Kisah yang jarang korang dengar tentang Uhud….
Sebaik Nabi berhijrah sampai di Madinah, orang kafir dah tak
senang duduk, Maka terdengar berita dari Bani Damrah Yang tak suka Nabi Hijrah
ke Madinah.
Nabi bila tahu, terus pergi bersama 70 sahabat ke Waddan
untuk berdakwah dan berperang jika di serang, perjanjian damai berlaku antara
Banu Damrah. Alhamdulillah Musuh berdamai dengan jemaah tentera pertama umat
Islam.
Kemudian Nabi dapat berita Umayyah bin Khalaf akan lalu di
jalan berhampiran Madinah, Umayyah ni terkenal kerana menyeksa Bilal, Nabi dan
Bilal serta 200 sahabat tunggu di Buwat untuk serang tapi Umayyah tahu, dan
ambik jalan lain maka perang tidak berlaku.
Tak lama lepas tu, orang kafir datang Safawan, sempadan
Madinah untuk mencuri unta, Nabi ambik masa tiga hari bersama 70 sahabat untuk
berperang, tapi orang kafir telah melarikan diri bila tahu Nabi serius…
Beberapa bulan Kemudian, Nabi dengar orang kafir telah ambik
harta orang islam di Mekkah yang hijrah ke Madinah,lalu nak jual ke Syam, Nabi
pun tunggu di Zul Al-Ushairah bersama 200 sahabat. Bendera di pegang Hamzah
R.A. Maka Rombongan dari Mekkah itu patah balik dan perang tidak berlaku, pada
malam itu di riwayatkan Nabi memberitahu nasib Saidina Ali akan dibunuh pada
masa hadapan.
Rombongan Yang balik ke Mekkah tadi, yang nak jual harta
orang islam ke Sham tiba tiba patah balik dan bawa 1200 tentera lengkap
bersenjata naik unta, dan 100 tentera berkuda, semuanya bersedia untuk serang
Madinah.
Nabi Muhammad SAW pula tunggu di Badar bersama 313 sahabat,
dua ekor kuda, dan 70 ekor unta yang kena naik bertiga, Nabi sendiri berkongsi
naik unta bersama Ali.
Tentera Islam pula ada yang tiada pedang bawa pelepah tamar,
dan ada yang berkaki ayam .Dua bendera dibawa ke medan perang, satu di pegang
Ali sebagai wakil Muhajirin, dan satu di pegang Saad mewakili ansar.
Maka berlakulah Perang Badar. Sangkaan orang kafir mereka
boleh menang besar sebab Nabi Ada 300 orang jer tentera, (orang kampung) tapi
hari itu 70 kafir mati, 70 di tangkap, 1000 baki larikan diri lingtang pukang,
pihak islam kematian 14 orang sahaja, Alhamdulillah Islam menang!
Tak lama lepas tu di Madinah, seorang perempuan islam yang
sedang berjalan di hina oleh Yahudi hingga mengoyakkan bajunya, terus orang
islam bunuh Yahudi tadi, dan Yahudi datang bersama 700 tentera Yahudi dengan
400 lengkap bersenjata, tapi mereka semua telah di kalahkan oleh tentera Badar,
Nabi asalnya nak bunuh mereka semua, tapi dengan pujukan Abdullah bin Ubay, semua
Yahudi itu di halau dari Madinah.
Alkisahnya Abu Sufyan lepas kalah perang Badar, bersumpah
tak nak mandi selagi tak bunuh Nabi Muhammad SAW, dan telah datang serang
hendap Madinah waktu malam bersama 200 orang pasukan berkuda yang bawa berguni
guni tepung sebagai bahan makanan.
Beberapa orang Ansar dibunuh, dan rumah orang islam di
bakar, Nabi Muhamamd SAW terus kumpulkan
200 tentera orang islam dan gempur mereka, Abu Sufyan lari mencicit dan di
kejar orang islam sejauh lima hari lima malam.
Oleh Sebab mereka banyak bawa Tepung sebagai makanan, maka
mereka telah tinggalkan berguni guni Tepung untuk lajukan kuda mereka, sampai
lah mereka Berjaya masuk ke Mekah, orang Islam bawa balik semua Tepung yang
ditinggalkan musuh.
Tak lama lepas tu Nabi dapat tahu Banu Salim berencana
menyerang Madinah. Nabi gempur mereka dan Islam menang. 500 unta milik Banu
Salim dirampas dan mereka ditakluk bawah pemerintah Nabi Muhammad SAW.
Kemudian Nabi Muhammad dapat informasi bahawa suku Banu
Muharib dan Banu Thalabah berpakat nak serang Madinah, Nabi datang bersama 450
orang Islam, di Dhu Amarr terus mereka menyerah dan masuk islam.
Di sini juga berlaku peristiwa Nabi dihunus pedang oleh
Ghwarath ibn al-Harith, dia Tanya Nabi siapa boleh selamatkan kamu? Nabi jawab:
Allah! terus pedangnya jatuh, dan Nabi pulak Tanya, Siapa boleh selamatkan
kamu? Dia kata takde sesiapa, dan dia akhirnya masuk islam.
Belum sempat rehat Banu Sulaym dari Buhran nak serang
Madinah, Nabi tunggu mereka di sempadan Buhran bersama 300 orang tentera islam.
Mereka semua nampak Nabi lari takut nak berperang.
Nampaknya tentera Islam makin digeruni, hingga tiba Perang
Uhud, inilah satu satunya perang yang di ketuai Nabi Muhammad SAW tidak
mencapai kemenangan, status seri, masing masing berundur tiada yang bertahan di
Uhud
Bilangan asal adalah
1,000 orang tentera Islam tetapi hanya tinggal 700 orang sahaja kerana di
pertengahan jalan seramai 300 orang telah berpatah balik ke Madinah setelah
dihasut oleh Abdullah bin Ubai ketua orang munafiq.
Tentera kafir Quraisy pula seramai 3,000 orang yang diketuai
oleh Abu Sufyan.
Awal perang Islam menang, sebab 70 pemanah atas bukit
cemerlang, orang kafir 3000 orang kat bawah lari tak cukup tanah sebab tak
mampu lawan 650 orang islam bersama hujahan panah tapi, bila pemanah turun,
ambik harta rampasan perang, orang kafir serang mendadak bersama 200 tentera
berkuda, 70 orang islam syahid,
Nabi sendiri patah gigi, Ubay bin Khalaf hampir dapat bunuh
Nabi, tapi mati dilembing Nabi, Tentra islam naik bukit Uhud, dan tentera Kafir
tidak kejar, Juga tekorban dalam perang adalah Hamzah singa Allah, dan Nabi
tanam jenazah mereka bersama baju tanpa dimandikan.
Balik Madinah orang munafik yang berundur awal gembira sebab
tak sertai perang. Nabi hanya mampu berSabar.
Baru balik dari medan Uhud, terus Nabi Taskil pergi Gunung
Hamra sebab 3000 orang kafir sedang
berkemah dan bersiap nak serang balik Madinah. Berat hati umat islam nak pergi
sebab luka Uhud belum sembuh, tapi Nabi terus bagi semangat, terus maju tentera
islam seramai 700 orang yang buatkan Abu Sufian gentar, dan berundur bersama
3000 tentera!, tiga orang kafir Berjaya dibunuh, tiga ditangkap…
Pendekkan cerita, orang kafir akhirnya bergabung membentuk
tentera ahzab
Gabungan musuh seramai 10 ribu tentera jalan kaki, dan 600
tentera berkuda.
Mereka mahu bergabung lawan Nabi sebab perang sebelum ini
satu lawan satu, mereka kalah teruk, rujuk rekod badar, 1000 arab kafir lawan
313 Orang Islam dalam perang badar, orang kafir kalah teruk!
Jadi geng Yahudi telah pujuk semua ketua arab untuk
bergabung, serang Nabi, dan geng Yahudi yang ada di Madinah juga akan bantu
serang dari belakang.
Maka bermulalah Gerakan serangan tentara Ahzab (gabungan
besar kafir) menuju Madinah.
Sahabat Nabi Salman Parsi cadang gali parit, sebab ini
kaedah di Parsi dalam perang, musuh bila masuk dalam parit akan senang di
panah, kuda tak berfungsi, dan mereka kena panjat parit maka senang dikalahkan.
Nabi setuju, dan sahabatpun gali parit, ada batu besar, nabi
pecahkan dengan mukjizat, sahabat lapar kelubur tunjuk batu dekat perut, Nabi
tunjuk dua batu kat perut bermakna Nabi lagi lapar. Masing masing mujahadah nak
berperang, dan gali parit dalam bulan Ramadan.
Bila musuh sampai, mereka terkejut sebab orang arab tiada
pengalaman perang dalam parit, mereka masuk, kena panah, jadi mereka bertahan
disempadan Madinah, tunggu orang islam kelaparan, sebab masa tu orang islam dah
tak boleh ke kebun ada SJR (sekatan Jalan), jadi mereka bagi masa sebulan, baru
mereka akan serbu.
Lagipun mereka nak pujuk orang munafik dan Yahudi hujung
kampung serang dari belakang,
Sangat mencabar jiwa masa tu, perang bila bila masa boleh
berlaku, hingga orang islam sangat susah hati, lalu turun Ayat Al quran,
"Ketika mereka datang kepada kamu dari atas dan dari
bawah, dan ketika pandangan telah suram, dan hati telah naik sampai
kekerongkongan. Dan ketika itu kamu berprasangka kepada Allah dengan prasangka
yang salah. Dikala itu orang-orang beriman mendapat ujian dan perasaan mereka
digongang dengan goncangan yang
hebat". (Al-Ahzab:10-11)
Waktu itu Nabi minta sahabat banyakkan berdoa dan gilir
gilir jaga semua sempadan, solat jemaah juga gilir gilir, dengan makanan tak
cukup, tidur tak cukup, senjata tak cukup, tentera tak cukup, memang orang
islam di uji dengan ambang kematian paling menyesakkan jiwa dan minda.
Di waktu malam, Nabi suruh sahabat solat berjemaah dengan
bacaan yang kuat, Amin yang kuat, dan doa yang kuat. Hingga pengintip musuh sangka
orang islam sangat ramai.
Ada juga kisah pengintip Yahudi masuk ke kampung sebab
sangka mereka orang lelaki tiada sebab berjaga sempadan, betul pun sangkaan
mereka, tapi kaum Muslimah (Wanita islam) telah serang Yahudi ini dan potong
kepala lalu baling kepala di Kawasan lapang membuatkan musuh sangka ada lelaki
islam sedang sembunyi, padahal Muslimah pun berani angkat senjata jaga kampung.
Kemudian datang Sahabat bernama Nuaim bin Masud berkata
kepada Rasulullah: Ya Rasulullah
sesungguhnya aku telah masuk Islam. dan kaumku tidak tahu keislamanku. kerana
itu perintahkan padaku sesukamu"
Maka Nabi gunakan peluang Nuaim yang baru masuk islam untuk
laga lagakan musuh, Nabi sendiri pergi buat rundingan dengan musuh, lalu
tersebar berita Nabi tawarkan separuh kurma Madinah kepada musuh yang berundur,
ada musuh dapat satu pertiga, jadi mereka saling curiga, Nanti bila mereka
serang Nabi musuh sebelah berundur macam mana?
