- Syukur dengan semua nikmat, walaupun sekecil-kecil nikmat, korang akan jadi manusia yang tenang.
- Sabar dengan semua Ujian walaupun sebesar-besar ujian, korang akan jadi manusia yang kuat.
- Ikhlas tak kira amalan kecil atau besar, korang akan menjadi bertakwa.
- Khauf dengan dosa tak kira kecil atau besar, korang akan jadi Wali
- Usahakan mendapat kemanisan Iman dan Amal, korang akan jadi manusia yang bahagia
- Timbulkan kerisauan pada ummat seluruh alam, korang akan jadi Daie.
Jun 8, 2017
Idea untuk Berdoa?
(SURAT AYAH KEPADA ANAK DI BULAN PUASA)
Anakku, ,dalam tahajjud atau selepas solat tarawih, isi
kandungan doa korang lah yangmenentukan masa depan dunia dan akhirat, jadi sila
baca surat ini sampai habis dan bersetuju di noktah terkahir.
Dalam doa korang yang panjang, selain doa sedia ada minta
syurga dan jauhkan dari api neraka, tolong jangan lupa minta kepada Allah
setiap hari akan empat (4) perkara ini, yang bakal membuatkan korang beroleh
bahagia di dunia dan di akhirat.
Apa empat perkara itu?
1) Doa minta
kepada Allah agar dikurniakan perasaan SYUKUR dengan semua nikmat, walaupun
sekecil-kecil nikmat. Kita tak boleh
ubah takdir kita, tapi kita boleh pilih sama ada untuk bersyukur atau kufur,
Siapa yang bersyukur Allah akan tambahkan nikmat, siapa yang kufur pula, Azab
Allah sangatlah pedih! Sesungguhnya orang yang paling bahagia adalah orang yang
mempunyai hati yang penuh dengan kesyukuran. Nikmat mana lagi yang kita
dustakan?
2) Doa minta
kepada Allah agar dikurniakan perasaan SABAR dengan semua Ujian walaupun
sebesar-besar ujian. Ada kanak kanak yang suka merungut, mengkritik, mengeluh,
mengumpat, dan asyik salahkan orang lain bila ditimpa masalah, bila dewasa dia
menjadi manusia yang paling boring dalam dunia sebab bila dia miskin, dia
salahkan kerajaan. bila dia bodoh dia salahkan cikgu.
Bila dia ketagih pada
hiburan dia salahkan yahudi, bila bisnes dia tak maju, dia salahkan cina, bila
dia buat jahat, dia salahkan saka, bila dia kena tipu, dia salahkan pukau, bila
masuk neraka dia salahkan syaitan, padahal hidup ini untuk diuji. Benda ni ada
dalam al quran yang mana apabila kita mengaku beriman maka Allah akan uji
dengan pelbagai ujian, Jadi hidup ini adalah ujian, Hak Allah untuk uji kita,
maka Hak kita untuk minta hati yang berSABAR dengan semua Ujian Allah.
3) Doa minta
kepada Allah agar dikurniakan perasaan IKHLAS tak kira amalan kecil atau besar.
Apabila kita ditakdirkan membuat kebaikkan, maka syaitan akan datang untuk
jadikan kita riak(menunjuk-nunjuk), maka untuk lawan riak, kita kena
sempurnakan dua perkara, iaitu sempurna zahir dan batin. Maksud sempurna zahir,
contoh Bonda suruh korang jemur baju dalam bakul, tapi korang jemur sambil
lewa, maka Bonda bila tengok hasil kerja korang, Bonda dah tahu: korang buat
kerja tak ihklas!
Walaupun dalam hati korang cakap korang ikhlas, tapi tak
ihlaspun sebab obvious sangat! maka moralnya adalah, bila kita dapat amanah,
buat sehabis ikhlas, orang nampak kerja tu sempurna, dan dalam hati pula, kena
lawan sikit bisikan syaitan, betulkan niat sebelum, semasa, dan selepas bahawa
saya buat semua ini, bukan nak suruh Bonda puji, tapi semata mata kerana Allah.
Orang yang ihklas, bila orang puji atau keji, dia tetap lakukan, sebab dia tahu
maksud Ikhlas adalah buat sesuatu kerana perintah Allah, tinggal sesuatupun
kerana perintah Allah, ayah rasa korang semua dah faham bab ikhlas ni, kita
pergi kepada poin nombor empat.
4) Doa minta
kepada Allah agar dikurniakan perasaan KHAUF (takut) dangan menyesali segala
dosa tak kira kecil atau besar. Mengaku bersalahlah dalam dosa dan takutilah
dosa itu daripada berulang, dan bertaubatlah, Jika boleh korang sudah bertaubat
sebelum buat dosa lagi, sesungguhnya pintu taubat terbuka kepada semua manusia
dan tiada sesiapapun yang boleh tutup pintu taubat kita, maka gunakanlah hak
Bertaubat bukan sahaja sebelum mati, tapi jauh sebelum berdosa lagi.
Okey, tadi ayah cakap (4) empat sahaja, tapi ketika menulis
ini tiba tiba datang lagi ilham menulis, maka ayah nak tambah (2) dua lagi.
5) Doa minta
kepada Allah agar dikurniakan perasaan KEMANISAN iman dan amal, minta Allah
pujuk hati kita agar mendapat kemanisan dalam solat, dalam membaca Al quran,
dalam menuntut ilmu, dalam membuat kerja dakwah, dan pelbagai lagi. Dulu ayah
pernah rasa malu nak berdakwah jumpa manusia, lalu ayah minta kepada Allah
dikurniakan kemanisan berdakwah cara Nabi, lalu bila kita dah dapat kemanisan
dakwah cara Nabi, maka kita akan rasa pahit jika tidak berdakwah, take note!
6) Doa minta
kepada Allah agar di beri KERISAUAN UMAT, doa pada Allah agar dibantu umat
islam sekalian alam dan seluruh bangsa manusia dengan cara disebarkan hidayat,
doa juga agar Allah damaikanlah ummat yang sedang bergaduh, sembuhkanlah umat
yang sedang menderita sakit, ringankanlah beban yang sedang melanda ummat,
bantulah Jemaah islam yang sedang bergerak seluruh alam, bantulah keluarga
mereka yang ditinggalkan, kami tak pernah tengok wajah Nabi Muhammad SAW, dan
kami tak pernah tengok bagaimana nabi amal agama, jika apa yang kami lakukan
ini salah maka tarbiahlah(didik)kami dengan kasih sayangMU,
Ya Allah, apa yang
Nabimu minta untuk kebaikkan Ummat, itulah yang kami minta dipercepatkan, dan
apa yang Nabimu minta dijauhkan untuk keselamatan ummat, ituklah yang kami
minta dijauhkan, tiada daya upaya melainkan dengan IzinMu.
Ringkasan pesanan dari ayah, antara perkara asas yang perlu
ada dalam diri seorang islam:
Sekian surat dari ayah.
Jun 7, 2017
Bidaah di Bulan Puasa?
(siri bercakap dengan dinding-kata Khairi Tajuddin)
Zaman kanak kanak. Bila tiba bulan puasa, dimulai dengan solat tarawih, bilal
akan berselawat, dan budak budak akan menjawab selawat ke atas Nabi dengan
penuh meriah.
Zaman tu zaman 20 rakaat, tapi budak budak belum lapan rakaat
dah turun main Meriam buluh, main galah panjang, main lilin, main kejar kejar, dan
macam macam lagi sebab masa tu orang tua sibuk bertarawih, jadi sambung main di
malam hari bersama kawan kawan sebab siang habis dengan aktiviti baca komik,
tidur, dan mandi air telaga, al maklumlah puasa.
Dalam sibuk bermain, memang ada kawan penjaga masa yang mana
waktu solat witir bermakna kami kena masuk saf, kami pun masuk dan solat satu
rakaat.
Lepas witir imam akan baca doa berjemaah, dan hujung sekali
imam akan baca niat puasa dengan kuat agar budak budak dapat ikut.
Waktu sahur ada geng kejut sahur sebab zaman dulu mungkin
sunyi sikit, tapi tempat kami, waktu imsak di kejutkan dengan bunyi meriam betul,
tak percaya tanya orang kuala Terengganu. Masuk waktu berbukapun guna meriam.
Kata orang tua, zaman dulu mana ada speaker untuk azan, jadi
bunyi meriam dua kali di awal subuh adalah untuk imsak dan subuh, manakala
magrib meriam berbunyi satu kali.
Lepas tu ada sambutan nuzul al quran, ada malam tujuh likur
dan sebagainya, yang bagi bidak budak meriah sangat sebab orang pakat hias
lilin di beranda rumah masing masing. Budak budak dan api lilin, macam macam
permainan mereka boleh cipta.
Tiba hari raya, kami rasa lagi seronok beronok ronok, dari
zaman kanak-kanak hingga dewasa, raya sangat indah, saling pakai baju baru,
bermaafan, makan sedap sedap, jumpa kawan lama, pakat pakat balik kampung, ziarah
kubur, dan lain lain.
Tapi itulah, bila datang ustak wahabi, semua benda nak di
bidaah, katanya, melafazkan niat puasa di malam hari baik dengan berjamaah
maupun sendiri-sendiri dengan kuat adalah bidaah, Nabi tak buat, Niat ni dalam
hati tak boleh guna pembesar suara, lafaz arab tu pun di reka katanya, bidaah
ni haram hukumnya.
Mak aihhh, ustak wahabi ni anggap bidaah semua haram,
padahal ada bidaah yang hasanah, bagus apa imam lafaz kuat biar budak budak
boleh niat puasa esok, orang tua yang lupa pun boleh niat sama, benda simple
pun nak kecoh.
Lepas tu ustak wahabi bagitahu bidaah solat tarawih 20
rakaaat, hadis riwayat Aisyah bagitahu nabi solat 11 rakaat sajer, siapa tambah
berdosa!
Pulak dah, Saidina Umar yang buat 20 rakaat sebab ada dalil
Nabi pernah buat lebih walau bukan seluruh malam, dan kata Saidina Umar, inipun
bidaah hasanah, kat Mekah ramai wahabi pun buat 20 jugak, kenapa wahabi Malaysia
nak marah orang buat 20?
Lepas tu ustak wahabi kata selawat salawat ke atas Nabi
Muhammad SAW lepas solat sunat tarawih bidaah, Nabi tak buat lepas solat tarawih
dengan berselawat macam geng surau buat, amalan bidaah ni berdosa dan boleh
masuk neraka.
Adohai, lepas solat, ikut koranglah nak buat apa pun?, nak
berdoa, nak berzikir, nak berselawat, apa masalahnya? Nak buka phone main FB,
main spinner atau nak buang tahik cicak pun apa salahnya? Dah lepas solat kan?
Eh? Ustak wahabi tak setuju, lebih baik diam katanya, jangan
tambah tambah bab agama, bidaah ni haram, selawat lepas solat tarawih tu haram
sebab Nabi tak buat! Takde hadis pun Nabi berselawat antara solat tarawih! Bidaah
semua tu!
Please jangan sempitkan fatwa dengan satu hadis sahaja,
padahal banyak lagi hadis lain yang boleh sandar bab nak bersalawat lepas solat
ni, rujuk kisah waktu Nabi naik mimbar, maka malaikat Jibril datang dan berdoa:
“Celakalah seseorang yang jika disebut nama Nabi Muhammad
SAW namun dia tidak berselawat kepada Nabi” dan Nabi aminkan,
Hadis ni ada dalam bab bulan puasa, macam tahu-tahu kan
memang akan ada orang yang sengaja tak nak selawat pada Nabi bila tiba bulan
puasa. Adohai...
Lepas tu bab menetapkan waktu imsak, bidaah jugak katanya,
lagi lagi guna meriam macam di Terengganu tu, ganggu orang tidur dengan meriam
tu salah! kata ustak wahabi lagi tak perlu berhati hati nak bersahur di waktu
imsak, sebab boleh makan lagi jika dah azan subuh, lepas tu bagi dalil ada
sahabat makan waktu bilal sedang azan, padahal di Madinah, mereka azan dua
kali, azan pertama oleh bilal di waktu lebih kurang imsak, dan azan kedua baru
untuk masuk waktu subuh, jadi logic lah orang makan sahur lagi di azan pertama.
Dengar cerita di Pahang tahun ni di galakkan masjid azan dua
kali macam Madinah,
Lepas tu akhir bulan puasa dan pagi raya juga dikatakan
haram ziarah kubur sebab bidaah pergi tarikh tu, haram jugak berdoa depan
kubur, sebab jika baca doa depan kubur, bermaka sembah kubur. Ikut logic ustak
wahabi lah ni, bermakna doa depan makanan sembah makanan, doa depan FB, sembah
FB? Doa jimak depan bini sembah bini? gitu ke?
Banyak lagi yang di bidaahkan haram oleh ustak wahabi,
seperti sambut nuzul alquran atau sambut tujuh likur tu haram, puji empat khalifah waktu
tarawih 20 rakaaat pun haram, takbir raya rumah ke rumah, berzanji rumah ke rumah semua
tu haram sebab bidaah.
Pasang lilin dituduh tiru hindu, pasang lampu kelip kelip di tuduh tiru kristian, orang nak deco rumah pun di bidaah haram. adohai..
Padahal Bidaah ada yang Hasanah dan ada Bidaah Dholalah.
Tapi itulah, ustaz wahabi tak paham dengan istilah bahasa
arab ini walaupun dah ramai ustaz ulamak di jabatan agama dah terangkan
seperti:
Perkara yang mencanggahi al-Quran atau sunnah dikira sebagai
bidaah sesat, manakala Perkara baik yang diadakan yang tidak mencanggahi
al-Quran dan sunnah adalah perkara baru yang tidak sesat.
Dah berbuih buih mulut ustaz-ustaz tu terangkan tapi tak faham jugak korang ni.
Bidaah hasanah adalah merujuk kepada mereka yang menggunakan
alasan agama untuk perkara baik, dan perkara baik itu pula Nabi tak pernah
buat. Kalau nabi pernah buat itu bukan Bidaah Hasanah, itu Sunnah.
Contoh macam sambut Nuzul Al quran, memang Nabi tak pernah buat,
tapi perkara tu tak harampun, dan bagus untuk orang datang dengar ceramah free, lagi bagus dapat cuti free, Korang nak pertikai tarikh pulak apa ke hal,
Yang perlu kita faham, perkara tersebut, tinggal tak
berdosa, buatpun tak berdosa selagi tak bercanggah dengan Al quran dan hadis,
dan boleh dapat pahala pula jika cukup syarat syaratnya.
Tapi, (ada tapi tu..,) apa yang aku rasa, atau apa yang aku
faham, akan kenapa ulamak ulamak terdahulu, seperti Imam Syafee dan lain lain,
melebelkan perkara ini dengan panggilan BIDAAH HASANAH, atau Bidaah Mahmudah,
atau lain lain lebel yang murni tapi masih ada perkataan BIDAAH pada lebel itu,
maka, pada pendapat aku yang hina dan banyak dosa ini…
Ulamak melebelkan amalan tersebut dengan istilah: BIDAAH
HASANAH adalah supaya ummat sedar bahawa perkara itu bidaah(Nabi tak buat), Cuma
ianya bagus. Kat situ Nampak murninya ulamak terdahulu yang tak sewenang wenang
kata ini Sunnah!
Tapi korang ulamak dah lebel bidaah Hasanah, korang nak
tukar pada Bidaah Haram pulak.
Baca Al quran ada baris ni bidaah hasanah korang tahu tak? Mampu
ke baca Al quran takde baris macam zaman Nabi?
Nasihat aku, orang yang nak guna alasan ugama (baca: Bidaah
Hasanah) untuk perkara baik yang Nabi tak pernah buat, tak perlu kita serius
sangat, nak letak hukum pada mereka sekian sekian, masuk neraka itu bukan kerja
kita, dakwahlah mereka dengan lemah lembut itu yang terbaik, fahamkan mereka
tentang sunnah dan kepentingan ikut sunnah, lebih penting nun terang terang
orang buat dosa, jangan membisu, pergi dakwah mereka macam orang tabligh buat.
Apa? Orang tabligh pun bidaah sebab keluar tiga hari tak ada
hadis? Habis tu korang belajar phD empat tahun ambik hadis mana?
Memang sia sia bercakap dengan ustak wahabi jika tak nak
guna otak!
I rest my case.
Jun 5, 2017
Ujian Markah Laki Bini di Bulan Puasa?
(Orang buat kuiz uji markah personaliti bagai, keretamayat pun nak buat jugak, adohai)
UJIAN 1
UJIAN 1
Berapa markah Bini korang di bulan puasa?
Mari kita ambil satu situasi, Laki pulang dari masjid
selepas solat tarawih, apa tindakan Bini?
Markah A: Bini tunggu depan pintu sambil senyum, Laki masuk
bini peluk lepas rindu, habis peluk tengok air dah ready berasap untuk laki
minum, bini dah buat siap siap, terbaik!
Markah B: Sama seperti di atas, Bini tunggu depan pintu
dengan senyum, lepas tu peluk peluk, Cuma Laki kena order air, baru Puan Bini
Buat.
Markah C: Bini kelihatan sedang sibuk buat kerja rumah,
Nampak Suami, Bini senyum dan tangguhkan kerja rumah untuk melayan kerenah
Laki.
Markah D: Tak peduli laki balik ke tak, kadang kadang kekal
terbaring tengok TV, atau tidur, bila order air, buat, tapi dengan tak iklhas.
Markah E: Sama macam markah D tadi, Tak peduli laki balik ke
tak, Bila suruh buat air, Bini buat bodoh.
Markah F: Laki bila order air, bini membebel katanya takde
hadis kena buat kerja rumah, dan mereka pun bergaduh sebab order air. Adohai..
Ulasan: Bagi yang dapat markah A, dan B atau C, tahniah,
IsyaAllah isteri anda bakal ke Syurga jika kekalkan prestasi dan abaikan
kontroversi, bagi yang dapat markah D, hati hati, Syurga terletak dalam
keredaan Suami, bagi yang dapat markah E atau F, eloklah baca selok belok di
Neraka supaya tidak janggal di sana, adohai..
Pesan pada Suami, jangan cepat marah pada Bini, Jadilah
Suami yang pemaaf dan tolak ansur, Bini kadang cepat penat dan mudah beremosi,
walau bagaimanapun, Ujian ini hanya untuk Suami yang pergi masjid solat
tarawih, jika jarang ke masjid, tak payahlan nak nilai markah Bini, aku bagi F
kat korang siap-siap. Woha!
UJIAN 2
Berapa markah untuk suami saya?
Ok, markah untuk laki pulak, ambik situasi habis solat
tarawikh tadi lepas dah minum air dengan bini, laki kita pun nak keluar rumah
pulak, ada urusan katanya, apa urusanya? Mari kita check.
Markah A: Laki keluar kerana Agama, contoh: pergi solat
tahajjud di masjid, ada program iktikaf rmadahan, atau bantu jemaah berdakwah
di masjid, atau pergi mengajar mualaf tentang Islam, pergi belajar ilmu agama,
tadarus dan lain-lain.
Markah B: Laki keluar kerana keluarga, contoh: tolong beli
barang rumah untuk sahur esok, giliran madu, ziarah mak bapak dan lain lain.
Markah C: Laki keluar kerana kawan atau hobi, contoh: lepak
minum air kat kedai mamak, main badminton, futsal, memancing, dan lain lain
yang tidak haram.
Markah D: Laki keluar kerana bosan duduk rumah sebab bini
tak best, tak tahu laki buat apa kat luar tapi bukan benda yang berdosa
Markah E: Laki keluar kerana nak buat dosa, contoh: dating
kekasih lama, berzina, cari pelacur, dan lain lain angkara durjana.
Ulasan: Tahniah, bagi yang ada laki selalu dapat markah A
dan B, jarang jarang C, tahniah! Bagi yang selalu dapat markah D kena check
balik, mungkin sebab bini banyak membebel, atau bini tak layan borak, atau bini
tak teman bersembang waktu makan. So Markah D juga untuk Bini. Hu hu..
Bagi yang dapat markah E, ketahuilah, dosa laki korang tak
pengaruhi nasib syurga bini, macam Asiyah isteri Firaun, walaupun lakinya buat
dosa paling besar mengaku Tuhan, tapi Asiyah tetap masuk syurga kerana
perempuan sangat mudah masuk syurga, taat Allah, dan taat suami, terus masuk
syurga… Sedangkan lelaki, bila nak masuk syurga, mak dia boleh tarik dia, anak
perempuan dia, adik beradik perempuan dan isteri isrerinya boleh tarik suami
masuk neraka jika waktu hidup, suami biarkan sahaja bini buat dosa.(tak dakwah
bini)
So, pujuk dan bercakaplah lemah lembut dengan laki anda
wahai semua bini orang dan bini aku, sesungguhnya kamu semua tidak sebaik Nabi
Musa dan lakimu tak sejahat Firaun, tapi bila Allah perintah Nabi Musa
berdakwah pada Firaun, Allah suruh Nabi Musa cakap lemah lembut.
Jadi jika dapat laki tak best, cuba tanya balik, Nabi Musa
boleh cakap lemah lembut dengan Firaun, tapi korang boleh pulak tinggikan suara
dan bebel pada laki yang tidak sejahat Firaun, Nauzubillah!
Pesanan ini tak deep, tapi Neraka itu deep! Hu hu..
Subscribe to:
Posts (Atom)