Jul 26, 2017

Filem Perang apa yang best?


(Ulasan Filem Dunkirk oleh Hamka keretamayat.)

Aku dah tengok Dunkirk. Cerita ni aku tengok sebab Nolan mengarah. Second director yang wajib aku tengok Lepas Quantin Tarantino. Tiga cerita digabungkan dengan teknik durasi masa yang tak linear. 7 hari di pantai. Sehari di laut. Dan sejam di udara. Gabung dalam sejam setengah. Inilah seni bercerita namanya.

Antara yang menarik, Kisah perang tanpa kelibat tentera musuh. Buat kita rasa musuh tu tak terkalah sangat. Babak begini pernah Mel Gibson buat dalam babak awal Hacsaw Ridge. Tentera jepun yang langsung tak nampak kelibat di Okinawa, hanya peluru datang dari segala arah. Macam tengok cerita hantu yang tak nampak hantu, ketakutan ada pada mata tentera yang cedera.

Filem ini adalah berkenaan sejarah dunia, 400 ribu askar terperangkap di pantai. Pasrah di bom tentera jerman. Nak selamat kena naik kapal. Tapi kapal tak cukup. Kena beratur ikut giliran. Yang dah naik kapal kena bom lagi. Berenang pulak ke pantai. Babak pulak banyak buat betul betul, bukan CGI, Bunyi peluru dan bom yang memecah sunyi, dapatlah feel betapa sensaranya askar yang terperangkap dalam medan perang yang kalah. Babak makan roti sapu jem tupun rasa sedap tengok askar mengunyah lapar, agaknya Nolan suruh askar tu puasa betul-betul kot. Ha ha.

Filem perang yang bagus adalah bila kita tengok, kita rasa bersyukur sangat dapat hidup dalam negara yang aman, betapa perang adalah sejarah paling buruk dalam sejarah manusia. Dilema askar. Bunuh atau di bunuh, atau lari dari medan perang dengan susah payah. Tapi Balik ke Negara kena hina pula sebab kalah. Moral: semua orang menderita bila perang. Rujuk sejarah berapa ribu orang awam terbunuh di Dunkirk.

Hari ini jika kita mati menjadi mayat, maka anak bini, kawan-kawan serta saudara mara ramai yang simpati, lalu mereka datang ziarah mayat kita, kemudian, mereka akan urus mayat kita, kita akan di mandikan, di kafanlan, diringi mayat kita ke kubur, di tanam dengan penuh hormat, di timbus perlahan-lahan, dan mendoakan semoga roh kita dicucuri Rahmat. Ada tahlil pulak tiga malam doa selamat. Oh nikmatnya mati dalam negara yang merdeka.

Tetapi, jika korang hidup di zaman perang, apabila korang mati menjadi mayat, tak sempat nak simpati, tak sempat nak ziarah mayat korang sebab mereka masih sibuk berperang atau sibuk lari dari perang, sibuk terbunuh atau membunuh!

Maka mayat korang akan terbiar macam askar ketepikan mayat terapung dalam filem Dunkirk tu, atau jika sempat mayat korang akan dibakar dalam lubang yang besar sebab dah busuk sangat, Lalu bergelimpanganlah mayat korang membusuk dijalanan, jika sempat ditanampun, dalam lubang yang besar tanpa kain kapan, pada waktu itu, yang sedang sensara dalam perang, cemburu pada orang orang yang mati dalam Negara yang aman merdeka.

Maka bersyukurlah, mati dalam negara yang aman ini adalah nikmat. Namun mati merdeka belum menjamin merdeka dalam kubur, aku sedih dua kali bila tengok cerita perang, satu sebab susahnya hidup orang bukan Islam, lepas tu mati masuk neraka pulak.

Ketahuilah, Negara Aman adalah nikmat yang besar, bermakna kita bebas merdeka untuk beribadat tanpa sebarang masalah, kita boleh ke masjid solat lima waktu, kita boleh azan dengan lantang, kita boleh beriktikaf di masjid dan kita boleh berdakwah secara terang terang.

Alangkah ruginya ketika kita masih di beri peluang untuk buat semua ini di Negara Merdeka, tapi kita tidak mengambil bahagian, kita asyik tengok cerita perang sampai tertinggal solat jemaah, tidak pedulikan azan dan menghalau pendakwah yang datang mengetuk pintu rumah.

Kejayaan hakiki bukan di ukur apabila kita dapat hidup dalam Negara yang merdeka, kerana dalam Negara merdeka ada perintah Allah sekian-sekian, dan dalam Negara peperangan juga ada perintah Allah sekian sekian, kejayaan hakiki adalah apabila kita dapat taat perintah Allah dalam apa jua keadaan, samada Negara merdeka atau negara perperangan.

Orang Palestin yang kena kepung waktu solat, kena tembak mati dibunuh Israel ketika sedang bersolat berjemaah dalam negara huru hara adalah jauh lebih baik dari orang Malaysia yang mati ketika menonton cerita perang sampai terlupa solat berjemaah, adohai…

Ketika Negara kita merdeka, berapa kerat antara kita yang sanggup solat berjemaah di masjid lima waktu? Dan tak sedihkah kita tengok betapa payahnya rakyat palestin nak solat berjemaah sebab tentera Israel tak bagi kerana Negara mereka belum Merdeka?

Kita di sini asyik kibarkan bendera jalur gemilang, atau bendara parti kegemaran, kerana kita sudah lama merdeka, buktinya kita dapat beribadat dengan aman, dapat azan dengan lantang dan dapat ke masjid solat berjemaah tanpa halangan, tapi apabila kita tidak mahu beribadat dalam Negara merdeka, tidak mahu ke masjid untuk solat berjemaah dalam Negara yang aman, tidak mahu berdakwah dalam Negara merdeka ini, apakah ertinya kemerdekaan itu?

Tidakkah kita terfikir, Apakah ertinya Allah memberikan kita Merdeka?

Apakah ertinya Merdeka?, andai Merdeka itu di salah guna. Adakah kita baru mahu ke masjid apabila Pengganas Negera jiran datang menyerang? Atau terperangkap di pantai macam filem Dunkirk tu?
Dan sesunggunnya, Allah boleh tarik balik nikmat Merdeka ini bila bila masa, Siapa yang syukur akan di tambah nikmat, siapa yang kufur, azab Allah amatlah pedih, Maka sementara korang masih Merdeka, jadilah orang islam yang benar benar menyembah Allah dalam Negara Merdeka.

Nak tengok filem perang macam Dunkirk tu tak salah, apatah lagi langsung tak ada wanita yang berlakon dalam filem tu, tapi jangan lupa bila azan berkumandang, semua pakat pakat penuhkan masjid, Bukannya panggung wayang!


Boleh, InsyaAllah?

11 comments:

Anonymous said...

camne tuan bleh tau matinya rakyat palestin yg jemaah tu lebih baik dari matinya rakyat malaysia yg lupa jemaah tu hehe?.. x baik la terlajak2 gini tuan.. tuan bagitau je yg solat jemaah itu sunnah nabi saw..jadi usahakan la solat jemaah itu sedaya upaya yg mungkin.. cukup la sampai situ pun ok kan tuan..? jgn kita terlajak2.. terlajak2 ni takut kita yg rugi la tuan..nanti takut penat je ape yg kita usahakan.. pastu x pasal2 kita terhutang terlanjur bicara ngan jenazah malaysia yg terlupa jemaah tu pulak kalau mati dia yg kat msia lebih baik disisi Allah dari yg kat palestin tu..atau 2 2nya pun sama baiknya disisi Allah.. ye la mana la kita nak tau kan, sebab perkara itu kan hak Allah.. dah jadi hutang pulak kita ngata kat dia hehe..maap ye tuan.. kalo rasa x betul..abaikan je ye..

Dewi Aja said...

Hello! Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Hamdan Ahmad said...

Tabligh Pros
1.Ajak orang ke masjid. Solat. Perkara positif.
2.Dakwah pintu ke pintu.
3.Mengajak orang cinta sunnah dan beramal dengannya.
4.Mengajak orang zuhud, hidup sederhana dan tidak gila dunia.
5.Tidak fanatik politik dan tidak asobiyyah.

Tabligh Kontras
1.Sangat kurang ilmu walau semangat beribadat.
2.Tidak punya ulama mainstream yang boleh dijadikan rujukan.
3.Hanya Fadilat Amal. Kitab lain tak minat.
4.Tiada aliran akademik atau pengajian yang khusus.
5.Dakwah hanya kepada orang islam. Orang bukan islam tidak didakwahi.
6.Tidak mahu dakwah tauhid kerana dakwah tauhid memecahbelah masyarakat dan takut dituduh wahabi. Padahal dakwah tauhidlah dakwah para rasul.
7.Hanya tumpu sunnah individu dan mikro. Sunnah makro dibiarkan. Tidak punya manhaj siasah dan muamalat.
8.Tidak berminat jadi pemimpin. Hanya jadi rakyat biasa. Jadi pak turut.
9.Ada kes anak isteri terbiar kerana khuruj.
10.Selekeh. Indian minded. Berlawanan dengan imej sunnah.

Anonymous said...

Antara filem perang Korea yang best - My Way (2011), Into The Fire (2010), Taegukgi (2004)

Anonymous said...

Tabligh Kontras

1.Sangat kurang ilmu walau semangat beribadat.

(betul, pernah ajak seorang Ucle cina masuk Islam, lepas tu terus ajak keluar tabligh, tukar namanya kepada Daud, bila jumpa dengan orang macam Hamdan, maka betulah Daud tu kurang ilmu. Sama juga dengan Mat rempit, belia dadah yang baru ikut Tabligh, Sangat kurang ilmu walau semangat beribadat.jadi dakwaan anda betul, malahan jika saudara Hamdan saya ajak keluar berdakwah, maka saudarapun akan masuk list golongan Sangat kurang ilmu walau semangat beribadat)

2.Tidak punya ulama mainstream yang boleh dijadikan rujukan.

(betul jugak, bukak TV ustaz Tabligh ni takde, dalam Radio jika adapun Maulana Johari, tapi tadi rujuk rekod 500 Most Influential in the world yang di keluarkan oleh Royal Islamic Jordan. Ulamak Tabligh ada dalam top ten, entahlah Hamdan tahu tak bagaimana carta ini di nilai?

3. Hanya Fadilat Amal. Kitab lain tak minat.

(Tujuan baca kitab tu untuk satukan hati, orang tabligh buat ijtimak paling ramai manusia di dunia, takde gaduh gaduh sebab baca kitab satukan hati, orang lain baru sembang kedai kopi dua tiga orang, bukak kitab macam macam dah gaduh, itu yang PAN keluar dari PAS, adohai..)

4.Tiada aliran akademik atau pengajian yang khusus.

(agaknya budak madrasah Sri petaling, Kubang Bujuk dan seluruh dunia belajar tu tak ada exam kot, Arwah Nik Aziz katanya pergi belajar sampai India dengan Maulana Tabligh, Dr Maza pun ada pergi ambik sanad dengan ulamak tabligh hari tu, Hamdan belum keluar dari Malaysia mungkin tak Nampak.)

5.Dakwah hanya kepada orang islam. Orang bukan islam tidak didakwahi.

(Hamdan tak pernah dengar laporan Jemaah balik kelaur 4 bulan Negara jauh, kisah orang bukan islam masuk islam beramai ramai, atau contoh kisah Cina Daud tu Hamdan tak pernah dengar, sebab mungkin jenis terperap dalam kampung)

6.Tidak mahu dakwah tauhid kerana dakwah tauhid memecahbelah masyarakat dan takut dituduh wahabi. Padahal dakwah tauhidlah dakwah para rasul.
(Hamdan tak pernah dengar Bayan enam perkara, sifat pertama Tauhidkan Allah, jika di markas, boleh cerita sampai dua tiga jam, tapi tu lah Hamdan mungkin dengar ceramah magrib isyak sahaja, belum pernah dengar bayan dari subuh sampai zohor memang begitulah)

Cukuplah sampai sini, nanti Hamdan sakit hati, Semoga Hamdan di beri Hidayat dan dapat keluar Tabligh ke Negara jauh jauh dan rasailah perbezaannya.

Anonymous said...

saya dengar memang dr maza mintak sanad tapi x diberi atas alasan tertentu.. jika sesiapa boleh kongsi di sini kesahihanya bagus juga.. jika tiada abaikan saja ye perkara ni..lagi pula adakah dr maza tu aliran akidahnya sama macam tuan dan jemaah tabligh? sedang pendiri jemaah tabligh iaitu sheikh muhammad ilyas kandahlawi itu akidahnya ialah ahlusunnah iaitu maturidiah, sedang dr maza pula dia tolak aliran akidah asyairah@maturidiah (sifat 20) tu..rasanya perkara yg dr maza menolak aliran akidah ahlusunnah waljamaah iaitu asyairah@maturidiah bukan la 1 rahsia lagi kat malaysia ni.. jika tuan x tau perkara tentang akidah mana yg bersanad dan x bersanad, akidah mana yg ada subhat dan akidah mana yg tanzih, itu maknanya tuan x tahkik dengan apa yg tuan nak sembangkan..di khuatiri tuan ni ikut2 je.. utk pengetahuan tuan perkara ni bukan rahsia lagi di malaysia.. sedang Ahlusunnah waljamaah itu aliran akidahnya ialah aliran asyairah@maturidiah(sifat 20)..dr maza menolak aliran ini..tuan dan dr maza ni 1 aliran akidah yg sama ke?

amy said...

Ironinya kebanyakkan perang dimulakan disebabkan ugama

Anonymous said...

Amy, bukan agama penyebab perang Amy oi. Orang takde agama la memusuhi orang beragama. Kalau takde agama pun manusia kalau nak berperang pun berperang jugak, berebut harta berebut tanah.

Anonymous said...

sebab tu dalam agama ni pertama2 sekali kena belajar akidah/tauhid dulu,dgn 2 jalan iaitu ijmal dan tafsil.. kalo tidak, insyaAllah ada je soklan2 yg datang ganggu beserta alasan logik yg kukuh, lalu kita memandai2 pula buat keputusan sendiri sebab logiknya sangat kukuh.. dan takut kita pengaruhi orang lain pula lepas tu..
ada antara contoh2 soklan yg biase kita dgr.. ini dari pehak yg menolak bab yaqazah.. dia kata kalo betul nabi saw boleh muncul dalam mimpi@dalam nyata baik baginda pergi palestin nasehatkan kerajaan sana camne nak tewaskan yahudi wat pe baginda saw hadir pada orang awali, alim ulamak dan sbgnya.. nampak.. kan kukuh logik dia tu..
ada juga soklan lain yg bunyi konfidennya mengalahkan kereta kebal.. dia kata nabi saw pun x leh terbang dulu,kenapa wali lak boleh terbang?jadi wali itu sebenarnya jalannya benar atau tidak?baik Allah bagi kat nabi saw terbang dulu,sebab baginda lagi perlu dulu.. nampak.. betapa kukuh dari sudut zahirnya..zahirnya saja nampak cantik dan berkarisma tu..

walhal dalam bab akidah/tauhid Allah itu ada 1 sifat harus/sifat jaiz..
iaitu fi'lu kulli mumkinin autarhuku,

iaitu Allah taala itu berkuasa mutlak berwenang2 mencipta dan berbuat sesuatu atau tidak buat dan cipta sesuatu sesuai mengikut kehendaknya..

jadi jgn la kita ikatkan/wajibkan kehendak Allah dgn logik fikiran kita pula..
xda kerja jgn cari kerja...

Tornado Assassin said...

Salam Saya saufian pembekal pati durian belanda.
Pengedar diperlukan .
Jika berminat sila wassup/call :
013-988 5773

Tumpang iklan yer bro hamka
Hehe

lisa wu said...

Silahkan di kunjungi ya kawan-kawan 100% Memuaskan
> Hoki anda ada di sini <
Agen domino
BandarQ
Domino 99
Domino QQ
Agen Poker
Bandar Poker

hubungi kami di :
Line : gunungpokercsr1
Bbm : 56978317
Wa : +6281272874416