Nuaim pulak jumpa Yahudi bagitahu suruh mereka minta Orang
kafir Mekah sebagai tebusan jika kalah perang nanti, lepas tu Nuaim bagitahu
kafir Mekah, Yahudi akan bantu jika ada tebusan untuk mereka serah pada Nabi
jika.
Jadi Kafir Mekah dan bergaduh dengan Yahudi sebab mereka
snagka Nuaim ni sama kafir macam mereka, lepas tu pihak Yahudi dapat berita
Kafir Mekah nak serang orang Islam hari minggu, mereka tak setuju sebab hari tu
Haram perang, orang Kafir Mekah pulak dapat berita Yahudi nak serang pada bulan
Haram, orang arab tak setuju, jadi mereka saling bergaduh dan pecah belah.
Dalam kesabaran umat islam hadapi ujian ini, Allah akhirnya
datangkan bantuan dalam bentuk ribut pasir kepada semua musuh buatkan kuda
mereka mati, makanan mereka rosak, dan di malam hari mereka kesejukkan sebab
api tidak dapat dinyalakan, habis ribut pasir datang pula hujan lebat buat
semangat mereka luntur, habis hujan datang angin sejuk yang buatkan musuh
berundur kesejukkan, dan patah balik dengan hampa.
Bisik mereka: Islam di jaga oleh Tuhan, tidak guna kita
berperang.., perutpun lapar, kudapun mati, senjatapun rosak, marilah kita balik
ke Mekah…
Nabi pulak ambik peluang untuk serang Yahudi dari belakang
yang sedang tunggu Kafir Mekah serang dulu, tapi Kafir Mekah patah balik, dan
Nabi Berjaya kalahkan semua Yahudi dengan mudah, semua lelaki Yahudi dewasa
mati hari itu (lebih kurang 900 orang)
Dengan kemenangan ini, melihat musuh semua pecah belah dan
lari, dan melihat Yahudi yang menyerah diri ketakutan, maka semua orang islam
bertakbir!
Kami Memuji Allah,
Walau karihal kaafiruun: walaupun dibenci golongan kafir
Kami Memuji Allah,
Sadaqa wa’dah: yang benar janji-Nya
Wanashara ‘abdah: dan yang menolong hamba-Nya
Wa a’azza jundahu: dan yang memuliakan tentera- Muslimin
Wahazamal ahzaaba wahdah: Dengan mengalahkan tentera Ahzab
dengan KekuatanNYa.
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar
dan bagi Allah segala puji-pujian!
*****
Tuan Puan pembaca Budiman sekalian..
Jika kita hayati kisah perang Ahzab, bagaimana Allah telah
uji Nabi dan Sahabat, yang mana bulan puasa kena bina parit dalam kerisuan,
sambut raya dengan perang, Musuh terlalu ramai mengepong termasuk musuh dalam
selimut, musang berbulu ayam, jerankong dalam almari, gunting dalam lipatan,
tapi akhirnya, Allah bantu.
Fahamlah, Bantuan Allah sengaja lewat, kerana dunia ini
pentas ujian, dan andai tiada Bantuan Allah di dunia, cukuplah Allah teguhkan
keimanan, agar mati dalam islam, kerana maksud hidup adalah bersyukur dengan
ujia Nikmat, bersabat dengan ujian susah, Ikhlas dengan ujian pahala, dan
taubat dengan ujian dosa.
Mati dalam keimanan, adalah nikmat terbesar!
Nabi dan Sahabat telah di uji, dan mereka telah Berjaya,
sekarang giliran kita pula, teguhkan keimaman, kerana hidup ini hanyalah ujian,
Akhirat kekal abadi.
Bangun pagi, jangan lihat hari ini sebagai beban, tapi
lihatlah hari ini sebagai peluang kepada sebuah jambatan untuk dekatkan diri
kepada Syurga, sungguh hari ini adalah Jambatan akhirat. Hari ini sebuah ladang
pahala sedang terbentang luas di hadapam mata.
Semoga Woha sampai syurga!
No comments:
Post a Comment