Jul 6, 2010
Suami pendiam?
(Masa aku remaja, aku terbelajar tentang hakikat cinta setelah menonton Vincent Vega dan Mrs. Mia Wallace menari twist di Jack Rabbit Slim's dalam Pulp Fiction, sekadar merujuk kepada beberapa sumber...)
Email satu:
Salam, sebagai seorang isteri, saya ingin bertanya pada awak sebab pandai benar awak membela kaum lelaki, (seperti suami duduk rumah tengok TV itu bagus dengan alasan jaga keselamatan rumah, dan lain lain..,) tapi saya nak tanya sifat pelik lelaki, iaitu ketika bercinta dahulu, rancak betul suami saya bercakap dengan pelbagai topik dibangkitkan hinggakan kadangkala saya tak ada berpeluang bercakap. Tapi lepas kahwin, jadi pendiam pulak, sukar diajak berbual, cakap pun sepatah sepatah sahaja macam sms,
Saya akui, suami saya memang seorang lelaki yang baik, dia tidak pernah mengabaikan keperluan rumah tangga termasuk anak-anak, cuma yang merunsingkan saya ialah suami terlalu pendiam dan lebih banyak membuat hal sendiri seperti membasuh kereta, menanam bunga atau memelihara ikan. Saya rungsing kerana saya seolah olah tidak penting.
“Apa sudah jadi dengan suami saya? Atau lelaki memang begitu?
Isteri rungsing.
******
Email dua:
Saya dah berkahwin dekat 10 tahun dan ada 4 orang anak. Suami saya tak romantic tapi baik, iaitu jaga hal ehwal kebajikan rumahtangga dan anak anak, tapi suami saya ni pendiam sangat, Dia tak kan berbual dengan saya kecuali saya yang kena mulakan dulu.
Dalam rumah jarang dengar kami bercakap, hanya suara anak anak yang riuh,. Saya pernah bertanya apa salah saya, katanya saya tidak buat salah tetapi dia melayan saya seperti tidak wujud. Saya meresa sangat sedih dilayan sebegini, Apa pandangan tuan?
Isteri Sepi.
********
Waalakumusalam, kepada yang email dan salam satu Malaysia kepada yang baca blog ini, topic kita hari ni:
Suami tak romantic kerana pendiam?
Suami baik tapi tak banyak bercakap?
Sepi sebab suami diam walaupun dia baik?
Suami jaga hal ehwal rumahtangga tapi saya rungsing sebab suami saya membasuh kereta, menanam bunga atau memelihara ikan?,
Apa?!!
Itu sahaja masalah korang dah jadi rungsing dan sepi?, sedang ramai lagi andartu kat luar sana, mereka lagi layak rungsing dan sepi.., patut korang tolong mereka dengan bagi izin suami korang kahwin lagi, eh! Itu cerita lain..
Sambung balik.
Kepada semua isteri yang rasa sepi dan rungsing kerana suami baik tapi pendiam..
Korang tahu tak apa makna CINTA?
Dah 10 tahun kahwin pun tak tahu apa itu CINTA?
Dah beranak pinak, dah berlaga lubang kencing masih tak tahu apa itu cinta??
Ni yang aku angin satu badan ni!! Nampaknya, aku kena terangkan balik makna cinta pada mereka yang dah berumah tangga, yang dah beranak pinak, yang dah berlaga pusat, (sambil geleng kepala...)
Baik, Cinta itu adalah...
(berhenti sekajap, telan air liur)
Cinta itu adalah apabila kita dapat MENIKMATI KESUYIAN bersama kekasih!
Jika korang rasa tak selesa bila duduk dua orang tapi tak bercakap apa-apa, itu bermakna orang itu bukan orang istimewa, orang itu mungkin orang asing, dan bukan kekasih..
KEKASIH adalah mereka yang mana bila kita duduk bersama, tapi tak bercakap apa-apapun, kita tetap rasa selesa, bahagia, dan enjoy the silence!!
Enjoy the silence!! Tak paham lagi? Itulah CINTA!!
Kalau tak paham bahasa melayu, biar aku cakap bahasa orang putih:
“You know you‘re in love after you found somebody really special, that you can just shut up for a day and comfortably enjoy the silence.”
