Pulang dari ibadat umrah maka ada kawan-kawan dalam group
WhatsApp minta share gambar maka saya pun hantarlah segugus gambar-gambar
sebagai penggalak untuk mereka turut ke sana.. insyaallah…
Alkisahnya puan isteri yang berada di sebelah tiba-tiba
bersuara:
“Abang?… kenapa banyak sangat abang hantar gambar kat
kawan-kawan abang sedangkan kat saya sikit saja abang hantar? nak merajuklah!”
Alamak, hantar gambar banyak kat kawan salah ke? Terus saya
pun menjawab…
“Sayangku, pada zaman Nabi, sewaktu peristiwa Fatal
Penaklukan Mekkah, Nabi dan sahabat Ansar telah banyak menerima harta berupa
rampasan perang serta hadiah, lalu Nabi membahagi-bahagikan semua hadiah-hadiah
rampasan perang itu pada orang-orang Mekah, terutama orang yang baru masuk
Islam.
Melihat kejadian itu, orang Ansar rasa kecil hati dan
merajuk kerana Nabi seolah-olah mengutamakan kroni, Al maklumlah semua harta
rampasan perang selamba diberi kepada orang Mekah yang baru masuk Islam
sedangkan orang Ansar bersusah payah mengembangkan agama sejak awal Islam tapi
tak dapat apa-apa pun…
Maka nabi pun bersabda lebih kurang bermaksud : mereka semua
dapat harta tapi kamu dapat aku, kerana walaupun aku lahir di Mekah, tapi aku
akan balik untuk tinggal bersama kamu semua di Madinah… suka kah kamu jika kamu
dapat semua harta itu dan aku tinggal di Mekah?
Terus orang Ansar insaf dan bersyukur, kerana mereka faham
dapat tinggal bersama jasad Nabi adalah nikmat yang sangat besar dalam hidup…
Maka isteriku, bab gambar tadi, kawan kawan abang, mereka
semua dapat gambar-gambar abang sahaja tapi kamu dapat jasad abang…mana yang
lebih beruntung? orang dapat tengok gambar-gambar abang sahaja atau orang yang
dapat tengok abang siap pekej peluk waktu tidur? Pekej Urut sebelum tidur? Mana
lebih beruntung?
Terus isteriku sujud syukur!
Woha!
Ps: jemput baca KISAH LAKI BINI (Suka duka suami isteri,
ayat pick up line dan punchline)
No comments:
Post a Comment