(Salam, terima kasih kerana masih klik pada blog
keretamayat, Oleh sebab aku masih perasan sibuk, tapi sempat update blog, maka
aku jemput penulis jemputan, lagipun tulisan ini bagus, dan bila bagus, tak
perlu aku tulis semula dengan gaya aku, cukup copy paste sahaja, tapi ada sikit
aku edit sebab panjang sangat.)
(Imam Mahdi akan turun pada tahun 2006 dan Sai Baba ialah
Dajjal - peringatan untuk mereka yang suka sebar cerita palsu)
Segelintir orang Islam suka sebar cerita bohong. Pada masa
saya aktif dengan gerakan Islam di kampus UiTM dahulu (tahun 2000-2001), saya
pernah mengikuti aktiviti di mana beberapa orang pelajar menyuruh
pelajar-pelajar jangan terlalu sibuk dengan belajar kerana Imam Mahdi akan
keluar pada tahun 2005. Ada versi yang mengatakan tahun 2006. Macam-macam dalil
yang mereka keluarkan.
Seorang rakan yang saya hormati, seorang ustaz pernah
menghantar email forward yang panjang lebar kepada saya pada tahun 2005 supaya
bersedia untuk menghadapi kedatangan Imam Mahdi pada tahun 2006 dan suruh
simpan stok makanan untuk setahun.
Sekarang sudah 2012. Mana pergi Imam Mahdi, ustaz? Mana dia
pertumpahan darah di Mina tahun 2006? Mana bai’at Imam mahdi pada Hari Asyura?
Ustaz dah tipu saya.
Yang lebih teruk, Ustaz telah tipu menggunakan agama. Ustaz
telah berdusta terhadap agama kita sendiri, kerana mengikut ajaran Islam, tiada
siapa yang tahu tarikh-tarikh tanda besar kiamat melainkan Allah s.w.t. Kenapa
ustaz menipu, dan kenapa ustaz menyebarkan kisah2 palsu ini? Budak tadika pun
tahu menipu berdosa.
Adakah untuk memberi keinsafan? Tak cukupkah Al-Quran yang penuh
dengan kisah2 Nabi terdahulu dan cerita2 kiamat untuk memberi keinsafan?
Perlukah merekacipta kisah2 palsu mengenai Nabi Ibrahim pergi Kampuchea dan
Imam Mahdi muncul dari Nusantara untuk memberi keinsafan?
Apa yang saya nak tanya ustaz ialah:
Berapa anak muda dan orang dewasa yang percaya cakap ustaz
bahawa tahun 2006 imam mahdi dan dajjal akan turun, lantas mereka berhenti
kerja dan berhenti dari pengajian kerana kononnya nak sertai tentera Imam
Mahdi?
Apakah dalil yang ustaz bawa untuk menyokong kisah palsu
tersebut?
Ustaz belajar dari kitab mana?
Apakah hukum menyebarkan berita palsu yang tak dikaji
kesahihannya?
Apakah hukum menyebarkan pada manusia tarikh Imam Mahdi akan
turun sedangkan Rasulullah pun tak tahu tarikh tersebut?
Ustaz dah taubat ke belum?
Kalau belum cepat sikit ya.
Begitu lah juga dengan kisah Sai Baba yang dianggap Dajjal.
Siap keluar buku lagi bertajuk “Dajjal Sudah Muncul dari Khurasan”, mengenai
Sai Baba ini.
Buku ini dijual di toko2 buku agama, diterjemah dari bahasa
Indonesia ke Bahasa Malaysia, dan menjadi bestseller (“buku panas”, tertera di
cover buku ini).
Dalam buku itu banyak gambar2 Sai Baba, yang tak banyak
ialah ayat Al-Quran dan Hadith Sahih. Yang lebih authentic bagi penulis buku
ini ialah Sai Baba bukannya kata-kata Allah s.w.t. Yang lebih dipercayai ialah
magic2 Sai Baba, bukan mukjizat Al-Quran. Nauzubillahi min zaalik.
Sekarang Sai Baba dah mati. Adakah Dajjal sudah mati? Kalau
Dajjal dah mati, adakah akan keluar Dajjal kedua? Kalau Sai Baba itu dajjal,
mana pergi tentera dajjal yang katanya beratus ribu orang tu? Sai Baba ada
tentera ke? Kalau Sai Baba itu Dajjal, kenapa Sai Baba nampak dua2 mata elok
je? Bukankah Dajjal buta sebelah?
BBC, satu syarikat penyiaran milik kerajaan UK yang bukan
Islam itu pun lebih arif mengenai Sai Baba — mereka dedahkan bahawa Sai Baba
ialah seorang con man, bukannya seorang ahli agama yang suci. Rajin2 lah cari
video di Youtube pendedahan mengenai penipuan dan hoax yang dibuat oleh Sai
Baba.
Orang Kafir pun tahu Sai Baba penipu, orang Islam yang
kononnya ulamak, tulis buku mempercayai Sai Baba ada kuasa ajaib.
Astaghfirullah. Kalau ini bukan namanya menyesatkan umat, apa lagi?
Semua ni penipu. Penipu yang berselindung di sebalik agama.
Laknatlah kamu semua.
Tapi mereka ni senang sahaja nak tutup kesalahan mereka.
Mereka akan kata “saya khabarkan kisah2 ini supaya iman kamu meningkat. tak
kira lah betul atau tidak, bukankah elok kita menyediakan diri untuk hari
kiamat? Bukankah Al-Quran menyuruh kita berfikir mengenai hari kiamat?”
Ini lah kata-kata yang sering diujarkan mereka untuk menutup
penipuan yang mereka buat pada umat. Dengan selindung agama, mereka
menjustifikasi kan penipuan besar mereka. Menipu jadi halal sebab dibungkus
dengan agama.
Saya bukan kata semua orang penipu, bukan semua ustaz
menipu. Yang buat ini beberapa kerat sahaja. Saya tak nafikan bahawa ramai umat
Islam dan ulamak Islam yang berfikiran waras, tidak sebodoh ini. Semua itu saya
mengaku. Jangan lah kata saya menyapu semua orang islam dengan tuduhan ini.
Saya kata kepada sebahagian sahaja, bukan semua.
Mereka yang suka menipu ini tak habis2 menipu. Antara
penipuan lain:
1. Dalam Pepsi ada darah pesakit HIV, jadi jangan minum
Pepsi dan minuman2 lain untuk beberapa hari.
Ini diberitahu oleh seorang rakan saya beberapa minggu
lepas. Apabila disemak menggunakan Google, rupa2nya penipuan ini dah bertahun2
dibuat. Kadang2 kena pada Coke. Kadang2 brand lain pun turut masuk. Ntah apa
yang mereka ni dapat aku pun tak tahu lah.
Bila benda ni di”share” dalam Facebook Wall oleh budak
hingusan, maka berduyun2 lah si mangkuk menulis di bawahnya:
Terima kasih akhi. minta kebenaran untuk share.
Wahhh…takutnye ana nak minum Pepsi lepas ni. Jazakallah
akhi. mohon kebenaran untuk share
Ana kena share maklumat ni dengan para muslimin dan
muslimat. ana mintak kebenaran untuk share ya. JZKK
Nak kata bodoh, nanti marah pulak. Tapi takpe, marah le kat
aku. Korang seme memang bodoh.
2. Dalam makanan XXX dan minuman YYY, ada enzim babi. Kadangkala
ada lemak babi, sel babi, daging babi, tulang babi, bulu babi, usus babi, tekak
babi, hidung babi, lidah babi, tetek babi, pendek kata semua anggota babi.
Ini selalu dibuat untuk mensabotaj perniagaan. Yang terkini
benda ini kena kepada syarikat Ramly Burger. Siap ada surat palsu dikeluarkan
kononnya disahkan oleh Jabatan Agama Islam bahawa daging Ramly Burger
mengandungi Babi.
Saya doakan semoga siapa yang memulakan fitnah ini, akan
merasai cemeti di dalam kubur barang sedas dua.
Ada antara mereka yang cakap “alah, kalau tak betul pun,
bukankah ini cara untuk menjadikan orang islam lebih berjaga2?” ini kata-kata
mereka yang bodoh ini. Ramly Burger rugi berpuluh2 ribu, dizalimi oleh mereka
yang suka mensabotaj. Mereka boleh lagi defend perkara tersebut dengan topeng
agama? Sungguh sial. Celaka mereka ini, dan para pendokong mereka.
Walau perkara ini dibuat kepada syarikat bukan Islam sekali
pun, kita tak boleh redha. Siapa yang menyebarkan perkara ini, tanpa menyemak
atau mengkaji kesahihannya, turut sama-sama bersalah atas dosa mensabotaj dan
menyebarkan berita palsu yang memudaratkan manusia lain (walau kepada bukan
Islam sekalipun).
Dalam islam tak diajar adab perniagaan yang menyuruh kita
mencari babi dalam produk keluaran pesaing2 kita. Kalau nak jual ubat gigi
halal atau jual ayam goreng halal, jangan fitnah orang lain letak babi dalam
produk mereka.
3. Dunia akan kiamat 2012.
Barangsiapa percaya dunia akan kiamat pada 2012, mereka ini
lebih percaya kepada Mayan prophesy daripada percaya kepada kitab Allah. Kitab
Allah mengatakan bahawa tiada siapa yang tahu masa kiamat melainkan Allah
sahaja, walaupun Rasulullah pun tak tahu. Siapa percaya konspirasi Mayan ini
cuba check balik iman dalam diri anda. Apa dalil yang digunakan untuk percaya
benda ni? Tiada apa-apa berunsur Islam melainkan fiksyen2 Barat sahaja.
Dan macam2 lagi penipuan dibuat atas nama agama. Kalau nak
tulis satu persatu memang tak habis.
Biasanya penipuan dibuat oleh orang2 yang ada latarbelakang
agama, tapi hatinya jahat. Alasan mulutnya ialah untuk kebaikan orang Islam.
Ingat, menipu jadi halal kalau dibalut dengan agama. Kemudian disebarkan
melalui usrah2 dan ceramah2. Kemudian sampai kepada masyarakat umum.
Yang kemudian menyebarkannya melalui FB wall, SMS, email
fwd, blog, twitter, dan cara2 yang lain.
Orang lain menggunakan teknologi untuk memperbaik kehidupan
dan untuk memajukan manusia, kita menggunakan teknologi untuk hebahkan bahawa
imam mahdi keluar tahun 2006, dunia kiamat tahun 2012 dan Sai Baba adalah
dajjal. Dan produk itu dan ini ada babi.
Patutlah tak maju-maju.
Sekian..
*****
Hamka said: Pesan tok guru aku, dalam bab ugama, jangan cerita
tentang ramalan, banyakkan cerita atas langit dan bawah bumi.(atas langit:
akhirat, bawah bumi: kisah Nabi dan sahabat, ehem, ehem)