan artis kesayangan kita diberi hidayat masuk Islam. Amin.

Salam sayang dari abangmu, big mouth atau juga dikenali Big Mouse!

Woha!

Link koleksi KPop https://shope.ee/8er41KuXRJ

Salahkah menegur cara perbandingan?

Salahkah menegur orang muda dengan bercerita kesusahan zaman dahulu agar mereka lebih bersyukur? Salahkan ajak orang kepada kesyukuran?

Alkisahnya semalam saya menegur orang muda yang tidak pandai selesaikan masalah waktu belajar di IPTA dengan bandingkan kisah saya belajar muda-muda dahulu yang mana kesusahan mereka kecil sahaja berbanding orang zaman dulu…

Lepas tu ada orang tegur saya.., katanya:

“Tuan Hamka kalau boleh takyahlah stereotaipkan kata budak sekarang dan, bandingkan kita dulu dulu.. sebab Kita tak pernah dalam kasut diorang, sama dengan diorang juga tak pernah dalam kasut kita.. boleh cerita hanya untuk pengajaran, bukan perbandingan.. downgrade orang muda tak menjadikan orangtua lebih hebat”

Baiklah, pertama tamanya, Terima kasih atas teguran, namun izinkan saya berbeza pendapat bab buat perbandingan orang dulu dan orang sekarang dalam membuka luas selebar pintu kesyukuran.

Teringat zaman huru hara Saidina Ali jadi khalifah, perang sesama Islam berlaku, ramai mengeluh kenapa zaman Ali ni teruk sangat tak macam zaman abu bakar?

Saidina Ali bagitahu, zaman aku teruk sebab rakyat ramai perangai macam kamu, sedangkan zaman abu bakar hebat sebab rakyat ramai macam aku.

Aduhhhhhh, pedih kan kena banding macam tu?

Jom Rujuk hadis, ada kisah sahabat Nabi yang bila dia buka baju, Saidina Umar tengok terus terkejut kerana terlalu teruk luka di belakang badannya.

Nama sahabat itu adalah khabab.. saya kadang bila beli roti kebab nampak daging berpusing pusing dibakar api teringat pada khabab bin Alarat.

Bercerita lah khabab kepada Umar akan kisahnya waktu masuk Islam telah diseksa dengan dibaringkan atas bara api hingga lemak-lemak di badan beliau memadamkan api.

Punya lah susah sahabat Zaman tu.. lepas tu khabab mengadu pada Nabi saw, bila Allah nak bantu saya? Nabi tak doa bagi Islam menang ke?

Nabi saw dengan emosi menjawab: bersabarlah, orang ZAMAN DULU lagi susah, ada yang digergaji kepalanya dan dibelah dua jasadnya kerana Islam, ada yang disikat dengan sikat besi sehingga bercerai daging dari tulangnya namun mereka tetap bersama Iman dan Islam.

Terus Khabab insaf dengan kisah Nabi bandingkan kesusahan orang zaman dahulu..nampak tak?

Maka tidaklah salah kita menegur orang muda dengan menceritakan kesusahan kita zaman dulu macam Nabi tegur sahabat agar mereka bersyukur yang mana siapa bersyukur akan dapat dua perkara:

Pertama: orang bersyukur akan lebih mudah selesaikan masalah berbanding orang kufur nikmat,

Kedua: Janji Allah, siapa bersyukur pasti nikmat, bertambah!

Alhamdulillah… sungguh ingat mengingati itu memberi manfaat pada orang beriman, andai korang mahu berfikir..

Maka ini bukan kisah downgraded tapi upgraded, andai korang mahu bersyukur.

Woha!

Oct 7, 2022

Budak sekarang lembik?

Jika kata budak sekarang lembik, problem solving teruk, dituduhnya kita macam macam…

Alkisahnya terkenang zaman abang belajar IPTA 25 tahun dahulu, kes lebih kurang macam ni.

Abang ni panggilan kedua, 2nd Intake, memang tak dapat asrama langsung, minggu sual kenal pun tak merasa, maka tak tahu lah nak tidur mana bil belajar di perantauan yang tak sediakan asrama…

Hasil tanya sana sini, kakak abang bagitahu orang kampung suami dia ada belajar di sana nama sekian-sekian, alamat rumah sekian sekian.

Zaman dulu mana ada Handphone? Abang pun naik bas sorang diri, lepas tu naik teksi (guna duit kerja part time lepas SPM yer..)

Sampai sana, tanpa Waze atau Google Map, pandai pulak teksi tu jejak rumah sewa pelajar IPTA yang sekampung dengan suami kakak, Abang Zuki namanya.

Abang pun bagi tahu adik ipar orang kampung kau nak tumpang tidur sementara waktu sebelum dapat rumah sewa lain, boleh tak? (walaupun dalam hati tak selesanya dengan kawan rumah sewa yang senior. Tapi hidup kena survival.

Alhamdulillah, semua member Abang Zuki baik hati, maka mereka berikan abang tumpang tidur beralaskan kotak berbantalkan bag pakaian, berselimut kain pelikat.

Esoknya abang Zuki tunjuk pejabat IPTA maka abang pun uruskan daftar sorang sorang, mak ayah memang tak ikut sebab orang susah.. dan abang memang tak nak susahkan mak dan ayah. Apa apa hadap sendiri jer, orang lelaki kot.

Habis daftar, masuk dalam kelas orang dah belajar seminggu, abang pun tegur semua orang dan tanya kawan-kawan baru siapa ada kenal orang yang duduk rumah sewa tak cukup orang?

Maka dapatlah info ada pelajar kelas lain yang nak cari orang sewa, abang Maliki namanya, maka abang pun Berkawanlah dengan senior yang kursus lain, kelas lain, tapi tak apa asal dapat rumah sewa dua orang sebilik, Alhamdulillah..

Kemudian, Dah dapat rumah sewa abang pun berulang jalan kaki ke IPTA jarak dalam 3 km. Siap masuk kebun getah tegur penoreh…

Sambil belajar isi borang mintak biasiswa serta pinjaman, dua tiga bulan kemudian, dapat Pinjaman Yayasan Terengganu serta biasiswa JPA, terus abang beli motor RXZ second hand then the rest is history.

Moral of the story: Dimana ada kemahuan di situ ada jalan, di mana ada jalan, di situ ada simpang ke tanah perkuburan Islam.

Take note!

Akhir kata, Dah ada motor RXZ kira tahap hidup abang dah berjaya, contohilah abang keretamayat.

Woha!

Link motor RXZ https://shope.ee/5pWngDe81S

Tak faham orang perempuan?

Mak memasak di dapur… anak perempuan nak tolong tapi mak cakap tak apalah, sikit sajer ni.. pergilah rehat…

Anak pun masuk bilik lepas tu bila ayah tanya kenapa mak buat kerja sorang? si minah mana?

Mak cakap dekat ayah.. anak kita tu lurus.. bila kahwin nanti susah lah suami dia…

Mak cakap kuat, si anak dalam bilik bisik..

“Mak saya orang perempuan.. saya pun orang perempuan, dan saya pun tak faham orang perempuan!

Woha!

Ps: Buku untuk anak perempuan MENGETEH DI KUBUR AYAH  (Tazkirah untuk anak dari ayah dalam kubur)

https://shp.ee/73c3nxm

Bila ibu bapa berdiri?

Makan berjemaah…

Pesan pada anak lelaki.. jika terlihat ayah berdiri kat luar rumah, potong rumput ke, basuh kereta ke, tebas pokok ke, buat kerja apa apa sahaja lah, semua anak lelaki dilarang duduk! pergilah bantu ayah sampai kerja siap,

Pesan juga pada anak perempuan yang mana jika ibu dalam rumah berdiri masak ke, basuh pinggan ke, maka anak perempuan tidak boleh duduk, pergilah berdiri bersama ibu sampai siap semua kerja bonda.

Kemudian kita duduk makan sama-sama.

Alhamdulillah..

Pesanan mudahnya, jika ibu ayah sedang berdiri, anak anak "dilarang" duduk! Bantulah dudukkan ibu bapamu segera!

Woha!

Link dulang https://shope.ee/5fDLKdGvC5

Oct 6, 2022

Kuantan Tak best?

Ada orang cakap tak best duduk Kuantan sebab takde apa apa…

Izinkan saya berbeza pendapat..

Sepanjang pengalaman hidup yang dah merantau di semua negeri di Malaysia…

Dalam seluruh tempat di dunia ini, bagi saya.. Kuantanlah paling best!

Jangan baca ulasan ini, takut korang semua pindah sini, jem pulak nanti..

Alkisahnya, saya lahir di Terengganu dan anak nelayan, Kampung Chendering…

Pantai kampung saya cantik tapi tak panjang, tapi berpagi di Kuantan pantainya cantik dan panjang, seawal pagi boleh terus ke Pantai Kempadang, atau Pantai Cempaka, atau Pantai Anak Air, atau Pantai Sepat, atau Pantai TC, atau Pantai Pelindung..

Aduh, nama pantai dah berderet, bayangkan berjalan kaki sejauh dua tiga kilometer ditemani deruan ombak, sambil melihat matahari terbit.. perghhhh…

Apalah kota tanpa pantai? hingga ada hadis sebut tengok pantai dapat pahala, yang mana pantai ini sejak zaman Nabi adam tidak pernah berubah rupanya.. sejauh pandangan mata dapat di tumpahkan…

Ok, tak nak pantai sebab terlalu landai, di Kuantan ada banyak tempat hiking, seperti Bukit Pelindung, Bukit Sulai dan lain lain yang ada laluan hutan, boleh jumpa air terjun, perghhhh,

Apalah indahnya kota tanpa air terjun?, berapa banyak dah movie datang buat pengembaraan filem di tepi air Terjun Pandan, Puteri Gunung Ledang dah sampai sini tahu?!

Tak nak pantai? Tak nak air terjun, Tak nak hiking? Nak jogging di track ciptaan manusia, korang pergi Indera Mahkota, ada tasik cantik, atau Taman Gelora, atau Taman Pelindung, banyak gila tempat jogging view lawa area sini.

Malam-malam jika nak jogging santai, boleh mulakan di Benteng, parking depan McD lepas tu jalan sampai Menara Kuantan, naik jejantas, lepas tu redah terowong lukisan Art 3D, sampai Kuantan Pickers, terus ke Masjid Negeri, tawaf Car Boot Sale, dan Padang bola, terang benderang area situ waktu malam, meriah dengan orang, dan korang masih dapat bersenam.

Bulan puasa, padang sini penuh dengan orang ramai berbuka di bawah lembayung senja. Chewah…

Jauh sikit dari Kuantan, Lepas solat Subuh, boleh panjat Bukit Panorama tengok matahari naik dari puncak awan, turun bukit, boleh masuk lombong bijih timah dalam bukit, lepas tu boleh masuk Gua Charas, air terjun pelangi, eh? Ni makin jauh dari Kuantan, patah balik!

Okey, kembali ke Kuantan, lepas Subuh boleh sarapan pagi nasi lemak di Restoran Zaman, atau nak nasi kerabu pergi Restoran Kemira sebelah Petronas Tanjung Lumpur, atau nak nasi minyak sedap pergi Tanjung Api. Nasi dagang depan Yayasan Pahang sangat sedap! Lempeng kelapa, keropok lekor kawasan Tanjung Lumpur jangan lupa.

Makan tengah hari jangan lupa Patin Mabiq, Jaman Tori atau Nasi kukus My Mama, ha ha ha

Nak makan ikan bakar?, Tanjung Lumpur syurganya, sotong udang celop tepong bersepah sana sini, Food Court area Kuantan pun meriah, Sudu, Kayangan, Tea Station, Jungle, Lepak Lu, macam macam lah,

Nak daging wagyu boleh jer cari kat Jalan Teluk Sisek, Lila Wadi pun sedap situ, Ghalit pun ada wagyu jugak, kambing Guan Zau pun ada area Tanjung Lumpur..

Sup gear box, nasi arab, shellout, semua bersepah area sini,,

Satar, keropok lekor, Opor, laksa, laksam, semua makanan mak nenek ada,

Dah kenyang makan, boleh ajak anak-anak lepak zoo sambil tengok Taman Dinasour terbesar di Malaysia.

Boleh juga merentas jambatan kayu (sekarang dah plastik) sambil lepak tepi Pantai TC. Lagi bagus, dari Pantai TC panjat batu batu besar terus sampai ke Pantai Pelindung yang terkenal dengan mee kari dan celup tepung.

Rasa nak mandi air kolam boleh pergi WaterPark Gambang. Nak tengok Zoo Safari pun ada sini. (Update: Tutup sementara semenjak PKP)

Nak kolam dalam sikit, masuk jer kolam MPK, semua anak saya belajar berenang kat sini, bayar RM70, insyaallah mereka ajar sampai pandai!

Jauh sikit ada Pantai Chendor, Pantai Cherating, Pantai batu hitam Balok, kereta boleh parking betul betul tepi pantai. Angin petang yang redup, mandi air laut petang yang sejuk.. oh..

Nak jumpa superhero? Lepak TC malam malam, ada spiderman, batman, predator, kamen rider, dan ultraman yang selalu berkeliaran di pantai TC.

Nak Mall besar? Parking Kuantan City Mall dapat pergi East Coast Mall, belum cerita pasaraya TMG yang bersepah serta LYC yang buka 24 jam! Jam 3 pagi pun boleh shoping beli telur ikan, bayangkanlah…

Nak Car boot sale? Taman kerang, Taman Tas semua ada…

Kuantan juga gedung ilmu, ada kedai buku besar tepi pasaraya Giant, dan Library Kuantan adalah sangat mesra pengguna, siap ada Taman Sains percuma untuk anak anak, dan ada level penuh dengan komik untuk mereka yang suka membaca, tahniah Perpustakan Kuantan!

Nak baca Buku Hamka keretamayat percuma? Boleh datang Perpustakaan Kuantan!

Oh yer, Kuantan ada panggung wayang yer, geng Kelantan boleh turun sini jika satu hari nanti filem Tok Janggut viral.

Geng Tabligh? Jemput datang Markas Dakwah di Masjid Mat Kilau, memang wakaf dari Pendekar Mat Kilau, masjid hidup 24 jam InsyaAllah..

Kat kuantan juga banyak aktiviti seni, area Kuantan Pickers, Periuk Ali Rusia, Nasi kandar bawah hotel tu, banyak aktiviti seni, ada geng jual Tanjak Warisan, korang google Tanjak Kuantan, kawan saya lah tu ha ha

Kota Melaka ada Tower, KL ada KL Tower, Kuantan pun ada dik, geng paracut siap terjun dari atas menara Kuantan.

Tepi sungai Kuantan ada bot tunggu korang ajak meronda, di tebing sungai pula geng memancing sedang asyik memenuhkan tong ikan…

Akhir sekali, bandar Kuantan ni ingatkan saya pada Laila Majnun. Pernah suatu masa, Qais melalui sebuah kota. Tanpa disangka-sangka dia mengucup tembok kota tersebut. Orang lain yang melihat terkejut. Tindakannya dipersoal, kenapa kau cium semua bangunan di kota ini?

Jawab Qais,

“Laila tinggal di kota ini, maka semua bangunan di kota ini pernah melihat Laila, maka bukan bangunan ini yang aku kucup, tapi cinta hatiku Laila yang pernah melalui jalan di kota ini.”

Perghhh, maka menjawab kenapa saya suka Kuantan,

Kerana di Kuantanlah saya bertemu cinta hati saya, lalu di Kuantan ini, semua tembok dan bangunan menjadi saksi, sikit sajer lagi nak cium restoran McD.

Oh Kuantan terindah,.. ada pantai, ada bukit, ada air terjun, ada panggung wayang, ada masjid, ada syurga makanan, ada perpustakaan mesra pengguna, ada masjid Mat Kilau, ada banyak kawasan lepak, dan paling utama, ada kekasih saya sedang berkongsi udara sambil makan Kula Cakes!

Woha!

PASKAU?

Air Force The Movie: Selagi Bernyawa.

Isteri cakap nak tengok Mat Kilau berlakon lagi, habis tu saya nak tengok siapa?

Woha!

Alkisahnya, tengok PASKAL dulu enjoy, maka tengok PASKAU pula, secara keseluruhannya, Movie ni OK, boleh tonton seisi keluarga, bukan senang nak buat Movie pengembaraan atas udara.. dogfight semua bagai… usaha yang bagus, boleh sokong Movie macam ni..

Sikit nak kritik tambah baik…

Dalam babak pelarian, ada komando, doktor, wartawan, medik semua, tapi saya rasa jika ada watak sorang ustaz KAGAT dan tukang masak akan lebih meriah,

Sebab saya rasa perlu ada babak susahnya nak makan dan bijaknya tukang masak selesaikan masalah, satu lagi perlu ada babak solat darurat waktu geng komando rehat, nampak ada usaha berdoa bagai, ambik sorang jer berlakon jadi alim macam ustaz askar, mati awal pun takpe.

Satu lagi cadangan saya, jika babak last jet hero kena tembak ke, jatuh tengah laut lepas tu hero PASKAL dari filem dulu datang bantu, buat cross over universe sikit, mesti gempak!

Sikit lagi nak komen, Oleh sebab dah tengok PASKAL yang ada babak bertarung best guna long shoot antara dua komando, tapi dalam PASKAU ini, kamera bergerak-gerak sampai susah nak fokus, babak dalam terowong pun kamera goyang jugak, Adohai…

Tapi nak salahkan filem ni tak boleh juga, mungkin sebab kelemahan industri kita yang kekurangan pelakon aksi yang mampu buat aksi dalam kamera luas dan pegun, maka pelakon aksi kita perlu pada tambahan kesan khas termasuk kamera bergoyang.

Saya sendiri dah cuba buat video aksi bersilat anak OKU autisme saya, silat bisa sahaja tapi bila saya masuk effect kemera bergoyang hasilnya, wow, nampak sengit dan hebat!

Woha!

Link video anak syurga autisme bersilat kamera bergoyang!

Sini! https://youtu.be/TEiUoG-9AEA

Oct 5, 2022

Apakah antara kesalahan terbesar manusia..?

Al kisahnya, sorang lelaki bernama Rasyid nak pergi belajar agama dengan ustaz Alias, dah janji nak belajar hari sabtu, tapi sampai masjid, dia tengok ramai sangat orang ziarah ustaz, maka dia kata minggu depan lah, tak selesa ramai sangat orang…

Habis orang ziarah, ustaz Alias tanya, mana Rasyid? kata pembantu Ustaz, Rasyid nak datang minggu depan, maka berkatalah Ustaz Alias..

“Kesilapan terbesar manusia adalah sangka mereka ada banyak masa”

Tiga hari kemudian, dapat berita, Rasyid meninggal dunia…, Innalilah..

Maka moral dari kisah ini….

Sesungguhnya anatara KESILAPAN TERBESAR manusia adalah sangka mereka ada banyak masa..

Padahal masa akan habis dengan mengejut..

Semua tahu bahawa…

Masa ini percuma tapi harganya tak ternilai.

Masa tak boleh dipegang tapi boleh di gunakan

Masa tak boleh simpan, tapi boleh dimanfaatkan

Maka berubahlah…

Sesungguhnya….

Lima helai buku yang dibaca setiap hari, akan mengubah 24 jam kehidupan ke arah lebih baik. (masukkan Helaian Alquran Bersama dalam helaian itu yer)

Lima orang kawan rapat kita pula, akan mengubah perjalanan hidup kita sepanjang lima tahun ke depan.(Kawan positif akan berbau wangi, kawan toxid, akan berbau arang)

Lima hidangan makanan setiap hari akan mengubah takdir kesihatan kita hingga mampu mencecah lima puluh-an yang sihat. (Termasuk lima jenis senaman berbeza setiap minggu)

Lima waktu solat berjemaah tempat azan di azankan bagi lelaki atau awal waktu bagi perempuan akan mengubah nasib di akhirat,

Lima buku yang kita baca setiap tahun, akan mengubah hidup kita dalam lima tahun mendatang… (Nak baca buku abang keretamayat pun aci jugak-Woha!)

Renung renungkan.

Berkahwin dengan Autisme?

Kawan saya ada mengadu masalah yang sama, isterinya cantik, masak pandai, tapi bila tetamu datang, isteri banyak duduk dalam bilik, balik kampung isteri berkurung, jenis tak boleh lama duduk luar, bila borak dengan saudara mara akan banyak bercerita diri sendiri, malam tidur awal, tak minat tengok drama kat TV, suka buat kerja rumah, suka mengaji tapi bersosial tak pandai, jenis pemalu dan gelabah, apa nak buat? Rasa stress dan ingin bercerai….. aduhhhh..

Jawapan untuk ini, dalam islam ada ajar:

Janganlah seorang laki-laki mukmin membenci isterinya yang beriman. Bila ada perangai yang tidak disukai, dia pasti redha dengan perangainya yang lain. (HR. Muslim)

“Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu) dengan cara yang baik. Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu padahal Allah SWT menjadikan padanya kebaikan yang banyak.” (Surah an-Nisa’)

Maka pesanan saya, walau agak pedih untuk hadam, cuba dengar dulu…

Alkisahnya, bila isteri ada masalah bab sosial, bab bergaul, cuba check tanda tanda autism, sebab saya pernah dengar ceamah dari pakar autism, memberitahu ramai orang dewasa yang ada masalah bergaul, bila jumpa dengan doctor, rupanya mereka ada MILD Autisme yang tidak di diagnose waktu kecil.

Autsime adalah Sejenis Kekurangan upaya yang kekal bab cara berfikir, yang mana ada orang kurang upaya penglihatan, kurang upaya pendegaran, manakala dalam katogori autsime, mereka ada kurang upaya bergaul, mereka cenderung kepada introvert (suka menyendiri)

Hey, saya juga Interovert, yang mana Orang introvert yang normal, mereka mampu suaikan diri walaupun tak suka bergaul, saya boleh jer berlakon selesa di mana mana, namun untuk Autisme, mereka memang sukar nak suaikan diri dalam majlis besar walaupun untuk olok olok. Otak mereka tak mampu nak bersosial secara normal (bukan semua Autisme sama masalahnya, kena check)

Jadi.., Bila kawan saya cerita perangai isterinya, dan saya bandingkan dengan anak autisme saya, saya rasa isterinya ada ciri ciri Autsime, maka jangan marah dia, jangan hukum dia, tapi belajarlah ilmu terapi untuk bantu dia sebab Autisme ni tak boleh disembuhkan tapi boleh di rawat, macam orang buta, tak boleh melihat tapi ada kaedah mereka boleh berjalan bila di pimpin, boleh membaca guna braille, dan lain lain. Mereka boleh menikmati hidup jika kita bantu mereka!

Sama jugak, kes isteri Autsime yang tak di diagnose sejak kecil sebab zaman dulu kesedaran autism ni kurang, muka cantik, (sebab autism bukan macam sindrom down), wajah manja dan mudah buat lelaki jatuh cinta, pakai purdah pulak, tapi bila dah kahwin, suami baru tahu perangai pelik isteri, eh? Kenapa dia bercakap dengan mertua macam kurang ajar? Eh? Kenapa dia menilai kejadian sudt berbeza? namun dengan ilmu, insyAllah isteri boleh di rawat dan suamipun tak stress bila tahu punca.

Boleh bawa jumpa doctor pakar terapi Autisme, mereka ada kaedah nak rawat semua ni, dan Insya Allah jika jumpa pakar ternyata bukan Autsime, boleh check kot ada ADHD, Disleksia, Hyper, lembam, anxiety, kemurungan, disorder, dan lain lain, sebab semua kepelikkan ada rawatannya, yang mana bila kita tahu punca, dan dengan ilmu tang betul, insya Allah, tak lah stress bila isteri pelik dari orang lain.

Pengalaman saya sendiri ada anak autsime, nak bagitahu, tanpa ilmu autism maka saya akan marah jika anak tak pandai membaca, tak pandai bermain, tak bergaul, tapi bila doctor sahkan Autisme, dan bila saya kaji serta dalami, maka Bahagia sahaja saya hadapi kerenah anak, alhamdulilah..

Jika ada orang pelik tengok anak saya, tiba tiba mengamuk kat pasar raya contohnya, terus saya cakap, “anak saya OKU Autisme, ada masalah emosi, maafkan kami atas sikap anak kami” bila kita cerita, ramai faham dan datang hulur bantuan.

Pernah datang dua tiga orang makcik yang ada pengalaman jaga anak OKU datang pujuk si anak, dan terdedahkan makcik di situ juga ada anak saudara autism lalu keadaan terkawal.

Terkadang Puan bini tegur, abang ni, semua orang nak bagitahu anak kita OKU, kan dia tak meragam tu?

Memanglah dia tak meragam sekarang, tapi abang nak sedarkan masyarakat tentang Autism, bila abang bagitahu ramai yang masih tak tahu, terus abang cerita sikit sebab masalah ibu bapa OKU rasa down bila masyarakat tak faham, jadi kita sebagai ibu bapa OKU ambik peluang untuk bagitahu semua orang bahawa anak kita OKU dan kita Okey.

Sungguh mendapat anak OKU bukan masalah besar, sebab semua orang ada ujian hidup masing masing. Abang bersyukur dengan ujian ini sebab pandang dari sudut positif, iaitu orang lain lagi teruk ujiannya, tapi masih kukuh keimanan, lagipun. Inilah hidup, pentas ujian, ingat pesan keretamayat: Ujian jangan di cari, jika datang terus disyukuri, InsyaAllah akan bertambah rezeki. Woha!

(Eh? Saya memetik kata kata sendiri? Kebenaran apakah ini?)

Bila fikir balik teguran Puan Bini yang rasa tak selesa bila saya bagitahu semua orang saya ni ada anak OKU, saya senyum sebab teringat filem Jackie Chan ada adik Autsim lakonan Sammo Hung, jadi oleh kerana Summo Hung susah dikawal perangainya walaupun berbadan besar dan dewasa, maka Jackie chan terpaksa berjalan berpimpin tangan dengan adiknya, di jalanan ramai orang gelak sebab sangka mereka gay.

Terus Jackie Chan bagitahu pada semua orang: “Ni adik saya, dia sakit”. Orang yang tak Tanya pun dia bagitahu. Ha ha.

Nampak kelakar, tapi itulah cara nak selesaikan masalah masyarakat membawang, so kepada semua ibu bapa OKU, dapat peluang berborak dengan orang awam, terus bagitahu masalah anak OKU kita dan kita Okey.

Dan Bro, jika bini pelik, jangan malu nak terima hakikat bini awak mungkin OKU autism, MUNGKIN! Bawa jumpa dokror, dan bincang elok elok, setiap kekurangan upaya, akan ada cara rawatannya,InsyaAllah bila tahu punca, maka mudahlah untuk selsaikan semua masalah.

Terkini saya jumpa kawan saya, Alhamdulillah masih kekal setia Bersama isterinya yang pelik, dan sebagai terapi diri katanya, dia ada kahwin muda dengan isteri baru yang manja, maka masalah selesai, Islam ada penyelesaian untuk semua.

Woha sampai syurga!

Alhamdulillah!

Ps: Autsime lebih ramai di kalangan lelaki, maka jika ada yang dapat suami pelik, orang datang rumah pun dia tak keluar bilik, ajak solat berjemaah dia solat sorang sorang, cepat merajuk dan susah di pujuk, bercakap tentang diri sendiri jer, sembang dengan orang macam kurang ajar, boleh juga jumpa doktor, banyak penyakit jiwa sekarang ini, semoga dipermuydahkan segala urusan https://youtu.be/0BUKlTBzOTQ

Naruhodo dan Persembunyian Nabi?

Zaman awal Islam, Nabi berdakwah secara senyap senyap di rumah Arqam bin Abi Arqam. Kira Markas pertama umat islam lah..

Korang pernah terfikir tak? Kenapa nama lokasi rahsia berdakwah Nabi ni unik, Arqam bin Abi Arqam? Siapa Sahabat ni? Kenapa takde ceritanya dalam perang Badar, perang Uhud dan lain lain?

Alkisahnya, Dalam Bahasa Arab, perkataan ‘Abi’ bermaksud ‘Bapa’. Jadi nama sahabat tersebut menjadi Arqam anak lelaki bapa Al-Arqam!

Maka jika kantoi lokasipun susah nak cari Arqam yang mana satu, lepas tu Abi Arqam yang mana satu?, perghhh, hebat sungguh catatan Islam hingga bab markas rahsia, nama Arqam hilang dalam kisah sahabat..

Rupanya nama beliau adalah Abu Abdillah al-Arqam bin Abdu Manaf, sertai semua perang zaman Nabi, orang ketujuh masuk islam, (ada yang kata orang ke Sembilan), dan elok Panjang umur meninggal usia 83 tahun pada tahun ke-53 Hijrah, jenazahnya disolatkan oleh Sa'ad bin Abi Waqqas dan dimakamkan di perkuburan Baqi'.

Kisah ini saya dapat dari sahabat Pensyarah saya, Dr Lukman..

Terus dia sebut.. ‘naruhodo!’ yang bermaksud, “oh begitu!”

Dr Luqman ni belajar Phd di jepun, dan di sana ada falsafah berbunyi begini:

“Kalau kamu belajar sesuatu tetapi tidak sampai ke tahap kamu menyebut ‘naruhodo!’, maka kamu tak belajar apa-apa…”

Di barat pula, ada falsafah berbunyi begini

“We all fear what we do not understand”

Selalu muncul ayat ni dalam filem bila nasihat diperlukan, seperti dalam filem , Drama bersiri,  Superman, dan lain-lain.

“Kita takut apa yang kita tak faham”

Dalam Star Trek lagi best bunyi falsafah ini:

“We often fear what we do not understand; our best defense is knowledge”

So moral dari tulisan ini adalah, apa yang kita takut, belajarlah faham sampai Naruhodo!

Al kisahnya Dr Luqman cerita kisah betapa dia “takut” waktu belajar di Jepun sebab Bahasa Jepun ni banyak yang dia tak faham, cara guna Bahasa lurusnya macam robot, hinggalah dia jumpa komik yang ajar silibus berat berat, buatkan dia dah tak “takut’ lalu menaruhodo kan diri ke kefahaman yang melampau.

Pulang ke Malaysia, terus dia buat Komik cerita ilmu Fizik yang berat berat. Saya tengok tajuknya takut saya baca:

“SURVIVAL STATICS”

Tapi oleh sebab ilmu ini di olah dalam bentuk komik, terus saya serta merta me-naruhodo kan diri ke kefahaman yang lebih baik..

Anak saya baca dan cakap best!

Cadangan saya, korang beli buku ni bagi anak anak baca, sekolah rendah pun takpe, agar ketakutkan anak pada Ilmu static yang Nampak complicated direda seawall usia remaja, lalu bila anak masuk Universiti, semua akan berkata..

Alahai.., naruhodo jer!

Woha!

(nak beli komik “SURVIVAL STATICS, link: https://shope.ee/7A1Q7RH6q8

Tanda kita jauh dari Tuhan?

“Abang keretamayat, saya rasa pasangan saya semakin jauh dari saya, buat salah tak pernah minta maaf, apa saya buat semua dia tak puas hati dan entah kenapa bila kenang kembali masa yang dihabiskan bersamanya rasa sangat penat… tolong doakan kami dapat kembali hangat macam awal percintaan dulu..”

*****

Baiklah…

Abang doakan semua pasangan yang sedang bergaduh berjaya mencari jalan pulang… dari keluhan awak saya faham Tiga perkara tanda hubungan semakin jauh..

1. Buat salah tapi tak ada tanda nak minta maaf.

2.Rasa tak puas hati dengan kekurangan pasangan, sedang kan tiada manusia sempurna..

3.Rasa penat bila buat aktiviti bersama kerana hari dah tawar…

Itu Tiga tanda bab pasangan yang semakin menjauh , maka mari kita renungkan tanda menjauh dari Tuhan pula…

Alkisahnya , Terdapat tiga tanda yang menunjukkan kita jauh dari Allah…,

Pertama:

Kita suka menangguhkan taubat… cuba fikir, bila last buat solat taubat? Apa? Tak dengar? Masa kem ibadat sekolah menengah dulu, okey..,

Solat Taubat mungkin susah bagi sesetengah orang, cuba check lagi, bila last menangis dalam berdoa minta Allah ampunkan dosa? Menangis sebab hidup susah cerita lain, ini menangis sebab dosa banyak? Bila buat? Jika ada buat, alhamdulillah, korang belum jauh dari Allah.

Kedua:

Tanda kita jauh dari Allah, adalah bila Kita selalu tidak berpuas hati dengan rezeki kehidupan, harta rasa sikit, kereta rasa kecik, rumah rasa sempit, rezeki rasa tak cukup,pasangan rasa hodoh sangat, anak rasa bodoh sangat jugak, dan mudah dengki tengok orang happy... geram tengok orang Berjaya, lepas tu mengeluh “kenapa hidup aku susah sangat berbanding dengan orang lain?”,

Banyak merungut… Itulah tanda korang jauh dari Allah, tapi Jika takde sifat di atas, selalu bersyukur atas segala nikmat walaupun sekecil nikmat, sentiasa bersabar walaupun sebesar besar ujian, alhamdulillah, korang belum jauh dari Allah. Tahniah!

Ketiga:

Tanda kita jauh dari Allah, Kita beribadat dengan malas… solat dengan malas, baca al quran dengan malas, zikir dengan malas…, sebab taubat dan syukur itu akan mendatangkan kemanisan Ibadan…

Kesimpulanya, jika ada semua tanda itu, maka kita dah terkena penyakit hati yang akan buatkan kita menjauh dari Allah, Dan bila hati makin menjauh dari Allah tidaklah pelik segala urusan Dunia kita menjadi huru hara..

Maka marilah kita segera bertaubat, segera bersyukur, dan segera mencari kemanisan dalam ibadat InsyaAllah

Akan terbukalah jalan keindahan bak kata Zamani Slam..

Adanya engkau disampingku

Hilanglah jarak dan waktu

Kekasih perjalanan ini

Terlalu mengasyikkan

…. Kepadamu kasih

Sebenarnya jalan keindahan

Woha!