Ayah mana tak sayangkan anak?, maka demi kesihatan masa depan, saya bawa anak syurga Autisme saya, pergi cucuk Vaksin.
Alhamdulillah, semuanya lancar.
Lebih meriah, PPV di buat dalam Mall, anak terus teruja.
Sampai sana tunggu tak lama terus dapat giliran.
Lepas cucuk, ruang memantau kesihatan ada permainan,
seronoklah si anak bermain sambil di pantau selama 15 minit, kemudian dapat
pula naik keretapi elektrik percuma, tunjuk kad vaksin, terus pihak PPV
belanja, anak seronok beronok ronok.
Penat main keretapi, anak dibelanja pula KFC, Alhamdulillah,
sihat dan berselera makan Ayam goreng peha.
Sebagai bapa anak lima orang, semua dah cucuk vaksin, anak
sulung di Universiti bagitahu dah lengkap dos vaksinya semalam. Alhamdulillah.
Ada yang bertanya, kenapa pilih vaksin dalam ikhtiar?
Jawapannya, sebab ikut peredaran zaman, kerana Saidina Umar
sahabat Nabi ada pesan, supaya didik anak sesuai dengan zaman, jika zaman
dahulu Abu Hurairah cerita ubati sawan dengan pijak kaki di leher, maka zaman
sekarang, ubati sawan dengan ubat-ubatan anti-epilepsi, begitulah.
Zaman dulu bersunat caranya rendam sungai jam enam pagi nak
bagi sejuk agar tak sakit waktu gunting hujung, zaman sekarang sunat pakai bius
jer.
Zaman dulu cabut gigi dengan ikat pada tali dan rentap!,
zaman sekarang guna alatan canggih tak terasapun.
Bab wabak pula, zaman dulu pakai baju besi atau baju kulit
binatang seluruh tubuh, zaman sekarang, guna vaksin jer insyaAllah.
Apapun cara ikhtiar, selagi halal teruskan, sambil dalam
hati tetap mahu yakin, bahawa manfaat dan mudarat semuanya datang dari allah,
kita hanya ikhtiar dan bertawakal.
Semoga semuanya Woha sampai syurga.
Video anak vaksin sambil di tazkirah oleh ayahnya:
No comments:
Post a Comment