Apr 29, 2025

Harga Ebook berbeza ikut Jemaah Haji?

 

Tahniah penerbangan Haji pertama ke tanah suci!

Dalam kapal terbang tiada internet, 7 jam tu lama, selain mengaji dan berzikir, jemput baca pengalaman abang keretamayat bersama liku liku si luka kecil seaktu di tanah suci.

Ada kisah abang kena tipu dengan pemandu teksi, ada kisah abang kena kejar peminta sedekah, ada kisah abang jumpa wali Allah, ada kisah bilik berkat, ada kisah kesilapan di Madinah yang minta tolong sangat Korang jangan buat, malu nanti.. dan banyak lagi.

Abang tulis tiga Part, Sebelum, Semasa, Selepas.. yang mungkin tiada dalam mana mana ceramah Haji.., yang mana abang share kisah Haji Nabi dan sesuaikan dengan Haji dari Tabung Haji

Almaklumlah Ada sunnah Nabi yang tak dapat kita buat atas kekangan keadaan tapi insyaAllah dengan ilmu yang betul, ada ruang boleh kita lalsanakan

Dalam kapal terbang ke Mekah 8 jam tiada internet..

Jemput baca dalam kapal terbang nanti!

Woha!

Selamat membaca kisah Haji seronok!

Woha!

Harga asal:
T20 satu Ebook RM30, maka RM90 untuk 3 Ebook,
M40: 3 Ebook RM49 sahaja!
B40: 3 Ebook, RM30 sahaja!
Sempena musim Haji, saya tawarkan harga seiklas hati pada semua pembeli, isi borang yer

Apr 14, 2025

Orang islam ada hari yang malang?

 

Orang islam dan BAD DAY.(hari yang malang)

Alkisahnya, waktu memandu hantar anak pulang ke asrama, saya dilanda sakit gigi yang amat sangat, tak pernah seumur hidup rasa sakit gigi sesakit ni, seolah ada kuman berduri sedang korek gigi dan menari, mujur Puan bini ada gantikan memandu, saya tukar kerusi, dan lawan kesakitan gigi tanpa memandu.

Sakit tak hilang, saya rebahkan kerusi, baru rasa kurang sikit, agaknya kuman dalam gigi saya ni tak boleh berdiri yang mana bila baring tu, rasa kurang sikit sakitnya, kuman tak boleh manari sambil baring.

Baru nak selesa, sakit tu datang lagi, rasa macam kuman tu berenang renang kat tempat sakit, telinga pulak rasa berdesing, Aduh.

Terus saya google klinik gigi near me, dari Tol Gambang, lepas isyak, banyak kedai tutup, nampak satu kedai gigi di Jaya gading Kuantan belum tutup.

Terus cari parking, dan berdoa agar tiada pesakit lain, agar dapat hilangkan sakit gigi ini dengan segera.

Alhamdulillah doa makbul, memang kosong klinik tu, semua orang masih beraya kot. Nak tutup dah kedai maka saya jadi pengujung terakhir.

Saya terus jumpa doctor, tapi kata doktor, tak boleh buat rawatan akar sebab gigi dah rosak ke dalam sangat, kena cabut, tampalanpun tak boleh dan tetap kena cabut.

Saya pulak berdebar, sebab dah 48 tahun hidup! Belum pernah cabut gigi! Dengar cerita sakitanya lain macam.

Untuk rekod, masa bujang pernah sakit gigi tapi tak sesakit ini, saya pilih rawatan akar, sebab gigi masih kekal Cuma tak rasa sakit, kos zaman tu, 25 tahun dahulu, RM300 sahaja.

Sekarang, tak boleh buat rawatan akar, dan oleh denyutan dalam gigi semakin kuat, saya sedia juga di cabut.

Kata doctor, bukan malam ni, kena makan ubat antibotik dulu, lima hari baru boleh cabut.

Apa? Lima hari baru boleh cabut?  Sakit sangat ni doctor.Kenapa tak boleh cabut terus doctor?

Sebab, jika sedang sakit, ubat bius tak berfungsi dengan baik, waktu cabut awak akan rasa sakit dua kali ganda? Nak!

Ok Ok, saya percaya kata pakar, sebab Al quran suruh rujuk pakar,

Maka sayapun balik rumah dengan gigi masih berdenyut.. doctor bagi ubat tahan sakit dan antibiotik. Saya baca Alfatihah dah hembus pada ubat, terus telan dan tidur.

Esoknya Alhamdulillah rasa dah kurang, lepas tu hilang, dan lepas tu datang pun sekejap sekejap sahaja.

Lima hari kemudian, iaitu hari ini.

Puan Isteri terpaksa balik kampung nak jaga ayahnya yang sakit, anak anak ikut sekali. Tinggal saya seorang diri nak berperang dengan klinik gigi.

Lepas solat Jumaat, saya menyerah diri pada doctor, siap pesan, jangan salah cabut gigi doctor?, ya, ya saya tahu, kata doctor.

Doktor cakap, tahan yer saya nak suntik ubat bius.

Alamak, panjangnya jarum, srap.., cucuk, sakit, tapi boleh tahan.

Sekali lagi yer, Srapppp, cucuk, sakit, tapi boleh tahan, tangan tak genggam apa apa, sebab dalam minda saya dah pesan, sakit gigi tu lagi sakit dari cucuk bius ni, dan sakit neraka lagi sakit dari semua ni.

Lepas tu doctor tu ambik player, jururawat pegang kepala, dia Tarik gigi tu, kiri kanan, kiri kanan, dan akhirnya, gigipun tercabut. Tak sakit pun.

Kemudian doctor Letak kapas gauze, dan pesan Gigit kapas tu selama satu jam – Jangan terus buang, bagi masa darah beku terbentuk.

Kalau masih berdarah, tukar dengan kapas baru (doktor bagi lebih) dan gigit lagi 30 minit.

Jangan kumur kuat, jangan ludah kuat, dan jangan sedut (guna straw atau hisap rokok) untuk 24 jam sebab boleh ganggu darah beku.

Sila Makan makanan lembut dan sejuk (macam bubur, sup suam, aiskrim) sebelah yang tak kena cabut.

Tidur nanti kepala tinggi sikit malam ni – letak bantal lebih supaya darah tak mengalir ke tempat cabutan dan kurangkan bengkak.

Kalau sakit, boleh makan ubat tahan sakit yang doktor bagi.

Kalau lebih 24 jam darah masih keluar banyak, atau sakit makin teruk, elok terus jumpa doktor gigi semula.

Begitulah lebih kurang.

Lepas tu kena bayar RM200, oh sebab tak pernah cabut gigi, terkejut jugak kosnya sampai RM200.

Tapi takpe, rezeki doctor tu.

Maka balik rumah, alamak, gigi takde, isteri takde, siapa nak masak?

Singgah kedai, beli bubur ayam.

Penjual tu cakap kat pekerja dia, bungkus pakcik tu satu.

Pakcik? Saya toleh belakang takde siapa siapa,

Sayalah pakcik tu.

Cabut gigi memang auto jadi tua ek?

Woha!

(Padahal memang dah tua pun)

Balik kepada tajuk di atas, Orang islam dan BAD DAY.(hari yang malang), sebenarnya tiada istilah Hari malang untuk mana mana manusiapun.

Yang ada adalah hari ujian kecil di celah nikmat hidup yang banyak.

Syukurlah gigi sakit boleh cabut klinik swasta, syukurlah ada duit boleh bayar rawatan gigi, syujrlah ada pakar perubatan cipta bius, syukurlah ada orang jual makanan panggil pakcik, kalau tak dah kena masak sendiri. Syukurlah ada kereta axia boleh kesana sini. Syukur ada rumah boleh berteduh, Syukur ada Allah yang akan membalas segala kesakitan dan kesabaran dengan pahala berganda.

Nikmat mana lagi yang kita dustakan.

Okey, nak kena buat gigi palsu pulak lepas ni, kos dari RM200 ke RM800 katanya, ada sesiapa nak order tanjak untuk jamuan raya?

Woha!


Apr 11, 2025

Selamat HARI RAYA sebulan?

 

Selamat hari raya semua!
Alang alang suruh Chat GPT lukis gambar, minta chatGPT buat berita sekali, tengok apa Chat GPT tulis..
*****
BERITA]

