Apr 28, 2019
Mesin Masa Dalam Islam?
(Awas! Separuh dari Spoiler Avengers
Endgame bakal menyusul)
Bila
bercerita tentang pengembaraan mesin masa, maka ada dua teori yang diguna
pakai, iaitu Paradox Universe dan Parallel Universe.
Paradox
Universe ni macam filem Terminator, masa lalu diubah supaya masa depan berubah.
Oleh sebab di masa hadapan John Conour akan hapuskan semua robot jahat, maka
robot jahat hantar tenteranya ke masa lalu untuk bunuh ibu yang akan lahirkan
John Conour, lalu dari masa hadapan Kyle Reese datang untuk selamatkan Ibu John
Conour, alih alih, Kyle Reese menjadi ayah kepada John Conour-itu yang
menjadikan ianya Paradox Universe.
Filem lain
yang guna Paradox Universe adalah Back To The Future, cntohnya bila hero ke
masa lalu berjumpa ibunya di waktu muda dan ibunya jatuh cinta pada hero, maka
hero mulai tidak wujud.
Baik, itu
cerita Universe, Parallel Universe pula macam cerita Dragon Ball, masa lalu
diubah tapi masa depan tidak berubah sebaliknya masa lalu yang diubah membentuk
Universe yang baru. Contoh bila Goku mati, maka Trunk kembali ke zaman Goku
hidup dan ubah sejarah, tapi bila dia balik ke masa hadapan tiada apa yang
berubah kerana masa silam yang diubah telah menjadi Universe yang berlainan.
Inilah yang
diguna dalam filem Avengers Endgame, Parallel Universe, iaitu masa lalu diubah
tapi masa depan tidak berubah sebaliknya masa lalu yang diubah membentuk
Universe yang baru. Namun oleh kerana kewujudan Infitinity Stone mempengaruhi keseimbangan
alam, maka ianya perlu dipulangkan untuk terus mengimbangi universe masing
masing.
Al faham ke
idop?
Balik ke
dunia Islam, ada beberapa cerita tentang pengembaraan masa seperti kisah tujuh
pemuda yang tidur selama tiga ratus tahun tapi berasa seperti hanya satu malam,
juga Nabi melihat masa depan, seperti Nabi melihat melihat Abdul Rahman
merangkak di Syurga sedangkan waktu itu Abdul Rahman masih hidup di dunia.
(boleh rujuk hadis)
Atau yang
lebih jelas, turunnya Surah Al Masad, Surah yang memberitahu di masa hadapan
Abu Lahab akan masuk neraka bersama isterinya.
Surah ini
turun waktu Abu Lahab masih hidup, dan beliau sangat marah dan terus menentang
Nabi, padahal, jika kita fikir logic, sepatutnya inilah peluang Abu Lahab untuk
cipta Parallel Universe iaitu ambik peluang ini untuk taubat, masuk islam dan
ubah masa depan! Tapi Abu Lahab tak ambik peluang ini kerana masa itu di tangan
Allah.
Di sisi
Allah, tiada orang dibenarkan untuk undur ke masa lalu untuk bertaubat, sebab
itu dalam Al quran turun ayat: Demi masa semua manusia dalam kerugian, bermakna
masa tidak dapat diundur untuk manusia, dalam hadis pula, selalu dipesan, guna
lima perkara sebelum lima perkara, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin,
lapang sebelum sibuk, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati. Jadi secara
kesimpulanya, masa di cipta kearah hadapan dan akan habis untuk manusia ambil
peluang mengabdi diri kepada Allah.
Hadis lain
pula tentang kisah Allah menulis takdir, pena (takdir) telah terangkat dan
dakwat (timeline) telah kering, maka focus kita didunia ini, bukan nak ubah
takdir semalam, tapi nak ubah takdir masa hadapan kerana kita belumpun tahu
masa hadapan lalu Allah berfirmah:
“Aku tidak
akan mengubah nasib kaum yang tidak mahu berubah”
Nampak tak?
So dalam Islam, masih common sense dulu dan sekarang iaitu masa bergerak ke
hadapan dan akan habis, gunakan masa sebaiknya sementara nyawa belum habis.
Simple!
Tak payah
pening kepala namun jika masih nak guna mesin masa secara islamik, masih ada
caranya, aku pernah guna sewaktu mendaki gunung Kinabalu tahun lepas.
Alkisahnya,
lagi satu kilometer nak sampai ke puncak, waktu itu aku rasa diri ini adalah sangat penat
sangat, aku terus duduk berehat, urut betis, dan terbaring sambal pejam mata
dan tutup telinga lalu terbang ke masa depan.
Aku terus
sampai ke hospital kuala Terengganu di tahun 2030 kot? Aku ternampak diri aku
yang sudah tua, sudah terbaring di katil hospital, makan tak boleh guna mulut,
kena guna tiub, badan di cucuk ubat setiap satu jam, mata terkebil kebil
menerima takdir, lepas tu anak anak datang cerita masalah hidup, anak mengadu
tak cukup wang nak tanggung kos bedah, bini menangis atas kerusi roda, sedih
sungguh.
Lepas tu
aku rasa nak berak, tapi tak boleh bergerak, datang Jururawat lelaki bukak
seluar aku dan basuh punggung aku dengan kasar sebab aku dah terberak, sedih
hati sebab tak mampu basuh berak lalu aku pejam mata dan berdoa agar aku dapat
kembali ke zaman silam, kembali ke kaki gunung kinabalu, zaman aku sihat dulu
dulu. Berikan Aku Paradox Universe!
Dan
Alhamdulillah! doaku makbul!
Aku bukak
mata, aku tiba tiba ada di pertengahan gunung kinabalu, aku pandang kiri kanan
menikmati pandangan yang indah, aku hisap coklat manis dengan nikmat, aku teguk
air gunung dengan bahagia, aku melompat lompat tak sabar nak teruskan mendaki,
lalu aku teruskan mendaki sambil tersenyum bahagia, menikmati kekuatan kaki
melangkah, menikmati deruan angin, menikmati kurma kering, menikmati nikmat
sihat, dan menikmati setiap detik! Alhamdulillah, terus aku berzikir kesyukuran
tak henti henti, lalu akhirnya aku sampai ke puncak Gunung Kinabalu dengan jiwa
yang penuh dengan kedamaian dah kebahagian serta kesyukuran.
Alhamdulillah.
Nikmat mana lagi aku dustakan?
So, nasihat
aku, bila korang semua ada masalah, sedang sedih, sedang berduka cita, cepat
cepat gunakan mesin masa, pergi ke masa depan, rasai pengalaman menderita di
hospital, ambik masa lima ke sepeuluh minit duduk sana, rasai penderitaan di
sana, dan bila dah tak cukup sabar, kembalilah ke masa silam iaitu hari ini.
Sungguh
hari ini sangat indah, langit sedang membiru, pohon sangat menghijau. Burung
berkicauan, rama rama terbang, dan nikmat udara ini, rasanya sangat sedap!
Untuk kesan
yang lebih tinggi, korang pergi ke masa depan yang lebih jauh, bukan ke zaman
2050 atau 3000, tapi bayangkan diri masuk neraka berpelukkan dengan Abu Lahab
berguling-guling atas bara api, lalu korang menangis air mata darah merayu
malaikat Malik penjaga Neraka agar kembalikan korang ke dunia, tapi Malaikat
tak layan, malah dipukul muka korang sampai pecah berkecai dan bercantum
kembali, lalu korang menangis air mata nanah merayu kepada Allah untuk dihantar
semula ke dunia, takpelah telur harga naik pun, PTPTN kena bayar pun takpe,
takpe jugak minyak tak turun hargapun, tol tak mansuh pun tak per, asal dapat
ke dunia dan dapat merasai nikmat beribadat.
Oh Tuhan,
aku telah merasai azabnya neraka yang dahulu aku minta disegerakan (kerana
tidak beriman), maka kembalikanlah aku kedunia walaupun sekadar satu perahan
susu agar dapat aku menyebut namaMu didunia yang mana menurut NabiMu, sesiapa
sahaja pernah ucap Tiada Tuhan melainkan Allah, pasti akan dikeluarkan dari
Neraka walau dosa sebanyak buih di lautan, Oh Allah yang Maha Pengampun!
Kembalilah kami ke dunia!
Sekali
korang buka mata! Nah! doa korang termakbul, sesungguhnya koranglah manusia
paling bertuah! Tiada lagi penat, tiada lagi keluhan. Tiada lagu dukacita,
Korang masih ada didunia sedang baca coretan ini, dan masih sempat Bertaubat!
Alhamdulillah! Doa Paradox Universe korang dah makbul!
Jadi pergi
berdoa syukur sekarang, dan jika teringat, sebutlah namaku dalam doamu, chewah…
Ok, enough
internet for today- Please enjoy the rest of your life with Alhamdulillah!
Woha!
Apr 15, 2019
Ada tak soalan untuk ayah?
(Kisah Nabi Musa dan Pengikut Firaun yang terselamat dari lorong maut laut)
Ambik anak perempuan balik asrama, dalam kereta anak diam
sahaja, penat agaknya, lalu saya bertanya:
“Kenapa diam ni? Takde apa-apa soalan kepada ayah?”
Anak senyum sahaja, tiada jawapan. Saya bertanya sebab jika
di asrama selalu dia call cakap rindu dan tanya khabar, tapi bila dah depan
mata, dia hanya diam sahaja, baik!, mungkin si anak betul betul penat, namun
dalam pemanduan ni, saya teruskan bercerita kepada anak-anak.
*******
“Korang tahu tak, bila kita suka orang tu, kita selalu ada
soalan nak tanya dia, sihat ke? Makan apa tadi? Mimpi apa malam tadi dan
sebagainya, walaupun kadang kita dah tahu jawapan, tapi tetap bertanya sebab
dalam hati ada kemesraan, ayah bagi contoh..
Waktu Nabi Musa jumpa Allah, maka Allah Tanya pada Nabi
Musa:
“Apa kat tangan kamu?”
Walaupun Allah Maha Mengetahui, tapi sajer nak ajak borak.
Jawab Nabi Musa: :Kat tangan saya ada tongkat dan tongkat ni
saya guna untuk gagahkan diri, saya guna untuk jaga kambing, untuk kait daun,
sebagai senjata dan sebagainya…
Wah.., Sempat pulak Nabi Musa cerita kelebihan Tongkat depan
Allah, siap dengan fungsinya sekali, maka Allah macam tak suka, sebab Nabi Musa
puji kelebihan makhluk yang tak boleh bagi manfaat dan mudaratpun, lalu Allah
suruh campak Tongkat tu!
Terus tongkat tu jadi ular besar! Dan Allah suruh Nabi Musa
tangkap ular itu, tapi Nabi Musa takut tapi sebab Allah suruh, maka Nabi Musa
buat juga dengan mencuba tangkap dari hujung ekor, Allah tegur, suruh tangkap
dari kepala dan Allah kata jangan takut, dan bila Nabi musa tangkap kepala,
ular itu kembali menjadi Tongkat, dan Allah Tanya soalan yang sama:
“Apa kat tangan kamu?”
Nabi Musa dah tak jawab kerana Nabi Musa faham tentang
Tauhid iaitu tongkat adalah makhluk, tidak boleh bagi manfaat dan mudarat, yang
bagi manfaat dan mudarat adalah Allah semata mata.
Maka kerena itulah apabila Firaun suruh ahli sihir serang
Nabi Musa dengan beribu ribu Ular, yang mana jika sebelum ini logik orang ada
tongkat di tangan dan ada beribu ribu ular depan mata maka terus digunakan
tongkat sebagai senjata, tapi tak, Nabi Musa tunggu perintah Allah, dan Allah
suruh campak tongkat itu!
Jika kita: eh? Ular nak serang saya dan saya hanya ada
tongkat di tangan nak kena buang pulak?
Tapi bila kita ikut perintah Allah pasti ada kejayaan, lalu
Nabi Musa campak dan tongkat itu menjadi ular besar dan menelan semua ular ahli
sihir dan terus semua ahli sihir menyerah diri dan masuk islam melihat mukjizat
dan kebesaran Allah depan mata.
Waktu lain, kerana marah dengan Nabi Musa maka Firaun suruh
semua bala tentera pergi bunuh kaum Nabi Musa, Nabi Musapun ajak kaumnya lari
tapi jalan mati, depannya laut, kiri kanan gunung, dan belakang tentera Firaun.
Waktu itu, Perintah Allah suruh pukul air laut.
Jika kita: Eh? Kenapa nak pukul air laut? Kenapa tak pukul
kepala Firaun?
Tapi bila kita ikut perintah Allah pasti ada kejayaan, lalu
Nabi Musa ketuk laut dan laut yang sama menyelamatkan kaum Nabi Musa, dan Laut
yang sama membunuh Firaun dan seluruh tenteranya.
Tapi bukan semua pengikut Firaun mati, ada yang terselamat..”
********
Saya berhenti bercerita kepada anak serentak dengan kereta yang berhenti sebab kami dah sampai
Trafiic light, saya Tarik hand Brek dan dapati anak sudah tidur, okey, anak
penat kot, saya on kan radio dan anak bersuara:
“Eh? Kenapa berhenti ayah, saya nak tahu siapa pengikut
Firaun yang terselamat itu?”
Wow, si anak sedang khusyuk mendengar rupanya, Saya terus senyum,
sambung bercerita pada anak kisah Nabi Musa, tak lama kemudian, lampu isyarat
bertukar hijau, dan saya turunkan hand brek lalu kamipun mengilang dari
pandangan anda semua.
Sebelum itu, di sebelah lampu Isyarat itu ada papan tanda untuk ke Masjid kena belok kiri, jadi jika nak dengar lagi dan lagi kisah Agama, moh kita ke
masjid.
Woha!
Apr 11, 2019
Kenapa kita tak Bahagia?
(Perenggan ke tujuh belas amat mengejutkan)
Dalam dunia ini, ramai orang tak percaya dia sedang bahagia.
Contohnya: Zaman BN memerintah, ramai orang rasa tak bahagia
lalu berfikir, jika BN jatuh, PH naik, saya akan bahagia. Tapi Bila BN
betul-betul jatuh, dan PH naik tapi tak menepati Manifesto, ramai yang berkata,
sebenarnya zaman BN dulu saya bahagia, tapi saya tak percaya.
Ops, contoh di atas terlalu politik, tak sesuai.., contoh
lain.
Ada orang naik kapal terbang tambang murah, sempit,
penumpang di sebelah tidur berdengkur, lalu dia rasa tak bahagia, dalam hati mengeluh
kepada dirinya sendiri sebab hanya mampu beli tiket tambang murah dan terpaksa
duduk sebelah orang gemok yang berdengkur.
Pada waktu itu, dia percaya dia sangat tak bahagia, tiba
tiba enjin kapal terbang mati, dan terus menjunam, waktu itu dia menjerit tak
bahagia dan sedar, tadi, waktu kapal terbang tak rosak, dia sedang bahagia
walaupun terpaksa mendengar dengkuran orang berdengkur.
Nampak tak?
Jadi.., apa punca kita tak percaya kita sedang bahagia?
Sebab kita tak bersyukur. Simple, Nabi dah ajar lama tapi
kita sendiri tak percaya dengan ajaran Nabi Muhammad SAW.
Kita sangat tak bersyukur sehingga nikmat depan mata dirasai
semacam azab, itulah neraka dunia yang boleh hadir pada sesiapun walau duduk
dikerusi empuk, bilik air cond, tubuh semua sihat tapi masih mengeluh kerana
kita tak percaya kita sedang bahagia.
Mungkin Kita sedih tak boleh beli kereta baru boleh terbang,
sedangkan jiran kita baru sahaja naik kereta mayat.
Ada pulak orang bagitahu, jika dia kahwin dengan pasangan
yang betul, baru dia akan bahagia, sekarang hidupnya merana kerana mendapat
pasangan yang salah, padahal rahsia pasangan yang bahagia kita nampak sekarang
ini adalah, sebelum kahwin lagi mereka dah lama bahagia,
Mereka lelaki bujang yang bahagia dan bersyukur, bila
bertemu wanita bujang yang bahagia dan bersyukur, maka insyaAllah rumah tangga
mereka juga akan bahagia sebab mereka sentiasa bersyukur.
Oleh sebab itu, jangan tunggu pasangan yang betul baru saya
bahagia, tapi bersyukurlah dengan nikmat yang ada, dan jadilah orang yang
bahagia maka insyaAllah orang bahagia akan menarik orang bahagia juga untuk
bersamanya. Akan merubah orang disekeliling untuk turut bahagia bersamanya.
Nampak tak?
Nak faham lagi? Cuba korang tengok iklan TV, apa motif
mereka?
Iklan akan bagitahu anda sedang tak bahagia kecuali anda
beli produk mereka.
Dalam iklan ada cerita orang sedang sedih dan bia beli
produk mereka tiba tiba bahagia, jadi korangpun percaya, sebab tu ramai tertipu
skim cepat kaya sebab percaya mereka sekarang tak bahagia lalu melabur dan
perasan bahagia sekejap lepas tu tersontot.
Okey, itu produk scam, produk tak scampun yakinkan anda tak
bahagia, suruh beli kereta misalnya, anda beli, tapi lepas tu tengok iklan
kereta model baru, orang memandu sedang senyum bahagia, ada pulak tambahan air
bag, sensor dan sebagainya, terus korang rasa.., alamak, silap beli kereta ni,
patut beli kereta tu.
Begitulah hidup ini buat kita membuang masa dengan memberi
anggapan kita sedang tidak bahagia.
Ada orang makan gaji dan rasa dirinya tak bahagia selagi tak
bisnes sendiri. Lalu berhenti kerja dan bisnes tapi tak menjadi dan mulai sedar
waktu makan gaji dahulu sebenarnya bahagia.
Berapa ramai yang tak bahagia bekerja dan berhenti lepas tu
kerja tempat lain dan rasa tak bahagia jugak? Ramai kan?
Berapa ramai yang bercerai sebab tak bahagia dan kahwin dan bercerai
lagi dan kahwin dan bercerai lagi hingga buat kesimpulan, bini pertama yang
terbaik sebenarnya…, dulu saya sedang bahagia sebenarnya.
Berapa ramai yang rasa mak bapaknya tak membahagiakan lalu
lari dari rumah utamakan kawan, utamakan kekasih tapi bila shit happen, patah
balik cari mak bapak sebab sedar dulu mak bapak kita sedang membahagiakan kita
Cuma kita tak percaya.
Berapa ramai yang tak bahagia sebab percaya Najib mencuri
lalu undi PH tapi bila bantuan yang Najib beri dulu lebih banyak dan rupanya
Najib mencuri hantinya lalu mulai rindu zaman Najib.
Eh? Contoh politik lagi.. Woha!
So apa aku nak cerita, bersyukurlah, maka Allah akan tambah
nikmat. Jika ada orang bagitahu anda sedang tak bahagia, janganlah percaya
sebab mereka sedang menipu.
Waktu pilihan raya, ramai ahli politik bagitahu anda sedang
tak bahagia kecuali undi mereka, waktu itu tengoklah fakta atau akta, bab kata
P Ramlee: Salah pangkah dapat taik!
So sebagai penutup, marilah kita menikmati nikmat yang sedia
ada, bersyukur dan berbahagialah!
Cuba tengok tangan dan cakap:
“Ya Allah terima kasih berikan saya tangan dan mintak maaf
kerana tak pernah cakap terima kasih ada tangan”
Baca buku tulisan Hamka keretamayat, cakap”
“Bukan Hamka yang kena berterima kasih kepada saya kerana
membeli buku beliau, tapi sayalah yang akan berterima kasih kepada Hamka kerana
menulis buku best!”
Woha!
Ps: 25hb April pula
saya buat bengkel menulis di UMP pekan. Jom jumpa dan jom
berbahagia,
Apr 2, 2019
Apa ciri Autisme?
(2hb April-Hari Kesedaran Autisme)
Jika kamu jumpa budak, tanya soalan tak di jawab, bersikap
kurang ajar, dan langsung tak ada muka bersalah di wajahnya, jangan cepat marah
dia, atau hukum dia.
Itu adalah salah satu ciri Autisme.
Sejenis OKU yang fizikal luarnya nampak normal, tapi cara
dia faham dunia, sangat berbeza dengan manusia normal. Jika tidak dibantu,
apabila dewasa akan menjadi orang kurang keupayaan yang mungkin akan
memudaratkan masyarakat.
Jika anda seorang guru, mengajar darjah satu, tiba tiba ada
budak tak focus pada pelajaran, kacau kawan, keluar kelas dengan selamba,
berjalan ke sana sini, kamu beri arahan dia tak layan, kamu tanya soalan dia
tak jawab, jangan tengking dia, jangan lempang dia, jangan rotan dia.
Mungkin dia adalah kanak kanak OKU autism yang ibu bapanya
menafikan anaknya OKU dan tetap masuk sekolah biasa. Pujuklah ibu bapanya untuk
hantar anak ke sekolah khas dan terimalah hakikat bahawa anak anda OKU walaupun
memang sukar untuk ibu bapa menerima hakikat anak anaknya adalah OKU.
Jika anda sedang makan di kedai makan, ada kanak kanak
mengamok dalam kedai, berlari ke sana sini, Ibu bapanya sudah marah tapi anak
tetap berkelakuan seperti kurang ajar, jangan cepat menuduh ibu bapa itu
terlalu manjakan anak, anak itu mungkin OKU Autisme yang mudah mengamok bila
makanan yang di makan tak menepati seleranya.
Jika anda sedang naik pengangkutan awam, dan ada kanak kanak
terlalu aktif berlari ke sana sini, menjerit dan mengamok, sedang ibu babanya
tertunduk malu sebab tak mampu nak kawal ragam anak autisme, jangan tambahkan
duka si ibu bapa dengan membuat muka marah sebab terpaksa berkongsi
pengangkutan awam dengan anak-anak autism, senyumlah sebab anak anak itu, akan
ikut ibu bapanya ke rumah mereka, bukan ke rumah anda.
Bulan april, adalah bulan kesedaran Autisme. Sebarkan mesej
ini agar tiada lagi kisah duka kanak kanak autisme di hukum sedangkan dia tidak
mengerti apa kesalahannya.
Ps: (Gambar anak autisme saya nampak okey, tapi nak pujuk pakai
topi, pakai cermin mata, bergaya semua amat susah, Tapi bila dipujuk elok elok,
InsyaAllah dapat juga ambik gambar -Woha!)
Subscribe to:
Posts (Atom)