Alhamdulillah, saya masih mampu “rampas” telefon dari anak anak sewaktu di meja makan.
Doakan saya mampu “rampas” telefon mereka tanpa “merampas
kasih sayang” dari mereka…
Alkisahnya, Jika kita lihat satu keluarga, sedang makan di
restoran, semua tutup aurat elok elok, dan mendapati di meja itu ada suasana
kasih sayang, yang mana tiada kelihatan anak anak main telefon sewatu bersama,
dan si ayah kelihatan menguasai meja, dibantu isteri tercinta, maka yakinlah
kita bahawa keluarga itu sedang mendapat lima nikmat hidup yang besar.
Fahami lima nikmat hidup maka mudah kita utamakan ikut
keutamaan, dan boleh kita lihat nikmat ini pada sebuah keluarga di meja makan
restoran
Saya hintung dari tahap ke lima dahulu..
Nikmat hidup terbesar tahap Kelima, adalah nikmat masa
lapang, mereka ada masa lapang, kerana itu lah mereka boleh makan Bersama di
restoran.
Keempat, nikmat hidup terbesar adalah mempunyai sumber
rezeki, mereka ada duit, kerana itu lah mereka boleh makan Bersama di restoran.
Ketiga, nikmat hidup terbesar adalah kesihatan, mereka semua
nampak berselera, sebab tu tengok air semua manis manis, makanan semua lazat
lazat, alhamdulillah nikmat dapat makan sedap.
Kedua, nikmat hidup terbesar adalah berkasing sayang, mereka
semua tak bertengkar atau bergaduh, sebab jika ada masalah tentang kasih
sayang, mereka tak akan dapat makan Bersama dengan ceria.
Dan last! NIkmat Pertama, nikmat hidup terbesar adalah
agama, ayah kelihatan menguasai meja, isteri bantu suami, dan anak anak respek
pada ibu bapa, bila ayah berkata kata, semua anak mendengar, dan jika dipasang
telinga, ayah rupanya sedang bagi tazkirah santai di meja makan.
Tahniah kepada keluarga itu, anda semua sedang mendapat lima
nikmat hidup terbesar iaitu, MASA LAPANG, SUMBER PENDAPATAN, KESIHATAN, KASIH
SAYANG EKELUARGAAN, DAN KEAGAMAAN.
Bab masa lapang, Bayangkan jika kita hidup tanpa masa
lapang, maka takdelah ruang untuk bekarya, untuk hoby yang manfaat, untuk
tambah pendapatan, untuk tambah nilai cinta, untuk tambah keluasan syurga,
hargailah masa lapang kerana masa itu akan berlalu dan tidak akan kembali lagi.
Bab sumber pendapatan, Bayangkan jika kita hidup miskin,
hidup susah, hutang keliling pinggan, aduh… menjadi miskin tidak haram tapi
menyusahkan orang itu haram, berhutang tidak haram, tapi jika tak bayar mati
syahid pun tak dapat selamatkan diri dari dosa hutang, dan menjadi kaya juga
tidak haram maka usahakanlah jadi kaya dan bantu orang susah.
Sungguh Rukun Islam ada dua tempat perlu pada harta iaitu
zakat dan haji, maka jangan takut menjadi kaya, sebab takut Dengan wang kita
mungkin tak boleh beli kebahagiaan, tapi ingatlah dengan miskin kita boleh
memdapat penderitaan secara percuma. Take noted.
Bab Kesihatan pula, Bayangkan jika kita hidup tanpa
kesihatan? Terlantar sakit lumpuh, tak boleh makan macam biasa kena makan
bubur, atau bayangkan setiap hari kena ke hospital tukar darah, atau apa apa
sahaja penyakit, jika boleh di elak, elakkanlah, jika dah takdir kita kena
penyakit, kasih sayang dan agama akan bantu kurangkan beban penderitaan. Insya-Allah
Jadi mari usahakan Kasih sayang dalam keluarga, pernah
bayangkan jika kita hidup tanpa kasih sayang?
Bangun pagi takde orang kejut, balik rumah takde orang
tunggu, makan takde orang layan, dan tidur malam takde orang teman, adakah itu
kebebasan atau kesunyian? Berapa lama manusia mampu hidup tanpa kasih sayang?
Check balik, rupa-rupanya Tak ada orang sayang kita sebab
kita pilih untuk bergaduh dengan ibu bapa sejak remaja, bergaduh dengan
pasangan waktu bercinta beum kahwin lagi, bergaduh dengan anak anak hal remeh,
bergaduh dengan kawan hal politik, bergaduh dengan jiran hal sempadan, lepas tu
kita sangka kita akan bahagia?
Nabi Adam dalam syurga pun merasai sepi tanpa cinta lalu
minta Allah teman hidup, maka apatah lagi kita yang hidup dalam penjara dunia,
amat sangat memerlukan cinta. Terima kasih kepada semua yang sudi mencintai
diri ini, sungguh cinta sesama manusia akan menutup aib kita selepas mati.
Lats paling penting, bab agama, bayangkan jika kita hidup
tanpa Agama? Maka kita tak dapat jawab soalan dari mana kita datang dan kemana
kita pergi? Dan apa tujuan hidup kita? Sebab alam ini terlalu besar untuk kita
mencari jawapan dengan kaki sendiri, Lalu kita isi jawapan tu dengan falsafah
hambar dan sampai satu masa, bila berdepan dengan maut, falsafah kita takde
jawapan langsung nak menghadapinya, aduhhh.
Sungguh agama itu adalah nikmat hidup diwaktu senang, di
waktu susah, di waktu sakit, di waktu mati dan di waktu hidup selepas mati,
terima kasih Allah sebab pilih saya jadi orang Islam, pilih saya solat, puasa,
bayar zakat dan pergi haji, terima kasih, hidup ini sungguh indah bila dapat
MenyembahMU dengan cara yang paling layak Engkau di Sembah. Alhamdulillah!
Eh? Tadi waktu nak bayar, dah ada orang bayarkan?, Ohh.. Ok,
anak anak, makan cepat cepat, jap lagi nak azan, kita solat berjemaah, awal
waktu tempat azan di azankan.
Ps: Semoga saya sendiri dapat amal apa yang saya tulis,
korang dapat amal apa yang di baca, dan kita semua woha sampai syurga!
No comments:
Post a Comment