Alhamdulillah berjaya mendaki sampai Puncak Jabal Nur,
lokasi Nabi dan Khatijah Dating… juga lokasi wahyu pertama turun…
Alkisahnya, sebelum Nabi menjadi Nabi, baginda pilih Jabal
Nur ini sebagai tempat bersunyi diri..
Me time… risau memikirkan masalah kaum arab jahiliyah…
mencari ilham untuk bantu ummat, maka siang malam Nabj bersendirian di gua
jabal Nur..
Namun Nabi tak selamanya sendirian, ada riwayat mengatakan
dua kali sehari Siti Khatijah turut naik gunung ini, bawa makanan..
Isteri yang setia, Support semua tindakan suami, nak
bersunyi diri, makanan saya bawakan, abang buat apa yang abang rasa terbaik,
saya akan mudahkan abang…
Begitu kot hujah semua isteri solehah demi rumahtangga
syurga…
Kemudian kelihatan SIti Khatijah turun sorang sorang sebab Nabi
nak “me time” mencari ilham untuk selesaikan masalah ummat…
Jabal Nur ni tak
mudah nak daki, berbatu batu, tapi demi cinta sejati, Khatijah hari hari datang
hantar makanan…
Tak lama kemudian, Nabi pulang sambil menggigil, ada sesuatu
ditemui Nabi dalam gua..
Then the rest is history…
Saya sempat masuk dalam gua Nabi , sempit sahaja, dua orang
boleh masuk, sorang berdiri dan sorang duduk, boleh solat dalam tu dan ajaibnya
gua itu mengadap kiblat maka boleh terus solat membelakangi pintu gua…
Kemudian timbul tuduhan dari pihak kafir konon Nabi ni ada
masalah kemurungan, dan berhalusinasi di gua Nampak Jibril, dan mencipta agama.
Lalu bila Nabi perkenalkan islam, orang kafir menuduh Nabi
gila.
Maklumlah setelah bertapa dalam gua, tiba tiba Nabi muncul
bagi tahu semua 360 berhala adalah palsu, tuhan hanya Allah.
Maka di sana sini, orang cakap Nabi Muhammad adalah
Majnun, si Gila!
Malahan hari ini, geng anti Tuhan, juga mendakwa kisah Nabi
jumpa malaikat di gua waktu bersunyi diri, dan berhalusinasi konon melihat
Malaikat Jibril adalah tanda kemurungan,dan percaya Nabi seorang gila.
Tapi bila kajian di buat tentang ciri orang gila, biasanya
mereka menyendiri, cenderung bunuh diri, dan tak mampu uruskan diri, berbeza
dengan nabi Muhammad SAW.
Nabi sendiri larang bunuh diri, dan terbukti adalah mustahil
seorang yang gila mampu urus isteri ramai tanpa gaduh antara madu, mampu
memimpin pasukan perang dengan cemerlang, mampu menyatukan puak yang bergaduh,
mampu memyelamatkan dunia dan mengubah peta dunia selamanya, maka orang islam
yakin bahawa islam itu benar, malaikat itu benar, takdir itu benar, akhirat itu
benar!
Melihat kejayaan demi kejayaan Nabi Muhammad, orang kafir
dah tak tuduh Nabi gila, sebab lepas tu muncul pulak mukjizat yang melangkau
Sains, maka orang kafir tuduh Nabi ahli sihir pulak, tuduh Al quran adalah
mentera sihir, dan mukjizat adalah tindak balas sihir.
Macam macam lah tuduhan..
Namun terbukti hari ini, seorang pakar silap mata tak akan
mampu buat Al quran yang penuh mukjizat, mampu di hafal walau oleh sibuta, dan
ayatnya penuh dengan Common sense.
Maka kita orang islam yakin, Nabi menerima wahyu di gua
adalah benar, dan Nabi terbukti bukan gila, kerana akhirnya Nabi menjadi
manusia paling berpengaruh dalam sejarah manusia!
Kagum dari puncak Jabal Nur!
Woha!
1 comment:
Tuduhan/persoalan dr pihak kapir biasa la mcm2 kat nabi saw..
Antara persoalan yg paling popular terkait dgn nabi saw ialah seolah2 bahawa perkara kahwini kanak2 itu ialah perkara yg sama sekali menyalahi akal yg sehat..
Agar timbulnya keraguan dlm diri kita muslim pada nabi kita nabi muhammad saw..
sekaligus agar timbul pula keraguan pada pegangan yg benar yg kita imani..
Yg benarnya persoalan terkait dgn nabi saw ini seolah2 bertujuan menutupi apakah sebenar2nya perkara yg sebenar2 menyalahi akal yg sehat..
Mari kita tengok apa sebenar2nya perkara yg sebenar2 menyalahi akal yg sehat..
=Surah AlAhqaaf Ayat 5.
"Dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menyembah sesuatu yang lain dari Allah, yang tidak dapat menyahut atau memberikan sebarang pertolongan kepadanya (dari dunia) hinggalah ke hari kiamat, sedang makhluk-makhluk yang mereka sembah itu tidak dapat menyedari atau memberi layanan baik kepada permohonan mereka."
(Bagi kita umat islam kita dah maklum dlm usul feqah
Allah Dan rasul membenarkan/memberi hak kpd pemimpin/pemerintah boleh menghadkan sesuatu yg hukumnya harus jika ada maslahat..maka disitu la kita boleh nampak ianya berlaku pada had umur berkahwin..
sama la lbih kurang mcm kita hadkan mcm2 perkara yg hukumnya harus kat anak2 kita masing2..)
Post a Comment