KELUARGA BESAR BERGAYA TRADISIONAL DI HARI RAYA – WARNA MERAH HATI TARIK PERHATIAN
2 Syawal – Suasana Hari Raya Aidilfitri terus meriah dengan tradisi kunjung-mengunjung, seperti yang dirakam dalam gambar sebuah keluarga yang tampil anggun dalam persalinan merah hati.
Dalam foto yang diambil di ruang tamu sebuah kediaman, tujuh ahli keluarga bergaya seragam dengan pakaian tradisional yang mencerminkan keindahan budaya Melayu. Kaum lelaki mengenakan baju Melayu lengkap dengan tanjak dan sampin songket, menyerlahkan unsur warisan yang masih teguh dipegang. Bagi wanita pula, baju kurung moden dan hijab dalam tona senada menambah keanggunan penampilan mereka.
Pemilihan warna merah hati bukan sekadar mencipta keseragaman, tetapi juga melambangkan keberanian, kasih sayang, dan kegembiraan yang menyelubungi sambutan Syawal. Warna ini memberi sentuhan elegan sekaligus memancarkan semangat kekeluargaan yang erat.
Di ruang tamu, kerusi sofa bercorak klasik menjadi tempat utama keluarga berkumpul dan bergambar, memperlihatkan kehangatan hubungan sesama mereka. Di latar belakang, langsir dengan sentuhan rona keemasan dan krim melengkapkan suasana rumah yang selesa dan tradisional.
Seperti kebiasaan di Hari Raya, ziarah-menziarahi antara keluarga dan sanak saudara mengeratkan silaturahim, di samping menjadi peluang untuk memperkenalkan warisan pakaian tradisional kepada generasi muda. Kemesraan dalam foto ini jelas menggambarkan nilai kekeluargaan yang terus dijunjung tinggi dalam perayaan Aidilfitri.
Woha!



Mar 6, 2025

Bertemu Ahli Syurga?

 

Rasa sayu pagi ini, mendapat khabar Pemberi pinjam dari syurga telah menghembuskan nafas terakhir.

Alkisahnya, waktu pergi haji hari tu, saya ada masalah kewangan, isteri jual gelang, saya nak jual kereta tapi orang nak beli harga rendah sangat

Berkat usaha, doa, ikhtiar, tawakkal..

Tiba tiba muncul Penyumbang dari Syurga.. ada yang bagi RM2k, RM1k, RM500,RM100, Rm50…, bagi hadiah macam tu sahaja…

Tapi masih tak cukup, dan Saya dah plan nak buat pinjaman peribadi pada Bank…

Tapi Allah Maha Kaya, tiba tiba Allah datangkan kepada saya Pemberi pinjam dari syurga.

Siapakah Pemberi pinjam dari syurga? mereka yang datang menawarkan pinjaman tanpa riba dan tanpa syarat malahan menghalalkan pinjaman jika berlaku kematian.. Allahuakbar ramai peminjam dari syurga datang menyerah diri…

Dan di celah celah peyumbang dari syurga, muncul pemberi pinjam dari syurga. Nak bagi RM15k, tiada riba, jika mati salah sorang, maka halal..

Waktu pemberi pinjam dari syurga mesej di FB, saya tak layan, tapi bila dia wasap telefon dan minta no akaun, saya ingat dia bergurau, sekali memang betul dia Transfer RM15K.

Saya terima dan campur simpanan peribadi , serta duit jual barang kemas isteri, dan sumbangan adik beradik, maka terus berjaya selesaikan bayaran tambang haji untuk dua orang… RM32k… dan ada sedikit wang untuk belanja anak-anak sewaktu ketiadaan kami.. alhamdulillah.. syukur kepada Allah atas semua peluang dan kemudahan…

Masa berganti, kereta belum terjual, lepas kereta Ezora yang pecah OCH saya baiki, dan bawa kepada Carsome, serta My Tukar dan banyak Use car mereka nak ambil sekitar RM 10 ribu sahaja yang mana saya berharap dapat menjual dengan harga paling kurang satu tambang haji iaitu RM 15,900 lebih kurang.

Dah dekat nak pergi Haji, tiba tiba muncul seorang pembeli dari syurga datang dengan harga RM17 ribu, tak nak test kereta, tak nak buka bonnet, nak tukar nama jer, Allahuakbar.., maka Terjual lah kereta saya itu kepada pembeli dari syurga yang sangat mudah urusan membeli, membayar, tukar nama, dan kami pun berpisah meneruskan kehidupan masih masing.. saya doakan akak yang beli kereta saya tu masuk syurga paling tinggi, Amin…

Ringkas cerita, Dapat duit tu saya segara bayar hutang beberapa peminjam…

Kecuali pemberi pinjam dari syurga berjumlah Rm15K

Balik Haji saya terus nak bayar, tapi pemberi pinjam dari syurga cakap, relax, tahun depan bayar, dan dia minta bayar RM50 sahaja sebulan. Alamak bila nak habis?

Saya cadangkan RM500 sebulan, dia setuju, maka bermula tahun 2024, saya bayar tiap bulan tak pernah miss.

Masuk tahun ni, masuk Ramadan, saya bayar tapi tiada mesej terima kasih daripada dia. Tiba tiba anaknya mesej bagitahu, ibu dah tiada.

Innalilahiwainnalihirajiun.

Kenapa saya panggil arwah pemberi pinjam dari syurga? Sebab cara dia melayan orang berhutang macam ahli syurga.

Maka saya cuba menjadi Pembayar Hutang dari syurga dengan menyenangkan Kembali pemberi pinjam dari syurga, yang mana saya tak pernah miss bayar setiap bulan, Alhamdulillah.

Alangkah indahnya hidup bila kita di kelilingi ahli syurga. Bayangkan dapat Pasangan dari syurga, jiran dari syurga, penyewa dari syurga, pembeli dari syurga. Maka mudahlah hidup kita semua insyaAllah.

Jangan pernah menjadi peminjam dari neraka, hutang tak bayar, tapi pergi melancong sambil makan musang King, bila pemberi pinjam mintak hutang, dimarahnya pulak dengan cakap “siapa suruh kau bodoh sangat percaya aku akan bayar hutang? Aduhai..

Tuan Puan yang dimuliakan oleh Allah..

Jangan jadi peminjam dari neraka sebab Pernah Nabi bersabda alangkah kerasnya amaran ini, iaitu barang siapa mati syahid hidup semula dan mati syahid, tidak masuk syurga selagi hutang tidak di bayar.

Ada juga kisah Nabi tidak solat jenazah bagi mayat yang berhutang.

Dalam hadis lain bercerita, siapa berhutang tanpa niat membayar, Allah akan binasakan mereka.

Tahukah korang? Dosa paling besar selain syirik adalah mati dalam keadaan berhutang tanpa ada apa apa rancangan membayar hutang.., hingga ada hadis bagitahu, mati syahid membersihkan semua dosa kecuali hutang..

Maka ketahuilah, siapa ada hutang dengan korang dan sengaja tak nak bayar, tak adanya mereka mampu masuk syurga kecuali korang halalkan hutang itu… rupanya, pintu syurga mereka korang pegang, perghhhhh…

Balik kepada kisah saya yang sedang belajar menjadi peminjam dari syurga, dan rasa sayu pagi ini setelah mendapat tahu Pemberi pinjam dari syurga telah menghembuskan nafas terakhir.

Maka sama samalah kita hadiahkan Al Fatihah buat Arwah Kak Ros.

Al fatihah. 

Ps: Link detail kisah Haji , Klik sini

Mar 5, 2025

Kisah Laki BINI di Bulan Puasa Percuma?

 

Sempena Ramdahan, Abang keretamayat nak bagi PERCUMA dua ebook berjudul,
(1) KISAH LAKI BINI & PUASA
(2) DIBAWAH TEDUHAN KAABAH

Bagi mereka yang beli ebook HAJI SERONOK

Tawaran sah hingga nampak anak bulan syawal

selamat bertarawih!

Woha!

link e- Buku Haji seronok https://forms.gle/3DGZhCTKQ8uxxWC58 

Feb 20, 2025

Terpaling Green Day?

 (Green Day dalam kenangan..)

Al kisahnya, zaman abang keretamayat muda dulu dulu, layanlah jugak lagu lagu Green Day, yang mana jika korang ingat, masa zaman blogger dulu, abang pernah buat cover lagu Green Day di Youtube, sekejap jer cecah 10 ribu view walaupun suara abang jahanam tak sedap.

Untuk makluman, Abang ni bukanlah peminat setia Green Day, Tapi antara lagu dia yang abang suka,

• When I Come Around (1994)

• Basket Case (1994)

• Good Riddance (Time of Your Life) (1997)

• Boulevard of Broken Dreams (2004)

• Macy's Day Parade (2004)

• Wake Me Up When September Ends (2004)

• Holiday (2004)

• 21 Guns (2009)

Antara list di atas, ada dua lagu yang abang suka video klip dia dan parodikan di Youtube, iaitu “Wake Me Up When September Ends”

tapi abang tukar kepada, Wake Me Up When Election Ends (Perhimpunan Kuning dalam kenangan)

Yelah zaman tu, ramai orang marah kerajaan, nak Pendidikan percuma, PTPTN mansuh, nak Tabung Haji jual semua asset sebab rugi katanya, nak tol free, nak kereta murah, nak hakim yang adil, nak tambah duit brim, nak tutup lynas, nak macam macam, yang kadang kala tak masuk akal.

Penat tengok orang bergaduh bab politik zaman tu, maka abang keretamayat pun cover lagu, Wake Me Up When Election Ends

Dalam video tu abang letak babak perhimopunan kuning, rakyat bergaduh dengan FRU, poster poltik, dan abang selit video Billie Joe d petik gitar, dengan intro..

Election has come and passed. The Slanderer can never last

Wake me up when Election ends


Like Minister come to pass, As four years has gone so fast

Wake me up when Election ends

 

Here comes the war again, Between same religion

Renew your sin again, And don't know who you are

 

As my memory rests, But never forgets what they lost

Wake me up when election ends

 

Throw out your Deen again

Like you did when fight began

Wake me up when election ends..

 

Tapi tak lama, Youtube tak bagi siar video tu, sebab masalah hak cipta, abangpun private jer lah video tu sebagai kenang kenangan..

 

15 tahun kemudian,

 

Greenday dah datang Malaysia, siap menyanyi sambil kibar bendera Palestin..

Dan Pendidikan masih tak percuma, pinjaman PTPTN ada yang dapat separuh jer jika tak cukup syarat, Tabung Haji ada jual aset tapi kos haji naik berganda, tol masih tak free, kereta masih tak murah, lynas masih tak tutup, dan macam macam lagilah nak cerita tapi malaslah..

Nak tidur kejap, err, Wake me up when Azan terdekat yer.

Woha!

Jan 21, 2025

Berjumpa dengan Penyembah Kubur?

“Apa pendapat abang keretamayat tentang orang berzikirdi kubur? Ada yang kata mereka tu penyembah kubur, betul ke?”

Tanya sorang sahabat di kedai Teh Tarik Halia Indera Sempurna. Kuantan, Jam dah dekat 12 malam, Air teh Tarik saya ada lagi separuh dalam gelas, tiba tiba datang pelayan kedai nak kutip gelas, dan kami semua order satu gelas lagi, saya tak habiskan air saya, sebab dah sejuk dan nak tambah gelas baru.

Sementara tunggu air sampai, saya jawab soalan kawan saya lebih kurang macam ni.

“Tahukah kamu apa Rukun Syahadah? Semua tahu rukun haji ada lima, rukun zakat ada empat, rukun puasa ada dua, rukun solat ada tiga belas, tapi rukun syahadah ada berapa?”

Long story short..

Rukun Shadah ada empat, Panjang nak cerita, tapi saya suka ringkaskan rukun syahadah pinjam konsep rukun puasa agar senang nak amal.

Alkisahnya, Rukun puasa semua tahu ada dua iaitu, niat, dan menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa yang mana jika nak cerita bab batal,akan panjanglah kisahnya, maka sama juga bab Rukun Syahadah, jika dipecah kecilkan ada dua sahaja.

1.Mengucap dua kalimah Syahadah

2.Menahan diri dari perkara yang membatalkan Syahadah.

Bab mengucap semua tahu , seperti yakin dengan Zat Allah, Yakin dengan Sifat Allah, Yakin dengan kudrat Allah, Yakin dengan Nabi Muhammad, Yakin dengan semua rukun Iman.. semua semua tu.

Tapi bab Menahan diri dari perkara yang membatalkan Syahadah, mungkin ramai yang terlepas pandang, dan antara perkara yang membatalkan syahadah jika kita tuduh orang kafir sedangkan dia tak kafir, maka dikuatiri, tuduhan itu kembalikepada kita hingga batal syahadah.

Ada hadis berbunyi, “Sesiapa yang menuduh orang beriman dengan kafir maka dosanya sama seperti membunuhnya, dan akan kembali tuduhan kafir itu ke atasnya”

Jadi.. dalam bab menuduh orang sembah kubur, kena ada bukti, bukan setakat tengok mereka berzikir angguk angguk kepala dekat kubur terus dituduh kuburiiyun. Rujuk surah Al hujarat ayat enam bab perintah Allah suruh siasat sebelum percaya..

Bimbang orang yang dituduh kafir itu tak kafir, hingga syahadah kita boleh batal. Nauzubillah.., kena mengucap balik dan bertaubat.

Ringkas cerita, Sedang rancak borak, tengkuk rasa dahaga, Eh? Tiba tiba Pelayan datang bagitahu air dah habis, dan kedai nak tutup.

Alamak, rugi membatalkan dahaga dengan tak minum air tehtarik halia sampai habis tadi!

Woha!

Ps: kedai dah tutup, meja semua dah lipat, kami masih berdiri borak sambung bab akidah dan fekah, hak dahaga belum terbatal, tapi kedahagaan kepada perkcapan agama buatkan kami masih berdiri, lain kali saya share hasil muzakarah geng mengeteh di bulan Rejab!