May 4, 2006

Bagaimana nak dapat HIDAYAT?

(Hidayat adalah mutiara)

Dalam umur lewat 20-an ini, berjumpa sahabat2 lama akan membuka cerita selebar dunia…ramai member2 sekepala sudah menjadi mayat..hari ini, aku berjumpa dia, seorang pensyarah politeknik di salah satu negeri pantai timur..dia sudah berubah 100%...aku kenal dia dulu..dia dikenali sebagai ‘syaitan kecik’..kerana tubuhnya yg kecil tapi perangai macam setan, samseng gila babi..bertumbuk ngan warden/pengawas adalah antara senaman di malam hari kat asrama…bla bla bla

Tapi sekarang dia dah berubah,,songkok di kepala dan bulu2 bermaharajalela di dagunya..senyuman tak lekang di bibir..perkataan: “Allah”-“Rasul” sering terpancul dari mulutnya…dia kata dia sudah mendapat HIDAYAT…btw (aku dah pndai short english ha ha ha) aku tak nak cerita pasal dia..aku nak cerita bagaimana nak mendapatkah HIDAYAT….bukan nak cerita bagaimana syaitan kecil mendapat hidayat..atau Bapak Syaitan dapat hidayat..aku nak cerita bagaimana korang semua termasuk aku sendiri mendapat HIDAYAT!!!!!

Satu cerita..
Satu hari syaitan telah ‘terkejut syaitan’ kerana belum pernah dalam sejarah dia menggoda manusia sehingga manusia itu menjadi lebih jahat dari dirinya sendiri…! Peristiwa ini berlaku ketika zaman pemerintahan terakhir distinasi Firaun yg mana si firaun ni telah mengangkat martabat dirinya ke tahap TUHAN…senang cerita, si firaun ini mengaku dirinya TUHAN….tak pernah berlaku dalam sejarah yg lalu atau sejarah hari ini(aku rasa..aku ni lambat update isu2 semasa...yg aku tahu ada org mengaku nabi..dan sudah letak jawatan..huh)

Syaitan bagitahu: sejahat2 aku tak pernah mengaku tuhan..tapi manusia ni laaaagiiiiii jahaaaat…sanggup dia declare dirinya tuhan..? dahsyat betul!!!

Maka syaitan ni telah dapat sedikit kesedaran atau cahaya hidayat..lalu mereka2(syaitan, bapak syaitan dll) pergilah berjumpa dengan Nabi Musa untuk mengadu ehwal…bahawa mereka nak bertaubat…

Nota: Nabi Musa ada kelebihan dapat bercakap secara langsung dengan Allah.

Dipendekkan cerita, Allah sanggup menerima taubat dari syaitan dengan syarat si syaitan hendaklah sujud pada kubur Nabi Adam a.s., korang tahu apa syaitan jawab?
“cis, kalau syaratnya sujud pada nabi Adam, kami rela masuk neraka!”

(cerita ini aku ambil dari mulut ke telinga-jadi jgn email aku dari kitab mana datangnya cerita ini-AKU TIDAK TAHU-harap maklum)

so, the moral of story is:
untuk dapat HIDAYAT daripada Allah, kena ada dua syarat:

1-Keinginan

2-Pengorbanan

Oleh sebab itu, Syaitan tak dapt hidayat kerana:

1-Keinginan dah ada..OK

2-Pengorbanan takde: kerana tak mahu sujud pada kubur Nabi Adam..KO

Korang masih samar2?

Kita tengok cerita lain pulak..
Satu hari Umar al Khatab, genster Mekkah, nak pergi bunuh Nabi…(masa tu dia kapir), jumpa ngan seorang sahabat lagi di jalanan..sahabat ni bagitahu,: kau pergi uruskan masalah keluarga kau dulu..adik kau dah masuk islam!!! Saidina umar terus naik angin..balik--- terus belasah adik dia yg masa tu sedang baca al-quran…berdarah2 adik dia kena belasah..dan adik dia rela mati demi mempertahanakan kalimah Allah/potongan2 lebaran2 al-quran tu, yg menyebabkan saidina Umar datang
keinginan…nak baca jugak…

lihat, sekarang sudah ada syarat yg pertama-KEINGINAN..,

Lepas tu saidina Umar pujuk adik dia bagi Quran tu kat dia, dia nak baca..apa yg best Sangat tuuu! adik dia still berkeras tak nak bagi gak..akhirnya adik dia buat syarat:

Boleh baca, tapi kau kena ‘mandi’ dulu, sebab kau kapir, tak suci, kena pergi mandi(menyucikan diri)…

Seorang Ganster yg suka bunuh org, tanam anak hidup2..sanggup buat PENGORBANAN..yakni pergi mandi..baru boleh baca…dan beliau sanggup buat..

Akhirnya selepas mandi..bila dia baca lebaran2 Quran itu..Allah telah mencampakkan hidayat..maka berhamburanlah air mata seorang samseng….masuk islam akhirnya..oh..indahnya kesudahan…

Ingat, untuk dapat HIDAYAT daripada Allah, kena ada dua syarat, macam saidinar Umar selaku khalifah ke 2 islam.:

1-Keinginan(nak baca)

2-Pengorbanan(menyucikan diri)

Kerana itu jugalah bapak saudara nabi yakni Abu Talib..walaupun telah buat pengorbanan yg begitu banyak kepada Nabi kita..tapi kerana dia takde keinginan untuk masuk islam..maka dia tak dapat hidayat…masuk neraka selamanya..

1-Keinginan(langsung takde)

2-Pengorbanan(banyak, sangat banyak..)

oleh kerana telah banyak pengorbanan dari Abu Talib, Allah telah bagi seksaan paling kurang..pakai terompah(kasut) neraka..mendidih otak..oh…semua ahli neraka lain nak pakai terompah tu sebab diorang punya seksaan lebih dahsyat, sedangkan Abu Talib fikir semasa memakai terompah tu bahawa dialah paling azab di seksa..hakikatnya:dialah yg paling ringan sekali..oh..! menangis Nabi kita..oh..Hidayat di tangan Allah..

ingat!, untuk dapat HIDAYAT daripada Allah, kena ada dua syarat:

1-Keinginan

2-Pengorbanan

Apa2 aktivitipun kalau korang nak dapat, kena ada keinginan dan pengorbanan..
Nak anak misalnya..kena ada:

1-keinginan(stim/ghairah)
2-pengorbanan(kena bersetubuh)

tak payahlah aku cerita nak kena kahwin ke tak..tak payah!(pembaca blog ini adalah terdiri daripada mereka2 yg bijak2 belaka2, terima kasih-sama2)

Kerana tu ada org yg belajar kat sekolah ugama jadi jahat..mereka:

1-keinginan takde..bagai daun keladi dan air..ustaz ngajar..hati tertutup!
2-pengorbanan ada, mak bapak dah hantar..tapi nak buat camne? Keinginan takde..

Kerana tu juga ada org yg belajar bukan sekolah ugama jadi baik..mereka:

1-keinginan ada-
2-pengorbanan ada, cari ustaz, korban masa, harta, belajar dan amal ugama!

Nota: bukan aku kata sekolah agama tak bagus dan sekolah tak ugama bagus, tapi…argh..stop2 tak yah teranglah…aku tahu pembaca blog ini bijak2 belaka…!

Kerana itulah ada perempuan yg still bukak tudung, kenapa? tak dapat hidayat pakai tudung ke?sebenarnya:

1-keinginan ada (I nak Sangat pakai..nak..)
2-pengorbanan takde..(malulah…rimaslah..panaslah..)
[lantak engkaulah..he he]

ketawa..ketawa..Org lelaki! Suka sangat kalau tengok perempuan kena kutuk! Yg korang tak gi solat jemaah, apsal?

1-keinginan ada?
2-pengorbanan ada?

-Malu lah sikit kat org tua yg naik basikal gi masjid, sedangkan korang ada Honda mayat..

-Malulah kat org tua yg kurus kering tu..sedangkan korang tubuh sasa…badan sihat(seronoklah ulat bila jadi mayat nanti he he)

-Malulah kat org tua yg rumah sikit punya jauh tapi masih boleh datang masjid..sedangkan korang punyalah dekat rumah sampai salalu2 guna tandas masjid untuk jimatkan air…apa kes!

Tapi ni bukan korang yg selalu baca blog ni..ini cerita pembaca blog org lain.. (ha ha..org kampong ketawa-lawak yg selalu ustaz pakai..ha ha aku ketawa sama, ambik hati ustaz..ha,--)

Jadi kalaulah korang dah ada keinginan nak jadi baik, dan korang fakir baca blog aku boleh jadi baik (kononnya)..maka korang baca blog aku hari2, update blog aku hari2, takde gunanya-takde maknenye kalau korang tak buat pengorbanan!!!…bila aku kata rujuk ustaz..beberapa kerat je yg rujuk ustaz..apa nak jadi korang ni.?.macamamana aku tak membebel macam mak nenek..hari2 dapt dosa marah korang…apa kes!!!(ha ha..aku berlagak bagus dan sombong serta angkuh..saya perasan ramai org baca blog aku..ha ha ha)

Mengakhiri kemarahan aku…aku simbah kemarahan dengan menyayi lagu yg aku ciplak dari Raihan dan edit sana sini..ha ha ha!

c/o
Hidayat tak dapat diwarisi
Dari seorang
blogger yang bertaqwa(ha ha ha)
Ia tak dapat di ‘
copy-paste’
Ia tiada dalam
internet…

Walau apapun caranya jua
Engkau meng
-up date blog hari2
Engkau meng
-up date berjuta kali
Namun tak dapat jua dimiliki

Jika tidak ada KEINGINAN…
Jika tidak ada
PENGORBANAN…

Ps: walaupun korang takde keinginan dan pengorbanan untuk jadi mayat..korang tetap menjadi mayat-harap maklum!

28 comments:

Anonymous said...

OIC macam itu kaa mau dapat hidayat....
1-keinginan
2-pengorbanan

jadi laa nie negara kita dah dapat hidayat keee??
1-keinginan nak buat negara islam dah ada...!!
2-Pengorbanan nak wujudkan negara islam tuuuu...???

mmmmm...yg aku tau laanie taufik hidayat dok berentap kat Piala Thomas sana....!!!

Hana Zozolina said...

aku ade kawan nama die.. nur hidayah..

Mohd Iznan Shamsuddin said...

hidayat utk seluruh manusia sekalian alam..tak kira negara mereka dah dapat hidayat atau tidak....tapi boleh ke negara dapat hidayat? (ke PEMIMPIN NEGARA DAHULU YANG KENE DAPAT HIDAYAT?)

Lampin said...

Dan mengambil kira bahawa hidayat buakn sesuatu yang kekal, kerana sebagaimana ia diberi, sebegitu mudah juga Allah boleh mencabutnya kembali, maka keinginan dan pengorbanan kena berterusan la kan? betul ke?

hamka said...
This comment has been removed by a blog administrator.
hamka said...

Taraknama

Aku pergi pasar malam, takde pulak jumpa label pasar malam, tapi kalau kau tanya budak2pun tahu itu pasal malam sebab ada amalan pasar malam;
Apa amalan pasal malam? Ada org jual, ada org beli dan pada waktu magrib… tapi malam esoknya org dah tak panggil pasar malam lagi dah, walaupun tempat yg sama..sebab dah tak ada amalan pasar malam..tentang malaysia sesetengah tempat memang macam negara islam…sesetengah tempat memang macam semacam….tepuk dada tanya iman…
BIG MORAL: marilah buat pengorbanan amal apa saje amalan islam yg aku dan korang tahu!insyaAllah…

------------------
linanilza

aku pernah ada awek yg namanya nur hidayah.. oh luka lama berdarah kembali..isk..

------------
ustazahrock

cara nak dapat ‘hidayat’ adalah berkahwin dengan lelaki yg bernama ‘hidayat’(tak lawak)hik hik.

------------
ZulGTZ

Aku suka ni: MACAM SETAN!!!(lawak P ramlee)

----------
nummer

new starter
selamat naik keretamayat..the last transport konon2nya..
semoga hidayat kekal bersamamu…amin

----------------
Lampin
BETULLLL!!!!itulah istiqamah namanya…

Org baru! Selamat datang ke dunia ‘mayat’…
Terimakacih

Ps: tak pernah jumpa org nama ‘istiqamah.’

Hafizbar said...

``pasar mlm"

hehe good job. aku tak pernah dengar pasar mlm ish. tapi semua golongan pergi pasar mlm walaupon takde nama ish.

bagaimana dengan anda?

-hafizbar-

hamka said...

korang semua!

aku mewakili pihak jin..
ingin menegur korang para pembaca atau senang cerita semua manusia, bahawa jangan guna istilah:

sebaik2 manusia, sejahat2 jin..

aku rasuk tubuh korang karang, baru korang tahu langit tinggi rendah (walaupun aku tak tahu jarak langit dan bumi..he he)
sebab sejahat jahat jin tak menagaku TUHAN!!!
manusia lagi jahat...baca post di atas kalau tak caya.(promote)
jadi ada jin yg lebih baik dari manusia..aku nak nasihat supaya lain kali guna:

sekasar kasar manusia, selembut lembut jin..

sebab kami memang kasar, kami tak pandai bergurau, silap sikit terus santau, ha ha ha!

moral: jangan gi pasar malam waktu magrib..!

adadia said...

Aku suka pergi pasar pagi.

hamka said...

ha ha ha, bagus!

moral: kalau semua org tak gi pasar malam di waktu margrib, dan semua gi dengar kuliah maghrib..memang nampak sesuana islam..alhadulillah..

Anonymous said...

alhamdulillah...

akan tiba nanti, suatu hari
di mana tiada lagi
tiada pilihan waktu itu...
di batasan masa
terhenti langkah terpaksa menukar arah...
menjadi mayat kau dan aku...

Anonymous said...

aku ketinggalan zaman plak entry kali ni.

Good job..kalu berkeinginan nak amsuk jannah..kena korbankan keinginan yg membuak2 utk lakukan maksiat..kena korbankan semua...masa, duit, tenaga...


nak dpt best utk exam kena korbankan masa tdo..huhu..aku nak final..tp akusuka sangat tdo..huarghhh

hamka said...

bukan ustazah?

macam2..
apa2pun aku tahu yg kau karang tu lagu mel-wings, he he he..

-------
kastury

ha ha ha,
kau suka tidur..?!
tidur adalah saudara mayat...

blackpurple @ jowopinter said...

Tapi kan sdra Hamka, kalau dah memang Allah nak bagi hidayat, dengan membaca blog anda pun boleh dapat hidayat. Kan? Blog sdra mungkin adalah asbabnya.. tak gitu?

ps: KEINGINAN membaca blog hamka... PENGORBANAN membayar bil streamyx dan elektrik..!!!

hamka said...

black..

aku rasa aku ahli neraka,..sekiranya kau tergolong dalam ahli shurga, aku tumpang doa engkau.."ya Allah, hamka pernah ajak aku pada kebaikkan"..

aku berharap pada Allah..oh..

AMIN!!!

Anonymous said...

:)

moh baca doa nie, Allah ajar tau !

"(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya."[Ali-Imran:8]

Ameen !

hamka said...

amin..

buat semua sahabat...

Hafizbar said...

``Siapa hati tak tertawan
manis umpama bulan"

ye ke manis cam bulan? bulan manis ke kalau kita dapat rasa?

-hafizbar-

hamka said...

oh hafiz..aku aliran vokasional..
aku bukan aliran sastera, jadi aku tak tahu kenapa manis macam bulan..
jika kuih bulan manis, betul gak...
kalau perempuan tak datang bulan nagi pasangan yg baru berkahwin..itu tandanya nak dapat org baru..memang manis saat camtu..

bini aku bunting pengantin..
bini aku selalu semabahyang, jarang dapat cuti..(datng bulan)
lepas kahwin solat direct..
bila beranak menyusu..(org menyusu tak datang bulan kalau kau tak tahu)
lepas tu menagndung pulak..beranak..la ni beranak lagi..

jadi memang manis macam bulan..ha ha ha..

Anonymous said...

Yup. Kene ade pengorbanan. kene penat2 dulu.. kene paksa2 kan diri dulu. dan doa banyak agr diberi hidayat utk taat perintah Allah & ikut cara Nabi Muhammad s.a.w

Anonymous said...

Alhamdulillah, gembiranye aku jumpa blog ni, masih dapat menimba/menambah ilmu sebelum jd mayat..

az-1 said...

Riwayat lain yg aku dgr, syaitan menjawab: sedangkan semasa Adam hidup aku x sembah inikan pulak kuburnya. Allahu'alam

Paul Zavisa said...

aku ade kawan nama die.. nur hidayah..

hamka said...

ok

Unknown said...

Hidayah jer yg ade...mne prgi nye Taufiq nie xdtg2

Unknown said...

Hidayah jer ade...mne prgi nye Taufiq nie...selalu nye brpasangan

Unknown said...

Hidayah jer yg ade...mne prgi nye Taufiq nie xdtg2

Unknown said...

Hidayah jer yg ade...mne prgi nye Taufiq nie xdtg2