Mar 28, 2017

Mati pun satu nikmat?

(Surat ayah kepada anak yang sedang sakit tua)

Apa khabar anakku, lagi mahu tanya, dah tentu khabar tak sihat sebab dengar cerita sedang menderita sakit tua, inilah hidup. Datang dan pergi, bawa dosa bawa pahala, tinggal kenangan sini sana.
Ayah tak tahu nak nasihat apa pada orang yang lebih tua dari ayah, al maklumlah, waktu ayah tulis surat ini, ayah baru umur 40 tahun, sekarang anakku, di hujung usia. Korang dah jadi lebih tua dari ayah dan lebih pandai dari ayah.

Okey, sempena korang terbaring tak boleh banyak bergerak kerana sakit tua, ayah rasa nak baca buku cerita kat korang, kira macam bed time story, tapi oleh sebab korang semua dah tua dan uzur serta kerepot, maka cerita ni macam death time story lah, woha!

Cerita ni ayah dapat dari cerita kawan ayah seorang bukan islam yang cerita kepada ayah akan kisah dalam kitab agama dia, (Apahal pulak nak baca cerita kitab agama lain waktu nak mati ni, termurtad karang, adohai…, okey dengar dulu sampai habis, insyAllah tiada siapa siapa yang akan murtad jika ambik moral dari cerita ini)

Kisahnya berbunyi begini, pada zaman dahulu, di sebuah kampung ada seorang remaja yang sangat sayangkan Neneknya. Sayang gilerlah, satu hari dia belajar hakikat hidup bahawa semua orang akan menjadi mayat termasuklah neneknya yang disayangi. Dia perhatikan sendiri bagaimana sorang demi sorang orang tua menjadi uzur dikampungnya termasuk neneknya, dan sorang demi sorang mati akibat sakit tua.

Maka sewaktu neneknya sedang nazak, si budak ini baru tahu punca kematian semua orang dikampungnya adalah adalah kerja Malaikat Ajal. Maka dia berdoa pada tuhan agar di beri hikmat untuk menangkap Malaikat Ajal.

Dalam kitab itu cerita, Tuhanpun kurniakan hikmat MENANGKAP MALAIKAT AJAL pada budak itu.

Jadi budak ini dapat melihat malaikat ajal, dan tahulah dia ajal neneknya dah nak sampai, lalu budak itupun terus gunakan HIKMAT MENANGKAP MALAIKAT AJAL, dan budak itu berjaya kurung malaikat ajal dalam sebuah peti besi.

Maka neneknya tak mati pada hari itu, tapi bila budak tu tengok nenek dia menggelumpur sakit, mengerang kesakitan tanpa suara, wajah yang penuh menderita, najis angin busuk keluar dari badan tak henti henti, mata pulak siap terbelalak menahan roh keluar dari badan tapi tak lekuar keluar, dan neneknya terus tak dapat tidur sepanjang malam kerana menanggung kesakitan yang amat sangat, dalam suara yang tidak jelas bersama lingangan air mata terdengar neneknya berdoa: "Oh..Tuhan ambilah nyawaku, supaya aku boleh berehat dengan aman”

Maka timbul simpati menggunung tinggi pada budak itu dah fahamlah dia bahawa mati lebih baik bagi neneknya. Lalu bersama linangan air mata terus budak ini melepaskan malaikat ajal. Serta merta malaikat ajal terbang kearah neneknya dan mengambil nyawa neneknya, maka terus terpejam mata neneknya, dan kendur semua anggota badan yang menggelumpur sebelum ini. Neneknya akhirnya mati dan berehat dalam aman.

Si budak ini menangis syukur kerana neneknya telah pergi dengan aman, Alangkah deritanya manusia jika tiada maut, budak ini belajar tentang hakikat hidup bahawa pengsan adalah nikmat pada orang yang sakit, dan mati adalah nikmat bagi orang yang sedang nazak.

Okey, itu cerita dari orang bukan islam dalam kitab mereka, sekarang ayah nak cerita kisah sedih dalam kitab kita orang islam pula, kisahnya begini:

Di akhirat nanti bila semua orang dah masuk neraka dan syurga, maka Allah jelmakan Maut dalam bentuk seekor kambing

Hidup rupanya Maut ni, sebab tu lah kita semua akan mati, lalu Allah perintahkan Malaikat maut sembelih kambing di antara syurga dan neraka, maka matilah 'maut' disembelih malaikat maut sambil disaksikan oleh penduduk syurga dan nereka.

Maka bergembira sakanlah orang dalam syurga, maklumlah tak ada mati lagi selepas ini,  hidup dalam nikmat selama lamanya.

Tapi orang dalam neraka meraung! menjerit! menangis ..! kerana mereka akan di azab selama-lamanya.

“Ya Allah dengarlah rayuan kami” jerit ahli neraka,

“ Apa korang Mahu?”

“Keluarkan lah kami kedunia walaupun sesaat…”

 Allah tak layan permohonan mereka, maka mereka ni merayu lagi selepas di azab ribuan tahun,
“Ya Allah jadikanlah kami tanah”

Allah tak layan permohonan mereka kerana di dunia mereka telah diberi peluang tapi mempersendakan wakil Allah…

Allah berfirman: “Kekallah kamu dalam neraka selama-lamanya!”

Habis cerita sampai sini, salam takziah atas sakit, tak lama korang akan jadi mayat dan akan menghapus segala kesakitan didunia, tapi jika korang hidup banyak dosa, akhirat jauh lebih derita, maka di atas katil hospital ini, bersyukurlah kerana zikir korang masih dinilai, solat korang masih memberi manfaat, dan taubat korang masih diterima, bersyukurlah atas peluang merasa sakit dihujung usia kerana semuanya penghapus dosa bagi mereka yang sabar dan faham.

Salam takziah, Cuma ayah harap, kematian korang menjadi kematian yang dicemburui oleh orang beriman.

Eh? Apa itu kematian yang dicemburui?

Begini kisahnya:

Hari ini jika korang mati menjadi mayat, maka akan ramai anak cucu serta saudara mara yang simpati, lalu mereka datang ziarah mayat korang, mayat korang akan diurus sehabis baik, dimandikan, diwudhukan, di letak haruman, dikapan elok-elok, dan di solat beramai ramai lalu mereka semua akan mengiringi mayat korang ke kubur dengan cara di usung penuh hormat, dan dikubur, lubang khas digali, dank orang ditanam dengan pemuh sopan, akhirnya mereka mendoakan semoga roh korang dicucuri Rahmat. Dalam hati mereka, terdetik keinginan untuk tidak mahu menerima nasib seperti korang, namun semua orang akan tetap menjadi mayat, lambat atau cepat sahaja.

Akan tiba satu masa, di zaman perang, apabila korang mati menjadi mayat, maka akan lebih ramai lagi orang yang simpati, tapi mereka tidak datang ziarah mayat korang sebab mereka masih sibuk berperang atau sibuk lari dari perang, kemudian, tiada orang yang akan mengiringi mayat korang ke kubur, sebab masing masing sibuk bersembunyi atau sibuk di seksa, yang tinggal, hanyalah doa doa agar roh korang dicucuri Rahmat.  Lalu bergelimpanganlah mayat korang membusuk dijalanan,tiada orang nak uruskan pun,  jika ditanampun, dalam lubang yang besar tanpa kain kapan, Dalam hati mereka, terdetik keinginan untuk tidak mahu menerima nasib seperti korang, dan mulai cemburu pada orang yang mati dalam Negara yang aman merdeka.

Dalam Negara yang aman merdeka. Apabila kita mati, dan mayat kita di urus dengan baik, dan kawan kawan sempat melawat dan berdoa, maka itulah salah satu nikmat mati.

Lalu kenapa kamu takut mati wahai anak? kenapa bersedih jika mati sekarang?, ini Negara Merdeka, kematianmu akan di urus dengan bermaruah. Sama macam korang uruskan mayat ayah dahulu.
Namun mati merdeka belum menjamin merdeka dalam kubur, ada perkara lain yang kita semua kena faham tentang Merdeka.

Terdapat beberapa kisah sahabat Nabi Muhammad SAW yang mati dalam perperangan yang mana Nabi telah menguruskan jenazah mereka sehingga sahabat sahabat lain yang masih hidup, cemburu dengan kematian mereka.

Tak perlu ayah tulis semua cerita itu, tapi yang kita kena faham adalah, apabila seorang yang beriman dan bertakwa seperti Saidina Abu Bakar R.A atau Saidina Umar R.A juga cemburu pada mayat orang lain yang Nabi telah bersaksi syurga mereka, maka itulah hakikat Merdeka yang sebenar-benarnya!

