Dec 27, 2010

Bila nak Khusyuk?

(kenapa Encik Keretamayat tak letak gambar macam blogger lain? Hensem sangatkah atau hodoh sangat? Tanya korang dalam Email)

Mungkin sebab aku tak hensem, atau takut blogger lain yang tak hensem kecik hati bila tengok aku yang tak hensem ini tapi lebih hensem dari mereka , woha!

Apa-apapun, bukankah kehenseman itu sesuatu yang subjektif?, Untuk itu, aku cuba bagi jawapan dalam bentuk saintifik akan kenapa aku tak letak gambar aku dalam blog keretamayat.

Sebagai permulaan, Jika korang pernah belajar main gitar, korang akan sedar pada mulanya nak belajar gerakkan tangan kiri menukar kod dari kod A sampai kod G bukan lah suatu perkara yang mudah, tambah lagi kod minor dan kod deep major, lepas tu tangan kanan pulak nak petik serentak semua tali atau petik satu satu juga bukanlah senang, apatah lagi petikkan tangan kanan dan perubahan kod tangan kiri perlulah seiring dan selari, itu belum cerita bab nak goreng gitar dengan gigi..,

Di samping itu kaki jugak main peranan untuk tukar tempo muzik dengan memijak pedal gear (jika korang main gitar letrik), dan bila buat persembahan pentas, korang jugak nak kena jaga jarak mulut dan microphone agar suara korang jelas dan air liur tak terpecik,.., itu belum bab nak menyanyi sambil jaga pitching dan jaga lubang hidung, serta kena jugak pandai kenyit mata pada awek dan minah cun yang menjerit nama korang depan pentas akibat kagum dengan bakat korang bermain gitar sambil menyanyi.

Namun, semua benda yang payah kat atas, dah ramai artis boleh buat, kerana otak kita ni ada dua bahagian seperti punggung kita, yang mana satu bahagian (mungkin belah kanan) kawal pergerakkan tidak sedar, atau pergerakkan automatic seperti, degupan jantung, kadar peluh, pancutan air mani, bersin dan lain lain, manakala satu bahagian otak lagi (mungkin kiri) akan mengawal pergerakan secara sedar, seperti berlari, gosok gigi, korek hidung atau mencabut bulu ketiak.

Oleh sebab pemuzik tadi selalu istiqamah dalam latihan bermain gitar yang mana sepatutnya otak mengawal secara sedar akan tangan kiri, tangan kanan dan kaki si pemuzik, tapi bila dan selalu berlatih, maka bermain gitar sambil menyanyi sudah menjadi tindakan automatik, yang mana jika otak kanan kawal pergerakkan sedar, bila dah berlatih lama-lama sehingga mahir, maka secara automatik pergerakkan sedar menjadi pergerakkan tidak sedar atau pergerakkan secara automatic yang di kawal oleh punggung kiri, eh, silap, otak kiri... (jangan ponteng kelas sains)

Arghh, susah sangat nak bagi contoh, kita rujuk proses pemanduan kereta yang biasa kita buat hari hari, yang mana hari pertama belajar drive kereta, kita rasa susah nak kawal dengan otak sedar kita, yelah, tangan kiri nak jaga gear, tangan kanan nak jaga stereng, kaki kiri nak jaga break serta clutch manakala kaki kanan pulak nak jaga tekanan minyak, mata nak jaga cermin depan dan belakang, dan jari kecik nak jaga lampu signal, wiper dan tapak tangan nak jaga hon, susah tu!!

Tapi bila dah lama istiqamah dalam latihan pemanduan kereta yang mana sepatutnya otak mengawal secara sedar akan tangan kiri, tangan kanan dan kaki kiri serta kaki kanan, tapi bila dan selalu berlatih, maka memandu kereta sudah menjadi kawalan automatic, masuk sahaja simpang tiga: automatic jari kita petik signal, nak potong kereta: automatic, turun gear, Nampak lembu dan awek cun: automatic tekan hon, Nampak polis: automatic pakai tali pinggang keledar, hebat!

Lebih hebat lagi, sambil drive, boleh korek hidung, sikat rambut, atau jawab SMS, ada yang drive sambil makan karipap, dan lebih celaka, yang buat oral seks lagi!! Memang nak mampos jika kantoi dengan akhbar harian metro (boleh masuk muka depan tu!)..

Maka fahamlah sudah akan kita, bahawa otak ciptaan Allah yang dianugerahkan kepada kita memang hebat fungsinya, yang mana apabila kita mahir, tindakan manual sudah menjadi automatic..,

Lalu disinilah datang ujian Tuhan, yang mana bila masuk bab sembahyang, (ehem..ehem), kita dah salah guna kehebatan otak yang unik itu tadi, yalah, bila dah hari hari solat, dah istiqamah, hingga kita jadi mahir dalam solat yang mana tiba tiba solat kita menjadi tindakan automatic: angkat takbir, terus otak kita buat kerja lain, karang karangan, cari barang hilang, susun program, mengumpat, berangan, mengelamun, berkhayal, selesaikan masalah mantik, itu ini begitu begini, sedar sedar, imam bagi salam, kitapun ohh.., dah habis solat.., (merujuk kepada yang rajin solat jemaah-yang solat sorang sorang biasanya akan terkurang atau terlebih rakaaat, memang hampeh!)

Jadi, bila kita ummat islam ada masalah, kena tindas dan kena hina, dan kita rasa diri dah solat tapi masalah tak jugak jugak selesai, sedarlah bahawa, macam mana solat yang boleh selesaikan masalah dunia-akhirat dapat di manfaatkan jika solat yang patut dibuat secara manual telah di automatikkan oleh kita yang tidak khusyuk dalam solat.

Perlu di ingat, tidak khuyuk dalam solat bolehlah diibaratkan sama bahayanya dengan mereka yang tidak khuyuk dalam memandu kereta, yang mana jika kita sibuk buat benda lain, (hantar SMS misalnya) maka kereta kita akan terbabas, dan termasuk laluan yang salah lalu bas dihadapan kita yang datang dari arah bertentangan terpaksa mengelak lalu terbalik dan mengorbankan 44 penumpang Thailand yang membuatkan kawasan itu berhantu dengan hantu Nang Nak, memang celaka!

Sama jugak, solat sambil kita buat kerja lain, (tidak khusyuk) akan menyebabkan Allah murka lalu mencampak solat seperti kain buruk ke muka kita yang boleh membuatkan kita diseksa oleh azab yang lebih dahsayat dari hantu Nang Nak! Celakalah kita!

So, balik kepada pemanduan berhemah, yang mana pihak kerajaan telah membuat kempen kesedaran keselamatan jalan raya yang mana aku rasa kempen paling berkesan adalah dengan meletak gambar mayat ngeri di jalanan (tapi ramai yang bantah idea ni)

Tengok mayat memang boleh insaf, tak percaya cuba korang berhenti lepas orang lain eksiden, lepas tengok perut terburai, kepala pecah, kemaluan hilang (sebab eksiden sambil oral seks), dan melihat keluarga mangsa yang meraung, memang rentung hati kudus kita dibuatnya..

Lepas tengok mayat ngeri, kita punya drivepun kembali normal macam masa ambil ujian memandu tempoh hari di litar JPJ, kita sedar tangan kiri di kepala gear, kaki kanan di pedal minyak.., bawakpun berhemah jer.. sungguh sopan, sesopan keretamayat..

Tapi kejapjelah, bila dah lupa mayat, bawak kereta laju balik sambil balas SMS macam orang gila. Memang cilaka.

So, untuk solat khuyuk, sama jugak, kena banyak ingat pada mayat..

Pesan nabi, bila solat, anggaplah diri kamu dikalangan mayat-mayat. Baru khusyuk insyAllah..

Masa rukuk, sedar diri kita sedang rukuk, masa sujud, sedarkan diri bahawa kita sedang sujud..
Sambil bisikan dalam hati kalimah ini:-

“ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT,.. DAN APA YANG AKU BUAT, DINILAI OLEH ALLAH”

Jika kita mengelamun, memang pergerakkan kita akan jadi automatik, so kita kena lawan syaitan, manualkan balik pergerakkan kita sebab Allah laknat mereka yang solat macam burung mematuk matuk...

Ingat mayat banyak banyak.., InsyAllah, segala kemanisan dunia akan hilang, dan tak boleh elak, bila ingat mayat, mungkin korang akan teringat pada keretamayat, dan teringat pada blog keretamayat..

Tapi Alhamdulillah, oleh sebab blog aku takde gambar aku, maka aku tak jadi asbab korang untuk mengalamun dalam solat mengenangkan wajah aku yang mungkin hensem dan mungkin tidak..

So, ingat mayat! Ingat keretamayat! Dan ingat akhirat..!

Jadi, itulah alasan secara saintifik dan berteknologi islamik akan jawapan aku kepada email bertanya kenapa aku enggan letak gambar aku dalam blog.., (setakat ini) lagipun dik, aku sering mengaku tak hensem, perut bungcit, rambut botak, gigi jongang.., tapi ada sahaja kaum hawa yang meminang aku dalam email untuk menjadi isteri nombor dua, tiga dan empat.., (gaya blogger perasan popular)

Bayangkan jika aku letak gambar aku dalam blog ini, tentu..., tentu..,

Tentu solat korang yang dah tak khusyuk bertambah tak khusyuk!

Woha!

Ps: Orang yang lalai dalam solatpun berdosa, apatah lagi orang yang tak solat, memang celaka, oleh itu, ingat mayat, ingat keretamayat dan ingatlah akhirat... (sama sama kita belajar, aku pesan pada diri sendiri)

108 comments:

Nisa said...

:)

hamka said...

Oh, masih ada yang sudi baca blog aku.., (setelah menunggu 3 minit)

Peminang ke 21 said...

stuju... kalo cari brg hilang waktu tgh solat, mesti jumpa...

*mungkin hasil bantuan syaitonnirrojim

Miss Ecah said...

tergamam jap baca entri keretamayat ..

Tioman Activities said...

tssk.. kene kt diri sniri..

Tioman Activities said...
This comment has been removed by the author.
cik jue said...

bagus la x letak gmbar...huhuhu.....
*semua akan jd mayat. insaf jap

khaleeftunggal said...

haha..tepat2...mujur sume kawan2 sekarang ni baru sedar pentingnya solat nak cegah mungkar...

walaupun umur masing2 dah cecah 20 tahun..tp daripada tak berubah langsung..
ngee~

aitotyati said...

memula nk g solat asar, tetiba nampak keretemayat hapdet blog.

baca kejap. insap.

Ai nk g solat.

tata

immukmin said...

hehehe..salam..sudah begitu lama menyepi..hohoh..nice entri hohoh..=)

Chapit Zulkefli said...

Arghhh~ pehal aku lambat benar detect ada entry baru :D

huda said...

encik hamka yg kelakarr... terhibur otak membacanya disamping ada input penting..

mogo2 terpilih dikalangan org yg khusyuk solat suatu hari nanti

Anonymous said...

hidup lagiiii... syukur woha

LS said...

kahkahkah. ending mcm siot!

farhani said...

tsk...asal aku terasa jer bila bace entry neh..

Happy said...

jgn terlalu byk pk

Ieqa Swetluv said...

betul2 ingat solat, bukan lama pun nak buat pun ye dak!

ima said...

ingat akhirat~

izuddinrahim said...

entri kedua yang dibaca.
sebab baru follow..

naseb baek peminang tu tak guna slogan,"saya gay, tapi saya ok" hakhakhak.

Anonymous said...

oh yeah,..

Nadia Abdullah said...

salam en hamka...harap isteri en hamka tak marah he3...i miss u :D

Lama nyer cuti..kembali ngan entri yang best dan menyengat :D

roses said...

serius insaf.kene bace selalu ni.takut mgu depan da tak insaf lagi.T_T.

p/s:teringat entry encik hamka yg mana,bila kita berjumpa org yg beriman kita rasa malu,dan rasa nak improvekan diri tu.blog anda buat saya rasa begitu.insaf

terima kasih.:)
selamat beramal.

Akmah said...

Yeah.Terbaik.Time kasih Hamka.
tersedar semula dari lamunan...

(Ayah aku selalu ckp,"solat tak sampai lima minit"...betul,tp kalau tak khusyuk rase cam 5 jam)

=)

Tok Esah said...

wah, best entry..

25 Cara Jadi mayat

nz said...

selamat kembali ke blogspot!

=)

ika said...

kalo start sembahyang , otak memang senang nak mengingat benda dunia . sedar2 dah sampai Tokyo dah . ish ish .

Egg Head said...

salam,abg hamka.....hilang mana ya,lama tidak update......sambut takazah ka....masyallah.tinggi tuan...

Anonymous said...

wan jeniang.........

heh heh heh heh...telingaku merah menahan panassssss..diri sndiri mengok ngan solat..podah aku niiiiiii,,,main2..dunia banyak dalam hati...hua hua hua..

Chameleon said...

...ahh, giler ah! susah nye nak khusyuk solat! dasar syaiton!!

bantalijau said...

en hamka..pandai dalam ilmu sains..

best~

dr iman said...

welcome back hamka..
ade nur ckit entri kali ni
pnuh dgn pk risau nabi
hehe

“ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT,.. DAN APA YANG AKU BUAT, DINILAI OLEH ALLAH”

bro..ni baru satu sifat je.
leh x explain lg beberapa sifat yg lain utk solat khusyuk.
ade byk lg ilmu ko ni.
sharing is caring bro..~

maun said...

tak khusyuk sebab tak suka jumpa Allah..kalau suka tentu khusyuk..kenapa tak suka sebab tak kenal...kalau tak kenal mana nak suka..kalau tak suka nak khusyuk cam mana...termasuk le aku sekali, khusyuk ckit2=suka ckit2...susah buat perkara yg 5 minit ni...

penchacaiz said...

dkt johor dulu ade ajaran taslim iaitu solat pakai niat saje, kerajaan telah tangkap pengikut2nye dan sumbat dlm jail...SESAT!!!

tp hari ni...

belambak2 manusia... niat nk solat pon takde!!!

berapa ratus kali SESAT nih???!!

hamka said...

semoga penulis dapat amal apa yang ditulis, dan pembaca dapat amal yang di baca.

renung-renungkan, dan selamat beramal!

: )

Nerzhul said...

betul la..solat sorang memang payah nak kusyuk...syaitan suka kaco bila kita duk sorang²

lina said...

:)

Aina Mardiah said...

rinduuuuuuuuuuuuuu:(

oke.br bole baca. HAHA

Anonymous said...

Assalam

Nabi saw beritahu lebih kurang bila bersolah anggaplah ianya solah kamu yang terakhir...

Welcome home bro.(ingat dah syahid)
DTI. Door 2 Door. Bila dah biasa, hidayat semesta alam!

Khalid

pohon nyor said...

Assalamualaikum..

suka sms sambil drive...lepas kena marah ngan penumpang2 yg ada, stop kejap...sms masuk, reply sms balik....woha!

Mummy said...

salam bro hamka...
bro hamka tak letak gambar pun ramai yg dtg jengah gak...jgn menilai blog dari rupa empunya blog tapi nilai kan dari ilmu yg disampaikan..mungkin bro tanak tengah2 makan nasik lemak ngan family tetiba ada reader pompuan yg tegur...mungkin akan membuatkan wf cemburu..(aku berprasangka kurang baik....lalalala)

Anonymous said...

risau kalau tengok gambar mayat tak boleh tidur malam je nanti! haha! eh jom repair solat kita sama-sama jom! :)

eda said...

Berakhir sebuah penantian,huhu
Best2:-)
berbaloi tngu lama2 dpt entry best cm ni...

~fam~ said...

lama gila nak tunggu entry baru lu bro...huhu

sebab kita tak da rasa kita ada kepentingan kepada DIA, sebab tu kita tak sungguh-sungguh bila jumpa Dia...

bila kita susah dan merana, baru bersungguh nak jumpa Dia...

itulah hamba...semoga kita sentiasa punya rasa yang kia betul2 mempunyai kepentingan dengan Dia...

Anonymous said...

lame tol ko cuti hamka...x khusyuk aku tgu ko nye new post..haha..
welcome back!

Anak Wak Mail said...

bila solat je mesti teringat semua benda yang dibuat..tp pastu xingt pon..:(

memang xkhusyuk..syaitan2..

Khairi Mohd said...

best entry :)

hendrik said...

dah berduyun org komen...selamat berbloging semula tuan hamka...sambut takaza kat mana tuan..?

Anonymous said...

dah lame aku tunggu posting baru ko..
so ari ni aku bukak dah ade..

betol lar bro, ape lu terangkn ni betol.. coz dah slalu sgt aku buat bende yg same so jdi automatic..

mcm solat aku.. aku tungang terbalik, bace/bagi salam.
then blah.. xingat pon ape aku buat tdi coz dah jadi automatic & aku sndri x pasti aku ingt ape..

lu mmg dah mengrak kan otak tengah aku yg beku!

DedeknOm said...

emm..pjg gla explanation kan..hehe
salute kat en.Hamka. kalau tgk blogger skrg ni ramai yg suke ltk gmba muke sndri lbh2 lg yg memenuhi ruang kotak gmbar. t'utama skali pmpuan kn.tp klu dpt mnarik ramai follower tnpa prlu mndedahkn dri dgn rupa yg bajet cute..mmg t'baek la..hihi. truskn p'juangan ;)

Latifah said...

alhamdulillah.

entri baru dari incik hamka.

~menusuk kalbu~

theufo said...

nape..tetibe aku rasa mcm pedas jer nih...

arizWanmerahs said...

ek? Apa yang ko tulis nii??? Biar b etulll....
.
.
.
.
.

Aku belum baca daa... Jap lagi aku baca laa..
wooooha!

Gummy Bear said...

salam...
wah semalam mimpi ada entry terbaru..tengok-tengok hari ni ada betol!!! heheh

Anonymous said...

rindu plak dgn hamka.. ingatkan xnk tulis lg.. walaupun aku selalu bercanggah pendapat, tp apa yg fakta tetap fakta.. yg baik tetap baik.. aku kagum ko sebenarnya.. hihi.. bg semangat sikit.. nnti ko merajuk lg xde entry baru..

sayE said...

wah...sngguh lme mnggu kamu wahai hamka...mmg tekene jgk la kali nie...hehehe
thanks update..

faz said...

hamka:
aku suka blog ni begini
takyah gambar
kadang2 dalam sesetengah perkara, ada baiknya kita tak tahu dari tahu.. :))

peace!!

kaizen shinobi said...

terbaik punya~ hohoho

Ann said...

aku akan berusaha sempurnakn solat aku....TQ.

Anonymous said...

Salam,

Saje nak kongsi..

Firman Allah Taala bermaksud:

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya

kepadamu tentang aku maka

(jawablah) bahawasanya Aku adalah

dekat. Aku mengabulkan permohonan

orang yang berdoa, apabila ia

memohon kepadaKu maka, hendaklah

mereka itu memenuhi (segala

perintah) Aku dan hendaklah mereka

beriman kepadaKu agar mereka

selalu berada dalam kebenaran.
(Surah al-Baqarah 2:186).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Doa merupakan otak kepada ibadat. (Riwayat at-Tarmizi).

**Jadi, marilah kita same2 berdoa

memohon kepada yang AHAD iaitu

ALLAH SWT agar tidak sekali-kali

dipalingkan hati daripadaNYA..

dan.. agar diampunkan dosa-dosa

kerana lalai drpd

mengingatiNYA...** (",)


P.S

Mohamadazhan.com said...

terbaik bro! :)

hamka said...

Di dunia ini, ada mereka yang tak terkenal di atas bumi, tapi terkenal di kalangan penduduk langit..

Akupun banyak dosa macam korang, sama sama kita bentangkan taubat hari hari..,

dan ada antara korang yang mungkin terkenal di penduduk langit sedang aku, kerana banyak dosa dosa, setakat terkenal di dunia blogesfera sahajala.. isk..

apa-apapun, terima kasih kerana sudi berkongsi 'kasih' di sini..

Sudah 4 tahun aku menulis, banyak yang aku belajar dari korang..

I love u.

Anonymous said...

(",)

Anonymous said...

yup betul 2...:)

abufirdaus said...

salam,
i love u too...

budak kacamata said...

setelah sekian lame menunggu entri kereta mayat..akhirnye penantianku membuahkan hasil jgk..thanx hamka..bile bce entri kereta mayat..jadik insaf jap..hehe

Ummu Khalyf said...

masa solat, boleh jadi penyiasat, boleh jumpa barang kat mana hilang~

masa solat boleh jadi problem solver, sbab masa solat boleh selesaikan jawapan addmaths! =)

Unknown said...

kaki kiri kau jaga brek ke?? kehkeh..

Anonymous said...

Terlalu kusyuk buat kerja sambil berfesbook, perompak masuk opis pn xsedar..
Perompak2 skrg memeng kurang ajar. eh ade kena mengena dgn topik ke ni?? hehe
----Peace(^_^)---

Peluncur Islam said...

khusyuk...

akan jadi lebih khusyuk...apabila korang solat and then korang panggil member korang suruh perhatikan korang...huhuhu...

tak da gunanya semua tu..

baik korang usaha atas iman... lama-kelamaan sifat ihsan akan datang...

p/s: hamka.., lama menyepi... keluar 40 hari kat mana? karkuzari cikit (banyak pun lagi elok)?

Irwan said...

Salam Tuan KeretaMayat

Entry tuan sungguh poyo. Jobo. Tuan telah menggunakan agama dalam menghujah perbuatan tuan. Tuan ada sebab sendiri. Saya cuma mengatakan saya tak suka. Tapi saya memang suka blog keretamayat. Tuan dah jadi idola rujukan masyarakat. Tahniah. Selepas Mistis File, tuan #2 dalam senarai mangsa sniper saya. Saya cuma menjalankan tanggungjawab saya setelah mengenakan jubah ketukangkomenan. Jadi, here goes nothing...

http://aderberani.blogspot.com/2010/12/komen-kepada-bila-nak-khusyuk.html

Yang benar,

KeretaMayat2

aisya said...

x letak gmbar pun dh ramai follower kalau letak lg hebat la en kereta mayat kita nya blog

sarah abadan said...

sebab bro hamka tak letak gambar dlm blog dia, aku pun jadi malu nak letak gmbar kat komen ni ha...
bro, saye peminat blog ni...teruskan menulis ye! yeah!

Anonymous said...

salam..

tak kenal dahi yang luas..
maka tak tahu sebelah mana tahi lalat di muka,

tak nampak gigi yang jarang-jarang..
maka tak tahu gaya pulang ke pangkal jalan,

suka ayat nieh.

"apa-apapun, terima kasih kerana sudi berkongsi 'kasih' di sini.."

..bermula tercekik tulang sehinggalah tercekik kasih..

entahlah, sebab banyak benar pengorbanan perasaan di dalam blog ini, tatkala Hamka khuruj pun masih perlu zihin dan targrib dalam KM.. Welkem back KM!

-rons

bakalmayat said...

IRWAN...besar hidung ko..

hamka said...

err, ok.

: )

hamka said...

dulu, aku tak nak buat facebook, tapi bila ada orang menyamar keretamayat palsu dalam facebook dan bimbang fitnah, aku bukak facebok keretamayat..

mungkin aku sanggup letak gambar jika ada munafik yang menyamar jadi aku lalu mengorat gadis dan janda dijalanan yang cantik menarik tertarik kau memang the bom.. sehingga aku jeles

mungkin?

bakalmayat said...

Aku rasa aplikasikan cadangan "Peluncur Islam" dengan menganggap bahawa sebenarnya Allah yang sedang melihat kita. Tapi jangan pulak samakan/bandingkan Allah dengan makhluk.

bakalmayat said...

Aku pernah baca ada orang komen kat blog Kereta Mayat ni bahawa suruh Abg Hamka buh password kalo nak baca blog ni. Ada alasan dia tapi aku tak ingat secara tepat. Dia cakap (lebih kurang) bahawa kita pembaca memang terpengaruh untuk baca tulisan di blog ni. Pembaca ada sifat ingin tahu katanya. Dia komen pasal ayat Abg Hamka (lebih kurang)siapa nak baca boleh baca, tak suka dengan tulisan dia jangan baca...

Bagi aku tak pun. Ada blog yang aku jumpa macam sampah je pengisian dia. Macam gelas besar yang digunakan untuk meminum teh tarik. Aku tak suka baca blog dia aku out je la. Tak masuk2 dah blog dia untuk baca apa pemikiran dia. Takde pulak ada rasa 'ingin tahu' dengan idea2 yang ada dalam kepala otak/minda beliau.

-sekadar membanyakkan komen

zuraida said...

Hamka,
mengingati mati menawar segala kemanisan duniawi...mengingati mati nafsu aku tak menjadi..godaan masih lg dtg.pergi.dtg.pergi.. kuat, lemah, lemau,lempeng la iman aku..mana member putih aku..yg selalu jengok aku member hitam nan legam.. tp tak pe Hamka..aku kan terus teguhkan takwa..doakan aku.. Allah melihat aku..Allah menilai aku.. I love u Hamka..

Anonymous said...

Salam,

Tak payahla letak gambar..
begini kan lebih baik?

mungkin?

ayam kg said...

Salam,
ya la KM, tak yah letak gambar tu lagi bagus..aku takut ko tak hensem sepertimana aku gambarkan..WOHA!

Yunalia said...

setuju tidak perlukan gambar :) bagus3. contoh teladan yang baik

Anonymous said...

Assalam

Apakah hukum melihat gambar seorang perempuan yang bukan muhrim? ataupun seorang perempuan melihat gambar lelaki bukan muhrim?

Kita terlalu biasa melhat benda yang Rabb larang lihat. Rasa tak berdosa...arrggh..I'm talking about myself!!!

Sesungguhnya penglihatan adalah satu nikmat besar yang akan dinilai oleh Rabb diakhirat kelak. Berapa banyak perkara yang mata lihat apa yang Rabb benarkan lihat dan, berapa banyak mata lihat benda yang Rabb larang lihat.

Isteri cantik, anak-anak cantik..bukan untuk dikongsi lihat tetapi untuk kita pastikan hanya kita dan keluarga kita je boleh lihat.

Dalam rumah tuhan pun.....tempat yang paling suci, Allah larang lihat wanita dan wanita juga tak boleh sama. Wanita solah dibelakang dan ada hijab. Hanya berpandukan suara imam mereka melakukan rukuk, sujud dll.

Bayangkan...Rabb larang dalam rumah dia sendiri...dan kita tunjukkan pada satu dunia.

So dengan masukkan gambar, Walk the talk? To prove to whom? Manusia? Supaya manusia kata kita bagus? Nampak macam orang beriman dan berperangai macam orang beriman?

Amalan yang bukan kerana Tuhan akan menjadi debu-debu yang berterbangan.....

Khalid

Kalamullah terangkat dari orang yang sakit. Otak. Otak anda sakit? Alhamdulillah....dosa anda tidak dicatit insyallah!

Suhaibah said...

Takpe la kalau tak letak gambar. Yang penting kita cuma nk baca entry2 yg boleh dijadikan panduan. Betol jgk kata hamka, kang letak gambar dia, btambah pulak jumlah pinangan utk dia.. Kesian lelaki2 lain, sbb semua pompuan nk kawin ngan hamka.. hehee..

~fam~ said...

to en khalid:

sy terkesima dengan komen en khalid. betapa kita selalu melanggar suruhan DIA...
dan lagi mengukuhkan perasaan tentang suatu ayat ni:
(err, saya tak tahu sama ada ianya hadis atau mutiara kata)

"WANITA CANTIK TAK MEMANDANG DAN TAK DIPANDANG"

Unknown said...

Best jugak baca blog mayat ni... ingat mayat je da seram

Noorul Aida said...

mule2 tgk header cuak nyeee...kereta MAYAT! bile da baca entry bru la senyum.. pastu gelak2.. pastu serius blk.... mcm tgk drama tiramisu plak...

pe pun.. entry sgttt beshh.. smoge aku n seluruh umat lebih kusyuk menunaikan solat..

Anonymous said...

terbaek dr ladang.....

Anonymous said...

terbaek dr ladang.....

Gummy Bear said...

selamat tahun baru Hamka!

Anonymous said...

1st!!!

Anonymous said...

setuju dgn artikel ni dan memberikan kesedaran pentingnyer solat khusyuk

zuraida said...

Hamka..
ko letak la wajah ala-ala mayat pas mandi pun..kata di hujung jarimu nan pedas tu tetap ku ingat dan menggetarkan jiwa nan hitam ni.aku jd risau plak segala amalan baik yg aku buat telah dan akan terbang bak debu2 nan kering dibawa angin lalu. aku masih melakukan dosa dan pd masa yg sama mengharap keredhaan Allah..kau dimana?kau boleh dihubungi..mcm dr tuah ke..dr fadhilah kamsah ke.. aku rasa hamka mampu atasi aku..

zuraida said...

Hamka...
tiba-tiba aku harap la plak otak aku sakit supaya dosa aku Allah tak catit..hakikatnya..aku waras lg.boleh mbeza baik dan buruk.tahu yg betul dan salah..pahala dan dosa.. oh..

Anonymous said...

Assalam

Kerisauan tentang dosa dan pahala adalah kurniaan Rabb untuk orang-orang yang extraordinary.

Hanya orang-orang yang extraordinary boleh buat perkara-perkara yang extraordinary!(Narnia: from a mouse to a dragon)

Kita ingat Rabb dalam hati kita, Rabb ingat kita dalam hati Dia.

Kita ingat Rabb dalam kumpulan,
Rabb akan ingat kita dalam kumpulan malaikat yang maksum!

Kita berjalan pada Rabb,
Rabb berlari pada kita.

Kita mendekati Rabb sejengkal,
Rabb mendekati kita sehasta

Kita mendekati rabb sehasta
Rabb mendekati kita sedepa

Rabb sayang Zuraida 70 kali lebih dari ibu saya sayang saya! Woha!

Never give up....dalam keadaan hati yang hitam kita gagahi juga lakukan solah itulah ikhlas! Walaupun hatiku hitam Ya Rabb...ianya dariMu! Tiada siapa yang boleh memutihkannya kembali kecuali MU!
Putihkanlah hati Zuraida Ya Rabb!

100% behind KM
sorry 4 everything bro.

hamka said...

hari ni korang 100% behind keretamayat..

besok besok, 100% korang dalam keretamayat..

(jika mayat korang lengkap..)

Selamat tahun baru masihi..

Dah masuk tahun ke 6 aku menulis..., terima kasih kerana 'mendewasakan' aku, chewahh..

eda said...

SElamat tahun baru Hamka:-)

Anonymous said...

salam..

Ajaranku masih kurang, umatku. Setelah aku akan datang Nabi Lain (Yesus - Yoh 17:3)

"Peter, Anda seorang Muslim sekarang, seperti orang lain di sini hari ini. Tidak ada diantara Anda yang kurang. Sebenarnya, Anda lebih baik dari kami karena Anda dipilih untuk menjadi, bukan hanya dilahirkan ke dalamnya dan mengikutinya," jelasku sambil meminta untuk mengikuti gerakan-gerakan shalat sebisanya, tapi dengan konsentrasi.

Allahu Akbar! Semoga Peter selalu dijaga dan dijadikan pejuang di jalanNya! [New York, 10 Pebruari 2010/www.hidayatullah.com]

Penulis adalah imam Masjid Islamic Cultural Center of New York dan penulis rubrik "Kabar Dari New York" di www.hidayatullah.com

-myra

Anonymous said...

http://idienok.blogspot.com/2010/08/kisah-mualaf-aminah-assilmi-dia.html

Anonymous said...

Salam,

entah-entah kejap lagi kot saya

'berpeluang' terbaring kaku

dalam kete mayat...malam karang

ke, esok pagi ke..

kan?

"Tak ternilai airmata dengan permata.. Yang bisa memadamkan api neraka

Andai benar mengalir dari nasuha nurani

Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu

Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku... Ya ALLAH..."


P.S

@Fr!^n@ said...

selamat tahun baru encik kereta mayat, makasih di atas ingatan.. nasib baik masih ada coretan..

anda memang terbaek.. huhu keep it up!

zuraida said...

Assalamualaikum Hamka,
terima kasih..aku faham... cukup memahami... terus menulis buat insan seperti aku yg mengharapkan keampunan Allah.. insyaallah aku akan kuat berdiri disini...(walau sebenarnya aku tidak cukup yakin dgn iman aku sendiri nih)..
aku menangis sendiri disini...dlm dunia sepi aku sendiri bersama Allah yg entah masih sudi memandang aku...oh..

hamka said...

ok, apa apapun komen, selamat tahun baru..

index said...

http://www.JIABiz.com/index

nad said...

baru jumpa blog ni. sedang usaha baca entry2 yang lepas.
menarik dan memang tertarik. ada gambar atau tidak bukan isu. ;))

Rina said...

Baru jumpa blog ni..mmg byk dtgkan keinsafan....tapi kenapa bahasenya agak kasar?

hamka said...

toleh kiri, toleh kanan, angkat bahu.

kenapa ek?

Anonymous said...

hmmm..pnjang gile kene bace sebelum dapat jwpn..