Aug 30, 2014
Imam wanita solat jumaat?
(Imam solat jumaat wanita pertama dunia ada di New York,
Amerika, namanya Amina Wadud,sekarang kisah untuk Iman kedua...)
Pada satu hari jumaat, Pengerusi surau telah bergaduh dengan
imam masjid yang juga selaku tok khatib, lalu memecatnya dan ingin melantik
dirinya sebagai imam, tapi tak layak sebab beliau ada kes polis, lalu beliaupun
melantik isterinya sebagai imam baru dan akan baca khutbah jumaat.
Ketua kampong tidak setuju dan mahu imam lama kekal jadi
imam sampai jumaat depan sehingga ada calon yang sesuai, namun imam lama dengan
terpaksa meletak jawatan sebab pengerusi dah tak suka, lalu ketua kampung minta
AJK masjid yang terdiri dari bilal dan tok siak untuk memilih beberapa calon
lelaki.
Bilal menolak sebarang calon dan setuju imam solat hari
jumaat adalah isteri pengerusi sebab mereka menyokong pasukan bola sepak yang
sama, manakala tok siak, yang juga menyokong pasukan bola sepak kegemaran
pengerusi berkata, terpaksa pilih imam wanita berdasarkan konsep tahalluf
siyasi. Ketua kampong bertegas mahu bilal dan tok siak pilih calon lain…,
Bersambung..
Sebelum itu, kepada korang yang terasa pedas dengan cerita
ini dan mula serius nak melenting, pesan aku:
“Ini bukan tempat sini, tempat lain-Woha!”
Aug 23, 2014
Hukum berkabung dan wanita memimpin?
(Almondku tertinggal di London, episod akhir,)
Kisah almond london yang lepas dapat
sambutan menggalakkan di FB, 1000 like (sori kepada otai FB yang selalu dapat
10k like, setakat 1k like pun hamka keretamayat nak kecoh kat blog?, apa ke jadah? Lantak korang
ler, blog aku, suka hati akulah)
So, kali ni aku nak sambung lagi
episod last epilog “almondku tertinggal dilondon”
Balik dari langkawi...
Ketika tabung almond berdiri megah
dimeja dekstop, kelihatan seorang bini sedang baca status Facebook dengan gigih
segigih menggigit bijih almond dalam teras kuih yang diselaputi coklat segar.
“baca apa tu?”
Tanya aku sambil tarik sebuah kerusi
lain, untuk berjemaah dengan bini makan almond dan layan FB.
Sebaik bini habiskan kunyahan serbuk
almond dalam mulut, lalu menjilat hujung jari beliau yang ada kesan coklat,
terus berkata:
“bagus betul FB ni bang, bila ada isu,
terus keluar dalil dan nas, banyak kita boleh belajar”
Aku ambik dua bijik almond london,
masukkan dalam mulut sambil berkata:
“so?”
Kelihatan ada sedikit semburan serbuh
kuih dari mulut aku ketika berkata “so”, abaikan, lalu jawab bini sambil skroll screen
komputer.
“tengok sini, Hukum Tafakkur Dan
Berkabung, ditulis di sini, bertafakkur
dalam Islam tidaklah sama dengan apa yang dilakukan sekarang ini yang dipanggil
‘moment of silence’ (tunduk selama beberapa minit). Namun perbuatan tunduk
selama beberapa minit bagi menghormati orang yang mati tidaklah bertentangan
dengan syarak kerana ia sekadar tanda penghormatan yang bersifat universal dan
tidak melibatkan apa-apa ritual bacaan dan pergerakan yang menyerupai amalan
keagamaan agama lain. Penekanan dalam perbuatan 'moment of silence' lebih
kepada bagi menunjukkan kesedihan, ingatan dan penghormatan kepada mereka yang
telah meninggal dunia.”
Aku ambik sebijk lagi almon london dan
berkata:
“baca lagi, abang nak dengar...”
Sambung bini:
“Asas terhadap keharusan tersebut
boleh diambil dari perbuatan Rasulullah yang bangun menghormati jenazah seorang
Yahudi yang lalu di hadapan baginda atas dasar kemanusiaan. Begitu juga dengan
kisah seorang Sahabat Nabi bernama Qays Ibn Syamas yang pernah menyatakan
hasratnya kepada Rasulullah untuk menghadiri majlis kematian ibunya yang
beragama Nasrani, Nabi membenarkan dan menyuruhnya berjalan di hadapan jenazah
sebagai tanda hormat. (Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Ahkam ahl Zimmah, vol.2 ms.
434).”
“wah, bagus siap ada dalil, sambung
baca lagi”
Puji aku pada artikel berkenaan lalu
capai sebijik lagi almond london.
“saya sambung, berkabung bagi
menunjukkan tanda dukacita kepada orang yang meninggal dunia seperti
mengibarkan bendera separuh tiang dan memakai pakaian berwarna serba hitam atau
suram adalah dibenarkan selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur atau ritual
keagamaan agama bukan Islam yang bertentangan dengan syarak.
Dalam perbahasan
para ulama amalan berkabung banyak merujuk secara khusus kepada apa yang
dilakukan oleh seorang wanita yang kehilangan suami. Istilah yang digunakan
ialah al-ihdad/al-hadad yang bermaksud menahan diri daripada berhias. Menurut
istilah pula, perkabungan memberi erti meninggalkan perbuatan memakai haruman,
perhiasan, celak, minyak, sama ada yang harum ataupun tidak, iaitu yang khusus
bagi tubuh. Namun ia boleh dikiaskan kepada konteks yang lebih besar termasuk
dalam konteks masyarakat dan Negara seperti dalam kes MH17.
Maka keputusan
untuk menetapkan beberapa hari untuk tujuan berkabung adalah termasuk dalam
perkara yang harus. Malah dalam hal memakai pakaian berwarna hitam, terdapat
perbahasan yang mengatakan bahawa Keempat-empat mazhab mengharuskan (iaitu
dalam konteks wanita kematian suami) untuk memakai pakaian berwarna hitam.
(Wahbah al-Zuhayli, Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, jild 7. 662, manakala..”
Bini aku berhenti baca apabila aku
suap almond london ke mulutnya, dengan tangan kiri, aku skroll status lain kat
FB,
“baca ni”
Arah aku pada bini, tapi bini makan
sebijik lagi almond london sambil tersengih, eh? Kenapa ada tahi lalat kat dagu
bini?, rupanya kesan coklat tertenyeh kat dagu, buruk sungguh.
“baca ni pulak”
Arah aku sambil sapu coklat dekat dagu
bini, dan selamba jilat coklat tu ke mulut aku, abaikan babak yang agak geli
ini.
Bini aku sambung baca status FB yang
lain pula:
“Berkabung hanya pada dua keadaan.
Pertama, berkabung dari kematian suami selama 4 bulan 10 hari. Kedua, berkabung
dari kematian salah satu anggota keluarganya, selain suami iaitu selama 3 hari
sahaja. Amalan perkabungan hanya khas bagi wanita sahaja. Manakala kaum lelaki,
tidak disyariatkan berkabung atas kematian. Cuma, ada segelintir ulama yang
mengisyaratkan kepada keharusan berkabung bagi lelaki, dalam tempoh tiga hari
sahaja. (Kitab al-Inshaf 6/279 dan Matolib Uli al-Nuha 1/924) Itupun, hanya
bagi individu yang ditimpa musibah kematian dari kalangan saudara maranya
sahaja. Bukan orang biasa yang tiada pertalian darah atau nasab.
Manakala, adat
berkabung atas kematian pemimpin, dengan cara seperti merendahkan bendera,
memakai pakaian serba hitam, songkok berlilit dan seumpamanya, ia satu perkara
yang tidak ada asas dalam syarak dan tidak didapati sumbernya dalam agama, dan
perbuatan salafus soleh. Malahan, ketika wafat pemimpin paling agung,
Rasulullah SAW, sahabat tidak melakukan perkabungan seumpama ini. Adapun
memakai pakaian tertentu seperti pakaian hitam dan sejenisnya, maka ini tidak
ada asalnya dan merupakan perkara yang batil dan tercela. (Fatwa Nur'alad Darb
- Asy-Syeikh Ibnu Utsaimin hal. 76).
Ini menunjukkan ia tidak syar'ie. Malah
lebih dibimbangi amalan umpama ini diceduk daripada adat masyarakat bukan Islam
khususnya Agama Kristian. Sedangkan kita dilarang tasyabbuh (meniru) adat
mereka.Tasyabbuh (menyerupai) orang-orang kafir adalah haram meskipun tidak
mempunyai maksud seperti mereka, dengan dalil hadis dari Ibnu Umar radhiyallahu
‘anhuma dari Rasulullah SAW ;“Barangsiapa yang menyerupai dengan satu kaum,
maka dia termasuk golongan mereka.” (HR. Abu Dawud). Hadis ini menetapkan
berbagai hal tentang dilarangnya menyerupai orang-orang kafir. ‘Amr bin Syu’aib
telah meriwayatkan dari bapaknya dan dari datuknya bahawa Rasulullah SAW pernah
bersabda:“Bukan termasuk golongan kami orang yang menyerupai kaum selain kami.
Jangan kalian menyerupai Yahudi dan Nashrani.”
Maka amalan berkabung sempena
kematian pembesar atau kerabat istana bukanlah dari ajaran Islam. Bahkan
menyanggahi apa yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW. Mereka yang meninggal pada
hari ini tidak lebih mulia dari insan-insan soleh bermula Rasulullah SAW dan selepas
baginda. Jika kematian mereka pun umat tidak berkabung kerana mematuhi arahan
Rasulullah SAW, apakah kita merasai pembesar dan kerabat yang meninggal pada
zaman ini lebih mulia dari mereka? Sama sekali tidak. Kepada Allah kembali
segala urusan!
“wah, lain fahaman politik, lain pulak
pilihan tafsirannya, baca ni pulak sayang” kata aku yang sedang kunyah almond
london, tapi bini yang baru sambung makan almond london cakap:
“abang pulak baca, saya nak dengar”
Okey, aku pun baca.
“Kita hanya dibenarkan bersedih hanya
3 hari. Untuk isteri yang kematian suami, tempoh berkabung adalah 4 bulan 10
hari. Tidak boleh bersolek atau berhias-hiasan dalam tempoh berkabung. Jika
isteri tidak berkabung sekalipun berhiasan hanya dibenarkan di dalam rumah.
Pakaian tak semestinya hitam atau gelap dengan protokol tertentu. Seperti yg
termaktub di dalam buku teks pendidikn Islam, haram memakai pakaian khusus
tanda berkabung. Bila dilanda musibah sebutlah "Inna lillaahi wa inna
ilaihi rajiun" - Inilah menepati sunnah.Bantu keluarga yang kematian ahli
keluarganya. Beri makanan kepada mereka.
Sudah tiba masanya, Malaysia sebagai
sebuah negara Islam menunjukkan cara berkabung/bersedih menurut syariat Islam,
agar ianya menjadi contoh kepada negara Islam yg lain. Upacara berkabung selama
ini adalah ditiru dari cara agama Kristian dan masyarakat barat yang sewajarnya
kita selisihi. Mengibarkan bendera separuh tiang tiada asasnya dalam Islam.
Mungkin sebahagian pihak berpendapat bahawa amalan pakaian tertentu &
menurunkan bendera separuh tiang adalah skadar adat kebiasaan, maka
terpulanglah kepada mereka. Saya hanya menyampaikan apa yang dinyatakan di
dalam Islam.
“nyam nyam nyam”
Suasana sunyi seketika, hanya
terdengar bunyi gigitan almond memecah sunyi. Aku sambung skroll skreen
komputer.
“tengok, bila ada isu semasa, geng politik
akan guna isu agama untuk menunjukkan kelemahan parti lawan mereka, tapi jika
parti mereka buat silap yang sama, mereka tak pulak guna hujah yang sama,
contoh status hamba Allah kita baca tadi, bersungguh benar mereka tak nak
contohi orang kafir, berkabung ni katanya amalan orang kafir, Barangsiapa yang
menyerupai dengan orang kafir, maka dia akan masuk neraka, tapi jika kita skrol
isu lantik pemimpin wanita macam orang kafir, mereka tak pulak guna hujah yang
sama, inilah kejahilan paling bangang dalam geng politik”
"fatwa kaum kera!"
Krup krup, bunyi bini menggigit almond
london.
“Tadi isu berkabung, baru ni kan ada
isu melantik wanita jadi pemimpin, dan ada ustaz politik cakap boleh walau bercanggah dengan ijma ulamak: ini hujah
mereka dalam status FB:
Wanita dalam saf kepimpinan negara.
Dalam pemilihan kepimpinan, wanita
juga turut dicalonkan. Adakah di sana keharusan bagi wanita untuk menjadi
individu penting dalam saf kepimpinan negara?
Terdapat pandangan ulama yg menegah
wanita drpd terlibat dengan saf kepimpinan. Bukan sekadar kepimpinan negara,
bahkan pandangan sebegini juga menegah wanita daripada memegang jawatan sebagai
hakim mahkamah, menteri dan sebagainya.
Hujah yang dikemukakan antaranya:
1- Sabda Nabi yg menyatakan kepimpinan
wanita tidak akan berjaya.
2- Lelaki adalah pimpinan kepada
wanita.
3- Emosi wanita yg sudah tentu tidak
kuat untuk menanggung tugas sebegini.
Apakah hadis tersebut? Hadisnya sahih
berbunyi:
"Tidak akan berjaya sesuatu kaum
yang meletakkan urusan mereka akan seorang wanita." (Riwayat al-Bukhari,
Sahih Al-Bukhari, kitab al-Maghazi, no hadis 4425)
Hadis ini adalah hadis sahih.
Ibn Hajar al-Altsqalani ketika
menghuraikan hadis ini, beliau berkata maksudnya:
"Dan tegahan daripada wanita
untuk memegang jawatan kepimpinan dan kehakiman adalah pebdapat jumhur
(majoriti) ulama, dan at-Tobari mengharuskannya dan ini adalah riwayat daripada
Malik."
Ini bermakna tegahan itu adalah
kefahaman para ulama, dan kefahaman mereka mewakili sebahagian daripada Islam.
Yang penting, ada kefahaman ulama
mengharuskan wanita memegang jawatan kehakiman.
Bagaimana kefahaman hadis ini?
Hadis ini boleh difahami berdasarkan
sebab dan suasana terungkapnya hadis ini. Antaranya:
1- Sistem pemerintahan di Parsi ketika
itu berdasarkan sistem warisan semata-mata. Tiada sistem syura, mesyuarat dan
seumpamanya.
2- Oleh kerana tiada waris lelaki,
maka anak perempuan iaitu puteri raja dilantik menjadi ketua negara sedangkan
kemungkinan besar puteri tersebut tidak mempunyai ilmu dan pengalaman bagaimana
untuk memimpin negara.
3- Hadis tersebut sebagai satu
motivasi untuk umat Islam menghadapi perang. Ia satu kemenangan moral kerana
Nabi menyatakan bahawa musuh akan kalah.
4- Hadis ini adalah hadis khusus dalam
suatu peristiwa. Ia tidak disabdakan dalam konteks yang umum dan menyeluruh.
Oleh kerana itu, didapati ada fatwa-fatwa kontemporari sudah mengharuskan wanita memegang jawatan kehakiman.
Begitu juga dalam soal pentadbiran
negara. Adakah Islam tidak membenarkan wanita menjadi menteri? Selagi lagi,
tiada di sana nas yg sahih dan jelas dalam masalah ini. Nas sahih mungkin ada
tetapi tidak jelas pengharamannya. Yg ada hanyalah pandangan dan kefahaman para
ulama yg tidak mengharuskan wanita memegang jawatan menteri. Namun ada
pandangan ulama mengharuskan dgn kefahaman terhadap nas yg sama.
Adapaun nas al-Quran yg menyatakan
bahawa lelaki pimpinan kepada wanita, nas tersebut berbicara dalam konteks
rumahtangga. Suami adalah ketua kepada isteri dan keluarganya.
Manakala sudut emosi, sudah tentu
lelaki juga mengalami perkara yg serupa. Perubahan zaman menuntut perubahan
hukum. Hari ini, sistem pentadbiran bukan berdasarkan fikiran seseorang insan
sahaja. Ia berdasarkan mesyuarat, perbincangan dan sebagainya. Keputusan yang diambil
oleh seorang menteri adalah hasil syor oleh pegawai kanan yg berpengalaman.
Tugas sbg wakil rakyat dibantu oleh jentera kerajaan dan para pegawai.
Oleh itu, kembali kapada asal dalam muamalat
bahawa ia adalah harus. Maka adalah merupakan keharusan bagi wanita memegang
jawatan dalam saf kepimpinan negara.
-Sumber: buku Fiqh Kenegaraan -
Siyasah Syariah Negara Kontemporari terbitan Pel Media - m/s 45-48.
Sambil habiskan serdak almond london,
aku baca pula jawapan dari ustaz atas pagar kepada geng politik yang suka guna hukum
harus jika partinya buat amalan orang kafir(lantik pemimpin perempuan), tapi
guna hukum haram jika parti lawan buat amalan orang kafir(pakai baju hitam), so aku copy paste jawapan ustaz atas pagar tu:
“tu dia... terbaik punya dia spin.
"fatwa kontemporari" bukan takat halalkan pempuan jadi pemimpin....
babi pun diorang halalkan... apa nak heran dengan "fatwa kontemporari"
tu? Korang tahu tak, fatwa pompuan tak leh jadi pemimpin ni merupakan ijmak
ulama. saya rasa tuan lebih faham tentang "ijmak" yang dibuat dari
sumber hukum yang sahih,
Selama islam wujud, pernah ke ada
khalifah atau gabenor kawasan jajahan islam dilantik dari kalangan wanita?
selama islam wujud, tidak ada seorang nabi atau sahabat atau tabiin atau tabi
tabiin atau ulama atau mana-mana tokoh islam melantik wanita sebagai
ketua/pemimpin politik di kawasan jajahan islam. so kalau buat jugak, ia bidaah
yang sangat besar yang khilaf dengan semua nabi2 dan semua ulama.
Hadist Nabi
“Tidak akan berjaya/beruntung suatu
kaum yang menyerahkan urusan mereka kepada wanita (mengangkat wanita sebagai
pemimpin).
(Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari,
Imam at-Tirmizi, Imam an-Nasaie’)
Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Kaum lelaki itu adalah
pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka
atas sebahagian yang lain dan kerana mereka menafkahkan sebahagian harta
mereka.” (Surah an-Nisa: Ayat 34)
Saudar islamku, kita sebagai lelaki
wajib TAHU dan JELAS tentang perkara ini.
Wanita Tidak Boleh Menjadi Pemimpin.
Kerana perkara ini samasekali
bersalahan dengan al-Quran dan as-Sunnah sebermula era Nubuwwah hingga kini.
Tanyalah mana-mana Ulama’ muktabar
seluruh dunia, pasti jawapannya tetap sama. TIDAK DIBENARKAN..!!!
Kepada geng politik, boleh rujuk
jawapan ustaz Azhar Idrus yang tidak menyokong wanita jadi pemimpin. I rest my
case.
...
Kuih almond sudah habis. Bini aku
kelihatan bersiap nak pergi beraya dihujung Syawal, ramai kawan buat rumah terbuka. so, akupun tutup komputer dan bersiap juga,
dalam bilik air sewaktu mandi, bermacam macam fikiran bermain di benak aku.
Antaranya, pergi beraya nanti, jika rumah kawan aku tiada Almond London, dapat Popia Simpul pun okey, jugak.
Woha!
Ps: Entry ini sangat deep, orang
politik dinasihatkan membaca dalam keadaan berwuduk untuk meredakan kemarahan
yang datang dari bisiskan syaitan. Wallahu’lam.
Aug 15, 2014
Kuih Raya terbaik- Almond London?
(Kisah deep di sebalik kuih raya Almond London)
Kisah 1:
Bila tetamu datang, bini akan top-up kuih dalam tabung untuk
santapan tetamu dengan pelbagai jenis kuih termasuk Almond London yang di
selaputi coklat siap dengan kacang tabur, serta mengadungi bijian badam rangup
sebagai teras kuih.
Sebaik tetamu pulang, anak anak akan terus berebut habiskan
almond London yang mahal dan sedap itu, Adohai..
Mereka nak makan banyak seperti makan nasi, mana boleh?
Nanti tetamu lain datang, tak kan nak bagi Maruku dan biskut sahaja?,
Lalu akupun merampas tabung kuih dari mereka, dan menghadkan
sorang 2 bijik sahaja, lalu aku ke dapur dan simpan tempat tinggi.
Berjimat dalam memuliakan tetamu adalah amalan yang terpuji.
Macam kisah Sahabat Nabi yang sanggup biarkan anak dan bini lapar asal dapat
tetamu makan dengan gembira, lalu turun ayat al quran yang memuji sifat Ikram
muslimin..
*****
Setelah aku tutup pintu almari bahagian atas yang tinggi,
sempat aku perasan yang Bini aku sedang kagum dari jauh tengok akhlak bapa
misali, akupun membalas senyumannya,
Sebaik bini sibuk melayan kerenah anak, senyap senyap, aku
makan 8 bijik almond London.
Woha!
Kisah 2:
Aku tutup mulut.
Bini tanya soalan aku tak jawab.
Bila bini ulang soalan, aku angkat tangan isyarat “hold”.
Lari ke hujung dapur.
Dan mulai mengunyah Almond London.
Eshh, susah jugak curik curik makan kuih Almond landon yang
semakin terhad di hujung syawal begini,
Adohai..
Kisah 3:
Mula mula kemam coklat, dan biarkan ianya mencair di dalam
mulut sehingga pasak pasak kekacang hilang arah lalu tersebar di celah gigi
menanti untuk digigit lembut, kemudian memamah serbuk kuih dengan perlahan
lahan dan last, gigit slow slow bijih almond.., sambil di tangan ada dua bijik
lagi almond london.. perghhh!
Nampaknya selagi ada stok almond london kat rumah, lambat
lagilah nak habiskan puasa enam, itu yang abang habiskan semua tu sayang!-
Adohai..
Kisah 4:
Bini aku bagitahu dia mimpi sebalang almond london hilang...
Mimpi macam tu pun nak cerita ke? adohai..
Yang peliknya, mimpi bini aku menjadi kenyataan.
Woha!
Kisah 5:
Pernah tak dalam sejarah, ada Laki yang sedang jalan jalan
dekat kedai tiba tiba telefon bini bagitahu ada sales jualan murah.
Mitos? Tahyul?
“Toooot.., Tooot”
“sayang, ada jualan murah ni, abang nak beli ni, almond
London satu balang tak sampai RM10”
Woha!
Kisah 6:
Ada satu teori, jika kita fikirkan seseorang, maka
sebenarnya diapun sedang fikirkan kita.
Mari kita cuba teori ini,
Alkisahnya, sewaktu perjalanan pulang ke rumah, aku terfikir
akan bini aku lalu singgah di sebuah pasaraya nak beli sesuatu kat dia,
Masuk pasaraya dengan ingatan yang tidak lekang pada bini,
aku menuju ke barangan dapur, dan beli satu jag air besar, (sebab bini mengeluh
jag air sedia ada kecil sangat untuk kegunaan keluarga yang dah bertambah)
Bila nak bayar, aku perasan duit cash dalam poket tak cukup,
lalu bertanya pada awek Cashier: Boleh tak guna kad kredit?
Jawab Cashier: Boleh, tapi pembelian mestilah melebihi RM50.
Akupun terus beli beberapa barang yang bini suka seperti air
susu berperisa strawberry, almond bersalut coklat, dan lain lain barangan yang
bini aku selalu beli..
Bila dah bayar semua barangan, tiba tiba SMS berbunyi:
“Wah, bini SMS pulak, betul rupanya teori yang bini juga
sedang fikirkan aku, he he he”
Dalam senyum kegembiraan, aku semak SMS, wajah aku bertukar
menjadi geram:
“TQ for using your Maybankard ending XXXX for MYR53.80 AT
Terus Maju. For ing call num at back of your card”
Kredit card maybank lebih ingatkan aku rupanya?
Hampeh!!
Kisah 7 :
Siapa cakap orang perempuan sahaja yang pandai beli barang?
Korang tahu tak?, Aku rasa sangat bangga hari ni kerana dapat
beli sebalang almond londong dengan harga RM7.50, murah giler!
Walaupun aku amalkan hidup dengan pepatah barat: “If
something sounds too good to be true, it probably is”, tapi almond London ni
coklatnya nampak segar, dan tarikh luput pun lambat lagi, terus aku beli dua balang!
RM 15!
Balik rumah, bini aku cakap, alangkah peliknya ada peniaga
yang nak habiskan stok sanggup jual bawah RM10, sounds too good to be true....
Kemudian, bila kami makan, bangga aku hilang, rupanya kuih
tu tak ada bijih badam pun dalam dia, patutlah murah! Hampeh! Tipah tertipu!!
Ps: “If something sounds too good to be true, it probably is,
please take note, adohai..”
Kisah 8:
"Abang. Jom pi Langkawi"
"Tak nak, nanti habis duit beli pinggan mangkuk!"
"Tapi bang, kat sana banyak "˜almond london"™
bersalut coklat, harga murah tanpa cukai GST"
"Apa? Almond bersalut coklat?, takde GST? awak pergi
bersiap, biar abang pi cucuq duit"
Woha!
Kisah 9:
"Ramai laki di luar sana, bini mereka adalah Kryptonite
terbesar dalam hidup.
Tapi Laki saya lain sikit, Almond bersalut coklat adalah
Kryptonite terbesar!
Woha!"
Ps: Kata Puan N ketika membeli belah di Idaman Suri,
Langkawi.
Kisah 10:
(satu hari di bumi Langkawi)
"Tengok patung burung helang ini, teringat abang pada
patung penyu di Terengganu."
"Eh? Ada ke
patung penyu besar macam ni di Terengganu? Kat mana?"
"Dulu ada dekat bulatan Kampung Ladang, tapi telah di
musnahkan oleh Kerajaan so Call Islamik kerana menyerupai makhluk bernyawa, masa tu kita
belum kahwin lagi"
"Habis tu kenapa kerajaan so call Islamik waktu memerintah lengkawi
tak musnahkan jugak patung ni?"
"....."
"Jom beli almond London lagi"
"Jom"
Woha!
Kisah 11:
“Abang, saya rasa, saya dah tahu akan kepada kerajaan so call Islamik tak musnahkan patung helang dekat lengkawi, tapi musnahkan patung penyu kat Terengganu..”
Wah? Bini ajak sembang isu politik? Layankan jer, lantas tanya
aku..
“kenapa?”
Jawab bini:
“sebab masa mereka pecahkan patung penyu di Terengganu,
waktu tu mereka belum bergabung dengan parti kafir, mereka boleh buat keputusan
sendiri!, tapi sekarang dah bergabung dengan parti kafir, kenalah ikut cakap
orang kafir kot, saya rasalah, tapi jawapan sebenar ada pada ustaz yang sokong
patung diterengganu dimusnahkan”
Aku sambil kunyah almond London, jawab:
“mungkin jugak,.. ingat tak masa kita melancong di ICT Shah
Alam, banyak benar patung kat situ, ada gajah, zirafah, harimau, malahan, patung
Mr Bean pun ada kat Syah Alam”
Bini aku yang sedang menguyahpun buat keputusan:
“Malas saya nak faham apa orang politik fikir, jom habiskan
almond laondon ni lagi baik!
“Jom!”
“Nyam nyam nyam..”
Ps: Orang akan respek pegangan agama kita, jika kita
istiqamah dalam beramal, sama jugak isu politik dan so call islamik, sekejap
haram sekejap halal, hilang respek orang pada agama kita nanti, makin jauhlah
mereka pada islam, ini agak deep, sila take note.
Kisah 12:
Akhir cerita, di penghujung Syawal sebegini, aku dah tak nak
makan almond london banyak banyak, aku nak boikot London sebab sama macam arab
tak tolong Gaza, so sekarang aku beralih kepada kuih jenama tempatan, yang jauh
lebih sedap dari almond london.., iaitu (rujuk gambar)
Ps: Jika korang jemput aku beraya, pastikan kuih dalam
gambar ni ada dirumah korang, Woha!
Aug 5, 2014
Mencari Modal di Neraka?
(Kisah orang nak tikam orang dengan pisau yang tajam,
sebelum itu sila ambil harta pusaka Nabi dulu...)
Andai malaikat ada sifat penat, tentu malaikat akan penat tulis dosa aku...
Malam ini aku rasa mungkin malam terakhir aku hidup di dunia, kerana mati itu boleh datang secara tiba tiba, dan aku rasa, dengan amalan yang sedikit, dan dosa yang banyak, aku rasa jika aku mati aku akan masuk neraka.

Untuk elakkan diri masuk neraka selamanya, aku perlukan
modal untuk merayu kepada Allah, agar Allah yang Maha Mengasihi kasihan pada
aku apabila melihat modal rayuanku.
Lepas solat isyak di surau tadi, ada orang tabligh kat
surau kampung aku ajak buat amalan memakmurkan masjid, iaitu ajak orang muda
yang sedang lepak waktu malam di tepi jalan, datang ke masjid dengar ceramah
atau bacaan hadis.
Aku yang pada mulanya rasa malas, malu dan segan nak
berdakwah pada waktu malam sebegini, terus rasa bersemangat bila mengenangkan
ini adalah peluang untuk dijadikan modal merayu kepada Allah jika aku mati malam
ni dan masuk neraka. (Nauzubillahminzalik.)
Terus aku tawarkan diri untuk sedia turut serta dan dengan penuh
bersemangat melangkah keluar masjid ajak anak muda atau sesiapa sahaja yang aku
temui dijalanan untuk diajak dengar ceramah, al maklumlah akhirat nanti manusia
akan saling tuntut menuntut dengan salahkan orang lain. So yang dah selalu
pergi masjid akan di salahkan kerana tak pernah ajak mereka ke masjid. Jadi dengan
amalan ini aku ada modal untuk merayu pada Allah andai aku tergolong dalam ahli
neraka! Isk!
Lagipun, amalan ini pernah di buat oleh sahabat nabi, seperti
Abu Hurairah r.a yang telah keluar dari masjid, dan pergi ke pasar lalu
berkata: “datanglah ke masjid kerana harta pusaka Nabi sedang
dibahagi-bahagikan”, lalu orang ramai datang ke masjid dan didapati di masjid
ada majlis taklim, halqah iman, dan ceramah agama yang mana itulah ‘harta
pusaka’ Nabi Muhammad SAW.(rujuk al-Awsat dari Imam al-Tabarani)
So, dijalanan, aku jumpa 3 bijik motor dan enam mat rempit
yang sedang lepak, mereka pada mulanya nak lari, tapi setelah aku cerita
tentang kisah sedih anak muda di Gaza yang di bunuh Israel, kisah sedih pemuda
Syria yang dibunuh kejam, kisah sedih pemuda di Iraq yang dibunuh ISIS, kisah
sedih pemuda di Negeria yang dibunuh Bako Haram, maka mereka kelihatan insaf di
tempat kejadian kerana al maklumlah di Malaysia yang aman ini, mereka memilih
untuk berpoya poya, lalu mereka semua ke masjid dan terus di tazkirah oleh
ustaz yang dah sedia menunggu.
Aku juga ketuk pintu satu rumah, keluar lelaki dengan mata
merah, dan aku jelaskan tujuan kedatangan aku sebab nak wujudkan suasana agama
dengan amalan memakmurkan masjid, yang mana dalam hadis menyatakan Allah akan
menurunkan Rahmat dan menangguhkan bala di suatu kampung yang hidup dengan
amalan memakmurkan masjid. Lelaki yang mata merah itu bersetuju untuk turut ke
masjid dan terus beliau di ‘sekolahkan’ ustaz kat sana tentang maksud hidup
tanpa belas kasihan.
45 minit kemudian, ceramah disudahi dengan tasbih kafarah,
dan semua peserta majlis amalan memakmurkan masjid bersurai.
Tidak lupa lelaki yang mata merah mengucapkan terima kasih
kepadaku kerana tadi dia sedang bergaduh dengan kawannya dan sudah sampai ke
tahap nak membunuh, pisau sudah ada di tangan untuk tikam kawannya yang sedang
leka, tiba tiba pintu diketuk dan dia seolah tersedar dari rasukan iblis lalu
membuka pintu dan terus ke masjid dalam keadaaan bingung namun di Rumah Allah,
hatinya kembali tenang dan bersyukur kerana telah terselamat dari fitnah besar
dalam hidup...
Jam 10 malam aku sampai rumah, anak anak sedang belajar
dengan bini ilmu dunia sebab esok mereka nak exam, akupun tak nak ganggu
mereka, masuk bilik dan update status ini.
Enrty ni macam ada unsur riak, (pergi mampus pada diri
sendiri) tapi sebab korang tak kenal aku, dan akupun tak pernah upload gambar
dalam blog, maka bacalah entry ini dengan semangat nak cari modal melalui
amalan dakwah untuk merayu dalam neraka andai korang masuk neraka!
Ketahuilah, kadang kadang kita rasa malas, malu dan segan
nak berdakwah cara macam nabi Muhammad SAW, namun jika korang masuk neraka
sebab dosa banyak macam aku, kurang kurang kita ada modal nak merayu pada
Allah, sebab mati itu datangnya secara tiba tiba.
Langkahan kaki kita ini semakin memendekkan umur, inilah
langkahan maut namanya.
Kemanapun hala tuju kita, tanah perkuburan islam jua
distinasi yang pasti, adakah di sana bakal menjadi taman syurga atau lembah
neraka?
You tell on yourself!
Tutup entry dengan tasbih kafarah!
Ps: Rasa bersemangat untuk amal agama akan datang apabila
mengenangkan ini adalah peluang untuk dijadikan modal merayu kepada Allah jika mati
malam ni dan masuk neraka..,
Hidayat kerja Allah, Siapa yang berdakwah dengan niat untuk betulkan orang lain, maka akan mendapat dua perkara, iaitu marah dan putus asa, berdakwahlah dengan niat menunaikan perintah Allah dengan kerisauan tapi jangan sampai membinsakan diri, ketahuilah, kejayaan dakwah bukan diukur dari orang lain yang berjaya amal apa yang kita sampaikan tapi kejayaan dakwah di ukur apabila kita berjaya amal apa yang di sampaikan.

Pesan pada diri sendiri.
Jul 25, 2014
Menangis di akhir Ramadhan?
(Entry ulangan, jika korang masih menangis dihujung entry, tolong doakan aku mati masuk syurga...)
Dalam kedamaian sahur, dan kedinginan sepertiga malam, setelah selesai melabuhkan tahajjud cinta dan kini tenang menjamah makanan sahur yang menyelerakan…, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…
Mungkin kita terlupa pada isteri Nabi Musa a.s yang kesejukkan di bawah kaki bukit Tsur, bersama anak-anaknya, yang tabah menunggu suami serta ayah mereka, yang telah pergi mengambil api dari puncak bukit, tapi suami yang di tunggu tak muncul tiba, kerana hakikatnya si suami sudah di lantik menjadi Nabi, dan bermulalah sebuah pengorbanan anak beranak demi nikmat berugama untuk diri dan ummat akan datang..…
Dalam kemeriahan kita berbuka puasa pula, sedang asyik menjamah makanan dan menjamu selera…, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…
Barangkali kita terlupa pada Isteri Nabi Ibrahim a.s yang kepanasan dan kehausan, serta kelaparan dan keletihan dalam mencari air di Lembah Safar dan Marwah.. sedang anak masih dalam susuan, lalu tinggalah dua beranak di lembah Mekah tanpa suami di sisi kerana suaminya sedang berkorban demi mencari nikmat berugama untuk diri dan ummat akan datang..…
Hari ini kita bersolat berlangitkan kipas syiling, dan berdiri di atas karpet yang lembut lagi tebal, serta masjid yang sungguh indah saujana mata, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…
Mungkin kita terlupa pada Summayah r.aha yang di tombak sehingga mati kerana ugama ini, atau keluarga Yassir yang turut mati di seksa, atau Nabi zakaria a.s yang di gergaji sehingga terbelah dua atau juga Nabi Yahya a,s yang di pancung kepalanya, semuanya telah terkorban demi kerana ugama!
Sesungguhnya, demi ugama, Allah sanggup melihat kekasihNya terkorban dan terus terkorban dan di korbankan....
Dalam kemeriahan kita semua berbuka puasa, makan bersama kicap cap ‘Bilal’ penyedap rasa, sebenarnya kita telah terlupa pada Bilal bin Rabah yang hayat hidupnya di seksa, di jemur di padang pasir sedang di dadanya di pasak dengan batu sebesar raksasa, saban malam di cemeti bergilir-gilir pula...
Tak lupa juga akan kita yang berbuka dengan roti Khebbab yang enak dan menyelerakan, daging panggang dan roti pital yang empuk.., sedang Khabbab bin Alarat r.a telah di seksa kerana ugama ini, beliau di seret atas bara api sehingga lemak dan darahnya telah memadamkan bara api.. semuanya demi kerana ugama.... berkorban dalam mencari nikmat berugama untuk diri dan ummat akan datang...
Dalam kedamaian sahur, dan kemeriahan berbuka puasa, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa, di sebalik semua nikmat berugama ini, sebenarnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…
Izinkan untuk aku terus titipkan beberapa lembaran kisah mereka yang telah menderita kerana ugama, berkorban dalam mencari nikmat berugama untuk diri dan ummat akan datang..…
Pada suatu waktu di saat zaman dan kurun yang terbaik, terdapat cerita seorang sahabat Nabi SAW yang baru kematian isterinya sedang beliau masih mempunyai seorang anak lelaki berusia 5 tahun, namun sahabat ini telah datang berjumpa Nabi SAW untuk menyertai jihad menegakkan ugama Allah...
Nabi menasihatinya supaya duduk di rumah bersama anaknya yang masih kecil itu.., tapi dia mendesak juga untuk menyertai, barangkali beliau telah tercium bau syurga. Dan Nabi Muhammad SAW telah benarkan beliau pergi..
Si anak yang di bernama Basyir ini pun bukan calang calang budak. Walaupun baru berusia 5 tahun telah sanggup berpisah dan di pisahkan demi semata mata kerana agama Allah.
Malahan si anak-anak para sahabat Baginda ini akan saling berbangga terhadap ayah dan bapa mereka yang telah turut sama menyertai peperangan bersama Baginda SAW.
Allah jua yang mencampak kefahaman dalam diri mereka tentang nilai ugama..
Setelah beberapa masa berlalu, terdengarlah khabar berita akan kepulangan tentera islam dari luar kota Madinah, Nun di sana kelihatan segerombolan habuk dan debu yang berterbangan menjulang ke langit kesan hentakan tapak kaki kuda dan unta milik tentera islam.
Di sempadan Madinah, sebaik kuda dan unta menghentikan tapak kakinya, dan dalam suasana debu debuan yang masih berterbangan, si anak-anak sahabat sudah tidak sabar menunggu untuk bertemu dengan bapa-bapa mereka. Dalam larian kasih sayang, Basyir bin Abarkah telah mendahului kesemua perindu yang lain, walaupun usianya baru 5 tahun, tapi beliaulah yang paling maju, katanya: ingin menyergah ayahnya..maklumlah, Mereka baru belajar erti rindu.
Debu debu pun mulai turun ke bumi. Sedikit demi sedikit terpancullah wajah kuda dan wajah unta yang setia.
Dan debu debu pun masih terus turun ke bumi. Sedikit demi sedikit terlihatlah wajah bapa bapa mereka. Maka si anak mula menerkam si bapa, dan bapa mulai menerpa si anak, mereka saling berpelukan menangis gembira melepaskan rindu dendam. Bapa mana yang tidak rindu pada anaknya? Anak mana yang tidak gembira bertemu bapanya? Lantas terdengar suara takbir di sini sana, memuji Allah sambil menangis kesyukuran..
Memuji Nikmat Allah..
Tidak lama kemudian.. sempadan Madinah itu telah menjadi daerah sepi dan sunyi, yang tinggal hanyalah kesan tapak kaki manusia dan binatang tunggangan. Namun yang terlihat pada waktu dan ketika itu, Basyir budak berumur 5 tahun seorang diri sedang melilau mencari ayahnya. Sudah puas ke kiri dan ke kanan… sudah jauh mata memandang, sudah penat menunggu, namun si ayah yang di rindu, tidak datang-datang!. Tidak kunjung tiba!
Ke mana ayah pergi?
Kenapa masih belum pulang?
Dalam debu debu yang masih tinggal, terlihat satu kelibat lelaki sedang berjalan ke arah Basyir bin Abarkah budak berumur 5 tahun itu,
Lalu si Basyir menerpa lelaki itu kerana disangkanya bapanya sudah pulang. Namun lelaki itu bukanlah bapanya, sebaliknya lelaki itu adalah Nabi Muhammad SAW .
Lantas Basyir bertanya:
Mana ayah ku?.
Lalu Nabi memalingkan wajahnya ke kanan kerana tidak sanggup untuk berkata kata.
Si Basyir lantas bergerak kekanan Baginda dan terus bertanya:
“Mana ayah ku?”.
Sekali lagi Nabi memalingkan wajahnya ke kiri lantaran tidak sanggup untuk menuturkan kata kata sedang air mata mulai berlinangan di pipi. Si Basyir tidak berputus asa dan terus bergerak ke kiri Baginda.
"Mana ayah ku?”.
Lalu Nabi duduk sama tinggi dan menjawab dengan nada sedih dan pilu sedang tangan baginda mengusap rambut Basyir....
“Anak.., Ayah mu telah syahid.”
Air mata anak terus mengalir hangat, di kala darah yang mengalir dari badan ayahnya sudah lama lenyap di telan bumi....
Lantas Nabi memujuk: “Mahukah kamu aku menjadi ayahmu? Aisyah menjadi ibumu, dan Fatimah menjadi kakakmu?”...
Dalam kedamaian sahur kita pagi ini, dan kemeriahan berbuka puasa petang nanti, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa di waktu malam, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah… Sesungguhnya mereka telah mewarnai bumi Mekkah dan Madinah dengan darah..
Disini juga biarlah aku ceritakan kisah Mus’ab bin Umair, yang hidup dalam kesempitan serta kedaifan, pada suatu hari telah berjalan melewati Baginda SAW sedang beliau hanya memakai sehelai kain yang telah koyak di beberapa bahagian. Salah satu bahagian yang terkoyak telah di tampal dengan kulit binatang kerana tidak cukup kain, lalu sambil menangis Rasululullah bercerita kisah Mus’ab bin Umair kepada sahabat yang lain, bahawa sebelum islam, Mus’ab bin Umair adalah anak orang kaya dan hidup dalam kemewahan, di sayangi dan di manjai, hidup ditatang bagai minyak yang penuh, pakaiannya sahaja berharga 200 dirham dan hidup dengan penuh perhatian dari ibu bapa. Tapi sebaik beliau memeluk ugama islam, beliau telah di murkai oleh ibu bapa, di ikat dan di kurung, satu hari beliau dapat melepaskan diri dan lari mengikut sahabat Nabi lalu hidup dalam keadaan zuhud dan miskin.
Di hujung pengorbanan, dalam perperangan Uhud, mayatnya di lihat terbujur tanpa ke dua-dua tangan, di potong musuh selangsung tugasnya yang memegang bendera.., dan baginda SAW telah menutup mayatnya dengan kain tapi tidak cukup lalu di tutup dengan daun-daun Izkhar..
Dalam hidangan berbuka puasa yang enak dan meyelerakan, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa di sepertiga malam, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…
Dan ada juga cerita lain seorang ibu kepada beberapa anak lelaki yang di beritahu tentang kematian suami di medan perang, tentang kematian anak sulung, tentang kematian anak nombor dua dan seterusnya anaknya yang bongsu. Namun, Bila terdengar semua ahli keluarganya mati di jalan Allah dia masih bertenang, tapi bila mendapat tahu anaknya yang bongsu juga mati , si ibu ini terpegun dan menangis…dia dipujuk orang, supaya bersabar dengan ujian Allah..
Tapi si ibu berkata: “janganlah kamu semua ucap takziah pada aku, tapi ucapkanlah tahniah kepada aku, …, aku menangis bukan kerana semua ahli keluarga ku telah mati, tapi aku menangis kerana aku sudah tiada anak lelaki lagi untuk di korbankan di jalan Allah.!”
Dalam kerehatan kita bertarawaikh, dan sedang menikmati juadah more sejurus lepas solat witir, di sebalik semua nikmat berugama ini, sesungguhnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…
Seorang sahabat ketika hendak di campak ke dalam api oleh seorang Raja kafir telah menangis sambil berkata: “aku menangis bukan kerana takut mati, aku menangis kerana aku hanya ada satu nyawa sahaja, seandainya aku mempunyai nyawa sebanyak bulu roma di badanku…maka, satu demi satu akan ku korbankan untuk ugama!!! "
Dalam keseronokkan kita membuat persediaan hari raya, bertepuk tampar, dan saling bergembira, bertakbir di sini sana, di sebalik semua nikmat berugama ini, sesungguhnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…
Mungkin kita terlupa pada awal kerja Nabi di jalankan, ketika Nabi Muhamad SAW keluar dari rumah dengan baju yang bersih, tapi bila petang nanti pulang, baju Nabi sudah kotor, kerana di jalanan beliau di pukul orang, di sepak terajang, di simbah sampah dan di baling batu serta najis..,
Dari celah daun pintu Fatimah r.aha anak Nabi mengintai perlakuan ayahandanya yang tercinta, lalu bergenanglah air matanya melihat penderitaan ayahnya, namun sebaik Nabi pulang, lekas-lekas beluau menyampu air mata dan menyambut Baginda dengan senyuman, menyembunyikan kesedihan diri demi memberi sokongan moral dan sedikit hiburan kepada jiwa luhur bapanya yang teramat tabah itu..
Namun hati anak mana yang tahan melihat ayahnya terus menerus di seksa? Lantas suatu hari beliau telah mengikut di belakang Nabi, melihat perlakuan ayahnya secara langsung, di jalanan beliau melihat ayahnya berdakwah dan di hina, di layan seperti pengemis dan binatang, di sakiti, di caci, di maki, di pukul, dan di baling batu...
Kemuncak penghinaan, ketika Nabi bersolat di hadapan Kaabah, Abu jahal dan sekutunya telah membuang najis dan perut unta ke belakang badan baginda yang sedang sujud.., dengan linangan air mata Fatimah r.aha datang membersihkan najis di badan ayahnya..
Hati mana yang boleh bertahan, lantas di suatu hari yang lain, Fatimah r.a telah menyambut kepulangan Nabi Muhammad SAW dengan linangan air mata., Lalu Baginda bertanya: kenapa menangis?
Dengan air mata yang bergenang, melihat penderitaan ayahnya, Fatimah r.aha berkata:
“Aku menangis kerana ku lihat telah bertukar warna kulitmu dan kotor pakaianmu.., ”
Nabi menjawab...
“Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, satu hari nanti, ugama yang aku bawa ini, akan pergi menuju ke setiap rumah walaupun rumah itu berada di desa atau di Bandar, dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumah seperti tersebarnya malam…”
Maka kita semua pada hari ini, Dalam kedamaian pagi dan ketenangan petang atau kesejahteraan malam, sedang kita menikmati nikmat berugama, mungkin di suatu hari akan datang wakil Nabi mengetuk pintu rumahmu, tidak kira di mana kamu berada, di desa atau di Bandar, dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumahmu seperti tersebarnya malam… dan bukakanlah pintu rumahmu dan pintu hatimu.., kerana mereka hakikatnya sedang menzahirkan hadith Nabi Muhamad SAW.
Ziarah mereka bukan kerana hari raya, atau kerana menuntut hutang, tapi semata mata kerana Allah, mudah-mudahan kamu dan mereka akan dapat menikmati ruang di bawah arashy berkat amalan ini, dan semoga Allah kasihan pada kamu dan mereka lantaran amalan yang mulia ini lalu mengekalkan kita semua dalam iman, dan menyebarkan hidayat ke seluruh alam, sehingga akhirnya kesemua lelaki akhil baligh dapat minikmati solat berjemaah, dan kesemua wanita akhil baligh dapat menikmati solat di awal waktu serta tutup aurat dengan sempurna, kemudian, anak-anak akan taat perintah ibu bapa, dan isteri-isteri akan taat perintah suami dan semua mahkluk akan taat perintah Allah lalu menyembah Allah dengan cara yang paling layak selayak-layaknya Dia di sembah!...
Sesengguhnya, Dalam kedamaian sahur, dan kemeriahan berbuka puasa, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…
Selamat menyambut Lalatul Qadar, Lalilatul Jaizah, dan selamat menyambut Hari raya..
Maaf Zahir dan batin.
Sekian.

Jul 22, 2014
MH17, rahsia di sebalik nombor 17?
(Tanya sama abang keretamayat: Bro hamka. Boleh tolong jawab tak isu nombor2 ni tak?.. )
Copy paste dari FB dan whasapp:
Copy paste dari FB dan whasapp:
"MH17 Penerbangan pertama : 17/7/1997 Penerbangan terakhir : 17/7/2014 Tahun
2014 tolak tahun 1997 : 17 tahun. Ditembak Oleh SA 17 Missile. Kenapa dgn angka
17 ? Something Allah nak bagitahu . Subuh 2 rakaat Zohor 4 rakaat Asar 4 rakaat
Maghrib 3 rakaat Isyak 4 rakaat =17 rakaat.."
Hamka said:
Salah! Jika korang jamak solat sebab musafir, jadi 11 rakaat sahaja, jika bulan puasa korang ikut imam tarawih, 25 rakaaat tak campur witir, so dah jadi 28 rakkaat, jika ikut 20 rakaat, dah jadi 37 rakaat,
Eh? sekejap!, siapa cakap Allah nak bagitahu bilangan rakaat melalui peritiwa nahas kapal terbang yang mengorbankan kesemua 298 orang termasuk 15 anak kapal yang menaiki pesawat tersebut.
Ini sudah masuk katagori berdusta atas nama Allah! Berdusta atas nama Nabi pun masuk neraka, apatah lagi jika berdusta atas nama Allah, Astarfirullahalazim..
Saudara, bab bilangan rakaat solat sudah diterangkan secara tersirat dalam al quran dan secara tersurat dalam hadis. Sudah lama sunni dan syiah berbeza pendapat bab rakaat solat, dan berjuta ummat islam sudah mati dengan bilangan rakkat yang diyakini tapi baru hari ni korang dakwa Allah nak bagitahu bilangan Rakaat? Apa kejadah?
Setakat nak buat teori islamik dengan kaitkan nombor, semua orang bodoh boleh buat bang, Otak yang ada tu lebih baik fikir makna makna dalam Al quran dan kaitkan dengan diri sendri yang banyak dosa atau cari jalan penyelesaian kepada ummat islam yang lemah kerana tidak bersatu. Itu yang terbaik. Adohai..
Aku ulang lagi sekali khas untuk mereka yang bodoh 17 lapis, ketahuilah:

Berdusta atas nama Nabi pun masuk neraka, apatah lagi jika
berdusta atas nama Allah, bertaubatlah kepada sesiapa yang sudah share teori
mengarut ni!
Jul 15, 2014
Bagaimana menggunakan Kuasa?
(Sila take note, ini agak deep)
![]() |
| Oskar Schindler |
![]() |
| Amon Goeth |
Ketika Amon Goeth , salah sorang ketua Askar jerman yang
suka membunuh yahudi secara besar besaran pada perang dunia ke 2 ditanya oleh
seorang bisnesman, kenapa kamu suka bunuh orang yahudi tanpa bicara?
Jawab Amon Goeth: “itulah hakikat kuasa. Mampu membunuh
orang yang bersalah.”
Lalu jawab Schindler si bisnesman tadi:
“Hakikat kuasa adalah bila kita berpeluang membunuh, tapi
kita maafkan, itulah yang aku belajar dari Raja Rom Qaisar, yang mana pernah
ada seorang lelaki ditangkap mencuri, lalu di bawa kehadapan Qaisar, lelaki ini
tahu bahawa hukuman mencuri dizaman itu adalah hukuman mati, lantas lelaki ini meniarap
atas tanah di hadapan Raja Qaisar sambil memohon keampunan, agar nyawanya
dipanjangkan, lalu Raja Qaisar,.. mengampuninya, Itulah hakikat kuasa yang
sebenar Amon, itulah hakikat kuasa...”
Tersinggung dengan teguran bisnesman tadi, jawab Amon Goeth
dengan insaf:
“aku ampuni kamu”
Woha!
Nota kaki:
Allah telah
perintahkan manusia agar menahan marah ketika mampu membalas, malahan Allah
telah lama manahan murkaNYa ketika melihat manusia membuat dosa, padahal Allah
Maka berkuasa menghukum manusia yang bersalah pada bila bila masa, namun Allah memberitahu
secara berulang ulang dalam Al Quran bahawa Dia Maha pengampun, Malahan Rahmat
Allah lebih besar dari semua dosa manusia, andai kita tahu bersujud dan merayu
dalam taubat sebelum menjadi mayat.
Sesungguhnya Allah sangat mengerti Hakikat Kuasa kerana Dia
Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.
Rujukan firman Allah:
“Katakanlah (wahai
Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka
sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari
rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya
Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”
(QS. Az-Zumar: 53)
“Dan juga orang-orang
yang apabila melakukan perbuatan yang keji, atau menganiaya diri sendiri,
mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan
sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah,...)
(QS. Ali 'Imran: 135)
“Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya
sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian dia memohon ampun kepada Allah,
nescaya dia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”
(QS. An-Nisa': 110)
“Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu
melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu dan kami
akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (Syurga)”
(QS. An-Nisa': 31)
“Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri
datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah dan Rasulullah
juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima
taubat, lagi Maha Mengasihani”
(QS. An-Nisa': 64)
“Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada
orang-orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian dia tetap
teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya”
(QS. Thaha: 82)
“Demi sesungguhnya
telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah salah satu
dari tiga tuhan. Padahal tiada Tuhan melainkan Tuhan Yang Maha Esa dan jika
mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang
yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi
sakitnya. Oleh itu tidakkah mereka mahu bertaubat kepada Allah dan memohon
keampunannya? Padahal Allah Maha pengampun, lagi Maha Mengasihani”
(QS. Al-Ma'idah: 73-74)
Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Allah Yang Maha Tinggi berfirman: "Wahai anak
Adam, sesungguhnya jika kamu berdoa kepada-Ku dan mengharapkan- Ku maka Aku
akan mengampunimu atas semua dosa yang kamu lakukan, dan Aku tidak peduli.
Wahai anak Adam, andaikata dosa-dosamu itu sampai ke puncak langit kemudian
kamu meminta ampunan kepada-Ku nescaya Aku ampuni dan Aku tidak peduli. Wahai
anak Adam, seandainya kamu datang kepada-Ku dengan dosa yang besarnya seisi
bumi seluruhnya, kemudian datang menemui-Ku dan tidak menyekutukan Aku dengan
yang lain nescaya Aku akan datang kepadamu dengan ampunan yang besamya seisi
bumi seluruhnya."
Hadis lain Rasulullah bersabda,
"Sesungguhnya Allah membentangkan tangan-Nya pada malam
hari agar orang-orang yang melakukan dosa pada siang hari bertaubat dan Dia
membentangkan tangan-Nya di siang hari agar orang yang melakukan kesalahan di
malam hari bertaubat, hingga nanti ketika matahari terbit dari arah
barat."
Dalam sebuah hadis qudsi disebutkan:
"Wahai hamba-hamba- Ku, sesungguhnya kalian melakukan
dosa di malam hari, sedangkan Aku mengampuni semua dosa. Maka, mintalah kalian
semua ampunan kepada-Ku, nescaya Aku akan mengampuni kalian."
Ps: Sila Take note, pesan pada diri sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)