Jan 21, 2023

Ubah Pemimpin dengan KAKI?


 

Hari tu masa saya kat Madinah dapat info PAS paling banyak kerusi, lepas tu dengar cerita PN dan PAS akan tubuh kerajaan jika BN sokong…

Saya pun terbayang PAS dapat jadi menteri sukan, maka muncul idea sihat dan islamik seperti misi kuruskan mayat… jangan bebankan orang usung mayat kita, Jom kurus!

Atau, jom jalan kaki 10 ribu langkah ke masjid! Moh kiter!

Woha!

Cerita tentang jalan kaki, Kajian dari Stanford University.

Negara Jepun, Hong Kong, dan Russia berada pada kedudukan teratas dunia sebagai rakyat yang paling "rajin" berjalan.

Tapi jika kecilkan saiz kawasan, dan pergi ke tanah Haram Mekah dan Madinah, akan kelihatan orang berjalan tak henti henti, 24 jam orang keluar masuk masjid, tawaf, sae, ada yang berlari, sebelum azan manusia berpusu pusu ke masjid. Jam dua pagi pun sesak.

Pergi Madinah, pun sama, siang malam orang berjalan kaki membanjiri masjid.. malahan orang hantar jenazah ke kubur dengan berlari!

Alkisahnya Jika Hongkong dan Jepun paling rajin berjalan sebab purata 7000 langkah sehari, cuba duduk Mekah dan Madinah, boleh cecah purata 19 ribu langkah sehari…

Belum cerita zaman Nabi pergi Umrah 500km jalan kaki…

Ok, Bila balik Malaysia, memang kurang nampak orang berjalan kaki ke masjid, mungkin mereka naik kereta? Masuk masjid kadang satu saf sahaja…. Negeri PAS pun masih ramai yang tak solat berjemaah apatah lagi negeri PH-BN?

Ok check kajian Stanford University, Malaysia nombor berapa?

Apa? Nombor tiga paling malas di dunia?

Aduhai!

Ringkas kata, Moh kita pakat pakat jalan kaki ke masjid, jalan kaki buat dakwah, bukan sebab nak jadi negara paling rajin berjalan tapi nak kejar janji Allah yang mana pada setiap langkah di beri satu pahala, di hapus satu dosa!

Misi 10 ribu langkah ke masjid! Moh kiter!

Dan insyaallah jika 10 ribu langkah ke masjid ini berjaya di capai, maka pemimpin pun akan berubah!

Jom ubah kepimpinan dengan “kaki”

Woha!

No comments: