Saya tengok kat Tik Tok, Dato’ Hattan Sekolahkan pembaca berita, aduhai.. video tu separuh jer, saya tak tahu apa pembaca tu cakap awal awal hingga Dato' Hattan nak malukan secara live, lepas tu tutup telefon, tiba tiba koyak dah kenapa?
Bagi saya
sangat tak baik Dato’ orang lama buat macam tu kat orang muda, sebab pembaca
berita ni dia baca berita jer, bukan wartawan nak kena buat story bagai, just
tanya pendapat lagu Mael XPDC ni sangat makan dalam, Apa yang Dato' boleh
kongsikan?"
Terus datok
tanya siapa penulis lagu? Bukan Mael? Dato tak tahu ke Mael pun ada tulis lagu
yang sangat mendalam?
Album
pertama XPDC, Darjah Satu, lagu "Jangan Tak Mandi" Mael yang tulis,
Mael yang gubah. Sangat mendalam lirik lagu tu..
Hidup kita
serupa saja
Mula bersih
tersapu kotor
Bila kotor
harus di cuci
Pastikan
tiada kotor lagi
Setelah
kita mandi
Pandai-pandailah
jaga diri
Dari
kekotoran kita alami
Buat apa
semua tak jadi
Sudah penat
aku menyanyi
Mahu pulang
mahu terus mandi
Esok boleh
menyanyi lagi
Nyanyikan
lagu
Jangan tak
mandi
Mael
kaitkan hidup dan Mandi, benda ni ada dalam hadis Nabi, orang solat lima waktu
macam mandi lima kali, selamba Abang Mael masukkan unsur Mandi dalam lagu,
betulah soalan pembaca berita tu, lagu Mael mendalam maksudnya,
Album kedua
XPDC, berjudul Timur Barat, ada lagu Hamba Abdi, gubahan Mael, lirik Mael,
memang power, pemula irama metal bagi XPDC, lepas tu penutup lagu yang slow
lepas banging, macam merayu kepada yang berkuasa.., power tu lagu Hamba Abdi
tu.. Mael yang tulis lagu tu yer?!, saya copy sikit liriknya yang sangat
mendalam..
Maki hamun
sudah sebati
Sepak
terajang itu sudah lali
Paksa kerah
buat itu ini
Bak anjing
kurap yang macam babi
Siang malam
belenggu rantai kaki
Lagak
banduan dalam kandang besi
Dari dia
hidup biar dia mati
Agar hidup
aman di sana nanti
Tengok?!
lirik Arwah Mael tulis, dari kita hina orang, lebih baik biar orang yang dihina
tu mati jer, mendalam sungguh lagu Arwah abang Mael,
Lagi?!
Album yang sama, lagu Cekal, memang power abang Mael tulis, jiwang dan semangat
serentak bertali arus..
Usah
disangsi jalan yang bakal engkau lalui
Mungkin ada
benarnya di balik kesilapan
Walau ada
saki baki yang kurang senang hati
Harus diteruskan
dengan semangat cekal di hati
Halus jer
arwah Mael bagi semangat kat orang yang Malukan kita, teruskan baca berita
dengan semangat cekal di hati, adik Astro!
Dalam album
tu juga Mael tulis lagu dan compose muzik pengantara heavy rock dan metal, Penyakit
gatal nama lagunya, Arwah Mael tulis lagu tu, dengan sangat mendalam liriknya,
bab usaha nak sembuhkan penyakit tapi lupa kepada tuhan, akhirnya berdamai
dengan takdir..
Oh Tuhan
berserah padaMu
Habis sudah
ikhtiar aku
Apakah dosa
dah ku laku
Tak sedar
ampuni aku
Sabar yer
Adik pembaca berita....
Masuk Album
Brutal, Album terbaik XPDC, ada dua lagu Mael tulis, iaitu Cempedak jadi
Nangka, yang ada unsur nasihat penuh di dada yang sungguh makan dalam..
Buka mata
pekak telingga
Walau
banyak umpat
Walau
banyak cela
Cakap siang
pandang pandang
Cakap malam
dengar dengar
Satu lagu
lagi Mael tulis, “Aku Tak Kan bising”
Lalu anjing
lalu menyalak
Macam ada
hantu
Seram sejuk
Meremang
akan bulu romaku
Kenapa apa
maksudnya
Kita
sama-sama tahu sudah
Kisah orang
yang suka menyalak macam anjing ni sebenarnya kosong jer, lebih baik diam,
kerana Nabipun suruh diam dari cakap menyakitkan hati.. begitulah mendalamnya
lirik lagu Arwah Abang Mael..
Maka
sempena Arwah dah pergi, kita cakap jer elok elok bila orang tanya pasal arwah,
ada yang cakap pembaca berita ni kena buat homework lah, apa lah. Memang betul
pun arwah abang Mael ada tulis lirik yang mendalam.., maka untuk Dato’ Hattan
vs Pembaca berita Astro, abang sokong Pembaca berita.
Woha!
Harap pihak
Astro bagilah bonus kredit sikit pada abang sebab dah habis back up ni,
maklumlah jika ada orang tua memalukan orang muda, dan kita ada ilmu bab itu,
kita kena sekolahkan mana mana pihak yang perlu disekolah,
Bak kata
Mael XPDC! Dalam lagu Cempedak jadi Nangka!
Cakap siang
pandang-pandang
Cakap malam
dengar-dengar
Lembut
tutur gaya bahasa
Itukan
temurun budaya kita
Akhir kata,
Al Fatihah buat Abang Mael.. Nanti sampai masa Dato’ ke, Sultan ke, Composer
ke, Menteri ke, atau siapa sahaja meninggal dunia, kita tulis yang baik baik,
InsyaAllah… Kerana kita semua akan mati bak kata Arwah Mael dalam lirik lagu
tuisannya..
Tenteram
hidup lagi amam
Tiada
banyak umpat tiada banyak kesal
Al Fatihah…
Ps: Sempena
kematian Arwah Mael di bulan Syawal, saya cover lagu Khilaf XPDC menjadi Khilaf
Aidilfitri, kisah taubat di Pagi Syawal..
Link lagu
Khilaf Aidilfitri: https://youtu.be/BNV27C-zz8U
No comments:
Post a Comment