Hari ni abang saya dapat menantu dari Negeri Sembilan, selesai akad nikah anak perempuannya si abang berbisik, kejap lagi Kekanda kena buat ucapan kat kenduri, minta tolong adikanda keretamayat karang sikit…
Ok siap!
Bismillahirrahmanirrahim,
Yang berbahagia Datuk / datin, tuan-tuan, puan-puan, para
hadirin yang dihormati sekalian.
Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera.
Para hadirin yang saya hormati sekalian,
Dari Seremban mencari pantai
Hendak menangkap ikan berbakul
Yang kita hajat telah tercapai
Yang kita doa telah termakbul.
Alhamdulillah
Selamat datang kami ucapkan kepada semua hadirin. Terima
kasih kerana sudi menghadirkan diri pada majlis ini.
Saya, perkenalkan diri saya, Cikgu Zul, ayahanda kepada
pengantin perempuan, dikesempatan ini saya ingin memanjatkan rasa syukur ke
hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, dan berkat kerja sama tuan puan, jiran
jiran, sahabat handal, saudara mara, sepupu sepapat, adik beradik, ipar duai,
dan semua pihak, maka majlis perkahwinan ini dapat berjalan lancar.
Alhamdulillah.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Untuk makluman semua, anak saya Nurul Saadah dan pasangannya
telah selamat diijab kabulkan pada pagi tadi, pukul 10 pagi, syukur ke hadrat
Ilahi dengan kelancaran majlis akad nikah, semoga mereka Dikurniakan kebahagian
hingga ke akhir hayat. Dan melahirkan anak anak, cucu cicit yang soleh solehah
Insyaallah.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Kepada keluarga pengantin lelaki, kami sekeluarga
mengucapkan aluan selamat datang ke dalam keluarga kami seadanya. Harapan kami
semoga silaturahim antara keluarga kita akan menambahkan lagi seri dan
kebahagiaan, serta mengeratkan ikatan ukhwah sesama keluarga di dunia sampai
akhirat.
Dikesempatan ini juga,
Saya rakamkan jutaan terima kasih kepada semua hadirin dan
adik beradik serta saudara mara, serta jiran tetangga dan sahabat handai,
terutama Mereka yang berada di belakang tabir bertungkus lumus dalam menjayakan
majlis pada hari ini.
Segala pengorbanan anda syurgalah sebaik baik balasan. amin.
Terima kasih juga kepada DJ majlis, ustaz yang memimpin
bacaan doa, dan mereka yang terlibat dalam semua atur cara dan persiapan
hidangan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian.
Saya akhiri dengan pesanan cinta dari pujangga,
“KALAU angin bertiup dengan kencangnya, Jangan larang
daun-daun kering berguguran, kalau mendung hitam sudah di atas kepala, Jangan
larang hujan turun ke bumi, Kalau ‘senyummu’ selalu mekar dalam hatiku, Jangan
larang aku tetap setia dan rindu padamu.”
Sekian, wabillahi taufik wal hidayah,
Assalamualaikum WBT.
Woha!
No comments:
Post a Comment