(Entah betul ke tak Bahasa English aku tu? Lantaklah,)
Senang cerita, kita tahu bila kita dilamun cinta adalah apabila kita dapat bersama seorang yang sangat istimewa, yang mana detik bahagia ada pada setiap minit dan saat, walaupun kita tak bercakap apa apapun, kerana kita sedang ‘enjoy the silence’.., ‘menikmati kesunyian’ bersama orang yang paling kita cintai...
That is love!!!,
Why do we feel it's necessary to talk about bullshit in order to be comfortable? Enjoy the silence with someone special, that is comfortably..., That is love!!!,
Dah! Speaking London pulak aku,
Bermakna disini, para isteri yang terasa sepi dan sunyi sekalian, bukan salah suami korang buat korang rasa sepi, salah korang, sebab korang tu yang belum CINTA sepenuhnya pada suami masing masing.., korang masak, basuh baju, kemas rumah, ketip kuku, trim bulu untuk suami dah anggap itu cinta? Itu namanya ‘khidmat’.., cinta adalah memberi tanpa balasan.., chewah!
Korang patut rasa malu pada suami korang, sebab suami korang sebenarnya sangat faham erti cinta lebih dari korang yang ngok!, korang menderita tapi suami korang hidup bahagia dengan ‘enjoy the silence’, yelah, walaupun korang dah jadi gemok dan hodoh, serta tua , tapi suami korang cool, takde dia ceraikan korang?, malahan dia tak abaikan rumahtangga dan anak anak. Hari-hari balik kerja terus pulang ke rumah, sampai rumah minum air kopi, sambil perhatikan anak anak bermain, tanpa bercakap sepatah pun tapi hanya ‘enjoy the silence’.., wow! Romantiknya!!
Orang lelaki memang pandai bercinta dan ‘enjoy the silence’.., tak percaya cuba tanya kaki pancing, ada joran tu bercakap dengan mereka? Atau suami yang suka hias kereta, ada mereka sedih bila kereta tu tak bercakap dengan mereka? Atau yang pelihara ikan emas, bila mereka bercakap dengan ikan dalam akuarium, dan ikan tu tak jawab, ada mereka sedih macam korang? Takde.., mereka cool, mereka bahagia, mereka ‘enjoy the silence’..,
Tapi korang pandai pulak bercinta dengan rantai emas, gelang emas yang pendiam, rasa bahagia bila pakai barang kemas yang tak bercakap sepatahpun..,boleh pulak ‘enjoy the silence’ dengan emas karat, tapi dengan suami tak tahu pulak nak bahagia, tak boleh pulak nak ‘enjoy the silence’, dah kantoi bahawa korang tu tak pandai menikmati cinta, atau kahwin paksa sahaja.., kesian suami korang, rupanya..., isteri korang tak cinta sepenuhnya lagi pada korang, bak kata pepatah, ada wang abang sayang, takde wang abang melayan.., tu yang bila suami kena buang kerja, perempuan pun terus mintak cerai.., kesian..
Padahal, korang tak tahu, bahawa suami korang sangat cinta pada korang, mereka makan masakan korang dengan penuh bahagia sehingga tak terkata apa sebab sedapnya masakan korang yang setaraf masakan ibu mereka, lalu mereka, ‘enjoy the silence’.., nyam nyam.., tapi korang sedih tengok mereka sedap makan sebab tak bercakap..., apa daa..
Aku rasa tentu korang tak tahu, iaitu apabila tiba Malam hari, bila korang tidur, korang tahu tak bahawa suami main-main dengan rambut korang, cium pipi korang.., dan raba korang, tapi korang tak sedar sebab korang tidur mati.., sedang suami seronok 'enjoy the silence'... kan?
Satu lagi, untuk pengetahuan korang iaitu bila korang buat kerja rumah, suami sebenarnya pandang korang dengan penuh kasih sayang dan terharu, tapi mereka tak tunjuk sebab ego, nampak pendiam sahaja, malahan mereka selalu curi curi perhatikan korang buat kerja rumah dengan penuh ‘enjoy the silence’.., bila korang menoleh, mereka akan terus menoleh ke arah lain sebab malu dan ego, sambil control macho..., buat buat baca surat khabar atau tengok TV, tu yang korang nampak mereka macam pendiam, tapi mereka sebanarnya cool dan faham erti cinta, mereka ‘enjoy the silence’ bersama korang, sebab tu mereka tak ceraikan korang.., betul tak?
Cinta itu adalah apabila kita dapat MENIKMATI KESUYIAN bersama kekasih
Bak kata Zamani Slam dalam lagu “jalan keindahan”...
Adanya engkau disampingku..., Hilanglah jarak dan waktu..
Atau lagu “ I don't wanna miss a thing" from Aerosmith.
“I could stay awake just to hear you breathing
Watch you smile while you are sleeping
Far away and dreaming..
I could spend my life in this sweet surrender
I could stay lost in this moment forever
Well, every moment spent with you
Is a moment I treasure”...
Oh..
Sambung balik..
Aku akui, lepas kahwin, aku banyak melalui saat indah dan bahagia dalam mode ‘enjoy the silence’.., kami banyak senyum dari bercakap, sebab,.., asalkan bersama orang yang kita sayang.., kesuyian itu satu kenikmatan... ‘enjoy the silence’!.
Duduk tengok anak bermain, tengok anak membesar, merangkak, berlari dan sebagainya, sedang kami duduk perhatikan mereka, berjam jampun takpe, sebab isteri aku ada sebelah, genggam tangan masing masing, dan bersyukur pada Allah atas setiap nikamt.., dan kami, ketika anak anak riuh bermain, kami.., ‘enjoy the silence’.
Ketika menonton Movie, aku tak suka isteri bercakap, kami hanya duduk perhatikan kisah kisah manusia, dan bila ada babak sedih, (contoh baru ni tengok filem ‘cj7’ lakonan Stephen Chow , yang mana bila bapak budak tu mati jatuh bangunan, dan bila cikgu tu hantar anaknya balik rumah sorang sorang) isteri aku menangis.., aku tahu dia bayangkan anak anak jika aku mati, lalu akupun genggam tangannya, dan kami ‘enjoy the silence’.
Jika korang naik kereta dan nampak kami yang duduk diam dalam kereta lain, janganlah korang cakap kami pasangan yang tak bahagia, kerana kami sedang ‘enjoy the silence’.., dengar radio bersama sama.., dengar lagu Lacuna Coil – yang berjudul ‘Enjoy the Silence’!, oh.., alangkah romantiknya!
Words like violence, Break the silence
Come crashing in, Into my little world
Painful to me, Pierce right through me
Can't you understand, Oh my little girl
All I ever wanted, All I ever needed, Is here in my arms..
Sambung lagi sikit.., Sama macam suami korang, iaitu ketika isteri aku buat kerja kerja rumah, aku akui, aku curi curi pandang dengan penuh kasih sayang dan terharu, bila isteri menoleh, aku akan terus menoleh ke arah lain sebab malu pada diri sendiri.., isteri dah banyak korban, dan aku tak mampu nak bercakap apa dah.., hanya ‘enjoy the silence’..
Balik kerja, tengok rumah dah siap, makanan dah masak siap terhidang yang sama menu dengan arwah ibu, air teh tarik yang kaw.., dan anak anak yang semuanya sudah bersih dan berpakain serba kemas, apa lagi aku nak cakap? Kami orang lelaki memang memuji dengan tidak berkata apa-apa, kerana kami ‘enjoy the silence’.
Ada masa lapang, bawa anak dan isteri beridah di tepi pantai, atau tempat peranginan, melihat mereka ketawa dan bermain, melihat isteri memarahi anak yang buat silap, melihat meraka tidur kepenatan, semua itu.., oh.., nikmat tuhan yang besar, dan kami kaum lelaki.., ‘enjoy the silence’...
Dan yang ni, aku malas nak cerita, nanti korang naik syekh.., iaitu bila kahwin, lihat isteri duduk-duduk sahaja, lalu bertanya: “takde kerja ke?”.., isteri cakap.. “takde..”, lalu aku cakap, jom.., kita ‘enjoy the silence’!.., lalu kamipun pergi ketempat yang hanya ‘Tuhan sahaja yang Nampak’.., lalu bukak pakaian, dan ‘enjoy the silence’.
Woha!
Akhir kata.., bersyukurlah dengan nikmat ada suami.., walaupun pendiam kerana mereka faham hakikat cinta.., untuk itu buktilah kecintaan kamu kepada Tuhan, bangun di malam hari, bertahajud dan ‘enjoy the silence’ bersama Pencipta sekalian alam... kerana jika kamu tidak mampun ‘enjoy the silence’ dalam bertahajjud.., ketahulah, kamu belum cinta kepada Allah...
Malulah kamu kepada Tuhan dan suami kamu..
Sekian.
Ps: Di malam hari, terjaga dari tidur, melihat kekasih tiada disisi, lalu bangkit mencari kekasih, akhirnya bertemu kekasih sedang sujud dihadapan Kekasih yang abadi.., diwaktu itu, tahulah kamu hakikat sebanar tentang ‘enjoy the silence’...., enjoy!

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
240 comments:
«Oldest ‹Older 201 – 240 of 240Salam.
Bagi yang suka bersungut ttg pasangan yang dah berubah, apa kata cuba baca artikel "Musim Cinta Sudah Berlalu..."
salam
Saya suka komen anonymous atasni
"komunikasi dlm rumahtangga sgt penting"
If man is enjoying the silence...ok but make sure your partner is also enjoying your silence.
Kalau 5 hari seminggu suami pegi kerja pagi2, pastu balik ptg, mkn/minum, pastu pegi main bola/jogging dgn kwn2, pastu azan mghrib balik, pastu pegi solat maghrb sampai ishak, pastu ikram kwn kat kedai kopi, pastu balik rmah, layan laptop..pastu tidur..enjoy the silence of the night...
Mungkin isteri memendam rasa..terutama isteri yg tak kerja kat luar, takde pembantu rumah, dan hari2 melayan kerenah anak2 yg bersusun bantal, yg katakn 3 org masih pakai lampin, pastu kat rmah takde tefon, takde laptop, takde tv..cakap dgn anak2 yg tak faham bahasa...tentulah isteri ini menanti2 saat dapat bercakap suami tersayang...
Tak hairan kalau isteri macamni akhirnya boleh mendera anak2 atau tiba2 'meletop' nak balik rumah makbapak..
Wahai suami2 yg pendiam...kalau nak diam pun tunjuklah kasih sayang yg sewajarnya pada isteri2 korang..jgn sampai terdetik pada hati sang isteri...
Aku ni orang gajike? Sediakan makan minum, basuh baju gosok baju...tapi suami buat tak kesah..
Aku ni pelacur ke...bila hendak, pakai dah tu buat2 tak kenal..
kalau ini keadaannya..baik aku tak kawin..kerja kat ofis.. dapat jugak gaji..
Wahai lelaki kalau korang tak tau nak peduli isi hati isteri..tak payah kawin..cari pembantu rumah..
..ada suami pendiam..bila ada yg tak kena baru nak bersuara..
Anak2 buat silap baru nak marah nak rotan...kena tanya diri sendiri dulu, adakah aku dah ajar anak aku perkara yg betul? Kesian anak2 mereka tak tau adab kalau tidak diajar dan di didik..dan terpinga2 bila dimarah kerana tak faham apa salah mereka..
Niat baik, hati pun bersih.
Yang penting, jgn S.M.S.
S.M.S :-
-Suka melihat orang susah
-Susah melihat orang senang
Wallahualam. :)
salam..
keinginan untuk selalu berbual-bual gurau senda..
adalah nikmat bagi semua kaum hawa, biar berat, ringan dan berulang-ulang..
itulah.. apa adanya terimalah.
cukuplah bagi sang suami, melayan mendengar.. dengan rasa prihatin dan dan gembira :)
-adi
Tatkala "kalian" berlaku degil..
Adakah "kalian" perasan bahawa "kalian" telah berlaku tamak serta keras kepala?
Tatkala "kalian" berlaku tamak..
Adakah "kalian" perasan bahawa "kalian" telah berlaku keras kepala serta degil?
Tatkala "kalian" berlaku keras kepala..
Adakah "kalian" perasan bahawa "kalian" telah berlaku degil serta tamak?
degil x keras kepala x tamak = DUNGU. (*Sungguh amat menghampakan & memenatkan andai mendapat wanita dungu sebagai pasangan hidup).
Wanita sedemikian ini amat mudah diperdayakan oleh musuh/seteru sang suami.(*Hanya disilaukan sahaja ia dengan "wang ringgit/emas permata" maka ia sudah dapat ditakluk dan dijajah).
kebanyakannya...
segelintirnya...
sedikit sahaja yang mahu ber"terima kasih".
anonymous lahanat mana buat sampah ni
Assalam. Mati, jodoh adalah ketentuan tuhan. Manusia rasa je..dia yang pilih pasangan hidupnya.
Kalau Tuhan dah tetapkan jodoh dengan suami pendiam...tak puas hati ke?
Kalau tak puas hati mengadulah dengan Allah swt...Allah swt berfirman lebih kurang hati-hati manusia dalam genggamannya...
Manusia tak berubah...Allah swt yang akan ubah hatinya. Ade kite nangis-nangis depan tuhan minta tolong ubah hati suami?
Nabi saw telah berdoa dan Umar rahu. telah berubah hatinya dari nak bunuh Nabi saw terus beriman...
dan menyebelahi Islam. Dakwah terus berkembang dengan pesat selepas itu...the power of doa!!!
He..he...nak mogok dengan ketetapan Allah dapat suami pendiam..?
Kita kan HAMBA...ada pilihan ke?
Khalid
159%
ok.., dah penat jadi blogger pendiam, aku tulis entry baru.
enjoy!, errrm maksud aku, kalau salah, tolong jolokkan.
salam.... lepas saya baca post y ini... saya lebih faham tindakan lelaki... selama ini saya selalu salahkan lelaki y tak faham dan tak tahu hargai wanita.... rupanya cara mereka tak sama dgn cara wanita.... terima kasih.... post ini telah mengajar saya untuk memahami pemikiran lelaki.... semoga 1 hari nanti saya akan mudah memahami lelaki selepas bergelar isteri pertama kepada seorang lelaki kelak....
iya.saya stuju dgn entry ni..tp, saya rasa kita perlu tmabah sedikit. Isteri memang perlu memahami..tp, suami juga perlu lakukan hal yang sama..Isteri pernah merasakan suatu keadaan yang indah dlu sewaktu bercinta..Jadi, apa salahnya suami melakukannya lagi sedikit2. Komunikasi itu sgt pentting di dalam suatu perhubungan. Biarla pasangan memenuhi keperluan pasangan setakat mana yang mampu.Takkanla suami susah sangat nak bergurau senda seperti dulu..Kenapa suami tidak mahu berusaha sedikit untuk menggembirakan hati isterinya. Cinta itu kan untuk membahagiakan pasangan. Dan isteri for sure, perlu memahami kemampuan suami. :)
aku setuju dengan semua komen, key..
peace..
key aku: diam bukan tak sayang, redha dengan nikmat tuhan, dan banyak lagi masalah lain nak kena pikir.
: )
time kasih..minda saya terbuka...moga Allah rahmati anda dan keluarga
setuju! sebab aku bukan seorang suami, tapi aku pendiam...dan hanya aku yang tau baik buruk diri aku. Jadi..don't judge a book by it's cover, something must be hiding behind it..only Allah can judge us. Sendiri mau ingat aaaaa...
219
219
sgt kelakar dan memberi byk pgjrn!thanks;)
salam kpd semua,
utk pengetahuan penulis komen ini masih x berumah tangga tapi bley tahan byk gak makan garam..'umobaru 20 so nak kawen mmg susa,, mak bapak xbg)
hmmm ak setuju setakat 50% la ko pnye entri, btul gak ada laki mmg ske berdiam utk tunjuk romantik...tp ini rumah tangga beb, bkn rumah kampung..kalau zaman dlu² ye la bini ikut je ckp suami, suami diam bini pn diam gak la..bini masak suami goyang kaki baca suratkhabar..
ini zaman alaf baru beb, chef plg hebat kt dunia skg bkn chef pompuan tp lelaki.. Rasullullah jugak slalu bantu aisyah masak kalau baginda berada kat rumah.. n lagi satu plg ak nyampah kaum ada batang ni sblm kawen punya ah romantik, awek sakit sket dh bawak keta pegi hospital, awek ckp lapar pukul 2 pg sanggup drive mcd beli mknn.. tp skg? bini ckp lapar? "aih bahan mentah ada kt dapur, masak sendri la yang!!" bini ckp sakit? "abg pn sakit gak yang, pe kata syg urut abg dlu?" wth btul la..
ak ni kaum ada batang gak, malu ngn kaum ak sndri.. no offense laki ni byk pk bagus, ego tggi.. lek² la bro, tau la syurga bini bawah tapak kaki ko, tp xkn la nk beromantik sket ngn bini pn malas?
ye betul ko ckp tu keretamayat, laki ni tgk bini dr jauh je, mlm² usap bini, kasih syg xberbelah bahagi etc etc etc.. tp ni zaman romeo bai, pe salahnya sblm kluar rumah cium istri dlu? pe salahnya bini ada mslh kite dgr mslh dia? pastu bg ah komen sket² pe salahnya peruntukkn sket masa nak bersembang ngn istri? perassan istri kena jaga gak, yela betul ko nak tnjuk romantik ngn berdiam, tp dh kalu bini ko jenis nak gak berckp, xkn xbley ubah sket diri ko? sblm kawen pnya la terhegeh², dh kawen mcm sampah
seriously guys if i were the prime minister of Malaysia, i would kill this kind of people, biar xyah kawen n xda zuriat, so anak² dia xkn jd cm dia.. ye la sblm kawen buat maksiat je keje, dh kawen xnk sentuh istri yg halal plak.. pe cer??
airmata mengalir bersama senyuman...
situasi yang sering dilalui..
nikmat bersama kekasih, menghayati cintanya dalam kesunyian... LALU NIKMAT YANG MANAKAH MAHU KAU DUSTAKAN? Terima kasih Ya Rabb..
dah lama tak tulis nota untuk orang slow
aku tak kawin lagi..tapi apa yang aku paham ramai yang tak paham maksud tak bercakap langsung dengan enjoy the silent...aku ada makwe...tapi aku tak penah bercakap ngan dia..kalau ada hal je..tapi kalau aku tgk dia..dia tgk aku masing2 senyum atau aku tgk dia dia tgh senyum kat aku..senyum yang penuh pengertian...dah cukup bagi aku..aku happy..cukup2 happy...kadang nak cakap pun guna msg..haha..tapi aku memahami dia dan dia memahami aku..tak timbul masalah..sebab dia tau aku jenis tak banyak cakap...yang hamka nak utarakan aku rasa kepada orang yang "jenis" macam aku...yang "jenis" boleh paham..yang tak boleh paham kompom marah berjela-jela..sabarlah...kadang2 ada nasihat tu kena batang hidung sendiri...kebenaran itu pahit seperti hempedu..tapi walau sepahit manapun ia..telanlah..itu adalah lebih baik..
-Heaven-
cepat kahwin ok.., lepas tu cerita bab enjoy the silence..
kalau lambat kahwin, bila stim, jadi suffer the silence..oh
Excuse for that I interfere ?here recently. But this theme is very close to me. Is ready to help.
You commit an error. Let's discuss it. Write to me in PM.
Menangis dengan statement terakhir, enjoy the silence ketika tahajjud...betul jgk, ketika sunyi jugaklah, baru kita rasa Allah tu dekat sgt2 di sebelah kita,malah dalam urat nadi kita,dalam darah yang sedang mengalir dalam badan kita, sebegitu rasa dekat apabila sunyi..khalwat....
Aku ngah enjoy bunyi dengkur suamiku yg sedang tidor...but yes, I really enjoy, feel him beside me,even he is sleeping... ;) betul, syukurlah ada suami, sedangkan masih terlalu ramai perempuan di luar sana mencari2 cinta lelaki bergelar suami..mereka masih binggung, sedangkan kita asyik mencari kesilapan suami,dulu tak da suami mintak suami, Allah bagi suami mintak anak, Allah bagi semua mintak apa lagi ??????????
betul sangat
mohon untuk share.. thank u en hamka
If expression cinta hanya disamakan dengan Enjoy the silent, Its not an apple to apple. The scope of pengertian cinta is wider than that. Jangan ambil yang satu dan abaikan yang lain hanya kerana we want it. Tapi ambillah ia kerana ianya adalah satu tanggungjawab.
Yes u can enjoy the silent when both of u seat together to share and enjoy the silent together. not with the joran, kayu golf, car or yadda yadda yadda most of the time, and bila kat rumah always didepan tv lak.. Itukah yang disamakan dengan expression of cinta dan kasih sayang. Tang mana tu?
Sebagaimana tingginya harapan seorang suami untuk seorang isteri yang memahaminya dan melayani sebaik mungkin.. begitulah juga seorang isteri.. dan salah satunya berkomunikasilah dengan ku.
It take 2 to tango.
Jangan dicemuh isteri dengan persoalan diatas tu. At least dia mencari jawapan dari persoalannya yang pastinya dia gagal nak dapatkan dari seorang lelaki bergelar suami.
Komunikasi adalah No. 1 dalam hubungan. Bukankah kita pun diwajibkan sentiasa berkomunikasi dengan Maha Pencipta.. cuma dengan cara yang berbeza melalui ibadah dan doa2 seharian. Kerana Allah sentiasa tahu apa yang dihati kita. Berbeza dengan seorang isteri yang juga manusia... yang tak boleh membaca hati manusia yang lain. Disebabkan itu.. berkomunikasilah..
Kenapa menafikan hak seorang isteri itu atas satu alasan kecil "Enjoy the silent". bukan ke melayani isteri adalah satu ibadah selagi ianya tidak melapau hukum.
Again hanya mengingatkan sekali lagi...Sebagaimana tingginya harapan seorang suami untuk seorang isteri yang memahaminya dan melayani sebaik mungkin.. begitulah juga harapan seorang isteri.. dan salah satunya berkomunikasilah dengan ku.
Suami ku yang aammmatt pendiam.. kaki pancing, kaki tido, kaki golf dan kaki discovery channel.
Tapi aku bahagia kerana kasihnya kepada Allah yang menganugerahkan dia sebuah keluarga dia sanggup dan banyak berubah. Lebih banyak berkomunikasi untuk memahami apa kehendak hati seorang isteri.
Semua ini bukan lah dia sebelum ni:-
a. Bersalaman dan bercium pipi setiap hari sebelum meninggalkan rumah.
b. Holding hand when we out together.
c. Bersembang kosong dan bergurau senda didepan tv dan anak2.
d. Paying attention to each other whenever at home.
e. Continuos compliment to each other.. thank you and i luv u become a daily thing to say.
and the list goes on...
bukan kah ini adalah contoh yang baik untuk anak2. Jangan letakkan ego lebih tinggi dari tanggunjawab mendamaikan rumahtangga.
Akekeke.. kelakar guling2 bai. Adoyai.. ko wat lawak ekk... hahahahaha
kenapa aku rasa kelakar:-
a) Another version of Aerosmith "I would stay awake to hear u berdengkor"... itu bini yang kena dengar..
b) Cinta itu adalah apabila kita dapat MENIKMATI KESUYIAN bersama kekasih! manelah punya dalil ko amik nih?? adoii.. skop cinta dalam perkahwinan lebih luas dari tu. Skop cinta masa bujang boleh la kot pakai yang tu.
c)Dengan Allah pun kita diwajibkan berkomunikasi dengan-Nya 5 kali satu hari. Tu blom lagi kira yang doa2 harian tuh. So dengan bini???? silalah fikirkan semula wahai para suami.
d)Kalau layan suami, masak, jg pakai dan urus keperluan tu bukan tanda cinta tapi "Khidmat" semata... ko ni cakap pasal isteri ke pasal maid???
e)Betapa ler aku ni bangga ngan hubby aku yang mute terlampau itu... sbb dia tak lupa ckp terima kasih atas layanan aku kat dia setiap hari. Hari2 tau. So makin hari makin teruja aku nak buat lagik baik utk dia. Kowang tanak ke binik kowang rasa mcm tu? Hubby aku giler tak romentik, tapi makin banyak usia perkahwinan kitowang semakin banyak dia berkomunikasi. Hari2 sblm pergi kerja.. Kompom dpt "Elok2 bawak kete.. i lebiu". muah! Woahh! semangat giler kentang aku.
f)"Kerana jika kamu tidak mampun ‘enjoy the silence’ dalam bertahajjud.., ketahulah, kamu belum cinta kepada Allah..."
Nauzubillah.. ini lagi mane punya hadis ko hambik. Siapa kita nak menilai tinggi rendah kecintaan manusia yang lain kepada pencipta dari hanya satu ayat 'Enjoy the silent".
Tahajjud tu kan satu bentuk komunikasi dengan Allah. Kita berbicara dengan Allah melalui hati kita, kita berbicara dengan manusia melalui perkataan dan perbuatan kita. Be khusyuk in tahajjud occay sbb kita sedang berbicara dengan-Nya.. not enjoying the silentness.
Tolonglah.. aku ske baca blog kau. tapi tang entry ni aku cam raser nak suruh ko delete je. bukan apa, kalau ditafsir oleh akal yang dangkal.. leh menambah kerosakan ibadah beb. Perkahwinan kan satu ibadah.
baca ni ok: http://eprints.utm.my/6509/1/AsiahAli2008_PerananKomunikasiDalamHubunganKekeluargaan.pdf
antara enjoy the silence adalah waktu bersetubuh, kau bercakap ke waktu buat projek?
ha ha ha
Hamka,
Berborak sakan tu tidak la... tapi munyik2 kena ade kui kui kui.. baru la feeling lebey sket wok! Kalu Sunyi sepi jerrr, cengkerik po leh tompang lalu... hahahahaha
Salam,
Sy disyorkan oleh seorg pembaca blog nie untuk mengikuti trails entri ni.. Xhabis lagi baca semua hasil tulisan kereta mayat sepenuhnya dan rasanya sy xsepatutnya nak menilai hasil tulisan ni.. Tapi hanya ingin berkongsi pendapat yang x seberapa ni pada semua.
Sy bakal berkahwin, dan kisah rumah tangga ini sedikit sebanyak mengajar sy. Hope that tunang sy jg dpt baca hasil tulisan kereta mayat DAN comment2 dari semua. Biar kami dpt membentuk rumah tangga yang sempurna apbl sudah bernikah nnt.
"Silence is a text easy to misread!"
I only use silence when i get angry. Takut terkeluar bahasa yg tak sepatutnya yang boleh menyakit kan hati org lain. But "i'm not enjoy the silence". Psgn sy tahu kal sy senyap, sy marah. Silence tu macam membuatkan sy terkunci dalam diri sendiri, bilamana kita ingin meluahkan tapi ada yang halang. Prinsip sy, kalau sy tahu ayat yg saya keluarkan akn menggembirakan hati pasangan sy why not sy luahkan. Agr die tahu ape yg sy rase.
Seperti hasil keratan tulisan kereta mayat di bawah:-
"Satu lagi, untuk pengetahuan korang iaitu bila korang buat kerja rumah, suami sebenarnya pandang korang dengan penuh kasih sayang dan terharu, tapi mereka tak tunjuk sebab ego, nampak pendiam sahaja, malahan mereka selalu curi curi perhatikan korang buat kerja rumah dengan penuh ‘enjoy the silence’.., bila korang menoleh, mereka akan terus menoleh ke arah lain sebab malu dan ego, sambil control macho..., buat buat baca surat khabar atau tengok TV, tu yang korang nampak mereka macam pendiam, tapi mereka sebanarnya cool dan faham erti cinta, mereka ‘enjoy the silence’ bersama korang, sebab tu mereka tak ceraikan korang.., betul tak?"
Nampak seperti contoh yang diberikan ini seperti penulis terkunci didalam diri sendiri dan ada yang menghalang dirinya dari terus berkata pada kebaikan. Dah rasa dalam hati, cuba luahkan dan kita takkan rugi satu apepun lagipun benda yang baik dituntut agama. Isteri akan terharu dan akan rasa lebih hormat kepada sang suami.
Jadikan lah si isteri seperti kekasih, kekuatan anda, inspirasi anda dan sahabat anda yang paling akrab. Bila kita rasa si isteri mcm tu, senang kita nak berkongsi cerita. Dan rasenye si isteri xkan palingkan muka nya kalau si suami mahu berkongsi cerita.
Isteri2 zaman sekarang sgt sibuk, mereka bekerja 8 -5 ptg sometimes overtime, jaga perihal anak , planning masa depan anak, jaga makan minum keluarga, jaga rumah tangga (mengemas membersih), mengandung pun xboleh duk senyap. Cari duet lebih buat kerja part-time, jual barang... Dan si Suami pulak "enjoy the silence" (dengan hrpn si isteri dapat membaca yang si suami sangat sayang dan memahami dirinya). Agak2nya dgn segala kelam-kabut, hiruk-pikuk tu adekah si isteri dapat perasan yang si suami sbnrnya memujinya, berterima kasih padanya, menyayanginya seperti dulu2 @ lebih. Fikirkanlah yer...
Use the power of word...
Cemerlang nye isteri dalam rumah tangga adlah dari pengaruh si suami yang cemerlang. Kalau si suami berbual dgn si isteri, ambil hati isteri, xdelah mereka mendapatkan nasihat dari org luar, which is some reader claim that si isteri ni xbersyukur.
i like your comment.
Assalamualaikum.
Silence is golden.
Gila sweet kau ni Hamka :3
(maaf aku tak repond komen korang akhir akhir ni- alasan, err, enjoy the silence, woha)
Post a Comment