Hakikat Merdeka adalah:

Apabila kematian kita di cemburui oleh orang yang beriman, maka sesungguhnya kita telah merdeka!
Ayah ulang!,

Apabila kematian kita di cemburui oleh orang beriman, maka sesungguhnya kita telah merdeka!

Fahamlah kita di sini bahawa walau dimanapun mayat kita di tanam atau tidak di tanam atau mati berulat, Allah tidak menilai melalui cara kita menjadi mayat, tapi Allah menilai melalui cara kita hidup sebelum jadi mayat.

Sekian. Pesan ayah kepada korang yang sudah tua semua.  Jangan takut mati, relax…

Selamat bertemu malaikat maut.

Selamat menjawab soalan malaikat kubur.

Merdeka sebenar, bila kita diumum sebagai ahli syurga di padang mahsyar.

Jumpa di sana semua wahai anaku, syurga firdaus, tingkat lapan-woha!

I miss you all.

Ps: Dan orang-orang beriman, berserta anak cucu mereka yang mengikuti mereka dalam keimanan. Kami pertemukan mereka dengan anak cucu mereka (di dalam syurga) dan kami tidak mengurangi sedkitpun pahala amal (kebajikan) mereka.” (QS. Ath Thur: 21).

Mar 21, 2017

Hak asasi untuk Gay?

(gadis cantik dan binatang)

Ada orang tanya isu gay dalam filem Beauty And The Beast diharamkan di Malaysia, apa kata abang keretamayat?

Dalam bab ini sama macam kes jakim itu hari yang buat syarat nama produk sensitif perlu di tukar jika nak jual di Malaysia, maka dalam isu filem ini, syarat untuk tayang kena buang babak gay.

Aku sebagai penulis buku Almond London dan Gay setuju sangat babak gay di buang dalam filem tersebut.

“alahai cik keretamayat, gay pun ada perasaan, kenapa layan gay macam ni?”

Habis tu, orang straight tak ada perasaan? Allah larang benda benda macam ni, apa korang tak fikir perasaan kami bila benda begini di dedahkan pada kanak kanak sebagai tak salah?

“watak Salleh dalam upin ipin tak salah pulak?”

WatakSalleh tu lelaki lembut, bukan gay, ramai jer lelaki lembut kahwin dapat anak, masalah dalam filem tu, pengarah dia yang mengaku watak tu gay dan mahu sebarkan agenda gay dalam filem kartun, malahan dah jadi sejarah pertama Disney dalam kartun ada watak gay.

“Filem ganas bunuh bunuh boleh pulak?”

Ganas ni pun kena tapis, watak jahat yang ganas kena hukum akhir cerita, itu semua tahu, tapi jika buat filem gay lepas tu kena bala, tak salah lah, masalah di Hollywood sekarang, penulisnya dah ramai yang gay dan sebarkan agenda ‘gay tak salah’ dalam filem, tu yang anugerah Oscar baru ni menang filem gay, jadi babak “gay tak salah” untuk kanak-kanak itu yang salah.

“filem melayu ada babak rogol lepas pulak?”

Itulah masalahnya, dosa semalam yang diabaikan tidak bermakna dosa lain tak salah, dua dua salah, lagi salah jika filem melayu untuk kanak kanak ada babak rogol, harap tak ada lah, dan jika ada kena ada moral iaitu perogol kena tangkap polis ke, mati kena sambar petir ke, dan babak rogol tu tak perlu detailpun, guna Bahasa pun dah cukup, arghh, ni dah sembang tentang teknik perfileman, lari tajuk ni, huhuhu.

“bukan dalam islam tak boleh buat hubungan seks dengan binatang? Kenapa isu ni tak timbul pulak?”

Cerita ni macam kisah sumpah orang minyak, lelaki binatang dan gadis cantik, tapi jika betul ada babak seks dengan binatang memang kena tapislah.

"teruknya penapisan filem malaysia, bukan ada seks gay pun.."

Yang saya tahu, Malaysia tak haramkan fiem itu pun, suruh buang babak gay sahaja, tapi Disney yang enggan maka takdelah teruk sangat Malaysia ni, ada negara dengar cerita haramkan terus, dan setahu saya, filem Sumpahan orang minyak P ramlee pun kena buang babak menangis dekat kubur, ada sebab lah tu.

“tapi gay ni hak asasi manusia”

Okey, mari kita cerita tentang hak asasi manusia, berkenaan gay ini, Allah dah larang dalam Al quran tak perlu promosi dan sokong pun, Allah dah laknat kaum ni sampai jadi laut mati, tapi Allah tak terus turun azab, Allah hantar Nabi luth berdakwah siang dan malam, sampai tahap mereka kepung rumah Nabi luth nak cederakan Nabi, baru Allah turukann azab, bermakna Allah bagi peluang bertaubat dalam tempoh yang panjang, ITULAH HAK ASASI MANUSIA, di beri peluang bertaubat, bukan peluang sebar maksiat.


Sekian.

Mar 17, 2017

Hamka nak ajar tulis Buku?

(Korang nak sangat menulis dan ada buku sendiri tapi tak tahu cara?, atau tak ada semangat? baca ni !)

Korang tahu tak, kenapa orang Eropah lebih maju? Sebab rakyat mereka rajin tulis buku.

Tak percaya?

Cuba tengok cerita hantu mat saleh, bila ada masalah mereka pergi perpustakaan, dan kat sana ada buku cara cara bunuh hantu.

Kadang cerita tu zaman dulu, malam malam pakai pelita, tapi masih pergi perpustakaan untuk rujuk buku, contoh cerita serigala jadian, dalam perpustakan di zaman itu, ada cara bunuh serigala iaitu guna senjata dibuat dari perak, dalam buku rujukan tu siap ada gambar lagi rupa seriga atau vampire dan sebagainya.

Dah tengok filem Twilight?, Bella Swan bila ada masalah, beliau pun pergi rujuk buku bertajuk Quileute legends yang cerita tentang asal usul puntianak, tapi cuba tengok cerita Hantu kita bila ada masalah, ada nak rujuk buku?, biasanya jumpa bomoh, dan bomoh pulak tak rujuk buku jugak, bomoh tu baca jampi dan minta korang cari ayam hitam.

Jadi, kepada korang yang ada pengalaman tangkap hantu, sila tulis buku, dokumentasikan elok elok, dan korang yang lain, tak kira apa bidang kemahiran korang, ambiklah masa untuk mendokumentasikan ilmu korang, mungkin tak menarik, tapi akan datang, ilmu yang bermanfaat tetap memberi pahala dalam kubur, walau mayat telah lama di mamah ulat. Andai korang mahu mengerti.

Tak tahu tulis buku sebab tak dapat A  Bahasa melayu dalam SPM?

Korang tahu tak Hamka Keretamayat SPM tak kredit Bahasa melayu, tapi boleh jer beliau tulis buku laku giler sampai dah ada 10 judul tajuk pelbagai cerita, ada kisah dajjal, kisah cinta, kisah rumah tangga, kisah agama dan terkini dah tulis kisah hantu, ha ha!.

Yang penting, korang Jangan takut salah tulis, sebab jika takut salah tulis, nanti tak ada orang tahu salah anda dan matilah anda bersama ilmu yang salah. Tulislah supaya orang boleh tegur salah kita, atau kita boleh tegur salah orang atau paling kurangpun tegur salah diri sendiri, tertakluk pada mana mana yang tak salah-woha!

Ok, jika korang berminat nak belajar tulis buku dan terbit buku (sebab hidup terlalu singkat untuk tidak menulis). Boleh datang bengkel menulis yang Hamka dan Khairi Tajuddin akan adakan pada 25 March ini (sabtu 9 pagi) di Kuala Terengganu. Hamka ni jarang rajinkan diri jumpa orang untuk kongsi ilmu secara live, sebab beliau seorang pemalu, tapi sekali sekala beliau sanggup tebalkan muka untuk ajar korang tulis buku tebal tebal.

Jadi sila TAG dan shared kawan kawan korang. Jom kita terlibat dalam satu event yang mungkin mengubah perjalanan dan pandangan korang pada dunia dan akhirat.

Whatsapp segera ke 019 4702839 / 0199117163 untuk sertai bengkel dan dapat Percuma 3 ebook bernilai RM50 berjudul DARI IDEA MENJADI DUIT. DAFTAR SEGERA dengan Whatsapp 0194702839.


Salam woha dari dekat!