Alkisahnya nampak isteri penat lepas Asar, saya cakap jom Berbuka kat luar hari ni?
Isteri kata takpe bang, simpan duit nak pergi Haji… saya dah
prepare nak masak apa waktu berbuka…
Baiklah, Anak lima orang, memang banyak juga juadahnya,
sungguh bulan puasa begini, orang islam akan dapat suasana gembira waktu
berbuka, meriahnya lain macam.
Kalau boleh hari hari nak bulan puasa.
Jangan salah faham, bukan bab makan sahaja best, bab pergi
surau masjid penuh rasa best, baca al quran rasa best, tidur pun best, apa
apapun best, mungkin sebab syaitan diikat jadi suasana puasa ni dia punya
hening dan damai, lain macam, bagai kicau burung di pinggi kali bersama kelopak
bunga berkembang mekar di selangi kepakakan perlahan si rama rama bewarna indah
dibawah lambaian Pelangi, chewah…
Jadi lepas berbuka, saya nampak pinggan mangkuk penuh
singki, lantas saya niat dan azam lepas balik solat berjemaah maghrib disurau,
saya nak tolong bini basuh pinggan mangkuk,
Alhamdulillah surau kami sejak bulan puasa lewatkan iqamat
20 minit, agar semua orang kampung dapat juga dua Sunnah, iaitu sunnah berbuka
puasa segera dan sunnah berjemaah tempat azan di azankan..
Susungguhnya, janganlah kerana satu fardu kita abaikan fardu
yang lain…
Dan Janganlah kerana rukun Islam ketiga kita abaikan rukun
islam kedua.. oh…
Semoga kita semua terpilih menjadi lelaki yang memakmurkan masjid
Allah terutama dibulan puasa, amin…
Alkisahnya , Lepas solat maghrib Ada jemaah tanya bab
persediaan Haji, nak pinjam duit tak? Oh malu rasanya bila bercerita bab duit..
InsyaAllah sampai masa nanti semua cukup!
Pendekkan cerita, balik solat maghrib, saya nampak bini
sedang mengaji diruang baca buku, kami berbalas senyum dan salam.
Lalu saya tinggalkan bini bertemankan halaman Al quran sebab
saya nak tunaikan janji pada diri sendiri tadi.
Tapi bila saya masuk dapur,
tengok singki dan bersih, pinggan mangkuk semua dah cuci. Meja semua dah
kemas, ruang tamu semua dah kemas. Aduhai..
Satu kerja pun bini tak tinggal kat saya.
Oh… isteriku…, sungguh keindahan Ramadan ni adalah isteri
yang baik, bab kata hadis: dunia ini adalah hiasan, dan sebaik baik hiasan
adalah wanita solehah.
Saya bersyukur atas nikmat islam, nikmat ramadan, dan nikmat
hidup berteman.
Akan ku bawa kamu isteriku kehalaman Masjidil haram! Amin…
Jauh di sudut hati, Saya rasa syurga para isteri yang rajin
berkihdmat akan jauh lebih tinggi dari saya yang hina ini.
Sayang…, duduk syurga atas, jangan lupa ziarah abang yang
duduk syurga bawah ni.
Sob sob sob…
Selamat menikmati Ramadan.
Awas!, link shopee mungkin menyusul!
Woha!
*****
Abang belanja link Shopee sebab ada yang bertanya..
Buku Taklim di Rak putih, https://shp.ee/84kgvtm
Rak buku putih
Kerusi wingchair baca Taklim https://shp.ee/hkm97d9
Meja pasu bunga cermin: https://shp.ee/pjhtdsm
Pasu bunga emas,:
Link tanjak Woha! https://shope.ee/2AdriaqX
No comments:
Post a Comment