Feb 15, 2022

Kenapa Zakir Naik pilih Malaysia?

Di Malaysia, tiap tahun ada perbezaan pendapat tentang Bidaah Sambut Maulid Nabi, Bidaah sambut awal muharam, bidaah buat itu ini, tapi gaduh mulut jer, sampai hari kejadian, yang sambut tetap sambut, alhamdulillah.

Lepas solat ada yang zikir dan doa berjemaaah, ada yang tak nak sebab bidaah katannya, tapi gaduh mulut jer, sampai masa, solat tetap berjalan, Alhamdulillah..

Begitu juga gaduh bab baca yasin malam jumaat, gaduh mulut jer, sampai malam jumaat, ada yang baca Al kahfi, ada yang baca Yassin, Alhamdulillah bila Al quran masih di baca..

Sama jugak bila isu tahlil, isu pertandingan mengaji, isu talkin mayat, gaduh mulut, sampai masa yang buat dengan ilmu akan tetap dapat pahala sebab dalam bidaah hasanah ada dalil dan nas, InsyaAllah.

Oleh kerana gaduh mulut jer, maka Malaysia terkenal dengan Negara Islam yang sangat aman sehingga Penceramah bebas, Dr. Zakir Naik meluahkan penghijrahannya dari India ke Malaysia memberikan sesuatu yang cukup bermakna dalam hidup.

Beliau mengatakan telah menerima tawaran daripada lebih 15 buah negara untuk bermastautin.

Selepas beliau melakukan tinjauan serta kajian di beberapa buah negara tersebut dan berpendapat Malaysia adalah salah satu negara terbaik untuk bermastautin.

“Ia disebabkan beberapa faktor seperti Malaysia bukanlah zon perang serta tiada campur tangan negara luar. Purata penduduk muslim di negara ini mempraktikkan agama Islam dengan baik berbanding negara lain seperti India, Pakistan dan Bangladesh selain Islam adalah agama rasmi Malaysia.

“Hampir setiap negeri mempunyai sultan dan raja serta dakwah antara agama Muslim dan bukan Islam dibenarkan manakala kerajaan menyumbangkan dana yang banyak melalui baitulmal dan zakat,” katanya.

Tambahnya, Malaysia memiliki sistem perbankan patuh syariah terbaik di dunia dan beliau percaya negara ini mempunyai asas ekonomi yang baik menyebabkannya membuat keputusan untuk menetap di sini.

Alhamdulillah, selamat bermastautin di Malaysia, semoga negeri ini terus aman damai.

Woha sampai syurga.

Amin.

1 comment:

Anonymous said...

Tempat yg paling nyaman utk berlindung/berkawan insyaAllah ialah tempat dimana kelompok majority(penguasaan) disitu ialah kelompok yg mana mereka dilarang syirik2kan sedara mara sendiri dgn bermudah2@itu lah kelompok ahlusunnahwaljamaah..InsyaAllah situ la tempat paling nyaman..walaupun kalau nampak mcm mereka x hebat mana masjid pun mcm x berapa nak penuh dsbgnya dan nampak banyak kelemahan2 lain.. Namun InsyaAllah disitu la tempat paling nyaman utk belindung/berkawan..
Ye ler cuber le bayangkan kalo anda berkawan ngan orang yg laju ringkas benor bermudah2 syirik2kan sedara mara sendiri,Mana nak datang nyamannya.. Mana maunye nyaman..