Jun 4, 2023

Berhutang pergi Haji?

"Dengar cerita Abang keretamayat ada Berhutang pergi Haji? Sedangkan haji ni untuk yang mampu sahaja, jika abang keretamayat berhutang, kira tak mampulah, dan tak wajib,  kenapa menyusahkan diri kepada yang tak wajib? "

Begitulah komen sorang pembaca, Aduhai..

Alkisahnya, Abang keretamayat ni ada beli rumah, beli kereta, pakai hutang.., maka apa salahnya abang berhutang pergi haji?, sebab hutang ni pun sunnah, Nabi pun berhutang, dengan syarat kita mampu bayar ikut akad, ikut perjanjian, maka mampu berhutang, dan mampu bayar hutang, kira mampulah tu, dan eloklah pergi haji bila dah sampai seru..

Jika rujuk fatwa, dibolehkah berhutang pergi haji jika mampu membayarnya…

Dan ada hadis, kita pergi Haji ni Allah akan ganti balik semua belanja, abang mayat yakin, pasti Allah ganti balik, sebab tu abang mayat nak pergi sangat bila dapat panggilan…

Untuk info, abang keretamayat sangat susah nak pinjam duit orang, boleh rujuk kawan kawan, sebab berhutang ni boleh masuk dosa besar jika gagal bayar waktu di janjikan, hinggakan ada hadis, orang mati syahid pun tak boleh masuk syurga jika hutang tak bayar..

Tapi dalam keadaan musim Haji, kos tambang yang agak tinggi, kos nak upah orang jaga anak OKU, kos nak belanja di sana, kos untuk anak anak yang ditinggalkan, kenderaan pulak rosak, , Iron baju rosak, mesin basuh rosak, ,basikal anak patah pengayuh, telefon jatuh skrin retak, selipar tertukar di Masjid, baju sukan anak hilang di asrama, dan lain lain ujian kecil di celah celah kehidupan, maka abang keretamayat akhirnya sampai ke pintu TERPAKSA berhutang..oh…

Tapi, abang mayat cairkan dulu harta yang ada, isteri pergi jual gelang emas, abang pergi jual kereta, (dah cerita Panjang kisah ini) yang mana kereta tak boleh jual sebab rosak, dapat pula call dari Bank Islam nak ajak buat pinjaman peribadi dan abang mayat hampir tergoda.

Tapi Abang doa, YA Allah, hantarkan kepadaku penghutang dari syurga..

Maka di celah celah kehidupan itu, muncul pemberi pinjam dari syurga, terdiri dari adik beradik, beberapa sahabat, dan follower keretamayat yang sudi tawarkan pinjaman tanpa riba, bayaran tak ditetapkan just ikut kemampuan, dan jika berlaku kematian, akan dihalalkan..

Allahuakbar!

Terima kasih pada tuan puan, dan syukur pada Allah kerana kurniakan pemberi pinjam dari syurga kepada saya.

SubhanAllah!

Beri pinjam kerana mampu, dan halalkan jika kematian, inilah contoh pemberi pinjam dari syurga! SubhanALlah!

Belum cerita pemberi hadiah dari syurga, musim haji begini muncul ramai orang yang selamba bagi hadiah, dari dua angka, hingga ada yang sampai empat angka?!

Allahuakbar!

Ringkas cerita, bila ramai datang nak bagi pinjaman tanpa riba, lebih kurang 10 orang, dan bila dikira cukup segala keperluan dengan berhutang.. tambang cukup, belanja di sana cukup, wang nak tinggal kat keluarga pun cukup! Ya, dengan berhutang, akan cukuplah semuanya, huhuhu…

Namun saya azam, nak bayar hutang sebelum pergi Haji, maka berkat rezeki dari Allah, jual Ebook, Jual Tanjak, jual buku, jual gelang emas, jual kereta, jual barang terpakai, dan sumbangan hadiah dari usahawan syurga, maka saya dah bayar semua hutang orang, dari 10 orang tinggal tiga sahaja yang terdiri dari sorang adik beradik, sorang kawan, dan sorang follower keretamayat.

Tiga orang ni memang tak nak saya bayar sebelum pergi Haji, mahu wang mereka digunakan di sana, dan jika ada  apa apa berlaku seperti kematian, akan di halalkan, oh terharunya..

Maka terima kasih tak terhingga pada tuan puan, dan syukur pada Allah kerana di celah celah kehidupan ini, Allah kurniakan pemberi pinjaman dari syurga kepada saya.

Dan saya azam, nak jadi peminjam dari syurga yang mana insyaAllah, segera balik Haji nanti, akan saya bayarkan hutang mereka semua.. akan saya pinjam semangat Siti Hajar berlari dari Safar dan Marwah  yang berusaha keras cari air di padag pasir hingga muncul Zam Zam, maka saya akan usaha keras cari Zam Zam nanti, untuk segera bayar hutang, InsyaAllah!

Untuk itu, saya dah stop semua tawaran pinjaman, yang mana semalam ada adik beradik yang lain datang nak bagi pinjam lagi, saya cakap dah cukup, kawan nak bagi pinjam tanpa riba, saya cakap, terima kasih, dah cukup, dan ada follower keretamayat nak bagi pinjam RM30k, saya cakap maaf, dah tak nak berhutang lagi, maafkan saya,

Tapi jika nak bagi hadiah, sedekah, sumbangan, atau nak beli Ebook Hamka keretamayat, ada tiga tajuk, dengan harga seikhlas hati, saya terima, tapi hutang, maaf, kouta cukup untuk tiga orang itu sahaja.

Saya juga bertetima kasih ada follower nak kirimkan bag besar haji, minta maaf, ada orang dekat dah mendahului bagi pinjam bag, maka bag haji saya dah ada.

Ada yang kirim “baucer” beli kasut dan selipar, Alhamdulillah, saya dah dapatkan selipar untuk saya dan kasut untuk orang rumah yang akan kami gunakan untuk tawaf, wukuf, rukun haji semua,

InsyaAllah.. semoga niat baik kita Allah terima.

Ada yang nak kirimkan kain Ehram, Alhamdulillah, kain Ehram dah cukup, abang saya Haji tahun lepas, ada bagi, terima kasih atas segala niat.

Ada yang kirimkan Sim Card, baik! Saya akan insert Sim kat sana..

Ada yang hadiahkan segugus ubat ubatan.. moha menjadi asbab bertambah sihat..

Dan banyak lagi rezeki Allah datangkan bertalu talu sedangkan saya hanyalah sorang pendosa yang tidak layak untuk mengecap semua nikmat ini, Allahuahkbar..

Dan terima kasih juga kepada semua Usahawan Syurga yang sudi beli Ebook abang keretamayat dengan harga seikhlas hati, hadiah belian anda, sangat-sangat membantu melapangkan hutang dari 10 orang kepada tiga orang, sangat sangat membantu ladang pahala yang terbentang depan mata ini… terima kasih, walau yang beli dengan harga RM1 pun, abang keretamayat ucapkan terima kasih, apatah lagi yang beli dengan harga lebih RM50, terima kasih seluas keampuan Arafah…

Dan terima kasih juga kepada Jutawan Syurga yang sudi beri hadiah Haji tanpa beli apa apa, abang keretamayat tetap minta E-mail mereka, dan hadiahkan Ebook terkini abang keretamayat berjudul Di Bawah Teduhan Kaabah.

Semoga Allah terima segala niat baik kita dan ditakdirkan pula menzahirkannya, Amin..

Ps: Akhir kata, Kepada sesiapa yang ada bukti saya berhutang padanya, tapi tidak dapat surat hutang bertulis dari saya, mohon hubungi saya, tuntut dengan saya segala hutang jika ada, bantu saya pergi Haji tanpa hutang tidak bertulis.

Kepada sesiapa yang beli Ebook Seikhlas hati dan belum dapat, mohon tuntut segera pada saya, bantu saya tidak berhutang sebelum pergi Haji. Woha!

Maka doakan semua bakal haji, dapat pergi Haji, dan dapat Haji Mabrur, dan pulang semula berbakti pada agama, bangsa, dan dunia, serta segera bayar hutang.. Amin Ya Rabbal Alamin..

1 comment:

Anonymous said...

ulamak ahlusunnah bgtau kita..
Tidak disunatkan berhutang utk pergi buat ibadah haji..
tapi hukumya boleh/harus jika nak berhutang(jika cukup syarat)..
Jika dgn berhutang duit kita jadi cukup,hukumnya tetap x wajib juga..sebabnya yg namanya mampu itu ialah dgn harta kita sendiri..
tapi hukumnya boleh/harus jika nak berhutang utk pergi buat ibadah haji(jika cukup syarat)..
So xda masalah la kalo org nak berhutang(jika cukup syarat) pergi haji..hukumnya harus..

Manakala org yg suka/mudah sakiti ketidak afdalan org lain ni rasanya mmg mudah nak jumpa dan ramai yg biasa kena dgn mereka2 ni..kan?contohnya mcm ini la iaitu org pegi haji dgn berhutang,maka ada yg "remeh2kan"/"perkecil2kan"/
"pertikai2kan" dsbgnya..

Tp mereka2 yg suka berperangai begini ni biasanya bila kena kat diri mereka sendiri kat perkara2 tertentu yg mereka sendiri x dapat berbuat dgn afdal lalu mereka pula disakiti tentang ketidak afdalannya..insyaAllah anda akan dapati mereka ni elok je tau wujudnya huraian/fatwa ulamak ahlusunnah..elok je mereka merujuk huraian/fatwa ulamak ahlusunnah tentang hukum/fatwa tersebut..bahkan tidak mengejutkan jika ada mereka yg sanggup "jual" nama nabi saw berhujah dgn hujah yg "janggal" untuk tetap "afdalkan" dirinya dan dia luaskan islam seluas2nya bila kena kat dirinya tidak sepertimana bila kena kat org lain..

Betul x..?biasa kan jumpa mereka2 yg begini?
Apa2 pun semoga kita semua baik2 je akhirnya insyaAllah..