Jun 1, 2023

Kisah kereta lagi?

Abang dah jual belum keretamayat (Exora BOLD) abang tu?”

Oh…Kisah kereta dan Tambang Haji belum habis.. 

Alkisahnya selepas naik Towing kerana OCH pecah tersadai tiga hari, maka kereta telah berjaya di baiki dan pulih seperti sedia kala.. Alhamdulillah

Tak lah seperti sedia kala, dah 10 tahun kan, performence dah tak macam zaman hutang Bank belum habis dulu dulu..

Ujian kereta tak terjual ni kecil sahaja sebab  banyak lagi nikmat yang Ada Allah tak tarik..

Balik jumpa orang nak beli tapi tak jadi sebab dia letak harga rendah sangat tadi..

Kemudian, Depan mata Allah tunjuk kereta Honda baru langgar Myvi baru, Honda kemik pintu, Myvi pecah bumper..

Masing masing tak cedera tapi hati mesti koyak sebab kos naik baiki tinggi, dan dekat nak raya masa sangat sibuk, tak pasal pasal kena lepak dekat bengkel..

Peringatan Buat diri sendiri,

janganlah mengeluh apa yang kita nak tidak dapat tapi bersyukurlah kerana apa yang kita ada masih belum diambil..

Allahuakbar..

Jadi projek jual kereta diteruskan dengan jual harga Kos Haji M40 semasa campur duit poket RM2 ribu.. InsyaAllah

RM15,900 +RM2000

RM17,900. Sahaja

Tahun 2013

Exora FL 1.6L CVT

OCH baru tukar.

RoadTAX hidup.

Kereta dah Okey boleh function macam biasa.

Jujur cakap, Meter dah 300 ribu, agak jauh perjalanan hidupnya menempuh suka duka bersama abang keretamayat..

Woha!

No comments: