Apr 10, 2023

Syurga isteri waktu bersahur?

Syurga wanita lebih Tinggi?

Alkisahnya nampak isteri penat lepas Tarawih, saya cakap jom ngeteh kat luar sambal bungkus terus lauk untuk sahur besok?

Isteri kata takpe bang, simpan duit nak pergi Haji… saya dah prepare nak masak apa waktu Sahur..

Alkisahnya bulan puasa begini, pemandangan terindah adalah bila Bangun pagi hari, bini dah siapkan juadah sahur. Anak lima orang, memang banyak juga juadahnya,

Jadi lepas sahur, saya nampak pinggan mangkuk penuh singki, lantas saya niat dan azam lepas solat subuh nak tolong bini basuh pinggan mangkuk, saya perasan bilik tidur pun bini tak sempat kemas sebab bergegas masak sahur, jadi lepas balik solat subuh berjemaah nanti saya nak tolong kemas bilik, oh ye, ruang tamu juga bersepah dengan mainan anak, dan kain tanjak, pun saya nak kemas nanti.

Pendekkan cerita, balik solat subuh, saya nampak bini sedang jemur baju di halaman rumah, kami berbalas senyum dan salam. Lalu saya tinggalkan bini bertemankan ampaian baju sebab saya nak tunaikan janji pada diri sendiri tadi.

Parking motor dekat belakang, masuk ikut pintu dapur,

Tapi saya tengok singki dan bersih, pinggan mangkuk semua dah cuci. Saya masuk bilik, semua dah kemas, ruang tamu semua dah kemas.

Satu kerja pun bini tak tinggal kat saya.

Oh… orang perempuan…,sungguh keindahan Ramadan ni adalah isteri yang baik, bab kata hadis: dunia ini adalah hiasan, dan sebaik baik hiasan adalah wanita solehah.

Saya bersyukur atas nikmat islam, nikmat ramadan, dan nikmat hidup berteman.

Saya rasa syurga bini kita semua nanti akan jauh lebih tinggi dari saya yang hina ini.

Sayapun pergi tolong bini jemur baju, sambil menyanyi lagu Search berjudul TEGUH

*****

Engkau hukumlah aku menanti

Dengan relanya kutanggung semua

Berikan aku

Rahsia keteguhan cintamu

*****

Lepas jemur baju, bini pergi lipat kain baju berbakul bakul, sayapun tolong lipat sama, sambil-sambil itu, saya tanya bini bab khidmat, kenapa awak sanggup buat semua kerja rumah tanpa tinggal kat Abang pun?

Jawab Puan bini:

“Abangggg, saya buat kerana Yakin dengan Janji Allah, isteri mudah masuk syurga jika taat suami, lagipun banyak dengar ceramah ustaz tabligh cerita tentang kelebihan berkhidmat pada ssuami, Antaranya,

Apabila seorang suami pulang kerumah dalam keadaan letih dan isterinya melayani dengan baik maka mendapat pahala jihad.

Seorang isteri yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak lena karena menjaga anak atau suami yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba sahaya.

Lepas tu pulak, Isteri yang melihat suaminya dengan kasih sayang, maka akan Allah pandang mereka dengan penuh rahmat.

Kemudian, Isteri yang menyapu lantai dengan berzikir pula akan mendapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.

Lagi? Isteri yang memicit kepala suaminya tanpa disuruh baginya pahala 7 ketul emas, kalau di suruh?dapat pahala 7 ketul perak.

Nak lagi? isteri yang berkhidmat tanpa derhaka dalam hati, mendapat pahala seperti solat selama 12 tahun, lepas tu, isteri yang menjaga solat di awal waktu, puasa ganti cepat cepat, dan taat pada suami, maka Allah SWT mengizinkannya memasuki syurga dari pintu mana saja yang merekasuka..

Lagi yang saya ingat,  Isteri memasak lalu terkena bahang dapur akan di jauhkan api nereka, isteri jemur baju maka matahari akan berdoa keampunan dan akhir sekali isteri akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari suami dan menjadi ketua bidadari yang mana lebih cantic dari semua bidadari hingga suami tak selera tengok bidadari sebab ketua bidadari cantic sangat!

Woha!

Lagipun abangkan penulis, jika abang tolong saya, maka hanya saya sorang mendapat manfaat, tapi jika abang menulis, beribu ribu orang dapat manafaat. Allah juga dah bagi lima anak yang sangat rajin, walau anak ramai lelaki, semua rajin tolong Bondanya, jadi abang teruskan menulis, sebar kebaikkan dengan ilmu yang bermanfaat..

Oh terharunya bila isteri cakap macam tu, maka saya jawab..

“Baiklah sayang, abang syukur dapat isteri yang Yakin dengan Janji Allah, rajin tanpa syarat, maka, nak minta abang tolong apa apa, bagitahu jer, nak beli apa apa, insyaAllah abang sediakan, last, ada apa apa pesan awak kepada semua folowers keretamayat? Abang nak tulis..”

“Ok pesanan saya buat semua isteri diluar sana… bersyukurlah dipilih oleh Allah menjadi wanita islam di Negara Malaysia…

Kadang kadang cuba kita fikir, apa bezanya kita wanita Malaysia?, berbanding dengan wanita di Negara miskin seperti Bangaladesh, Kemboja, Burma, Pakistan dan lain lain pendalaman di Negara ketiga..

Mereka hidup dalam keadaan letrik tak ada, air kena ambik dari telaga, baju kena basuh dekat sungai, susu kena perah dari tetek lembu, masak roti guna tahik lembu sebagai bahan bakar, tepung kena tumbuk dengan batu.., tidur hanya di atas tanah dan rumah di buat dari tanah liat, dan mereka hidup sepeti ‘hamba’ kepada suami masing masing, lepas tu jika silap mereka akan di rotan, dan malam hari masih ada kerja dari suami kepada isteri, rumah tiada Astro, DVD, atau kalkulator..,

Cuba kita fikir lagi, kenapa mereka di lahirkan di sana sebagai wanita yang hidup dalam Negara miskin? sedang kita rakyat Malaysia hidup mewah, air keluar dari kepala pair siap dengan penapis lagi, mesin basuh automatic, dapur ada blower, berhabuk sikit boleh vacuum, atas kepala ada kipas dan air cond, TV ada remote, tidur atas tilam empuk, duduk dalam rumah batu, ada internet dan boleh baca blog keretamayat hari hati..

Maka Bersyukurlah jadi wanita Malaysia dan bersyukurlah dapat berkhidmat pada suami dalam Negara yang aman ini.., Allah dah takdirkan kita jadi wanita di Malaysia, sangat sangat bersyukur dengan nikmat menjadi Islam di negara yang Aman, Alhamdulillah

Bersyukurlah! Yang mana bila bersyukur, semua kerja rumah menjadi sangat mudah!

Satu lagi, Berkhidmatlah pada suami dengan sangkaan yang betul iaitu kita yang berhajat pada suami, bukan suami berhajat pada kita, kerana wanita itu mulia dan mencapai darjat yang tinggi di syurga adalah melalui amalan berkhidmat, dan kita dapat member khidmat kerana kita ada suami, tanpa suami kita tak dapat nak khidmat, maka kitalah yang berhajat pada suami dalam memberi khidmat yang seterusnya akan menaikkan darjat kita di Akhirat! subhaAllah!

Sesungguhnya, isteri yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah semua pintu-pintu neraka dan terbukalah pintu-pintu syurga.

Maka masuklah korang dari mana-mana pintu syurga yang dikehendaki tanpa dihisab...

Nikmat mana lagi yang kita dustakan?

Sekian...

Ps: Begitulah pesanan isteri abang kepada semua pembaca, abang mengaku, abang edit sikit pesanan bagi kemas sikit sebab abangkan penulis! Woha!

Doakan kami suami isteri terpilih mendapat haji Mabrur Tahun ni, terima kasih juga kepada semua sahabat yang sudi beri pinjaman Haji, InsyaAllah pulang dari Haji kami akan bayar ansur ansur sampai selesai, semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Amin.

iklan sikit

Link beli Tanjak jahitan isteri saya http://www.wasap.my/+60199117163/Tanjak

Link beli Ebook http://www.wasap.my/+60199117163/2ebook

Link beli Buku?http://www.wasap.my/+60199117163/Buku

No comments: