Adakah anda termasuk orang yang ‘dihina’ dalam rumah sendiri?
Alkisahnya, ada orang suka menghina pihak lain, terlihat
selalu menghina dan kritik sana sini, konon Menteri semua tak betul, semua
doctor dimatanya sembah WHO, semua cikgu dikatakan gagal ajar murid, semua
mufti katanya cinta dunia, semua polis katanya di rasuah, termasuk SPRM, LHDN!
macam macam tohmahan dan kata kata nista.
Tapi bila korang balik rumah, rupa rupanya, korang ‘dihina’
dalam rumah sendiri!
Ada banyak kejadian ahli keluarga ‘menghina’ kita,
contohnya, bila kita balik rumah, takde orang peduli, takde orang sambut, takde
orang bertanya.
Bayangkan korang seorang ayah, balik rumah lepas penat
bekerja, bagi salam, pintu lambat buka, dan anak atau isteri tak teruja
langsung tengok korang balik, lepas buka pintu, masing masing masuk bilik,
korang buka Kasut, duduk ruang tamu yang bersepah, takde orang tanya, nak air
masak ke? Air manis jauh sekali.
Itulah situasi korang “dihina” dalam rumah oleh ahli
keluarga. Jika korang mulia di mata mereka, dah tentu rumah anak bini akan
kemas sebab tahu korang penat bekerja, maka layak dapat ruang rehat yang kemas,
segera bukakan pintu, sebab tiada sesiapapun yang suka menunggu diluar pintu
lama lama, dan segera hidangkan air serta makanan, sebab itulah adat menyambut
“tetamu” paling penting, ketua keluarga kot.
Contoh lain korang di hina dalam rumah sendiri, bila korang
cari sesuatu, tiada sorang tolong caripun, contoh korang tanya, “siapa nampak
remote TV? Siapa Nampak telefon ayah? Siapa nampak kunci kereta? Lepas korang
tanya, tiada yang mahu jawab, nobody care, kalau ada yang jawab pun di jawab
dengan menghina! Mana aku tahu?, kau carilah sendiri! Lain kali jangan letak
merata!
Aduhhh, sakitnya hati ketua keluarga dilayan macam tu kan?
Sunnguh ahli rumah yang baik, bila orang tersayang mencari
sesuatu, maka seluruh rumah akan berhenti aktiviti masing masing, dan bantu
korang cari barang itu, malah siap ada yang buat lawak sambil mencari:
“Cuba ayah miss call?” walaupun yang di cari adalah remote
TV, atau kunci kereta. Memang terbaiklah ahli keluarga macam tu.
Lain contoh korang ‘di hina’ dalam rumah sendiri adalah
apabila tiada anak bini nak teman korang makan, mereka mungkin ada siapkan
makanan, tapi semua dah makan tak tunggu ayah, atau ada yang belum makan tapi
lebih suka nak makan sendiri-sendiri sebab tak nak makan bersama ayah, atau
bini dah hidang semua, lepas tu cakap, abang makanlah yer, saya nak tengok TV,
maka terkulat kulatlah korang makan sorang diri bersama syaitan. Sedarlah waktu
itu, korang sedang di hina dalam rumah sendiri.
Itu belum cerita kisah anak derhaka, anak tengking ayah,
isteri marah mertua dengan selamba, adik beradik suami datang semua lari masuk
bilik tak nak layan, atau isteri baling objek pada suami! itu lagilah besar
penghinaaan, ini saya cerita perkara yang nampak kecil sahaja tapi sebenarnya
sedang menghina ketua rumah.
Pendek cerita, korang pun bersiap nak keluar rumah, tapi
lagi sekali korang ‘dihina’, sebab nobody care, nobody nak hantar ke pintu,
nobody yang tanya, ayah nak ke mana? Balik jam berapa? Takde! Nak peluk cium
jauh sekali, lalu korang keluar rumah tanpa ada isi rumah pedulipun.
Maka di luar rumah, korang pun Kembali menghina seluruh
dunia, Menteri semua tak betul, semua doctor sembah WHO, semua cikgu gagal ajar
murid, semua mufti cinta dunia, macam macam lah tohmahan dan kata kata nista.
Sedangkan, dalam jiwa korang sendiri sedang menderita akibat
dihina dalam rumah sendiri.
Maka marilah kita ajar anak bini untuk belajar memuliakan
semua orang, ikram muslimin, mulakan dengan bacaan taklim, kemudian buat
mesyuarat dan muzakarah, insyaAllah akan terbuka hati anak bini untuk belajar
memuliakan semua makhluk Tuhan.
Saya syukur Alhamdulillah setakat ini (anak bini tolong
cover line sikit yer), yang mana sejak malam pertama kahwin,, sudah mulakan
taklim, sampai sekarang 20 tahun masih hidupkan taklim, dan balik rumah isteri
sambut dengan pelukkan, anak beratur nak salam, dan masing masing hidang
minuman serta makanan.
Pernah saya lewat balik larut malam, anak bini tetap belum
makan sebab tunggu saya, terharu sungguh, walau saya dah pesan, anak bini makan
dulu, sebab ayah lewat, mereka makan sekadar alas perut dan tetap tunggu ayah
untuk makan sama sama. Oh terharunya ayah…
Bila saya cari barang dalam rumah, semua akan tolong cari
sambil berkata, “miss call ayah,” woha!
Bila adik beradik saya datang, masing masing kemas bilik,
masak sedap sedap, siapkan ruang tamu, dan sambut tetamu dengan penuh sopan
sebab semua tahu hak tetamu wajib ditunaikan.
Dan bila saya nak keluar, semua hantar ke pintu, peluk dan
tanya, bila waktu balik sebab mereka nak prepare untuk sambut, wah wah wah…
rasa diri ini dimuliakan oleh ahli rumah, Alhamdulillah…
Dan kejadian ini semakin bertambah cemerlang sejak saya
pasang Wifi kat rumah. Anak lagi cepat buka pintu senyum buat air semua, rumah
kemas, dan belum sempat saya cari remote TV, semua dah bagi, pelik saya, kenapa
anak cemerlang sangat ni?
Isteri bisik, saya ugut anak anak, jika tak gembirakan ayah,
saya tutup wifi, itu yang semua cemerlang tu.
Woha!
Ps: Wifi saya tak jual, tapi nak beli kitab taklim, boleh
beli di Shopee, bukan saya punya, just share link. Rujuk ruang komen.
No comments:
Post a Comment