( di larang membaca ketika makan )
Satu cerita aku pada form 1, di sebuah sekolah menengah untuk mereka2 yg keputusan UPSR tak bagus,(dan aku salah seorang darinya..oh..)di sebuah kelas conner lot..seorang guru sedang membaca buku teks dengan suara yg lantang di hadapan murid2 yg khusuk mendengar..guru itu membaca sepatah2 perkataan…aku yg mengambil posisi di belakang sekali mengalami kebosanan..aku di ancam mengantuk..untuk mengelakkan aku jatuh tidur..aku me’lombong’..
Supian(macam nama sebenar) juga dalam posisi boring gila..dengan tangan menongkat dagu...matanya memandang pada belakang Fatimah(bukan nama sebenar)..sesekali air liurnya meleleh…aku menahan ketawa bila melihat dia terkejut manusia kerana air liurnya jatuh ke permukaan meja….
“Kau nak tengok ‘pedang’ kecil tak?”
bisik aku perlahan ke telinganya..
“mana?”..tanya dia, nampaknya seakan berminat.
Lalu aku meletakkan ‘pedang’ kecil di hujung jarinya..dia mendekatkan ‘pedang’ kecil itu ke matanya..dia menilik berkali2, sesekali menggetel ‘pedang’ kecil itu..
‘Pedang’ kecil itu bersaiz 8 mm panjang dan berdiameter 1mm lebih kurang..
“pedang…?” aku terdengar suaranya berbisik sambil matanya di bulat2kan sebesar2nya sambil mendekatkan lagi ‘pedang’ kecil itu ke matanya..
tiba2 dia menjerit dengan kuatnya:
TAHI HIDUNG!!!!!
Aku terkejut, dia terkejut, Fátimah turut terkejut, cikgu lagi terkejut, seluruh kelas di siluputi kejutan…
Cikgu suruh dia cerita..dia cakap takde apa2…
“kenapa kamu menjerit: tahi hidung?” Tanya cikgu..
aku menahan ketawa..air mata berahi meleleh dipipiku..lawak..sengguh lawak…
dan si supian ni tak cerita kerana cover malu..ha ha ha!
Supian, kiranya kau terbaca blog ini..aku nak mintak maaf sangat2..Aku dah mintak maaf kat engkau dulu..la ni aku nak mintak maaf lagi…
Maafkan aku kawan
Maafkan aku wahai makhluk tuhan…
(moral: bila korang gentel tahi hidung, ianya terbentuk seakan2 sebilah pedang)
NIKMAT KOREK HIDUNG
Korek hidung adalah di antara nikmat Allah pada manusia…baru jap tadi aku korek hidung..aku terfikir..:
apakah tujuan dan rahsia Tuhan menciptakan tahi hidung?..lalu timbul soalan..
-benarkah tahi hidung rasanya masin?
-Bagaimanakah sunnah mengorek tahi hidung?
-Jari manakan yg lebih afdal?
-Apakah hukumNya mengorek hidung dalam masjid?
Semua soalan2 tu aku tak tahu jawapannya..oh..betapa jahilnya aku…kepada korang yg tahu, silalah bagitahu-OK!
Masa aku kecik..aku cukup suka korek hidung..aku rasa kecewa bila tahi dalam hidung habis…dan bila aku tahu dalam shurga boleh mintak apa saja..aku yg berumur 10 tahun waktu tu..bercita2 apabila masuk shurga nanti ingin dikurniakan hidung yg tahi hidungya tak pernah habis-habis..maka bolehlah aku korek hidung puas-puas ha ha ha ha!
Sekali Allah bagi ilham pada aku…akan tujuan di ciptaNya tahi hidung..
Jeng jeng jeng!
RAHSIA DI SEBALIK TAHI HIDUNG
Korang perasan tak? Tahi hidung ni datang dari mana?..
Dari habuk2 yg bertebangan dan terlekat di bulu2 hidung yg mana setelah berkumpul lama atau lama- kelamaan, maka akan terbentuklah makhluk yg dinamakan tahi hidung…(maaf, aku jahil sains, aku aliran vokasional…mungkin tak tepat, penerangan ini..oh)…
Apa yg aku nak bagitahu adalah , ada makhluk yg tak dapat korek hidung walaupun tahi hidung penuh dalam hidungnya…siapakah makhluk tu?
itulah mayat!, yg mana bila masuk dalam kubur, tanah akan masuk ke dalam setiap rongga tubuhnya..bermakna, apabila korang korek hidung, itu bermakna korang masih hidup, masih boleh buang tanah yg masuk dalam hidung..dan masih sempat untuk buat amal soleh!
Jadi time korang korek hidung tu..ucapkanlah..
“alhamdulillah, hari ni masih sempat aku korek hidung..masih sempat aku buat amal kebaikkan..akan tiba nanti, bila hari aku menjadi mayat..aku dah tak boleh korek hidung..oh..hambaMu bersyukur dengan nikmatMu ini ya Allah..oh…(amin)”
3 JENIS MAYAT
bercerita pasal mayat, tahukah korang bahwa ada 3 jenis mayat dalam dunia ini…2 di antaranya memang kita akan jadi, dan satu di antaranya tak boleh jadi..err..maksud aku, memang celaka bila jadi mayat yang ketiga tuh!memang kecelakaan dalam hidup di dunia dan akhirat jika jadi mayat no 3 tuh…apakah 3 jenis mayat2 itu?
Jenis Mayat Pertama:
Mayat kekal.
Ni semua org akan jadi, macam selalu aku cakap:
Semua orang akan menjadi Mayat . Kalau korang kaya, korang akan menjadi Mayat orang Kaya, Kalau korang miskin, korang akan menjadi mayat orang miskin. Mayat tempatnya dalam tanah, dan kubur akn hisap darah korang!Ha Ha Ha!
Ada dua cara nak tahu hakikat mayat kekal ini..:
1-kalau tangannya dalam keadaan sedang mengengam, cuba korang lurutkan tangannya perlahan2..maka korang akan dapati tangannya akan terbukak terus dan tak akan mengengam lagi, mengikut teori sains, keadaan ini berlaku disebabkan motor2 pada otot tangannya telah terputus hubungan dengan otak yg mana sel2 otaknya telah mati akibat tiada mendapat darah/udara yg sepatutnya di hantar oleh jantung disebabakan jantung juga telah berhenti berdenyut..bla bla bla (jangan ponteng kelas sains), akan tetapi mengikut pakar ugama bahawa, tangannya terbukak terus apabila dilurutkan adalah kerana hatinya sudah tidak cinta lagi kepada dunia…senang cakap: kau nak harta aku?,..ambiklah..aku dah jadiiiii mayat.(pun).
2.cara kedua nak tahu mayat ni kekal atau tidak, korang sepak punggungnya sekuat2 hati korang..kalau tak bangun gak..memang sahlah bahawa sipulan adalah mayat kekal.
Jenis Mayat kedua
Mayat sementara
Ni pun semua org akan jadi, bila kita letih..mata mengantuk, aku nak tidur..ha! tidur adalah saudara kepada mayat…org yg tidur adalah mayat sementara..hari2 korang bersaudara ngan mayat, buat donno jer..ingat! org yg paling bijak adalah org yg mengingati mayat, er..maksud aku: mengingati mati.
Ada dua cara nak tahu hakikat mayat sementara ini..:
1-kalau tangannya dalam keadaan sedang mengengam, cuba korang lurutkan tangannya perlahan2..maka korang akan dapati tangannya akan kembali mengengam, mengikut teori sains, keadaan ini berlaku disebabkan motor2 pada otot tangannya masih membuat hubungan dengan otak yg mana sel2 otaknya masih hidup akibat mendapat aliran darah yg lancar di hantar oleh jantung yg masih berdenyut..bla bla bla (jangan ponteng kelas sains), akan tetapi mengikut pakar ugama bahawa, tangannya kembali mengenggam apabila dilurutkan adalah kerana hatinya masih cinta kepada dunia…senang cakap: kau nak harta aku?,..nak mampos, ambiklah..langkah mayat aku dulu!ha ha ha!
2.cara kedua nak tahu mayat ni sementara atau tidak korang sepak punggungnya sekuat2 hati korang..pasti bangunlah sipulan ini..ha ha ha! .nak lebih best, korang pijak kepala dia…dah azan subuh pun masih tak bangun!!!!
Nota: Sebarang kejadian yg tidak diingini berlaku ketika korang menjalankan eksperimen di atas adalah bukan tanggung jawab penulis..harap maaf, he he he.
Jenis mayat ketiga
Hati mayat..
Dalam hadith bagitahu ‘hati mati’..ni paling bahaya..sebab, walaupun ustaz ceramah atau aku yg bukan ustaz tulis panjang berjela2, tapi kalau hati dah jadi mayat, sedikitpun tak akan bagi kesan..kerana peringatan itu hanyalah bermanfaat untuk org2 yg beriman…org cam gini kalau Nabi sendiri datang dan bagi peringatan pun, hatinya tetap akan menolak..macam abu jahal, macam firaun, Haman, Namrud, Qarun dan macam setan!!!
Antara ciri2 org yg hatinya mati adalah mempunyai pendirian salah yg tetap…aku ulangi:
MEMPUYAI PENDIRIAN(salah) YANG TETAP…
Macam abu jahal, bila Nabi Allah belah bulan atau buat batu lahirkan unta…apa dia cakap?
“Oh..hebatnya sihir engkau,”
“Itu sahaja?”
Orang yg hatinya mati, bila ada makhluk Tuhan yg tampil untuk tegur dia, maka dia mulalah pandang si penegur atas-bawah, dan sekiranya si penegur ada sedikit keburukkan…maka dia membuat kesimpulan: KAU TAK LAYAK TEGUR AKU..!
Macam setan yg benci di tegur…walaupun Allah yg menegur..nauzubillah…! inilah tanda hati yg mati..(oh..Tuhan, selamatkanlah kami dari penyakit hati)
Setiap org perlu kepada “penyedar”…walaupun ia seorang Nabi…apatah lagi aku, korang dan semua ummat manusia..sangat perlu kepada ‘penyedar’..dan penyedar yg paling baik adalah diri sendiri…di sini aku ucapkan ribuan terima kasih kepada mereka2 yg secara tidak langsung menjadi ‘penyedar’ aku…oh..terharunya..
Penyedar adalah manusia biasa yg mempunyai kesilapan juga…maka memang satu larangan ugama supaya kita tidak melihat kepada penyedar semata2, tapi lihatlah apa yg mereka sedarkan…
Jadi hari ini penyedar korang bukanlah aku, tapi adalah tahi hidung..ha ha ha!
“Ya Allah, Tuhan yg membolak balikkan hati manusia… janganlah kau matikan hati kami, setelah Kau beri petunjuk..tolonglah kami Ya Allah”
ps: “alhamdulillah, hari ni masih sempat aku korek hidung..masih sempat aku buang tanah dari hidung…masih sempat aku buat amal kebaikkan..akan tiba nanti, bila hari aku menjadi mayat..aku dah tak boleh korek hidung..aku dah tak boleh buang tanah dari hidung..oh..hambamu bersyukur dengan nikmatMu ini ya Allah..oh…(amin)”
(benarkah tahi hidung rasanya masin?)
29 comments:
WALAUPUN DIRIMU TIDAK KU KENAL, TETAPI LUBANG HIDUNGMU TETAP MENJADI POJAAN HATIKU!!!!
ha ha ha,
walaupun aku tak kenal engkau, aku juga tak memuja lubang hidung/telinga dll engkau !!!
harap maklum.
ha ha ha,.. lawaknya nak tercabut bulu hidung
haikal mana ni?
anak aku haikal baru umur 2 tahun..mushkil2...
tercabut bulu hidung pulak tu!!
lucah sungguh!
Bila kita nangis kekadang hidung pun tumpang nangis, kadang-kadang air hidung lebih banyak dari air mata..
Ada orang jatuh cinta kerana
terpesona dengan hidung ....
ps: tak pernah merasa rasa tahi hidung...jadi tak pasti manis ke masam.. :)
huraian---TAHI HIDUNG
nak best korek lubang hidung nie cuba try korek lepas kau org naik motor pie ronda2 satu kampong...kompom ada lebih sekilo...heh heh heh...
mmm..aku sedih hari nie sebab aku terbaca Metro pasai rakyat Malaysia yg pie bersetubuh dengan kambing....apa nak jadi laa sampai macam nie???
p.s: aku ada buat blok orang puteh pie laa tengok2 ada bagus kaa...
http://taraknama.blogspot.com
you are rookie blogger kekeke
-hafizbar-
black..
antara sebab aku suka kat bini aku adalah kerana hidungnya..oh...
walaupun aku tak tahu masinkah tahi hidung..
tapi aku tahu senyumanku adalah manis...
---------
taraknama
bersetubuh ngan kambing?
kasihan..ummat menderita...
itu baru rakyat malaysia..cuba kau baca pulak rakyat negara lain..
UMMAT MENDERITA>>>
oh....
time makan, aku suka ngadap kom..so dpt jimat masa aku baca paper utusan..hehe..
tengahari td, masa nak lunch, aku bukak site ko ni..tetiba nampak ade tulis 'jgn baca klau tgh mkn'..terus aku tutup..hehe..tp nak tau gak apa yg ko nak sampaikan..
dan baru td aku tau..pasal tuuttt!! hehe
aku suka tdo..tdo tu jd peringatan utk mati la yer..hehe..
HA HA HA..
aku dah kenal kau sedikit...
suka tidur dan suka makan depan komputer..lunch pulak tu..he he
macam2 manusia ada..
(tak salah pun)
Betullah ,,nikmat sebenarnya korek hidung nie,.. cuba bayangkan kalau xde nikmat tu penuh lubang hidung dengan tahi..
kalau nak kurangkan tahi hidung. berhentilah bernafas menggunakan hidung. atau tahan nafas.
haikal
selamat datang ke dunia 'keretamayat'...
---------
gitartong
berhenti bernafas or berhenti berharap..?
jangan..jadi mayat nanti..!
salam..
sungguh kebersihan itu sebahagian
dari iman...
Ada satu lagi nikmat Tuhan yg best..
KOREK TELINGA..
perghhh..begitu khusuk sekali hingga meleleh air mata...
ps: (sempena hari ibu:)
mak, terima kasih kerana waktu kecil, mak selalu korek telinga saya..sungguh nikmat..oh...
CERITA DARI EMAIL:
------------------
ORG TANYA:
juz nk tanye ko..
ape syarat2 sah amalan soleh??
kalo ko ble jawab dgn btul..
mmg sohehla ilmu agame ko..
kalo x..maknanye..
there's sumthing shuld be justified back..
keyh..
smoga bahagia n dipelihara Allah swt slalu..
----------------
AKU KATA:
ha ha ha
aku kadang fikir aku ni ahli neraka...(oh tuhan tolonglah aku)
ni aku jawab secara spontan, aku tak rujuk mana2 kitab/ustaz..TAK SEMPAT
syarat amalan soleh aku tak paham sangat, baik kau tanya aku syarat amalan di terima...apa guna amalan soleh jika di tolak!!!
syarat2nya:
-IKHLAS
-CARA NABI
aku dah tulis dalam blog bawah tajuk"apa itu bidaah'
antara syarat amalan kita di terima, pertama ikhlas, kedua: cara Nabi…amalan bidaah walau camne ikhlaspun kena tolak..contoh, korang ikhlas nak makan daging itik..tapi korang rendam itik tu dalam air) sampai mampus…memang haramlah sebab korang makan bangkai.. (bidaah, bukan cara Nabi ) atau cam korang gi cium bini org ngan ikhlas,,,mampuslah korang kena tampar ngan suami dia…lepas tu mati masuk pulak dlm neraka berpimpingan tangan dengan firaun! Nauzubillah…. dah ikut sunnah tapi tak ikhlas pulak..memang mampus!!!
KESIMPULAN: AKU JAHIL UGAMA....
aku rasa aku ahli neraka,..sekiranya kau tergolong dalam ahli shurga, aku tumpang doa engkau.."ya Allah, hamka pernah ajak aku pada kebaikkan"..
aku berharap pada Allah..oh..`
----------
SI DIA BERKATA PULAK:
oh...antr ramai2 ak tanye mmg smue jawab mcm ko..ikhlas
tapi ko nyer jwpn lg lengkap..tapi rangka utama x de..
syarat sah amalan soleh ialah akidah yg soheh..
ak tau ko msti rajin bace buku..
tapi buat mase ni baek ko bace tulisan imam2 muktabar..ulama'2 salaf
nnt ak 4ward buku2 yg patut dibaca
(bukan ak yg suggest tapi al-Albani, imam ahl sunnah wal jmaah,Arab saudi)
sbb dierang(salafussoleh) nyer aqidah n ape yg dierg tulis lebih meyakinkn..
sbb dierg golongan yg di didik tabi' tabi'in,x lari dr ape yg nabi bawa..
shaiton sent goda m'sia utk masuk nerakali same2..
care die goda ade 2- ifradh(alif-fa-ro-tho): blebe2han dlm agame..(amalan soleh)
dan tafridh(ta-fa-ro-tho):cuai dalam agame..
sbb tu nabi penah kate jalan die adalah di tgh2..sape ikut,masuk syurga..
ak pun xpandai..baca sikit2..tulisan2 imam2 tu..
bile mmbace..kne pandai justify..
justify n tafsir 2 careyg berbeza..
tafsir - ko n ak mmg x layak utk tafsir quran or hadith..
justify utk pastikn kte ikut jln yg btui..
ak lagi x pandai dr ko n smue org yg blaja agame..
tau sikit2 je..baru blaja plak tu..
ramai mmbe ak x leh trime ape ak ckp..itule..
knebukak minda,but not untill ur brain falls out..
okei..
smoga dipelihara Allah sent..
http://inilah-jalanku.blogspot.com/2006/05/syiah-imamiyyah-di-malaysia-siapa-dia.html
-----------
AKU KATA:
BYE!!!
tahi hidung ni umpama nikmat (bukan keperluan) hidup la kan? kalau langsung tak ada rasa macam tak best je lepak-lepak. Kena ada gak. Kalau dah terlebih-lebih dia akan jadi sesak dan menyusahkan pulak. Maka kalau ada, jgn kumpul sampai terlalu banyak. zakatkan, habiskan. Dia akan datang semula - sama ada dah jadi mayat atau tak...
by d way, tahi hidung bukan najis kan? adakah diharamkan 'makan' tahi hidung? kalau tak haram, korang rasa je la dgn lidah sket...
najwa
ha ha ha!
engkau memang lawak..!
awal bulan depan kau datng kuantan kan?
aku nak jumpa kau 'life'..
takpe2..aku bawak bini ake sekali heh..heh..
ps; bestnya dapat jumpa dengan penulis novel..
CERITA DARI EMAL
(SUMBER: HAFIZBAR)
APA MAKNA ROCKY BLOGGER?(rujuk komen nombor tujuh)
rookie tu cam orang baru la.... baru nak berjinak2 dgn satu bende atau baru join.
contoh rookie formula 1 driver, rookie writer, etc etc
``tapi yg selalu qoute al-Quran dan hadith dah tak datang terus"
BAGAIMAN TAFSIR QURAN?
utk tafsir quran, terang hadith... perlu ada ilmu bermacam2.
bukan takat `ilmu spm' dan `ilmu pmr' mahupon `ilmu islamic studies 3-4 tahun kat U'.... itu semua ikut syllabus. nak dapat kelayakan tafsir quran, syarah hadith, etc etc...... kene sambung ngaji pondok atau mana2 tempat yg ajar kitab2 kulit ke kulit selama 8-10 tahun. lagi bagus 15 tahun. lagi bagus 20 tahun. lagi bagus sampai mati.
ps; sekadar memeriahkan komen box...
ha ha ha..
semalam drive kereta..mengantuk..tiba2 wife buat lawak:
"nak tengok pedang kecik tak?
ha ha ha
terus hilang ngantuk!!!
selamat naik keretamayat...
gelak-gelak jugak..malaikat maut hari2 datang ziarah kita..
sekadar tazkirah ringkas..
satu cerita..
semalam masa aku dah hampir nak tidur. tiba2 wife aku bisik kat telinga:
"nak tengok pedang kecik tak? "..
ha ha ha terus hilang mengantuk..
aku cakap: nak tengok pedang besar tak?
lalu ...arghh tak payah cerita..naik syekh pulak nanti...
he.he..klakar cite pedang kecik..he.he.cite pedang besar??oh itu pedang lagi nikmat,syukur pada tuhan kerna di kurniakan pedang tu,kadang2 dia besar kadang2 dia kecik..
alhamdulillah, dengan nikmat Allah..nikmat pedang besar..
HAMKA
hahahaaha....lawak..kelakar...
ade jugak cerita taik idungg..heheh..;)
dah 5 tahun baru kau komen,,4 kilo dah tahi hidung aku korek..
:)
2014!
Merepekkk hahahahaha nk msuk syurga semate-mate nk mntax taik idong
2021 hadir
Post a Comment