Jun 5, 2023

Kenapa kena melontar?

“Ayah, kenapa pergi Haji kena melontar Syaitan sebanyak tujuh puluh kali?”

“Haji adalah perintah Allah, dalam Haji ada banyak ibadat yang datang dari kisah Nabi Ibrahim dan pengorbananya..”

“cer citer”

Bayangkan, seorang lelaki yang belum pernah ada anak, dan tidak jemu berdoa inginkan anak lelaki yang soleh, tapi dari tahun ke tahun belum ada rezeki dapat anak..

Alkisahnya, ada riwayat cerita Nabi Ibrahim pernah membuat ibadat korban sebanyak 1,000 kambing, 300 lembu dan 100 unta di jalan Allah. Melihatkan kepada banyaknya jumlah korban yang dilakukan, maka kagumlah para malaikat akan betapa hebatnya cinta Nabi Ibrahim a.s kepada Allah dan memuji muji Nabi Ibrahim.

Jawab Nabi Ibrahim..

 “Semua yang menjadi korban itu belum apa-apa lagi bagiku. Demi Allah, kalau aku dikurniakan anak lelaki,  sudah tentu aku juga sanggup korbankan dia untuk Allah.”

Maka masa berjalan, dikatakan ketika umur Nabi Ibrahim 70 tahun, Isterinya mengandung, dan bila anak lahir sahaja, ternyata anak lelaki seperti yang di idamkan, namun datang perintah Allah untuk buat pengorbanan yang pertama..

Iaitu kena tnggalkan anak lelaki dan isteri tercinta di padang pasir, serah nasib mereka pada Allah..

Nabi Ibrahim pun buat walau hati merasa berat, tapi dengan Yakin Allah pasti bantu, maka munculah persitiwa Sae, Siti Hajar berlari tujuh kali antara Safar dan Marwah, dan munculnya air Zam Zam, dan wujudnya kota Mekah..

Bila anak dah remaja, 13 tahun lebih kurang, Nabi Ibrahim datang ziarah, tapi dapat pula wahyu untuk korbankan anak, bukan tinggal kat padang pasir yang lain pula, tapi sembelih macam haiwan korban..

Maka beratlah hati, sebab anak dah besar, apa kata isteri? Dan kemucak ujian datang pula Syaitan menjelma di tiga lokasi, hasut Nabi Ibrahim, isteri, dan anaknya, pertikaikan perintah Allah, sanggup kamu bunuh anak kamu? Sanggup kamu biarkan suami kamu bunuh anak kamu? Sanggu kamu biarkan ayah kamu bunuh kamu dan buat mak kamu menangis?

Ringkas cerita, maka Nabi Ibrahim, anaknya, dan isterinya telah melontar Syaitan dengan batu, di lokasi yang Jemaah Haji melontar sekarang ini, dan mereka bertiga bekerja-sama jayakan wahyu, ibadah korban tetap di buat, pisau Nabi Ismail tolong asah, waktu sembelih mula mula Nabi Ismail suruh ayahnya ikat kaki takut dia lari, tapi waktu nak sembelih, katanya tak payah ikat dia memang tak akan lari, begitulah kisahnya..

Akhirnya pisau tak lut, leher tak putus, Nabi Ismail tak sakit dan siap tolong asah pisau lagi, hakikat kuasa Allah, pisau yang tajam tak bagi mudarat atas daging leher yang lembut, Malaikat Jibril pun datang bawa Qibas dari langit sebagai ganti.. bagitahu Allah dah terima pengorbanan kamu..

Maka hari ini, pergi Haji, akan ada ibadat Sae macam isteri Nabi Ibrahim waktu kena tinggal, akan ada ibadat melontar macam Nabi Ibrahim melontar syaitan, dan akan ada ibadat korban binatang macam Nabi Ismail kena korban..

Lepas persitiwa tu, datang pula wahyu, Allah suruh Nabi Ibarahim dan anaknya bina Kaabah..

Nabi Ibrahim pun bina, dan bila siap, Allah suruh Nabi Ibrahim buat panggilan Haji panggi orang ramai datang dari empat penjuru kaabah..

Walaupun zaman tu takde orang, Nabi Ibrahim pun buat seruan Haji lalu Allah pun sebarkan panggilan itu, hingga beribu ribu tahun kemudian..

“Ayah pun dapat panggilan Haji?”

“Pandai anak ayah, Labaikallah!”

“Berapa kali Ayah akan melontar syaitan di sana?”

"70 kali"

"Banyaknya..."

“Okey, alang alang dah tanya ni, ayah nak bagi tugasan, tolong senaraikan 70 penyakit hati untuk bantu orang niat melontar membuang penyakit hati dalam dirinya”

“Okey kejap ayah...”

Anak lelaki pun duduk bincang tulis 70 penyakit hati, tak sampai sepuluh minit, mereka dah siap, perghhhh dahsyat.

Hebat anak ayah, tahu semua penyakit hati, dari mana korang  dapat ilmu ini?

"Chat Gpt, ayah"

Woha!

No comments: