Feb 18, 2022

Kita ada Allah?

Kita ada Allah?

Ayat ni selalu orang sebut bila susah, atau ada orang zalimi kita, maka ada orang pujuk, “Kita ada Allah” tapi apa buktinya kita faham tentang kalimah “Kita ada Allah”?

Waktu sakit terus makan ubat langsung tak berdoa, adakah betul kita ada Allah?

Waktu takde duit hati susah rasa penat, Nampak duit masuk terus gembira dan hilang penat? Betul ke kita ada Allah?

Tepuk dada tanya Iman…

Maka nasihat saya kepada semua insan yang sedang susah hati, yang sedang risau, yang sedang takut.. jangan susah hati, jangan risau, jangan takut.. sebab?

Selagi ada malam, maka semua masalah akan selesai..,

Ya betul, susah macam manapun hidup kita, selagi dunia ini berputar, maka munculah waktu malam, dan Selagi ada malam, maka semua masalah akan selesai.., kenapa?

Kerana Allah Bersumpah demi waktu malam..

Apa ada di waktu malam? Allah bagitahu bahawa Allah telah ciptakan malam untuk manusia berehat.

Jadi kepada mereka yang sedang penat dalam ujian hidup…, relax, jangan susah hati, jangan risau, jangan takut..

Selagi ada malam, maka semua masalah akan selesai.., InsyaAllah..

Berilah berinta gembira ini kepada semua orang islam, bergembiralah dengan malam kerana ada rehat didalamnya.

Rehat yang bagaimana?

Rehat dalam solat tahajjud yang dikerjakan dengan perlahan dan relax, dan doa panjang panjang sambil menangis.. perghhh, segala masalah pasti akan selesai!

Alkisahnya, Kita ni bila ada masalah, selalu sangat kita kurang punyai ilmu atau ilham akan cara terbaik nak selesaikan masalah,

Kita tahu, masalah semua orang ada, tapi jalan penyelesaian terbaik tu kita buntu, itu yang susah hati., normalah tu. Semua manusia macam tu.

Nabi dulu bila ada masalah Allah bantu dengan wahyu. Tapi sebelum wahyu nak datang, Nabi  Muhammad SAW hari hari bertafakur di waktu malam.

Maka kita yang berada di zaman Islam telah sempurna, lalu wahyu terhenti, tiba tiba sewaktu kita susah resah dengan ujian hidup, ada tak rasa nak bangun malam dan mengadu pada Allah?

Ingatlah, walaupun wahyu telah berhenti, tapi “Kita ada Allah”

Sesungguhnya sesiapa yang solat tahajjud, doa panjang panjang sambil menangis, baru betul “Kita ada Allah”!

Pengalaman hidup saya, samalah macam korang semua, akan tiba satu waktu, macam macam ujian hidup menimpa diri, hingga dada rasa sempit, hati rasa gelisah, langit rasa rendah, dan bumi macam nak telan kita, tapi takpe, hari masih siang, saya hanya perlu sabar jap, masuk waktu malam nanti, segala masalah saya akan selesai.

Ingat ayat ini: Selagi ada malam, maka semua masalah akan selesai.., Sebab “Kita ada Allah”

Betul ni, Allah dah buat temu janji dengan semua manusia disepertiga malam, Allah akan “turun” ke langit dunia, maka bila ada masalah, nak tidur pun tak lena, jadi jam tiga pagi, bangunlah, rendam telur dua biji dalam air panas, lepas tu mandi bagi badan rasa segar, lepas mandi pakai pakaian solat terbaik, macam hari raya, serban, jubah, minyak wangi, atau kain telukung sitikahatijah bagi permepuan, lepas tu telur tu pecahkan, makan macam sahur, minum air panas kegemaran, sebab nak solat nanti tak nak diganggu bunyi perut lapar.

Kemudian dalam 3.30 pagi, dah boleh mula start solat hajat 12 rakaat, lepas dua rakaat, salam, dan doa pendek nak masuk syurga, kemudian sambung lagi solat, lepas empat rakaat, duduklah berdoa panjang panjang, ceritakan semua masalah kamu pada Allah, cerita macam borak dengan kekasih, bisik-bisik sambil menangis, merayu, merintih,..

“Ya Allah, saya hina banyak dosa.., sob sob, banyak nikmat kau beri, tapi hari ni ada sikit ujian, sob sob.., saya yang akan penat mangadu nanti, sedang Kau Maha Mendengar, sob sob,, masalah saya begini, sob..sob.., okey tak jika saya buat begini.. sob sob.., mohon kuatkan hati untuk berani buat begini begini.. sob sob…”

(30 minit kemudian)

Lepas dah habis mengadu, air mata pun dah kering, bangun dan solat lagi, faham makna bacaan sangat membantu, lepas tu doa lagi.

Habis 12 rakaat, boleh tutup dengan solat witir satu rakaat.

Dan pasti sangat pasti, InsyaAllah, sebaik habis solat, waktu itu rasa tenang setenangnya, malam menjadi sangat indah, bintang berkelip indah, bulan rasa macam dekat, udara sangat nyaman, oksigen rasa sangat sedap, dan bertalu talu ilham nak selesaikan masalah datang berduyung duyung, macam wahyu mengalir masuk otak, jika waktu sedih sebelum ini kita rasa takut nak hadapi hari esok, sekarang rasa tak sabar nak tempuhi hari esok.

Woha!

Hari esok!, jalan mendekatkan diri ke syurga akan terbentang! Ladang pahala yang sangat subur sedang dibuka, Ayuh bangunlah wahai semua jiwa yang sedang menderita, nikmatilah malam ini, dalam solat sepertiga malam. Nikmatilah malam ini, maka esok akan menjadikan langkahan kita semakin hampir ke syurga.

Pesan Nabi: “Sesungguhnya pada satu malam ada satu waktu, tidaklah seorang muslim itu memohon kepada Allah akan sesuatu kebaikan daripada urusan dunia dan akhirat, melainkan Allah SWT akan memperkenankannya. Demikian itu berlaku pada setiap malam.”

Pesan Allah “Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah (solat tahajjud) padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkitkan serta menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.”

Jadi kepada semua orang yang PM saya cerita apa sahaja masalah anda, inilah jawapan yang Allah telah berikan dalam Al quran, saya tulis balik sini agar senang copy paste.

“Kita ada Allah”!

Sesunguhnya, wahai semua orang islam, selagi ada malam, maka semua masalah akan selesai.., kerana “Kita ada Allah”!

Semoga  Woha sampai syurga!

No comments: