Jan 16, 2023

Air Zam Zam pernah kering?

Alkisahnya, sebelum Nabi Muhammad SAW lahir, dikeliling Kaabah penuh dengan berhala yang di bina, hingga telaga zam zam tertimbus, dan hilang dari Mekah. Cubaan mencari telaga zam zam sukar kerana terlalu banyak barhala di sekitar Kaabah, dan kerja menggali akan mendapat tentangan dari puak puak yang menjaga berhala masing masing.

Hingga tiba zaman Abdul Mutalib masih muda, Nabi belum lahir, yang mana, datuk Nabi Muhammad SAW telah mendapat mimpi mendengar suara menyuruhnya mengali telaga Zam Zam yang tertutup dengan batu, dan tertimbus dengan tanah, lalu ia bertanya dalam mimpi, di manakah Zam Zam?

Suara itu berkata:

“Zam Zam tidak pernah kering selamanya, ia untuk Jemaah Haji tetamu Allah, ia berada diantara perut dan darah, disisi patukan gagak hitam yang ada bulu putih, dirumah kampung semut.

Terjaga dari tidur, Datuk Nabi Muhammad SAW terus cari sarang semut dan mendapati ada banyak, alamak?! tak kan nak gali semua? Nanti kabilah arab yang lain akan marah!

Tiba tiba ada kabilah arab yang ada buat majlis sembelih lembu dekat dengan patung penzina lelaki, lepas sembelih, lembu itu berjalan dan mati dekat patung penzina perempuan, menurut sejarah, patung itu terjadi saat remaja lelaki berzina dengan aweknya dan tiba tiba mereka berdua berubah menjadi batu, patung begitupun ada orang sembah? Aduhai..

Maka dari kesan darah, Datuk Nabi cari sarang semut, dan tiba tiba muncul burung gagak berbulu putih datang meragut semut, terus Abdul Mutalib gali tanah Kawasan situ, suasana kecoh sebab orang arab lain tak setuju Datuk Nabi gali Kawasan kaabah, tapi datuk Nabi ada 10 orang anak lelaki, termasuk ayah Nabi Muhammad SAW, Abdullah namanya, mereka buat blok dan halang kabilah arab lain kacau datuk Nabi.

Tak lama terjumpalah penutup batu telaga Zam Zam, maka terus kabilah Arab tolong gali, dan angkat batu, maka terjumpalah air Zam zam.

Tak lama lepas tu mereka gaduh nak lantik ketua telaga Zam zam, sepatutnya Abdul Mutalib, datuk Nabilah yang jadi ketua penjaga Zam Zam sebab dia yang jumpa?, tapi mereka tak setuju dan sanggup adakan perperangan antara puak, untuk jadi ketua telaga Zam Zam. Siapa menang, dia jadi penjaga Zam zam.

Atas nasihat orang tua dari beberapa Kabilah, mereka setuju untuk jumpa dengan bomoh terkenal zaman tu yang ada di tengah padang pasir, maka Datuk Nabi dan semua ketua puak, setuju untuk jompa bomoh padang pasir, dan biar bomoh tu pilih siapa yang layak jadi ketua telaga Zam Zam.

Waktu itu, Datuk Nabi bernazar, jika dia dipilih jadi ketua, dia akan sembelih salah sorang dari anak dia..

Tapi entah macam mana, mereka semua sesat di padang pasir, dan hadapi kebuluran makanan, air pun dah habis, dan mereka gali padang pasir tak jumpa air, maka masing masing jadikan lubang yang mereka gali sebagai lubang kubur, dan siapa yang mati, maka yang hidup akan tolong kambuskan. Bermakna akan ada sorang jer nanti mati tampa dikambus….

Tiba tiba keajaiban berlaku, dari hentakan unta milik datuk Nabi, terpnacur air, lalu semua ketua kabilah minum, dan mereka terselamat dari maut, lalu merekapun bermesyuarat..

“Tuhan yang sama takdirkan Abdul Mutalib bertemu telaga Zam-Zam, maka dah tentu Tuhan yang sama takdirkan air keluar dari kaki unta Abdul Mutalib, maka biarlah Abdul Mutalib menjadi ketua penjaga telaga Zam-Zam”

Alhamdulillah, Nabi kita lahir dari keturunan yang mulia, penjaga telaga Zam Zam, sedangkan bapa saudaranya yang lain menjaga berhala.

Sampai di Kaabah, maka Abdul Mutalib teringat tentang Nazarnya nak sembelih salah sorang dari 10 anak lelakinya, maka undian dibuat, dan dalam sepuluh anak lelaki, anak yang paling Abdul Mutalib sayang adalah Abdullah, bakal ayah Nabi Muhammad SAW.

Tapi bila undian dilakukan, jatuh kepada Abdullah ayah Nabi, Abdul Mutalib buat undian lagi, dan sepeluh kali undi, tetap dapat pada Abdullah.

Maka kerja kerja persiapan sembelih ayah Nabi dimulakan depan Kaabah.

Terus ketua kabilah lain kecoh, dan anggap satu fahaman baru tersebar, yang mana siapa yang ada sepuluh anak lalaki, maka kena sembelih salah sorang.

Maka mereka beramai ramai halang Abdul Mutalib datuk Nabi, dari pergi sembelih Abdullah Ayah Nabi..

Orang ramai mencadangkan, guna undang undang lain, iaitu, hokum bunuh ganti dengan sepuluh ekor unta, maka apa kata Abdullah diundi dengan sepuluh unta, kita tengok siapa yang kena?

Maka bersetujulah Abdul Mutalib buat undian Abdullah dan sepuluh unta, namun lepas undi, tetap dapat giliran Abdullah sebagai mangsa hukuman sembelih.

Abdul Mutalib cabut undi sepuluh kali, semuanya jatuh kepada Abdullah, bermakna Abdul Mutalib kena sembih seratus ekor unta.

Maka undian di buat kali ke sebelas, barulah dapat giliran unta, undian kali ke dua belas dan ke atas, semua dapat kepada unta, maka puaslah hati Abdul Mutalib dan penduduk Mekah, maka pada hari itu seratus ekor unta telah dikorbankan.

Maka pendek cerita, Mekah semenjak ada Zam Zam kembali menjadi mahsyur, Jemaah Haji datang berduyung duyung, hingga membuatkan Raja Abrahah dengki dan datang nak hapuskan Kaabah, dan pada tahun serangan tentera Abrahah, Nabi Muhammad SAW lahir, then the rest is history.. air Zam Zam tidak pernah kering buat selamanya…

Hari ni saya yang hidup 1400 tahun dari zaman Nabi, sangat bersyukur kerana sepanjang duduk Mekah dan Madinah, hari hari dapat minum air Zam Zam, berwuduk air Zam Zam, siap isi dalam botol, bawa balik hotel, dan mandi air Zam Zam!

Arwah atok, arwah ayah, arwah mak, semua dah datang Mekah Madinah beribadat sambil minum air Zam Zam, kali ini gliran saya, dan InsyaAllah anak cucu kita akan datang juga ke sini, berbadat sambil mandi air Zam Zam!

Woha!

ps: tahukah anda, di masjid nabawi, walapun jauh dari Mekah, disediakan Air Zam Zam percuma bagi setiap pengunjung, link video https://www.youtube.com/watch?v=lTMXtxZZq88

No comments: